1.0 ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN KAUM INDIA1.1 Pengenalan
Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan
juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan
sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain,
masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan
masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam
yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan
dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek
kelahiran dan perkahwinan. Seperti juga masyarakat lain, masyarakat
India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat
berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.
Melalui jejak sejarah, orang india Malaysia ialah satu kaum di
Malaysia yang berketurunan daripada mereka yang berhijrah dari
India Selatan semasa pemerintahan British di Tanah Melayu. Orang
india telah berhijrah ke Malaysia sejak 2000 tahun yang lalu.
Kedatangan mereka secara berkumpulan seperti komuniti Chitty Melaka
dan komuniti Mamak semasa kesultanan Melaka dan semasa pendudukan
Melaka oleh orang Portugal dan Belanda. Tujuan penghijrahan mereka
ke Tanah Melayu ialah mensasarkan tujuan perniagaan atau
perdagangan. Pada tahun 2005,orang India merupakan lebih kurang 7%
daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta rakyat).
1.2 Perkahwinan Masyarakat India
Perkahwinan dalam bahasa india disebut Thirumanamyang bermaksud
penyatuan atauikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan suami
isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Terdapat tiga jenis
perkahwinan dalam masyarakat india iaituvaitikat thirumanam, tamil
thirumanam, dan diya thirumanamyang mana perkahwinan ini dijalankan
adalah berlandaskan aspek suku kaum. Antara adat yang dilakukan
untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji
kelapa yang dilubangkan di bahagian atasnya, menuang air susu
kedalamnya, memberi sireh, mencium tapak kaki kedua ibu bapa
(membasuh kaki ibu bapa, memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta
sari (ibu mertua) dan wang. Biasanyapasangan pengantin akan
bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi
minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara ini
menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri.2.0
PRA-SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN
2.1 Merisik
Dalam peringkat merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian
seperti faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama. Selain itu,
faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial
merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan,
etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga juga turut
diambil kira. Selalunya maklumat-maklumat ini diperolehi secara
langsung dari pihak yang terlibat dan juga secara tidak langsung
menerusi sahabat-handai dan saudara mara. Ada kalanya orang tengah
yang dipanggiltirumana taraga akan membantu dalam kerja-kerja
merisik. Tetapi kini peranan tersebut telah diambil alih oleh
ejen-ejen perkahwinan yang berdaftar.2.2 Kunjungan ke Rumah
Pengantin (Pen Paartal)
Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal
pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk
melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya. Adat ini
dikenali sebagaipen paarttalatau dalam bahasa Melayu dipanggil
sebagai melihat bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu
datang dalam jumlah ganjil. Buah tangan seperti kelapa, sirih,
pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk kumkum
akan dibawa. Barang-barang ini dibawa sebagai tanda kedatangan
mereka atas niat yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan
kekeluargaan. Pihak perempuan akan menerima hantaran tersebut
sekiranya bersetuju. Jika tidak, mereka hanya melayan orang yang
datang sebagai tetamu dan tidak boleh mengambil barang-barang
tersebut. Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan
dipertanggungjawabkan menghidang air minuman. Pada masa itu bakal
pengantin lelaki berpeluang melihat pengantin perempuan dengan
lebih dekat lagi. Oleh itu bakal pengantin perempuan perlu melayani
para tetamu yang bertandang termasuklah bakal suami. Kemudian
kunjungan ini dibalas oleh wakil perempuan. Kali ini pengantin
perempuan tidak turut serta. Dalam masyarakat India, adatpen
paarttaljuga bertujuan untuk mengetahui latar belakang bakal
pengantin lelaki.2.3 Kaji Kecocokan Pengantin
Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagaiThairumanam
Poruttam Paartaldijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu
tidak terdapat konsep perceraian. Terdapat 21 aspek perlu diambil
kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan
cara tilikandimanakHindu. Diantara yang masih diamalkan oleh
masyarakat Hindu iaituTina poruttam/Natcattira poruttam,Kana
poruttam,Mahentira poruttam,Pentiikka poruttam,Yooni poruttam,Raasi
poruttam,Raasiyaati paati poruttam,Vaiya poruttam,Racau
poruttamdanVeetai poruttam.2.4 Ikat Janji (Niccayam)
Ikat janji atauniccayamdilakukan selepas mendapat persetujuan
kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak
perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa
barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan,
cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan. Sebaik
sahaja sampai ke rumah bakal pengantin perempuan, bapa kedua-dua
belah pihak akan berbincang mengenai perkahwinan tersebut.
