“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.
Tandatangan : ……………………………….
Nama Penyelia :ENCIK ROSNI ZAMUDDIN SHAH BIN SIDEK
Tarikh : 24 APRIL 2008
MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI MATA PELAJARAN REKA BENTUK
BERBANTU KOMPUTER AUTOCAD 3D
SHAMSAIPUL BIN MOHD ARIFFIN
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008
ii
PE NG AK UA N
iii
DEDIKASI
Untuk Ayah dan Emak yang tercinta
yang membesarkan dan mendidik
dengan keringat dan kasih sayang.
Yang sentiasa menyokong, membakar
semangat dan mendoakan kejayaanku.
Buat adik-adik yang menjadi pendorong
untuk menjadi yang terbaik
Teristimewa buat Isteriku yang tercinta
Sindek @ Salmi bt Mokhtar
yang tidak putus-putus memberi dorongan
dan anak-anak yang menceriakan di sisi
Muhammad Syahmi dan Muhammad Syafiq
Buat teman-teman yang sentiasa membantu
dan bersama sewaktu susah dan senang
Terima kasih di atas segalanya dan segala jasa baik
kalian akan di kenang sepanjang hayat.
iv
PENGHARGAAN
Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya
PSM yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang telah
ditetapkan. Di kesempatan ini, penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas
buat penyelia projek Encik Rosni Zamuddin Shah Bin Sidek yang telah banyak
membantu dengan penuh komited dalam membimbing, menasihati, memberi
dorongan serta tunjuk ajar yang berguna di sepanjang tempoh penyelidikan ini
dijalankan. Penyelidik juga ingin merakamkan sekalung budi buat Pensyarah Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, En. Mohsin bin Uzir yang turut memberi
tunjuk ajar dan menilai modul yang telah disiapkan.
Penghargaan juga ditujukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam
penyelidikan ini secara langsung mahupun tidak langsung.
Akhir sekali, penyelidik ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu dalam menyiapkan projek ini dengan
jayanya.
Semoga Allah memberkati semua.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Pembangunan modul kendiri yang terdapat di pasaran pada masa kini banyak
membantu pelajar dalam mempelajari sesuatu topik secara sendiri. Selain itu,
penggunaan modul pembelajaran kendiri adalah salah satu cara untuk membantu
pelajar dalam memahami sesuatu subjek dengan lebih baik. Justeru itu, pengkaji
mengambil inisiatif untuk membangunkan modul pembelajaran kendiri bagi topik
AutoCAD 3D. Modul ini dibina berdasarkan silibus subjek Lukisan Kejuruteraan
Berbantu Komputer, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Modul ini
menggunakan pendekatan penerangan langkah demi langkah serta berasaskan Teori
Kecerdasan Pelbagai. Pembinaan topik bagi modul ini adalah berdasarkan kepada
perisian AutoCAD 3D sepenuhnya. Penilaian formatif dilaksanakan pada setiap fasa
pembangunan bersama penyelia untuk memastikan modul pembelajaran yang
dibangunkan menepati objektif dan sasaran pembinaannya. Oleh itu, pembinaan
modul pembelajaran ini diharap dapat membantu para pelajar Fakulti Pendidikan
dalam mempelajari dan menguasai penggunaan AutoCAD 3D dengan lebih jelas dan
mudah.
vi
ABSTRACT
Nowadays, the development of self learning module existed in the market has
help students to learn by themselves. It also help them to better understand the topic
that they have learn. Therefore, the researcher has take an initiative to develop self
learning module for the autoCAD 3D topics. The construction of this module is
based on the syllabus of Computer Assisted Engineering Drawing, Faculty of
Education, University Technology of Malaysia.This module using step by step
explaination approach and based upon Multiple Intelligences Theory. The topic in
this module is fully develop from AutoCAD 3D software. Formative evaluation has
been done with supervisor from time to time along the development process of this
module in order to make sure it suits the objective of its development. Therefore, the
development of this module is hoping to help students of Faculty of Education,
University Technology of Malaysia in acquiring and mastering the basic skills in
using AutoCAD 3D software clearly and easier.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL
HALAMAN PENGAKUAN
HALAMAN DEDIKASI
HALAMAN PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
ISI KANDUNGAN
SENARAI RAJAHSENARAI SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
xiixiii
xiv
1 PENDAHULUAN.
1.1 Pengenalan . 1
1.2 Latar Belakang Masalah. 4
1.3 Penyataan Masalah. 5
1.4 Objektif Penghasilan MPK. 6
1.5 Kepentingan MPK. 7
1.5.1 Pelajar. 7
1.5.2 Pensyarah. 7
1.5.3 Kementerian Pengajian Tinggi 8
1.6 Skop MPK 8
viii1.7 Definisi Istilah 9
1.7.1 Modul 9
1.7.2 Pengajaran Bermodul 9
1.7.3 Pengajaran Tradisional 10
1.7.4 Modul Pembelajaran Kendiri 10
1.7.5 Pembelajaran Bersifat Individu 10
1.7.6 Lukisan Berbantu Komputer (AutoCAD) 11
1.8 Penutup 11
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Perkembangan PB di Malaysia. 12
2.3 Modul. 14
2.3.1 Prinsip-Prinsip Modul 16
2.3.2 Kegunaan Modul 17
2.3.3 Modul Pembelajaran Kendiri 18
2.4 Kepentingan PB dalam P&P. 19
2.4.1 Pembelajaran Di Bawah Penguasaan Pelajar 19
2.4.2 Pembangunan kepada Kemahiran dan
Pengetahuan
20
2.4.3 Pemahaman Kepada Konsep Sebenar
Pekerjaan
21
2.5 Konsep Pendekatan Dan Teori Pembelajaran. 22
2.5.1 Teori Behavioris 23
2.5.2 Teori Kognitif 25
2.5.3 Teori Konstuktivisme 27
2.6 Model Reka Bentuk Pembinaan Modul
Pembelajaran
29
2.6.1 Teori Kecerdasan Pelbagai 30
2.6.1.1 Kecerdasan Verbal Linguistik 31
2.6.1.2 Kecerdasan Logik Matematik 31
2.6.1.3 Kecerdasan Visual Ruang 31
ix2.6.1.4 Kecerdasan Kinestetik 32
2.6.1.5 Kecerdasan Muzik 32
2.6.1.6 Kecerdasan Intrapersonal 33
2.6.1.7 Kecerdasan Interpersonal 33
2.6.1.8 Kecerdasan Nutralis 33
2.7 Kesimpulan 34
3 REKA BENTUK MODUL PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
3.1 Pengenalan. 36
3.2 Model Reka Bentuk Modul. 37
3.2.1 Kecerdasan Verbal Linguistik 38
3.2.2 Kecerdasan Logik Matematik 38
3.2.3 Kecerdasan Visual Ruang 38
3.2.4 Kecerdasan Muzik 38
3.2.5 Kecerdasan Kinestetik 39
3.2.6 Kecerdasan Interpersonal 39
3.2.7 Kecerdasan Intrapersonal 39
3.2.8 Kecerdasan Nutralis 39
3.3 Faktor Pelaksanaan TKP Dalam P&P 40
3.4 Proses Pelaksanaan. 40
3.4.1 Peringkat I: Padanan 41
3.4.2 Peringkat II:Percubaan 41
3.4.3 Peringkat III:Peningkatan 43
3.5 Pemilihan Tajuk. 43
3.5.1 Keperluan Modul 44
3.6 Reka Bentuk Am 46
3.6.1 Struktur Modul P&P 46
3.6.2 Teks 47
3.6.3 Warna 47
3.6.4 Reka Bentuk Isi Kandungan 47
3.6.2 Bahasa dan Arahan 48
3.7 Penutup 48
x4 PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK)
4.1 Pengenalan 49
4.2 Reka Bentuk MPK. 50
4.2.1 Reka Bentuk Penuh Keseluruhan MPK 51
4.2.1.1 Grid Kurikulum 52
4.2.1.2 Kandungan 52
4.2.1.3 Penyataan Tujuan 53
4.2.1.4 Objektif Am Modul 53
4.2.1.5 Rujukan 54
4.2.1.6 Panduan Menggunakan Modul
(Pelajar)
54
4.2.1.7 Peralatan Dan Sumber Yang Perlu
Digunakan Bersama Modul
55
4.2.1.8 Panduan Penggunaan Modul
(Pengajar)
55
4.2.1.9 Senario Penggunaan Modul Dalam
P&P
56
4.2.1.10 Objektif Pembelajaran 57
4.2.1.11 Isi Kandungan Modul 57
4.2.1.11.1 Unit 1 Pengenalan Kepada
3D
57
4.2.1.11.2 Unit 2 Lukisan Isometrik 58
4.2.1.11.3 Unit 3 Bekerja Di Dalam
3D Dan UCS
58
4.2.1.11.4 Unit 4 Melihat Objek 3D 59
4.2.1.11.5 Unit 5 Primitif Solid Dan
Garisan
59
4.2.1.11.6 Unit 6 Region Dan 3D
Faces
59
4.2.1.11.7 Unit 7 Revolved Objects
Dan Menambah Material
60
4.2.1.11.8 Unit 8 Operasi Boolean 60
xi4.2.1.11.9 Unit 9 Mapping Material 60
