Akhlak Dalam Pembentukan jutidiri Muslim
5. 1 PendahuluanPerbincangan mengenai akhlak, etika dan moral
menarik perhatian pelbagai pihak sejak zaman berzaman. Umumnya
ketiga-tiga istilah ini berkaitan dengan perangai, tabiat, sikap,
tingkah laku, budi pekerti dan lain-lain aktiviti perlakuan
manusia. Seterusnya perlakuan tersebut diberi ukuran atau nilai
sama ada baik atau buruk, jahat atau tidak dan sebagainya. Namun,
persoalannya ialah apakah standard (piawaian) dalam menentukan
sesuatu perbuatan itu baik atau buruk ?, jahat atau tidak ?.
Pelbagai jawapan kita akan peroleh apabila kita mengkaji dan
memahami konsep etika, moral dan akhlak itu sendiri. Ini sesuai
dengan pepatah "lain padang, lain belalang". Lain perlakuan, lain
penilaian yang diberikan oleh komuniti masyarakat.
Etika berasal daripada perkataan Yunani, iaitu ethos yang
bermaksud hukum, adat resam, kebiasaan dan budi pekerti. Bahasa
Latin yang banyak mewarisi budaya Yunani pula menggunakan perkataan
mores bagi konsep yang sama. Mores ialah kata dasar bagi moral yang
ditakrifkan sebagai kesusilaan, adab, sopan santun, tradisi dan
sebagainya yang menentukan piawaian atau norma. Bagaimanapun
terdapat sesetengah orang mengaitkan etika dan moral dengan
peraturan masyarakat yang terdiri daripada tatahukum, tatasusila
atau tatatertib masyarakat. Peraturan masyarakat biasa juga
dimaksudkan sebagai tradisi, norma, kebiasaan atau adat, nilai dan
pantang larang masyarakat. Walau apapun, peraturan masyarakat wujud
di luar diri individu. Peraturan juga bersifat wujud atau konkrit
serta ditetapkan oleh autoriti dalam masyarakat tersebut (Abdul
Rahman Md Aroff, 1999:10).
Bagi Gazalba (1983:89) etika ialah teori tentang laku perbuatan
manusia dipandang dari segi baik atau buruk sejauh yang dapat
ditentukan oleh akal. Nilai-nilai yang dipandang baik oleh etika
itulah disebut moral yang baik, manakala nilai-nilai yang dipandang
buruk oleh etika, ia disebut moral yang buruk atau tidak bermoral.
Ini membawa maksud bahawa etika dan moral merupakan dua perkara
yang saling berkaitan dan berhubungan antara satu sama lain.
Justeru, terdapat para pengkaji etika yang samaertikan antara moral
dengan etika. Mohd Nasir Omar (1986:18) memetik kata-kata Peter
Baelz, antara lain menulis: "Moral dan etika selalunya mempunyai
makna yang sama. Walau bagaimanapun, adalah berfaedah jika dapat
dibezakan antara keduanya, sekalipun kita selalu tidak berjaya
membezakannya".
jika kedua-dua perkataan itu digabungkan, maka moral dapat
diertikan sebagai satu disiplin yang menjelaskan kepada kita apakah
sistem moral yang dihayati oleh satu-satu kelompok manusia
tertentu; manakala etika pula mengkaji, menganalisa dan mengkritik
sistem moral tersebut. - Etika bersifat reflektif dan teoritikal,
sementara moral pula bersifat praktikal. Etika adalah penyelidik
atau pengkaji, manakala moral merupakan bahan yang diselidik atau
dikaji oleh etika (Mohd Nasir Omar, 1986:19-20).
Disebabkan etika merupakan teori-teori yang dihasilkan oleh
pemikiran manusia, kita dapati telah muncul pelbagai mazhab dengan
teori-teori etika atau kemoralan berdasarkan fahaman masing-masing.
Teori-teori tersebut antaranya ialah teori kemoralan sosial, etika
keperibadian mulia, utilitarianisme, egoisme, prinsip kewajipan,
eksistensialisma, naturalisme, hendoisme, idealisme, teologi dan
sebagainya (AbdulRahman Md Aroff, 1999: 10-43; Mustafa Hj Daud,
1996:17-25).
Akhlak dalam Islam bukanlah teori, kerana itu konsepnya tidak
sama dengan konsep etika yang dibawa oleh Barat. Akhlak dalam Islam
ialah sikap rohaniah yang memuliakan tingkah laku (perbuatan)
manusia terhadap Allah s.w.t. dan terhadap diri sendiri dan makhluk
lain, sesuai dengan suruhan dan larangan serta petunjuk al-Quran
dan Hadis. Nilai yang baik disebirt akhiak mahmudah dan nilai yang
keji disebut akhlak mazmumah. Bagi Gazalba (1983: 89), moral dalam
Islam ditentukan oleh akhlak.
Moral dalam masyarakat bukan Islam ditentukan oleh etika. Etika
ialah falsafah mengenai teori nilai (axiologi).
5. 2 Pengertian AkhlakAkhlak adalah perkataan Arab, iaitu kata
jamakplural dari perkataan al-khuluqun yang bermaksud budi pekerti,
tingkah laku dan tabiat (Mustafa Hj Daud, 1996: 4). Perkataan ini
pula adalah pecahan daripada perkataan al-khalaq yang bererti
ciptaan (Harun Din, 1985: 143). Al-Quran menyatakan hakikat ini,
bermaksud : "Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan
sebaik-baiknya dan dimulakannya kejadian manusia berasal dari
tanah". (al-Sajdah 32: 7)
Manusia dicipta dengan penuh keindahan (sebaik-baik kejadian).