Sekiranya bapa salah seorang bakal pengantin telah meninggal dunia,
perbincangan akan diadakan dengan saudara-mara. Sekiranya kedua-dua
belah pihak pengantin bersetuju, mereka akan mengikat janji. Bakal
pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi
menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan.
Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai.
Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang
yang dinamakan taambuulan marrutal. Kemudian mereka akan
membincangkan mengenai hari perkahwinan dan tentang belanja untuk
pengantin perempuan, kad jemputan dan sebagainya. Kemudian
upacaraniccayamakan dilakukan dan lazimnya akan dijalankan dengan
bertukar-tukar kalungan bunga.2.5 Pemberian Hadiah (Parisam)
Adat parisam terbahagi kepada dua iaituparisambiasa atauudan
parisam.Parisambiasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih
awal daripada hari perkahwinan, manakalaudan parisamadalah
pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi
sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam
umpama sebuah majlis pertunangan. Adat pemberian parisam akan
diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah
pihak. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis
hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh
wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka
dipanggilcumanggali.
Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuan diketuai oleh
bakal pengantin lelaki dengan memakai pakaian tradisional
masyarakat India. Pada masa yang sama alat muzik tradisional
seperti naatasawaram dan meelam dimainkan. Pihak perempuan akan
menyediakan buyung yang dikenali sebagaipuurana kumbumyang
diletakkan di ruang tamu. Lampu minyak yang dipanggil sebagaikuttu
vilakkudiletakkan bersebelahanpuurana kumbumsebagai menunjukkan
kurniaan tuhan.
Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan
terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan
membawaparisamyang mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Pada
masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu dengan
menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah
itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihatpuurana
kumbum dengan lebih dekat lagi. Pada hari tersebut, bakal pengantin
perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang
wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang
saudara-mara boleh mengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin
perempuan. Ini dikenali sebagaiorrai-maalaiatau kalungan tunggal.
Pengiring akan memberi kad jemputan kepada kedua-dua pihak
pengantin.
Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin (pen
paartal), adat ikat janji (niccayam) dan pemberian hadiah (parisam)
merupakan adat yang sering dilakukan oleh masyarakat India. Namun
begitu ada di kalangan mereka yang tidak lagi melakukan upacara
tersebut untuk mengelakkan pembaziran.
3.0 SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN
Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa
perkara penting yang perlu dijalankan terlebih dahulu, antaranya
:3.1 Kad Jemputan
Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan
masyarakat India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak
Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak
dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak
disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian.
Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa
bersama ke kuil untuk dibawa bersembahyang (arccanai). Kad
diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang ringgit, kelapa,
pinang dan sebagainya sebagai lambang kekayaan. Upacara ini
dinamakan sebagaipaanam paaku. Kemudian dulang akan dibawa ke rumah
pengantin perempuan untuk diberi kepada pengantin lelaki dan
begitulah sebaliknya. Pada masa yang sama sirih pinang akan
diberikan sebagai tanda jemputan perkahwinan secara rasmi.3.2
Penyediaan Thaali (Tjrumaanggalyam)
Thaali atautjirumaangalyammerupakan lambang suci perkahwinan
yang dikalungkan pada leher kedua-dua pengantin. Pada thaali itu
diikat segumpal benang putih yang disapu dengan kunyit. Terdapat
pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh masyarakat India
sepertilingath thaali, pottut thaali, tennantthaalidan sebagainya.
