1 AHMAD IBRAHIM – TOKOH ULUL ALBAB NEGARA oleh Mohamad Sofee Razak Pendahuluan Ketika mengalu-alukan perlantikan Almarhum Ahmad Ibrahim sebagai Profesor Pengajian Undang- Undang di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya pada 15 Oktober 1969, Naib Canselor Universiti Malaya ketika itu, Yang Mulia Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz menyifatkan Profesor Ahmad Ibrahim sebagai 'a brilliant scholar' yang sangat-sangat dikehendaki oleh universiti tersebut. Ini adalah penghormatan dan pengiktirafan besar daripada seorang tokoh unggul negara mengenangkan kehebatan dan luar biasanya tokoh ulung perundangan ini. Seperti kata Prof Abdul Rahman Embong (2007) bahawa tokoh besar seperti ini dianggap sebagai mercusuar intelektual yang sinarnya terus bergemerlapan sekalipun beliau sudah lama pergi. Dunia intelektual dan kesarjanaan Malaysia dan dunia telah kehilangan sebutir bintang di ufuk kesarjanaan yang luas tidak bertepi. Namun pemikiran beliau yang bernas dan kritis serta teladan intelektual yang mandiri dan amat berharga itu akan kekal bersama-sama kita untuk menginspirasikan kita semua. Personaliti, kredibiliti, dan evolusi pemikiran beliau diiktiraf masyarakat lokal dan internasional. Beliau dianggap sebagai antara pencetus utama kepada pembinaan dan usaha reformasi ke atas sfera perundangan di negara kita secara konsisten, holistik dan berprinsip. Kejayaan beliau melakukan islah dalam sistem perundangan negara menjadi peninggalan paling berharga dan bermakna kepada Malaysia seperti pindaan Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan, kewujudan hirarki Mahkamah Syariah yang sistematik, pemantapan dan pembinaan undang-undang Syariah serta lain-lain lagi. Lantaran itu, al-Marhum Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Ahmad Mohamed Ibrahim layak diangkat sebagai tokoh pemikir agung perundangan negara. Tokoh reformis ini adalah genius dan ikon reformasi undang-undang di negara kita. Aura beliau telah
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
AHMAD IBRAHIM – TOKOH ULUL ALBAB NEGARA
oleh Mohamad Sofee Razak
Pendahuluan
Ketika mengalu-alukan perlantikan Almarhum Ahmad Ibrahim sebagai Profesor Pengajian Undang-
Undang di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya pada 15 Oktober 1969, Naib
Canselor Universiti Malaya ketika itu, Yang Mulia Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz menyifatkan
Profesor Ahmad Ibrahim sebagai 'a brilliant scholar' yang sangat-sangat dikehendaki oleh
universiti tersebut. Ini adalah penghormatan dan pengiktirafan besar daripada seorang tokoh unggul
negara mengenangkan kehebatan dan luar biasanya tokoh ulung perundangan ini. Seperti kata Prof
Abdul Rahman Embong (2007) bahawa tokoh besar seperti ini dianggap sebagai mercusuar
intelektual yang sinarnya terus bergemerlapan sekalipun beliau sudah lama pergi. Dunia intelektual
dan kesarjanaan Malaysia dan dunia telah kehilangan sebutir bintang di ufuk kesarjanaan yang luas
tidak bertepi. Namun pemikiran beliau yang bernas dan kritis serta teladan intelektual yang mandiri
dan amat berharga itu akan kekal bersama-sama kita untuk menginspirasikan kita semua.
Personaliti, kredibiliti, dan evolusi pemikiran beliau diiktiraf masyarakat lokal dan
internasional. Beliau dianggap sebagai antara pencetus utama kepada pembinaan dan usaha
reformasi ke atas sfera perundangan di negara kita secara konsisten, holistik dan berprinsip.
Kejayaan beliau melakukan islah dalam sistem perundangan negara menjadi peninggalan paling
berharga dan bermakna kepada Malaysia seperti pindaan Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan,
kewujudan hirarki Mahkamah Syariah yang sistematik, pemantapan dan pembinaan undang-undang
Syariah serta lain-lain lagi. Lantaran itu, al-Marhum Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Seri (Dr.)
Ahmad Mohamed Ibrahim layak diangkat sebagai tokoh pemikir agung perundangan negara. Tokoh
reformis ini adalah genius dan ikon reformasi undang-undang di negara kita. Aura beliau telah
2
berjaya mewujudkan cetusan dan dimensi baru kepada dunia perundangan di Malaysia sama ada
ianya undang-undang sivil ataupun syariah.
