UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 344 AKTA POLIS 1967 Sebagaimana pada 1 Oktober 2012 Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara, bagi The Police Act 1967 sebagaimana disemak dalam tahun 1988. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sebagai sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
VERSI ATAS TALIAN TEKS
CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI
Akta 344
AKTA POLIS 1967
Sebagaimana pada 1 Oktober 2012
Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara, bagi The Police Act 1967
sebagaimana disemak dalam tahun 1988. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sebagai sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan.
2
AKTA POLIS 1967
Pertama kali dibuat … … … 1967 (Akta No. 41 tahun
1967)
Disemak sehingga … … … 1988 (Akta 344 m.b.p.
6 Oktober 1988)
Kali terakhir dipinda
oleh Akta A1421 yang
mula berkuat kuasa pada … … 23 April 2012
3
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 344
AKTA POLIS 1967
SUSUNAN SEKSYEN
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Seksyen
1. Tajuk ringkas dan pemakaian
BAHAGIAN II
TAFSIRAN
2. Tafsiran
BAHAGIAN III
POLIS DIRAJA MALAYSIA
3. Keanggotaan Pasukan Polis
4. Kawalan Pasukan
5. Pelantikan Ketua Polis Negara, dll.
6. Kawalan Polis Diraja Malaysia dalam sesuatu Negeri, dll
7. Mengguna khidmat Pasukan dalam masa darurat
4 Undang-Undang Malaysia AKTA 344
BAHAGIAN IV
PEGAWAI POLIS TAMBAHAN DAN
KONSTABEL PENJAGA
Seksyen
8. Pegawai polis tambahan
9. Konstabel penjaga
BAHAGIAN V
PERKHIDMATAN DI LUAR MALAYSIA DAN
PERKHIDMATAN POLIS DARI WILAYAH LAIN
DALAM MALAYSIA
10. Yang di-Pertuan Agong boleh mengarahkan Polis Diraja Malaysia
berkhidmat di luar Malaysia
11. Pegawai yang berkhidmat di luar Malaysia hendaklah tertakluk kepada Akta
ini
12. Layanan bersaling
BAHAGIAN VI
PELANTIKAN, PERKHIDMATAN, DLL.
13. Akuan oleh pegawai polis apabila dilantik
14. Perakuan pelantikan
15. Persaraan atau peletakan jawatan dalam masa perang atau darurat
16. Peletakan jawatan semasa prosiding disiplin belum selesai
17. Senjata, perlengkapan, dll., diserah balik apabila tidak lagi menjadi anggota
Pasukan
18. Pegawai polis tertakluk kepada peruntukan-peruntukan yang terpakai
kepada pegawai awam
BAHAGIAN VII
TUGAS DAN KUASA PEGAWAI POLIS
19. Pegawai polis hendaklah disifatkan sebagai bertugas
20. Tugas am pegawai polis
Polis 5
Seksyen
21. Tugas di jalan awam
22. Harta yang tidak dituntut
23. Estet yang tidak dituntut
24. Kuasa pegawai polis untuk memeriksa lesen, kenderaan, dll.
25. Kuasa untuk menahan dan memeriksa pesawat udara
26. Kuasa untuk mendirikan sekatan jalan
27. (Dipotong)
27A. (Dipotong)
27B. (Dipotong)
27C. (Dipotong)
28. Kuasa untuk mengawal selia permainan muzik di tempat awam
29. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah dan perintah bagi mengawal lalu