Ini disebabkan terdapat pelbagai suku dalam kalangan masyarakat
India. Adat penyediaan thaali ini dilakukan tujuh atau sembilan
hari sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa emas,
cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat
thaali. Ini adalah untuk memastikan tukang thaali mengetahui hari
yang sesuai untuk membuat thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan,
thaali akan diambil dan diletakkan di tempat sembahyang atas
suruhan pembuat thaali. Pihak pengantin adalah dilarang untuk
menawar perkhidmatan yang dilakukan oleh pembuat thaali.
Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan
sebagai thaalippadaiyal. Dalam upacara itu bubur manis dan nasi
manis disediakan termasuklah dhoti dan sari untuk pasangan
pengantin. Secara umumnya thaali tidak diwajibkan diperbuat
daripada emas. Ini kerana thaali masih boleh dibuat daripada kunyit
yang dikatakan lebih selamat dan tidak dicuri orang.
3.3 Mukuurtta Kaal
Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan
dilangsungkan. Adat mukuurtta kaalini diadakan pada hari yang baik
mengikut firasat masyarakat India. Untuk menjalankan adat tersebut
sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk
dijadikanmukurtta kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau
tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30
sentimeter.
Adat mendirikanmukuurtta kaaladalah sebagai menandakan
perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut. Bahan-bahan lazim
seperti sirih pinang, kum kum, kunyit dan sebagainya disediakan.
Ahli-ahli keluarga pengantin akan bermohon pada Tuhan supaya
perkahwinan dapat dilangsungkan tanpa gangguan. Batang kayu diambil
dan dibersihkan serta dibuang kulitnya. Lima orang perempuan yang
sudah berkahwin akan menyapukan kunyit cair dan kumkum pada batang
kayu tersebut dari pangkal hingga hujung. Kemudian hujung kayu
diikat dengan daun ara atau mangga menggunakan kain bewarna merah.
Kayu akan dipacak sedalam setengah meter dan bahan-bahan tadi akan
dimasukkan ke dalam lubang tersebut sebagai lambang kekayaan.
Kemudian upacara sembahyang dilakukan oleh pengantin beserta lima
orang perempuan tersebut. Sebanyak sembilan jenis bijirin ditabur
pada batang kayu dan lampu minyak dinyalakan. Pada masa yang sama
pengantin berikrar akan menjaga alam sekitar sebagai lambang
persahabatan dengan alam sekitar. Kebiasaannya adat
mendirikanmukuurtta kaal dilakukan di rumah pengantin lelaki.4.0
UPACARA MAJLIS PERKAHWINAN
Pengantin Bersanding
Upacara perkahwinan dilakukan olehPedandadengan berdoa supaya
pengantin hidup bahagia hingga hari tua.Pedandaakan menabur
sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin.
Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada
benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan
seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada. Kedua
mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar
dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi
pengantin.
Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu
termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian
atasnya, menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak
kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti (bapa
mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang. Biasanya pasangan
pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan
berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas.
Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi
suami isteri.
Beberapa faktor penting yang diambil kira sebelum upacara
perkahwinan dilangsungkan untuk mendapat kebahagiaan hidup,
antaranya seperti masa yang baik untuk melangsungkan perkahwinan,
pengertianthaali,valatu kal, pemberian manisan, hadiah,
penghormatan kepada pengantin lelaki, simbol pokok pisang, jamuan
perkahwinan dan meroboh khemah perkahwinan. Berikut adalah antara
acara yang diadakan sewaktu majlis perkahwinan masyarakat
India:
Kolem dan KhumbemAlipu (Mengarak Lampu)Minji (Sarung Cincin
Lelaki)
Paal (Menyapu Susu Lelaki)Minji
(sarung Cincin Wanita)Paal (Menyapu Susu Wanita)
Upacara Akad NikahMemohon Doa RestuPaal Abisygem(Cuci Kaki Ibu
Bapa)
Paal Abisygem(Cuci Kaki Ibu Bapa)Malei Mathel(Bertukar Bunga
Malei)Ayeer Mantherem(Juru Nikah)
Otthianem (Aksesori)Perkakasan Upacara PerkahwinanPerkakasan
Upacara Perkahwinan
Phavitirem - Theperpul(Memakai Cincin Daun)Poree (Membakar
Ramuan)Samenthi Phutu
Thali(Rantai Daripada Benang)Vaalem Varuthel(Membuat Tiga
Pusingan)Tallapha(Perhiasan Kepala)
5.0 SELEPAS MAJLIS PERKAHWINAN
Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India
selepas berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut
ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin
lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai
pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki
pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa itu
ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan
mengadakan jamuan.