Cita-cita agung beliau untuk mendaulatkan keadilan syariah pada tahap tertinggi adalah
peninggalan paling berharga beliau kepada negara. Ini terbukti apabila martabat dan harga diri
undang-undang dan mahkamah syariah terus berada di puncak keadilan berteraskan Perlembagaan
negara dan diakui semua pihak. Menurut gagasan beliau:
“There has also been an increasing acceptance of the Shariah Courts and the administration of the Islamic law. The Shariah Courts have been separated from the Council of Islamic Religion and have been organised in three levels, that is, the Shariah Subordinate Court, the Shariah High Court and the Shariah Court of Appeal. The status and position of the Shariah Courts and their judges and their officials have been raised and provisions has been made for their training. New laws relating to the
administration of the Islamic Law, the Shariah Courts, the Shariah criminal and civil procedure and the Islamic law of evidence have been enacted. Islamic law has become an important part of the curriculum of law schools, particularly at the International Islamic University where an attempt has been made to integrate the study of the Shariah and the civil law. The Federal Constitution now provides that the High Court and courts subordinate to it shall have no jurisdiction in any matter which falls within the jurisdiction of the Shariah Courts. Judgments of the Shariah Courts are now published in the Jurnal Hukum and sometimes in the Malayan Law Journal.
( Ahmad Ibrahim, 1992. Towards A History Of Law In Malaysia and Singapore. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka )
Perspektif Ulul Albab
Dalam satu ucapan dasar Y.A.B Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 15 November 2006
bertajuk “Kata Dikota’ melalui Gagasan Ketiga, menegaskan membangunkan modal insan melalui
3
program pendidikan berkualiti dan holistik untuk memperlengkapkan warga Malaysia bagi
menghadapi dunia global; disusuli dengan kelahiran masyarakat kreatif dan inovatif yang menjadi
komponen kepada barisan warga berfikiran dan berbudaya kelas pertama. Kita memerlukan barisan
warga yang menguasai pengetahuan, ilmu, kemahiran dan maklumat. Merujuk kepada firman Allah
s.w.t yang bermaksud:
‘Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat
tanda-tanda bagi orang yang berakal’ (Ali ‘Imran, ayat 190)
Ayat ini memperingatkan manusia betapa pentingnya akal. Justeru itu akal manusia perlu
dibangunkan. Program pembangunan akal manusia adalah usaha untuk membangunkan masyarakat
‘Ulul Al-Bab’, merupakan barisan insan yang berupaya menganalisis, menguasai sains, memahami
falsafah dan menguasai teknologi. Ayat ini menuntut umat untuk memperlengkapkan minda, agar
manusia memiliki keupayaan menghadapi dunia moden. Membangunkan masyarakat Ulul Al-Bab
terdiri dari saintis dan teknologis, usahawan dan teknokrat adalah satu kewajipan untuk
membolehkan ummah mendaki tangga kemajuan hingga sampai ke puncak kejayaan. Adalah
menjadi tanggungjawab kerajaan menyediakan prasarana dan membekalkan kemudahan untuk
melahirkan masyarakat Ulul Al-Bab.
lul Albab
Manakala menurut Dr Abdullah Yasin di dalam Al-Quran terdapat dua istilah yang hampir
bersamaan maknanya iaitu: “Ulama dan Ulul Albab. Kata ‘Ulama adalah bentuk jama’ dari ‘Alim
iaitu orang yang berilmu tanpa mengira apakah ilmunya. Sedangkan Albab adalah jama’ dari Lubb
yang artinya isi atau inti. Jadi Ulul Albab selalu diertikan dengan orang yang berakal. Mereka selain
banyak mengingati Allah, mereka juga adalah orang yang suka berfikir, menganalisa, menyelidiki
alam ciptaan Allah. Betulkah anggapan bahwa ‘Ulama adalah orang yang hanya mengetahui ilmu-
ilmu agama yang bergelar kiai, ustaz, abuya sedangkan Ulul Albab pula adalah para cendekiawan
atau para intelektual? Sebenarnya pembahagian istilah tersebut kurang tepat. Yang betul ialah setiap
4
ulama mestilah ulul albaab dan setiap ulul albab hendaklah juga ulama.
