Tajuk : Adaptasi budaya melayu dalam budaya Portugis : Suatu
Kajian di Perkampungan Portugis ,Melaka
Tajuk : Adaptasi budaya melayu dalam budaya Portugis : Suatu
Kajian di Perkampungan Portugis ,Melaka .1.0 Pengenalan.Latar
belakang Komuniti Portugis Pendudukan awal komuniti berketurunan
Portugis di Melaka bermula selepas kejatuhan Melaka pada tahun
1511. Bermula dari tarikh tersebut, sedikit demi sedikit
orang-orang Portugis membentuk komuniti mereka sendiri dan
mengamalkan kahwin campur dengan penduduk tempatan. Amalan ini
diteruskan semasa pemerintahan Belanda dan juga Inggeris di Tanah
Melayu.
Penempatan masyarakat berketurunan Portugis secara berkelompok
mula dilaksanakan. Perkampungan ini terletak di daerah Ujong Pasir
iaitu kira-kira 3 kilometer dari pusat bandar Melaka. Idea
penubuhan perkampungan ini sebenarnya telah dibangkitkan sejak
tahun 1926 lagi. Pada tahun 1933, 28 ekar tanah di daerah ini telah
dibeli dengan tujuan memberi bantuan membina rumah bagi masyarakat
keturunan Portugis yang miskin serta mengekalkan warisan budaya
masyarakat Portugis. Tanah yang berpaya telah diterangkan dan
sebanyak sepuluh rumah kayu lantai tanah dan bumbung atap telah
dibina.
Pada tahun 1934, perkampungan ini berjaya dibina sepenuhnya. Dua
orang paderi Katolik yang bertanggungjawab dalam usaha pembinaan
perkampungan ini ialah Father Alvaro Manuel Coraodo dan Father
Jules Pierre Francois. Sebab itulah perkampungan ini juga dikenali
dengan nama Padre Sa Chang atau Tanah paderi. Perkampungan Portugis
dahulunya dikenali dengan nama Perkampungan St. John.
Pembinaan perkampungan ini juga adalah atas kesedaran kedua-dua
paderi tersebut supaya penganut agama Kristian ini tidak perlu
berulang-alik terlalu jauh meredah sungai dan laut untuk sampai ke
gereja St. Peter. Kedua-dua paderi ini juga meminta bantuan
daripada Gabenor British di Melaka untuk membeli tanah. Mesyuarat
pertama ahli jawatankuasa penduduk Perkampungan Portugis telah
dijalankan. Dalam mesyuarat pertama tersebut, nama-nama jalan di
perkampungan tersebut telah ditetapkan. Selepas mesyuarat pertama
tersebut, sedikit demi sedikit keluarga telah berjaya dipindahkan
dan pada tahun 1935 sebanyak 10 buah rumah telah dibina di
sepanjang Jalan Texeira. 3 Perkampungan Portugis ini diketuai oleh
seorang Regedor atau Ketua kampung dan beberapa orang anak buah
yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) bagi setiap folio yang
terlibat. Tugas Regedor sama seperti tugas sebagai seorang ketua
kampung yang terdapat di tempat-tempat lain di Malaysia. Mereka
dibayar elaun oleh kerajaan sebagai sumbangan kepada masyarakat dan
tanggungjawab yang dipikul.
Di Malaysia, jumlah keseluruhan penduduk berketurunan Portugis
ialah seramai 25,000 termasuk Portuguese Eurasian. Mereka bukan
sahaja tertumpu di negeri Melaka sahaja tetapi terdapat juga di
negeri-negeri lain seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Selangor,
Negeri Sembilan dan Johor selain negara Singapura. Bancian pada
tahun 1960 mendapati bahawa bilangan penduduk berketurunan Portugis
ialah sebanyak 1500 orang. Menurut Baxter (1988: 29), terdapat
lebih kurang 1300 orang yang terdapat di perkampungan ini.
2.0 Objektif kajian 2.1. Mengkaji budaya kaum melayu dalam
masyarakat Portugis
2.2. Mengenal pasti nilai-nilai budaya dan tradisi kaum portugis
yang masih diwarisi sehingga kini.
