Top Banner
3.0 Agensi-agensi berkaitan Pendidikan Keselamatan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Peranan Pertahanan Awam Melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai pengetahuan dalam aspek keselamatan dan Pertahanan Awam - Seksyen 3(2)c Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221). Mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan mendisiplin Angkatan dan Perkhidmatan Pertahanan Awam - Seksyen 3(2)a Akta 221. Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku atau akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana tersebut-Seksyen 8(1) Akta 221. Objektif Mengurangkan risiko akibat bencana dengan cara: 1. Menyediakan latihan menyelamat kepada orang awam. 2. Mewujudkan serta mengendalikan sistem amaran bencana. 3. Menyediakan pusat-pusat perlindungan semasa berlakunya bencana. Memberi respon kepada bencana dengan cara: 1. Menubuhkan pasukan (First Responder). 2. Menyediakan perkhidmatan kecemasan. Memberikan perkhidmatan pemulihan dengan cara: 1. Membantu dalam aktiviti pembersihan kawasan yang di landa bencana. 2. Membantu aktiviti pembangunan semula kawasan yang di landa bencana. 3. Menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa bencana. Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
9

Agensi-agensi

Dec 21, 2015

Download

Documents

Si Yun

PK
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Agensi-agensi

3.0 Agensi-agensi berkaitan Pendidikan Keselamatan

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

Peranan Pertahanan Awam

Melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai pengetahuan dalam aspek

keselamatan dan Pertahanan Awam - Seksyen 3(2)c Akta Pertahanan Awam 1951

(Akta 221).

Mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan mendisiplin Angkatan

dan Perkhidmatan Pertahanan Awam - Seksyen 3(2)a Akta 221.

Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin

keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku atau

akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana

tersebut-Seksyen 8(1) Akta 221.

Objektif

Mengurangkan risiko akibat bencana dengan cara:

1. Menyediakan latihan menyelamat kepada orang awam.

2. Mewujudkan serta mengendalikan sistem amaran bencana.

3. Menyediakan pusat-pusat perlindungan semasa berlakunya bencana.

Memberi respon kepada bencana dengan cara:

1. Menubuhkan pasukan (First Responder).

2. Menyediakan perkhidmatan kecemasan.

Memberikan perkhidmatan pemulihan dengan cara:

1. Membantu dalam aktiviti pembersihan kawasan yang di landa bencana.

2. Membantu aktiviti pembangunan semula kawasan yang di landa bencana.

3. Menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa bencana.

Page 2: Agensi-agensi

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

VISI

Menjadi Organisasi Pengurusan Penguatkuasaan Pengangkutan Jalan Bertaraf Dunia

pada Tahun 2020.

MISI

Mengawalselia kenderaan motor, pemandu dan lalulintas jalan supaya selamat dan

efisyen melalui penguatkuasaan dan penyampaian perkhidmatan yang cekap,

berintegriti dan berteknologi tinggi bagi memenuhi keperluan pelanggan dan negara

serta menjaga kebajikan dan membangunkan keupayaan warga yang profesional.

OBJEKTIF

- Mewujud dan mengawal selia pendaftaran dan pelesenan kenderaan bermotor

dengan sistematik, berintegriti dan inovatif.

- Mewujud dan mentadbir sistem latihan, pengujian dan pelesenan pemandu yang

berkesan bagi melahirkan pemandu kenderaan bermotor yang kompeten, mematuhi

peraturan dan berhemah.

- Menguatkuasa dan mentadbir undang-undang pengangkutan jalan dengan komited

dan berintegriti untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai budaya kepatuhan

kepada peraturan jalan raya.

- Mengawal selia dan mentadbir piawaian keselamatan kenderaan bermotor dengan

cekap dan berintegriti bagi memenuhi keperluan pengguna alam sekitar serta industri

automotif negara.

Page 3: Agensi-agensi

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Objektif

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT, MALAYSIA (JBPM) mempunyai objektif untuk

memberi khidmat pencegahan dan pemadaman kebakaran, menguatkuasakan undang-

undang yang berkaitan dengan aspek keselamatan dan memadam kebakaran serta

menyediakan khidmat kemanusiaan yang cekap dan berkesan. Dari segi kualiti Jabatan

bertekad untuk lebih cemerlang melalui inovasi dan kualiti M.S ISO 9001-2008.

Visi

Menjadi sebuah organisasi kebombaan dan penyelamatan berprestasi tinggi.

Misi

Memberi perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang professional bagi

menyelamatkan nyawa dan harta benda.

Page 4: Agensi-agensi

Kementerian Kesihatan Malaysia

Objektif

Untuk membantu seseorang individu untuk mencapai dan mengekalkan satu taraf

kesihatan bagi membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang

produktif.  Ini boleh dicapai dengan menyediakan perkhidmatan bercorak penggalakan,

pencegahan, rawatan dan pemulihan yang cekap, sesuai dan berkesan dengan

memberi penekanan kepada golongan-golongan yang kurang bernasib baik. 

Visi

Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.

 

Misi

Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:

i. untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:

- mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan

- menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga

- mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka

ii. untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:

- mengutamakan pelanggan

- saksama

- tidak membebankan

- cekap

- wajar mengikut teknologi

- boleh disesuaikan mengikut persekitaran

- inovatif

iii. dengan menekankan:

- sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan

- sifat menghormati maruah insan

- penglibatan masyarakat

Page 5: Agensi-agensi

National Institute Of Occupational Safety And Health (NIOSH)

Visi

Menjadi pusat kecemerlangan terunggul di dalam bidang keselamatan dan kesihatan

pekerjaan di Malaysia.

