Sekarang kalo sebut Air Asia semua orang tau. Lagi plak dengan slogannya Now Everyone Can Fly. Sebelum ni pun pernah buat entry pasal Air Asia jugak. Kalo sebut Air Asia mesti yang terlintas selalunya promosi tiket murah, LCCT kat Sepang tu, Tony Fernandes. Air Asia tu Tony Fernades, Tony Fernandes tu Air Asia memang tak dapat dipisahkan. Dari bidang muzik (dulu Tony bos Warner Music) boleh beralih ke bidang airline. Tapi kita tau tak macam mana sejarah Air Asia tu boleh bermula dan macam mana Tony Fernandes bangunkan Air Asia. Tadi ada terjumpa satu interview dengan Tony Fernandes kat website Agenda Daily. Semua perkara dari start dia ambil alih sehingga da berjaya sekarang ada diceritakan dalam interview tu. Dari interview tu banyak benda yang dapat tau. Antaranya : 1) Dulu Air Asia sebenarnya anak syarikat kepada DRB Hicom. 2) Tony Fernandes n the geng (Datuk Kamarudin Meranun, Datuk Aziz Bakar dan Datuk Pahamin Ab. Rajab) melalui syarikat dia orang Tune Air Sdn. Bhd ambil alih Air Asia dari DRB Hicom dengan harga RM1. Tapi time beli tu Air Asia ada hutang RM40juta, cuma ada 2 kapal terbang dan staf 254 orang. 3) Ramai kata AK tu maksudnya Ananda Krishnan tapi sebenarnya bukan. AK tu kod yang digunakan untuk kapal terbang Air Asia sejak dari DRB Hicom lagi. Contohnya kalo MAS guna kod MH. 4) Mula ambil alih 8 September 2001. 5) Laluan pertama yang dapat ke Langkawi.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Sekarang kalo sebut Air Asia semua orang tau. Lagi plak dengan slogannya Now Everyone Can Fly. Sebelum ni pun pernah buat entry pasal Air Asia jugak. Kalo sebut Air Asia mesti yang terlintas selalunya promosi tiket murah, LCCT kat Sepang tu, Tony Fernandes. Air Asia tu Tony Fernades, Tony Fernandes tu Air Asia memang tak dapat dipisahkan. Dari bidang muzik (dulu Tony bos Warner Music) boleh beralih ke bidang airline. Tapi kita tau tak macam mana sejarah Air Asia tu boleh bermula dan macam mana Tony Fernandes bangunkan Air Asia.
Tadi ada terjumpa satu interview dengan Tony Fernandes kat website Agenda Daily. Semua perkara dari start dia ambil alih sehingga da berjaya sekarang ada diceritakan dalam interview tu.
Dari interview tu banyak benda yang dapat tau. Antaranya :1) Dulu Air Asia sebenarnya anak syarikat kepada DRB Hicom.2) Tony Fernandes n the geng (Datuk Kamarudin Meranun, Datuk Aziz Bakar
dan Datuk Pahamin Ab. Rajab) melalui syarikat dia orang Tune Air Sdn. Bhd ambil alih Air Asia dari DRB Hicom dengan harga RM1. Tapi time beli tu Air Asia ada hutang RM40juta, cuma ada 2 kapal terbang dan staf 254 orang.
3) Ramai kata AK tu maksudnya Ananda Krishnan tapi sebenarnya bukan. AK tu kod yang digunakan untuk kapal terbang Air Asia sejak dari DRB Hicom lagi. Contohnya kalo MAS guna kod MH.
4) Mula ambil alih 8 September 2001. 5) Laluan pertama yang dapat ke Langkawi.
CELCOM Axiata Berhad (Celcom) akan menambah serta menggandakan pelbagai program galakan untuk rakan niaganya di Wilayah Utara sekali gus mencapai satu tahap sokongan kepada syarikat telekomunikasi itu.
Pengarah Jualan Strategi dan Perancangan Jualan Celcom, Azlan Ismail berkata, usaha itu dilihat sebagai satu titik mula dalam merangka pelbagai strategi pemasaran dan promosi sekali gus dapat menarik lebih ramai pelanggan.
