Adobe Photoshop CS2 1 MODUL 1 PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOP CS Adobe Photoshop merupakan perisian grafik untuk pengubahsuaian dan penghasilan sesuatu imej. Menerusi Adobe Photoshop, pengguna boleh menghasilkan atau mengubahsuai sesuatu imej mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing. Perisian ini biasanya digunakan di dalam: • Penerbitan bercetak o Buku o Majalah o Poster • Penerbitan Digital o Persembahan Multimedia o Rekabentuk Laman Web o Kiosk A. Memulakan Aplikasi Photoshop CS 1. Untuk memulakan aplikasi Adobe Photoshop, pengguna perlu klik pada menu Start, pilih Program, dan klik pada Adobe Photoshop CS.
55
Embed
Adobe Photoshop CS2 - · PDF filekepada bentuk polygon ... Fungsinya seperti penggunaan sebatang berus lukisan. Ia digunakan untuk melukis atau mewarnakan sesuatu objek
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Adobe Photoshop CS2
1
MODUL 1 PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOP CS
Adobe Photoshop merupakan perisian grafik untuk pengubahsuaian dan penghasilan
sesuatu imej. Menerusi Adobe Photoshop, pengguna boleh menghasilkan atau
mengubahsuai sesuatu imej mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing.
Perisian ini biasanya digunakan di dalam:
• Penerbitan bercetak
o Buku
o Majalah
o Poster
• Penerbitan Digital
o Persembahan Multimedia
o Rekabentuk Laman Web
o Kiosk
A. Memulakan Aplikasi Photoshop CS
1. Untuk memulakan aplikasi Adobe Photoshop, pengguna perlu klik pada menu Start,
pilih Program, dan klik pada Adobe Photoshop CS.
Adobe Photoshop CS2
2
2. Paparan berikut akan dipaparkan sementara perisian Adobe Photoshop CS dibuka
3. Skrin perisian Photoshop yang telah dibuka akan kelihatan seperti berikut:
Tool Box
Adobe Photoshop CS2
3
Toolbox di dalam Adobe Photoshop merupakan koleksi ikon-ikon yang mempunyai
pelbagai fungsi dan peranan yang tersendiri. Berikut merupakan keterangan ringkas bagi
setiap ikon yang disediakan di dalam Toolbox Adobe Photoshop CS.
Adobe Online
Move Tool (V)
Magic Wand (W)
Slice Tool (K)
Paintbrush Tool (B)
History Brush Tool (Y)
Gradient Tool (G)
Dodge Tool (O)
Type Tool (T)
Custom Shape Tool (U)
Eyedropper Tool (I)
Zoom Tool (Z)
Switch Foreground and Background Colors (X)
Rectangular Marquee Tool (M)
Lasso Tool (L)
Crop Tool (C)
Airbrush Tool (J)
Clone Stamp Tool (S)
Eraser Tool (E)
Blur Tool (R)
Path Selection Tool (A)
Pen Tool (P)
Notes Tool (N)
Hand Tool (H)
Set Background Color
Set Background Color
Edit in Quick Mask Mode (F)
Full Screen Mode (F)
Jump to ImageReady (Ctrl+Shift+M)
Default Foreground and Background Colors (D)
Edit in Standard Mode (Q)
Standard Screen Mode (F)
Full Screen Mode with Menu Bar (F)
Adobe Photoshop CS2
4
MODUL 2 FUNGSI IKON TOOLBOX DAN TETINGKAP PALET
A: Fungsi Ikon Toolbox Adobe Photoshop CS
1. Marquee Tool
Ikon ini membolehkan pengguna membina kawasan pilihan (selection) pada imej.
Terdapat 4 jenis marquee iaitu:
• Rectangular Marquee
Digunakan untuk memilih kawasan imej secara segiempat tepat
• Elliptical Marquee
Digunakan untuk memilih kawasan imej secara membulat
• Single Row Marquee
Digunakan untuk memilih kawasan imej secara membaris
• Single Column Marquee
Digunakan untuk memilih kawasan imej secara lajur
Adobe Photoshop CS2
5
2. Move Tool
Ikon ini membolehkan pengguna mengalihkan kedudukan sesuatu imej dari lokasi
asal ke lokasi lain. Jika sebahagian sahaja bahagian imej yang ingin dipindahkan,
maka imej tersebut perlulah dipilih menggunakan marquee tool.