3.0 Sorotan Literatur Menurut Tan Chee Beng dalam Journal Of
Malaysia,dalam artikel yang bertajuk Ethic Relation in Malaysia
Historical and Sociological Perspectives,mengupas mengenai
kesinambungan hubungan etnik masyarakat Tanah Melayu sebelum
merdeka dalam meyeimbangi kehidupan social masyarakat ketika
itu.Walaubagaimanapun,sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula isu
perkauman yang menjadi intipati utama artikel yang
diterbitkan.Menceritakan keadaan semasa sosiekonomi kaum pada tahun
sekitar 1950 hingga 1970 yang mencatatkan pelbagai peristiwa dalam
sejarah Negara.Pada masa yang sama,akibat peristiwa tragis 13 Mei
1969 yang mengundang konspirasi perkauman yang amat ketara
,sehingga mengwujudkan sikap prejudis yang amat menebal dalam
kalangan anggota masyarakat ketika itu.Walau bagaimanapun ,
tindakan bijak yang diatur kerajaan pemerintah , dengan penuh
berstrategi ,merangka pelbagai dasar-dasar k earah mengwujudkan
integrasi nasional dalam usaha menyemai kembali elemen perpaduan
Negara Malaysia dalam memurnikan prinsip-prinsip hubungan etnik
.
Selain itu, dalam kajian yang telah dilakukan oleh John Clamer
,dalam Journal of Malaysia ,vol 1 no 2 disember 1983,bertajuk ,Race
Relation in Malaysia menyatakan: Taking from Wan Hashims book is a
useful tough very condensed historical and sociological account of
ethnic relation in Malaysia from colonial times down to progress
day.It does not add anything new to our knowledge of events
movements or personalties involved,but what is done di is to
provide a kind of summary map of ethnic process in a country where
such process have dominated political,cultural and economic
values.
4.0 Metodologi Dapatan Kajian4.1. Kaedah kaji selidik Bagi
memperolehi dapatan kajian yang lebih tepat, borang kaji selidik
telah dibentuk berpandukan kepada tujuan dan matlamat kajian.
Selain itu, kaji selidik ini juga dibentuk agar dapat menjawab
persoalan - persoalan kajian yang telah ditetapkan. Soalan soalan
ini terdiri daripada lima bahagian iaitu:- Bahagian A merujuk
kepada soalan soalan yang berkaitan dengan demografi responden.
Bahagian B merujuk kepada soalan soalan mengenai faktor faktor
adaptasi budaya melayu dalam budaya portugis melalui empat aspek
utama iaitu perkahwinan , pakaian , makanan dan kehidupan sosial.
Soalan harus dijawab menggunakan skala yang telah ditetapkan.Skala
yang digunakan adalah berpandukan Skala Likert.Borang Soal selidik
dikemukan kepada 30 orang secara rawak berdasarkan keterbukaan
responden untuk menerima dan sudi bekerjasama. 4.2 Kaedah temu bual
Kaedah ini telah dijalankan ke atas Ketua Kampung,Penjaga Muzium
Perkampungan Portugis serta penduduk kampung.Melalui kaedah ini,
maklumat yang diberikan bersumberkan daripada Ketua Kampung
berkenaan,Penjaga Muzium serta penduduk kampung serta masyarakat
tempatan.Kaedah temubual ini dijalankan dengan sesi soal jawab
daripada kumpulan pengakaji yang merangkumi keempat-empat aspek
kajian iaitu perkahwinan , kehidupan sosial , pakaian dan
makanan.
4.3 Kaedah tinjauan dan pengamatanKaedah ini digunakan bagi
mengesahkan adaptasi budaya melayu dalam budaya portugis yang
dikemukakan terhadap masyarakat Portugis di Perkampungan Portugis .
Kaedah ini juga bertindak bagi menilai sejauh mana kajian yang
dijalankan menunjukkan hasil dan keberkesanannya.Kaedah tinjauan
dan pengamatan ini dijalankan di sekita rPerkampungan Portugis
Melaka.Tidak cukup dengan itu, kaedah ini turut melihat kehidupan
sosial masyarakat setempat untuk menguatkan lagi hipotesis terhadap
autoriti kajian.
4.4 Kaedah rujukan dan orang sumberKaedah ini dijalankan
bertujuan bagi mendapatkan fakta fakta empirikal dan sumber sumber
autoritatif. Kaedah ini dirujuk kepada unit unit khas ataupun
individu perseorangan yang mempunyai penglibatan secara langsung
dalam kajian ini.Antara pihak yang terlibat dalam kaedah ini ialah
Ketua Kampung,Penjaga Muzium,Masyarakat Portugis,Bahan Ilmiah
daripada Galeri Perkampungan Portugis, Pensyarah Subejek Hubungan
Etnik serta sumber-sumber yang membantu secara tidak langsung.
5.0 Metodologi Pemprosesan KajianHasil dan dapatan kajian yang
diperoleh telah diproses menggunakan kepintaran pengiraan secara
perincian dan akses kepada teknologi semasa . Kemudahan ini
digunakan seiring dengan perkembangan era sains dan teknologi
ketika ini. Selain itu, teknologi ini juga mampu menyediakan
laporan statistik dan kuantitatif yang lebih spesifik, sistematik
dan holistik.