Misi

Menjadi rakan pilihan di dalam mempertingkatkan keselamatan dan kesihatan

pekerjaan.

Objektif

Memastikan persekitaran bekerja yang sihat dan selamat kepada semua pekerja,

peserta kursus, kontraktor dan pelawat.

Membangunkan budaya keselamatan dan kesihatan dan mengadakan latihan

kepada pekerja

Memastikan setiap pengurusan dipertanggungjawabkan ke atas keselamatan dan

kesihatan yang didirikan.

Page 6: Agensi-agensi

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

Pengenalan

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) adalah badan berkanun yang

di tubuhkan di bawah akta Pengangkutan Awam Darat 2010.  SPAD ditubuhkan secara

rasmi pada 3 Jun 2010.

Bagi memastikan SPAD dapat melaksanakan tugas dan objektif penubuhannya

secara lebih efisyen dan efektif, SPAD telah diletakkan di bawah pengawasan YAB

Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak sendiri.  

Fungsi utama SPAD adalah untuk merancang dan membuat polisi serta

mengawalselia pengangkutan awam darat di negara ini seperti keretapi, bas dan teksi

serta pengangkutan barang yang menggunakan jalan raya atau rel keretapi.

Suruhanjaya ini turut menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang

sebagaimana yang dijalankan oleh Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan

Jalan. 

Visi

Menerajui transformasi pengangkutan awam darat untuk menjadi mod pilihan rakyat.

Misi

Memastikan bahawa sistem pengangkutan awam darat adalah selamat, boleh diharap,

responsif, mudah diakses, terancang, bersepadu, mampu dibayar and lestari bagi

meningkatkan pertumbuhan ekonomi and kualiti hidup.

Page 7: Agensi-agensi

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Pengenalan

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) ialah sebuah Jabatan

di bawah Kementerian Sumber Manusia. Jabatan bertanggungjawab untuk memastikan

keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja, dan melindungi

orang lain daripada bahaya-bahaya keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada

aktiviti pekerjaan pelbagai sektor iaitu:

-Pengilangan

-Perlombongan dan Pengkuarian

-Pembinaan

-Hotel dan Restoran

-Pertanian, Perhutanan dan Perikanan

-Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi

-Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Berkanun

-Kemudahan - Gas, Elektrik, Air dan Perkhidmatan Kebersihan

-Kewangan, Insuran, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan

-Perniagaan Borong dan Runcit

Jabatan merupakan agensi kerajaan yang diberi tanggungjawab untuk mentadbir dan

menguatkuasakan perundangan mengenai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

(KKP) di negara ini dengan wawasan menjadi sebuah organisasi yang menerajui negara

dalam membentuk budaya kerja selamat dan sihat ke arah mempertingkatkan kualiti

hidup semasa bekerja.

Page 8: Agensi-agensi

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

Pengenalan Jabatan

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia adalah sebuah Jabatan di bawah

Kementerian Dalam Negeri yang mengendalikan pertubuhan-pertubuhan Bukan

Kerajaan dan parti politik. Di bawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966, sesebuah

pertubuhan adalah didefinisikan sebagai mana-mana kelab, perkongsian atau persatuan

yang mengandungi tujuh ( 7 ) orang atau lebih, tidak kira apa jua jenis atau tujuannya,

sama ada sementara atau kekal tetapi tidak termasuk badan-badan yang perlu

didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis seperti syarikat, koperasi,

kesatuan sekerja, persatuan ibu bapa dan guru, badan-badan sukan dan lain-lain.

MATLAMAT JABATAN

Matlamat Jabatan ini ialah untuk menentukan pertumbuhan dan perkembangan

pertubuhan yang sihat serta teratur dan tidak bercanggah dengan kehendak-kehendak

keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam atau akhlak.

FUNGSI UTAMA JABATAN

Fungsi utama Jabatan adalah untuk mentadbir dan menguatkuasakan Akta Pertubuhan

1966, Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984 dan dasar-dasar mengenai pertubuhan;

mengawal dan mengawasi pertubuhan supaya tidak bertentangan dengan keamanan,

kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam, ketertiban atau akhlak negara Malaysia

serta mengurus dan menyimpan rekod-rekod pendaftaran berkaitan dengan pertubuhan

dan cawangan pertubuhan berdaftar.

Page 9: Agensi-agensi

Polis Diraja Malaysia

Mengenai Polis Diraja Malaysia

Polis Diraja Malaysia terdiri daripada 113,426 orang pegawai dan anggota.

Keanggotaan ini mencerminkan kepelbagaian penugasan yang dijalankan oleh PDRM,

dari Tugas Am yang menjalankan tugas tradisional kepolisan dan sentiasa

berdampingan dengan rakyat, sehinggalah ke Pasukan Gerakan Am yang menjalankan

tugas-tugas 'non-regulatory' seperti pencegahan kemasukan pendatang tanpa izin dan

peperangan menentang kebangkitan pengganas komunis suatu ketika dahulu.

Dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang disandarkan oleh

rakyat, PDRM dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan,

Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Kumpulan ini

memainkan peranan yang penting dalam menentukan keselamatan dan kesejahteraan

negara.

Visi

Peneraju bagi mengekalkan Malaysia selamat, aman dan sejahtera.

Misi

Memberi perkhidmatan profesional dan berkualiti dalam melindungi negara bagi

menjamin masyarakat selamat, aman dan sejahtera.

Page 10: Agensi-agensi