Top Banner
1 | AEEA2302 Pengenalan Mengikut Hooker, adat adalah satu aspek kelakuan yang mendekati soal-soal etika atau moral sesuatu yang dianggap elok atau sesuai dan dapat diterima oleh sesuatu masyarakat atau dapat juga dikatakan sebagai undang-undang kemasyarakatan, hukum alam atau keadaan semulajadi yang menerangkan tentang fenomena-fenomena alam, adat yang membawa pengertian undang-undang. 1 Manakala menurut Datuk Samad Idris adat adalah satu system pentadbiran dan pemerintahan serta cara hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara yang dikawal oleh peraturan-peraturan hidup seharian. 2 Di Nusantara atau Alam Melayu terdapat pelbagai adat yang digunakan dalam kehidupan masyarakat. Adat perpatih dan adat temenggung merupakan adat yang paling banyak diamalkan di kawasan Nusantara. Kewujudan kedua adat tersebut dikatakan berasal dari satu sumber yang sama iaitu dikatakan berasal dari ibu yang sama tetapi berlainan bapa. 3 Adat Temenggung dikatakan diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan manakala Adat Perpatih dikatakan diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang. Terdapat beberapa pendapat yang telah dikeluarkan oleh penyelidik mengenai asal usul adat tersebut. Pendapat yang pertama, mengikut Abdullah Siddik beliau menyatakan bahawa menurut Tamboo, di Minangkabau terdapat dua adik beradik yang sama mak berasal dari keluarga bangsawan iaitu Sutan Paduka Basa dengan gelaran Datuk Ketemanggungan, dan Sikalokduni dengan gelaran Datuk Perpatih Nan Sebatang. Berdasarkan pendapat tersebut menunjukkan bahawa bahawa Adat Temenggung dan Adat Perpatih sememangnya berasal dari Minangkabau. 1 Hooker, Reading In Malay Adat Laws, Singapura : Singapura University Press, 1970, Hlm. Xi 2 Datuk Samad Idris, Kemudian Dalam Adat Perpatih, Kertas Kerja Yang Dibentangkan Di Seminar Pensejarahan Dan Adat Perpatih, Anjuran Majlis Belia Negeri Sembilan, Pada 10-12 April 1974, Hlm. 3 3 Zainal Abidin Bin Borhan, Adat Melayu Temenggung, Kertas Kerja Yang Dibentangkan Di Seminar Adat Perpatih Naning, Anjuran Kerajaan Negeri Melaka, Pada 15 Mac 1997, Hlm. 2.
14

adat temenggung dan perpatih

Jan 24, 2023

Download

Documents

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: adat temenggung dan perpatih

1 | A E E A 2 3 0 2

Pengenalan

Mengikut Hooker, adat adalah satu aspek kelakuan yang mendekati soal-soal etika

atau moral sesuatu yang dianggap elok atau sesuai dan dapat diterima oleh sesuatu

masyarakat atau dapat juga dikatakan sebagai undang-undang kemasyarakatan, hukum alam

atau keadaan semulajadi yang menerangkan tentang fenomena-fenomena alam, adat yang

membawa pengertian undang-undang.1 Manakala menurut Datuk Samad Idris adat adalah

satu system pentadbiran dan pemerintahan serta cara hidup berkeluarga, bermasyarakat dan

bernegara yang dikawal oleh peraturan-peraturan hidup seharian.2

Di Nusantara atau Alam Melayu terdapat pelbagai adat yang digunakan dalam

kehidupan masyarakat. Adat perpatih dan adat temenggung merupakan adat yang paling

banyak diamalkan di kawasan Nusantara. Kewujudan kedua adat tersebut dikatakan berasal

dari satu sumber yang sama iaitu dikatakan berasal dari ibu yang sama tetapi berlainan bapa.3

Adat Temenggung dikatakan diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan manakala Adat Perpatih

dikatakan diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang. Terdapat beberapa pendapat yang

telah dikeluarkan oleh penyelidik mengenai asal usul adat tersebut.

Pendapat yang pertama, mengikut Abdullah Siddik beliau menyatakan bahawa

menurut Tamboo, di Minangkabau terdapat dua adik beradik yang sama mak berasal dari

keluarga bangsawan iaitu Sutan Paduka Basa dengan gelaran Datuk Ketemanggungan, dan

Sikalokduni dengan gelaran Datuk Perpatih Nan Sebatang. Berdasarkan pendapat tersebut

menunjukkan bahawa bahawa Adat Temenggung dan Adat Perpatih sememangnya berasal

dari Minangkabau.