3. Lasso Tool
Lasso Tool digunakan untuk mengaktifkan kawasan pilihan yang berbentuk tidak
khusus atau sukar seperti bentuk manusia, binatang dan sebagainya.
Terbahagi kepada 3 iaitu:
• Lasso Tool
Digunakan untuk membina kawasan pilihan secara lakaran tangan dengan
menggunakan tetikus
• Polygonal Lasso Tool
Membina kawasan pilihan dengan cara mencantumkan titik-titik. Terhad
kepada bentuk polygon
• Magnetic Lasso Tool
Membina kawasan pilihan dengan melalukan pointer tetikus kepada kawasan
yang hendak dipilih. Kawasan tersebut akan dipilih secara automatik.
Adobe Photoshop CS2
6
4. Magic Wand Tool
Alat ini digunakan untuk memilih kawasan yang mempunyai warna yang seakan-akan
atau hampir sama pada sesebuah imej.
Penetapan julat warna yang dipilih boleh ditentukan pada ruangan tolerance di bar
pilihan bagi ikon Magic Wand.
Setting tolerance yang rendah akan menghadkan pilihan warna manakala yang tinggi
akan memilih julat piksel yang lebih luas.
5. Crop Tool
Alat ini berfungsi sebagai pemotong bahagian tertentu yang dipilih pada sesuatu imej.
Imej yang tidak dipilih oleh ikon Crop Tool merupakan bahagian imej yang tidak
dikehendaki dan ianya akan terpadam secara automatik.
6. Slice/ Slice Select Tool
Adobe Photoshop CS2
7
Slice Tool
Berfungsi untuk memotong sesuatu imej menjadi beberapa imej yang lebih kecil. Ini
biasanya dilakukan untuk kegunaan rekabentuk laman web. Imej-imej kecil ini akan
disimpan kepada beberapa fail imej yang berlainan.
Slice Select Tool
Digunakan untuk mengubah saiz poongan setiap imej tadi.
7. Healing Brush/ Patch/ Color Replacement Tool
Healing Brush Tool
Digunakan untuk memperbaiki ketidaksempurnaan pada sesuatu imej. Kita
menggunakan fungsi ini untuk mewarna sample piksel daripada imej.
Fungsi ini juga membolehkan penyeragaman tekstur, pencahayaan serta bayang-
bayang.
Patch Tool
Membolehkan pengguna memperbaiki sesuatu kawasan yang telah dipilih dengan
menggantikan kawasan tersebut dengan piksel daripada kawasan lain.
Color Replacement Tool
Digunakan untuk menukarkan warna bahagian tertentu pada imej kepada warna yang
dikehendaki.
Adobe Photoshop CS2
8
8. Paintbrush Tool
Brush Tool
Fungsinya seperti penggunaan sebatang berus lukisan. Ia digunakan untuk melukis
atau mewarnakan sesuatu objek. Warna ditentukan mengikut latar hadapan
(foreground).
Pencil Tool
Berfungsi seperti pensil biasa dan digunakan untuk menulis, melakar dan melukis
sesuatu objek atau gambarajah.
9. Clone Stamp/ Pattern Stamp Tool
Clone Stamp Tool
Berfungsi untuk menyalin atau menampal sesuatu imej dari satu lokasi ke lokasi yang
lain.
Alt + Klik pada bahagian yang hendak disalin kemudian warnakan pada bahagian
yang dikehendaki sepertimana penggunaan Paintbrush
Pattern Stamp Tool
Adobe Photoshop CS2
9
Berperanan menampal corak yang dipilih pada bar pilihan kepada sesuatu imej.
Selepas corak dipilih, warnakan pada bahagian yang dikehendaki.
10. History Brush/ Art History Brush Tool
History Brush Tool
Berfungsi untuk mendapatkan kembali kawasan imej yang telah dipadam atau
diconteng oleh tool-tool lain, contohnya oleh Pencil dan Paintbrush Tool.
