MALAYSIAN LEGAL SYSTEM TAJUK: AKTA HASUTAN 1948 DAN ISA.
MALAYSIAN LEGAL SYSTEMTAJUK: AKTA HASUTAN 1948 DAN ISA.NAMA
PENSYARAH: EN MOHD SAIFULLAH BIN MOHD ZULKIFLINAMA AHLI KUMPULAN:
VASUKI BALASANTHARAN (4141000071)RAJESRI A/P SUBRAHMANIAN
(4141004501)SARMILA NAIR A/P MORGAN (4141004491)DHANALAXMY A/P
MURUGESU (4141004531)SWEETA A/P SUBRAMANIAN (4143008951)SHUBASHINI
A/P SUBRAYAN (4141004742)ERWINA ANAK MASIR (4141000321)JASCIKA
JAUNNY (4141003801)
ASAL AKTA HASUTAN 1948..Asal Akta Hasutan merupakan Enakmen
Hasutan 1939 yang digubal oleh penjajah British.Akta ini
diperkenalkan untuk menyekat aktiviti daripada golongan kiri dan
Parti Komunis Malaya.
Akta Hasutan telah disemak semula dan diwartakan oleh kerajaan
pada 1969.Akta ini menjadikan ucapan yang mempunyai kecenderungan
menghasut sebagai suatu kesalahan jenayah.
Akta Hasutan di malaysia diwarisi dari inggeris yang risau
anak-anak negeri mengunakan apa-apa sahaja cara untuk menghalaunya
dari tanah melayu. Sekiranya seorang guru menanamkan semangat
kemerdekaan dalam kalangan muridnya, maka guru itu telah melakukan
jenayah dan dia boleh dihukum.Antara yang termasuk dalam akta ini
ialah mempersoalkan perlembagaan khususnya berkaitan dengan
raja-raja melayu,hak orang melayu dan kedudukan bahasa melayu.
DEFINISI HASUTANAKTA HASUTAN 1948 menterjemahkan hasutan sebagai
apa-apa perbuatan,ucapan, perkataan, penerbitan, atau apa-apa benda
lain yang mempunyai kecederungan menghasut.DEFINISI PENERBITANSemua
perkara bertulis atau bercetak yang mengandungi apa-apa gambaran yg
boleh dilihat atau yang mengikut rupanya,bentuknya atau apa-apa
cara lain yang boleh menggambarkan perkataan atau gagasan.DEFINISI
PERKATAANApa-apa ungkapan,ayat atau bilangan perkataan atau
gabungan perkataan yang berturut-turut yang lain sama ada secara
lisan atau bertulis.
KESALAHAN DALAM AKTA HASUTANMenyebut apa-apa perkataan
menghasut.
Mencetak,menerbitkan,menjual,menawarkan untuk di jual,
mengedarkan atau mengeluarkan semula apa-apa penerbitan
menghasut.
Mengimport apa-apa penerbitan menghasut.
HUKUMAN
Menurut akta hasutan 1948, antara hukuman yang boleh dikenakan
ialah:Kesalahan kali pertama- didenda tidak melebihi rm5000 atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau
kedua-duanya.Kesalahan seterusnya- dipenjara tidak melebihi lima
tahunApa-apa penerbitan yang digunakan sebagai keterangan atau
bukti hendaklah dilucuthakkan dan boleh dimusnahkan.
Mana-mana orang yang ada dalam miliknya tanpa sebab yang sah
dengan apa-apa penerbitan menghasut telah dianggap melakukan
kesalahan.Kesalahan pertama- didenda tidak melebihi rm2000 atau
dipenjarakan tidak lebih 18bulan atau kedua-duanya.Kesalahan kedua-
dipenjarakan tidak melebihi 3tahun dan penerbitan itu hendaklah
dilucuthakkan dan boleh dimusnahkan dengan apa-apa sahaja cara yang
diarahkan mahkamah.
TAKRIFAN KECENDERUNGAN MENGHASUT
Apa itu KECENDERUNGAN MENGHASUT?
Sambungan.