Keindahan tersebut meliputi lahiriah (fizikal) dan batiniah
(spiritual - dalaman) diri manusia. Keindahan ciptaan fizikal
dustilahkan sebagai al-khalqu seperti raut muka, warna kulit,
tinggi rendah tubuhnya dan sebagainya. Sementara keindahan dalaman
diri manusia terangkum dalam istilah al-khuluq yang menggambarkan
keindahan jiwa, meliputi kehendak, inspirasi dan sebagainya. Oleh
itu apabila seseorang dikatakan baik khuluq dan khalqunya maka ia
bermaksud orang tersebut baik sifat lahiriah dan batiniahnya (Lebih
lanjut lihat Humaidi Tatapangarsa, 1983). Dari sudut istilah, Imam
al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin (Tk. H Ismail Yakub, jId 4, 1988:
143) mendefinisikan akhlak sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa
seseorang dan darinya terbentuk perbuatan dengan mudah tanpa
berkehendakkan pertimbangan fikiran teriebih dahulu. Apabila
keadaan jiwa tersebut terbit perbuatan yang baik dan terpuji
menurut akal dan syariah, ia dinamakan akhlak yang baik. Sekiranya
yang keluar itu perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang
buruk. Menurut Ibn Miskawayh (lihat lebih lanjut Mohd Nasir Omar,
1986: 23 - 25), keadaan jiwa seseorang itu terbahagi kepada dua
bahagian, iaitu: Pertama: Natural (tabie) - keadaan jiwa yang tabie
ini berpusat di sifat semula jadi seseorang, umpamanya perasaan
cepat marah terhadap perkara yang kecil-kecil; panas baran; cepat
terkejut dengan berita yang didengar; cepat ketawa; cepat berputus
asa dan sebagainya. Kedua: Keadaan jiwa yang dibentuk melalui
latihan dan kebiasaan. Keadaan jiwa dalam kategori ini terbahagi
kepada dua peringkat;
i. Peringkat pertimbangan dan pemikiran yang telitiii. Peringkat
mempraktis satu-satu kebaikan sehingga menjadi kebiasaan dalam
amalan hidup seseorang. Akhlak dalam Islam adalah tindakan yang
merangkumi aspek lahiriah dan batiniah seseorang.
Aspek lahiriah melibatkan laku perbuatan luaran. Manakala aspek
batiniah pula merupakan keadaan dalaman (spiritual) seseorang.
Dengan kata lain, aspek batiniah ialah keimanan yang ada dalam diri
seseorang sehingga mereka melakukan sesuatu berdasarkan suruhan
iman tersebut. Ringkasnya, akhlak haruslah mempunyai tiga ciri
berikut:
i. Aspek batin atau keadaan jiwa seseorang yang merupakan tenaga
penggerak kepada pembentukan tingkah laku (aspek luaran)
ii. Aspek luaran atau tingkah laku itu sendiri, yang dilakukan
bukan kerana tekanan emosi atau desakan-desakan dari luar seperti
paksaan dan sebagainya.
iii. Perbuatan-perbuatan itu pula hendaklah dilakukan secara
berterusan hingga menjadi kebiasaan dan darah daging kepada
seseorang (lihat Mohd Nasir Omar, 1986: 23).
Aspek kejiwaan (kerohanian) perlu dititik beratkan oleh setiap
insan yang inginkan kesejahteraan dalam hidup. Ini sebagaimana
disebutkan dalam surah as- Syams ayat 9-10 bermaksud: "Sesungguhnya
beruntunglah orang-orang yang menyucikan jiwanya dan rugilah
orang-orang yang mengotorinya".
5. 3 Kategori AkhlakUmumnya perlakuan atau aktiviti manusia
boleh dibahagikan kepada dua kategori utama, iaitu perlakuan baik
dan perlakuan buruk. Perlakuan baik apabila mereka melakukan
perbuatan yang bercirikan akhlak atau sifat mahmudah (terpuji).
Perlakuan buruk puia terhasil apabila melakukan sesuatu perkara
yang bercirikan akhlak atau sifat mazmumah (keji).
5. 3. 1 Akhlak MahmudahAkhlak mahmudah adalah akhlak yang
dituntut dalam Islam, la merupakan segala bentuk kebaikan yang
dilakukan oleh manusia daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah
sebesar-besar perkara seperti keimanan yang mutlak kepada Allah
s.w.t., taqwa, ihsan, benar, jujur, amanah, menyampaikan,
bijaksana, pemurah, menundukkan pandangan, memelihara lidah, lemah
lembut, sabar dan tabah serta lain-lain sifat yang menggambarkan
kebaikan.
Sifat mahmudah adalah semua perbuatan yang menggambarkan
pelaksanaan tanggungjawab kepada perintah Allah s.w.t. dan akur
kepada larangan-Nya dengan cara tidak melanggar larangan tersebut.
Dengan kata lain, ia melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan
walau di mana ia berada; di khalayak atau keseorangan.
Malah bukan sahaja dari sudut perbuatan zahir, tetapi juga
hatinya (batin) akur dengan tuntutan tersebut.
5. 4. 2 Akhlak MazmumahAkhlak mazmumah adalah akhlak yang keji
dan cela sebagai lawan kepada akhlak mahmudah. la merupakan segala
bentuk perlakuan, sifat, tabiat dan perangai buruk yang dicela oleh
syarak. Sifat-sifat tersebut antaranya ialah syirik, derhaka kepada
ibubapa, khianat (pecah amanah), sombong, mencela, benci membenci,
fitnah, tomohan, hasad, dengki, rasuah, mengintai-intai kesalahan
dan kesilapan orang lain dan sebagainya. Sifat mazmumah adalah
semua perbuatan yang melaksanakan larangan Allah s.w.t. dan
meninggalkan suruhan-Nya. Terpuji atau tercela sesuatu perlakuan
(perkara) bukannya berdasarkan ukuran akal, tetapi berdasarkan
standard yang digariskan oleh al-Quran dan al-Sunnah.
Al-Quran sebagai sumber mutlak merupakan wahyu Allah s.w.t.,
sedangkan manusia adalah makhluk ciptaan-Nya, dengan itu sudah
past! Dia menurunkan panduan yang sesuai dengan ciptaan-Nya itu.
Firman-Nya dalam surah al-Rom ayat 30, bermaksud: "Hadapkanlah
clirimu (engkau dan pengikut- pengikutmu wahai Muhammad) ke arah
agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) "agama Allah"
iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia
dan semula jadinya lagi) untuk menerimanya; tidak patut ada
sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul
lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui". Dalam konteks
akhlak, al-Quran menggunakan pelbagai pendekatan untuk menjelaskan
hakikatakhlak yang baik dan akhlak yang buruk, kepentingan akhlak
baik dan celaka serta ancaman kepada mereka yang berakhlak buruk.
Antara pendekatan tersebut ialah:
i. Menjelaskan konsep kebaikan dan keburukan secara terperinci.