lintas
30. Kuasa untuk membuat perintah bagi mengawal pertunjukan bendera, dll.
31. Kuasa untuk membuat perintah bagi menghendaki orang berada dalam
rumah
32. Tiada liabiliti terhadap perbuatan yang dilakukan di bawah kuasa waran
33. Pengecualian berkenaan dengan proses sivil
BAHAGIAN VIII
SUKARELAWAN SIMPANAN POLIS DIRAJA MALAYSIA
34. Penubuhan Sukarelawan Simpanan
35. Anggota Sukarelawan Simpanan
36. Pelantikan pegawai polis sukarelawan simpanan, dll.
37. Pangkat sukarelawan yang dilantik dalam Sukarelawan Simpanan
38. Pegawai polis sukarelawan simpanan boleh dikehendaki meletakkan jawatan
39. Akuan oleh pegawai polis sukarelawan simpanan
40. Perakuan pelantikan
41. Peletakan jawatan
42. Gaji dan elaun
43. Pengerahan Sukarelawan Simpanan
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 344
Seksyen
44. Ketua Polis Negara boleh mengguna khidmat pegawai polis sukarelawan
simpanan untuk menjalankan tugas polis
45. Kuasa pegawai polis sukarelawan simpanan
46. Menempatkan semula dalam pekerjaan sivilian
BAHAGIAN IX
POLIS BANTUAN
47. Pelantikan pegawai polis bantuan
48. Akuan hendaklah dibuat oleh pegawai polis bantuan
49. Perakuan pelantikan
49A. Gaji dan elaun
50. Tugas dan kuasa, dll.
BAHAGIAN X
SIMPANAN POLIS DIRAJA MALAYSIA
51. Simpanan Polis Diraja Malaysia
52. Liabiliti untuk berkhidmat dalam Polis Simpanan
53. Pegawai polis bersara yang tidak bertanggungan berkhidmat boleh memilih
untuk berkhidmat
54. Tempoh perkhidmatan dalam Polis Simpanan
55. Pengerahan Polis Simpanan
56. Polis simpanan dikehendaki melapor
57. Kuasa pegawai polis apabila dikerah
58. Pangkat dalam Polis Simpanan
59. Gaji dan elaun
60. Cuti
61. Penahanan pencen
62. Dilepaskan daripada Polis Simpanan
63. Diberhentikan daripada Polis Simpanan dan rayuan
64. Penamatan perkhidmatan dalam masa pengerahan
Polis 7
Seksyen
65. Pakaian seragam dan peralatan
66. Menempatkan semula dalam pekerja sivilian pegawai polis dalam Polis
Simpanan
67. Penalti
BAHAGIAN XI
KOR KADET POLIS DIRAJA MALAYSIA
68. Penubuhan Kor Kadet
69. Anggota Kor Kadet
70. Pelantikan, kenaikan pangkat dan pembuangan kerja Pegawai Kadet dan
Kadet
71. Peletakan jawatan
72. Gaji dan elaun
73. Pembubaran
BAHAGIAN XII
DISIPLIN
74. Pegawai polis tertakluk kepada peraturan-peraturan disiplin
75. Denda didapati daripada potongan gaji
76. Gaji penuh tidak terakru semasa tidak hadir tanpa kebenaran atau semasa
dalam penjara
77. Senjata, kelengkapan, dll., yang hilang atau rosak hendaklah diganti dengan
potongan gaji
78. Tahan kerja
79. Jawatankuasa Siasatan bagi Jabatan berkenaan dengan kematian atau
kecederaan mana-mana pegawai polis atau berkenaan dengan kehilangan
atau kerosakan harta
80. Kuasa pegawai kanan polis yang mengadakan penyiasatan untuk menyaman
saksi
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 344
BAHAGIAN XIII
KUMPULAN WANG POLIS
Seksyen
81. Kumpulan Wang Polis
82. Kumpulan Wang Polis dan maksud Kumpulan Wang
83. Pemindahan Kumpulan Wang
84. Tafsiran
BAHAGIAN XIV
AM
85. Membawa senjata
86. Pembolosan
87. Dahagi
88. Penalti kerana menyebabkan penderhakaan
89. Memiliki, membuat, menjual atau membekalkan secara haram peralatan
yang dibekalkan kepada pegawai polis dan penggunaan pakaian seragam
polis tanpa kebenaran
90. Kelakuan tidak senonoh di balai polis
91. Pegawai polis boleh menangkap tanpa waran bagi kesalahan di bawah
subseksyen 31(2), seksyen 86, 87, 89 dan 90
92. Pegawai polis tidak boleh menjadi anggota Kesatuan Sekerja
93. Persatuan polis
94. Penalti am
95. Kaedah-kaedah
96. Peraturan-Peraturan Polis
97. Perintah Tetap
98. Pemansuhan dan kecualian
99. Masa peralihan
100. Mengubahsuai undang-undang lain
JADUAL PERTAMA―Pangkat Polis
JADUAL KEDUA―Akuan Jawatan
JADUAL KETIGA―Pemansuhan
9
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 344
AKTA POLIS 1967
Suatu Akta berhubungan dengan organisasi, disiplin, kuasa dan tugas
Polis Diraja Malaysia dan perkara yang bersampingan dengannya.