ISU POLITIK AKTA HASUTAN
ISU POLITIK AKTA HASUTANSIAPAKAH Profesor Madya Dr Azmi Sharom
?Beliau merupakan seorang peguam dan pensyarah undang-undang di
Universiti Malaya.Beliau sebaris dengan Marina Mahathir, Karim
Raslan, Tunku Abidin Muhriz yang menjadi kolumnis kepada akhbar The
Star sebagai Melayu yang memperjuangkan liberalisme Barat di
Malaysia.Artikel mereka dalam Bahasa Inggeris, bersifat protes,
dengan itu kurang mencetuskan kontroversi di kalangan masyarakat
Melayu.
Beliau adalah penganalisis isu-isu politik Malaysia terutama
tentang ketuanan Melayu, Perlembagaan Persekutuan dan kebebasan
berugama. Beliau menulis beberapa artikel yang tersiar di akhbar
The Star, portal berita Malaysian Insider seperti 'Melayu Ke
mana?Bagi Azmi, , orang Melayu masih lagi menjadi majoriti dalam
semua aspek jadi mustahil untuk menjadi minoriti. Pendapat Azmi
Sharom segera disanggah oleh Tun Dr Mahathir ;Kita jangan lupa
bahawa bala tentera Sultan Melaka jauh lebih besar daripada pasukan
Portugis yang menyerang Melaka tetapi bala tentera Melaka
kalah.
KRONOLOGI KES Pada 19 Nov 2010Setiausaha Agung Perkasa, Syed
Hassan Syed Ali membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang
Wangi berhubung rencana Azmi Sharom dalam The Star bertajuk 'Sore
need for plurality in law'.Rencana itu didakwa menghina mahkamah
berhubung seorang Hindu memeluk Islam bersama dua anak kecilnya
tanpa kebenaran isterinya. Azmi mendakwa Malaysia sebuah negara
sekular dan memiliki perlembagaan sekular.
Pada 2 September 2014Azmi Sharom (45 tahun) dihadapkan ke
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur didakwa menghasut berhubung krisis
perlembagaan Perak 2009.Lokasi di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah,
Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah di
sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari, 15 Ogos 2014.
Pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang
memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda
maksimum RM5,000 atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang
berikutnya, boleh dipenjara sehingga lima tahun. Timbalan Pendakwa
Raya, Suhaimi Ibrahim selaku pegawai pendakwa manakala tertuduh
diwakili peguam Gobind Singh Deo. Hakim Zainol Rashid Hussain
membenarkan Azmi diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan
menetapkan sebutan semula kes pada 3 Oktober 2014.
Pada hari Rabu, 10 September 2014Hartal mahasiswa dianjurkan
oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM)sebagai sokongan
kepada Prof Madya Dr Azmi Sharom dan menuntut Akta Hasutan 1948
dimansuhkan.Presiden PMUM , Fahmi Zainol menyatakan perhimpunan dan
forum bersama Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya
(PKAUM) akan diadakan pada hari tersebut.
Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA)
PENGENALANAkta Keselamatan Dalam Negeri 1960, iaitu akronim nama
bahasa Inggerisnya, Internal Security Act .Undang-undang tahanan
pencegahan yang sedang berkuat kuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh
ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan
untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara
atau mana-mana bahagian daripadanya.Akta ini dikuatkuasakan,
beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar,
aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik
dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA.
ContinueISA Malaysia mula digunakan pada tahun 1960-an yang
mempunyai satu tujuan iaitu untuk mengekang ancaman komunis pada
ketika itu.Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 sebenarnya dirangka
oleh R.H. Hickling pada awalnya. Kemudian ia dijadikan
undang-undang pada tahun 1960.
TUJUAN PENGGUBALANMencegahan perbuatan keganasan yang mengancam
keselamatan negara dan percubaan menggulingkan secara tidak sah
(subversif) sebuah kerajaan yang tertubuh dengan sah di bawah
perlembagaan negara(melalui pilihan raya demokrasi)
ContinueMenurut bekas Presiden Majlis Peguam, Haji Sulaiman
Abdullah, Majlis Peguam Membantah akta ini kerana berpegang kepada
sebab-sebab yang dikemukakan oleh Perdana Menteri kedua (Tun Abdul
Razak) ketika beliau membentangkan ISA di Parlimen dahulu atas
sebab ancaman subversif dan pengganas komunis.Sepatutnya, bila
pergerakan dan ancaman kominis telah tidak wujuk lagi, akta ini
dimansuhan terus oleh Parlimen.