6.0 Penemuan dan perbincangan6.1 DAPATAN KAJIANPerkampungan
Portugis, Kampung Ujong Pasir, Melaka merupakan tempat kajian ini
dijalankan. Tumpuan kajian ialah latar belakang responden, tahap
pendidikan dan pengaruh masyarakat tempatan dalam budaya Portugis.
Kajian ini adalah untuk mengetahui dengan lebih jelas faktor-faktor
adaptasi budaya Melayu dalam masyarakat Portugis. Melalui data
kajian yang telah dijalankan dapat dibuktikan bahawa terdapat
budaya masyarakat Melayu di dalam kehidupan sosial masyarakat
Portugis.
6.2 Bahagian Pertama Latar belakang responden Latar belakang
demografi dilakukan adalah bagi mengumpulkan maklumat tentang
responden, iaitu berkaitan dengan umur, jantina, asal, status
perkahwinan dan tahap pendidikan responden. Responden yang terlibat
adalah terdiri daripada penduduk Perkampungan Portugis Kampung
Ujong Pasir Melaka. Hal ini adalah bertujuan untuk mengetahui
dengan lebih lanjut berkaitan latar belakang penduduk bagi mengkaji
budaya kaum melayu dalam masyarakat Portugis dan mengenal pasti
nilai-nilai budaya dan tradisi kaum portugis yang masih diwarisi
sehingga kini.
Faktor latar belakang umur dan jantina digunakan sebagai
pemboleh ubah dalam kajian ini kerana faktor tersebut adalah
berkaitan tentang pengetahuan responden terhadap budaya-budaya
melayu yang diadaptasi dalam cara hidup mereka. Selain itu, status
perkahwinan dan taraf pendidikan juga dijadikan sebagai pemboleh
ubah dalam kajian ini. Hal ini kerana melalui status perkahwinan
terdapat perkahwinan campur antara masyarakat Portugis dengan
masyarakat yang lain.
Jadual 1 : Lingkungan umur responden masyarakat Portugis di
Melaka
Lingkungan umur
(tahun)Jumlah
(responden)Peratusan (%)
10 20414
21 40930
41 60930
61 80723
81 10013
Berdasarkan Jadual 1, lingkungan umur yang telah diberikan
borang soal selidik ini mempunyai pelbagai lingkungan umur.
Responden terdiri daripada orang kanak-kanak, remaja dan dewasa
serta warga tua yang mana bermula dari responden yang berumur 10
tahun hingga ke responden yang berumur 82 tahun. Seramai 4 orang
atau 14% responden terdiri daripada lingkungan umur 10 tahun hingga
ke 20 tahun yang terdiri daripada kanak-kanak dan remaja. Manakala,
untuk linkungan 21 tahun hingga ke 40 tahun seramai 9 orang iaitu
bersamaan dengan 3 peratus. Seterusnya pada lingkungan 41 tahun
hingga ke 60 tahun juaga adalah sama seperti sebelum ini sebanyak
30% daripada soalan soal selidik yang telah diberikan kepada
responden. Pada lingkungan umur 61 tahun hingga ke umur 80 tahun
adalah 7 orang yang bersamaan 23 % dan 3 peratus bagi responden
yang berumur dalam lingkungan 81 tahun hingga ke umur 100 tahun
untuk mewakili 1 orang responden.
Jadual 2 : Jantina dan status perkahwinan responden masyarakat
Portugis di Melaka
JantinaJumlah (responden)Peratus (%)Status perkahwinanJumlah
(responden)Peratus (%)
Lelaki1137Bujang1240
Perempuan1963Berkahwin1860
Daripada seramai 30 orang responden, jumlah lelaki Portugis
ialah 11 orang yang mewakili 37 % dan jumlah perempuan Portugis
adalah 19 orang yang mana bersamaan 63 % . Seterusnya status
perkahwinan ke atas responden yang telah dijalankan adalah
kebanyakan mereka telah berkahwin iaitu seramai 18 orang responden
bersamaan dengan 60 % . Manakala bakinya adalah seramai 40 %
daripada 30 orang responden yang telah diedarkan borang kaji
selidik. Melalui faktor status perkahwinan dalam kajian ini dapat
mengetahui masyarakat yang berkahwin campur antara etnik juga dapat
dikenal pasti.
Jadual 3 : Latar belakang pendidikan responden masyarakat
Portugis di Melaka
Berdasarkan carta pai di atas, responden telah dkenal pasti
dalam boring soal selidik mempunyai taraf pendidikan yang berbeza.