Art History Brush Tool
Mempunyai fungsi yang hamper sama dengan History Brush Tool, bezanya ia
mengembalikan kawasan imej yang dipadam atau diconteng secara lebih artistic
berdasarkan ruangan Styles yang dipilih di bar pilihan.
11. Eraser Tool
Digunakan untuk memadam bahagian-bahagian yang tidak dikehendaki pada imej.
Terdapat 3 jenis Eraser Tool iaitu:
• Eraser Tool
Digunakan sebagai pemadam biasa.
Adobe Photoshop CS2
10
• Background Eraser Tool
Memadamkan warna latar belakang sesuatu imej. Ianya akan memadam piksel
imej berdasarkan penetapan tolerance dan sampling yang dipilih di bar pilihan
• Magic Eraser Tool
Memadamkan piksel imej yang mempunyai warna yang seakan sama.
12. Gradient/ Paint Bucket Tool
Fungsi kedua-duanya adalah untuk mewarnakan kawasan pilihan atau objek.
Gradient Tool
Gradient Tool bersama pilihan Linear Gradient di bar pilihan digunakan untuk
mewarnakan objek secara lorekan warna seperti ton warna dalam bentuk linear atau
garis lurus.
Lorekan bukan linear boleh dilakukan menerusi pilihan Gradient, Angle Gradient,
Reflected Gradient dan Diamond Gradient di bar pilihan
Paint Bucket Tool
Digunakan untuk mewarnakan sesuatu pilihan ataupun objek secara terus, tanpa
lorekan ton warna.
Adobe Photoshop CS2
11
13. Blur/ Sharpen/ Smudge Tool
Blur Tool
Digunakan untuk memberikan kesan kabur pada bahagian tertentu imej mengikut
kreativiti pengguna.
Contoh penggunaan adalah mengurangkan kejelasan sisi sesebuah imej agar kelihatan
lebih realistik.
Sharpen Tool
Digunakan untuk menjelaskan (sharpen) bahagian-bahagian pada imej yang kabur
Smudge Tool
Memberikan kesan seperti menggosokkan jari pada cat atau warna yang basah kepada
imej pengguna.
14. Dodge/ Burn/ Sponge Tool
Dodge Tool
Digunakan untuk mencerahkan bahagian-bahagian tertentu pada imej mengikut
kreativiti pengguna seolah-olah seperti memberikan kesan pengcahayaan pada
bahagian tersebut.
Adobe Photoshop CS2
12
Burn Tool
Bertindak sebaliknya iaitu untuk menggelapkan bahagian-bahagian yang dikehendaki
oleh pengguna, seakan-akan memberikan kesan bebayang pada bahagian tersebut.
Sponge Tool
Memberikan kesan seperti mewarnakan dengan menggunakan span pada imej.
15. Path Selection/ Direct Selection Tool
Path Selection Tool
Digunakan untuk memilih semua anchor point (sila rujuk pada bahagian Pen Tool)
pada sesuatu Shape yang telah dihasilkan.
Direct Selection Tool
Untuk memilih sesetengah anchor point pada suatu shape, Direct Selection Tool
boleh digunakan dengan cara klik dan drag pada bahagian yang dikehendaki.
16. Type Tool
Adobe Photoshop CS2
13
Type Tool digunakan untuk memasukkan teks ke dalam imej pengguna. Ia terbahagi
kepada 4 jenis iaitu:
• Horizontal Type Tool
Memasukkan teks dalam kedudukan melintang
• Vertical Type Tool
Memasukkan teks dalam kedudukan menegak
• Horizontal Type Mask Tool
Kawasan pilihan (selection) dalam bentuk teks secara melintang
• Vertical Type Mask Tool
Kawasan pilihan (selection) dalam bentuk teks secara menegak
17. Pen Tool
Pen Tool digunakan untuk membina garisan lurus atau lengkuk mengikut bentuk sesuatu
imej atau gambar yang ingin dilukis. Garisan yang dilukis kelihatan seperti laluan (path)
yang bersambungan. Titik-titik ini dikenali sebagai Anchor Point.