[Seluruh Malaysia―29 Ogos 1967; P.U. 385A/1967
Wilayah Persekutuan Labuan lihat lampiran]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan
persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam
Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Tajuk ringkas dan pemakaian
1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Polis 1967, dan terpakai
di seluruh Malaysia.
(2) (Ditinggalkan).
BAHAGIAN II
TAFSIRAN
Tafsiran
2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki
makna yang lain―
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 344
“amunisi” ertinya amunisi untuk apa-apa senjata, dan meliputi
grenad, bom dan misil lain yang serupa, sama ada boleh digunakan
dengan senjata atau tidak, dan sesuatu amunisi yang mengandungi,
atau direka bentuk atau dipadankan untuk mengandungi, apa-apa
cecair, gas atau benda lain yang berbahaya;
“daerah polis” atau “bahagian polis” ertinya mana-mana kawasan
yang ditetapkan sebagai demikian oleh Ketua Polis Negara di bawah
perenggan 6(b) dan kecuali dan sehingga kawasan itu telah
ditetapkan, ertinya mana-mana kawasan yang dijadikan atau
diiktirafkan sebagai daerah polis atau bahagian polis pada permulaan
kuat kuasa Akta ini;
“Ketua Pegawai Polis” ertinya seseorang pegawai polis yang diberi
kuasa oleh Ketua Polis Negara mengawal Polis Diraja Malaysia
mengenai mana-mana kawasan atau Negeri di bawah seksyen 6 dan
yang ditetapkan sebagai demikian oleh Ketua Polis Negara;
“Ketua Polis Negara” ertinya Ketua Polis Negara yang dilantik di
bawah seksyen 5;
“konstabel” ertinya seseorang pegawai polis yang berpangkat
rendah daripada Koperal dan termasuk seseorang Rekrut;
“pegawai kanan polis” ertinya seseorang pegawai polis daripada
apa-apa pangkat dan termasuk Ketua Polis Negara ke bawah hingga
dan termasuk seseorang Inspektor dalam percubaan;
“Pegawai Memerintah” ertinya seseorang pegawai polis yang diberi
kuasa oleh Ketua Polis Negara mengawal Polis Diraja Malaysia
mengenai mana-mana Negeri, kawasan, tempat, formasi atau daerah
polis di bawah seksyen 6 dan ditetapkan sebagai demikian oleh Ketua
Polis Negara;
“pegawai polis” ertinya seseorang anggota Polis Diraja Malaysia;
“pegawai rendah polis” ertinya seseorang pegawai polis daripada
apa-apa pangkat dari dan termasuk seseorang Sub-Inspektor ke
bawah hingga dan termasuk seseorang Koperal;
Polis 11
“Pesuruhjaya” ertinya Pesuruhjaya Polis yang dilantik di bawah
seksyen 5;
“senjata” termasuk amunisi;
“Timbalan Ketua Polis Negara” ertinya Timbalan Ketua Polis
Negara yang dilantik di bawah seksyen 5.
(2) Apa-apa rujukan dalam Akta ini dan mana-mana undang-
undang bertulis yang lain kepada seorang pegawai polis yang
berpangkat tertentu hendaklah termasuk mana-mana pegawai polis
yang sedang memangku, atau dalam percubaan atau dalam latihan,
dalam pangkat sedemikian dan subseksyen ini hendaklah disifatkan
sebagai bahagian yang melengkapkan bagi Akta ini dari permulaan
kuat kuasa Akta ini.