Tahanan ISA lazimnya diletakkan di bawah tahanan di Pusat
Tahanan Kemunting, Perak.Seseorang yang ditahan di bawah ISA semasa
60 hari pertama tidak dibenarkan berkomunikasi dengan dunia
luar.Tambahan pula, peguam dan ahli keluarga tidak
dibenarkanmelawat orang yang ditahan semasa tempoh awal ini
DAKWAAN TERHADAP PENAHANANPenyeksaan dilaporkan menjadi
sebahagian daripada kehidupan harian tahanan ISA.Mereka yang pernah
ditahan menyatakan bahawa mereka telah didera secara fizikal dan
mental yang termasuk salah satu daripada senarai
ini:Pukulan,Penanggalan pakaian, soal siasat 24 jam, ketidakbenaran
tidur, ancaman bunuh, ancaman deraan fizikal pada ahli keluarga
termasuk ancaman rogol kepada anak mereka.
Continue Juga ,tahanan diletakkan secara individu dalam sel
penjara kecil tanpa cahaya dan udara, dalam yang dipercayai menjadi
sel tahanan rahsia.Teknik dan aksi penyeksaan ini direka untuk
memalukan dan menakutan tahanan supaya mendedahkan kekurangan dan
memecahkan pertahanan mereka.
BANTAHAN DALAM NEGERABeberapa parti politik pembangkang termasuk
Parti Islam Malaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan
Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyatakan bantahan mereka
terhadap ISA.Ramai diantara pemimpin dan ahli terkenal yang telah
ditahan di bawah ISA termasuklah:
Karpal SinghAnwar Ibrahim dari PKRLim Guan Eng dari DAP
Bantahan Luar NegaraKerajaan Amerika Syarikat pernah mengkritik
kerajaan Malaysia kerana menggunakan ISA beberapa kali, paling
terkini pada tahun 2001 apabila Presiden George W.Bush mengatakan
bahawa
Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah undang-undang jahat. Tidak
wajar ada lagi negera yang punyai undang-undang yang membenarkan
penahanan tanpa perbicaraan.
Pada 2004 pula, Bush berpaling dan berkata Kami tidak seharusnya
sewenang-wenangnya mengklasifikasi Akta Keselamatan Dalam Negeri
Malaysia sebagai undang-undang kejam., dan ini amat mungkin
berpunca daripada peristiwa 11 September 2001 dan penggubalan Akta
Patriot USA(USA Patriot Act) selepas itu.
PEMBEBASAN TAHANAN ISAPembebasan tahanan di bawah Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah kali kedua di bawah pimpinan
Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak. Pembebasan terbaru membabitkan 13
individu yang dilihat oleh Kementerian Dalam Negeri sebagai tidak
lagi memberikan ancaman kepada negara. Ia juga menunjukkan sifat
prihatin kerajaan terhadap perspektif keperluan dan mengimbanginya
dengan kesan penahanan ke atas negara.
TENTANGAN TERHADAP ISAAKTA Keselamatan Dalam Negeri atau ISA
adalah undang-undang yang sering dijadikan polemik, dipertikai dan
dipolitikkan oleh sesetengah pihak yang mencari sokongan secara
murahanMereka mengeksploitasikan ISA untuk menyerang kredibiliti
pemerintah kerana undang-undang ini mudah untuk membakar emosi
rakyat jika disorot secara cetek dan hanya sepintas lalu.
Kritikan dan kecaman terhadap ISA selalunya diperkukuhkan dengan
penggunaan konsep-konsep asing seperti hak-hak asasi manusia
sejagat dan demokrasi liberal.Penahanan tanpa bicara selama dua
tahun.Bagi ahli politik, ISA dilihat sebagai "ancaman" kepada
gerakan dan aktiviti berpolitik. Mereka melihat ISA dalam
perspektif bahawa kerajaan mampu menyalahgunakan kedudukan atas
kuasa eksekutif untuk menahan mereka.