4.2.1.12 Aktiviti Pembelajaran 61
4.2.1.13 Latihan 62
4.3 Komen Terhadap MPK 63
4.4 Penutup 63
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 64
5.2 Perbincangan. 64
5.3 Masalah 65
5.3.1 Bahan Rujukan 65
5.3.2 Masa 66
5.3.3 Kos 66
5.4 Kekuatan Dan Kelemahan MPK 67
5.4.1 Kekuatan MPK 67
5.4.2 Kelemahan MPK 68
5.5 Cadangan. 69
5.6 Penutup 70
RUJUKAN 71
LAMPIRAN 75
xii
SENARAI RAJAH
NO . RA JA H TA JU K MUKA SURAT
4.1 Paparan Keseluruhan MPK 53
4.2Paparan Panduan Penggunaan Modul(Pelajar) 56
4.3Paparan Panduan Penggunaan Modul(Pengajar) 58
4.4 Paparan Objektif Pembelajaran MPK 59
4.5 Paparan Latihan MPK 64
xiii
SENARAI SINGKATAN
MPK - Modul Pembelajaran KendiriKPM - Kementerian Pelajaran MalaysiaPB - Pengajaran BermodulPBL - Project Based LearningP&P - Pengajaran Dan Pembelajaran
xiv
SE NA RA I LA MP IR AN
LA MP IR AN TA JU K MU KA SU RA T
Lampiran A Borang Penilaian Pakar 78
Lampiran B Borang Penilaian Rakan 81
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sistem Pendidikan di Malaysia sedang mengalami proses perkembangan
yang pesat dan mencabar selaras dengan hasrat dan cita-cita Falsafah Pendidikan
Kebangsaan:
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1988)
2
Melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dapat di lihat bahawa pendidikan
adalah suatu usaha yang berterusan. Pendidikan merupakan proses pemerolehan dan
pemindahan pengetahuan, nilai-nilai murni dan kemahiran-kemahiran. Proses
pemerolehan dan pemindahan ini berlangsung secara berterusan dalam diri seseorang
sejak kecil hingga ke akhir hayat (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1988). Oleh yang
demikian, kedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam bidang
pendidikan hendaklah sentiasa berkembang dan mampu menarik minat pelajar.
Menurut Ahmad Shukri (2003), pendidikan berorientasikan pelajar atau
pembelajaran pusatan pelajar ditegaskan dan mesti diberi keutamaan. Ini dikukuhkan
oleh Ee Ah Meng (1991), yang menyatakan di antara ciri-ciri pengajaran yang efektif
ialah pengajaran memusat kepada murid-murid dan pelbagai kaedah serta teknik
pengajaran digunakan. Esah (2002), menyatakan untuk menghasilkan pengajaran
yang berkesan, pensyarah-pensyarah perlu mengaplikasikan kaedah dan teknik
pengajaran yang berpusatkan pelajar. Ini bermakna, kaedah dan teknik pengajaran
yang diaplikasikan adalah melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran
mereka.
Menurut Rashidi dan Abdul Razak (1996), para pelajar seharusnya dibimbing
untuk mengguna dan memperkembangkan potensi mereka secara maksimum untuk
memperolehi pengetahuan dan kemahiran. Mok Soon Sang (2000) menyatakan,
pensyarah hendaklah memilih strategi pengajaran berdasarkan pertimbangan
terhadap teori pembelajaran, pendekatan kaedah dan teknik mengajar. Pensyarah
juga harus bijak menggunakan kaedah atau teknik penyampaian yang sesuai (Robiah
Sidin, 1998). Kaedah atau teknik yang sesuai, yang digunakan mengikut objektif
pengajaran meninggalkan impak yang berpanjangan ke atas pemahaman dan
motivasi belajar murid-murid atau pelajar. Satu sesi pengajaran yang baik perlu
melibatkan kemahiran pensyarah memadankan kaedah pengajaran dengan objektif
pembelajaran pelajar dan juga gaya pembelajaran mereka (Shahabudin Hashim, et
al., 2003).
