Ajaran Syiah dan Bahayanya Kepada UmatIslamOgos 7, 2012
akarimomar AJARAN SYIAH DAN BAHAYANYA KEPADA UMAT ISLAMShaykh
Muhammad Uthman El-MuhammadyISTAC, IIUM, IIMSeminar Hal Syiah di
Negeri Sembilan17 Oktober 2011Dalam tulisan ini penulis hendak
membentangkan dasar-dasar pegangan mazhab Syiah, khususnya Syiah
Jafariyyah atau Syiah Imam Dua Belas yang sedang berkembang
sekarang dalam masyarakat Islam Malaysia bahkan dalam kehidupan
antarabangsa.Pendedahan ini dibuat dengan berdasarkan kepada
teks-teksnya yang muktabar. Huraian berkenaan dengan dasar-dasar
pegangan itu didahului dengan sedikit maklumat sejarah berkenaan
dengan mazhab itu; kemudian disusuli dengan huraian berkenaan
dengan pegangannya; dalam penerangan itu akan disebutkan di mana
kelainannya dengan mazhab atau pegangan Ahlissunnah wal-Jamaah.Asal
tulisan ini ialah berupa satu bab buku yang akan ditertbitkan tidak
lama lagi oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu
Kelantan, insha Allah.Tujuan tulisan ini ialah untuk mengajak umat
Islam di Malaysia supaya kembali kepada wacana pengetahuan dan
pegangan Ahlissunnah wal-Jamaah dalam pengetahuan agama mereka dan
mengelak diri daripada pegangan dan amalan-amalan golongan-golongan
yang selain daripadanya. Sikap ini perlu diambil oleh Muslimin di
negara ini demi untuk menjaga kebenaran agama, meneruskan
keseragaman faham dan pegangan yang menyelamatkan dalam kebenaran
di kalangan Muslimin. Ini juga penting demi untuk mengelak daripada
perpecahan, untuk menjaga kestabilan intelektuil yang menjadi asas
bagi pembangunan budaya dan tamadun di rantau ini.Sebelum ini
sudahpun diperhatikan bagaimana hadith-hadith nabi s.a.w. menyebut
tentang akan berpecahnya umat ini kepada tujuh puluh tiga
golongan[1], dan antara mereka ini yang selamatnya ialah golongan
al-sawad al-azam, iaitu golongan majoriti Muslimin yang mengikut
ajaran dan amalan Ahlissunnah wal-Jamaah. Ini tidak akan
diulang-ulang lagi. Secara ringkasnya perlulah Muslimin mengetahui
ciri-ciri ajaran yang menyimpang daripada Ahlissunnah wal-Jamaah
supaya mereka mengelak diri daripadanya. Ini adalah selain daripada
kewajipan mereka mengetahui pegangan Ahlissunnah wal-Jamaah.SEJARAH
PERKEMBANGAN MAZHAB SYIAHSejarah perkembangan Aliran Syiah bermula
dari abad pertama sejarah umat Islam lagi. Ia berasal daripada
kecenderungan yang melampaui batas dalam memberi sokongan kepada
keluaraga nabi s.a.w. (Ahlul-bait) dalam pengertian yang terbatas
mengikut cara berfikir orang Syiah sendiri. Pada peringkat
kemudiannya kumpulan mereka itu membentuk beberapa kepercayaan yang
merupakan kepercayaan-kepercayaan yang berlainan langsung daripada
akidah arus perdana umat ini, iaitu aliran Ahlissunnah wal-Jamaah,
sebagaimana yang diterangkan dalam bahagian pertama buku ini.
Bahkan, pada akhirnya ia terbentuk menjadi suatu agama lain yang
bukan lagi diajarkan oleh nabi s.a.w. dan para Sahabatnya (Allah
meredhai mereka semuanya).Di kalangan mereka timbul tanggapan dan
kepercayaan bahawa ada Quran lain pada sisi mereka yang berlainan
daripada Quran yang diterima secara ijma oleh umat ini; selain
daripada itu nampaknya mereka menolak himpunan hadith-hadith yang
ada di kalangan Ahlissunnah seperti al-Bukhari, Muslim, Nasai, Ibn
Majah, Abu Daud dan lainnya dan mereka mempunyai himpunan
hadith-hadith mereka sendiri yang kemunculannya adalah kemudian
daripada himpunan-himpunan Ahlissunnah.Di kalangan mereka juga
timbulnya kepercayaan tentang imam-imam dua belas mereka yang
mereka anggap maksum melebihi para nabi dan rasul a.s.s. yang
terakhir antara tokoh yang terkemuka mereka, sebagaimana yang
diungkapkan oleh Khumeini. Pegangan mereka tentang imam dua belas
mereka adalah pegangan yang berlainan langsung dengan pegangan
Ahlissunnah sebagaimana juga pegangan mereka tentang Quran dan
Sunnah.Pegangan mereka yang terlalu amat bercanggah lagi dengan
Ahlissunnah ialah pandangan mereka berkenaan berkenaan dengan para
Sahabat Allah meredhai mereka semua. Pada mereka para Sahabat
menjadi kafir murtad selepas daripada wafat nabi s.a.w. sebagaimana
yang disebutkan dalam Rijal al-Kashshi, kitab rujukan mereka dalam
hadith dan perawi-perawi hadith. Adalah perkara yang menakjubkan
bila di kalangan mereka disebutkan bahawa Abu Bakar dan Umar Allah
meredhai keduanya- adalah dua berhala Quraisy (sanamai Quraisy)
sebagaimana yang ada dalam selawat mereka yang diedarkan kepada
orang ramai.Selawat itu antaranya mendapat restu Khumeini. Selawat
itu sebagaimana yang ada dalam al-Khutoot al-Areedah[2]ialah
seperti berikut:Oleh kerana kejayaan mereka dalam revolusi tahun
1979 maka timbul semangat mengkagumi mereka sampai ke tahap ada
yang menganggap bahawa mereka adalah wira Muslimin di dunia dan
pegangan mereka yang berabad-abad bercanggah dengan Ahlissunnah itu
tidak dipedulikan, bahkan dianggap seolah-olah mereka sudah
meninggalkan pegangan yang demikian. Penelitian berdasarkan kepada
teks-teks mereka yang baharu dan juga teks-teks klasik menunjukkan
bukan demikian sebenarnya. Pegangan mereka terus menerus berjalan
sebagaimana yang ada dahulunya.Kalau ditelitikan pegangan-pegangan
mereka, walaupun secara ringkas, akan terbukti bahawa mereka masih
mempunyai keyakinan seperti dahulu yang bercanggah dengan
Ahlissunnah wal-Jamaah, dan Muslimin dalam kalangan Ahlissunnah
hendaklah memberi perhatian terhadap kelainan dan percanggahan ini
dan jangan terperangkap ke dalam rancangan-rancangan yang boleh
merugikan mereka. Kita tidak mahu Malaysia menjadi negeri yang
mempunyai masalah berkenaan dengan golongan ini. Biarlah pegangan
ini ada dalam negeri mereka sahaja dan bukan tersebar ke dalam
kalangan orang kita di sini. Oleh kerana pegangan mereka kekal
sedemikian maka rancangan untuk mengadakan taqrib yakni
persahabatan dan persefahaman bersama tidak tercapai
matlamatnya.Sikap mereka sekarang ini misalnya boleh dilihat,
antara lainnya, daripada risalah Tuhfatul-Awam Maqbul[3]yang
terkandung di dalamnya salawat yang diakui oleh enam orang penting
dalam kalangan Syiah, iaitu termasuk Khumeini dan Shariat-Madari.
Di dalam risalah itu terdapat doa melaknatkan Abu Bakar dan Umar
radiayallahu anhuma yang disebut sebagai dua berhala Qureisy dan
juga anak perempuan keduanya. SubhanaLlah. Dan ini masih ada sampai
sekarang.Satu teks lagi, antara lainnya, yang menunjukkan sikap
mereka sekarang dengan pegangan mereka ialah kitab Khumeini
al-Hukumah al-Islamiyyah yang asalnya bertajuk
Wilayatul-Faqih.Dalam teks ini ada terdapat kenyataan yang
mencengangkan kita iaitu antaranya:Bahawa para imam [Syiah yang dua
belas orang itu] mempunyai kedudukan terpuji dan darjah yang sangat
tinggi serta kekhalifahan ke atas alam semesta (khilafatan
takwiniyyatan) yang dengannya maka tunduk kepada pimpinan itu dan
otoritinya semua atom-atom ala mini (jami dharrati hadhal-kauni);
dan dinyatakan bahawa mereka ini mempunyai kedudukan yang tidak
tercapai ketinggiannya itu oleh malaikat mukarribin (yang hampir di
sisi hadrat Tuhan) dan nabi yang diutus menjadi rasul[4]Dalam
hubungan dengan kitab al-Kafi oleh al-Kulaini yang menjadi rujukan
golongan Syiah Khumeini bertanya Adakah kamu fakir bahawa memadai
bagi kita semua dalam hubungan dengan agama kita bahawa kita
himpunkan hukum-hukum dan arahan-arahannya dalam al-Kafi kemudian
meletakkannya atas rak (buku) dan membiarkannya?[5]Sekarang kerap
sekali timbul perbincangan berkenaan dengan pembaharuan dalam
fahaman agama dan biasanya orang mencari-cari aliran pembaharuan
yang hendak ditonjolkan itu. Ada mereka yang hendakkkan pembaharuan
itu berdasarkan kepada penolakan mazhab-mazhab dalam Ahlissunnah
sebab disangkanya itu membawa kepada kejumudan berfikir, kemunduran
umat dan sebagainya. Dan aliran menolak mazhab inipun tidak ada
memberi jasa membawa kembali kegemilangan umat dan kejayaan hidup
beragama yang menyejukkan hati kita; bahkan dari segi
intelektuilnya nampaknya hasil usaha daripada aliran ini tidak
menunjuklkan keperkasaan intelektuil yang memberi harapan kepada
kita. Ia hanya banyak menimbulkan konflik dalaman yang tidak
berkesudahan atas nama pembaharuan dan pemurnian agama. Ada pula
yang merasa tertarik kepada golongan Syiah Imam Dua Belas, tetapi
nampaknya ia tidak menunjukkan kekuatan akidah Islam sebenarnya
yang boleh menjamin kebenaran dan kejayaan beragama serta kejayaan
dalam kehidupan masakini.Penulis ini percaya dengan keyakinan yang
tidak berbelah bagi bahawa kita perlu kembali mengenali ajaran dan
amalan Ahlissunnah dan membina kekuatan faham dan ilmu serta
kejayaan kehidupan berlandaskan kebenaran dalam Ahlissunnah ini.
