-
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BAHAGIAN HAB HALAL
PEKELILING PENSIJILAN HALAL MALAYSIA BIL. 112011
PENGUATKUASAAN AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011 DAN PERINTAH.PERINTAH
PERIHAL DAGANGAN BERKAITAN HALAL
TUJUAN
1' Pekeliling ini bertujuan memaklumkan mengenai pindaan Akta
perihalDagangan 1972 dan Perintah-Perintah berkaitan perbahasaan
dan penandaan halalserta perlaksanaan penguatkuasaan Perintah
Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 danPerintah Perihal Dagangan
(Perakuan Dan Penandaan Halal) 2011 di bawah AktaPerihal Dagangan
2011 yang akan dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2012
2. Objektif utama pekeliling ini adalah untuk memaklumkan semua
pihak yangberkepentingan bahawa berkuat kuasa 1 Januari 2012, sijil
dan logo halal yangdikeluarkan/dipohon sama ada seca ra self
declaration atau yang dikeluarkan olehmana-mana syarikat swasta
tidak lagi dibenarkan. Perbuatan tersebut adalahmerupakan suatu
kesalahan yang boleh dihukum di bawah ApD 2011 yang baru ini.
-
LATARBELAKANG
3. Sebelum ini, sijil dan logo halal bagi produk keluaran dalam
negara bolehdipohon sama ada dari Jakim, Jabatan Agama lslam
Negeri-Negeri atau syarikat-syarikat swasta. Terdapat beberapa
bentuk dan jenis logo halal yang dikeluarkan yangmerujuk kepada
identiti pihak yang mengeluarkan sijil dan logo halal
tersebut.Disebabkan tiada satu undang-undang khusus yang boleh
memantau pengeluaran sijildan logo halal yang pelbagai, maka timbul
kekeliruan di kalangan pengguna khususnyayang berhubungan dengan
kebolehpercayaan dan kredibiliti pihak-pihak yangmengeluarkan sijil
dan logo halal yang bermaflamatkan keuntungan.
4. I Justeru, pihak Kerajaan telah berusaha mencari kaedah
terbaik bagi memantaudengan lebih berkesan pengeluaran sijil dan
logo halal bagi mengelakkan iadimanipulasikan oleh pihak-pihak
tertentu. Usaha ini telah dijalankan melalui rundingan
antara Jakim, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan(KPDNKK) dengan Pihak Berkuasa Agama lslam
Negeri-Negeri. Hasil daripadarundingan tersebut, Kerajaan telah
bersetuju bahawa hanya satu logo halal sahaja yang
diiktiraf untuk dipakai di seluruh Negara iaitu logo halal
Malaysia. Pihak-pihak selainJakim dan Pihak Berkuasa Agama lslam
Negeri-Negeri pula tidak boleh lagimengeluarkan sijil dan logo
halal bagi pasaran domestik.
5. Selanjutnya, Akta Perihal Dagangan 2011(APD 20111 telah
diluluskan olehParlimen pada 11 Julai 2011. Di bawah Seksyen 28 dan
29 Akta ini, terdapat duaPerintah Perihal Dagangan yang berkaitan
dengan penguatkuasaan halal iaitu:
(i)
(i i)
Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011
Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal)
2011
6. Bermula pada 1 Januari 20'12 iaitu tarikh kuat kuasa bagi APD
2011, PerintahPerihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Perintah
Perihal Dagangan (Perakuandan Penandaan Halal) 2011, kedua-dua
perintah Perintah Perihal Dagangan
-
(Perbahasaan Halal 1975) dan Perintah Perihal Dagangan
(Penandaan Halal 1975)adalah dimansuhkan. Kesemua pihak yang
berkepentingan hendaklah mematuhikehendak kedua-dua Perintah yang
baru ini.
KANDUNGAN APD 201 1
7. Seksyen 28 APD 2011
o Seksyen 28 bertujuan untuk membuat peruntukan mengenai
kuasaMenteri untuk mentakrifkan apa-apa ungkapan dan bagi
menghendakimaklumat diberikan, dan lain-lain. Menteri diberi kuasa
untuk memberikan erti
, apa-apa ungkapan yang digunakan bagi makanan, barang-barang
atauperkhidmatan sebagai mempunyai erti yang tertentu. Melalui
perintah, Menteri
boleh menetapkan erti berkenaan sama ada kepada ungkapan
apabiladigunakan dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan atau
apabiladigunakan dalam hal keadaan yang dinyatakan dalam perintah
itu.