Oleh itu seorang yang bergelar ulamaa belumlah tepat menyandang gelaran tersebut kalau hanya
boleh membaca kitab-kitab kuning, mahir dalam kaedah-kaedah agama tetapi dia sendiri terasing
dari masyarakat dan tidak turut memikirkan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
masyarakat pada zamannya. Mereka sewajarnya mampu dan berani mengeluarkan fatwa hasil
ijtihad atau kajian yang ikhlas dan mendalam, bukan hanya terikat dengan hasil ijtihad ulama zaman
silam. Ini tentu saja dalam hal-hal cabang (furu’) yang boleh menerima ijtihad bukan dalam hal-hal
yang perinsip (ushul). Para cendekiawan ( golongan intelektual) juga kurang tepat digelari dengan
Ulul Albaab kalau mereka hanya mahir dalam bidang keduniaan dan membuat penyelidikan dan
analisa yang banyak tetapi mereka sendiri tidak bertaqwa kepada Allah dan tidak banyak
mengingati Allah. Sebab sifat utama Ulul Albab ialah TADZAKKUR dan TAFAKKUR.
Bagi Y.A.B. Dato’ Seri Idris Jusoh pula pendekatan konsep Ulul Albab merupakan pendekatan
praktikal iaitu bagaimana satu teori itu dijadikan sebagai satu realiti dan ia bukan dalam bentuk
teori sahaja. Ulul Albab adalah merupakan satu golongan yang mempunyai asas kukuh dalam al-
Quran, ilmu pengetahuan yang luas selain mampu berfikir dan memerhati kejadian Yang Maha Esa
melalui mata hati dan akal yang tajam serta mengambil iktibar darinya. Dalam surah Al Baqarah
ada menyebut mereka yang berakal dan bertakwa serta turut berpesan supaya pengambil pengajaran
serta peringatan dan dalam surah Al Imran, ayat 7 pula memberitahu mendalamnya pengetahuan
dalam ilmu agama ia bermaksud mereka mempunyai pengetahuan ilmu yang mendalam. Surah Ali
Imraan, ayat 7 memberitahu mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, surah yang sama
ayat 190 menyebut pada kejadian langit dan bumi pada petukaran malam dan siang ada tanda-tanda
kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah. Dalam surah Al-Maaidah pula dalam ayat
100 memberitahu bahawa tidak sama yang buruk dan yang baik, surah Yusuf, ayat 111
menceritakan kisah nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar.
5
Manakala dalam surah Ar-Ra’d, ayat 19 al-Quran bercakap tentang al-Quran yang diturunkan bagi
mereka yang mahu berfikir, surah Ibrahim, ayat 52 al-Quran yang memberi ingatan dan juga dan
memberi nasihat. Saad, ayat 29 al-Quran yang memberi banyak faedah. Ini semua ayat yang ada
perkataan Ulul Albab, ayat Saad ayat 43 yang memberi peringatan yang mengambarkan pemikiran,
Az-Zumar ayat 9 yang bercakap tentang orang yang mengetahui lebih baik daripada orang yang
tidak mengetahui dan juga bercakap tentang pentingnya ilmu pengetahuan, Az-Zumar, ayat 18
membuat pilihan ini bermakna mwereka yang mampu memilih dan membuatnya. Az-Zumar ayat
21, ini juga menceritakan ilmu dunia, hujan dan langit, ayat 54, surah Ghaafir hidayat petunjuk, At
Talaaq, ayat 10 mereka yang bertaqwa. Jadi daripada ayat-ayat itu mungkin boleh kita
mengupaskan bahawa mereka mempunyai ciri-ciri Ijtihadid, begitu juga memelihara diri dan
mengambil penganjaran, peringatan dan pemikiran. Walaupun Ulul Albab disebut sebanyak 16 kali
dalam al-Quran, kefahaman mengenainya di kalangan umat Islam masih kurang. Ciri-ciri golongan
ini pula bermaksud sebagai “Saintis Muslim” yang bersifat Quranik, Ensaiklopedik dan Ijtihadid.
Ensaiklopedik ialah mempunyai semua ilmu dalam pemikiran, Manakala Ijtihadid ialah inovasi,
berkreativiti dengan memahami perkara semasa dan terus bergerak ke depan, bukannya undur ke
belakang.
