PELAPORAN AKTIVITI ACEIO OLEH DATUK TENGKU FAROK HUSSIN BIN TENGKU ABDUL JALIL 1. ETIKA KERJA DAN INTEGRITI Terengganu Incorporated Sdn Bhd telah menjemput Datuk Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil untuk menyampaikan taklimat berkenaan Etika Kerja dan Integriti kepada pekerja-pekerja syarikat tersebut pada 29 Mac 2015 bertempat di Pejabat Terengganu Incorporated, Chendering. Taklimat ini diadakan bagi memperjelaskan dan memberi kefahaman tentang etika kerja dan integriti. Selain itu, turut menekankan betapa pentingnya sikap berintegriti dalam pekerjaan. Hasilnya pada 22 November 2015, Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. telah berjaya mengadakan Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) di Hotel Permai, Kuala Terengganu dengan kehadiran Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah. 2. ERADICATING CORRUPTION COMMITMENT THROUGH CORPORATE INTEGRITY PROGRAMME Pada 30 Julai 2015 di Kerteh Integrated Petrochemical Complex (KIPC), Multipurpose Hall, Kompleks Pentadbiran Petrokimia Petronas, Kertih, satu ceramah bertajuk ‘Eradicating Corruption Commitment Through Corporate Integrity Programme’ telah diadakan khusus untuk kakitangan Petronas serta yang terlibat dengan Petronas. Tujuan utama program sebegini diadakan kerana pihak Petronas ingin membasmi gejala rasuah dalam alam pekerjaan yang mana dilihat semakin berleluasa. 1