BAHAGIAN III
POLIS DIRAJA MALAYSIA
Keanggotaan Pasukan Polis
3. (1) Semua orang yang sebelum sahaja permulaan kuat kuasa
Akta ini adalah anggota Polis Diraja Malaysia yang ditubuhkan di
bawah Akta Polis Diraja Malaysia 1963 [Akta 30/1963],
hendaklah apabila permulaan kuat kuasa Akta ini menjadi anggota
Polis Diraja Malaysia di bawah Akta ini (kemudian daripada ini
disebut sebagai “Pasukan”) dengan pangkat yang bersamaan dan atas
sifat yang bersamaan.
(2) Tiap-tiap orang yang tersebut dahulu hendaklah diambil kerja
atas terma dan syarat yang sama yang dipakai bagi mereka sebelum
sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini.
(3) Tertakluk kepada Akta ini, Pasukan hendaklah diguna
khidmat di dalam dan di seluruh Malaysia (termasuk perairan
wilayahnya) bagi memelihara undang-undang dan ketenteraman,
mengekalkan keamanan dan keselamatan Malaysia, mencegah dan
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 344
mengesan jenayah, menangkap dan mendakwa pesalah dan
mengumpul risikan keselamatan.
Kawalan Pasukan
4. (1) Pasukan hendaklah di bawah perintah Ketua Polis Negara
yang adalah seorang pegawai polis dan hendaklah bertanggungjawab
kepada Menteri bagi kawalan dan arahan Pasukan dan semua orang
lain yang dilantik atau diguna khidmat untuk menjalankan tugas
polis, dan hendaklah mempunyai semua kuasa yang diberi kepada
seorang Pesuruhjaya atau seorang Ketua Pegawai Polis.
(2) Maka hendaklah dilantik seorang Timbalan Ketua Polis
Negara yang adalah seorang pegawai polis dan hendaklah berada di
bawah arahan Ketua Polis Negara.
(3) Timbalan Ketua Polis Negara hendaklah mempunyai semua
kuasa yang diberi kepada seorang Pesuruhjaya atau seorang Ketua
Pegawai Polis.
(4) Mana-mana perbuatan atau perkara yang boleh dilakukan,
diperintahkan atau dilaksanakan oleh Ketua Polis Negara di bawah
undang-undang ini atau di bawah mana-mana undang-undang yang
lain boleh, tertakluk kepada perintah dan arahannya, dilakukan,
diperintahkan atau dilaksanakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara,
Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya, Penolong Pesuruhjaya Kanan,
atau Penolong Pesuruhjaya yang diberi kuasa secara am atau khas
bagi maksud itu oleh Ketua Polis Negara; dan sekiranya dia berada di
luar Malaysia atau tidak berupaya menjalankan tugasnya atau sedang
bercuti, fungsi Ketua Polis Negara di bawah undang-undang ini atau
di bawah mana-mana undang-undang lain bolehlah dijalankan oleh
Timbalan Ketua Polis Negara atau mana-mana pegawai polis lain
yang berpangkat tidak rendah daripada Pesuruhjaya yang diberi kuasa
oleh Yang di-Pertuan Agong.
Polis 13
Pelantikan Ketua Polis Negara, dll.
5. (1) Maka hendaklah dilantik seorang Ketua Polis Negara,
seorang Timbalan Ketua Polis Negara dan beberapa Pesuruhjaya dan
Timbalan Pesuruhjaya dan pegawai kanan polis dan pegawai rendah
polis dan konstabel sebagaimana disifatkan perlu bagi maksud
melaksanakan Akta ini.
(2) Pangkat bagi Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis
adalah seperti disenaraikan di dalam Jadual Pertama.
Kawalan Polis Diraja Malaysia dalam sesuatu Negeri, dll.