Terbahagi kepada 4 jenis iaitu:
• Pen Tool
Menghasilkan path secara klik titik demi titik
Adobe Photoshop CS2
14
• Freeform Pen Tool
Menghasilkan path dengan cara melakar dengan menggunakan tetikus
• Add Anchor Point Tool
Menambah anchor point baru pada path
• Delete Anchor Point Tool
Membuang anchor point sedia ada pada path
• Convert Point Tool
Menukarkan bentuk yang berlengkuk kepada bentuk polygon dengan mengklik
mana-mana anchor point.
18. Shape Tool
Shape Tool membolehkan imej vector dilukis di dalam Photoshop. Imej-imej vector
ini didatangkan di dalam beberapa bentuk mengikut jenis-jenis Shape Tool:
• Rectangle Tool
Menghasilkan imej berbentuk segiempat
• Rounded Rectangle Tool
Menghasilkan imej berbentuk segiempat dengan sisi yang dibulatkan
Adobe Photoshop CS2
15
• Ellipse Tool
Menghasilkan imej berbentuk bulat atau lonjong.
• Polygon Tool
Menghasilkan imej polygon. Bilangan sisi polygon boleh diubah pada bar
pilihan untuk Polygon Tool.
• Line Tool
Menghasilkan garisan
• Custom Shape Tool
Menghasilkan imej vector daripada bentuk-bentuk yang telah disediakan.
Bentuk-bentuk ini boleh dipilih pada bar pilihan.
19. Annotation Tool
Adalah set fungsi untuk meletakkan nota pada imej pengguna. Terbahagi kepada 2:
• Notes Tool
Meletakkan nota pada bahagian yang dikehendaki. Nota ini boleh diubah
warna, font dan saiz fontnya.
• Audio Annotation Tool
Nota di dalam bentuk audio. Memerlukan mikrofon bagi tujuan rakaman
suara.
Adobe Photoshop CS2
16
20. Eyedropper/ Color Sampler/ Measure Tool
Eyedropper Tool
Berfungsi untuk mendapatkan warna yang terdapat pada sesuatu imej dengan cara
mengklik pada kawasan yang dipilih. Warna yang dipilih akan dipaprkan pada warna
latar hadapan toolbox.
Color Sampler Tool
Digunakan untuk mendapatkan contoh pelbagai warna dengan memaparkan nilai
warna RGB dalam bentuk nombor pada tetingkap palet info.
Measure Tool
Digunakan untuk mengukur jarak diantara 2 titik pada sesebuah imej yang sedang
diubahsuai.
21. Hand Tool
Adobe Photoshop CS2
17
Digunakan untuk memaparkan kawasan lain di dalam sesebuah imej sekiranya imej
yang diubahsuai itu terlalu besar sehingga tidak dapat dipaparkan secara
keseluruhannya.
22. Zoom Tool
Digunakan untuk membesarkan paparan imej pada skrin computer. Paparan imej juga
dapat dikecilkan dengan menekan kekunci Alt + klik tetikus. (Paparan kecil atau
besar imej hanyalah pada skrin komputer dan bertujuan memudahkan proses kerja).
23. Set Foreground/ Background Color Tool
Warna latar hadapan adalah warna yang digunakan untuk menaip teks, melukis garis,
objek dan sebagainya.
Adobe Photoshop CS2
18
Warna latar belakang pula merupakan warna yang digunakan oleh sesuatu fail baru
apabila pilihan Background Color dipilih pada tetingkap New.
Warna latar hadapan (diwakili dengan kotak di bahagian hadapan) dan warna latar
belakang (diwakili dengan kotak di bahagian belakang) boleh ditukar dengan cara
mengklik salah satu kotak kemudian memilih warna yang dikehendaki pada Color
Picker.
Untuk kembali kepada warna asal (Latar Hadapan: Hitam dan Latar Belakang: Putih)
boleh dilakukan dengan mengklik kekotak kecil di sudut kiri bawah ikon.
Sekiranya pengguna ingin menukar warna di antara latar hadapan dan latar belakang,
pengguna perlu mengklik symbol anak panah pada ikon.
B: Fungsi Tetingkap Palet
1. Tetingkap Palet Navigator
Adobe Photoshop CS2
19
Tetingkap ini mengandungi kemudahan untuk membesarkan atau mengecilkan saiz
paparan imej yang dibuka.
Tetingkap ini akan memaparkan maklumat mengenai warna kawasan pada imej yang
dipilih oleh penunjuk tetikus kepada pecahan warna RGB dan CMYK. Ianya juga
memaparkan kedudukan penunjuk tetikus pada paksi x dan y.
Tetingkap ini mengandungi bar kawalan untuk mengubahsuai warna yang akan
digunakan sebagai warna latar hadapan dan belakang. Bar kawalan warna dipecahkan
berdasarkan pemecahan warna RGB mengikut sistem pemecahan warna pada skrin
paparan komputer.
Adobe Photoshop CS2
20
2. Tetingkap Palet Swatches
Tetingkap ini menyediakan pilihan warna yang telah siap dicampurkan dari pecahan
warna spektrum RGB atau CMYK. Pemilihan sebarang warna pada tetingkap ini akan
mengubah warna latar hadapan yang terdapat pada Toolbox.
3. Tetingkap Palet Layers
Tetingkap ini mengandungi bilangan layer atau lapisan yang digunakan untuk
membentuk sesuatu imej atau rekabentuk. Ianya boleh digambarkan sebagai konsep
transparency tindih-menindih di mana setiap layer adalah lutsinar dan bertindih di antara
satu sama lain.
Adobe Photoshop CS2
21
Imej yang berada pada setiap layer boleh diubah atau dibuang mengikut kedudukan imej
pada setiap layer tanpa menjejaskan imej pada layer lain.
Layer:
• Layer background biasanya mengandungi imej atau warna yang berfungsi sebagai
latar belakang.
• Layer teks mempunyai simbol T padanya
• Untuk memadam sesuatu layer, drag layer tersebut kepada ikon tong sampah di
bahagian bawah tetingkap.
• Untuk menambah layer, pilih Layer > New > Layer pada bar menu atau klik pada
ikon di bahagian bawah tetingkap.
• Layer aktif mempunyai ikon mata di sebelah kirinya
• Ikon berus menggambarkan proses kerja sedang dijalankan pada layer tersebut.
4. Tetingkap Palet History
Tetingkap ini memegang segala maklumat gerak kerja yang kita lakukan di dalam sesuatu
proses kerja.
Adobe Photoshop CS2
22
Tetingkap ini berperanan sebagai undo pada menu edit yang membenarkan pengguna
balik kepada langkah asal hanya sekali sahaja. Tetingkap Palet History ini membenarkan
kita berpatah balik kepada gerak kerja yang kita perlukan lebih daripada satu langkah.
MODUL 3 GABUNGAN DAN PEMINDAHAN IMEJ
Membina Kawasan Pilihan dan Memindahkan Kedudukan Imej
Kemahiran membina kawasan pilihan adalah kemahiran asas dalam Photoshop yang
perlu dikuasai. Hal ini kerana sesuatu imej yang ingin diubahsuai perlulah diaktifkan
(dipilih) terlebih dahulu sebelum langkah-langkah lain dilaksanakan. Antara alatan yang
boleh digunakan adalah:
A. Marquee Tool
Latihan 1 : Menggunakan Marquee
1. Aktifkan fail ToyStory.jpg
2. Buat pilihan pada kawasan teks menggunakan Ikon Marquee Tool.
3. Gunakan kekunci Shift untuk menambah ruang pilihan. Heretkan tetikus pada ruang
yang ingin ditambah. Seterusnya tekan kekunci Delete
Adobe Photoshop CS2
23
4. Simpan (Save) fail dengan menggunakan nama yang sesuai.
B. Lasso Tool Latihan 2: Menggunakan Lasso 1. Buka fail mana-mana gambar (dalan contoh ini, Shrek.jpg)
Adobe Photoshop CS2
24
2. Aktifkan Ikon Lasso Tool dan klik pada penjuru bawah kanan sebagai titik
permulaan.
3. Klik dan heret tetikus melalui watak utama.
4. Apabila selesai gunakan arahan Select>Feather dan masukkan nilai 2 piksel.
5. Dengan cara yang sama, gunakan arahan Copy dan Paste untuk memasukkan gambar