Antara pendidikan yang diperolehi oleh responden adalah peringkat
sekolah rendah, peringkat sekolah menengah dan juga peringkat
universiti. Seramai 16 orang responden mendapat pendidikan hanya
setakat sekolah rendah iaitu bersamaan 53 % . Seterusnya, pada
peringkat sekolah menengah seramai 12 orang iaitu 40 % responden
telah menamatkan pendidikan mereka pada tahap ini. Manakala,
responden yang mendapat pendidikan di peringkat universiti adalah
seramai 2 orang bersamaan 7 %.Tambahan lagi,setelah diteliti ,
kesemua mereka responden yang telah menjalani kajian ini adalah
bersekolah di sekolah yang berdekatan dengan kawasan penempatan
mereka iaitu SK Sacred Heart diperingkat rendah manakala di
peringkat menengah , SM Infant Jesus Covent dan Canossa Covent
serta SM San Francis.
Dalam latar belakang yang telah dikaji ini dapat disimpulkan
bahawa malalui lingkungan umur, jantina, status perkahwinan dan
taraf pendidikan adalah menjadi penyumbang utama faktor adaptasi
budaya Melayu ke dalam budaya masyarakat Portugis. Hal ini kerana
percampuran masyarakat Portugis dengan orang Melayu sama ada lelaki
atau perempuan, umur, dan komunikasi antara orang Melayu dengan
masyrakat portugis ketika mendapatkan pendidikan di sekolah serta
kehidupan sosial mereka dilihat tiada sebarang permasalahan atau
kejanggalan yang mengahalang mereka dari terus melakukan sebarang
bentuk komunikasi. Selain itu juga status perkahwinan juga
mempengaruhi adaptasi budaya Melayu ke dalam kebudayaan meraka
dengan perkahwinan campur.
6.3 Bahagian Kedua .Laporan kajian Dalam bahagian kedua ini akan
dibentangkan secara terperinci kajian mengikut empat aspek utama
kajian yang ingin dikaji.Hasil kajiantelah disesuaikan dengan media
dan grafik bagi tujuan memudahkan pembentangan hasil kajian.
Aspek kajian 1 : PakaianGraf 1: Peratus adaptasi pakaian
responden terhadap budaya Melayu
Graf ini menunjukkan majoriti responden bersetuju ialah sebanyak
17% bahawa jaket serta seluar panjang berwarna hitam dan merah
adalah pakaian tradisi kaum lelaki masyarakat portugis. Sesetengah
daripada mereka tidak pasti ialah 36% , ada dikalangan responden
juga mengatakan amat setuju sebanyak 23% . Responden juga
berpendapat tidak setuju sebanyak 17% dengan pemakaian jaket serta
seluar panjang berwarna hitam dan merah. Ada di antara responden
mengatakan amat tidak setuju sebanyak 7 % . Soalan kedua
memperlihatkan majoriti responden menyatakan tidak pasti sebanyak
30 % sama ada pakaian tradisi bagi wanita ialah skirt lebar yang
berlapis-lapis. Peratusan yang kedua paling tertinggi ialah amat
setuju sebanyak 23% iaitu sama dengan peratusan tidak pasti.
Sesetengah daripada responden juga amat tidak setuju dengan pakaian
tradisi bagi wanita ialah skirt lebar yang berlapis-lapis sebanyak
13% dan ada di antara responden setuju sebanyak 10%. Berdasarkan
soalan ketiga graf menunjukkan majoriti setuju sebanyak 30% bahawa
masyarakat portugis gemar memakai reben di kolar baju. Manakala
peratusan tidak setuju merupakan peratusan kedua tertinggi sebanyak
23%. Responden juga mengatakan amat setuju sebanyak 20% dan ada
yang mengatakan tidak pasti sebanyak 17%. Peratusan bagi amat tidak
setuju adalah yang paling terendah iatu sebanyak 10%. Untuk soalan
ke empat majoriti responden menyatakan setuju sebanyak 37% dengan
baju kebaya labuh digunakan ketika majlis perkahwinan. Peratusan
kedua tertinggi ialah amat setuju sebanyak 23% , manakala peratusan
ketiga tertinggi ialah tidak pasti sebanyak 17%. Sesetengah
daripada responden berpendapat tidak setuju sebanyak 10% dan ada di
antara responden berpendapat amat tidak setuju sebanyak 13%. Soalan
ke limadalam instrumen kajian, majoriti responden menyatakan
pakaian masyarakat portugis mempunyai pengaruh dari masyarakat
Melayu ialah sebanyak 23%. Manakala peratusan kedua tertinggi ialah
amat tidak setuju sebanyak 20%, sesetengah daripada responden juga
berpendapat tidak setuju sebanyak 20% iaitu sama dengan peratusan
tidak setuju. Ada di kalangan responden yang bersetuju sebanyak 17%
bahawa pakaian masyarakat portugis mempunyai pengaruh dari
masyarakat Melayu dan responden ini juga menyatakan tidak setuju
sebanyak 20%.