Menurut Asyraf Wajdi Dusuki (2006 ), generasi ini diistilahkan al-Quran sebagai generasi ulul-
albab iaitu generasi yang terbina di atas asas keimanan kukuh dan keupayaan intelektual yang tinggi
hingga mampu mencetuskan idea-idea baru yang kreatif dan inovatif sekali gus menterjemahkannya
dalam bentuk tindakan yang praktis. Pembentukan generasi ulul-albab yang menyepadukan unsur-
unsur ketuhanan dan nilai-nilai akliah sebagaimana acuan al-Quran ini jugalah yang pernah
meletakkan umat Islam dalam lembaran sejarah sebagai pelopor kemajuan sains dan pelbagai
cabang ilmu selama beratus-ratus tahun lamanya. Justeru dalam era globalisasi yang mendedahkan
masyarakat kepada pelbagai pengaruh budaya luar kini, usaha bersepadu harus disasarkan ke arah
penjanaan modal insan berjiwa merdeka dan berorientasi ulul-albab. Tanpa jiwa merdeka, sesuatu
bangsa tidak akan mampu mencipta kegemilangan dalam sejarahnya. Tanpa ciri-ciri ulul-albab
6
pula, negara tidak akan mampu menjelmakan sebuah bangsa berdaya juang dan berdaya saing bagi
mendepani cabaran semasa. Allah turut menukilkan sifat generasi ini di dalam al-Quran, surau Ali-
Imran, ayat 191: Mereka itu yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk atau dalam keadaan
berbaring dan mereka sentiasa memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi. (Asyraf Wajdi
Dusuki, 2006. Mencanai Jiwa Merdeka Ulul-Albab. Utusan Malaysia, 27 Ogos.)
Latar Belakang, Pendidikan dan Kerjaya
Kehidupan dan kerjaya beliau penuh dengan warna-warni. Beliau dilahirkan pada 12 Mei 1916 di
Singapura dan mendapatkan pendidikan awal beliau di Raffle College dan seterusnya ke Universiti
Cambridge, London. Dengan kepintaran dan kejernihan hati beliau telah berjaya mendapat Ijazah
Sarjana Muda Sastera ( London External ) dengan Kepujian dari Raffle College ketika berumur 19
tahun dan pada 1939 Al-Marhum telah berjaya pula mendapat ijazah kelas pertama dalam bidang
undang-undang dan ekonomi. Ini telah menjadikan beliau muncul anak Melayu terpandai dan
cemerlang ketika itu. Menurut Ismail Ibrahim (2000), al-Marhum ketika berusia 13 tahun telah pun
lulus peperiksaan Junior Cambridge dan ketika berusia 14 tahun telah berjaya dengan cemerlang di
dalam peperiksaan Senior Cambridge iaitu ketika keseluruhan kanak-kanak bangsa kita lainnya
masih tidak mengenali alam persekolahan pada masa itu, apa lagi beliau adalah seorang Melayu.
Kejayaannya yang luar biasa mendapat ijazah undang-undang kelas pertama dari universiti ternama,
Cambridge, pada tahun 1939 juga merupakan satu sejarah tersendiri pencapaian anak Melayu di
dalam pengajian tinggi di pusat pengajian terkemuka yang bukan hanya anak Melayu malah anak-
anak dari benua Asia umumnya mungkin tidak pernah bermimpi akan menjejak kaki ke universiti
yang berprestij itu, apa lagi mencapai kejayaan kelas pertama. ( Ismail Ibrahim, 2000. Mencipta
Sejarah Menghormati Ilmuan. Utusan Malaysia, 27 April )
Pada tahun 1941 beliau telah dimasukkan dan didaftaraikan sebagai peguam di Middle Temple.
Sekembali beliau ke Singapura pada 1946, beliau dilantik sebagai Majistret. Al-Marhum juga
pernah menjadi pensyarah di Raffle College sekitar tahun 1948 dan selepas itu dilantik menjadi
7
Hakim Daerah pada tahun 1955. Pada tahun 1959 sehingga 1963 beliau telah dilantik menjadi
Peguamcara Negara Singapura yang pertama dan kemuncaknya pada 1963, beliau dilantik menjadi
Peguam Negara yang pertama di Singapura. Walaupun sibuk dengan tugas dan tanggungjawab
berat tidak menghalang beliau untuk menyambung pelajaran di peringkat Sarjana Sastera (M.A) di
Universiti Cambridge dan berjaya pada tahun 1965. Pada tahun tersebut juga beliau telah
dianugerahkan ijazah kehormat Doktor Falsafah Undang-Undang (LL.D) dari Universiti Singapura.