Pada hari ketiga selepas perkahwinan, Khemah lazimnya akan
dirobohkan. Sebelum khemah dirobohkan, ayam akan disembelih sebagai
tanda menunjukkan tamatnya upacara perkahwinan. Namun amalan
tersebut tidak lagi dilakukan pada masa kini. Hanya jamuan ringan
sahaja yang diberikan kepada mereka yang merobohkan khemah
perkahwinan.
Jamuan perkahwinan tidak ketinggalan diadakan selepas upacara
perkahwinan dijalankan. Sekiranya perkahwinan dilakukan di kuil,
sayur-sayuran akan dihidangkan kepada para tetamu. Sekiranya jamuan
diadakan di dewan, makanan selain dari sayur-sayuran dihidangkan,
kecuali daging kerana daging amat dilarang dalam agama Hindu.
Jamuan tersebut akan turut disertai oleh saudara mara serta sahabat
handai.
6.0 PAKAIAN PENGANTIN MASYARAKAT INDIA
Di hari perkahwinan, pengantin lelaki India akan memakai dhoti
dilengkapi dengan turban manakala wanitanya memakai sari yang
digandingkan dengan choli ketat. Wanita remaja mengenakan skirt
labuh 'Ihenga' juga dipadankan dengan baju pendek atau choli.
Lelaki Punjabi menggayakan dhoti atau kurta dan wanitanya
mengenakan salwar-khameez-dupatta iaitu seluar dengan baju labuh
yang diperindah dengan sulaman benang emas dan labuci.
Seorang pengantin wanita India adalah lambang keindahan. Tangan
anggunnya telah dicat dengan pasta henna mehndi dalam sebuah
upacara mewah. Matanya telah digariskan menggoda dengan cat kelopak
mata. Setiap bahagian tubuhnya dihiasi dengan perhiasan dan emas
berkilauan. Rambutnya telah terjalin dengan bunga yang harum. Namun
bahagian yang paling menyerlahkan diri hari pernikahannya, untuk
dirinya sendiri dan untuk para tetamu adalah gaun pengantin
India.
Kebanyakan gaun pengantin wanita dipengaruhi budaya Hindu, merah
- tidak putih - adalah warna simbolik perkahwinan. Di Punjab,
bahagian utara-barat India, tidak hanya gaun pengantin India merah
tapi lukisan henna di tangan yang dibuat dalam nuansa merah kontras
dalam dan kaya coklat, dan gadis yang memakai sebuah array rumit
gelang merah dan putih gading disebut "chura" yang menunjukkan
status khusus sebagai pengantin.
Di Maharashtra pula, di bahagian barat semenanjung India, gaun
pengantin India yang terkenal di dunia Paithani sari, sari sutra
dihiasi dengan hiasan zari (perada thread) dan brokat, sering
dilihat dalam daun emas. Sari Paithani mungkin adalah rekaan yang
terkenal di ketika mahu melangsungkan perkahwinan. Rekaan mereka
ini mempunyai banyak nama, antaranya Tota-maina Paithani adalah
sari dengan corak burung kakaktua, bangdi-mor Paithani dengan corak
merak dan tema bangle; Paithani asavali dengan corak bunga-bunga
dan tumbuh-tumbuhan, sementara narli menampilkan corak buah kelapa
Paithani. Bahkan sari Paithani mengambil corak bulan. Untuk membuat
sari brokat lebih rumit dan akan mengambil masa selama enam bulan
untuk menyiapkannya.