1 Hooker, Reading In Malay Adat Laws, Singapura : Singapura University Press, 1970, Hlm. Xi

2 Datuk Samad Idris, Kemudian Dalam Adat Perpatih, Kertas Kerja Yang Dibentangkan Di Seminar

Pensejarahan Dan Adat Perpatih, Anjuran Majlis Belia Negeri Sembilan, Pada 10-12 April 1974, Hlm. 3 3 Zainal Abidin Bin Borhan, Adat Melayu Temenggung, Kertas Kerja Yang Dibentangkan Di Seminar Adat

Perpatih Naning, Anjuran Kerajaan Negeri Melaka, Pada 15 Mac 1997, Hlm. 2.

Page 2: adat temenggung dan perpatih

2 | A E E A 2 3 0 2

Pendapat yang kedua pula telah dikeluarkan oleh Wilkinson, beliau menyatakan

bahawa Adat Temenggung tidak berasal dari Minangkabau. Beliau berpendapat bahawa adat

tersebut berasal dari dari kerajan Melayu Palembang/ Srivijaya yang wujud sekitar tahun 900-

1375 Masihi. Beliau juga berpendapat bahawa adat tersebut berkembang ke Singapura dan

Melaka melalui keturunan Raja Palembang. Dari Melaka adat tersebut berkembang ke

kawasan yang lain di Tanah Melayu seperti Johor,Perak, Pahang, dan lain-lain.4

Adat Temenggung dilihat diperaktikkan secara meluas di kawasan persisiran pantai

seperti Melaka dan seterusnya berkembang ke kawasan wilayah yang lain manakala dapat

dilihat Adat Perpatih diamalkan oleh masyarakat yang di kawasan pendalaman seperti di

Naning, Negeri Sembilan dan juga di kawasan Sumatera Barat.

Walaupun kedua-dua adat tersebut dikatakan berasal dari satu sumber yang sama

namun kedua-dua adat tersebut mempunyai perbezaann yang ketara dalam beberapa perkara.

Antaranya adalah perbezaan dari aspek politik dan kekuasaan, sistem perundangan, sistem

perwarisan harta, sistem kekeluargaan dan juga sistem perkahwinan. Perbezaan yang ada

tersebut menunjukkan dan mempamerkan keunikan dan ketinggian pemikiran masyarakat

Alam Melayu ketika satu masa dahulu.

Perbandingan Dalam Sistem Adat Temenggung Dan Adat Perpatih

Sistem Politik Dan Kekuasaan

Dalam adat Temenggung, raja atau sultan merupakan kedudukan yang paling tinggi

dalam struktur politik dan pentadbiran di Alam Melayu yang mengamalkan Adat

Temenggung. Raja mempunyai kuasa mutlak dalam pentadbiran dan raja juga memainkan

peranan sebagai ketua agama, ketua undang-undang, ketua ketenteran dan ketua masyarakat.

4 Zainal Abidin Bin Borhan, Adat Melayu Temenggung, Hlm. 4.

Page 3: adat temenggung dan perpatih

3 | A E E A 2 3 0 2

Kedudukan istimewa seorang Raja diperkukuhkan dengan konsep daulat dan derhaka. Hal ini

dapat diperlihatkan melalui petikan berikut:

Bendahara Paduka Raja pun berwasiatkan kepada segala anak cucunya ... jangan

kamu sekaliannya melupai daripada berbuat kebaktian .. raja itu umpama dua buah

permata pada sebentuk cincin; lagi pula raja itu umpama ganti Pencipta ( Allah )

dalam dunia.

( Sulalatus Salatin, 1979 : 190 )

Dapat dilihat melalui petikan tersebut kedudukan seorang raja begitu mulia sehingga

dianggap sebagai wakil Tuhan di dunia. Hal ini secara tidak langsung bahawa sebarang

tindakan melanggar perintah Raja seperti melanggar perintah Tuhan.

Di bawah raja atau Sultan terdiri daripada kerabat diraja yang digelar sebagai

keluarga bangsawan. Seterusna terdapat pembesar-pembesar yang bertugas mengikut bidang

kuasa masing-masing sebagai contohnya Bendahara, Laksamana dan Shah Bandar. Raja atau

Sultan di Alam Melayu berkuasa dalam menentukan corak pemerintahan. Kebanyakan Raja

atau Sultan di Alam Melayu mengamalkan sistem autokrasi. Selepas kematian Raja,

kedudukan tersebut akan diwarisi oleh anak lelaki pertama Raja dan sekiranya Raja mangkat

tanpa meninggalkan waris maka takhta tersebut akan diwarisi oleh adik kandung raja.