Al-Quran menggunakan suatu susunan istilah yang menyeluruh bagi
menjelaskan konsep kebaikan. Istilah-istilah tersebut ialah
al-khayr (kebaikan), 6rr(kebenaran), qist (kesaksamaan), adi
(kesamaan dan keadilan), haqq (benar dan betul), maaruf (diketahui
dan disahkan baiknya), taqwa (takut dan harap), ihsan dan
sebagainya. Amalan-amalan taat dan warak ini disebut sebagai
salihat (Rafik Issa Beekun, 1998: 3). Mereka yang melakukan amalan
kebaikan adalah orang yang berjaya. Firman Allah s.w.t., bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Rukulah serta sujudlah
(mengerjakan solat) dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan
mentauhidkan-Nya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan (al-khayr)
supaya kamu berjaya di dunia dan diakhirat". (al-Hajj 22: 77) Bagi
menggambarkan konsep keburukan pula, al-Quran telah menggunakan
istilah-istilah seperti al-sayyiat (keburukan), al-suu (kejahatan),
al-fahsya (perkara-perkara yang keji), al-mungkar (kemungkaran),
rijsun (najis), amalan syaitan dan lain-lain. Mereka yang
mengamalkan amalan ini adalah orang-orang yang rugi di dunia dan di
akhirat. Firman Allah s.w.t., bermaksud: "Wahai orang-orang yang
beriman! Bahawa sesungguhnya arafyjudi, pemujaan berhala, mengundi
nasib dengan batang-batang panah (bertenung nasib) adalah perbuatan
keji (rijsu) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu
menjauhinya supaya kamu berjaya". (al-Maidah 5: 90)
ii. Pujukan dan ancaman: kebaikan dan keburukan adalah untuk
mereka yang melakukannya. Al-Quran menerangkan bahawa kebaikan dan
keburukan yang manusia lakukan adalah untuk diri mereka sendiri.
Kesan kedua-dua perbuatan tersebut kembali kepada diri mereka
sendiri. Hakikat ini dijelaskan dalam surah al-lsra ayat 7
bermaksud: "jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang
kamu lakukan ialah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat
kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri
kamujuga. . . " Kebaikan dan keburukan merupakan dua perkara yang
tidak sama walaupun keburukan itu menarik hati manusia. Firman
Allah s.w.t., bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad) "tidak sama
yang buruk dengan yang balk, walaupun banyaknya yang buruk itu
menarik hatimu. Maka bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang
yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya". (al-Maidah 5:100)
iii. Pensejarahan atau penceritaan. Banyak kisah-kisah silam
yang menarik untuk dijadikan iktibar oleh urnat kini. Dalam konteks
akhlak, aI-Quran menceritakan pembalasan yang drterima oleh manusia
yang berakhlak bucuk, menzalimi din sendiri, menolak kebenaran.
hidup berasaskan hawa nafsu dan bertentangan dengan frtrah
semulajadi dengan melakukan homoseksual dan sebagainya. Dalam surah
Yunus ayat 13 disebutkan, bennaksud: "Dan sesungguhnya kami telah
membinasakan umat-umat yang terdahulu danpada kainu apabHa mereka
beflaku zaum pacte hal telah datang kepada mereka rasuf-rasul
mereka membawa keterangan- keterangan, dan mereka masih juga tidak
benman. Demikianlah kami membalas kaum yang melakukan kesalahan
Bagi kaum Thamud, Allah s.w.t. menjelaskan, bennaksud: Maka apabHa
datang azab Kami, Kami selamatkan Nabi Saleh berserta umatnya yang
beriman, dengan rahmat dan Kami, dan Kami selamatkan mereka dari
azab serta kehinaan hari. itu. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang
Mafia Kuat lag! Maha Kuasa. Dan orang-orang yang zaum itu (kaum
Thamud), dibinasakan oleh satu letusan Guana yang menggempakan
bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang fersungkur ditempat
tinggal masing-masing. (Mereka punah ranah) sedah-ofah mereka tidak
pemah tinggal di situ. Ketahuilah sesungguhnya kaum Thamud itu
kufurkan Tuhan mereka. Ketahuilah! Sesungguhnya kebinasaanlah
akhimya bagi kaum Tbamud. (Hudi 1:66-68) AI-Quran juga telah
menggambarkan kehancuran penduduk negeri Sadum kerana mengikut hawa
nafsu. Kisah ini dirakamkan dalam surah al-Arafayat 80- 84.
bermaksud: Dan Nabi Lut (juga Kami utuskan), (ingatlah) apabila ia
berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan pertuatan yang
keji, yang tidak pemah dilakukan oleh seorangpun dari penduduk alam
sebelum kamu?. "Sesungguhnya kamu mendatangi {elaki untuk memuaskan
nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan pensmpuan, bahkan kamu ini
adalah kaum yang melampaui bates". Dan tidak ada jawapan kaumnya
melainkan mereka berkata: Usinah mereka (Nabi Lut dan
pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu Ini. Sesungguhnya
mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) menyucikan dn". Maka Kami
selamatkan dia dan ablinya (keluarganya dan pengikut-pengikutnya)
melainkan istennya, adalah la dan orang-orang yang dibinasakan. Dan
Kami telah menghujani memka dengan hujan (batu yang membinasakan).
Ofeh itu, lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang melakukan
kesalahan.