Pada tahun 1966, kerajaan Singapura telah memberikan kepercayaan kepada beliau untuk merangka
draf Akta Pentadbiran Undang-Undang Orang Islam (The Administration of Muslim Law Act) bagi
merombak kembali fungsi dan bidangkuasa Mahkamah Syariah Singapura malahan atas inisiatif
inilah, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) ditubuhkan. Menariknya pada tahun 1967, beliau
telah dilantik sebagai duta Singapura ke Republik Arab Bersatu dan Mesir. Al-Marhum sempat
menjadi peguam di salah sebuah firma guaman di Kuala Lumpur sekitar tahun 1969 dan pada tahun
yang sama beliau telah dilantik sebagai Profesor Undang-Undang di Universiti Malaya (UM)
sehingga tahun 1972. Pada tahun 1972 sehingga 1983, beliau telah dilantik menjadi Dekan Fakulti
Undang-Undang UM dan selepas itu beliau telah diarahkan untuk menubuhkan fakulti undang-
undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di mana beliau telah menjadi Sheikh dan Dekan
sehingga ke akhir hayatnya. Pada tahun 1984, UM telah menganugerahkan kepada beliau Profesor
Emeritus.
Antara jawatan-jawatan penting dalam perkhidmatan awam yang di sandang oleh beliau ialah
Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Sivil, Pusat
Islam, Jabatan Perdana Menteri; ahli Badan Perunding Islam, Jabatan Perdana Menteri; ahli Majlis
Agama Islam Wilayah Persekutuan, ahli Mahkamah Rayuan Syariah, Wilayah Persekutuan dan
Negeri Sembilan; Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang, Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan; ahli Jawatankuasa Fatwa, Majlis Agama Islam, Wilayah Persekutuan; ahli
Jawatankuasa Undang-undang, Bahagian Hal Ehwal Agama Islam, Selangor; ahli Lembaga
8
Pengarah IKIM, ahli Lembaga Kelayakan Undang-Undang di bawah Akta Profesion Guaman; ahli
Jawatankuasa Peguan Syarie, Wilayah Persekutuan; ahli Lembaga Pemegang Amanah Pengajian
Tinggi Islam; Naib Presiden Persatuan bagi Penggalakan Pengajian Tinggi Malaysia; ahli
Jawatankuasa Pengawasan Syariah, Bank Islam; ahli jawatankuasa Pengawasan Syariah, Takaful
Malaysia Sdn. Bhd.; ahli Jawatankuasa Penasihat Institut Latihan dan Kehakiman dan Perundangan
(ILKAP); Naib Pengerusi Panel Penasihat Kementerian Undang-Undang; Editor Penyumbang
Malayan Law Journal dan Pengerusi Panel Lembaga Penasihat bagi Buku Undang-Undang, Dewan
Bahasa dan Pustaka, penasihat editorial IIUM Law Journal, IKIM Law Journal dan banyak lagi.
Anugerah dan Pengiktirafan
Atas jasa dan sumbangan beliau yang amat besar kepada negara dan umat Islam keseluruhannya,
beliau telah dianugerahkan pingat yang amat berprestij Allama Muhammad Iqbal pada tahun 1979
oleh Kerajaan Pakistan. Ini menunjukkan bahawa kehebatan beliau telah diakui dan diiktiraf secara
rasmi oleh negara luar. Kerajaan Malaysia pula telah menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah pada
tahun 1988 dan Anugerah Kursi Tun Razak pada tahun 1992 bagi menghargai pemikiran dan
reformasi undang-undang yang telah dilakukan oleh beliau sepanjang hayat beliau. Antara
penghormatan terbesar kerajaan kepada beliau ialah apabila D.Y.M.M Yang Dipertuan Agong telah
perkenan menganugerahkan kepada beliau pingat Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa
gelaran Tan Sri. Beliau adalah antara beberapa tokoh akademik yang mendapat penghargaan
tertinggi itu.
Menurut Ismail Ibrahim (2000), ketika hayatnya, Almarhum yang berusia kira-kira 83 tahun, dan
beliau bekerja 18 jam sehari tanpa banyak mengambil cuti rehat atau cuti sakit. Beliau mengajar dan
memberi syarahan serta beribadat hingga ke hari terakhir hayatnya. Allahyarham Ahmad Ibrahim
akan kekal di dalam sejarah kita sebagai simbol kecemerlangan ilmu pengetahuan dunia dan
akhirat, insan yang menggabungkan dirinya berbakti kepada Allah s.w.t dan kepada dunianya.