Untuk pengantin di Jammu dan Kashmir, India pengantin akan
memakai celana ketat sutera disebut churidars atau piyama churidar,
dikenakan dengan kemeja longgar jatuh di bawah paras lutut yang
disebut kurtas. Sangat popular di Amerika Syarikat pada tahun
1960-an dan 1970-an. Kurtas memperlihatkan kebangkitan fesyen
masyarakat India di dunia barat.
Para wanita dari Rajasthan, negara terbesar di Republik India,
sering memakai gaun berwarna-warni berputar disebut lehenga pada
hari pernikahan mereka, dipasangkan dengan blaus hulu hati dan
baring disebut choli sebagai gaun pengantin India mereka. Ini
adalah pakaian pengantin India yang sering kita lihat dalam
filem-filem Bollywood sewaktu upacara pernikahan.
7.0 JUADAH SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN
7.1 Nasi Daun Pisang
Nasi daun pisang ini merupakan makanan bagi vegetarian India.
Hidangan ini berasal dari Tamil Nadu di India. Nasi daun pisang ini
mendapat nama kerana menggunakan daun pisang sebagai alas nasi. Di
dalam nasi daun pisang, nasi dihidangkan di atas daun pisang
bersama-sama dengan aneka sayur-sayuran, kari daging atau ikan
jeruk dan papadum. Secara tradisionalnya, ia dimakan dengan
menggunakan tangan. Daun pisang digunakan kerana apabila nasi yang
panas dihidangkan di atas daun pisang, ia akan melepaskan wap
lapisan atas daun pisang yang dapat membantu sistem
penghadaman.
Nasi daun pisang selalunya diletakkan di hadapan tetamu dan nasi
yang masih panas serta berwap akan ditimbunkan di atas daun pisang.
Selepas itu, mangkuk lauk yang terdiri daripada sayur-sayuran akan
dibawa dan ditawarkan kepada tetamu. Selain itu, mangkuk lauk
pilihan yang berisi rending kambing (mutton varuval), kari sotong,
masala udang, ikan atau ayam akan ditawarkan.
Secara kebiasaannya daun pisang akan diletakkan dengan pucuk
daun menghala ke arah kiri, ini kerana daun pisang lebih lebar
dipangkalnya, dengan itu kedudukan pangkal daun pisang di sebelah
kanan memberikan lebih banyak ruang bagi mereka yang menggunakan
tangan kanan untuk makan. Ini juga untuk mengelakkan lauk tumpah
dan mengotori meja. Orang india selatan akan meninggalkan sedikit
sisa pada daun pisang. Sisa ini sengaja ditinggalkan bagi diberikan
kepada serangga, haiwan, dan burung. Selepas makan daun pisang akan
dilipat. Cara melipat daun pisang itu dikatakan melambangkan sama
ada anda menikmati hidangan tersebut atau sebaliknya. Daun pisang
selalu dilipat ke arah diri sendiri bagi melambangkan anda ingin
kembali menikmati hidangan tersebut. Sementara melipat ke arah
bertentangan biasanya diamalkan di majlis pengebumian sebagai
lambang seseorang itu tidak ingin kembali untuk melalui peristiwa
sedih begitu lagi. Nasi daun pisang juga selalu dijamu ketika
perayaan Thaipusam. Ini untuk memupuk semangat kasih sayang serta
mengeratkan hubungan antara masyarakat.