Selain danpada ciri-ciri di atas, terdapat banyak tagi metod
yang digunakan oleh at-Quran bagi menggambarkan akhlak baik dan
akhlak buruk seperti nasihat menasihati sebagaimana yang dilakukan
oteh Lukman kepada anaknya, perbandingan atau perumpamaan antara
mereka yang melakukan kebaikan dengan keburukan, gambaran batasan
dan tain-lain. Manakala Al-Sunnah, sebagaimana Al-Quran, juga
menjelaskan secara terperinci akhtak yang baik dan akMak yang
buruk. Al-Sunnah adatah segala yang dinukitkan daripada Rasullullah
s.a.w sama ada dalam bentuk perkataan, perbuatan, taqrir (pengakuan
terhadap apa yang dilakukan oleh sahabat), sifat kelakuan dan
perialanan hidupnya (AI-Qattan, Manna, 1992: 13-15). Rasutlullah
s.a.w adalah ikutan terbaik dalam setnua aspek hidup. Kehidupan
Baginda berasaskan nitai dan etika mumi (akhlak) yang dipandu oleh
Allah s.w.t. . Ini sesuai dengan status Baginda s.a.w sebagai
pesuruh Allah s.w.t. yang membawa konsep "penyempuma akhlak yang
mulia (Lihat al-Baihaqi, 1980:192). Terdapat pelbagai hadis (Nabi
Muhammad s.a.w) yang menyuruh supaya berakhlak baik dan
meninggalkan akhlak buruk. Begitu juga dengan hadis-hadis yang
menjelas, menganjur, menyaran dan memberi gambaran kebaikan kepada
pelaku akhlak baik. di samping hadis-hadis yang menggesa supaya
menjauhi dan meninggalkan akhlak buruk serta balasan mereka yang
melakukan perbuatan tidak baik; keji dan mungkar. Imam Nawawi
(1988) telah mengemukakan hadis-hadis tersebut antaranya,
bennaksud:
i. Bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja engkau berada, dan
ikutilah kejahatan dengan mengerjakan kebaikan, nescaya
menghapuskannya. Dan berakhlaklah kepada mahusia dengan akhlak yang
baik" (Riwayat Tarmizi)
ii. Tfada beriman sesQorang kamu hingga ia mencSntal untuk
saudaranya apa yang la cmtai untuk difinya" (Riwayat Bukhari dan
Muslim)
iii. Janganlah kamu dengfd mendengki, tipu mQnipu, bend
membenci, belakang membelakang! (musuh memusuhi), dan janganlah
setengah kamu menjual di atas penjualan setengah kamu. Jadilah kamu
hamba Allah yang bersaudara. Orang-orang Islam bersaudara, tidak
boleh ia menganiayai dan memblarkan saudaranya (dalam kehlnaan)
serta tfdak boiQh mendustainya dan menghinakannya. "Takwa itu di
sini". Kata Nabi - sambif imnunjuk ke dadanya tsga kali. Kejahatan
seseorang itu, bahawa ia merendabkan saudaranya orang Islam. Orang
Islam ke atas orang Islam lain haram darahnya, hartanya dan
kehonnatannya. (Riwayat Muslim)
iv. TKiak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan tidak
(dikata) kamu beriman sehingga kamu berkaslh-kasih. Mahukah ku
tunjukkan kepada kamu satu perkara yang apabila kamu perbuat akan
dia nescaya kamu befkasih-kasih ? laitu siarkanlah salam di antara
kamu. (Riwayat Muslim) Dengan itu jelaslah bahawa wahyu clan sunnah
Rasul[ullah SA. W. merupakan dua rangkaian panduan yang tidak dapat
dipisankan. Kedua-duanya menyatakan secara jelas apa yang
disebutkan sebagai kebaikan (terpuji) dan keburukan (tercela).
Kebaikan dan keburukan itu bukan sekadar srfat atau perbuatan yang
dilakukan oteh seseorang tetapi ia adalah sesuatu" yang datang dan
dalam din manusia; keadaan kejiwaan yang mendorong manusia
melakukan sesuatu tindakan.
5. 4 Pemblnaan dan Pemantapan AkhlakMembina dan memantapkan
akhlak bukan pefkara yang mudah. Seluruh potensi dan kekuatan periu
digarap secara bersama dan berterusan ke arah acuan yang sudah
dftentukan. Acuan dan landasan yang berdasarkan sumber autentik
Islam; AI-Quran dan AI-Sunnah, seterusnya berasaskan realiti
kehidupan; ibubapa, keluarga, persekitaran, adat resam, pendidikan
dan sebagainya. Walaupun terdapat pelbagai kaedah dan metod dalam
pembinaan akhlak dan pemantapannya, namun di sini disarankan
beberapa langkah sahaja, antaranya:
6. 4. 1 Penghayatan AI-QuranAl-Quran periu dijadikan wind harian
dengan membiasa did membaca dan memahami ayat-ayat yang tersurat
dan makna yang tersirat sama ada pada waktu pagi atau petang.
Abdullah Nasth Utwan (1989:381-382) telah menasihati para pendidik
supaya mwnberikan didikan al-Quran kepada anak didik mereka,
kerana: "apabila lidah kita terbiasa dengan ayat-ayat at-Quran, roh
berkembang, hati khusyuk, air mata mengalir, iman dan Islam
mengukuh di dalam)iwa. Sesudah itu, krta tiada kenal lagi selain
dan al- Quran dan Islam sebagai undang-undang, dasar dan
pensyariatan. Peanbaca al-Quran akan diberi naungan Arasy Allah
pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya. Ini sebagaimana
yang diriwayatkan oleh Ath-Thabarani daripada Syaidina Ali
-karramalahu- wajhah, bahawa Nabi s.a.w bersabda, bermaksud:
Didiklah anak-anak kaimi atas tiga perkara: Cinta kepada Nabi kamu,
cinta kepada kaum keluarganya serta membaca al-Quran. Sesungguhnya
para pembaca al-Quran itu berada di dalam naungan Arasy Allah pada
hari tiada naungan mefainkan naungan-Nya bersama- sama para
Nabi-Nya dan orang-orang sucf. Penghayatan al-Quran mendidik
hati-hati supaya sentiasa akur dan patuh kepada Allah s.w.t. Takut
pada ancaman-Nya dan gembira dengan janji Allah yang sentiasa
benar.
6. 4. 2 Uswah HasanahNabi Muhammad s.a.w. adalah sumber rujukan
dan uswah hasanah (ikutan terbaik). Ini disebabkan:
i. Baginda SA. W. telah mempraktis dan menjalani kehidupan
berasaskan didikan al-Quran. Ini dapat dilihat dalam firman Allah
s.w.t., bermaksud: "Hendaklah engkau mQnjodi pemaaf dan fnenyuruh
nwngorjakQn yang balk dan tinggalkanlah orang-orang yangjahil
(tidak berpengetahuan)1 (Al-Araf7:199) Sesungguhnya Allah
memeuntahkQn supaya menjafankan keadifan, bQituat kebaikan dan
memberi kepada kaum kerabat dan Allah melarang dan Allah melarang
pefbuatan key, peianggaran dan pendumakaan. Dia mengajarkamu supaya
kamu mengetahur (al-NaM 16: 90) janganlah kamu befjalan di bum!
dengan sombong, kersna engkau Wak akan dapat menembusi bumi ini dan
engkau tidak akan sampai setinggi gunung" (al-lsra17:37)ii.
Pengiktiran, pujian dan anjuran Allah s.w.t. (al-Quran) supaya
berakhlak sebagaimana akhlak RasuHultah s.a.w. Hakikat ini dpiaskan
dalam ayat-ayat berikut, yang bermaksud: "Dan sesungguhnya engkau
mempunyai budi pekerti yang agung" (al-Qalam68:4) "Sesungguhnya
RasuHultah itu menjadi ikutan ftefadan) yang balk untuk kamu dan
untuk orang yang mengharapkan menemui Allah dan Hau Kemudian dan
mengingatj Allah sebanyak-banyaknya. (al-Ahzab 33:21) Praktis hidup
seharian baginda s.a.w. adalah berasaskan al-Quran. Baginda tidak
memperkatakan sesuatu menurut hawa nafsu.