Menurutnya, perancangan itu juga dilihat satu platform yang amat positif apabila lebih 4,000 pengedar sah Celcom di Wilayah Utara mampu menikmati segala peluang dan ruang perniagaan yang amat menguntungkan kedua-dua pihak.
“Dengan adanya penawaran pakej yang menarik selain saranan kerajaan menggalakkan rakyat untuk merentas era teknologi digital dan informasi terkini, Celcom tidak terkecuali apabila turut memperkenalkan pakej jalur lebar dan telefon pintar terkininya.
“Inilah langkah yang sentiasa dititikberatkan agar semua pengedar mampu menjana pendapatan dan keuntungan,” katanya.
Azlan berkata ketika ditemui di Malam Penghargaan dan Meraikan Rakan Niaga Celcom Wilayah Utara 2011, kelmarin.
Wilayah telefon bimbit pintar CelcomOleh NAZRUL AZIM [email protected] WAHIDAH ZAINAL
BERMATLAMAT mewujudkan 'wilayah' telefon bimbit pintar untuk para pelanggannya, operator perkhidmatan telekomunikasi mobiliti, Celcom Axiata Berhad (Celcom) telah mengambil inisiatif mempertingkatkan perkhidmatannya ke peringkat optimum.
Pelaksanaannya merangkumi tawaran rangkaian liputan tanpa batasan, penambahbaikan kandungan personal, peningkatan kapasiti pelayaran Internet, suara berdefinisi tinggi (HD) dan juga pakej harga eksklusif.
Pakej langganan perniagaan istimewa daripada Celcom merupakan antara kelebihan yang ditawarkan celcom kepada
pemilik Iphone 4.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Datuk Seri Shazalli Ramly, tawaran perkhidmatan itu bakal memenuhi keperluan operasi sofistikated pada kebanyakan telefon bimbit pintar.
''Kami di Celcom berbangga dapat membawa rangkaian servis telekomunikasi ini ke peringkat terbaik seiring peningkatan jumlah pengguna telefon bimbit pintar di Malaysia.
''Celcom telah menerajui pelbagai segmen dalam pasaran telekomunikasi negara. Justeru, menerusi fokus strategi ini, kami yakin dapat mendominasi ekosistem telefon bimbit pintar di negara ini,'' katanya pada pelancaran Wilayah Telefon Bimbit Pintar Celcom di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sebagai usaha menuju ke arah pembangunan 'wilayah' itu, Celcom telah menjalankan pelbagai aktiviti pembangunan infrastruktur dalam jangka masa 12 tahun lepas.
Ia termasuk operasi menaik taraf pencawang 3.5G yang mampu menyokong kelajuan data sehingga 14.4 megabit sesaat (Mbps) serta bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi Ericsson dan Huawei untuk menggantikan infrastruktur 2G kepada 3G di seluruh negara.
Di samping itu, Celcom turut menjalankan projek pemodenan menerusi usahasama bersama beberapa syarikat seperti Nokia Siemens Network, Telekom Malaysia Berhad, DiGi, Celcom Timur (Sabah) dan Sacofa Sdn. Bhd.
Tidak cukup dengan itu, Celcom bersama-sama syarikat Motricity bakal membina dan menguruskan portal serta 'pusat membeli belah' maya yang lebih mesra alam untuk kelancaran operasi pelbagai peranti dan servis.
Melengkapkan servis itu, syarikat berkenaan baru-baru ini memperkenalkan pelan langganan perniagaan istimewa untuk telefon bimbit pintar iPhone 4.
Pada majlis sama, Pengarah Pemasaran Celcom Axiata Berhad, Zalman Aefendy Zainal Abidin telah memberi penerangan mengenai keistimewaan pakej iPhone4 daripada Celcom.
''Pengguna iPhone4 yang melanggan pakej Celcom akan dapat menikmati pengalaman komunikasi terbaik daripada segi suara, e-mel, pelayaran Internet, video dan juga mesej.
''Pengguna juga boleh berbual tanpa henti dengan sesiapa sahaja menerusi perkhidmatan panggilan Internet.