' Seksyen 28 turut memperuntukkan bahawa Menteri boleh
menetapkankesalahan bagi mana-mana orang yang memperdayakan atau
mengelirukan
orang awam bahawa barangan yang ditawarkan menepati takrifan
yang dibuat
oleh Menteri di bawah seksyen ini.
o Tindakan penguatkuasaan boleh diambil terhadap mana-mana
premisyang menawarkan makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang
tidakhalal yang didapati membenarkan pekerjanya memakai kopiah,
songkok atau
tudung seperti yang lazim dipakai oleh orang lslam. lni kerana
amalan tersebut
boleh mengelirukan atau memperdayakan orang lslam terhadap
status halal
barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh premis tersebut.o
la bertujuan, antara lain, untuk mengambil tindakan terhadap
mana-manaorang yang memperdayakan orang ramai bahawa makanan yang
ditawarkan
adalah halal dengan menggunakan barangan mengenai lslam atau
ayat-ayat
suci Al-Quran.
-
-
8. Hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen 2g ApD 2011:
(a) Jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda
tidak melebihilima juta ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau
yang berikutnya, dendatidak melebihi sepuluh juta ringgit; atau(b)
Jika bukan pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi satu juta
ringgit
atau penjara tidak melebihi tiga tahun, bagi kesalahan
berikutnya denda tidakmelebihi lima juta ringgit atau penjara tidak
melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
9. , Seksyen 29 APD 2011(a) Seksyen 29 menetapkan bahawa Menteri
boleh dengan perintah, mengenakan
kehendak bagi mendapatkan barang-barang itu diluluskan, dicapkan
ataudisertai dengan apa-apa maklumat dan mengawal selia atau
melarangpembekalan barang-barang yang berkaitan dengan kehendak itu
yang meliputibentuk dan cara yang dalamnya maklumat atau arahan itu
akan diberikan.
(b) Berdasarkan seksyen ini. YB Menteri Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi danKepenggunaan (KPDNKK) boleh menamakan mana-mana
pihak berkuasaberwibawa untuk membuat perakuan dan pengecapan ke
atas sesuatu barangantermasuk yang berkaitan dengan pensijilan
halal.
(c) Bagi penandaan logo dan pensijilan halal, YB Menteri
menamakan Jakim danMajlis Agama lslam Negeri sebagai agensi
pensijilan halal di Malaysia yangdiiktiraf sebagai pihak berkuasa
benvibawa di bawah ApD 2011.
(d) Melalui seksyen ini, hanya Jakim dan MAIN sahaja yang boleh
mengeluarkan sijildan logo halal di Malaysia, sekiranya terdapat
pihak lain yang mengeluarkan sijildan logo halal, perkara tersebut
merupakan suatu kesalahan dan bolehdikenakan tindakan di bawah ApD
2011.
-
10. Hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen 29 ApD 2011
(a) Jika pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi dua ratus
ribu ringgit, bagikesalahan kedua, didenda tidak merebihi rima
ratus ribu ringgit
(b) Jika bukan pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi satu
ratus ribu ringgitatau penjara tidak melebihi tiga tahun atau
kedua-duanya, bagi kesalahankedua, denda tidak melebihi dua ratus
lima puluh ribu ringgit atau penjara tidakmelebihi lima tahun atau
kedua-duanya
TAKRIF HALAL
Takrif halal diperuntukkan di bawah Perintah Perihal Dagangan
(Takrif Halal)2011 yang mentakrifkan sesuatu makanan atau barangan
yang diperihalkansebagai halal atau diperihalkan dengan apa-apa
ungkapan lain untukmenunjukkan makanan atau barangan tersebut boleh
dimakan atau digunakanoleh orang lslam.
Perintah ini juga meliputi apa-apa perkhidmatan yang berhubung
denganmakanan atau barang-barang diperihalkan sebagai halal atau
diperihalkandengan apa-apa ungkapan lain untuk menunjukkan
perkhidmatan itu bolehdigunakan oleh orang lslam, ungkapan tersebut
bererti perkhidmatan yangberhubung dengan makanan atau
barang-barang itu dijalankan mengikutHukum Syarak.
Mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan untuk
membekalkan
apa-apa makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung
dengan
makanan,barang-barang atau perkhidmatan itu yang diperihalkan
sebagai halal
atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain yang bertentangan
denganPerintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 adalah
melakukan suatukesalahan.
11.
12.
13.
-
14.
PIHAK BERKUASA BERWIBAWA
Pihak berkuasa benvibawa diperuntukkan di bawah Perintah Perihal
Dagangan(Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. Bagi tujuan memperaku
danmengeluarkan logo halal di Malaysia, pihak berkuasa berwibawa
yangdinamakan oleh YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
danKepenggunaan adalah Jabatan Kemajuan lslam Malaysia (Jakim) dan
MajlisAgama lslam Negeri-Negeri (MAIN)
Berdasarkan Perintah ini juga, mana-mana orang yang
bertindakmemperakukan bahawa mana-mana makanan, barang-barang
atauperkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang
ituadalah halal selain dari pihak berkuasa berwibawa; atau
membekalkan ataumenawarkan untuk membekalkan apa-apa makanan,
barang-barang atauperkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau
barang-barang itu,adalah melakukan satu kesalahan.
PENANDAAN/PERAKUAN HALAL
16. Perakuan perihal halal
Semua makanan dan barang-barang tidak boleh diperihalkan sebagai
halal atau
diperihalkan dengan cara lain untuk menunjukkan makanan atau
barang-barang
itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang lslam melainkan
jikal
diperakukan sebagai halal oleh pihak berkuasa benvibawa; dan
ditandakan dengan logo Halal Malaysia
15.
(a)
(b)
-
17.
Perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang
tidak bolehdiperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan cara
lain untukmenunjukkan perkhidmatan itu boleh digunakan oleh orang
lslam melainkan jika
ia diperakukan sebagai halal oleh pihak berkuasa beruuibawa.
Perakuan perihal halal bagi makanan dan barang-barang import
Bagi produk import yang dipasarkan di Malaysia yang akan ditanda
sebagaihalal atau apa-apa penandaan lain yang menunjukkan sebagai
halal hendaklahdiperakukan oleh badan pensijilan halal luar negara
yang diiktiraf oleh Jakim dinegara berkenaan.
Pengimport atau pengeluar mana-mana makanan dan barang-barang
yangdiperakukan sebagai halal oleh badan pensijilan halal luar
negara yang diiktirafoleh JAKIM hendaklah menandakan pada makanan
dan barang-barang itu,nama badan pensijilan tersebut.
Permohonan Pensijilan Halal
Mulai '1 Januari 2012 semua permohonan sijil halal untuk produk
dalam negara
hendaklah melalui Jabatan Kemajuan lslam Malaysia atau Jabatan
Agamalslam Negeri-Negeri (JAIN).
Penggunaan Logo
Semua makanan atau barangan yang telah mendapat pensijilan halal
dariJakim atau MAIN hendaklah menggunakan logo halal Malaysia
seperti dibawah:
18.
19.
-
t"-,t IU1ls"
Logo Halal Malaysia
Ciri-ciri logo :(a) Bintang berbucu lapan di tengah-tengah
bulatan;(b) Perkataan Arab - " cJ)- " di tengah bintang;(c) Diikuti
tulisan rumi "HALAL"(d) Bulatan logo tertulis perkataan "Malaysia"
dalam tulisanr Rumi dan " UJl- " dalam perkataan Arab;(e) Dua
bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan
rumi dan perkataan Arab tersebut.
20. Pihak-pihak tertentu yang menyalahgunakan logo halal
Malaysia, atau menirubentuk logo halal tersebut dan menandakan
makanan, barang-barang atauperkhidmatan mereka dengan logo halal
Malaysia yang palsu adalah dianggap
melakukan kesalahan memperdayakan dan mengelirukan pengguna dan
boleh
diambil tindakan di bawah akta ini atau mana-mana undang-undang
lain yangberkuat kuasa.