Hakikat ini disebut oleh Allah s.w.t, bermaksud: "Dan ia tidak
memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut
kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu
(sama ada al-Quran atau hadis) tidak lain melainkan wahyu yang
diwahyukan kepadanya". (al-Najm 53:3-4) Aisyah r. a., isteri
baginda s.a.w. apabila ditanya mengenai akhlak baginda telah
menjelaskan bahawa ":Sesungguhnya akhlak Rasullullah s.a.w. adalah
menurut al-Quran". Dengan kata ini, baginda s.a.w. telah mempraktis
al-Quran dalam hidup baginda.
Praktis tersebut dukuti oleh para sahabat yang bukan sahaja
dalam soal-soal ibadat khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji
tetapi meliputi sistem politik, pentadbiran, pemerintahan, ekonomi,
sosial, ilmu dan teknik, falsafah, seni dan sebagainya.
Sebagai utusan Allah s.w.t. dan ikutan terbaik, baginda memiliki
sifat-sifat mulia dan hebat yang terlalu banyak untuk dijadikan
teladan. Ini- dapat dilihat daripada perjalanan hidup baginda
s.a.w. yang begitu cemerlang walaupun berada di kalangan masyarakat
jahiliah. Masyarakat yang terkenal dengan kerosakan akhlak seperti
membunuh, menanam anak perempuan hidup-hidup, perjudian, pelacuran,
arak, pergaduhan, asobiyyah dan lain-lain. Baginda berjaya mengubah
masyarakat tersebut kepada suasana berakhlak. ; berhati mulia,
beriman, tolong menolong ke arah kebenaran, mencegah kemungkaran
dan sebagainya.
Pada diri baginda terdapat sifat-sifat kenabian seperti sidiq,
amanah, tabligh, fatanah dan pelbagai sifat terpuji yang lain
antaranya syajaah (berani), pemurah, lemah lembut, kasih sayang,
peramah, tenang, sabar, tegas dan lain-lain. Semuanya dilaksanakan
di atas dasar keimanan kepada Allah s.w.t. . Contoh akhlak baginda,
umumnya dapat dibahagikan kepada tiga kategori yang utama iaitu; i.
Akhlak baginda dengan Allah s.w.t.
ii. Akhlak baginda dengan sesama manusia
iii. Akhlak baginda dengan alam
i. Akhlak Baginda Dengan Allah s.w.t. Baginda s.a.w.
menghubungkan seluruh hidupnya kepada Allah s.w.t. Dalam soal
akhlak, baginda memohon dari Allah s.w.t. supaya memperelokkan
akhlak dan menjauhi akhlak yang buruk. Hakikat ini digambarkan
melalui doa baginda dipermulaan solat sebagaimana diriwayatkan oleh
Muslim, bermaksud: "Wahai Allah Tuhanku! Berikanlah aku petunjuk
kepada akhlak yang sebaik-baiknya. Tiada yang member! petunjuk
kepada akhlak yang sebaik-baiknya itu, selain engkau. Jauhkanlah
daripadaku akhlak yang jahat, tiada yang menjauhkan akhlak yang
jahat itu daripadaku selain engcai"(LihatlmanAI-Ghazali, 1988:
138). Selain daripada itu, keimanan baginda s.a.w. begitu kental
dan teguh dalam semua keadaan. Sebagai contoh, Abobakar Atjeh
(1979: 9-10) telah menggambarkan hakikat ini melalui satu kisah
iaitu: "Pemah suatu ketika baginda digertak dan diacukan dengan
pedang oleh Dasur seorang musuh yang gagah sasa sambil bertanya:
"sekarang siapakah yang berkuasa dan dapat melepaskan engkau dari
tanganku?". Nabi s.a.w. melihat ke kin dan ke kanan, tetapi tiada
seorangpun pengikutnya yang kelihatan. Walaupun begitu baginda
tidak takut dan gentar, malah dengan tegas berkata; "Allah yang
Maha Kuasa". Mendengar jawapan tersebut. Dasur yang gagah perkara
menjadi gementar. Pedang ditangan terjatuh ke bumi tanpa disedari.
Nabi Muhammad s.a.w. mengambil pedang tersebut dan mengacukannya
kepada Dasur sambil berkata: "Sekarang jawablah oleh mu, siapakah
yang sanggup membela dirimu dari tanganku?. Dasur dalam ketakutan
yang amat sangat dan tidak berkata sepatahpun. Walau bagaimanapun,
Nabi Muhammad s.a.w. sambil mengembalikan pedang telah berkata:"Aku
ini diutuskan bukan untuk menyembelih manusia, tetapi menanam kasih
sayang di antara mereka ttu". Kerana akhlak yang baik tersebut,
Dasur memeluk Islam dan menjadi pengikut Nabi".
Dalam soal ibadah pula, baginda s.a.w. telah melaksanakan ibadah
dengan penuh ketaatan dan ketaqwaan. Aisyah r. a. pernah ditanya
oleh Aswad bin Yazid bagaimana solat Rasullullah s.a.w. di malam
hari. Jawab Aisyah: Baginda tidur dahulu pada permulaan malam.
Kemudian baru bangun apabila waktu sahur serta solat witir, sesudah
itu baginda tidur lagi. Kalau baginda berkeperluan dengan
isterinya, maka pada waktu itulah baginda memilih saatnya. Maka
apabila baginda mendengar azan suboh, baginda bangun dan kalau
berjunub maka bersiramlah ia dengan air, sedang jika tidak, baginda
hanya berwudu dan terus keluar pergi solat (Abobakar Atjeh 1979:
288). Kesungguhan baginda dalam ibadah boleh dilihat dalam
anjurannya supaya umat Islam beribadah solah-olah akan mati esok
hari dan bekerja seolah-olah akan hidup seribu tahun lagi. Dengan
itu tidak hairanlah apabila baginda sujud kepada Allah s.w.t.
dengan begitu lama, malah air matanya mengalir apabila mengingati
azab Allah s.w.t.
ii. Akhlak Baginda Sesama ManusiaDalam konteks ini, terlalu
banyak amalan atau perlakuan terpuji baginda s.a.w. . Aboebakar
Atjeh (1988: 267-302) telah mengemukakan beberapa kisah
mengenainya, antaranya:
i. Anas meceritakan "Aku melayani Nabi selama sepuluhtahun
lamanya. Demi Allah belum pemah aku mendengar ia berkata ah
kepadaku dan tidak pula pernah ia menegur: mengapa kamu perbuat beg
ini dan alangkah baiknya kalau kamu buat begitu".
ii. Anas bin Malik menceritakan, Rasullullah s.a.w. gemar
mengunjungi orang sakit, menghadiri upacara jenazah, mengenderai
keldai biasa dan memperkenankan undangan hamba sahaya yang
memanggilnya.
iii. Kekejian dan berbuat keji tidak ada harganya dalam Islam.
Orang yang baik dalam Islam ialah orang yang baik kelakuannya.
iv. Baginda menganjurkan supaya tidak berdendam dan membalas
kejahatan dengan kebaikan. Anjuran ini bukan kata-kata kosong,
malah baginda telah mempraktiskannya. Sebagai contoh, terdapat
seorang penduduk yang sentiasa melakukan perkara yang tidak baik
kepada baginda dengan cara menghalang baginda ke masjid setiap
pagi. Berbagai-bagai halangan yang dilakukan. Pada suatu pagi,
baginda ke masjid seperi biasa, dan pada pagi itu terdapat kelainan
kerana tiada halangan yang diterima. Selepas solat, baginda semasa
dalam perjalanan pulang telah singgah di rumah penduduk yang
sentiasa memusuhi baginda itu. Baginda masuk setelah diberi
keizinan dan mendapati ia sedang sakit. Lalu baginda menolong
dengan sewajarnya. Melihat keadaan tersebut, penghuni rumah itu
menangis kerana terharu. Bagi Rasullullah s.a.w. apa yang dilakukan
tersebut adalah suruhan Islam.
Catatan-catatan di atas adalah sebahagian kecil contoh perlakuan
terpuji baginda s.a.w. . Sebenarnya terlalu banyak amalan terpuji
baginda s.a.w. yang terserlah dalam pergaulan baginda sama ada
dengan keluarga; isteri dan anak-anak, para sahabat, para pembesar,
musuh dan sebagainya.
iii. Akhlak Baginda Dengan Alam Akhlak mulia yang baginda
tunjukkan bukan sahaja melibatkan manusia, malah juga kepada
makhluk lain sama ada nampak atau tidak. Makhluk-makhluk tersebut
seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan, muka bumi, jin dan sebagainya.
Sebagai contoh, baginda telah menjelaskan terdapat perempuan tua
yang akan dibakar dalam api neraka kerana memelihara kucing,
mengurungnya dan tidak memberi makan sehingga kucing tersebut mati.
Dan terdapat perempuan yang dalam hidupnya melakukan berbagai
kemaksiatan tetapi mendapat balasan syurga kerana kebaikan hatinya
iaitu memberi minum anjing yang kehausan.
Selain daripada itu, baginda juga mendidik umat Islam supaya
tidak membuang air kecil di dalam lubang-lubang kerana ia adalah
kediaman jin. Begitu juga bila menyembelih haiwan, hendaklah dengan
pisau yang tajam dan tidak menunjukkan senjata tersebut kepada
haiwan yang hendak disembelihnya.
Sebagai kesimpulan, catatan di atas adalah sekelumit daripada
contoh-contoh akhlak terpuji baginda s.a.w. Kehidupan baginda yang
begitu agung dan hebat dapat dukuti apabila kita mengkaji buku-buku
yang berkaitan dengan sirah hidup baginda s.a.w. Baginda
mempraktiskan a1-Quran dan dukuti oleh para sabahat sehingga mereka
digelar sebagai "al-Quran yang bergerak".
5. 4. 3 Pelaksanaan IbadahBagi umat Islam, penghayatan akhlak
terpancar melalui pe!aksana?. n rukun Islam yang lima. Rukun-rukun
tersebut ialah:i. Kalimah syahadahii. Solat ui. Puasaiv. Zakatv.
Haji
Menurut Aboebakar Atjeh (1988: 2-7), rukun Islam adalah
pokok-pokok akhlak dalam Islam, kerana ia bukan sahaja merupakan
latihan lahiriah tetapi juga latihan batiniah yang lebih mendalam
dan mempunyai tujuan untuk memperbaiki akhlak manusia. Segaia
ibadah yang terkandung dalam rukun Islam, jika dikerjakan dengan
sebaik-baiknya akan membangkitkan suatu pembangunan budi pekerti
dalam diri seseorang yang tidak hanya menambah kuat ikatannya
dengan Allah s.w.t. Penciptanya tetapi juga menyihatkan badannya
dan menyelamatkan hidupnya.
I. Kallmah SyahadahDalam Islam, katimah syahadah adalah kalimah
thalyyibah. Kalimah yang menggambarkan keislaman seseorang. Kalimah
ini terdiri daripada dua ungkapan pengakuan:
i. Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allahii. Aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah pesuruh Alllah.
Ungkapan pertama dikenali sebagai ungkapan tauhid, Kalimah yang
mengesakan Allah s.w.t. dan sudut Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma wa
al-Sifat. Ungkapan ihi diyakini dan dihayati bahawa sesungguhnya
tiada tuhan yang disembah metainkan Allah s.w.t. yang satu (Esa).
Pengabdian diri tanpa berbetah bagi cuma pada-Nya semata-mata.
Dalam hidup, umat Islam cuma patuh pada suruhan-Nya dan
meninggalkan larangan-Nya dengan berpandukan al-Quran. Segala
perbuatan yang bertentangan dengan suruhan-Nya ditinggalkan.
Kesyirikan dijauhi, Manusia memerdekakan diri daripada sebarang
bentuk penjajahan, terutamanya penjajahan dan ketundukan terhadap
sesama manusia.
Ungkapan kedua dikenali sebagai pengakuan terhadap kerasutan
Nabi Muhammad SA. W. Umat Islam yakin dan percaya bahawa baginda
adalah ikutan di dalam semua hat dan keadaan. Sesungguhnya baginda
adalah Rasul terakhir dan tiada lagi rasul setepasnya. Sebagai
Rasul penutup, baginda adalah pemberi rahmat ke seluruh alam.
Akhlak yang baik akan terbentuk apabila manusia mengikut akhlak
Rasullullah s.a.w.
ii. SoiatSolat fardu didirikan (ima waktu sehari semalam. la
diumpamakan seperti sungai yang aimya jemih dan mengalir dengan
tenang. Apabila manusia mandi lima kali sehari sudah past! hilang
segala kekotoran, debu, daki dan sebagainya. Selain daripada itu,
solat yang keriakan dengan sempuma dapat mendidik diri manusia
dengan didikan akhlak yang balk dan menjauhi dari fahsya serta
mungkar. Ini dijamin oteh Allah s.w.t. melalui firman-Nya,
bermaksud: "Dan dirikanlah soat (dngan tekun); sesungguhnya
solatitu mencegah dan perbuatan yang keji dan mungkar, dan
sesungguhnya mengingati Adah adalah lebioh besar (faedah dan
kesannya), dan fngatlah Allah mengetanui akan apa yang kamu
kerjakan1. (al-Ankabut 29:45)
iii. PuasaPuasa bykan sahaja menahan diri daripada lapar dan
dahaga bermula daripada fajar sehingga terbenam matahari. Puasa
sebenamya mendidik manusia supaya memiliki stfat taqwa kepada
Tuhan. Firman Allah s.w.t., bermaksud: Wanai orang-orang yang
benman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajfbkan atas
orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.
(al-Baqarah2:183)
Selain bersrfat dengan sifat takwa, puasa juga mendidik manusia
supaya menahan lapar, dahaga, nafsu syahwat, percakapan yang
sia-sia, mengumpat, dan berbagai-bagai dugaan yang sentiasa
dihadapi sehanan. Nafsu mereka dididik dan dilatih supaya tunduk
kepada kebenaran. Dengan kata lain, puasa mendidik manusia supaya
bersabar dalam semua hal, keadaan dan suasana.
Menurut Imam aM3haza!i (Assy-Syaikh Muhamad jamaludin, 1975:
139-150) puasa adalah amalan yang dapat digunakan untuk menolak
tipu daya syartan, mengecewakan angan-angan, mematahkan usaha yang
jahat dan ia adalah benteng serta perisai bagi manusia yang
beriman.
iv. ZakatSecara umumnya para fuqaha mentakrifkan zakat sebagai
"penyerahan wajib sebahagian harta kekayaan kepada segolongan orang
yang bemak menerimanya melatui amil yang bertauliah bagi mencari
keredaan Allah s.w.t., penyucian diri dan harta kekayaan untuk
membangunkan masyarakat berdasarkan syarat-syarat yang ditentukan
oleh syarak" (Muajini Tarimin, 1999: 5).
Zakat adalah tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan. Dalam
Islam, zakat adalah sumber ekonomi dan sekaligus mewujudkan
keadilan sosial. Ini disebabkan dalam harta orang kaya ada hak
orang miskin. Dengan mengelurkan zakat, sifat kasih sayang,
kerjasama, saling bantu membantu sesama manusia dapat dibentuk. Ini
bererti zakat mendidik manusia supaya membersihkan harta dan diri
daripada sifat-sifat yang keji seperti kikir, tamak dan haloba.
Pembersihan tersebut dilakukan cara dengan memberikan harta yang
dimiliki kepada insan lain yang memerlukan secara sukareia dan
untuk mencari keredaan Allah s.w.t. . Ini sesuai dengan firman
Allah s.w.t., bermaksud: "Ambilah (sebahagian) dan harta mereka
menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dan
dosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah
untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman
bagi mereka, dan (ingatlah), Allah amat mendengar, lagi amat
mengetahui". (al-Taubat9:103)
v. HajiHaji memainkan perarian penting sebagai pokok akhlak
Islam. . . Ibadat haji mewujudkan insan yang bertaqwa dan berakhlak
mulia; menghubungkan saliturahim di kalangan umat Islam sedunia,
mewujudkan kesepaduan dan kerjasama, membersih hati, menjaga lidah
daripada percakapan yang tidak berfaedah, sia-sia, bertengkar;
terhindar daripada melakukan kemaksiatan, dan berusaha menjaga
keaiban diri. Ini dijelaskan dalam al- Quran (al-Baqarah 2: 179),
bermaksud; "(Masa untuk mengerjakan ibadat) haji itu ialah beberapa
bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah
mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadah haji itu, maka
tidaklah boleh menyetubuhi isteri, dan tidka boleh berbuat maksiat,
dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadah haji. Dan
apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah,
dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya, kerana
sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu ialah memelihara din (dari
keaiban meminta sedekah). Dan bertaqwalah kepada Aku, wahai
orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya)".
Dengan itu jelaslah bahawa Rukun Islam yang lima apabila
dilaksanakan dan dihayati dengan sepatutnya dapat mewujudkan akhlak
yang baik (mahmudah) dan menjauhi akhlak yang buruk (mazmumah).
5. 4. 4 llmu Pengetahuan:Didikan dan latihan Akhlak dapt dibina,
dimantap dan diperkasa melalui Hmu pengetahuan, didikan dan
latihan. llmu pengetahuan di sini ialah ilmu pengetahuan mengenai
akhlak yang baik, yang diperintah agama dan akhlak yang keji yang
dicela oleh agama (Abdul Karim Zaidan, 1979:132-144). . llmu
pengetahuan hi didkjik, dilatih dan ditanam dalam diri manusia
supaya mereka tidak teriupa. Bagi Abdullah Nasih Ulwan (1989),
pendidikan yang berkesan tersusun di atas tima perkara; pendidikan
dengan contoh tauladan, pendidikan dengan adat kebiasaan,
pendidikan dengan nasihat dan bimbingan. pendidikan dengan
pemerhatian dan pengawasan serta pendidikan dengan denda dan
hukuman. Semua ini boleh dilaksanakan melalui kaedah pengikatan2
dan kaedah pengancaman.
Latihan juga penting, Apa yang dididik perlu dilatih. Jika
dibiasakan dengan kebaikan dan diajarkan dengannya, ia akan
membesar dengan kebaikan. Begitulah sebaliknya. Sahl bin Abdullah
at-Tusturi bercerita: Sewaktu berusia 3 tahun, saya bangkit di
waktu malam dan melihat bapa saudara saya bemama Muhammad Siwar
bersembahyang. Pada suatu hari ia berkata kepada saya, Tidakkah
engkau ingat akan Allah yang menciptamu? Lalu saya pun bertanya,
Bagaimanakah cara saya dapat fnengingathNya?" Dia pun menjawab,
"Katakanlah di dalam hatimu ketika engaku menukar pakaianmu
sebanyak Vga kali tanpa nwnggerakkan lidahmu: Allah bersamaku,
Allah mQmandangku, Allah menjQdi sacsT. Saya pun berbuat demikian
di waktu malam, kemudian memberitahunya perkara itu. Dia pun
menyuruh, "Sebutkan setiap malam sebanyak tujuh kali". Saya terus
membuat seperti yang disuruhnya kemudian memberitahunya perkara
tersebut. Lalu dia meminta saya melakukannya setiap malam sebanyak
sebelas kali. Saya melakukan seperti yang dimintanya dan saya
terasa kemanisannya. Setahun kemudian bapa saudara saya itu berkata
kepada saya, "Simpaniah apa yang telah aku ajarkan kepadamu, kerana
ia akan mendatangkan manfaat kepadamu di duna dan akhiraf. Aku
terus
2 Ikatan kepercayaan, ikatan kerohanian, ikatan peribadatan,
ikatan meniakmurkan rumah Allah, ikatan pemildran, ikatan
kemasyarakatan, ikatan riyadnah dan lain-lain. mengamalkannya
bertahun-tahun lamanya dan aku merasa keindahan dan kemanisannya
secara diam-diam. Kemudian pada suatu hari bapa saudaraku berkata,
Sahl, adakah orang yang ABah ada bQrsama- sama-Nya, hwrnandang
kepada-Nya dan menyaksikan-Nya Qkan melakukan rnaksiat? jauhifah
engkau akan maksiat!" (Muhd Labib Ahmad, 1981:68).
Dalam konteks yang lain, Nabi s.a.w tdah mengajar kKa bagaimana
mendidik dan melatih anak supaya beribadah kepada Allah s.w.t.
Baginda telah menyuruh supaya anak kedl (berusia 7 tahun) dididik
supaya membiasakan din melakukan sdat, tetapi apabBa berusia 10
tahun, kita disuruh mendenda (inerotan) apabila si anak tersebut
tidak melakukannya,
5. 4. 5 Tarbiyyah RuhiyyahSerentak dengan pendidikan (ahiriah
ialah pendidikan batiniah (dalaman - ruhiyah). Pendidikan
kerohanian atau hati iaftu pendidikan yang mengikat jiwa manusia
dengan Allah S-W. T. melalui lidah yang basah dan tembut
mengingaU-Nya, apabila disebut nama-Nya, akan gementar hati mereka
dan apabila dibaca ayat-ayat-Nya bertambah iman mereka (at-Anfal:
2). Hati menjadi tenang dan tenteram dengan mengingatr-Nya (a(-Rad:
28).
Petbagai cara boteh dilakukan untuk mendidik rohani, antaranya
melalui zikrulLah. Abdullah Nasih Ulwan (1989:387-393) meTiyatakan:
Zikir ttu maknanya mengingati din tentang keagungaa Allah s.w.t.
daam sogala hal-ehwal yang berfiubung rapat dengan din seorang
mukmin, sama ada penngatan itu dalam otak. atau di dalam hati, di
dalam din, pada lisan. atau pada peibuatan. Ataupun dalam keadaan
berdiri, duduk, berbaring, bfjalan dan berusaha di atas muka
bum!.
Ataupun ketika mGneliti dan memahami ayat-ayat al-Quran, ketika
mendengar nasihat, atau berbukum kepada syariat Allah, staupun
ketika mengerjakan sesuatu amal yang diharapkan mendapat kei6daan
AHah Taala dan sebagainya". Hati juga dapat dilembutkan melalui
fetigfar, selawat, tasbih, tahmid, zikir munajat (lihat lampiran 1)
dan berdoa dengan doa-doa yang mathur seperti Masuraat dan
lain-lain. Lebih indah dan manis apabila dilaksanakan waktu malam
yang hening - qiamulail dan bermujahadah.
5. 4. 6 Muhasabah DiriFirman Allah s.w.t. dalam surah al-Hasyr
ayat 18 (lihatjuga surah al-Zariyat ayat 21), bermaksud: Wahai
orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan
mengenakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya); dan
hendaklah tiap-tiap diri mefihat dan memerhatikan opa yang ia telah
sediakan (dan amal-amalnya) untuk hart esok (ban akhirat). Dan
(sekaK lagi dungatkan); bertaqwalab kepada Allah, Sesvngguhnya
Allah amat meliputi pengetahuan-Nya akan segala yang kamu
kerjakan". Pesan Sakjina Umar "Hitungiah din kamu sebelum kamu
dihitung, dan bersiaplah untuk menghadapi pembentangan yang besar.
Sesungguhnya hisab (perhitungan) yang nngan pada hari kiamat falah
bagi sesiapa yang menghttung (menghisab) dirinya didunia fAbdul
Rauf, 1991:142). Ingatan Imam al-Ghazali (Muhd Labib Ahmad,
1981:45-48); KtahuUah jika Allah Taala mahukan seseorang hamba-Nya
mendapat kebaikan, Dia akan menampakkan kepadanya segala kelemahan
dan kecacatan dirinya. Siapa yang mata hatinya tajam, maka segafa
kelemahan dan kecacatan dilinya tidak akan tenindung darinya.
Apabila ia telah mengetahui kelemahan dan kecacatannya, bolehlah
ia rawati dan ubatf. Mengikut Imam al-Ghazali lagi, terdapat empat
kaedah untuk mengenali kelemahan dan kecacatan diri, iaitu:
i. Berguru dengan seseorang yang dapat metihat kecacatan diri
dengan mata hatinya dan dapat mengesan penyakit-penyakit yang
tersembunyi dalam jiwa. Seterusnya ia berusaha merwati penyakit
tersebut.ii. Mencari teman yang sentiasa benar, bermata hati yang
tajam serta kuat beragama. Jadikannya sebagai pengawas yang
mengawasi tingkahlaku ktta. Apabila ia melihat kecacatankeburukan
akhlak pada diri kita, ia segera menegur dan mengingatkan keburukan
tersebut. Berterima kasihiah kepada sesiapa yang menunjukan
keburukan diri krta!!!
iii. Metalul mulut musuh-musuh kerana mata yang membenci dan
marah itu sering menampakkan keburukan-keburukan. Manusia yang
bijak akan sentiasa mengambll manfaat dari musuhnya untuk mengenali
kecacatan dirinya dan seterusnya memperbaiki keburukan
tersebut.
iv. Bercampur gaul dengan orang lain. Setiap perkara keji yang
dilihatnya di kalangan makhluk, maka ia hendaklah mencarinya pada
dirinya sendiri. Dari keburukan akhlak orang lain, ia melihat
keburukan akhlak dalam dirinya. Sesungguhnya, setiap orang mukmin
itu adalah cermin kepada orang mukmin yang lain. Kesimpulannya,
kenalilah din anda dan lihatiah potensi yang ada pada diri anda,
siapa anda sebenamya: Adakah anda membalas kebaikan dengan
keburukan. Adakah anda membalas kebaikan dengan kebaikan ? Adakah
anda membalas keburukan dengan kebaikan ? Sekiranya anda membalas
keburukan dengan keburukan, itu dendam namanya.
Sekiranya anda membalas kebaikan dengan keburukan, ftu zaum
namanya. Sekiranyan anda membalas kebaikan dengan kebaikan, biasa
la tuu. . Sekiranya anda membalas keburukan dengan kebaikan, anda
seorang yang hebatUstaz Abd Aziz bin HarjinPensyarahUniversiti
Teknologi MARA Perlis02600 Arau, PerlisMALAYSIA