''Kelebihan lainnya, pakej ini menawarkan akses data pelayaran Internet sehingga enam gigabit (GB), 600 khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mana-mana operator serta lanjutan jaminan dan insurans sehingga 24 bulan,'' katanya.
Tawaran eksklusif iPhone 4 itu boleh diperolehi pada harga RM248 untuk model 16GB dan RM538 untuk 32GB bagi kontrak selama 24 bulan dan langganan Celcom Bix P248.
Maxis merupakan pengendali perkhidmatan telefon bimbit yang terbesar di Malaysia, iaitu lebih besar
daripada syarikat Celcom dan DiGi. Syarikat ini mempunyai 8 juta pelanggan pada tahun 2006. Maxis
mengendalikan talian 012, 017 dan 0142.
Isi kandungan
[sorokkan]
1 Produk dan perkhidmatan
2 Sejarah Maxis
3 Maxis 3G
4 Pautan luar
5 Lihat juga
Produk dan perkhidmatan[sunting]
Maxis menawarkan pelbagai keluaran dan perkhidmatan telekomunikasi kepada penduduk Malaysia,
seperti pelan panggilan prabayar (Hotlink), pelan langganan bulanan, perantauan
global, MMS, WAP (dalam sistem GSM dan GPRS), perkhidmatan talian tetap perumahan, Internet jalur
lebar, dan sperti pada awal 2005, perkhidmatan 3G bagi pelanggan prabayar dan pascabayar.
Bagi pelanggan perniagaan, Maxis menawarkan perkhidmatan VSAT (komunikasi berasaskan satelit)
and perkhidmatan mobil berasaskan BlackBerryselain perkhidmatan biasa. Maxis juga menyediakan
kedai muzik atas talian bagi semua pelanggannya untuk memuat turun kandungan multimedia.
Perkhidmatan paling popular yang ditawarkan Maxis ialah jenama prabayar Hotlink yang kini dilanggan
oleh 6.3 juta orang di Malaysia. Selain tiu mereka juga menawarkan perkhidmatan IDD 132, yang
menawarkan panggilan berdiskaun ke talian tetap di negara-negara terpilih pada kadar 20 sen seminit,
iaitu pada masa tertentu bagi kebanyakan pelanggan, lebih murah berbanding panggilan tempatan.
Maxis kini terlibat dalam perang harga dengan pesaingnya (Celcom dan DiGi) dalam pasaran SIM
prabayar yang menyebabkan pek permulaan Hotlinknya menjunam sehingga RM6.
Terdapat ramai selebriti yang menjadi "jurucakap" Maxis, seperti Siti Nurhaliza, bintang-bintang Akademi
Fantasia dan ramai lagi.
Sejarah Maxis[sunting]
Binariang Sdn Bhd, yang memiliki Maxis Mobile (GSM 900) dan juga MEASAT I, II dan III (bahasa
Inggeris: Malaysia East Asia Satellite) merupakan salah sebuah pembekal perkhidmatan rangkaian
penuh. Setakat ini, MEASAT digunakan terutamanya untuk membekalkan perkhidmatan penyiaran DTH
di bawah perkhidmatan Penyiaran Astro Measat, anak syarikatnya. Ia juga bercadang untuk menawarkan
perkhidmatan telekomunikasi kepada rantau Asia, terutamanya negara-negara yang masih belum
memiliki satelit.
Binariang telahpun secara agresifnya membina infrastruktur telekomunikasi di kawasan penempatan baru
dan kompleks perniagaan. Pendekatan ini dijangka akan dapat membuka pasaran telekomunikasi di
kawasan penempatan baru serta zon perniagaan. Namun demikian Binariang telahpun mengalami krisis
kewangan yang teruk.
Kebelakangan ini, dalam percubaan syarikat tersebut untuk memfokuskan halatuju perniagaannya
kepada perkhidmatan bimbit yang lebih lumayan, Binariang telah membuat keputusan
untukmemberhentikan sebanyak 400 pekerjanya daripada Astro dan 300 lagi daripada bahagian
rangkaian perkhidmatan tetap.
Pemiliknya, Ananda Krishnan, memegang 22% saham, manakala majoriti saham dimiliki oleh Usaha
Teguh, sebuah syarikat yang dimiliki bersama Ananda Krishnan dan Tabung Amanah Tun Fuad
Stephens.
Binariang mendapat perhatian luas apabila terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa ia akan
dibeli dan dimiliki oleh syarikat asing. SingTel dipercayai telah memperolehi baki 61% saham, iaitu
sebanyak RM1.4 bilion yang dibenarkan untuk pelabur asing. Sebaliknya, apa yang telah berlaku
adalah British Telecom (BT) membayar sebanyak RM1.8 bilion untuk memperolehi hanya satu
pertiga ekuiti syarikat Binariang.
Kini Binariang Sdn. Bhd. dikenali sebagai Maxis Communications Berhad yg diterajui oleh Dato'
Jamaludin Ibrahim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Edward Ying sebagai Ketua Pegawai
Operasi (COO).Ibu pejabatnya terletak di Menara Maxis, bersebelahan dengan Menara KLCC.
Pada 2002, Maxis telah mengambil alih Timecel seterusnya menggunakan talian 017.
Maxis 3G[sunting]
Maxis merasmikan perkhidmatan 3Gnya pada 1 Julai 2005 (perkhidmatan kad data 3G dilancarkan
secara kecilan pada bulan Februari 2005). Perkhidmatan 3G ini terdapat dalam kawasan-kawasan terpilih
dalam negara sahaja. Kawasan-kawasan liputan utama termasuk:
Lembah Klang (merangkumi Kuala Lumpur dan sebahagian besar Selangor) - pelancaran asal pada
Julai 2005
Pualu Pinang - Dec 2005
Johor Bahru - Jan 2006
Kuantan - Sept 2006
Maxis kelihatan sedang mengambil strategi "liputan tebal" bagi 3G. Ini bererti perkhidmatan 3G ini hanya
dilaksanakan dalam kawasan-kawasan di mana aliran data amat berat, atau kawasan-kawasan yang
mempunyai kepentingan strategik (contohnya, Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan). Kawasan-
kawasan lain dalam negara pula di bawah perkhidmatan 2.5G (GPRS; liputan seluruh negara) yang
sedang dinaik taraf secara progresif ke 2.75G (EDGE atau E-GPRS).
Ciri-ciri utama Maxis 3G termasuk:
Panggilan video dan mel video
Khidmat pengaliran video packet-switched (termasuk saluran siaran langsung, video-on-demand dan
muat turun klip video)
Pantauan lalulintas (Maxis mengaku mempunyai 50 buah kamera video yang dipasang sekitar
Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru)
Muat turun lagu penuh
Kad data 3G
Pada bulan september 2006, Maxis melancarkan 3.5G (HSDPA) sebagai sebahagian perkhidmatan
"modem jalur lebar tanpa wayar" yang disasarkan kepada pengguna "pasaran massa/rumah" (dan
bukannya pengguna perniagaan). Maxis sedang menaik taraf keseluruhan rangkaian 3G kepada 3.5G
secara berperingkat. Seperti pada bulan Disemnber 2006, seluruh Pulau Pinang, dan sebahagian
Lembah Klang, Johor Bahru dan Kuantan sudah diliputi kemudahan 3.5G.
Untung bersih Maxis RM1 billionKUALA LUMPUR 25 Ogos - Maxis Bhd. mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM1.092 bilion bagi separuh pertama tahun kewangan 2011 berbanding RM1.084 bilion untuk tempoh yang sama tahun sebelumnya, naik 0.7 peratus.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sandip Das berkata, strategi pemasaran yang digunakan Maxis iaitu bukan sahaja menumpukan kepada aspek perang harga, sebaliknya memberi perhatian kepada perkhidmatan berkualiti telah membuahkan hasil.
"Aspek harga masih menjadi perkara utama kepada pelanggan namun mereka kini lebih bijak memilih kerana apa gunanya jika harga murah tetapi perkhidmatan yang diberikan tidak memuaskan hati, " katanya pada sidang akhbar mengumumkan keputusan kewangan syarikat tersebut di sini hari ini.
Jelas Sandip, prestasi kewangan syarikat penyedia telekomunikasi itu perlu dilihat daripada segi pasaran yang sangat kompetitif ketika ini di mana perolehan dari segmen suara semakin matang manakala persaingan segmen Internet pula semakin sengit.
Ini ditambah dengan iklim ekonomi semasa yang meminta semua pihak lebih berhati-hati.
Tambah Sandip, Maxis akan terus mengukuhkan asas perniagaannya menerusi perluasan rangkaian di samping menawarkan pelbagai peranti pintar yang berkualiti tinggi kepada pelanggan.
"Kami akan terus mengekalkan posisi sebagai peneraju pasaran di samping meneruskan tumpuan kepada perkhidmatan data dan jalur lebar berkelajuan tinggi," katanya.
Perolehan bukan suara Maxis melonjak 20 peratus kepada RM1.742 bilion bagi enam bulan pertama tahun ini berbanding RM1.451 bilon bagi tempoh sama tahun lalu.
Ia disumbang oleh pertumbuhan Internet dan perkhidmatan data dengan menjana 58 peratus perolehan bukan suara.
Menurut Sandip, pada akhir Jun lalu, Maxis mempunyai 7.7 juta pengguna Internet.
Perolehan jalur lebar tanpa wayar juga berkembang 72 peratus kepada RM236 juta pada separuh pertama tahun ini berbanding RM137 juta yang dicatatnya tempoh sama tahun lalu, disokong oleh pertumbuhan langganan sebanyak 40 peratus.
Bagi suku kedua tahun ini, Maxis mencatat keuntungan bersih sebanyak RM522 juta berbanding RM540 juta suku sebelumnya.
Hj Samuri & Anak-anak Enterprise Sdn Bhd adalah sebuah syarikat perkongsian yang
didaftarkan pada tahun 2000. Syarikat yang mulanya beroperasi dengan menjual sate
secara kecil-kecilan sejak tahun 1992, kini telah berkembang menjadi sebuah syarikat
korporat yang boleh dikategorikan sebagai peneraju dalam bidang perniagaan sate secara
komersial. Kini Sate Kajang Hj Samuri mempunyai 20 buah rantaian cawangan yang
beroperasi sekitar Kajang, Lembah Klang, Putrajaya dan beberapa cawangan di Negeri
Sembilan. Sate Kajang Hj Samuri juga merupakan pembekal sate utama kepada beberapa
rangkaian hotel dan kafe terkemuka di Kuala Lumpur.
Selain mempunyai pekerja lebih dari 500 orang pekerja, GMP (Good Manufacturing Practice)
ataupun Amalan Pengilangan Baik dan pensijilan Halal akan menjanjikan pasaran yang lebih
meluas melangkaui sempadan antarabangsa. Dengan perancangan yang teliti dan
peningkatan prestasi yang berterusan, syarikat ini sedang mengorak langkah untuk
memperluaskan lagi empayar perniagaannya.
Pengiktirafan yang diterima dari pihak kerajaan mahupun badan swasta telah menjadi
sumber inspirasi kepada syarikat ini untuk terus maju. Selain itu, keprihatinan syarikat
dalam memperkenalkan sate yang sinonim makanan tradisional masyarakat Malaysia ke
serata dunia juga menjadi peransang untuk menjadi lebih berdaya saing dalam menempuh
dunia perniagaan yang semakin mencabar.
Misi
Menjadi Peneraju Makanan Tradisional Melayu Malaysia di Mata Dunia.
Visi
Di Sate Kajang Hj. Samuri, kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. Keperluan
pelanggan menjadi inspirasi kami. Kualiti Produk, perkhidmatan, kepakaran, kemahiran dan
kakitangan yang berdedikasi memainkan peranan penting dalam menjadikan kami peneraju
utama dan antara yang terbaik dalam industri makanan.
Sate Kajang Hj. Samuri merupakan simbol “Untuk Rasa Sate Kajang Yang Sebenar”.
Ianya bukan sekadar RASA sebaliknya melambangkan profesionalisme dalam
memperkenalkan Makanan Tradisional Melayu Malaysia ke mata dunia….
sate kajang hj samuri
Name kedai ni mmg tak asing lagi bg penggemar sate...aku pun tak tau lah sejak bile kedai ini diwujudkan tapi kelazatan sate di kedai ni...muah...sedap...tapi yang kat lajang jelah...yang franchais kat tmpt lain...ermm....tak sedap sgt la...