Beliau sering tidur awal dan bangun sebelum penghujung malam untuk beribadat kepada Allah,
9
setelah itu terus bertugas di awal pagi kepada keluarga dan manusia di bawah amanahnya.
Tambahan beliau lagi, kerana itulah al-Marhum sering sampai ke pejabatnya lebih awal dari
kebanyakan orang lain dan beliau dapat menyudahkan tugasnya di dalam bidang pengajaran,
penyelidikan, penulisan dan lainnya tepat pada waktunya, atau lebih awal dari yang dijangkakan.
Perawakannya yang tinggi lampai, kesihatan badan dan jiwanya yang baik, percakapannya yang
lembut dan senyumannya yang sering terukir banyak sekali menimbulkan kenangan yang tidak
dapat dilupai oleh semua orang. Seluruh hidup beliau merupakan sumber inspirasi dan cermin
kecemerlangan peribadi dan ilmu serta model insan Muslim yang mungkin sukar ditemui di dalam
sejuta orang manusia. Semoga tradisi menghormati dan menghargai para ilmuwan dan budiman
akan menjadi satu program di dalam masyarakat bangsa kita. ( Ismail Ibrahim, 2000. Mencipta
Sejarah Menghormati Ilmuan. Utusan Malaysia, 27 April )
Sumbangan & Pemikiran
Khazanah ilmu dan pengalaman yang menggunung tinggi adalah prasarana terhebat beliau kepada
keutuhan perlaksanaan syariah di Malaysia yang dapat dikutip melalui karya-karya magnum opus
beliau sama ada melalui kepelbagaian buku, tesis, tulisan, ucapan, ulasan dan banyak lagi yang
menjadi autoriti negara. Gagasan mega beliau di dalam arena undang-undang negara telah berjaya
membangunkan struktur institusi modal insan dalam sektor undang-undang negara kita. Paradigma
undang-undang beliau terbina dan dicernakan dalam beberapa karya agung di mana antara yang
terawal ialah The Legal Status of the Muslims in Singapore (1965), Income Tax case law of
Malaysia and Singapore (1984), Towards A History Of Law In Malaysia And Singapore (1992),
The Malaysian Legal System (1995), Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia (1997),
Perkembangan Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan (1999), The Administration of Islamic
Law in Malaysia (2000) dan pelbagai lagi tulisan yang amat bernilai serta tiada tandingannya
sehingga ke hari ini.
Menurut Zin Mahmud (2000), buku Almarhum The Administration of Islamic Law in Malaysia
10
dianggap sebagai rujukan terpenting bagi perlaksanaan undang-undang Islam di seluruh dunia
kerana kandungannya adalah paling maju dan lengkap untuk aplikasi sesebuah negara Islam moden.
Sesungguhnya beliau merupakan tokoh undang-undang Islam negara yang telah mencorakkan
pelaksanaan undang-undang Islam bukan saja di Malaysia dan Singapura tetapi pengaruhnya akan
sampai juga ke seluruh dunia. Allahyarham kelihatan tergesa-gesa hendak melaksanakan undang-
undang Islam dalam zaman yang sedang berubah, iaitu daripada penjajahan kepada pasca
kemerdekaan supaya kepentingan umat Islam di negara ini terlindung. ( Zin Mahmud, 2000.