6. Anggota Pasukan hendaklah berkenaan dengan―
(a) mana-mana kawasan atau Negeri yang ditentukan oleh
Menteri, dikawal oleh seorang Pesuruhjaya atau Ketua
Pegawai Polis; dan
(b) mana-mana formasi, daerah polis atau bahagian polis atau
kawasannya atau mana-mana tempat, dikawal oleh mana-
mana pegawai polis yang ditentukan oleh Ketua Polis
Negara sama ada dengan menyebut nama atau
jawatannya.
Mengguna khidmat Pasukan dalam masa darurat
7. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh, dalam masa perang atau
darurat lain, mengguna khidmat Pasukan atau mana-mana
bahagiannya untuk berkhidmat bersama dengan Angkatan Tentera
Malaysia atau mana-mana Angkatan Tempatan yang ditubuhkan di
bawah mana-mana undang-undang, atau, secara lain, dalam
mempertahankan Malaysia:
Dengan syarat bahawa mana-mana bahagian Pasukan yang diguna
khidmat sedemikian hendaklah terus berada di bawah perintah Ketua
Polis Negara atau mana-mana pegawai polis lain yang telah dilantik
bagi maksud itu.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 344
(2) Bagi maksud seksyen ini ungkapan “Pasukan” meliputi semua
badan yang ditubuh atau didirikan bagi menjalankan tugas polis di
bawah Akta ini.
BAHAGIAN IV
PEGAWAI POLIS TAMBAHAN DAN KONSTABEL PENJAGA
Pegawai polis tambahan
8. (1) Pesuruhjaya atau Ketua Pegawai Polis boleh, dengan
kelulusan Ketua Polis Negara, mengambil kerja orang untuk
berkhidmat secara sementara sebagai pegawai polis tambahan bagi
pangkat Sarjan Mejar atau ke bawah.
(2) Seseorang pegawai polis tambahan hendaklah disifatkan
sebagai di bawah perjanjian untuk berkhidmat dari sebulan ke
sebulan, setiap perjanjian tersebut bermula pada satu hari bulan dan
tamat pada hari terakhir pada tiap-tiap bulan yang berturutan.
(3) Seseorang pegawai polis tambahan boleh dilepaskan atau
boleh meletak jawatan dengan diberi atau dengan memberi satu bulan
notis bertulis oleh atau kepada Pesuruhjaya atau Ketua Pegawai Polis.
(4) Seseorang pegawai polis tambahan hendaklah mempunyai
dan boleh menjalankan semua kuasa dan keistimewaan, dan
hendaklah tertakluk kepada kuasa dan disiplin yang sama sebagai,
seorang anggota Pasukan yang mempunyai pangkat yang bersamaan,
dan hendaklah mematuhi semua arahan yang sah berkenaan dengan
pelaksanaan tugasnya yang mungkin diterimanya dari semasa ke
semasa daripada pegawai atasannya.
Konstabel penjaga
9. (1) Pesuruhjaya atau Ketua Pegawai Polis boleh, dengan
kelulusan Ketua Polis Negara, atas permohonan oleh mana-mana
orang (kemudian daripada ini, di dalam seksyen ini disebut sebagai
“pemohon”) untuk seorang konstabel diambil bekerja dengan tugas
Polis 15
khas, mengambil kerja mana-mana orang yang sesuai sebagai
konstabel penjaga bagi maksud tugas khas itu sahaja. Konstabel
penjaga sedemikian hendaklah diambil kerja dengan perbelanjaan
pemohon, yang hendaklah menyediakan tempat penginapan dan
makanan untuk konstabel penjaga tersebut seperti yang dikehendaki
oleh Pesuruhjaya atau Ketua Pegawai Polis dan bolehlah dikehendaki
membayar bagi apa-apa pakaian seragam yang dibekalkan kepada
konstabel penjaga tersebut atau mana-mana kadar dari itu yang boleh
ditentukan oleh Pesuruhjaya atau Ketua Pegawai Polis:
Dengan syarat bahawa pemohon boleh, dengan memberi satu bulan
notis kepada Pesuruhjaya atau Ketua Pegawai Polis, menghendaki
supaya konstabel penjaga sedemikian ditarikh balik daripada
menjalankan tugas khas tersebut, dan dalam keadaan sedemikian,
pemohon hendaklah tidak bertanggungan bagi apa-apa perbelanjaan
yang ditanggung berkaitan dengan pengambilan konstabel penjaga
tersebut selepas hari terakhir bulan berikut di mana notis tersebut
telah diberikan ke dalam hasil am Persekutuan.