KESALAHAN DAN PENALTI
21. Kesalahan yang diperuntukkan di bawah Perintah Perihal
Dagangan(Takrif Halal) 2011:
Kesalahan bagi memperdayakan atau mengelirukan
(1) Mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan
untukmembekalkan apa-apa makanan dengan membuat apa-apa
representasi atau
perbuatan yang boleh memperdayakan atau mengelirukan mana-mana
orang
-
22.
bahawa makanan itu adalah halal atau boleh dimakan oleh orang
lslam adalahmelakukan suatu kesalahan.
(2) Bagi maksud subperenggan (1), "representasi atau
perbuatan"termasuklah penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran atau
apa-apa perkara atauobjek yang berhubung dengan agama lslam sama
ada di premis di manamakanan itu dijual atau di bekas di mana
makanan itu dibekalkan.
(3) Jika mana-mana orang dipertuduh dengan suatu kesalahan di
bawahsubperenggan (1), beban untuk membuktikan bahawa makanan
yangdibekalkan atau ditawar untuk dibekalkan adalah halal mengikut
kehendakperenggan 3 hendaklah terletak pada orang yang dipertuduh
itu.
Mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Perintah ini
boleh,apabila disabitkan-
(a) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda
tidak melebihilima juta ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau
yang berikutnya,didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit;
atau
(b) jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda
tidak melebihisatu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi tigatahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang
kedua atau yangberikutnya, didenda tidak melebihi lima juta ringgit
atau dipenjarakanselama tempoh tidak melebihi lima tahun atau
kedua-duanya.
Kesalahan yang diperuntukkan di bawah perintah perihal
Dagangan(Perakuan dan Penandaan Makanan) 2011
Mana-mana orang yang!
-
memperaku bahawa mana-mana makanan, barang-barang
atauperkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang
ituadalah halal; atau
(b) membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa
makanan,barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan
makanan ataubarang-barang itu,
bertentangan dengan Perintah
apabila disabitkann
melakukan suatu kesalahan dan boleh,
(c) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda
tidak melebihidua ratus ribu ringgit, dan bagi kesarahan yang kedua
atau yang berikutnya,didenda tidak melebihi lima ratus ribu
ringgit; atau(d) jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan,
didenda tidak melebihisatu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi tigatahun atau kedua-duanya, dan bagi
kesalahan yang kedua atau yangberikutnya, didenda tidak melebihi
dua ratus lima puluh ribu ringgit ataudipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
TEMPOH PERALIHAN
23. Produk
Bagi produk yang berada di pasaran yang menggunakan logo halal
yang tidakdiiktiraf, pihak industri diberi tempoh sehingga 31
Disember 2012 untukmenghentikan penggunaan logo tersebut. Pada masa
yang sama pihak industriperlu mendapatkan pensijilan halal daripada
Jakim atau MAIN.
(a)
10
-
24. Premis
Bagi premis yang menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf,
logo tersebutperlu dilupuskan serta merta. Pada masa yang sama
pihak industri perlumendapatkan pensijilan halal daripada Jakim
atau MArN.
TARIKH KUAT KUASA
25. Pekeliling ini berkuat kuasa murai daripada 1 Januari
2012
PERTANYAAN
26. Sebarang pertanyaan berkaitan dengan pekeliling ini
hendaklah dirujuk kepada:
KETUA PENGARAHJABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIAARAS 9, BLOK
D7KOMPLEKS DPUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN62519
PUTRAJAYA
No. Telefon : 03-83150200Faks : 03-83187044
PEMAKAIAN
27. Pekeliling ini terpakai kepada semua pihak yang akan
menggunakanpenandaan halal terhadap makanan, barang-barang atau
perkhidmatan atauapa-apa penandaan lain yang menunjukkan bahawa
makanan, barang-barangatau perkhidmatan itu adalah halal.
1_I
-
..BERKHIDMAT UNTUK NEGARA''
n-rK0b
(DATO' HJ OTHMAN BtN MUSTAPHA)
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan lslam Malaysia
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
PUTRAJAYA
JANUARI 2012
\2