Memperingati Ahmad Ibrahim. Utusan Malaysia, 10 April )
Situasi ini juga menyebabkan beliau digelar sebagai eksiklopedia bergerak atau a walking
encyclopedia's dalam arena perundangan lokal dan internasional. Menurut Noraini Abdul Razak
(2007) pula, Ahmad Ibrahim terkenal kerana kesungguhannya mengangkat martabat undang-
undang syariah terutama yang menyentuh undang-undang keluarga Islam di negara ini. Seperti yang
ditegaskan oleh pengamal undang-undang Prof. Salleh Buang, Allahyarham menjadi 'pakar rujuk'
yang amat senang sekali dihubungi, kerana Allahyarham sentiasa bersedia membantu dan memberi
buah fikirannya. Allahyarham juga diberi gelaran walking encyclopedia of Malaysian law
(ensiklopedia bergerak undang-undang Malaysia). Manakan tidak ilmu perundangan yang dimiliki
oleh Allahyarham tidak pernah ada batasnya. Menyorot sumbangan Allahyarham, menurut Tan Sri
Ahmad Sarji Abdul Hamid, al-Marhum mempunyai sikap ' resmi padi begitu berisi begitu dia
tunduk ', dan dia ada ilmu daripada jurusan apa pun. Sekiranya ada isu yang kita nak beliau
huraikan, Allahyarham akan buat penyelidikan sebelum menyampaikan pendapat. ( Noraini Abdul
Razak, 2007. Menilai Sumbangan Tokoh. Utusan Malaysia, 19 Januari )
Pemikiran dan weltanschauung beliau begitu luas jika dilihat pada sudut kajian imperikal beliau
dalam dunia kesarjanaan seperti Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Malaysia, JH(1419) Jilid X
Bhg II, p. 145; Undang-Undang Islam dan Undang-Undang Barat – Satu Perbandingan, JH(1410) H
Jilid VI Bhg. II p. 213; The Future of The Shariah and The Shariah Courts in Malaysia, Journal of
11
Malaysian and Comparative Law, Vol. 20, 1993, Faculty of Law, University of Malaya, p. 52;
Kedudukan Undang-Undang Islam di Malaysia, JH(1418) H, Jilid xi bhg. II, hlm. 128;
‘Islamisation of the Malay Archipelago and the Impact of Al-shafi’i’s Madhhab on Islamic
Teachings and Legislation in Malaysia,’ [1992] 2 IIU Law Journal 7 at 14-17; Undang-undang
Islam di Mahkamah Sivil, Al-Ahkam Jilid I, cetakan pertama, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur, 1990. m.s 1-22; ‘Actions in Tort Between Spouses’, [1990] 1 MLJ xxxiii; The Principles
of Islamic Constitution and the Constitution of Malaysia, A Comparative Analysis, artikel yang
disampaikan di seminar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada January 1992; The Burden at
the End of the Prosecution?s Case ? Haw Tua Taw Revisited? [1987] 2 MLJ lxx; Haw Tua Tau v.
Public Prosecutor ? Duty of Court at the End of Prosecution Case ? Must we follow the Privy
Council?? [1981] JMCL 223; Ahmad Ibrahim, Mehrun Siraj dan lain-lain. 1975. "Law and
Population in Malaysia", dalam Law And Population. Teuku Mohamad Radhie (Ed). Jakarta: The
Law Center Foundation dan ratusan lagi bahan ilmiah yang dirujuk dan dijadikan penghakiman
yang mengikat di mahkamah sehingga ke hari ini.
Almarhum adalah seorang intelektual dan sarjana asli, penulis, pengulas, pengkritik dan pencetus
yang prolifik dan berbobot yang pemikiran dan karyanya mempunyai kepentingan universal dan
islamik. Diperturunkan di sini kebijaksanaan dan kesarjanaan Almarhum mengulas secara kritis
berkenaan isu-isu semasa seperti yang direkodkan di dalam Jernel Hukum (Vol. 2 No. 1) [1982]
CLJ 289 yang antaranya:
Maintenance of Wife
In Abdul Kadir v. Hajjah Fatimah [1970] 2 JH 99 the wife had originally claimed a ta’alik divorce
but when her claim was dismissed she brought a claim for past maintenance for 15 months at the
rate of RM30 a month. The wife claimed that her husband had sent her back to her grandfather’s
house and since then had not given any maintenance to her. The husband claimed that the wife went
back to her grandfather’s house of her own accord. After hearing the parties and their witnesses the
12
Kadi asked the wife to take an oath as to the truth of what she said. After she had done so, the Kadi
gave judgment in her favour. The husband appealed and a retrial was ordered before a different
Kadi. The second Kadi heard the parties and their witnesses and again asked the wife to take an
oath. After she had done so judgment was given in her favour. An appeal to the Court of Appeal
was dismissed.
In Sakdiah v. Ahmad [1968] 2 JH 101 the wife claimed arrears of maintenance for 6 months at the
rate of RM3 a day. The husband claimed that he and his wife worked in the ricefield and they both
got their income from the ricefield. He stated that because of this he had no duty to give
maintenance to his wife. The Kadi, Kedah, dismissed the application of the wife but on appeal the
Court of Appeal held that it was the duty of the husband to pay maintenance to the wife. In this case
they found that the husband was poor and unable to give maintenance and they held that in such a
case the wife had a choice either to be patient or to apply for fasakh divorce. The Court relied on
Sunan Al-Mutalib.
In Ismail v. Norsiah [1970] 2 JH 111 the wife claimed arrears of maintenance for 5 years 1 month
and 17 days at the rate of RM1 a day, amounting to RM1,847. The Chief Kadi, Kedah, allowed the
claim. On appeal the Court of Appeal held that the Chief Kadi was correct in ordering maintenance
to be paid but reduced the amount to RM955, having regard to the position and income of the
husband.
Divorce - Talak
In Haji Hanafiah v. Rokiah [1970] 2 JH 103 the husband had written to the Imam asking him to
register a divorce of his wife as stated in the letter. The divorce was registered but subsequently the
husband claimed that he had no intention to divorce his wife. The Chief Kadi, Kedah, held that the
13
divorce had been effected and he confirmed the registration of the divorce. The husband appealed.
The learned Kadi Besar had referred to the view of Zainuddin Abdul Aziz in Fath-ul-Muin to the
effect:
If the husband writes out the pronouncement of a divorce, whether clearly or by
implication, without any intention to effect a divorce, the writing will not be taken into
account, so long as he does not utter what is written clearly when he wrote it or after
writing it. If he claims that he merely read what was written but had no intention of
thereby effecting a divorce, his claim will be accepted, as it is possible what he says
may be true.
The learned Chief Kadi however seemed to rely on the view of Syed Al-Bakri in Iannat at-Talibin
to the effect:
In summary the reading of what is written without intention to effect a divorce is
regarded as the pronouncement of a divorce, if what is read is stated clearly. On the
other hand if what is read is not stated clearly, it must be accompanied by intention.
On appeal the Court of Appeal, referred to the two authorities cited by the learned Chief Kadi but
they stressed what is stated in Fath-ul-Muin that if a husband claims that he read what was written
but did not intend to effect a divorce, this is acceptable. The Court of Appeal also referred to Ibn
Hazm’s Al-Muhalla to the effect:
If a person pronounces a divorce according to what is written, this is counted as a
divorce, unless he claims that he intended merely to read it and his claim will be
accepted according to the accepted view.
14
In this case the Court of Appeal called the husband to appear before the Court and questioned him.
He said that he merely read the writing but did not intend to effect a divorce and he claimed he did
so as his children urged him to divorce his wife, their step-mother. The Court asked the husband to
take an oath to say that he did not intend to effect a divorce and after he did so, the Court allowed
the appeal and held that the divorce had not been effected.
Divorce - Fasakh
In Abdul Aziz v. Che Pah [1972] 2 JH 113 the wife claimed a fasakh divorce on the ground of
poverty of her husband and his inability to maintain her. After hearing the wife and her two
witnesses and then the husband and his witnesses the Kadi Kedah, asked the wife to take an oath
that her husband had not given maintenance to her and that she had remained faithful to him. The
Kadi then adjourned the case for three days. After this the wife again appeared before the Kadi and
gave evidence supported by her witnesses that the husband had not given maintenance to her and
was unable to do so, and that she had not been recalcitrant to the husband. After hearing the
husband the Kadi again asked the wife to take an oath to swear as to the truth of what she claimed
and after she had done so he decreed a fasakh divorce. On appeal the Court of Appeal affirmed the
decision of the Kadi.
In Mashitah v. Hussain [1979] 2 JH 153 the wife claimed a fasakh divorce. She claimed that she
was married in January 1974 but the husband had left her since August 1974. The husband had not
given maintenance to her and he had no property within the jurisdiction of the Court from which
maintenance could be obtained.
The Kadi Perak ordered the claim to be advertised in the newspaper and when the husband did not
15
appear, and after a suitable adjournment, the Kadi asked the wife to take an oath that she had been
faithful to the husband and that he had not given her maintenance. After the wife had taken the oath,
the Kadi ruled that the conditions for a fasakh had been fulfilled and he allowed the wife to
pronounce the fasakh divorce.
Divorce - Ancillary Claims – Maintenance
In Cik Ah v. Ramli [1970] 2 JH 118 the wife claimed that she had been divorced by her husband
without any valid cause. She claimed maintenance for the period of eddah at the rate of RM45 a
month and further compensation at the rate of RM15 a month. The Kadi, Perlis, after hearing the
parties and their witnesses found that the wife had been divorced without cause and he ordered the
husband to pay RM40 a month for the three months of eddah. He also under s. 104(2) of the Perlis
Administration of Muslim Law Enactment, ordered the husband to pay further maintenance at the
rate of RM10 a month until she remarries or unless she leads an immoral life.