(2) Apa-apa amaun yang kena dibayar daripada seorang pemohon
di bawah seksyen ini boleh didapatkan oleh Pesuruhjaya atau Ketua
Pegawai Polis sebagai hutang, dan, apabila diterima, hendaklah
dibayar ke dalam hasil am Persekutuan.
(3) Seseorang konstabel penjaga hendaklah mempunyai dan
boleh menjalankan semua kuasa dan keistimewaan, dan hendaklah
tertakluk kepada kuasa dan disiplin yang sama sebagai, seorang
konstabel Pasukan.
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 344
BAHAGIAN V
PERKHIDMATAN DI LUAR MALAYSIA DAN
PERKHIDMATAN POLIS DARI WILAYAH LAIN DALAM
MALAYSIA
Yang di-Pertuan boleh mengarahkan Polis Diraja Malaysia
berkhidmat di luar Malaysia
10. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas permintaan bagi maksud
itu yang dibuat oleh Kerajaan sesuatu wilayah di luar Malaysia,
dengan perintah mengarahkan mana-mana bahagian daripada Polis
Diraja Malaysia yang didapatinya sesuai supaya menjalankan tugas
polis dalam wilayah itu dan Yang di-Pertuan Agong hendaklah
menyatakan dalam perintah itu bagi maksud apakah arahan itu dibuat.
(2) Tiada apa-apa perintah di bawah seksyen ini boleh dibuat
melainkan Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa peruntukan-
peruntukan yang memadai telah atau akan dibuat dengan segera
dalam undang-undang wilayah yang tersebut dahulu itu―
(a) bagi menguatkuasakan di dalam wilayah tersebut apa-apa
kontrak perkhidmatan yang dibuat di antara anggota Polis
Diraja Malaysia dan Kerajaan Malaysia;
(b) bagi memberi kepada pegawai polis Polis Diraja Malaysia
yang berkhidmat di dalam wilayah tersebut di bawah
seksyen ini kuasa dan tugas pegawai polis di dalam
wilayah tersebut; dan
(c) bagi memastikan bahawa layanan bersaling diberi kepada
Kerajaan Malaysia.
(3) Tertakluk kepada subseksyen (2), tiada seorang pun pegawai
polis boleh dihantar ke luar Malaysia di bawah Bahagian ini
melainkan Menteri berpuas hati bahawa perkiraan wajar telah dibuat
bagi perkhidmatan pegawai polis Malaysia dengan pihak berkuasa
wilayah yang tersebut dahulu.
Polis 17
Pegawai yang berkhidmat di luar Malaysia hendaklah tertakluk
kepada Akta ini
11. Semua pegawai polis yang berkhidmat dalam wilayah di luar
Malaysia menurut subseksyen 10(1) hendaklah tertakluk kepada Akta
ini.
Layanan bersaling
12. (1) Apabila, atas permintaan Kerajaan Malaysia dan pada
menurut perintah yang dibuat oleh Kerajaan suatu wilayah lain,
anggota pasukan polis wilayah tersebut dihantar ke Malaysia untuk
menjalankan tugas polis di dalam Malaysia, anggota itu hendaklah
tertakluk kepada subseksyen (3), berada di bawah perintah pegawai
atasan mereka sendiri yang ada bersama mereka dan hendaklah
tertakluk kepada peraturan-peraturan yang sama seperti semasa
berkhidmat di dalam wilayah itu.