Sekadar menyebut sejarah sahaja pun memadai untuk kita membaharukan
ingatan kita sekarang: bahawa di Madinah zaman awal ajaran dan
amalannya adalah Ahlissunnah, hanya istilahnya tidak digunakan
dengan meluas; kejayaan dalam masa Umayyah dan Abbasiyyah itu dalam
rangka ajaran Ahlissunnah; demikian juga kejayaan di Andalus zaman
Islam, kejayaan di Istanbul (sampai ke abad ke 20) sebelum
kejatuhannya akibat konspirasi Barat dan kelemahan dan
pengkhaianatan dalaman, kejayaan islam di Delhi, di Dunia Melayu,
semuanya dalam rangka ajaran Ahlissunnah. Beginilah pengajaran
sejarah, dan inilah yang memberansangkan kita dan memberi panduan
kepada kita. Hanya kita perlu melihat ajaran itu dan
perlaksanaannya dalam hubungan dengan kejayaan masa kini. Apa yang
kekal abadi kita kekalkan, seperti akidah, ajaran rohani dan
nilai-nilai akhlak yang abadi, mana-mana yang memerlukan perubahan
dalam kerangka dan prinsip yang ada, kita ubahsuaikan mengikut
keperluan, tetapi masih dalam rangka panduan prinsip-prinsip serta
nilai-nilai yang abadi itu.Selain daripada masalah diatas, ialah
soal perpaduan Muslimin di mana-mana, ini juga perlu diasaskan
kepada ajaran Ahlissunnah wal-Jamaah; semua pihak perlu merujuk
kepada dasar ini; inilah yang menentukan penerimaan atau penolakan
sesuatu. Kalaulah ada pihak-pihak yang boleh diajak bersatu padu
atas dasar ini maka usaha itu hendaklah dilakukan dengan seberapa
daya yang boleh; kalau tidak dapat dilakukan perpaduan atas dasar
itu maka hendaklah diajak perpaduan itu atas dasar kemaslahatan
mereka yang beriman kepada Allah, Hari Kemudian, kerasulan nabi
Muhammad s.a.w. dan sembahyang mengadap ke arah Kaabah. Perlu
Muslimin di negara Malaysia bersatu padu atas dasar ini demi
keselamatan agama mereka dan survival mereka sebagai umat yang
berpegang kepada Quran dan Sunnah serta ijma daripada akal dan roh
yang terbaik dalam umat ini.Mereka yang berada dalam mazhab fiqh
yang berlainan bersatu padu dalam soal pokok akidah dan tempat
ambilan hukum; mereka yang mengamalkan tarikat tasawwuf bersatu
padu dalam menundukkan diri kepada Quran dan Sunnah serta ijma;
maka para guru mereka perlu memberi penekanan kepada perpaduan
Muslimin selain daripada menjayakan kekentalan iman dan ketaqwaan
mereka melalui tasawwuf. Demikianlah mereka yang berada dalam NGO
Muslimin hendaklah bersatu padu berhadapan dengan bahaya yang
mengancam agama mereka. Ringkasnya perpaduan untuk kepentingan
agama adalah mengatasi perkara-perkara lain.BAB ISYIAH DAN
QURAN:Dalam bab ini akan dibicarakan pegangan Syiah Imamiah
berkenaan dengan al-Quran yang merupakan punca utama Islam. Dalam
teks-teks klasik Syiah berkenaan dengan al-Quran ada beberapa
perkara yang menunjukkan kelainan mereka daripada Ahlissunnah.
Antaranya ialah seperti yang dibicarakan dalam perenggan-perenggan
berikut.Dalam Ahlissunnah, sebagaimana yang diajarkan dalam
al-Quran, kitab Quran kekal dari masa ia mula-mula diturunkan
sampai sekarang dengan isi kandungannya tanpa apa apa-apa tambahan
atau kekuarangan. Ini berdasarkan kepada ayat Quran dan
penafsirannya, ayatnya ialah:( , , )Sesungguhnya Kamilah yang
menghimpunkannya (al-Quran) (dalam dada engkau) dan menetapkan
bacaan (pada lidahmu); oleh itu apabila Kami menyempurnakan
bacaannya (kepadamu dengan perantaraan Jibril) maka bacalah menurut
bacaan itu; kemudian sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan
menjelaskan kandungannhya (yang memerlukan penjelasan).[6]Dengan
berdasarkan pada panduan ini dan Sunnah Rasulullah s.a.w. serta
ijma ummat maka timbullah keyakinan semenjak dari awal lagi tentang
peri tidak terubah bahkan kekalnya Quran sampai sekarang dengan
susunan-susunan ayat dan surah-surahnya sebagaimana yang ditentukan
oleh nabi s.a.w, antaranya sebagaimana yang tercatit dalam kitab
al-Itqan oleh Imam al-Suyuti rh.[7]Pada sisi orang Syiah Quran,
sebagaimana yang diriwayatkan dalam al-Kafi oleh
al-Kulaini[8]:Berdasarkan riwayat daripada Abu Basir yang
dilaporkan sebagai berkata: Sekali peristiwa saya pergi bertemu
dengan Abu Abdillah [yakni Jafar Sadiq] alaihissalam- dan bertanya
kepadanya: Moga-moga hamba menjadi penebus tuanhamba! Hamba hendak
bertanyakan soalan sama seorang; Adakah sesiapa di kalangan dan
sekitar kita ini yang boleh mendengar kata-kataku? Periwayat itu
berkata: Abu Abdillah mengangkat tabir yang memisahkannya daripada
ruang yang berdekatan. Kemudian ia masuk ke dalam ruang itu dan
berkata: Sekarang, tanyalah apa yang engkau mahu tanya. Periwayat
itu berkata: Kemudian hamba bertanya; Syiah tuan secara amnya
meriwayat bahawa Rasulullah Allah berselawat kepadanya dan
keturunannya- bahawa Ali adalah pintu kota yang membukan seribu
pintu? Beliau menjawab: Rasulullah selawat dan salam ke atasnya dan
zuriatnya- memberitahu Ali tentang seribu pintu, tiap-tiap satunya
membuka kepada seribu pintu. Saya berkata: Demi Allah, ia adalah
ilmu. Periwayat itu berkata: Dengan ini (Abu Abdillah) berfikir
seketika dan kemudian memberi jawapan: Ya, itulah Ilmu. Ia menambah
Wahai Abu Muhammad, pada kami ada Jamiah. Adakah anda tahu apa
Jamiah itu? Saya berkata: Moga-moga hamba jadi penebus tuan
hamba.Hamba ingin tahu apakah Jamiah itu. Beliau berkata memberi
jawapan: Ia Kitab , panjangnya tujuh puluh hasta Rasul
Allah-selawat dan salam atasnya dan zuriatnya-ia ditulis dengan
pena, dan Ali sendiri menulisnya dengan tangan kanannya. Kitab itu
mengandungi semua perkara yang halal dan yang haram. Bahkan ia
mengandungi semua perkara yang manusia dikehendaki mengetahuinya.
Ia mengandungi sampai denda kerana kecederaan-kecederaan ringan.
Kemudian ia menunjuk kepada saya dengan jarinya. Wahai Abu
Muhammad, adakah anda membenarkan saya? Saya menjawab Saya jadikan
diri saya tebusan tuan hamba. Sesungguhnya hamba bersedia untuk
tuan. Perintahkanlah kepada hamba apa yang tuan hamba kehendaki.
Kemudian periwayat itu berkata: kemudian ia mengisyaratkan kepada
saya dengan tangannya, katanya walaupun denda balasan kerana
kecederaan yang sedikit! Beliau nampaknya kelihatan marah.
Periwayat itu berkata lagi: Saya berkata, demi Allah, ini Ilmu!
Beliau berkata :Ya, inilah Ilmu! Dan itu bukan semuanya (yakni ada
lagi). Kemudian beliau berhenti sejenak, dan kemudian ujarnya; Ada
pada kami al-Jafr, dan apakah yang mereka tahu tentang al-jafr itu?
Pencatit itu berkata: Saya bertanya Apakah itu al-Jafr? Beliau
menjawab: Ia bekas daripada kulit yang di dalamnya disimpan ilmu
para nabi, para wasi dan pemegang amanah, dan Ilmu dari para ulama
terdahulu dari kalangan bani Israil. Periwayat itu berkata: Saya
berkata: Ini Ilmu. Ia berkata: Sudah tentu ini adalah Ilmu: dan ini
belum lagi tamat semuanya (tetapi masih ada lagi). Kemudian beliau
berhenti sejenak dan kemudian berkata: Pada kami ada sebuah naskah
Quran milik Fatimah( . ) alaihassalam- dan apakah yang mereka
ketahui berkenaan dengan naskah Quran milik Fatimah itu? Beliau
menjawab: Ia naskah Quran yang mengandungi apa yang seperti Quran
kamu, tetapi ia tiga kali ganda daripadanya ( ). Demi Allah ia
tidak mengandungi suatu kalimahpun dari Quran kamu( ).Dari sini
timbul kepercayaan tentang adanya Mushaf Fatimah yang menjadi
pegangan mereka yang berbeza daripada Mushaf Uthman yang menjadi
pegangan seluruh umat Islam. Ertinya mereka mempercayai Quran yang
ada pada mereka adalah tiga kali ganda besarnya, dan Quran yang ada
dalam Mushaf Uthman adalah hanya satu pertiga sahaja.Selain
daripada itu terdapat beberapa maklumat berkenaan dengan hal ini
dalam al-Anwar al-Numaniyyah[9]Dalam teks ini terdapat riwayat yang
menunjjukan bahawa Quran yang yang dikumpulkan oleh Saidina Ali rd
adalah asli dan murni dan tidak ada tahrif atau perubahan atau
pengurangan apa-apa padanya. Riwayat itu ialah seperti berikut
:Terdapat riwayat yang mustafid (yang kurang sedikit daripada
mutawatir) bahawa Quran yang dikumpulkan oleh Saidina Ali dengan
wasiat daripada nabi s.a.w. yang ia sibuk menghimpunkan enam bulan
selepas wafat baginda s.a.w.- kemudian selepas menghimpunnya beliau
datang menemui mereka yang tidak segera menjalankan tugas mereka
(disebut al-mukakhallifin) selepas daripada Rasulullah s.a.w., kata
beliau: Ini Kitabullah sebagaimana yang diturunkan. Kata Umar bin
al-Khattab kepadanya: Kami tidak memerlukan anda, dan kami tidak
memerlukan Quran anda. Dengan kami sudah ada Quran yang ditulis
oleh Uthman. Ali alaihissalam berkata kepada mereka: Selepas
daripada hari ini anda tidak akan melihatnya lagi dan tidak ada
seorangpun yang akan melihatnya sehingga zahirnya anakku (dari
zuriatku) al-Mahdi alaihissalam. dalam Quran itu banyak terdapat
tambahan-tambahan dan ia sunyi daripada tahrif.[10]Maka dapat
dilihat bahawa al-Quran yang sepatutnya menjadi rujukan yang
menghimpunkan golongan Ahlissunnah dan Syiah menjadi isu yang
membawa kepada perpecahan kerana pendapat mereka yang menyalahi
ijma ulama umat ini semanjak dari awal lagi. Antaranya disebutkan
oleh Muhibbuddin al-Khatib dalam Al-Khutoot al-Aridah bahawa antara
ulama mereka yang menyebut tentang Quran tidak murni dan asli ini
ialah ulama mereka dari Najaf bernama Mirza Husain bin Muhammad
Taqi An-Nawari At-Tabarsi, yang menulis dalam tahun 1292 Hijrah
kitabnya Faslul-Khitaab fi Ithbat Tahrif Kitab Rabbil-Arbab. Kitab
ini menarik perhatian para ulama Syiah, dan ia dipertikaikan oleh
setengah kalangan dari mereka sebab sebelum ini ajaran tentang ada
tahrif pada Quran ini diketahui hanya oleh segolongan tertentu
ulama mereka sahaja. Bila timbuk kritikan terhadap bukunya itu
beliau menulis dua tahun sebelum meninggalnya buku yang
mempertahankan pendiriannya itu, berjudul Raddu badush-Shubahaati
`an Faslil-Khitaabi fi Ithbati Tahrifi Kitaabi Rabbil-Arbaab.Kerana
menghormatinya dengan pendiriannya tentang ada tahrif dalam Quran
golongan Syiah mengebumikannya di tempat suci mereka di
Najaf.[11]Antara yang menakjubkan dalam konsep Quran Syiah ini
ialah keberadaan Surah al-Wilayah yang mereka membuat tuduhan ia
dibuang oleh para Sahabat. Dalam Al-Khutoot
al-Areedah[12]ditunjukkan Surah al-Walayah itu demikian:Surah itu
kalau diterjemah maksudnya lebih kurang seperti berikut:Wahai
orang-orang yang beriman; berimanlah dengan Nabi dan wali (yakni
Ali rd) yang Kami bangkitkan keduanya yang memberi hidayat
bimbingan kepada kamu ke jalan yang betul. Seorang nabi (Muhammad
s.a.w.) dan Wali (yakni Ali) yang setengah dari dua orang itu dari
setengahnya dan Aku adalah Maha Mengetahui lagi Maha mendalam
TahuNya. Sesungguhnya orang-orang yang menunaikan janji dengan
Allah bagi mereka itu Syurga jannatul-Naim; dan orang-orang yang
bila dibaca kepada mereka ayat-ayat Kami maka mereka membohonginya;
sesungguhnya bagi mereka dalam neraka Jahannam ada tempat yang
dahsyat. Bila disebut kepada mereka hari Kiamat (nanti) dimanakah
orang-orang zalim yang membohongi para rasul (diakhiri dengan) dan
bertasbihlah kepada Tuhan kamu dan Ali termasuk di kalangan para
penyaksi.Sarjana yang dipercayai Muhammad Ali Saudi ketua perunding
dan penasihat Kementerian Undang-Undang Mesir waktu itu, juga
seorang daripada murid-murid rapat dengan Syaikh Muhammad Abduh
berjaya meneliti sebuah manuskrip Parsi dari Iran yang dimiliki
oleh Orientalist Brown.Beliau berjaya membuat fotokopi Surah
al-Wilayah itu dengan terjemahan bahasa Parsinya sekali. Keberadaan
surah itu diakui oleh Al-Tabarsi dalam kitabnya FaslulKhitab dan
Muhsin Fani al-Ashmeeri dalam bukunya Dabistan Madhahib Buku ini
yang ditulis dalam bahasa Parsi dicetak banyak kali di Iran, dan
Surah al-Wilayah ini disebut oleh Orientalist Jerman Noeldeke dalam
bukunya berkenaan dengan sejarah Quran.[13]Bila kitab Faslul-Khitab
diterbitkan maka para Orientalist yang tidak senang dengan Muslimin
dan kitab suci mereka dan para ahli gerakan missionary bergembira;
kegembiraan mereka itu mungkin kerana di dalamnya terdapat
riwayat-riwayat yang tidak benar dan rekaan yang boleh memberi
gambaran buruk tentang keaslian Quran dan keutuhan teksnya. Mereka
mengusahan terjemahan ke dalam bahasa-bahasa Barat yang boleh
mendatangkan menafaat untuk gerakan mereka. Riwayat-riwat di
dalamnya menyentuh kedudukan Quran, nabi Muhammad s.a.w. dan
keagungan para Sahabat yang memberi gambaran yang sangatr negatif
tentang semuanya.Antara riwayat-riwayat Syiah dalam al-Kafi oleh
al-Kulaini yang membuktikan pendirian Syiah tentang Quran, selain
daripada di atas ialah seperti berikut.[14]Saya mendengar Abu Jafar
alaihissalam- berkata: Tidak ada dari kalangan mereka yang mengaku
menghimpunkan Quran secara lengkap sebagaimana ia diturunkan
melainkan ia pembohong.Tidak ada orang yang menghimpun dan
menghafal Quran sebagaimana ia diturunkan melainkan Ali bin Abi
Talib dan para imam yang selepasnya.[15]Dalam kitab Khumeini yang
berjudul Kashf al-Asrar[16]terdapat kenyataan demikian
:Peribadi-peribadi ini (para Sahabat) tidak ada kena mengena dengan
Islam dan al-Quran, mereka hanya mahu menggunakan ini semua sebagai
jalan untuk keuntungan duniawi dan memegang kekuasaan. Kerana orang
yang berusaha untuk menggunakan al-Quran demi untuk
matlamat-matlamat hina mereka, maka tidak menjadi masalah bagi
mereka untuk membuang ayat-ayat (yang menyebut Ali sebagai khalifah
selepas nabi s.a.w. dan ketua imamah), untuk membuat
tambahan-tambahan dalam ayat-ayat Kitab suci itu, dan menjadikan
Quran tidak terlihat oleh orang ramai sampai ke akhir zaman.
Tuduhan merosakkan (kitab-kitab suci mereka) yang dibuat oleh
Muslimin terhadap orang-orang Yahudi dan Kristian mengena ke atas
para sahabat ini.[17]Dalam kitab yang sama[18]Khumeini
menyatakan:Kalaulah Imam (untuk memimpin selepas daripada Nabi
s.a.w.) disebutkan namanya dalam Quran, maka siapakah yang menjamin
bahawa tidak akan berlaku perbezaan pendapat di kalangan Muslimin?
Ini kerana mereka yang ikut bersama-sama dengan agama Islam dan
Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah kerana gilakan kekuasaan dan
kedudukan, dan semenjak masa yang lama sedang menambahkan golongan
penyokong-penyokong mereka, maka mereka ini tidak akan meninggalkan
matlamat-matlamat keji mereka kerana ajaran-ajaran Quran. Mereka
akan menggunakan apa cara sahaja untuk mencapai objektif-objektif
mereka, ataupun, kalau demikian, maka perbezaan-perbezaan pendapat
yang diadakan itu akan menjadi sedemikian rupa sehingga asas-asas
agama Islam itu akan menjadi musnah. Kerana, kemungkinannya ialah
kalaulah mereka yang berusaha itu melihat mereka tidak akan
mencapai matlamat-matlamat mereka melalui Islam mereka akan bersatu
padu pula untu membentuk satu golongan untuk menentang Islam dan
akan merosakkannya secara terang-terangan.Banyak
kenyataan-kenyataan Khomeini yang memburuk-burukkan para sahabat
terutamanya Abu bakar dan Umar serta Uthman. Allah meredhai mereka.
Adalah ajaib sekali bahawa gambaran nabi s.a.w. pada tangan
Khomeini sedemikian teruk gagalnya untuk membentuk para sahabat.
Adakah ini gambaran yang boleh diterima akal dan agama?Jelaslah
bahawa fahaman berkenaan dengan Quran dan para Sahabat yang ada
pada golongan Syiah adalah berlainan sama sekali-bahkan bercanggah
dengan apa yang ada pada Ahlissunnah yang merupakan arus perdana
umat ini. Orang Barat yang bukan Muslim pun memberi kredit kepada
kejayaan nabi s.a.w. membentuk para Sahabatnya.BAB IISYIAH DAN
PENDAPAT MEREKA BERKENAAN DENGAN SAHABAT:Golongan Syiah mempunyai
pandangan yang sangat tidak menasabah berkenaan dengan para Sahabat
Allah meredhainya. Mereka menganggap para Sahabat sebagai
orang-orang yang berkhianat kepada Rasulullah, mereka murtad
selepas wafat nabi s.a.w., mereka mengubah-ngubahkan Quran dan
mengurang-ngurangkan isinya. Antaranya boleh didapati keterangan
berkenaan dengan gambaran ini dalam perenggan-perenggan
berikutnya.Sebelum kita pergi kepada pegangan Syiah berkenaan
dengan para Sahabat kita boleh merujuk kepada Quran sendiri
berkenaan dengan kedudukan mereka itu. Antara ayat-ayat yang
menerangkan kedudukan para Sahabat ialah ayat yang berikut:{( })Dan
orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi
bantuan) dari orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang
menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat),
Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia
menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya
beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah
kemenangan yang besar.[19]Ternyata dalam ayat ini kelebihan mereka
di kalangan Muhajirin dan Ansar. Mereka yang beriman dengan
sebenar-benarnya, bila terbaca ayat ini akan terus tunduk kepadanya
dan memuliakan para Sahabat.Dalam al-Quran lagi terdapat ayat
berkenaan dengan para Sahabat yang memberi sumpah setia kepada
baginda s.a.w. dalam hubungan dengan Perjanjian Hudaibiyyah. Ayat
itu ialah: )Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang
beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu
(wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di
Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahuiNya
tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka,
lalu Dia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka dan
membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa
datangnya;[20]Ayat ini memberi keterangan berkenaan dengan
keutamaan para Sahabat yang berbaiah dengan nabi s.a.w. dan
berjanji akan mempertahankan baginda dengan nyawa mereka. Mereka
adalah golongan yang mendapat keredhaan Tuhan. Orang-orang yang
beriman akan bersikap dengan sikap yang sebaik-baiknya terhadap
para sahabat yang mendapat pendidikan dan asuhan dari baginda
s.a.w. dan jauh sekali daripada menentang atau mempunyai sangka
yang buruk terhadap mereka.Tidak syak lagi sebagaimana yang
ternyata dalam hadith dan sirah, selain daripada Quran, bahawa jasa
para Sahabat tidak ada tolok bandingnya. Tanpa para Sahabat yang
menyampaikan ajaran Islam kepada kita kita tidak akan mendapat
apa-apa dari ajaran yang maha suci ini. Sebab itu kita mendoakan
keredhaan Allah terhadap mereka.Bagaimanakah sikap Syiah terhadap
para Sahabat?Tentang mereka menuduh para Sahabat membuang atau
mengubah-ngubah isi Quran, sampai tertinggal hanya sepertiga sahaja
lagi, itu sudah jelas dari kenyataan sebelum ini dalam hubungan
dengan Quran.Dalam hubungan dengan Abu Bakr rd terdapat kenyataan
berkenaan dengan nya[21]:Diriwayatkan oleh Abu Bakr, saya berkata
kepada nabi s.a.w. sewaktu saya berada dalam Gua (dalam peristiwa
Hijrah): Kalau sesiapa dari mereka melihat ke bawah kakinya ia akan
melihat kita.Baginda bersabda:Wahai Abu Bakr! Apakah fikiran anda
berkenaan dengan dua orang (iaitu nabi s.a.w dan dia sendiri) yang
pihak ketiganya ialah Allah?Inilah yang disebutkan dalam Quran
sebagai orang kedua dari kedua orang dan sahabatnya dalam ayat:)
yang bermaksud[22]:Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad)
maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum
kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang dia
salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam
gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya: Janganlah engkau
berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan
semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya
dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya dan
Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah
(kalah dengan sehina-hinanya) dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang
tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana.Ayat ini mengabadikan kemuliaan Abu Bakr rd yang mendapat
gelaran orang kedua dalam dua orang dan sahabatnya dan sahabat
dalam gua.Yang berjuang dengan Rasulullah s.a.w. dalam
peperangannya adalah para Sahabat; yang mengumpulhan Quran dan
Sunnah adalah para Sahabat. Pendeknya yang menjayakan islam dan
membuktikan kegemilangannya adalah para Sahabat; selepas mereka
para tabiin dan demikian seterusnya. Sejarah Islam tidak akan ada
tanpa para sahabat.Gambaran berkenaan dengan para Sahabat yang ada
dalam kalangan umat ini berlainan sekali-bahkan bercanggahan sekali
dengan apa yang ada dalam kalangan orang-orang Syiah.Dalam hubungan
dengan sikap mencela para sahabat ini, antaranya, dinyatakan oleh
al-Nawbakhti dalam bukunya Firaq al-Syiah[23]bahawa Abdullah bin
Saba adalah seorang daripada orang-orang yang mencela Abu Bakar,
Umar dan Uthman dan lain-lain Sahabat secara terbuka. Ia berlepas
diri daripada mereka semua. Dalam suatu peristiwa ia menyatakan
bahawa Ali yang menyuruh beliau melakukan demikian. Ali-Allah
meredhainya- menghadapinya dan bertanya kepadanya supaya
menerangkan tindakannya itu. Ia mengakui kesilapannya. Ali memberi
arahan supaya ia dipancung. Orang ramai berteriak: Wahai Amir
al-Mukminin! Adakah tuan hamba memutuskan hukum mati atas seorang
yang mengajak orang ramai kasihkan tuan hamba dan ahlulbait
(keluarga nabi) dan mengajak orang kepada wilayah tuan hamba
(supaya menyokong tuan hamba) dan yang berlepas diri daripada
bersama-sama dengan musuh-musuh tuan hamba? Maka Ali menmbuangnya
ke Madain (Ctesiphon) kepala negeri Parsi pada masa itu. Satu
kumpulan dari kalangan ahli ilmu dikalangan para Sahabat Ali
alahissalam- meriwayatkan: Abdullah bin Saba adalah seorang
Yahudi.Kemudian ia memeluk agama Islam dan menjadi pendokong Ali
alaihissalam.Tetapi Ali biasa berkata : Dia masih Yahudi kerana ia
menyatakan Yusha bin Nun sebagai wasi selepas nabi
Musa-alaihissalam.Pada masa itu ia berpegang kepada ajaran Islam
yang murni, tetapi kemudian daripada wafat Nabi s.a.w. ia (berubah
pegangannya) dan mempunyai kepercayaan berkenaan dengan Ali , yang
sama dengan kepercayaannya tentang Yusya (bin Nun). (Abdullah) Ibn
Saba merupakan orang yang mula-mula sekali yang mengembangkan
fahaman bahawa Ali wajib menjadi khalifah (selepas nabi s.a.w.).Ia
membersihkan dirinya daripada bersama-sama dengan musuh-musuh Ali
.Dari sini boleh diperhatikan bahawa sesiapa yang menolak golongan
Syiah selalu menyatakan: Golongan Syiah dan Rafidah timbul daripada
ajaran Yahudi .Diriwayatkan bahawa bila Abdullah bin Saba sampat ke
Ctesiphon sampai kepadanya berita tentang kematian Ali. Ia berkata
kepada orang yang menyatakan kematian Ali: Kamu berbohong.Kalau
kamu membawa otaknya dalam tujh puluh pundi-pundi dan kalau kamu
cuba membunuh tujuh puluh orang yang menyaksi kematiannya, kami
akan menyatakan bahawa Ali tidak mati atau dibunuh, kerana ia tidak
akan mati sehingga ia memerintah seluruh dunia ini.[24]Ehsan Elahi
Zaheer membuat kesimpulan yang menarik berkenaan dengan usaha
golongan Yahui yang merosakkan Islam dari dalam. Antara
kesimpulan-kesimpulan itu ialah seperti berikut[25]:Bahawa golongan
Yahudi ada membentuk kelompok mereka menggunakan nama Islam di
bawah kendali Abdullah bin Saba; pada zahirnya mereka kelihatan
orang Islam tetapi dengan cara rahasia mereka berpegang kepada
agama Yahudi; mereka bersedia untuk mengembangkan di kalangan
Muslimin kepercayaan dan ajaran yang datang dari agama Yahudi dan
yang bersifat kufur.Mereka nampaknya berusaha untuk memecahbelahkan
umat Islam dan juga berusaha untuk menjatuhkan Khalifah ketiga
-Allah meredhainya-dan akhirnya mereka menolak baiah terhadapnya
dan menimbulkan huru hara dalam negara; Muslimin berkelahi sesama
sendiri dan perkembangan Islam terhenti. (Pada pandangan penulis
ini perkara yang sedemikian ini sesuai dengan kenyataan Quran yang
menyebutkan bahawa golongan Yahudi dan Nasara tidak akan reda
sekali-kali sehingga kamu memeluk agama mereka[26]). Ehsan Elahi
Zaheer menganggap bahawa fitnah yang ada dalam zaman awal ini masih
ada kesan-kesannya sampai sekarang. SubhanaLlah.Beliau juga
menyebutkan bagaimana golongan Yahudi menimbulkan rasa benci dan
dendam terhadap Abu Bakar dan Umar rd serta peribadi-peribadi lain
dari kalangan para Sahabat yang memang berjasa dalam menjayakan
Islam dan menyampaikannya kepada generasi-generasi kemudian dengan
usaha dan pengorbanan mereka yang tidak terkira itu. Mereka
menanamkan syak terhadap Quran dan kesucian serta kemurniannya dan
juga mereka menanamkan kebencian terhadap mereka yang berjasa
menjaga Quran dan menyampaikannya sebagaimana yang diamanahkan oleh
Rasulullah s.a.w.Mereka menuduh para Sahabat menjadi kafir murtad
selepas nabi s.a.w.-kecuali beberapa orang sahaja di kalangan
mereka. Ini tuduhan yang ajaib sekali. Adakah menasabah nabi s.a.w.
manusia insan kamil dan penghulu para rasul mempunyai pengikut
setia tidak sampai sepuluh orang?Dalam Rijal al-Kashshi[27]:Dari
Abu Jafar alaihissalam- bahawa: Para Sahabat (kanannas) murtad
selepas wafat nabi s.a.w. kecuali tiga orang: Aku bertanya:
Siapakah yang tiga itu? Kata beliau: Al-Miqdad bin al-Aswad, Abu
Dharr al-Ghifari dan salman al-Farisi(Jadi semua murtad melainkan
tiga orang ini sahaja, ini gambaran yang tidak menasabah sekali
pada akal, sejarah, dan bercanggah dengan Quran, Sunnah, ijma dan
jiwa manusia yang sejahtera-uem).Dalam kitab Ar-Raudah min al-Kafi
oleh al-Kulaini[28]dinyatakan bahawa dua syaikh itu [iaitu Abu
Bakar dan Umar, tidak disebut namanya kerana pada mereka bila
disebut dua syaikh sudah memadai] meninggal dunia [berpisah
daripada dunia] walhal keduanya tidak bertaubat dan tidak mendapat
pengajaran daripada apa yang dilakukan keduanya kepada Amir
al-mumini alaihissalam , maka atas keduanya laknat Allah dan para
malaikat serta manusia sekeliannya. (SubhanaLlah. Mereka melaknat
dua peribadi yang tertinggi dalam Islam selepas nabi s.a.w. Dari
segi kerohaniannya Allah mengisytihar perang terhadap mereka
berdasarkan hadith Bukhari yang bermaksud Sesiapa yang bermusuh
dengan waliKu maka Aku isytihar perang terhadapnya (man ada li
waliyyan faqad adhantuhu bil-harbi). Pandangan mereka terhadap para
Sahabat yang lain boleh diagak daripada sikap mereka terhadap Abu
Bakar dan Umar dan juga kenyataan mereka tentang murtadnya Sahabat
selepas wafat nabi s.a.w.BAB III BERKENAAN DENGAN IMAM MAKSUMSatu
daripada dasar-dasar pegangan Syiah ialah kepercayaan mereka
tentang Imamah atau imam-imam yang maksum dan kedudukan atau
pangkat mereka.Al-Kulaini dalam kitabnya Al-Kafi membuat kenyataan
berkenaan dengan kelebihan para imam mereka yang dua belas orang
itu (mulai daripada Ali bin Abi Talib, sampai kepada Hasan dan
Husain, sampailah kepada Musa Kazim terus akhirnya kepada Muhammad
bin Hasan al-Askari yang mereka sedang nanti-nantikan akan muncul
di akhir zaman sebagai imam Mahdi mereka).Setengah daripada
kelebihan-kelebihan imam mereka mengikut al-Kafi ialah para imam
itu mempunyai semua ilmu yang dikurniakan kepada para malaikat,
para nabi, dan rasul; para imam mengetahui bila mereka akan mati ,
dan mereka tidak mati melainkan dengan pilihan mereka sendiri; para
imam itu mengetahui apa yang telah berlaku dan apa yang akan
berlaku pada masa akan datang dan tidak ada yang btersembunyi
daripada mereka; para imam itu mempunyai ilmu berkenaan dengan
semua kitab suci yang diturunkan , tidak kira dalam bahasa apa
kitab-kitab itu diturunkan; Tidak ada orang yang menghimpunkan
Quran secara lengkap melainkan para imam, dan mereka mempunyai
pengetahuan yang meliputi tentangnya; mukjizat-mukjizat yang ada
pada para anbiya ada para para imam; Bila datang masa imam [yang
dinanti-nantikan untuk memerintah] mereka akan memerintah mengikut
cara nabi Daud dan zuriatnya; para imam ini tidak memerlukan kepada
pembentangan dalil-dalil sebelum daripada memutuskan
hukuman-hukuman mereka; tidak ada satupun kebenaran yang ada pada
sesuatu golongan manusia melainkan itu asalnya daripada imam, dan
semua perkara yang tidak timbul daripada imam adalah palsu; seluruh
bumi ini milik imam.[29]Daripada rujukan klasik mereka sendiri
boleh diperhatikan bagaimana golongan Syiah menganggap imam-imam
mereka yang dua belas orang itu mempunyai pengetahuan melintasi
manusia biasa, bahkan sampai seolah-olah seperti mereka mempunyai
kekuasaan seperti Tuhan walaupun mereka tidak menyatakan demikian.
Selain daripada itu mereka menafikan pengetahuan tentang perkara
yang ghaib oleh Rasulullah s.a.w. walhal perkara yang demikian
dikurniakan oleh Allah kepada baginda. Antaranya termasuklah
pengetahuan tentang kejadian langit dan bumi serta gambaran
berkenaan dengan Syorga dan Neraka. Pendapat seperti ini disebutkan
oleh Muhibbuddin al-Khatib dalam al-Khutoot al-Areedah[30]terdapat
dalam majalah Risalatul-Islam yang diterbitkan oleh Darut-Taqrid,
dalam makalah yang berjudul Min Ijtihadati Syiah Al-Imamiyyah
(Setengah daripada ijtihad-Ijtihad Syiah Imamiah). Ketua Mahkamah
Tertinggi Syiah di Lubnan menukil kata-kata Mujtahid Syiah bernama
Muhammad bin Hasan Al-Isytiyani: Kalaulah nabi membuat kenyataan
hukum berkenaan dengan hukum Syara berkaitan dengan apa yang
membatalkan wudu atau hukum-hukum berkenaan dengan darah haidh atau
darah lepas beranak, maka wajib kita percaya kepadanya dan wajib
kita mengamalkannya. Tetapi kalau Nabi membuat kenyataan berkenaan
dengan perkara ghaib tentang penciptaan langit dan bumi, atau para
bidadari dalam Syorga dan mahligai-mahligainya, maka tidak wajib
kita percaya kepadanya, walaupun diketahui bahawa ia tentu
kenyataan yang datang dari dari Nabi. Ini ajaib sekali bila mereka
mempercayai imam-imam mereka mengetahui berkenaan dengan
perkara-perkara ghaib tetapi mereka mengambil sikap demikian dengan
nabi s.a.w. tanpa apa-apa dalil yang menunjukkan kebenaran sikap
mereka itu. Dalam masa yang sama kenyataan itu memberi erti mereka
tidak wajib menerima wahyu Tuhan dalam Quran yang datang melalui
nabi s.a.w. dan juga kenyataan-kenyataan baginda tentang
perkara-perkara demikian dalam hadith-hadith yang sahih. (Sikap
yang demikian berkait pula dengan sikap mereka yang menganggap para
Sahabat murtad selepas wafat nabi s.a.w. melainkan beberapa orang
sahaja sebagaimana , antara lainnya, disebutkan dalam Rijal
al-Kashshi yang sudah disebut di atas).Dalam al-Hukumah
al-Islamiyyah oleh Khomeini para imam itu dinyatakan[31]disebutkan
mempunyai maqam mahmud (dalam Ahlissunnah ia makam khas untuk nabi
s.a.w.), darajah yang tinggi, khilafah takwiniyyatan-khilafah atas
alam semesta (cosmic sovereignty) yang kerana itu semua tunduk
kepada kekuasaan atau otoritinya seluruh atom alam ini. Pada tempat
lain dalam kitab yang sama ia disebut selagai tidak terlupa dan
lalai.Dalam kitab al-Kafi oleh al-Kulaini[32]dinyatakan bahawa
darjah imamah itu darjah anbia, pewarisan para wasi (yang menerima
pangkat menjadi imam), ia khilafah Tuhan, khilafah Rasulillah,,
demikian seterusnya. Dalam sumber yang sama[33]ia disebutkan
sebagai masum, diberi bantuan (oleh Tuhan), diberi taufik, dipandu
pada jalan yang betul, aman daripada dosa-dosa, tersilap,
tergelincir, Tuhan mengkhususkannya dengan itu semua supaya ia
menjadi hujjah atas para hambaNya.Dinyatakan ia Imam yang bersih
daripada dosa, terlepas daripada semua aib, dikhususkan dengan
ilmu, ditandai dengan sifat hilm, ia susunan hidup agama, kemuliaan
Muslimin, kebinasaan bagi kafirin.[34]Kepercayaan yang demikian
adalah bercanggah dengan gambaran Quran berkenaan dengan para nabi
dan rasul serta bercanggah dengan sunnah dan ijma Ahlissunnah yang
merupakan ajaran arus perdana umat ini.Dalam Bihar al-Anwar oleh
Muhammad Baqir al-Majlisi[35]dinyatakan bahawa para imam Syiah itu
menghidupkan mereka yang mati, menyembuhkan penyakit kusta dan
juzam, berjalan atas air. apa yang ada pada Rasulullah dikurniakan
kepada Ali amir al-muminin dan kepada para imam Syiah selepas
daripadanya.Berkaitan dengan kepercayaan tentang para imam yang
maksum ini ialah kepercayaan tentang imam yang ghaib.Di kalangan
mereka ada kepercayaan bahawa imam yang terakhir mereka adalah imam
yang ghaib yang akhirnya akan datang ke dunia ini pada akhir zaman
untuk menjadi imam Mahdi, Namanya Imam Muhammad bin Hasan
al-Askari. Mengikut kepercayaan ini imam ke dua belas ini memasuki
alam ghaib ghaibah- di Surra man Raa bersekali dengan keluarga dan
para pembantu keluarganya sepuluh hari sebelum kematian
ayahandanya.Ia akan kembali memerintah dunia di akhir
zaman.[36]Mungkin orang mempercayai bahawa pegangan ini sudah
berubah di kalangan mereka yang memimpin golongan ini. Kenyataan
Khomeini dalam al-Hukumam al-Islamiyyah[37]menunjukkan pendirian
mereka adalah seperti dahulu juga sampai sekarang ini, katanya:Para
imam itu mempunyai Makam Terpuji Yang Gemilang (maqam mahmud),
kedudukan yang sedemikian mulia dan tingginya yang menjadikannya
mempunyai kekuasaan atas alam semesta (khilafatan takwiniyyatan)
yang tunduk kepada kekuasaan dan otoritinya seluruh atom alam ini.
Dan mengikut apa yang dituntut oleh ajaran agama kita ini yang
tidak boleh dibantah-bantah bahawa tidak ada malaikat mukarrabin
dan nabi yang diutus menjadi rasul yang sampai kepada darjah imam
ini. Sebagaimana yang dinyatakan dalam hadith-hadith nabi yang
agung itu dan para imam wujud dalam bentuk nur mengelilingi Arsy
Tuhan dan mempunyai perhampiran dengan Tuhan yang diketahui olehNya
sahaja. Sama seperti ahli teologi Syiah Ithna Asyariyyah yang
lainnya, selepas lebih daripada seribu tahun akidah ini masih hidup
dan menjadi pegangan orang ramai di kalangan mereka.Sebelum habis
bahagian ini kita boleh memberi perhatian lagi kepada tajuk tentang
kepentingan para imam ini sebagaimana yang ada tercatit dalam Usul
al-Kafi[38]; dinyatakan bahawa urusan imamah adalah termasuk ke
dalam urusan menyempurnakan agama, dan imamah ini bermula dengan
Ibrahim a.s.s. yang disebutkan bagaimana ia dijadikan imam; terus
menerus imamah itu berjalan dalam zuriatnya sampai kepada nabi
Muhammad s.a.w. dan selepas baginda ia terjatuh kepada Ali bin Abi
Talib. Dengan ini timbul pemujaan mereka terhadap Ali dan para imam
mereka yang melampaui batas. Konsep mereka tentang para imam yang
memerimntah alam dengan pelbagai sifat-sifat itu sampai menjadikan
mereka seolah-olah menyamai Tuhan sendiri dan mengtatasi para nabi
dan rasul a.s.s. Dalam Ahlissunnah tidak ada manusia yang mengatasi
nabi dan rasul.BAB KE IVPEGANGAN SYIAH BERKENAAN DENGAN SIFAT
TUHAN: AL-BADAAl-bada ertinya nyata atau zahir selepas daripada
tersembunyi (al-zuhur badal-khafa).[39]Ini boleh difaham ertinya
daripada ayat Quran:( )Ertinya: Maka menjadi nyatalah bagi mereka,
(azab) daripada Allah, yang sebelumnya mereka tidak
menyangkanya.[40]Ataupun ertinya ialah timbulnya pandangan baharu
yang sebelumnya tidak ada , seperti dalam firman Allah( )Ertinya:
Kemudian timbul fikiran pada mereka setelah melihat tanda-tanda
(tentang benarnya Yusuf dan bersih peribadinya) yang patut mereka
memasukkannya ke dalam penjara buat beberapa waktu.[41]Mereka
menisbahkan bada dalam erti yang tersebut di atas itu kepada Allah
taala yang maha mengetahui, maka ini adalah perkara mustahil. Ini
kerana kalau demikian kita menisbahkan kepada Allah sifat jahil
kemudian timbul ilmu padaNya. Ini kerana Ilmu Allah adalah sifat
yang kadim dan abadi kekal bersama-sama dengan zatnya tidak
bercerai atau berpisah daripadaNya. Ini jelas daripada ayat Quran
yang sangat banyak itu. Antaranya ialah ayat ini:( )Ertinya: Dan
pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang
mengetahuinya melainkan Dia Sendiri; dan Ia mengetahui apa yang di
darat dan di laut; dan tiada sehelai daunpun yang gugur melainkan
Dia mengetahuinya; dan tidak jatuh sebutir bijipun dalam kegelapan
bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering melainkan
termaktub dalam Kitab Yang Nyata (yakni al-Lauh
al-Mahfuz).[42]Fahaman mereka tentang al-bada yang dinisbahkan
kepada Tuhan ini adalah berlawanan dengan akidah Ahlissunnah
wal-Jamaah yang berdasarkan kepada Quran, Sunnah dan ijma. Misalnya
dalam Al-Arbain fi Usul al-Din oleh Imam al-Ghazali rd yang memberi
huraian ringkas tentang sifat ilmu Tuhan dalam Ahlissunnah, katanya
: , , , , , , , , , , Ertinya : Dan Ia (Allah) mengetahui sekelian
maklumat, mengetahui secara meliputi semua yang berlaku dari
bahagian terkebawah dari semua bumi sampai ke langit-langit yang
tertinggi sekali, Tidak terlepas daripada IlmuNya satu zarah di
bumi dan di langit, bahkan (tidak terlepas daripada IlmuNya itu)
rangkak semua hitam atas batu yang pejal pada malam gelap pekat ,
(dan IlmuNya) mengetahui gerak atom di angkasa, dan Ia mengetahui
yang tersembunyi dan yang lebih tersembunyi lagi daripada itu, Ia
mengetahui bisikan hati kecil manusia, gerak fakir mereka,
perkara-perkara rahasia dalam batin makhluk, dengan Ilmu Yang Kadim
dan Azali, terus menerus Ia bersifat dengan sifat itu dari azal
segala azal lagi, bukannya dengan ilmu yang baharu datang yang
berpindah masuk ke dalam zatNya [43]Berkenaan dengan akidah al-Bada
ini kita boleh membaca riwayat Syiah dalam kitab Usul al-Kafi dalam
bab yang penuh berkenaan dengan al-bada di namakannya (bab
al-bada). Di dalamnya banyak riwayat-riwayat.Antara yang banyak itu
ialah yang bermaksud:Dari Zurarah bin Ayun dari seorang dari dua
(imam), katanya: Tidak ada sesuatu (yang paling utama sekali) yang
dengannya Tuhan disembah (oleh hambaNya) (yang sedemikian tinggi
nilainya) seperti al-bada (ertinya Allah tidak mengetahui sesuatu
kemudian bila terzahir baharulah Allah mengetahuinya).[44]Antara
riwayat dalam bab berkenaan dalam kitabnya ialah yang datang dari
al-Rayyan ibn al-Salt yang menyatakan bahawa ia mendengar daripada
al-Rida (Ali bin Musa, imam ke lapan Syiah) katanya: Allah tidak
mengutuskan nabi melainkan ia menyatakan arak itu haram, dan bahawa
ia juga mengakui tentang al-bada (dalam erti kalau keadaan baharu
timbul maka itu boleh menyebabkan berubah ketetapanNya ) bagi
Allah.[45]Antara riwayatnya juga ialah yang berikut: Al-Nawbakhti
meriwayatkan bahawa Jafar ibn Muhammad al-Baqir memutuskan bahawa
anaknya Ismail menjadi imam, dan mengisyaratkan yang demikian itu
masa hayatnya. Tetapi Ismail meninggal dunia, dan beliau sendiri
masih hidup. Maka beliau dilaporkan sebagai berkata: Sesuatu
berlaku dan itu menyebabkan Allah mengubahkan ketentuanNya, sama
juga seperti sesuatu perkara berlaku itu menyebabkan Allah
mengubahkan ketentuanNya tentang anak lelaki saya Ismail.[46]Antara
riwayat berkenaan dengan al-bada ini ialah: Dilaporkan bahawa
al-Kulaini meriwayat: dari Jafar, katanya: (Pada Hari Kiamat) Abd
al-Muttalib akan dibangkit sebagai suatu umat.Ia akan memakai
tanda-tanda kebesaran raja-raja dan alamat-alamat kemuliaan para
nabi. Ini kerana ia orang yang mula-mula memasyhurkan kenyataan
berkenaan dengan al-bada.[47]Apapun juga huraian dan alasannya
sifat al-bada bercanggah dengan sifat-sifat Allah yang diajarkan
dalam Quran, Sunnah dan ijma umat ini. Oleh itu ia mesti
ditolak.BAB KE VPEGANGAN SYIAH BERKENAAN AL-RAJAHSatu lagi akidah
besar Syiah ialah apa yang diistilahkan sebagai al-rajah; ertinya
sebelum daripada berdirinya kiamat semua makhluk dihidupkan semula
dan mereka menerima hukuman mereka; selepas daripada menerima
hukuman itu baharulah mereka mati dan kemudian berlaku
kiamat.Antaranya disebutkan dalam kitab Muntahal Amal karangan
Syaikh Abbas al-Qummi[48]bahawa dilaporkan yang Jafar Sadiq
berkata: Tidak termasuk ke dalam golongan kami orang yang tidak
beriman dengan rajah kami (yakni akidah rajah mereka) dan tidak
berpegang kepada halalnya nikah mutah.Diriwayatkan bahawa Muhammad
al-Baqir al-Majlisi menukilkan iaitu maksudnya: Diriwayatkan oleh
ibn Babuwaih dalam Ilal al-Sharai dari Imam Muhammad al-Baqir
alaihissalam, katanya: Bila Imam Mahdi timbul maka Siti Aisyah
(isteri Rasullah, ibu orang yang beriman) akan dihidupkan oleh
beliau dan akan dilakukan hukum had atasnya oleh imam itu.[49] Ini
timbul daripada tuduhan mereka yang siti Aisyah melakukan zina, la
haula wa la quwwata illa billahilaliyyil-azim.Dalam hubungan dengan
al-Rajah ini diriwayatkan dari Imam Muhammad al-Baqir alaihissalam,
dalam Tafsir al-Qummi dan Tafsir al-Iyashi maksud dalam ayat
al-akhirah al-rajah, dan erti al-rajah itu ialah bahawa Rasulullah
dan para imam Syiah dan golongan khusus dari orang-orang yang
beriman dan golongan khusus daripada orang-orang kafir sebelum
berdiri kiamat supaya terserlah dan tinggi kebaikan dan keimanan
dan dihukumkan kekufuran dan kemaksiatan.[50]Diriwayatkan oleh
Mulla Muhammad al-Baqir al-Majlisi dalam Haqqul Yaqin dengan
panjang dan sempurna riwayatnya tentang hal rajah ini.
Kesimpulannya ialah bahawa bila zahir al-Mahdi pada akhir zaman,
sebelum berdiri kiamat, maka ia akan membelah jidar pada makam
Rasulullah s.a.w. dan dikeluarkannya Abu Bakar dan Umar dari kubur
mereka berdua, kemudian akan mensalibkan mereka.[51]La haula wa
quwwata billahil-aliyyil-azim.Kemudian disebutkan tentang tindakan
Mahdi waktu rajah itu: Kemudian (Mahdi) akan menyuruh manusia
berhimpun, maka kekufuran dan kezaliman yang zahir semenjak dari
permulaan dunia sampai ke akhirnya, semua dosa-dosa itu akan
ditulis ke atas dua mereka (iaitu Abu Bakar dan Umar) dan juga yang
ditumpahkan daripada darah keluarga nabi Muhammad dalam mana-mana
zaman bahkan tiap-tiap darah yang ditumpahkan dengan tiada hak yang
sebenarnya, dan tiap-tiap jimak yang haram yang berlaku, dan
tiap-tiap harta riba atau harta haram yang dimakan, dan tiap-tiap
dosa dan kezaliman yang berlaku, sehingga zahirnya Mahdi, semuanya
itu akan dikirakan dalam amalan kedua orang itu (iaitu Abu Bakar
dan Umar).[52]Dalam satu lagi riwayatnya tentang akidah rekaan yang
paling berat ini ialah seperti berikut.[53]Dalam riwayat-riwayat
dari Jafar Sadiq: katanya bahawa Amir al-Muminin (yakni Ali rd)
alaihissalam kembali hidup bersama-sama anaknya Husain dalam rajah
itu, dan hidup kembali (sebelum kiamat itu) bersama-samanya Banu
Umayyah, Muawiyah dan keluarga Muaawiyah dan tiap-tiap orang yang
membunuhnya, maka ia akan mengazabkan mereka dengan membunuh dan
lain daripada itu.Dan Allah akan menghidupkan kembali (sebelum
kiamat) dari orang-orang Kufah seramai tiga puluh ribu orang dan
dari kalangan manusia lain tujuh puluh ribu orang.Demikianlah
seterusnya riwayat itu menyebut beberapa perkara rekaan yang sukar
difahami dengan akal yang sejahtera.Misalnya Muawiyah dan para
sahabatnya akan dihukum bun uh di tempat berperang dahulu di
Siffin; kemudian mereka dihidupkan dan dibunuh lagi diazabkan
bersama-sama dengan Firaun dengan azab yang seberat-beratnya;
kemudian berlaku rajah lagi bersama-sama dengan nabi s.a.w.
berserta dengan para anbia dan nabi s.a.w. menyerahkan benderanya
kepada Ali rd dan setiap nabi berada di bawah bendera ini.Demikian
seterusnya .[54]Jelas bahawa akidah rajah ini akidah yang tidak ada
dalam ajaran Islam. Maka akidah tambahan yang seperti ini membawa
kepada binasanya Islam seseorang itu; tambahan lagi pula dengan
perkara-perkara rekaan tentang para sahabat dihukum dan manusia
lainnya dihukum oleh Imam Mahdi itu.BAB KE VIPEGANGAN SYIAH
BERKENAAN DENGAN AL-TAQIYYAHAntara dasar-dasar ajaran Syiah ialah
taqiyyah iaitu sifat berpura-pura demi untuk menjaga kepentingan
mereka. Dalam Bahasa inggeris taqiyyah diterjemahkan sebagai
dissimulation, yang ertinya berpura-pura demi untuk sesuatu
muslihat. Mengikut ajaran ini maka seseorang itu menunjukkan
persetujuan walhal ia tidak bersetuju dengan sesuatu itu, kerana
hendak beramal dengan taqiyyah; ia menunjukkan sikap tidak
bersetuju dengan sesuatu walhal ia bersetuju sebenarnya, kerana
hendak beramal dengan taqiyyah untuk mendapat ganjaran
daripadanya.Dalam al-Usul Minal-Kafi[55]dinyatakan riwayat bahawa
Abu Abdillah berkata: Bertaqwalah kamu dalam agama kamu dan
lindungilah ia dengan taqiyyah, maka sesungguhnya tidak ada iman
bagi orang yang tidak mengamalkan taqiyyahDalam punca yang
sama[56]terdapat kenyataan dikatakan dari Abu Abdillah juga bahawa
dalam bubungan dengan ayat Quran yang bermaksud Tolaklah apa yang
buruk itu dengan kebaikan katanya apa yang baik itu ialah taqiyyah
dan kejahatan itu berkata benar dengan terang-terang
(al-idhaah).Dalam al-Usul Minal-Kafi[57]dilaporkan bahawa Abu
Abdillah berkata: Adalah bapaku alaihissalam berkata: Apakah
sesuatu yang lebih menyejukkan mataku daripada taqiyyah?
Sesungguhnya taqiyyah ialah perisai orang yang beriman (junnah
al-mumin).Dalam Tafsir al-Burhan[58]dilaporkan riwayat dari Jafar
bin Muhammad dari bapanya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak
ada iman bagi orang yang tidak ada taqiyyah, Allah berfirman
melainkan mereka menjaga diri daripada mereka kerana takut (sesuatu
bahaya daripada mereka).Dalam tafsir ini disebutkan bahawa ayat
Quran ini memberi rukhsah untuk seseorang menunjukkan yang zahir
padanya yang berlainan daripada yang batinnyataqiyyah orang mukmin
itu katanya ialah keringanan baginya beragama dengan agama orang
kafir, sembahyang dan puasa dengan agama itu, bila ia bertaqiyyah,
walhal pada batinnya ia beragama dengan agama Allah, yang berlainan
daripada yang demikian.[59]Ajaran berkenaan dengan taqiyyah ini
berlawanan dengan sifat Rasulullah s.a.w. yang diajarkan dalam
Ahlissunnah wal-Jamaah bahawa baginda itu bersifat dengan sifat
siddik dan amanah; kalau nabi s.a.w. pun beramal dengan taqiyyah
atau kepura-puraan maka tidak ada lagi sifat benar dan amanah; ini
bukannya ajaran Islam. Lagipun soal bertaqiyyah itu timbul bila
seseorang itu takutkan bahaya atas diri atau agamanya.Bagi nabi
s.a.w. apakah pula yang ditakutkan atas agamanya? Baginda dijamin
perlindungan dari bahaya umat manusia.Kalau orang mukmin
bertaqiyyah dalam erti berpura-pura, maka hilanglah daripadanya
agamanya.Kalau hendak ditanya: Apakah muslihat nabi s.a.w.
bertaqiyyah dengan Abu Bakar, Umar dan Uthman ? Apakah baginda
menjadikan mereka itu bapa mertuanya atau menantunya kerana
taqiyyah? Kalau demikian maka Rasulullah bertindak berlawanan
dengan apa yang diperintahkan oleh Allah supaya menyampaikan
agamanya sebagaimana yang diturunkan kepadanya.Amalan taqiyyah ini
menyebabkan runtuh agama seseorang, dan ia menyebarkan perasaan
tidak percaya mempercayai antara orang-orang yang beriman. Dan bila
kita mengetahui ajaran ini maka bila ada seseorang Syiah yang
sembahyang di belakang imam Ahlissunnah yang pada zahirnya
kelihatan baik dan menenangkan hati, sebenarnya itu boleh dipandang
sebagai taqiyyah untuk menguntungkannya! Dengan itu hubungan
manusia antara satu dengan lain terganggu dan rosak dengan ajaran
yang seperti ini.Memadailah untuk kita melihat dasar taqiyyah ini,
yang dikatakan oleh mereka amalan nabi s.a.w. dijauhkan Allah-
dengan kita mengingatkan bahawa dalam ajaran Ahlissunnah para nabi
mempunyai sifat-sifat sidik, benar, amanah, tabligh, dan fatanah.
Dan benar ertinya mereka tidak berbohong, dan amanah ertinya mereka
menjalankan tugas mereka dan berkira bicara dengan manusia dengan
jujur dan amanah tanpa pengkhianatan, dan tabligh ertinya mereka
menyampaikan kebenaran dengan sebenar-benarnya tanpa berselindung
atau berpura-pura.Dan mereka mempunyai sifat fatanah ertinya mereka
bijaksana dalam menyampaikan seruan mereka serta menegakkan
kebenaran tanpa teragak-agak dan berbelah bagi. Kalau demikian maka
mustahil ajaran taqiyyah itu menjadi amalan dan ajaran mereka.
Menisbahkan taqiyyah dalam erti berpura-pura itu adalah bercanggah
dengan akidah Ahlissunnah dan membawa seseorang yang mempunyai
pegangan demikian terkeluar daripada agama ini. Dijauhkan Allah.BAB
KE VIIPEGANGAN SYIAH BERKENAAN DENGAN KAHWIN MUTAHDalam hubungan
dengan kahwin mutah, ertinya kahwin sementara, terdapat beberapa
kenyataan dalam teks-teks Syiah.Antaranya ialah seperti
berikut:Diriwayatkan dalam kitab Man La Yahduruhul-Faqih[60]bahawa
Orang mukmin itu tidak sempurna imannya sehingga ia melakukan
mutah. Di sini disebutkan syarat sempurna iman ialah dengan
melakukan mutah.Amat sukar kita memahami bagaimana pemikiran
seperti ini muncul, walhal dalam Ahlissunnah wa al-Jamaah terdapat
ijma bahawa kahwin mutah adalah haram.Terdapat riwayat yang
dicatitkan dalam teks yang sama[61]bahawa Rasullah dikatakan
bersabda: Sesungguhnya Allah taala menghalalkan untuk kamu kemaluan
(wanita) dalam tiga pengertian: perkahwinan yang kekal (yang biasa
berlaku), kahwin yang tidak mendatangkan warisan iaitu mutah, dan
(kemaluan) hamba milik kamuDalam kitab Bihar
al-Anwar[62]diriwayatkan bahawa Jaafar al-Sadiq berkata :Tidak
termasuk golongan kami orang tidak beriman tentang rajah kami
(merujuk kepada kepercayaan tentang rajah) dan tidak menghalalkan
mutah kami (dalam ajaran Syiah). Dengan ini disebutkan kepercayaan
halalnya mutah sebagai syarat berada dalam ajaran Syiah.Dalam
tafsir Minhaj al-Sadiqin[63]dilaporkan pada sisi mereka bahawa
Rasulullah bersabda: Siapa yang bermutah sekali, maka darjahnya
seperti darjah saidina Husain, alaihissalam, dan siapa yang
bermutah dua kali, darjahnya seperti darjah saidina Hasan, dan
siapa bermutah sebanyak tiga kali maka darjahnya seperti darjah Ali
bin Abi Talib. Dan siapa bermutah sebanyak empat kali, darjahnya
seperti darjahku (iaitu darjah Rasulullah s.a.w.
sendiri).Dilaporkan dalam tafsir oleh al-Kashani juga[64]bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang keluar daripada dunia
walhal ia tidak melakukan mutah, maka ia orang yang
terpotong-potong anggotanya (ajda).Dalam tafsir yang sama terdapat
riwayat yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Dan
Jibril datang kepadaku dengan membawa hadiah dari Tuhanku, dan
hadiah itu ialah bermutah dengan wanita yang beriman walhal Allah
tidak pernah memberi hadiah ini kepada seorangpun dari anbia
sebelumkuKetahuilah bahawa mutah itu dikhaskan oleh Allah kepadaku
kerana kemuliaan darjahku atas sekelian anbia yang terdahulu. Maka
siapa yang bermutah sekali dalam hidupnya jadilah ia dalam kalangan
ahli syurgadan bila lelaki yang bermutah dan wanita mutahnya berada
dalam satu tempat maka turun atas mereka itu malaikat yang menjaga
mereka berdua sehingga mereka berpisah, dan kalaulah mereka berdua
bercakap-cakap antara satu dengan lain, maka percakapan mereka itu
adalah zikir dan tasbih, dan bila seorang daripadanya menmegang
tangan yang seorang lagi itu, maka gugurlah dosa dari jari-jari
keduanya , dan bila seorang mencium temannya maka dicatit dengan
setiap ciuman itu pahala haji dan umrah, dan dicatitkan hubungan
keduanya itu dengan tiap-tiap keinginan syahwat dan kelazatannya
pahala seperti bukit yang menjulang tinggiDemikian seterusnya
dengan maklumat-maklumat yang sukar dimengerti mengikut akal yang
sejahtera.Dan dalam kitab Khumaini sendiri di bawah al-nikah
al-munqati[65]bahawa nikah mutah boleh dilakukan walau dengan
isteri orang lain, hanya hukumnya makruh. Subhanallah.Dalam kitab
Biharf al-Anwar yang sama diberikan kenyataan tentang kahwin mutah
itu.[66](al-Hidayah): Adapun mutah itu dihalalkan oleh Rasulullah
s.a.w dan tidak diharamkan oleh baginda sehingga baginda wafat.
Bila seseorang lelaki hendak melakukan mutah dengan perempuan maka
hendaklah ia itu wanita yang beragama dan diamankan orangnya, maka
tidak harus ia bermutah dengan wanita penzina, atau yang tidak
diamankan. (Bila terdapat wanita yang wajar untuk mutah itu)
hendaklah ia berkahwin dengannya dengan berkata: Aku bermutah
dengan anda untuk diriku mengikut Kitab Allah dan sunnah nabinya
s.a.w. dengan nikah yang bukan kekejian dengan sekian sekian dirham
(sebagai maskawinnya) hari sekian sampai ke hari sekian; maka bila
sampai habis tempohnya berlaku perpisahan tanpa ada talak (lagi),
dan dikirakan iddahnya empat puluh lima hari, maka kalau wanita itu
datang membawa anak maka wajib lelaki itu menerimanya (sebagai
anaknya) dan tidak boleh ia mengingkarinya.Dalam buku Mengapa Kita
Menolak Syiah[67]terdapat hasil persidangan kebangsaan Indonesia
tentang Syiah dalam 21 September tahun 1997. Antara isinya ialah
menyanggahi konsep Quran dan Sunnah yang ada dalam ajaran Syiah,
termasuk juga nikah mutah yang mendatangkan bencana ke atas para
mahasiswi di pusat-pusat pengajian tinggi Indonesia. Persidangan
itu menolak ajaran Syiah dan mahu supaya Indonesis kekal dengan
ajaran Ahlissunnah wa al-Jamaahnya.BAB VIIISIKAP SYIAH TERHADAP
PIHAK BERKUASA NEGERI-NEGERI ISLAMSikap Syiah terhadap
kerajaan-kerajaan dalam negeri-negeri Islam perlu diberikan
perhatian yang serius. Ini kerana pada pandangan mereka-yang timbul
daripada akidah mereka tentang imam imam maksum mereka- bahawa
semua kerajaan semenjak kewafatan nabi s.a.w sampai sekarang
semuanya tidak sah.Yang sah hanya kerajaan Ali bin Abi Talib dan
kerajaan Syiah yang ada sekarang (misalnya sebagaimana yang kerap
disuarakan oleh Khumaini). Dengan itu maka orang Syiah tidak perlu
setia kepada mana-mana kerajaan yang sedemikian. Bahkan pada mereka
mesti diamalkan sikap yan disebut sebagai taqiyyah.Pada mereka
semua kerajaan dalam alam Islam diasaskan dengan kekerasan dan
kezaliman dan oleh itu ia tidak sah. Yang sah hanya kerajaan oleh
imam dua belas mereka, sama ada pemerintahan mereka itu berlaku
secara langsung atau tidak langsung.Adapun kerajaan-kerajaan lain
mulai yang dipimpin oleh Abu Bakar, Umar dan Uthman, dan seterusnya
adalah kerajaan-kerajaan yang muncul secara zalim dan dianggap para
penindas umat. Inilah sikap mereka terhadap semua kerajaan, tidak
kira bagaimana besarnya jasa pemimpin-pemimpin itu terhadap agama
Islam dan umat serta umat manusia.Sikap yang sedemikian juga yang
diambil oleh mereka dalam zaman Abbasiah kemudiannya bila kerajaan
Islam itu berhadapan dengan tentera Hulagu yang menyerang tamadun
Islam di bawah khalifah Islam itu. Sebagai contohnya Nasir al-Tusi
ahli falsafah dan sarjana Syiah itu menulis syair memuji khalifah
al-Mustasim; kemudiannya peribadi ini mengambil sikap yang
berlainan, menimbulkan penentangan terhadap khalifah yang
melindunginya, dengan itu mempercepatkan kebencanaan berlaku ke
atas Baghdad; di situ beliau memerhatikan sendiri penyembelihan
sedemikian ramai Muslimin oleh tentera itu.Al-Tusi yang sama inilah
juga yang membenarkan kitab-kitab dilemparkan ke dalam sungai yang
menyebabkan airnya menjadi hitam dengan dakwatnya; kitab-kitab yang
hilang itu ialah dalam bidang-bidang seperti sejarah, sastera,
termasuk kitab-kitab ilmu ilmu syariat. Ini merupakan kebencanaan
budaya tanpa taranya.KESIMPULANSebagai kesimpulannya kita boleh
perhatikan bahawa golongan Syiah bercanggah dengan Ahlissunnah
dalam perkara-perkara pokok dan bukannya perkara-perkara cawangan.
Biasa kita mendengar kenyataan bahawa golongan-golongan Islam itu
semuanya sama dalam perkara-perkara pokok mereka hanya berlainan
dalam perkara-perkara cawangan. Sebagaimana yang boleh diperhatikan
dalam bab-bab di atas bahawa sebenarnya perbezaan berlaku dalam
perkara-perkara yang paling pokok dalam agama dan bukan hanya
perkara-percara cawangan.Golongan Syiah memanggil Abu Bakar dan
Umar sebagai al-jibt wa at-taghut, sampai sekarang dan ini tidak
berubah. Mereka tidak menerima golongan yang bukan Syiah walaupun
orang-orang dalam kalangan keluarga nabi s.a.w. Mereka menuduh para
Sahabat merosakkan Quran dengan mengurangkan isinya sampai yang
baki hanya sepertiga daripada asalnya; dan mereka menyatakan bahawa
mereka mempunyai Sahifah Fatimah, berlainan daripada Mushaf Uthman
yang ada pada Muslimin di seluruh dunia itu. Ini bukannya perkara
furu. Mereka mahu kita menolak walaupun isteri nabi s.a.w. seperti
Aisyah dan Hafsah; mereka menyuruh kita menolak menantu Rasulullah
seperti Umar dan Uthman, serta menolak sahabat dan mertua baginda
iaitu Abu Bakar. Mereka menyuruh kita percaya kepada Imam Mahdi
mereka Muhammad bin Hasan al-Askari walhal itu peribadi khayalan
yang tidak pernah ada dalam sejarah. Lebih berat lagi ialah konsep
mereka tentang rajah dan kahwin mutah yang boleh
memporak-perandakan keluarga dan masyarakat. Muslimin wajib
mengelak diri daripada pegangan dan amalan seperti ini; dan kalau
sesiapa yang tersilap berpegang kepadanya kerana terpengaruh dengan
propaganda pihak mereka wajib ia kembali kepada Islam sebenarnya
dan bertaubat daripada kebencanaan fahaman yang tersasul jauh itu.
Bagi pemerintah mesti ini difahami dan golongan ini mesti
diwaspadai sebab dalam sejarah Islam sudah beberapa kali berlaku
pengkhianatan daalam kalangan mereka terhadap pemerintah yang
berfahaman Ahlissunnah wa al-Jamaah. Wallahu
alam.https://blogtraditionalislam.wordpress.com/2012/08/07/ajaran-syiah-dan-bahayanya-kepada-umat-islam/