Kaedah serta bahan pengajaran yang digunakan hendaklah sesuai dengan
persekitaran kini yang menjurus ke arah pembelajaran berpusatkan murid. Pendidik
tidak lagi menyuap segala maklumat kepada pelajar tetapi bertindak sebagai
3
navigator atau fasilitator yang bertindak membantu pelajar dalam mencari maklumat.
Dengan itu, pembelajaran kini bersifat lebih dinamik dan aktif serta melibatkan
komunikasi dua hala.
Menurut Rashidi dan Abdul Razak (1996), untuk mengembangkan pemikiran
dan minda pelajar khususnya, pembelajaran secara teko dan cawan corak
pembelajaran perlu diubah kepada pembelajaran yang lebih interaktif dan secara
kendiri ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar.
Pelajar tidak seharusnya pasif dan hanya memberi respon kepada rangsangan
pensyarah. Pendekatan pengajaran secara sogokan nota-nota seharusnya dikikis dari
pemikiran para pendidik tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan
kemahiran ke arah mendapatkan maklumat.
Dengan itu, bahan pengajaran yang sistematik dan terancang amat diperlukan
supaya dapat memaksimumkan keberkesanan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Salah satu teknik atau kaedah yang boleh dianggap terbaik yang dapat
diamalkan untuk mengatasi masalah ini ialah kaedah Pengajaran Bermodul dengan
menggunakan modul pembelajaran kendiri (MPK). Melalui MPK ini, pelajar akan
dapat mengembangkan lagi sifat ingin tahu, berdikari dalam mendapatkan sesuatu
ilmu, berkebolehan dalam membuat keputusan dan seterusnya dapat memupuk nilai-
nilai yang baik.
Justeru itu, dalam corak pendidikan terbuka di semua pusat pengajian tinggi,
penggunaan modul adalah digalakkan dan bersesuaian bagi melahirkan pelajar yang
mempunyai kelulusan ikhtisas yang khusus, kemahiran yang terlatih serta
mempunyai kualiti dan daya kepimpinan yang tinggi, bertanggungjawab dan
sebagainya bagi memenuhi keperluan negara selaras dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Negara. Pembelajaran secara modul ini juga lebih menumpukan kepada
kadar individu, kesinambungan dan reflektif di mana ia mengambil kira latar
belakang pelajar, kognitif, minat, gaya, nilai, motivasi serta ruang masa yang
diperlukan oleh pelajar dalam suatu proses pengajaran dan pembelajaran.
4
1.2 Latar belakang masalah
Sebelum ini tiada modul pembelajaran kendiri yang khas bagi subjek Reka
bentuk Berbantukan Komputer AutoCAD 3D yang dibina berdasarkan sukatan
pelajaran di institut pengajian tinggi. Selain itu, pergantungan kepada buku teks akan
menjadikan pelajar cepat bosan. Kebanyakan buku rujukan pula menggunakan
media teks dan tidak berunsur interaktif. Keadaan ini menyukarkan dan
membebankan pelajar dan juga pensyarah. Bebanan membawa nota atau rujukan
yang pelbagai menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah dengan tidak membawa
nota dan hanya mendengar pensyarah mengajar di hadapan. Nota-nota yang
diberikan oleh pensyarah secara berperingkat peringkat tidak dikemas kini
menyebabkan ada nota yang tercicir secara tidak langsung menyebabkan faktor
keciciran berlaku.
Pelajar-pelajar masa kini memerlukan rangsangan yang pelbagai untuk
memotivasikan mereka untuk belajar. Minat untuk mereka belajar akan berkurangan
sekiranyanya tiada rangsangan yang pelbagai. Kaedah pengajaran secara tradisional
menimbulkan rasa kebosanan dan kurang menarik jika dibandingkan dengan
penggunaan ABM yang bersesuaian iaitu yang mampu menimbulkan rangsangan
positif dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam kertas kerja yang bertajuk ‘Alatan
Mengajar Dalam Pengajaran bahasa’ Noraziah (1981), menerangkan bahawa ‘alat
bantu’ itu mestilah sebagai salah satu bahagian yang padu (integral part) dalam
proses tersebut. Alat bantu bertujuan menambah kelancaran perhubungan antara
pensyarah dengan murid dan sebaliknya, murid dengan murid serta membantu atau
mempercepatkan proses pemahaman mereka.
Oleh dengan itu ia boleh diatasi dengan pembinaan Pembelajaran Berasaskan
Modul untuk pelajar yang boleh digunakan dalam pembelajaran Reka bentuk
Berbantukan Komputer AutoCAD. Alat bantu mengajar ini adalah berbentuk modul
yang mempunyai pelbagai maklumat dalam pengajaran pensyarah. Selain itu, ia
dapat meningkatkan kemahiran pensyarah dalam proses pengajaran AutoCAD.
Untuk mencapai matlamat di atas, proses pengajaran seharusnya dikemaskinikan
5
dengan pelbagai kaedah. Dengan itu, pembelajaran berasaskan modul ini mesti
disediakan bagi mempermudahkan proses pengajaran pensyarah dan pembelajaran
pelajar supaya lebih cemerlang. Ini kerana di dalam modul tersebut akan
mengandungi pelbagai unsur-unsur yang menarik seperti grafik yang menarik,
penerangan yang ringkas bagi membantu para pensyarah dalam pengajaran mereka
agar pengajaran tersusun dan menarik. Memandangkan penggunaan modul dalam
pendidikan terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak
mendatangkan minat serta kesan yang lebih positif berbandingkan pengajaran dan
pembelajaran tradisional.
Di sebabkan perkembangan di dalam bidang pendidikan dan masalah
tiadanya modul pembelajaran yang khusus bagi subjek mata pelajaran reka bentuk
berbantukan komputer AutoCAD 3D ini, maka pembangun ingin membina sebuah
Modul Pembelajaran Kendiri iaitu Modul Pembelajaran Kendiri Mata Pelajaran Reka
Bentuk Berbantukan Komputer AutoCAD 3D bagi mengatasi masalah ini. Modul ini
memberikan penerangan yang lengkap dalam bentuk teks berserta visual mengikut
sukatan pembelajaran di institut pengajian tinggi dengan memberikan contoh yang
jelas di mana pelajar boleh melihat sendiri hasilnya.
1.3 Pernyataan Masalah
Strategi pengajaran adalah amat penting untuk mencapai matlamat
pengajaran dan pembelajaran yang baik untuk pensyarah dan pelajarnya. Strategi
pengajaran yang diamalkan oleh pensyarah - pensyarah berbeza antara satu sama
lain. Bagi pelajar pula perbezaan di antara individu merupakan satu masalah yang
tidak dapat dinafikan dalam pengajaran di sekolah mahupun di institusi pengajian
tinggi. Strategi pengajaran yang digunakan mestilah sesuai untuk
memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari oleh pelajar agar
6
dapat diamalkan pada masa depan. Kaedah pengajaran secara tradisional pula lebih
menumpukan kepada ‘chalk and talk’ serta pengajaran secara keseluruhan kelas.
Setiap individu adalah unik dan mempunyai tahap kecerdasan masing-
masing. Daya penerimaan dan kefahaman individu juga berbeza antara satu sama
lain. Bagi mempelajari sesebuah perisian, kita sudah sedia maklum bahawa ianya
adalah sesuatu yang sukar dan memerlukan masa yang agak panjang bagi
membolehkan pelajar menguasainya. Manakala bagi pelajar yang lemah pula, pasti
kaedah tradisional ini tidak akan membantu dalam menerima pengajaran yang
disampaikan.
Faktor kekurangan bahan-bahan rujukan yang berkaitan dengan pembelajaran
AutoCAD juga menjadi masalah kepada pensyarah dan pelajar. Persoalannya,
adakah proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dan di laksana perlu
direncanakan semula kaedah pendekatannya oleh pensyarah bagi menjamin
keberkesanan perisian selari dengan kemampuan pelajar itu sendiri?
1.4 Objektif penghasilan modul pembelajaran kendiri (MPK)
a. Menghasilkan modul pembelajaran kendiri untuk Mata Pelajaran Reka
Bentuk Berbantukan Komputer AutoCAD 3D 2007 yang menggunakan Bahasa
Malaysia untuk peringkat IPT.