(2) Apabila, mana-mana anggota pasukan polis suatu wilayah
lain, menurut subseksyen (1), berada di dalam Malaysia, apa-apa
kontrak perkhidmatan yang dibuat di antara mana-mana anggota
badan itu dan Kerajaan wilayah itu boleh dikuat kuasa di dalam
Malaysia dengan cara yang sama dan dengan efek yang sama seolah-
olah kontrak itu telah dibuat di antara anggota itu dan Kerajaan
Malaysia.
(3) Mana-mana anggota pasukan polis suatu wilayah lain yang
berada dalam Malaysia sebagaimana tersebut dahulu hendaklah
mempunyai dan boleh menjalankan kuasa, dan hendaklah
bertanggungan bagi melaksanakan tugas, seorang pegawai polis
Pasukan; dan anggota pasukan polis wilayah itu hendaklah tertakluk
kepada kawalan keseluruhan seorang pegawai kanan polis Pasukan.
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 344
BAHAGIAN VI
PELANTIKAN, PERKHIDMATAN, DLL.
Akuan oleh pegawai polis apabila dilantik
13. Tiap-tiap pegawai polis dan pegawai polis tambahan hendaklah,
apabila mula-mula masuk Pasukan atau sebelum mula menjalankan
tugas jawatannya, membuat di hadapan seorang pegawai kanan polis
berpangkat Penguasa atau ke atas akuan yang dinyatakan dalam
Jadual Kedua mengikut apa-apa cara yang diakuinya sebagai paling
berkesan pada perasaan hatinya.
Perakuan pelantikan
14. Suatu perakuan pelantikan, dalam bentuk sebagaimana
ditetapkan oleh Peraturan-Peraturan Polis, ditandatangani oleh
seorang Pegawai Memerintah atau seorang pegawai kanan polis yang
diberi kuasa olehnya bagi maksud itu, hendaklah dikeluarkan kepada
tiap-tiap pegawai polis, pegawai polis tambahan dan konstabel
penjaga dan hendaklah menjadi keterangan mengenai pelantikannya
di bawah Akta ini.
Persaraan atau peletakan jawatan dalam masa perang atau
darurat
15. Tiada seorang pun pegawai polis boleh bersara atau meletak
jawatan daripada Pasukan dalam masa perang atau semasa
Pengisytiharan Darurat masih berkuat kuasa:
Dengan syarat bahawa seorang pegawai polis boleh bersara atau
dibenarkan meletak jawatan jika disyorkan sedemikian oleh Ketua
Polis Negara.
Polis 19
Peletakan jawatan semasa prosiding disiplin belum selesai
16. Walau apa pun seksyen 15, tiada seorang pun pegawai polis,
tanpa kebenaran bertulis Ketua Polis Negara, boleh meletak jawatan
daripada Pasukan dalam masa belum selesai apa-apa prosiding
disiplin atau pendakwaan yang dibawa terhadapnya mengenai apa-
apa kesalahan yang dia mungkin dituduh.
Senjata, perlengkapan, dll. hendaklah diserahkan apabila tidak
lagi menjadi anggota Pasukan
17. (1) Apabila seorang pegawai polis tidak lagi menjadi anggota
Pasukan dia hendaklah dengan serta-merta menyerahkan balik kepada
orang yang dilantik oleh Ketua Polis Negara bagi maksud itu, atau
kepada pegawai polis yang mengetuai mana-mana bahagian Pasukan
di tempat di mana dia akhir sekali ditempatkan, perakuan
pelantikannya dan semua senjata, amunisi, perlengkapan, pakaian
seragam, dan peralatan lain yang telah dibekalkan kepadanya dan
yang mana adalah harta awam:
Dengan syarat bahawa Ketua Polis Negara boleh, tertakluk kepada
Kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini, dalam hal-hal khas
membenarkan disimpan barang-barang tertentu, selain senjata dan
amunisi, atas apa-apa syarat yang ditetapkan oleh Perintah Tetap.
(2) Mana-mana pegawai polis yang, setelah tidak lagi menjadi
anggota Pasukan, tanpa sebab yang baik tidak mematuhi
subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi satu ratus ringgit
atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau
kedua-duanya, dan, sebagai tambahan, hendaklah bertanggungan
membayar nilai harta yang tidak diserah balik itu, dan nilai itu boleh
ditentukan oleh mahkamah secara terus dan boleh didapatkan
kembali sebagai suatu denda.
(3) Dalam seksyen 15 dan 16 dan dalam seksyen ini ungkapan
“pegawai polis” meliputi semua orang yang dilantik atau diambil
kerja untuk menjalankan tugas polis di bawah Akta ini; dan ungkapan
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 344
“Pasukan” termasuk semua badan yang ditubuhkan atau didirikan
untuk menjalankan tugas polis di bawah Akta ini.
Pegawai polis tertakluk kepada peruntukan-peruntukan yang
terpakai kepada pegawai awam
18. Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya dalam Akta ini
dan dalam Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan Polis yang dibuat
di bawahnya, tiap-tiap pegawai polis hendaklah melainkan
dikecualikan dengan nyata, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan
yang sama seperti yang terpakai kepada pegawai awam yang lain
yang mempunyai taraf bersamaan dalam perkhidmatan Kerajaan
Persekutuan.
BAHAGIAN VII
TUGAS DAN KUASA PEGAWAI POLIS
Pegawai polis hendaklah disifatkan sebagai bertugas
19. Tiap-tiap pegawai polis, pegawai polis tambahan dan konstabel
penjaga, bagi maksud Akta ini, hendaklah disifatkan sebagai sentiasa
bertugas apabila dikehendaki bertindak sebagai demikian dan
hendaklah melaksanakan tugas dan menjalankan kuasa yang diberi
kepadanya di bawah mana-mana undang-undang lain di mana-mana
tempat dalam Malaysia di mana dia mungkin menjalankan tugas.
Tugas am pegawai polis
20. (1) Tiap-tiap pegawai polis hendaklah melaksanakan tugas dan
menjalankan kuasa yang dipertanggungkan atau diberikan oleh
undang-undang ke atas atau kepada seorang pegawai polis, dan
hendaklah mematuhi semua arahan yang sah berkenaan dengan
pelaksanaan jawatannya yang mungkin diterimanya dari semasa ke
semasa daripada pegawai atasannya dalam Pasukan.
Polis 21
(2) Jika sesuatu tugas, kuasa atau budi bicara dipertanggungkan
atau diberi oleh atau di bawah Akta ini atau mana-mana undang-
undang lain ke atas atau kepada seorang pegawai polis daripada apa-
apa pangkat tertentu atau yang memegang apa-apa jawatan tertentu,
pegawai polis itu hendaklah, dalam melaksanakan tugas itu atau
menjalankan kuasa atau budi bicara itu, tertakluk kepada perintah dan
arahan mana-mana pegawai polis yang dibawahnya dia bertugas
secara lansung, dan mana-mana pegawai polis yang kemudian
tersebut itu, jika keadaan memerlukan dan didapatinya bermanfaat
untuk berbuat demikian, hendaklah sendirinya melaksanakan tugas
itu atau menjalankan kuasa atau budi bicara itu.
(3) Tanpa menjejaskan keluasan peruntukan-peruntukan yang
tersebut di atas atau mana-mana undang-undang lain adalah menjadi
tugas seorang pegawai polis melaksanakan maksud yang tersebut
dalam subseksyen 3(3); dan dia boleh mengambil langkah-langkah
yang sah dan melakukan perbuatan yang sah yang perlu berkaitan
dengannya, termasuk―
(a) menangkap semua orang yang dia diberi kuasa oleh
undang-undang menangkap;
(b) memproses risikan keselamatan;
(c) menjalankan pendakwaan;
(d) memberi bantuan dalam melaksanakan mana-mana
undang-undang berhubungan dengan hasil, eksais,
kebersihan, kuarantin, imigresen dan pendaftaran;
(e) memberi bantuan dalam mengekalkan ketenteraman di
pelabuhan dan lapangan terbang Malaysia, dan dalam