Kedai ni sgt senang untuk dicari...sbb berdekatan degn stadium kajang..so kalau kita ni dari kl....just ambil lebuhraya cheras kajang...then exit kat kajang....kena lah lalu tol 3 kali...total RM3.40( jalan yang saya syorkan ini lagi mudah daripada guna highway plus)..turun kajang akan nampak signboard MEDAN SATE...so kat sini pun dah bleh nampak kedai sate hj samuri ni...BESAR...ade 2 tingkat.. dan nampak cantik..
Keunikan kedai ini bukan hanya pada sate yang sedap tetapi dekorasi dan strategi pemasaran mmg unik..nak masuk kedai ni..parking pun kena bayar RM 1...then sekitar tempat parking ade jugak booth / gerai yang dibuka untuk pelanggan yang datang...dekorasi kedai ini juga sgt unik...ade diterapkan unsur tradisional dan moden..
Servis pun bagus..cepat...yelah sate je kan...ape yang menarik bagi sate disini adalah kuahnya (ini pendapat sayalah)..kuahnya manis dan kacangnye lembut..jarang dapat makan kuah sate, kacang nye lembut.. Selalunye keras..mmg unik...rase tak cukup kuah 1 mangkuk.. Harga pun berpatutan...Cume agak terkilan sbb tak oder pulak sate lain..saya just oder sate ayam je...sdgkan ade sate ikan, arnab, rusa...tak apelah...lain kali je kot...
Anda pasti pernah dengar produk kurma berjenama Yusuf Taiyoob bukan? Ingin tahu sejarah kehidupan pemilik produk ini sehingga beliau mampu bergelar datuk? Usahawan Melayu Islam yang sangat sinonim dengan produk kurma nya ini bernama Datuk Yusuf Taiyoob, 47, yang memiliki empayar perniagaan sendiri bernama Yusuf Taiyoob Sdn Bhd.
Yusuf Taiyoob Sdn Bhd
Yusuf Taiyoob Sdn Bhd
Kesungguhan beliau untuk berjaya dalam bidang perniagaan sememangnya tidak dapat dinafikan. Zaman remaja beliau sudah bermandikan cabaran demi cabaran dalam dunia perniagaan. Bermula dengan penjualan minyak wangi di Lapangan Terbang Bayan Lepas, yang diadun sendiri oleh beliau ketika berumur 19 tahun, penerimaan pada peringkat awal adalah sangat memberangsangkan. Sehinggalah pada satu ketika, beliau jatuh sakit (muntah darah akibat pendarahan dalaman yang serius) akibat tekanan yang dihadapi dek kerana penjualan yang merudum teruk.
Memang tidak dapat dinafikan, dugaan yang beliau hadapi, memberi kesan terhadap usahanya menjadi seorang usahawan berjaya. Namun, beliau nekad untuk menukar bentuk perniagaan yang lain dengan mengimport makanan termasuk kurma secara kecil-kecilan.
Lama-kelamaan, usahanya berhasil apabila perniagaannya berkembang maju dan produk keluarannya semakin popular termasuk di Singapura, Indonesia dan Thailand. Kini, beliau sudah pun memiliki lebih 1,000 pengedar di negara ini tidak termasuk di luar negara dan hampir 50 kakitangan di pejabatnya. Bilangan pekerja itu tidak termasuk pekerja di tiga gudang di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Begitulah serba ringkas kisah seorang usahawan tempatan, Datuk Yusuf Taiyoob. Bukan senang nak senang. Tiada jalan pintas untuk kecapi kebahagiaan. Bermacam-macam dugaan yang TUHAN berikan. Namun, berkat, usaha dan keyakinan terhadap kekuasaan ALLAH s.w.t, beliau mampu membuka fenomena baru dalam perusahaan kurma di negara kita.
Semoga kisah Datuk Yusuf Taiyoob ini dapat memberikan anda semangat untuk sentiasa sukses dalam kehidupan anda. Saya juga masih lagi mencari-cari jalan ke arah kebahagiaan dan kesenangan hidup di dunia mahupun di akhirat.
Siapa tak kenal, kurma yang paling popular di Malaysia.. berjenama Yusuf Taiyoob, iaitu bersempena dengan nama big big boss nya sendiri iaitu Datuk Yusuf Taiyoob. Hari-hari asyik dengar iklan Yusuf Taiyoob di radio dan TV.. Kalau akhbar tu xpayah cakap la.. siap full page lagi tu..
Yang menarik, kompleks kilangnya terletak di lokasi strategik iaitu bersebelahan Lebuh Raya Utara Selatan, sekali gus ribuan pemandu tidak akan terlepas pandang melihat bangunan berwarna coklat cair itu dengan nama Yusuf Taiyoob terpampang besar di satu sudut.
Nama Yusuf Taiyoob memang tidak asing lagi di negara ini kerana sering dikaitkan dengan kurma, apatah lagi jika disebut nama seperti Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta.
Oleh itu tidak keterlaluan beliau layak digelar ‘Raja Kurma Malaysia’, malah anak sulung daripada empat beradik itu turut mengakui Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, pernah memanggilnya dengan gelaran ‘Datuk Kurma’.
“INI adalah pencapaian saya selepas 30 tahun bergelumang dalam perniagaan, apatah lagi saya bermula dari zero (kosong),” kata Datuk Yusuf Taiyoob secara ringkas sebaik saja beliau mempelawa wartawan dan jurugambar Metro Ahad memasuki ruang pejabat barunya di kawasan perindustrian Bukit Minyak, Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang.
Yang menarik, kompleks kilangnya terletak di lokasi strategik iaitu bersebelahan Lebuh Raya Utara Selatan, sekali gus ribuan pemandu tidak akan terlepas pandang melihat bangunan berwarna coklat cair itu dengan nama Yusuf Taiyoob terpampang besar di satu sudut.
Nama Yusuf Taiyoob memang tidak asing lagi di negara ini kerana sering dikaitkan dengan kurma, apatah lagi jika disebut nama seperti Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta.
Oleh itu tidak keterlaluan beliau layak digelar ‘Raja Kurma Malaysia’, malah anak sulung daripada empat beradik itu turut mengakui Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, pernah memanggilnya dengan gelaran ‘Datuk Kurma’.
Kini syarikat miliknya, Yusuf Taiyoob Sdn Bhd (Yusuf Taiyoob) menjadi pembekal terbesar pelbagai jenis kurma dan produk mentah makanan kering serta basah dari luar negara untuk pasaran di Malaysia dengan kira-kira 3,000 rangkaian pengedar di seluruh negara.
Prinsip utama dalam hidup Yusuf ialah beliau tidak suka bekerja dengan orang lain atau bergelar pekerja tetapi lebih suka menjadi bos biarpun terpaksa melalui pelbagai kesukaran dan pengalaman pahit.
“Saya menghadapi banyak kesukaran dalam perniagaan pertama saya iaitu menjual minyak wangi. Pada masa itu saya berumur 21 tahun dan ada pihak langsung tidak memandang saya, tetapi saya bersyukur mendapat bantuan keluarga.
“Itu menyedarkan saya, apabila anda tiada kepentingan atau daripada syarikat kecil, orang tidak akan pandang langsung, malah anda akan ditendang ke sana ke sini,” kata bapa kepada tiga anak itu.
Yusuf yang masih kelihatan muda dan bertenaga meskipun usia mencecah 50 tahun berkata, selepas gagal dalam perniagaan minyak wangi, beliau mencuba pelbagai perniagaan lain, termasuk mengedar produk bunga safron, biji gajus, makanan kering dan rempah.
Beliau kemudian mencari bentuk perniagaan baru, walaupun menyedari kesulitan bakal dihadapi hinggalah terfikir untuk menjadi pembekal kurma di negara ini.
Walaupun menyedari wujud persaingan pada waktu memulakan perniagaan kurma pada 1990, beliau percaya sudah ada pelanggan tetap, selain harga berpatutan dengan jaminan produk berkualiti.