Aspek Kajian 2 : Makanan Graf 2: Peratus adaptasi makanan
responden terhadap budaya masyarakat Melayu
Graf ini menunjukkan bahawa majoriti responden amat setuju
sebanyak 83% bahawa nasi merupakan makanan utama mereka. Manakala
peratusan kedua tertinggi ialah setuju sebanyak 10%. Sesetengah
daripada responden tidak pasti sebanyak 3%, ada dalam kalangan
responden juga mengatakan tidak setuju sebanyak 7%. Bagi soalan
kedua responden menyatakan setuju dan amat setuju sebanyak 23%
bahawa ketika menjamu selera masyarakat portugis gemar menggunakan
sudu dan garpu ketika menjamu selerea. Manakala peratusan kedua
tertinggi ialah tidak pasti sebanyak 20%. Sesetengah daripada
responden juga tidak setuju dan amat tidak setuju sebanyak 17%.
Berdasarkan soalan ketiga graf menunjukkan bahawa majoriti
responden menggunakan rempah ratus dalam masakan mereka sebanyak
53%. Manakala peratusan setuju merupakan peratusan kedua tertinggi
sebanyak 27%. Responden juga menyatakan tidak pasti sebanyak 13%
peratusan bagi amat tidak setuju adalah yang paling terendah
sebanyak 3%. Soalan keempat majoriti responden menyatakan amat
setuju sebanyak 73% bahawa Devils Curry dan garing-garing (ikan
masin) merupakan hidangan yang popular dalam kalangan masyarakat
portugis. Peratusan kedua tertinggi ialah tidak pasti sebanyak 13%
, manakala peratusan ketiga tertinggi ialah setuju sebanyak 13%.
Peratusan amat tidak setuju tidak setuju sebanyak 3%.Soalan ke lima
majoriti responden menyatakan bahawa sambal belacan menjadi
kegemaran mereka mempunyai pengaruh dari masyarakat melayu sebanyak
83%. Manakala peratusan kedua tertinggi ialah setuju 10%,
sesetengah daripada responden juga berpendapat amat tidak setuju
dan tidak pasti sebanyak 3%.
Aspek kajian 3: Perkahwinan
Graf 3 : Peratus adaptasi budaya perkahwinan melayu dalam
masyarakat Portugis
Graf di atas menunjukkan responden amat setuju dan setuju
sebanyak 30% bahawa adat perkahwinan masyarakat Portugis
dipengaruhi oleh budaya perkahwinan orang melayu. Manakala
responden tidak pasti sebanyak 20% dan tidak setuju serta amat
tidak setuju sebanyak 10%. Peratus responden yang amat setuju
adalah tertinggi dengan peratusan sebanyak 47% bahawa proses
perkahwinan masyarakat Portugis mempunyai persamaan dalam proses
perkahwinan orang Melayu seperti merisik, bertunang, meminang, dan
bernikah. Manakala responden setuju dan tidak pasti sebanyak 17%,
responden tidak setuju sebanyak 13% dan responden amat tidak setuju
pula sebanyak 7%. Peratus responden yang amat setuju adalah
tertinggi dengan peratusan sebanyak 30% bahawa hantaran perkahwinan
terdapat dalam adat perkahwinan Portugis seperti adat orang Melayu.
Manakala peratus responden setuju sebanyak 20%, tidak pasti
sebanyak 17%, tidak setuju sebanyak 10% dan amat tidak setuju
sebanyak 23%. Peratus responden tertinggi peratusan adalah
responden amat setuju sebanyak 37% bahawa majlis perkahwinan
masyarakat Portugis dilakukan pada hari-hari yang tertentu.
Manakala peratus responden yang setuju, tidak pasti dan tidak
setuju sebanyak 20%, dan peratus responden amat tidak setuju
sebanyak 3%. Peratus responden yang tertinggi adalah responden yang
amat tidak setuju sebanyak 34% bahawa pakaian perkahwinan
masyarakat Portugis dipengaruhi oleh budaya Melayu. Manakala
peratus responden tidak setuju sebanyak 10%, tidak pasti sebanyak
30%, setuju dan amat setuju sebanyak 13%.