Nasi Daun Pisang juga dikenali dalam kalangan masyarakat Melayu
khususnya Jawa yang menyerupai Nasi Ambang yang disediakan ketika
majlis kenduri dan sebagainya. Dari sudut ini, didapati makanan
yang terdapat dalam kalangan masyarakat India mempunyai beberapa
persamaan walaupun sedikit dengan masyarakat lain di Malaysia yang
seterusnya mampu membentuk keharmonian negara dan membentuk
perpaduan yang kukuh bagi mengekalkan hubungan baik antara semua
kaum.
7.2 MARUKKU
Janmashtami merupakan perayaan yang disambut oleh kaum Hindu.
Perayaan ini disambut pada bulan Savana (Ashtami Sravana). Pada
hari tersebut, kaum wanita akan menyediakan hidangan manis dan
pedas bagi meraikan kelahiran dewa yang tidak bersalah (deity of
innocence). Selesai Puja Janmashtami dilakukan, mereka menikmati
cepak bibir yang disediakan. Salah satu makanan yang disediakan
ialah Murukku (rice chakli). Murukku merupakan makanan yang mudah
disediakan dengan menjadikan beras sebagai bahan utama dalam
membuat Murukku.
Murukku merupakan sejenis makanan yang dihidangkan semasa majlis
perkahwinan bagi kaum Hindu. Tetapi masyarakat lain di Malaysia
juga menikmati Murukku sebagai hidangan snek untuk dinikmati ketika
bersantai. Masyarakat Melayu dan Cina juga menjadikan Murukku
sebagai hidangan ketika perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya
Aidilfitri. Hal ini membuktikan budaya yang dibawa oleh masyarakat
India tidak semestinya tertumpu hanya pada masyarakat India malah
masyarakat Malaysia berjaya memupuk perpaduan dan perasaan saling
hormat-menghormati sesama kaum seterusnya menyahut cabaran Perdana
Menteri mengenai gagasan 1 Malaysia. Aspek pemakanan setiap kaum
yang berbeza sedikitpun tidak melebarkan jurang antara kaum. Malah,
adat dan kepercayaan sesuatu kaum lebih dapat difahami dengan
jelas.
8.0 AMALAN DALAM PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA
8.1 Dowri (Hantaran Kahwin)
Harga emas yang terus meningkat tidak menghalang amalan
pemberian dowri (hantaran kahwin) di India dan sebaliknya
menjadikan keluarga lebih inovatif dalam memenuhi permintaan dowri.
Emas, yang secara tradisi diberi oleh keluarga pengantin perempuan
sebagai hantaran kahwin, tidak lagi menjadi pilihan utama
lebih-lebih lagi selepas harga komoditi itu melepasi paras Rs32,000
(RM1,747) bagi 10gm baru-baru ini.
Sekarang ini, kebanyakan keluarga India nampaknya telah beralih
daripada emas kepada wang tunai atau harta atau kombinasi mana-mana
dua atau ketiga-tiganya. Di India yang moden pada hari ini, sistem
dowri nampaknya mengatasi cabaran peralihan zaman dan perundangan
yang melarangnya. Sebenarnya, ia terus berkembang walaupun ramai
menganggap pemberian dowri ini sebagai amalan tidak sihat.
Majlis perkahwinan yang mewah dan dowri sebagai syarat
perkahwinan dalam realiti diamalkan secara meluas oleh masyarakat
India dan menerima liputan glamor di media walaupun dowri dikatakan
menjadi punca kekejaman terhadap wanita di negara ini. Kesannya
kepada wanita, Dowri yang juga dikenali sebagai Stree Dhan,
sebenarnya adalah hadiah yang diberi kepada pengantin perempuan
oleh ibu bapa dan sanak saudara untuk menyempurnakan
perkahwinannya. Dalam kitab Hindu (Veda), ia dijelaskan sebagai
Kanyadaan (hadiah untuk gadis).8.2 Buah Tangan
Didalam masyarakat India, jika kita ingin berkunjung ke rumah
tetamu, amatlah digalakkan membawa buah tangan sebagai tanda terima
kasih kepada tuan rumah. Mereka juga biasanya melangkah ke dalam
rumah dengan kaki kanan dahulu. Kaum India juga mengamalkan adat
bertegur sapa sesama sendiri. Mereka menyapa dengan sebutan vanakam
dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau
sebagainya antara rakan dan sanak saudara mereka. Apabila tetamu
bertandang ke rumah mereka, tetamu sentiasa dijamu dengan minuman
atau makanan dan tetamu mesti sudi menerima hidangan dengan baik
sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. Di dalam masyarakat India
juga, jika menerima sesuatu dimestikan menggunakan tangan kanan
sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran. Mereka menyapa dengan
sebutan "vanakam" dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan,
kerja, perniagaan atau sebagainya. Tetamu sentiasa dijamu minuman
atau makanan dan mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai
tanda hormat kepada tuan rumah. Jika menerima sesuatu, elok
digunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran.8.3
Waktu Perkahwinan
Seorang suami pula adalah "Tuhan bagi isterinya" dan mesti
sentiasa dihormati. Oleh itu proses perkahwinan ditentukan oleh
seorang ketua agama yang membuat tilikan masa bertuah serta reaksi
pasangan berkahwin. Masa amatlah penting bagi segala acara dan
upacara untuk mengelakkan berlakunya mala petaka ataupun nasib
buruk. Untuk mengelakkan dari keadaan buruk maka biasanya
perkahwinan dilakukan pada waktu tengah malam atau matahari akan
naik. Upacara perkahwinan dilakukan di rumah pengantin perempuan
ataupun di kuil oleh seorang ketua agama. Pada satu kawasan empat
segi di kuil itu, sami akan menyalakan api dan menyembah Tuhan
untuk menyaksikan perkahwinan tersebut.
9.0 PANTANG LARANG SEMASA PEKAHWINAN ORANG INDIA
9.1 Semasa Merisik
Pantang larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling
membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal
pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikutserta
kerana dianggap tidak sopan.
9.2 Kad Jemputan
Selain itu, sebelum majlis perkahwinan berlangsung, kad jemputan
perlu disediakan dan dibuat berdasarkan almanak hindu tanpa
kesilapan. Jika terdapat kesilapan bermakna perkahwinan tersebut
tidak dapat dijalankan dengan lancar .
9.3 Memakan Daging
Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil, maka hanya
sayur-sayuran boleh dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain
tidak boleh dihidangkan terutamanya daging lembu, kerana agama
hindu melarang makan daging lembu.9.4 Tetamu Berkunjung Ke
Rumah
Tuan rumah tidak boleh membenarkan tetamu yang pertama kali
datang menziarahi melakukan kerja seperti membasuh pinggan. Ini
kerana dipercayai akan membawa sial. Ini kerana tetamu sepatutnya
dilayan oleh tuan rumah.9.5 Pantang Larang Perkahwinan
Upacara perkahwinan dilakukan pada waktu tengah malam atau waktu
matahari naik bagi mengelakkan berlakunya malapetaka dan nasib
buruk. Upacara perkahwinan harus dilakukan di rumah pengantin
perempuan atau di kuil. Kad jemputan perkahwinan yang diedarkan
haruslah disapu dengan serbuk kunyit cairsebagai lambang
keharmonian. Tarikh perkahwinan mesti ditentukan oleh sami.
Mempelai tidak dibenarkan bertemu selama 3-5 hari sebelum tarikh
perkahwinan.
9.6 Pokok Pisang
Pokok pisang dijadikan sebagai pintu gerbang dan dihias dengan
cantik dan tidak boleh dibuang sesuka hati kerana dianggap suci.
Pokok ini dibiarkan selama seminggu sebelum dibuang sepenuhnya ke
dalam sungai.
Kesimpulannya, pada zaman moden sekarang ramai kaum india juga
terus mematuhi adat dan pantang larang yang diwarisi oleh nenek
moyang kerana keadaan ini membuktikan bahawa kaum india juga
mempunyai warisan tradisional budaya yang unik.