Yang penting, menurut Yusuf, seseorang perlu tahu tahap mana kemampuan mereka untuk bersaing dalam perniagaan yang penuh cabaran dan berliku-liku meskipun sedar kadangkala pesaing sanggup membuat apa saja dalam perniagaan mereka.
“Selain itu kita perlu bersyukur dengan rezeki diberikan Allah dan jangan cepat lupa diri,” katanya yang sentiasa merancang bentuk jenis iklan yang mahu disiarkan setiap kali menjelang Ramadan.
Dalam usaha memastikan semua produk edarannya dijamin berkualiti dan segar, beliau membelanjakan kira-kira RM5 juta untuk menggunakan teknologi terkini dalam mengendalikan stor simpanan sejuk bekunya.
Teknologi yang diimport dari Amerika Syarikat itu membolehkan sebarang kebocoran gas amonia dapat dikesan lebih awal. Sistem itu mampu memberi amaran awal secara automatik jika berlaku kebocoran.
Ketika ini kompleks itu memiliki enam stor simpanan sejuk yang mampu memuatkan kira-kira 7,000 tan barangan satu-satu masa dan dua stor simpanan kering untuk kira-kira 3,000 tan barangan.
Syarikat itu ketika ini mengimport antara 200 hingga 300 pelbagai jenis makanan daripada buah kurma, minyak zaitun, kacang dhal hingga kepada rempah ratus dari kira-kira 30 negara, antaranya AmerikaSyarikat, Iran, Dubai, Afrika Utara dan Arab Saudi.
Bagi memastikan stok kurma mampu memenuhi permintaan pasaran, Yusuf memesan dan menyimpan stok berkenaan tiga bulan lebih awal dan sebaik saja musim perayaan tamat, beliau mula memesan stok untuk menyambut Ramadan tahun depan.
Menceritakan sejarah awal pembabitannya dalam perniagaan kurma, beliau pernah berdepan cabaran pertama apabila dua kontena (40 tan) kurma yang diimport dari Iran tidak berapa elok, namun beliau tidak panik.
Ini menyebabkan Yusuf pergi ke Iran untuk menemui pengeluar kurma supaya tidak menghadapi masalah sama pada masa akan datang.
“Keadaan berubah apabila saya mempunyai lebih pengalaman berbanding pada awal pembabitan. Dulu, disebabkan percayakan pengeluar dan pembekal dari sana (Iran), akhirnya saya terkena,” katanya.
Beliau berkata, syarikatnya mengambil masa antara 10 hingga 12 tahun untuk dikenali sebagai pembekal kurma di
negara ini, selain kurma edarannya turut menembusi pasaran di Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei.
Pada masa ini syarikatnya mengedar lebih 10 jenis kurma seperti Rotab Bam, Safia, Mariami, Safina, Ajwa, Jewel, Ajmal dan Anbara yang dijual pada harga berpatutan.
Kurma mempunyai tiga peringkat iaitu khalal (kurma muda), rotab (kurma madu) dan thamar (kurma kering) diperolehi dari Tunisia, Oman, Iran, Afrika Selatan, Arab Saudi, Mesir dan Jordan.
“Dalam menjual kurma, kita perlu membuat penjenamaan dan teknik pembungkusan yang elok. Apabila ada jenama, orang mudah kenal produk sebelum membelinya, malah saya menitikberatkan aspek kualiti kerana keutamaan kami ialah kepuasan pelanggan.
“Saya juga memberi jaminan kepada pelanggan, kurma yang rosak boleh diganti dengan kurma yang lain,” katanya yang boleh dianggap sebagai satu daripada pengimport terbesar produk makanan di rantau Asia kerana kebanyakan produknya diimport dari lebih 30 negara.
Malah, Ramadan ini beliau sibuk membekalkan kurma kepada peniaga selepas mendapat banyak bekalan kerana sesuai dengan musim kurma pada Ogos, September dan Oktober.
Walaupun sibuk menjalankan perniagaan, kata Yusuf, beliau tidak pernah lupa untuk memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik.
“Kita kena bantu orang susah sebab saya rasa seronok apabila mampu mengurangkan beban mereka, kalau ada lebih kita kena bersedekah dan beringat bahawa rezeki dikurniakan Tuhan,” katanya.