Aspek kajian 4 :Kehidupan SosialGraf 4 : Peratus adaptasi
kehidupan sosial Masyarakat Portugis
Graf di atas menunjukkan responden amat setuju adalah tertinggi
dengan peratusan sebanyak 33% bahawa bahasa pertuturan masyarakat
Portugis di Malaysia adalah bahasa Melayu. Manakala peratus
responden yang setuju mempunyai peratusan sebanyak 3%, tidak pasti
sebanyak 17%, tidak setuju sebanyak 20%, dan amat tidak setuju
sebanyak 27%. Peratus responden tertinggi adalah amat setuju iaitu
sebanyak 47% menyatakan bahawa Pesta San Pedro dan Perayaan Easter
merupakan budaya tradisi dan keagamaan masyarakat Portugis.
Manakala peratus responden setuju sebanyak 27%,tidak pasti sebanyak
10%, tidak setuju 13% dan amat tidak setuju sebanyak 3%. Peratus
responden yang tertinggi menyatakan bahawa seni bina kediaman
masyarakat portugis dipengaruhi oleh seni bina Melayu adalah
responden yang tidak pasti iaitu sebanyak 33%. Manakala peratus
responden amat setuju sebanyak 30%, setuju sebanyak 20%, tidak
setuju sebanyak 17% dan amat tidak setuju sebanyak 0%. Peratus
responden yang amat setuju menyatakan bahawa menangkap ikan
merupakan sumber pendapatan masyarakat Portugis adalah tertinggi
sebanyak 43%, peratus responden setuju sebanyak 30%, tidak pasti
sebanyak 17%, tidak setuju sebanyak 7% dan amat tidak setuju
sebanyak 3%. Peratus responden yang setuju merupakan peratus
tertinggi iaitu sebanyak 30% menyatakan bahawa masyarakat Portugis
Melaka masih menjalinkan hubungan dengan negara asal mereka.
Manakala peratus responden amat setuju sebanyak 20%, tidak pasti
sebanyak 24%, tidak setuju sebanyak 3% dan amat tidak setuju
sebanyak 23%.
Setelah meneliti laporan kajian di atas dapat disimpulkan bahawa
terdapat adaptasi masyarakat Melayu dalam budaya Portugis di Melaka
terutamanya dalam aspek perkahwinan, pakaian, makanan dan kehidupan
sosial yang diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat Portugis di
Melaka sehingga hari ini.Namun tidak cukup dengan itu,turut
dinyatakan juga beberapa maklumat penting serta perbincangan
mengenai dapatan kajian.Perbincangan juga dilakukan melalui
keempat-empataspek yang telah dikaji.
Aspek kajian 1 :Pakaian
Dahulunya pakaian tradisi masyarakat Portugis di Melaka adalah
tidak jauh beza dengan masyarakat tempatan.Mereka mengenakan baju
kebaya dan kain sarung bagi wanita .Jika diadakan majlis yang
berbentuk keagamaan dan kebudayaan ,serta majlis rasmi ,mereka akan
memakai pakaian tradisi seperti jaket serta seluar panjang berwarna
hitam dan berbelang merah serta adakala mengenakan bow ,dan bagi
perempuan akan memakai skirt lebar yang berlapis-lapis.
Aspek kajian 2: MakananMakanan masyarakat Portugis tidak jauh
beza dengan masyarakat tempatan. Mereka gemar akan masakan yang
menggunakan pelbagai rempah ratus contohnya Devils Curry ,dan
sambal belacan .Garinggaring atau ikan masin juga merupakan makanan
kegemaran mereka.Makanan lain yang menjadi hidangan popular dalam
kalangan mereka seperti tapai,pulut,wajik,bahulu ,puteri mandai dan
lain-lain.Mereka juga memasak dan makan makanan masyarakat Malaysia
khususnya masyarakat Melayu.
Aspek kajian 3 : Perkahwinan Majlis perkhawinan akan berlangsung
selama 4 hari.Seperti adat kebiasaan perkahwinan orang
melayu,masayrakat portugis juga mempunyai beberapa adat yang
tertentu seperti bertunang ,merisik dan sebagainya.Semasa proses
berlangsung mereka akan membincangkan mengenai tarikh perkahwinan
dengan pihak keluarga kedua belah pihak ,pihak pengurusan
perkahwinan, ahli-ahli agama dan sebagainya.Apabila telah menjalani
ketetapan yang tertentu , mereka akan menjemput dan memaklumkan
kepada sanak saudara serta sahabat handai mengenai majlis
perkehwinan mereka yang akan diadakan.Secara adatnya, perkahwinan
ini akan berlangsung dengan ,meriah dan secara besar-besaran di
pihak pengantin perempuan berbanding di pihak pengantin
lelaki.Hantaran juga akan diberikan kepada pengantin perempuan
daripada pengantin lelaki.