CADANGAN PINDAAN ISAMemandangkan ISA telah digubal semasa
mengalami darurat dan ia merupakan warisan penjajah, adalah baik
ISA dikaji semula untuk disesuaikan dengan keadaan
semasa.Mewujudkan Suruhanjaya Diraja yang terdiri dari pakar
undang-undang dan wakil-wakil tertentu bagi mencari kecacatan
ISA.Cadangan mengeluarkan Kertas Puteh ISA untuk dibincangkan di
Parlimen dan ia nya lebih berkesan.
Cadangan mengeluarkan Kertas Puteh ISA untuk dibincangkan di
Parlimen dan ia nya lebih berkesan.
PERHIMPUNAN MANSUHKAN ISA Perhimpunan haram anjuran Gabungan
Mansuhkan ISA (GMI) telah diadakan di sekitar ibu kota pada 1 Ogos
2009. Pihak polis telah menahan seramai 589 individu yang menyertai
perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Kira-kira 10,000 penyokong sebuah badan bukan kerajaan untuk
memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terlibat dalam
demontrasi ini dan menjadi punca banyak premis perniagaan ditutup
selain kesesakan trafik yang teruk
Bagi mengelak keadaan tidak terkawal, polis bertindak
menyuraikan perhimpunan haram itu dengan gas pemedih mata selain
pancutan air. Akibatnya, hampir 600 orang ditangkap atas pelbagai
kesalahan dalam perhimpunan anjuran Gabungan Memansuhkan ISA (GMI)
itu yang didalangi parti pembangkang. Dalam perhimpunan tersebut
dapat dilihat melalui laungan yang dibuat ketika demonstrasi di ibu
negara berlangsung tidak ada kaitan dengan Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA). Walau bagaimana pun Kerajaan tidak akan tunduk dengan
desakan melalui demonstrasi jalanan kerana ia dilakukan hanya untuk
tujuan politik dan kepentingan peribadi.
KESAN DARI PERHIMPUNAN MANSUHKAN ISAMasyarakat antarabangsa akan
menganggap bahawa negara ini berada dalam keadaan kucar kacir.
Pelancong luar negara akan membuat keputusan tidak ke negara ini
kerana berada dalam keadaan tidak aman. Ini menjejaskan industri
pelancongan negara. Para pelabur asing akan mengalihkan pelaburan
mereka ke negara yang lebih aman dan mempunyai kestabilan politik.
Ini mereka mungkin menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang
berada dalam keadaan yang tidak stabil.
Perkembangan ISA
Justeru, tidak dapat dinafikan bahawa (ISA) yang telah lama
bertapak dalam undang-undang Malaysia, memerlukan kajian semula
secara komprehensif supaya sesuai dengan tuntutan dan kehendak
semasa.
Dengan itu, detik sambutan Hari Malaysia 2011 yang telah
diadakan pada 16 September 2011 melakar sejarah dalam arena politik
Malaysia apabila Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan
pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.
Secara tidak langsung akta baru yang bersesuaian dengan era
globalisasi dan peredaran semasa akan digubal bagi menggantikan
ISA.
Cadangan ini difikirkan relevan dan sekaligus menunjukkan pihak
kerajaan telah memikirkan satu mekanisme baru dalam usaha untuk
melaksanakan proses transformasi undang-undang yang secara langsung
memberi kesan positif terhadap sistem sosial dan hak asasi
manusia.
TransformasiSejajar dengan aspirasi murni Dato Sri Mohd Najib
Tun Abdul Razak dalam usaha merealisasikan inisiatif Program
Transformasi Politik Negara atau PTP yang telah beliau umumkan
selepas mengambil alih tampuk pemerintahan negara empat tahun lalu,
pemansuhan ISA disifatkan sebagai salah satu janji politik yang
berjaya dilunaskan.
Beliau bersetuju bahawa akta-akta ISA terbabit tidak lagi
relevan dengan prinsip demokrasi dan keadilan dalam arus politik
masa kini.
Pemansuhan akta itu juga merupakan aspirasi kerajaan ke arah
pentadbiran sistem perundangan yang lebih adil dan mendukung
prinsip-prinsip sistem demokrasi di bawah Perlembagaan
Persekutuan.
Justeru itu, satu perundangan alternatif perlu di gubal supaya
dapat menjamin kebebasan bersuara oleh rakyat direalisasikan secara
total.
Malaysia sememangnya berpegang teguh kepada prinsip demokrasi
yang telah lama menjadi paksi kepada keamanan dan perpaduan
negara.
Melalui pindaan, pemansuhan dan penggubalan undang-undang yang
sedang dijalankan, kerajaan akan memastikan ruang demokratik yang
subur disediakan untuk menyatakan perbezaan pendapat dan
idea.Sambungan..
Kesan Positif Pemansuhan ISABerupaya mengurangkan pertelingkahan
di antara pelbagai pihak.Mengurangkan konflik undang-undang dan
politik.Persengketaan di kalangan aktivis politik, pembangkang dan
masyarakat dapat dikurangkan.Mengelakkan peperangan kerana
perbezaan pendapat berkenaan ISA.Ancaman demokrasi dapat
dielakkan.Memperkukuhkan amalan hak asasi di negara ini.Meluaskan
ruang demokrasi kepada rakyat.
SOSMASeperti juga ISA, SOSMA digubal berdasarkan peruntukan 149
Perlembagaan Persekutuan. Tujuan akta terbabit diperkenalkan adalah
untuk mengenal pasti serta membanteras aktiviti pengganas,
pengintipan dan ancaman terhadap keselamatan negara.
KUASA MUTLAK POLISAkta ini memberi kuasa mutlak kepada polis
untuk mengumpul bahan bukti serta memintas atau gangguan maklumat
komunikasi tanpa waran mahkamah. Dalam prosedur penahanan, pihak
berkuasa diberikan tempoh 28 hari untuk menahan seorang suspek bagi
tujuan siasatan. Selepas tempoh itu suspek hendaklah di bawa ke
mahkamah di mana suspek boleh didakwa atau dibebaskan.Semua
pendakwaan di bawah SOSMA mestilah dibawa ke Mahkamah Tinggi.
Justeru, dalam kes ini pihak pendakwa telah meminta mahkamah
Majistret Ampang memindahkan kes terbabit ke Mahkamah Tinggi Shah
Alam.Mereka yang didakwa akan diberikan pengadilan sewajarnya di
mahkamah. Malah, individu yang ditahan di bawah SOSMA boleh
mencabar penahanan mereka di mahkamah. Tahanan boleh memfailkan
writ habeas corpus ke atas sebab dan tujuan penahanan mereka.
AKTA LEBIH ADILJelaslah, bahawa di bawah penguatkuasaan akta
baru itu, kuasa untuk membuat semakan kehakiman ke atas sebab
penahanan dan perbicaraan mesti dibuat di mahkamah, berbanding ISA
yang kuasanya hanya ada pada menteri berkaitan. Malah, SOSMA lebih
adil berbanding undang-undang cegah keganasan
Kerajaan tidak menggunakan ISA dengan sewenang-wenangnya. ISA
perlu dilihat dari perspektif yang lebih besar daripada hak asasi
Individu. Dasar dan pendirian kerajaan adalah untuk mengkaji dan
bukan untuk memansuhkan terus ISA. Perkara ini perlu diberi fahaman
kepada rakyat supaya tidak dikelirukan.
KESIMPULAN
Rujukan Pesuruhanjaya Penyemak Undang-undang, Malaysia Di Bawah
Kuasa Akta Penyemakan Undang-undang 1968 Secara Usaha Sama Dengan
Malayan Law Journal.(2006). Akta Hasutan 1948. Kuala Lumpur :
http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%201/Akta%2015.pdf
Akta keselamatan dalam negeri (isa) dikekalkan demi menjamin
kesejahteraan negara:
http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fpmr.penerangan.gov.my%2Findex.php%2Fumum%2F4300-akta-keselamatan-dalam-negeri-isa-dikekalkan-demi-menjamin-kesejahteraan-negara.html&h=BAQFglDEo
Utusan Malaysia, Berita Harian, NST, Wilkipedia, KOSMO, HARIAN
METRO.