Dalam Adat Perpatih sistem politik atau organisasiya diasaskan oleh unit terkecil iaitu

rumpun. Rumpun adalah satu keluarga yang mempunyai keturunan sekurang-kurangnya tiga

generasi dan tinggal setempat.5 Gabungan beberapa rumpun akan membentuk ruang dan

gabungan beberapa ruang seterusnya akan membentuk perut. Kebiasaannya perut adalah

kelompok masyarakat yang berasal dari suku yang sama.6 Perut akan diketui oleh Buapak.

5 Azzal Abu Talib, Sistem Bersuku Masyarakat Adat Perpatih Di Negeri Sembilan Kajian Kes : Luak Inas,

Latihan Ilmiah, Jabatan Persuratan Melayu : UKM, 1992/92, Hlm. 37. 6 Azzal Abu Talib, Sistem Bersuku Masyarakat Adat Perpatih Di Negeri Sembilan Kajian Kes : Luak Inas, Hlm.

39.

Page 4: adat temenggung dan perpatih

4 | A E E A 2 3 0 2

Buapak berfungsi dalam hak kekeluargaan seperti perkahwinan, penceraian, pembahagian

harta dan menyelesaikan pertelingkahan yang berlaku dalam perut.7

Buapak seterusnya akan memilih Lembaga. Lembaga pula akan memilih Undang.

Setiap suku akan diketuai oleh Lembaga. Jawatan lembaga dilantik secara bergilir mengikut

suku. Lembaga mempunyai kuasa dalam melantik dan memecat Penghulu atau Undang. Di

Negeri Sembilan, jawatan Penghulu atau Undang dilantik dari Suku Biduanda iaitu suku asli

di Negeri Sembilan. Keadaan politik Adat Perpatih dapat dilihat melalui perbilangan berikut :

Bulat anak buah,

Melantik buapak,

Bulat buapak,

Melantik lembaga,

Bulat lembaga,

Melantik penghulu / undang,

Bulat penghulu / undang melantik keadilan ( raja ).8

Melalui perbilangan tersebut dapat dilihat bagaimana keadaan politik dan pemilihan

pemimpin dalam Adat Perpatih. Mereka mengamalkan sistem pemilihan dari bawah ke atas

iaitu sistem bertingkat. Dapat dilihat juga berdasarkan pemilihan bertingkat tersebut

memperlihatkan kepimpinan dalam Adat Perpatih berlandaskan konsep muafakaat demokrasi

dan budi. Hal ini dapat dilihat dalam perbidalan seperti berikut:

7 Azzal Abu Talib, Sistem Bersuku Masyarakat Adat Perpatih Di Negeri Sembilan Kajian Kes : Luak Inas, Hlm.

50. 8 Khalid Bonget, Adat Perpatih Esei Pilihan : Tatacara Pemilihan Ketua Adat Dalam Adat Perpatih, Malaysia :

Jabatan Warisan Negara, 2007, Hlm. 146.

Page 5: adat temenggung dan perpatih

5 | A E E A 2 3 0 2

Memusat dari bumi,

Perpuncak ke langit.

Berjenjang naik,

Bertangga turun.9

Berdasarkan perbidalan tersebut daat dilihat konsep yang digunakan oleh masyarakat

yang mengamalkan Adat Perpatih. Hal ini seterusnya dapat membezakan keadaan politik dan

sistem yang digunakan dalam organisasi masyarakat yang mengamalkan Adat Temenggung

dan Adat Perpatih.

Sistem Perundangan

Dalam Adat Temenggung, pelaksanaa undang-undang yang dilakukan adalah

bertujuan untuk menghukum dan berpegang kepada perinsip pembalasan. Hal ini bertujuan

bagi memberi amaran dan iktibar kepada orang lain dan memberi hukuman serta balasan

kepada pesalah. Dapat dilihat undang-undang Adat Temenggung telah menjadi asas dalam

pembentukan undang-undang kerajaan Melayu yang ada seperti pembentukan Undang-

Undang Johor, Hukum Kanun, dan Undang-Undang Riau. Hal ini telah disokong oleh Abu

Hassan dan Mariam.10

Perkara ini berlaku kerana disebabkan oleh perkembangan masyarakat

yang berlaku di persisir pantai memerlukan sebuah undang-undang yang bertulis oleh itu

mereka telah menggunakan undang-undang Adat Temenggung sebagai asas kepada undang-

undang sesuatu kawasan.

Dalam undang-undang yang berasaskan adat Temenggung dapat dilihat hukuman

mati merupakan hukuman yang paling berat terhadap kesalahan membunuh, memfitnah atau

9 Khalid Bonget, Adat Perpatih Esei Pilihan : Tatacara Pemilihan Ketua Adat Dalam Adat Perpatih,Hlm. 146.

10 Zainal Abidin Bin Borhan, Adat Melayu Temenggung, Hlm. 8.

Page 6: adat temenggung dan perpatih

6 | A E E A 2 3 0 2

menderhaka kepada Raja. Dalam undang-undang berasaskan Adat Temenggung, Raja

mempunyai kuasa yang paling tinggi dalam perundangan. Selain itu, dapat dilihat juga dalam

undang-undang berasaskan Adat Temenggung bersifat memihak kepada golongan golongan

atasan atau pemerintah. Hal ini dapat dilihat melalui hukuman yang dikenakan kepada rakyat

biasa berbeza dengan hukuman yang dikenakan kepada golongan atasan walaupun kesalahan

ang dilakukan adalah sama.

Dalam membuktikan kesalahan, bukti perlu diserahkan dengan keterangan yang

terperinci sebelum menghukum seseorang. Manakala dari segi kuasa menjalankan hukuman

terletak pada Raja/ Sultan, pembesar dan penghulu. Namun bagi kesalahan yang serius atau

junlah dendanya melebihi $25.00 hanya Raja /Sultan berhak membuat keputusan. Antara

contoh-contoh petikan yang berkaitan dengan undang-undang Temenggung :

Maka titah baginda (sultan Alau’d-Din) kepada Seri Maharaja : Jikalau orang

mendapat harta orang, jika tiada dipulangkannya pada yang empunya, disuruh

baginda kudung tangannya...

(Sulalatus Salatin, 1979:175)

Pada suatu malam Seri Maharaja berkawal, bertemu dengan seorang pencuri, maka

diparang oleh Seri Maharaja dengan pedang bertupai, putus bahunya...

(Sulalatus Salatin, 1979:175)

Fasal yang kesebelas pada menyatakan hukum orang mencuri. Adapun jikalau

seseorang mencuri lagi dalam kampung itu, maka tahu orang yang empunya itu,

maka dibunuhnya, tiadalah lagi yang salah membunuh itu.

(Undang-Undang Melaka, 2003:113)

Page 7: adat temenggung dan perpatih

7 | A E E A 2 3 0 2

Keadaan yang berbeza dapat dilihat dalam undang-undang Adat Perpatih,

dalam Adat Perpatih,undang-undang jenayah dan hukuman yang dijalankan adalah

bersifat pemulihan dan pengajaran. Hal ini bertujuan untuk memberi kesedaran

kepada masyarakat. Hal ini berbeza sekali dengan konsep undang-undang dan

hukuman yang dijalankan dalam Adat Temenggung.

Dalam perundangan Adat Perpatih seseorang itu tidak boleh dikatakan

bersalah selagi mana dia tidak dihakimi oleh institusi keadilan.11

Undang-undang

Adat Perpatih boleh ditemui melalui kata-kata perumpamaan, bidalan, pantun dan

juga teromba. Undang-undang tersebut bukanlah satu undang-undang bertulis namun

keberkesanan undang-undang tersebut telah dikenalpasti oleh William Marsden

melalui kajian yang dilakukan oleh beliau.12

Dalam Adat Perpatih, undang-undang dapat dibahagikan kepada enam

bahagian iaitu Undang-Undang Berkaitan Perlembagaan, Undang-Undang Jenaah,

Undang-Undang Keterangan, Undang-Undang Keluarga,Undang-Undang Harta dan

juga Konflik Undang-Undang. Setiap bahagian undang-undang tersebut mempunyai

perumpamaan atau bidalan yang menunjukkan kesalahan yang dilakukan dan juga

balasannya. Sebagai contoh:

Undang-Undang Berkaitan Perlembagaan :

Alam beraja,

Luak berpenghulu,

Suku bertuan,

11

Rais Yatim, Adat Perpatih Esei Pilihan : Adat Perpatih Common Law And Equity Suatu

Perbandingan,Malaysia : Jabatan Warisan Negara, 2007, Hlm. 44. 12

Rais Yatim, Adat Perpatih Esei Pilihan : Adat Perpatih Common Law And Equity Suatu Perbandingan,

Hlm. 46.

Page 8: adat temenggung dan perpatih

8 | A E E A 2 3 0 2

Anak buah beribu bapa.13

Undang-Undang Jenayah :

Yang mencincang,yang mampas

Yang membunuh, yang membangunkan

Yang menjual, memberi balas

Hilang darah ganti darah,

Salah makan dimuntahkan,

Salah tarek dikembalikan.14

Undang-Undang Keterangan:

Berkata bersaksi

Pada manusia pegang katanya

Pada binatang pegang talinya

tiang berpalang, dinding teretas

Terkejar terlelah

Tercincang terpakok 15

Jelas dapat dilihat bahawa terdapat perbezaan yang ketara di antara undang-undang

yang diamalkan oleh Adat Temenggung dan juga Adat Perpatih. Namun undang-undang yang

diguna pakai oleh kedua-dua adat tersebut bertujuan untuk memberi ketenangan dan rasa

selamat serta menyusun kehidupan masyarakat yang mengamalkan adat tersebut.

13

Rais Yatim, Adat Perpatih Esei Pilihan : Adat Perpatih Common Law And Equity Suatu Perbandingan, Hlm.

47. 14

Ibid. 15

Ibid, Hlm. 48.

Page 9: adat temenggung dan perpatih

9 | A E E A 2 3 0 2

Sistem Perwarisan Harta

Mengikut sistem Adat Temenggung, lelaki lebih berhak mewarisi harta yang lebih

banyak berbanding wanita. Hal ini dapat dilihat menggunakan sistem faraid yang diamalkan

dalam agama Islam. Namun demikian perwarisan harta juga boleh dilakukan melalui sistem

wasiat. Iaitu dimana harta akan dibahagikan mengikut wasiat yang telah ditetapkan oleh si

mati. Sebagai contoh, sistem perwarisan harta dalam Adat Temenggung dapat dilihat dalam

kerajaan Melaka iaitu di mana kuasa raja atau sultan diwariskan kepada anak lelaki mereka.

Namun demikian, sistem perwarisan harta dalam Adat Temenggung tidaklah serumit dan

sekompleks sistem perwarisan harta yang diamalkan oleh masyarakat yang mengamalkan

Adat Perpatih.

Dalam Adat Perpatih, sistem perwarisan harta kelihatan rumit dan kompleks kerana

melibatkan status tanah. Dalam sistem perwarisan harta Adat Perpatih terdapat dua jenis harta

iaitu harta pusaka dan harta carian. Harta pusaka merupakan harta yang hanya boleh dimiliki

oleh kaum wanita sahaja manakala harta carian adalah harta ang dicari sendiri. Harta pusaka

pula boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu harta pusaka besar dan harta pusaka

sendiri.harta pusaka besar adalah harta yang meliputi perkara berkaitan tanah dan harta

pusaka yang diwarisi dari ibu dianggap sebagai harta milik suku. Manakala harta pusaka

sendiri adalah harta persendirian yang diwarisi daripada orang tua mereka seperti tombak dan

keris.

Harta carian pula boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu harta carian bujang dan

carian bersama. Harta carian bujang adalah harta carian yang dicari seseorang sebelum dia

Page 10: adat temenggung dan perpatih

10 | A E E A 2 3 0 2

berkahwin manakala harta carian bersama adalah harta yang dicari bersama-sama semasa

alam perkahwinan dan masing-masing mempunyai kepentinga terhadap harta tersebut.16

Dalam proses pembahagian harta pusaka, harta tersebut hanya boleh diwarisi oleh

kaum wanita yang terdapat dalam suku tersebut. Sekiranya waris kepada harta tersebut tiada,

maka harta pusaka tersebut akan diwariskan kepada kaum wanita yang mempunyai hubunga

terdekat dalam suku tersebut. Hal ini amat penting kerana harta pusaka yang kebiasaannya

adalah tanah. Dalam Adat Perpatih, tanah dianggap sebagai satu harta yang penting bagi

wanita. Hal ini kerana kebanyakan masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih tinggal di

kawasan pendalaman, oleh itu mereka memerlukan tanah bagi tujuan pertanian dan

sebagainya. Disamping itu juga, perwarisan tanah hanya boleh diterima oleh kaum wanita

sahaja. Hal ini berlaku kerana mereka beranggapan orang lelaki mampu merantau, memburu

dan mampu menjaga diri berbanding dengan kaum wanita. Walaupun tanah diwarisi oleh

kaum wanita, namun kaum lelaki dibenarkan mentadbir dan menguruskan tanah tersebut.

Kebiasaannya, pembahagian harta carian akan berlaku sekiranya berlakunya

penceraian, harta carian bujang akan diambil oleh empunya manakala harta carian bersama

akan dibahagiakan sama rata atau dibahagiakan mengikut budi bicara masing-masing.

Sistem Kekeluargaan

Dalam adat Temeggung, Sistem kekeluargaan kelihatan bercorak seimbang dimana

kedudukan keluarga sebelah bapa dan ibu dianggap sama penting. Dalam Adat Temenggung

sistem kesukuan tidak diamalkan seperi yang wujud dalam adat perpatih. Dapat juga dilihat

dalam adat Temenggung, kaum lelaki menjadi ketua keluarga dan nasab keturunan akan

16

Ia Agustar, Pelaksananan Pembahagian Warisan Atas Harta Pencarian Dalam Lingkungan Adat Minangkabau Di Kecamatan Lubuk Kilangan Kota Padang, Tesis, Inodenesia : Universitas Diponegoro, 2008, Hlm. 5.

Page 11: adat temenggung dan perpatih

11 | A E E A 2 3 0 2

dikira daripada sebelah bapa. Pihak sebelah lelaki akan diberi keutamaan yang dibenarkan

oleh syarak.

Hal ini berbeza dalam masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih. Dalam Adat

Perpatih sistem suku dijadikan sebagai sistem kekeluargaan. Mereka juga mengutamakan

nasab sebelah ibu kerana keahlian seseorang akan dikira melalui suku yang diwarisi daripada

sebelah ibu dan mengetepikan suku bapa mereka.17

Setiap ahli suku dikira sebagai saudara

dan adik beradik oleh itu perkahwinan dalam suku yang sama tidak dibenarkan. Terdapat 12

suku dalam masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih iaitu Suku Biduanda, Suku Batu

Hampar, Suku Tiga Nenek dan lain-lain.

Sistem Perkahwinan

Dalam Adat Temenggung, adat perkahwinannya menggambarkan kebudayaan Hindu

tetapi telah diperhalusi dan didasari oleh peraturan Islam seperti hukum nikah, hukum cerai,

hukum ruju’ dan nafkah.18

Kesemua hukum-hukum Islam dijadikan sebagai garis panduan

dalam perkahwinan. Dalam adat perkahwinan Adat Temenggung, seorang lelaki boleh

berkahwin dengan sesiapa sahaja gadis yang dia suka selain dari wanita yang telah

diharamkan oleh syarak untuk bernikah. Selain itu juga, dalam Adat Temenggung, seorang

lelaki boleh berkahwin lebih daripda satu sehingga empat orang berkesesuaian dengan

syarak.

Berikut merupakan petikan yang menyatakan membuktikan bahawa adat perkahwinan

masyarakat Adat Temenggung didasari oleh agama Islam:

“Jikalau ada perempuan berbapa atau bernini atau saudaranya laki-laki itulah akan

walinya perempuan itu”

17

Ia Agustar, Pelaksananan Pembahagian Warisan Atas Harta Pencarian Dalam Lingkungan Adat

Minangkabau Di Kecamatan Lubuk Kilangan Kota Padang, Hlm. 47 18

Asiah Binti Taharip, Perbezaan Teks-Teks Adat Temenggung, Tesis, Malaysia : Ukm, 1981/82, Hlm. 144.

Page 12: adat temenggung dan perpatih

12 | A E E A 2 3 0 2

“..jauh wali itu daripada negeri sehari semalam....maka haruslah hakim walinya”

“ia yatim, itu pun hakim akan walinya”

“adapun segala syarat ini, maka berlakulah hukum nikah yang pada kitab allah

ta’ala..”

(Undang-Undang Melaka, 2003 :130)

Walaubagaimanapun dalam adat perkahwinan masyarakat di Alam Melayu

mengamalkan adat kebudaan Hindu seperti berinai, bersanding dan lain-lain.19

Walaupun

adat yang diamalkan mengandungi kebudayaan Hindu namun perkara tersebut telah

diasmilasikan dengan hukum syarak dan seterusnya menjadi adat perkahwinan masyarakat

Melayu di Alam Melayu.

Dalam Adat Perpatih,mereka mengamalkan perkahwinan yang bersifat Eksogami.

Sistem perkahwinan mereka adalah berasaskan sistem suku iaitu seseorang itu tidak

dibenarkan berkahwin dengan orang yang sesuku dengannya.20

Hal ini berlaku kerana mereka

yang sesuku dianggap mempunyai hubungan yang rapat seperti adik beradik, oleh itu mereka

tidak dibenarkan berkahwin sesuku kerana kahwin sesuku bererti seperti berkahwin adik-

beradik. Sekiranya perkahwinan sesuku dijalankan juga maka pasangan yang berkahwin

tersebut akan dilucutkan keahlian dan diusir keluar dari tanah pusakanya. 21

Walaubagaimanapun, hal tersebut masih boleh diperbetulkan melalui majlis yang

dipanggil sebagai masuk adat. Majlis tersebut diadakan sesuai dengan konsep hukuman yang

bersifat pengajaran dalam Adat Perpatih. Bagi kembali ke dalam suku, terdapat beberapa

perkara yang perlu dilakukan seperti:

19

Asiah Binti Taharip, Perbezaan Teks-Teks Adat Temenggung, Hlm. 145. 20

Azzal Abu Talib, Sistem Bersuku Masyarakat Adat Perpatih Di Negeri Sembilan Kajian Kes : Luak Inas,

Hlm. 53. 21

Ibid. Hlm. 54.

Page 13: adat temenggung dan perpatih

13 | A E E A 2 3 0 2

I. Membayar denda 50 gantang beras

II. Membayar wang tunai dalam jumlah tertentu

III. Mengadakan seekor lembu atau kambing

Majlis tersebut adalah satu upacara dimana pasangan yang bersalah akan mengakui

kesilapan mereka dan memohon serta meyampaikan keinginan untuk kembali kedalam suku

mereka. Mereka juga harus menyembah setiap ahli yang berada dalam suku mereka. Hal ini

dilakukan bertujuan untuk memberi pengajaran kehidupan kepada mereka yang lain. Sistem

perkahwinan ini diamalkan bertujuan bagi memberi peluang untuk menambahkan ikatan dan

keakraban di antara suku-suku yang ada.

Setelah berkahwin, pihak lelaki akan tinggal di rumah isteri dan dakan dipanggil

sebagai orang Semenda manakala suku isterinya dipanggil sebagai Orang Tempat Semenda.22

Suami haruslah mengikut segala peraturan yang diamalkan di rumah isteri mereka. Walaupun

begitu si suami mempunyai kuasa dan hak dalam mentadbir keluarga mereka. Sekiranya sumi

ingin berkahwin sekali lagi, beliau tidak boleh berkahwin dengan orang yang sama suku

dengan isterinya selagi isterinya masih hidup. Hal ini kerana sesorang yang sama suku

dianggap sebagai adik-beradik. Jelas dapat dilihat perbezaan dalam adat perkahwinan antara

Adat Temenggung dan Adat Perpatih.

Penutup

Kesimpulannya, terdapat beberapa perbezaan yang ketara dalam sistem Adat

Temenggung dan Adat Perpatih. Walaupun terdapat perbezan dalam pengamalan Adat

Perpatih dan Adat Temenggung namun tiada pertelingkahan dan pergaduhan yang berlaku di

antara pengamal adat-adat tersebut. Dapat dilihat juga, walaupun terdapat perbezaan di antara

22

Azzal Abu Talib, Sistem Bersuku Masyarakat Adat Perpatih Di Negeri Sembilan Kajian Kes : Luak Inas,

Hlm. 55.

Page 14: adat temenggung dan perpatih

14 | A E E A 2 3 0 2

kedua adat tersebut namun jelas bahawa kedua-dua adat tersebut mempunyai matlamat yang

sama iaitu bertujuan menjaga keselamatan msaarakat agar dapat hidup dalam keadaan aman

dan damai. Kedatangan penjajah ke Alam Melayu turut membawa pengenalan undang-

undang baru. Namun demikian, adat-adat tempatan seperti Adat Perpatih dan Adat

Temenggung masih mempunyai pengamal dan kekal dalam masyarakat sehingga hari ini.