Mengenai ketetapan empat hari selama berlangsungnya
perkahwinan,dimulakan dengan hari khamis,Jumaat ,Sabtu dan
Ahad.Majlis bermula Khamis malam di mana waris pengantin lelaki dan
tetamu dijemput ke rumah pengantin perempuan untuk melihat
persiapan majlis perkahwinan.Apa yang menarik, pihak pengantin
perempuan akan meletakkan kain putih diatas katil mempelai sebagai
tanda kesucian perkahwinan dalam keadaan terbuka dan di pihak
pengantin lelaki ,wakil akan melipat kain tersebut sebagai tanda
penerimaan ke atas persiapan perkahwinan itu.Tambahan lagi,kaum
muda mudi yang masih bujang dilarang sama sekali melihat persiapan
katil dan bilik pengantin kerana mengikut adat dan kepercayaan
mereka ,jika golongan muda mudi yang belum berkahwin melihat mereka
tidak akan menemui jodoh.Disebelah malam pula ,akan diadakan jamuan
minum teh kepada hadirin yang hadir.Contoh juadah yang menjadi
kebiasaan ialah pulut,tapai,bahulu,puteri mandi, wajik dan
lain-lain.
Pada hari jumaat dikenali sebagai ,bachelor night atau dikenali
sebagai malam bujang yang terakhir .Pengantin lelaki atau pun
perempuan tidak dibenarkan memakan makanan yang berdarah seperti
ayam,daging ikan dan sebagainya ,kerana dikhuatiri akan menjejaskan
majlis perkahwinan pada keesokan hari.Majlis ini diadakan di rumah
pengantin perempuan ,pengantin lelaki dijemput hadir sama tetapi
perlu untuk pulang ke rumah sebelum pukul sepuluh malam dan
dibekalkan sebotol minuman wine dan sebiji kek suji.
Pada hari Sabtu,ialah hari yang dinantikan oleh semua
orang,iaitu hari langsung .Seawal pagi loceng daripada gereja akan
dibunyikan sebagai tanda sebuah majlis akan diadakan di gereja yang
berdekatan.Keesokan harinya, sebuah majlis ringkas akan diadakan di
rumah pengantin perempuan.Pada majlis ini pasangan mempelai akan
melayan tetamu yang kunjung hadir ke rumah mereka
Aspek kajian 4: Kehidupan sosialI. BahasaMasyarakat Portugis di
Melaka menjadikan bahasa Malaysia,bahasa Inggeris dan Bahasa
Portugis sebagai bahasa pertuturan seharian mereka.Malah mereka
tidak kekok sekali menuturkan bahasa Malaysia ketika berkomunikasi
dengan masyarakat setempat .Tambahan pula untuk memastikan bahasa
Portugis merekatidak hilang begitu sahaja,anak-anak mereka turut
diajar menggunakan bahsa tersebut dalam perbualan seharian dan
pertuturan sesama mereka.Ini adalah langkah-langkah yang diambil
oleh masyarakat Portugis agar bahasa Portugis mereka tidak hilang
atau lenyap ditelan zaman,meskipun kebanyakan kaum tua yang fasih
berbahasa Portugis telah tiada.
II. Seni bina Mengenai seni bina kawasan penempatan ,mereka
tiada memperlihatkan ciri-ciri atau keadaan seni bina yang
tersendiri.Hampir kesemua reka bentuk rumah adalah sama dengan seni
bina masyarakat tempatan.III. PekerjaanMenangkap ikan merupakan
sumber utama masyarakat Portugis.Hal ini dipengaruhi dengan kawasan
penempatan yang berdekatan dengan laut.Kebanyakan mereka mempunyai
bot sendiri.Pekerjaan ini telah pun diwarisi turun-temurun daripada
nenek moyang mereka.Tambahan pula,jika diteliti dalam lembaran
sejarah,asal usul masyarakat Portugis kebanyakannya berasal
daripada orang laut .Namun ,jika dilihat pada hari ini,kebanyakan
golongan belia dalam kalangan masyarakat Portugis telah pun
menjawat jawatan dalam sector kerajaan dan bekerja di kota.Aktiviti
menangkap ikan lazimnya menjadi pekerjaan bagi golongan tua yang
sudah bersara daripada pekerjaan mereka.IV. Upacara Kebudayaan dan
keagamaan.Menjadi acara tahunan, mereka akan mengadakan Pesta San
Pedro dan Hari Easter dalam kalendar kebudayaan kaum Portugis.Bagi
mereka ini adalah perayaan utama masyarakat Portugis yang mesti
diadakan setiap tahun.Selain itu,mereka juga turut menjalin
hubungan dengan Kerajaan Negara asal mereka .Menurut masyarakat
tempatan ,sudah menjadi kelaziman , kawasan penempatan mereka
sering dikunjungi oleh kenyakan pengkaji daripada Negara asal
mereka untuk mengkaji mengenai kehidupan masyarakat Portugis di
Malaysia.Ini memperlihatkan peranan yang dimainkan oleh Kerajaan
Negara dalam mengetahui perkembangan rakyat .7.0 Rumusan dan
cadangan Berdasarkan kajian yang telah dilakukan ke atas adaptasi
budaya Melayu dalam Masyarakat Portugis telah didapati beberapa
kekurangan serta kelemahan dalam beberapa aspek yang tertentu.Aspek
pertama yang dapat dikesan ialah,kaedah kajian yang digunakan dalam
memperlihatkan kesahihan serta keabsahan kajian secara
total.Seharusnya proses untuk menyiapkan laopran kajian ini
mestilah menggunakan system atau perisian SPSS.(Statictic Packages
for Social Sciences) .Apabila menggunakn perisian ini untuk
memproses data,ia akan memberikan nilai yang tepat serta menjamin
keabsahan sesuatu nilai dan ia lebih berkualiti serta memudahkan
akses penggunaan teknologi
Selain itu,waktu kajian yang singkat juga amat menghimpit ruang
serta peluang untuk menyelidik dengan lebih terperinci mengenai
kehidupan masyarakat Portugis.Seharusnya ,tempoh kajian mestilah
dipenjangkan agar , pengkaji dapat mendalami nilai-nilai serta
aspek-aspek lain yang perlu diketahui agar kajian akan lebih
kemprehensif dan menyeluruh.
Tambahan lagi,penggunaan metod kajian yang agak terhad juga
memperlihatkan hasil kajian juga agak mendatar dan tidak
mempamerkan gerak balas yang maksimum.Ia agak sekata dan tidak
dinamik ,berikutan metod kajian yang tidak pelbagai.Pada masa akan
datang kumpulan pengkaji semestinya menggunakan kaedah kajian yang
pelbagai dan kreatif dalam menyesuaikan metod serta mengaplikasi
teknik-teknik pencarian data dengan lebih tepat agar hasil kajian
akan lebih berkualiti dan bermutu tinggi.
Selain itu, agak signifikan dengan kajian,kumpulan pengkaji
ingin mengutarakan beberapa saranan kepada pihak berwajib mengenai
tajuk kajian.Sebagai usaha penambaikan yang perlu diwujudkan oleh
pihak pihak berwajib,aspek kawasan penempatan masyarakat Portugis
perlu diambil berat .Hal ini kerana,jika melihat kepada keadaan
semasa,perkampungan ini telah dimeterai menjadi salah satu
destinasi pelancongan negeri khususnya,namun keadaan infrastruktur
masih lagi perlu diperbaiki dan memerlukan penambahbaikan.
Sementela itu,bagi pihak Perkampungan Portugis
khususnya,seharusnya meletakkan khidmat kaunter penerangan yang
mana berfungsi sebagai pusat penerangan dan tempat untuk merujuk
segala maklumat mengenai masyarakat Portugis.Dan tidak lupa
juga,pegawai yang mengendalikan sesi penerangan kepada pengkaji
atau pengunjung yang hadir mestialh diteliti dan disahkan mengenai
kredibiliti dan bentuk kesahihan fakta yang dibawa.Hal ini kerana ,
kumpulan pengkaji khuatir , akan kebenaran fakta yang diutarakan
,tambahan lagi ,semasa sesi temu bualdilakukan.Buat akhirnya,semoga
kajian ini mendatangkan manfaat buat kumpulan pengkaji dan
pengkaji-pengkaji yang lain.
RujukanAbdul Aziz Zakaria .1993.Portugis Dalam Sejarah
Melaka.Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala
Lumpur.
Sanjay Ssubrahmanyam .1990.Improvising Empire ,Portuguese Trade
and Settlement in The
Bay of Bengal 1500-1700.Oxford University Pree,Calcutta
,India
John Villers.1990.Albuquerque Caeser Timur,Teks-teks Pilihan
Oleh Alfonso de Albuquerque dan anaknya.Universiti Malaya.Kuala
Lumpur
Shamsul Amri Baharuddin .2011.Modul Hubungan Etnik.UiTM.Shah
Alam,Selangor
Tan Chee Beng.1989.Journal Of Malaysia :Ethnic Relation In
Malaysia,Historical and Sociological Perspectives.Vol 5 pg
89-96.Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang.
BY: SAIFULLAH,WAHEEDA,RAZI,ADNAN,SHABARIAH,AFIDAH-UNIVERSITY OF
MALAYA_SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM