iii ABSTRAK Kajian ini membincangkan konsep modal insan rabbani menurut al-Qur’an serta menganalisis pemikiran modal insan rabbani Sa‘id Hawwa dalam karya al-Asas fi al- Tafsir. Konsep modal insan perspektif al-Qur’an dirungkai dengan mencermati komponen modal insan yang terdiri daripada jasmani dan rohani, manakala elemen rohani terdiri daripada unsur fitrah, ‘aql, qalb, ruh, dan nafs. Selanjutnya, definisi “rabbani” perspektif al-Qur’an diteliti secara analisis tematik. Gandingan konsep modal insan dengan terminologi “rabbani” memperlihatkan konsep rabbani menjadi ukuran nilai yang merealisasikan pembangunan modal insan secara holistik. Kajian ini memilih Sa‘id Hawwa sebagai subjek penyelidikan kerana beliau adalah tokoh murabbi ummah yang sarat menyalurkan idea-idea pembangunan modal insan rabbani secara kritis dalam karya-karya beliau. Kajian kualitatif ini menggunakan metode dokumentasi, metode historis, metode temu bual, dan metode eksplorasi sebagai metode pengumpulan data. Manakala metode induktif, metode deduktif, metode komparatif, dan metode analisis teks diguna pakai sebagai metode analisis data. Menyingkap pemikiran Sa‘id Hawwa, hasil analisis mendapati, terdapat tiga komponen teras pembangunan sewajarnya dibangunkan bagi melahirkan modal insan rabbani iaitu penerapan keilmuan rabbani, pengukuhan tarbiah rabbani, dan pembangunan dakwah rabbani. Ketiga-tiga komponen modal insan rabbani gagasan Sa‘id Hawwa distruktur berdasarkan nas-nas al-Qur’an yang mengandungi kalimah “rabbani”. Gagasan pembangunan modal insan rabbani beliau dilihat berupaya membangunkan modal insan secara holistik dan seimbang. Sa‘id Hawwa turut meletakkan institusi masjid sebagai wahana utama pembangunan modal insan rabbani dengan mengembangkan fungsi masjid sebagai hab pendidikan yang memiliki sukatan kurikulum pengajian Islam yang bersepadu, pusat tarbiah rohani, dan institusi pengkaderan pendakwah.
15
Embed
ABSTRAK Kajian ini membincangkan konsep modal insan rabbani ...
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
iii
ABSTRAK
Kajian ini membincangkan konsep modal insan rabbani menurut al-Qur’an serta
menganalisis pemikiran modal insan rabbani Sa‘id Hawwa dalam karya al-Asas fi al-
Tafsir. Konsep modal insan perspektif al-Qur’an dirungkai dengan mencermati
komponen modal insan yang terdiri daripada jasmani dan rohani, manakala elemen
rohani terdiri daripada unsur fitrah, ‘aql, qalb, ruh, dan nafs. Selanjutnya, definisi
“rabbani” perspektif al-Qur’an diteliti secara analisis tematik. Gandingan konsep modal
insan dengan terminologi “rabbani” memperlihatkan konsep rabbani menjadi ukuran
nilai yang merealisasikan pembangunan modal insan secara holistik. Kajian ini memilih
Sa‘id Hawwa sebagai subjek penyelidikan kerana beliau adalah tokoh murabbi ummah
yang sarat menyalurkan idea-idea pembangunan modal insan rabbani secara kritis dalam
karya-karya beliau. Kajian kualitatif ini menggunakan metode dokumentasi, metode
historis, metode temu bual, dan metode eksplorasi sebagai metode pengumpulan data.
Manakala metode induktif, metode deduktif, metode komparatif, dan metode analisis
teks diguna pakai sebagai metode analisis data. Menyingkap pemikiran Sa‘id Hawwa,
hasil analisis mendapati, terdapat tiga komponen teras pembangunan sewajarnya
dibangunkan bagi melahirkan modal insan rabbani iaitu penerapan keilmuan rabbani,
pengukuhan tarbiah rabbani, dan pembangunan dakwah rabbani. Ketiga-tiga komponen
modal insan rabbani gagasan Sa‘id Hawwa distruktur berdasarkan nas-nas al-Qur’an
yang mengandungi kalimah “rabbani”. Gagasan pembangunan modal insan rabbani
beliau dilihat berupaya membangunkan modal insan secara holistik dan seimbang. Sa‘id
Hawwa turut meletakkan institusi masjid sebagai wahana utama pembangunan modal
insan rabbani dengan mengembangkan fungsi masjid sebagai hab pendidikan yang
memiliki sukatan kurikulum pengajian Islam yang bersepadu, pusat tarbiah rohani, dan
institusi pengkaderan pendakwah.
iv
ABSTRACT
This study discusses the concept of rabbani human capital according to the Qur'an and
analyses the rabbani human capital idea of Sa‘id Hawwa in the work of al-Asas fi al-
Tafsir. The concept of human capital from Qur’anic perspective is expounded by
examining the human capital component which consists of body and soul, while the
spiritual features comprise of fitrah, ‘aql, qalb, ruh and nafs. Additionally the definition
of “rabbani” from Quranic perspective is analysed thematically. The combination of
the concept of human capital with the term “rabbani” shows that the concept of
“rabbani” is the value indicator in actualising human capital development in a holistic
manner. This study selected Sa‘id Hawwa as its subject because he was a murabbi
figure who critically conveyed ideas of rabbani human capital development in his
works. This qualitative study applied the documentation method, historical method,
interview method, and exploration method as methods of data collection, whereas the
inductive method, deductive method, comparative method, and text analysis method
were adopted for data analysis. The analysis found that there are three core components
of development that should be developed to produce rabbani human capital, which are
the application of rabbani knowledge, strengthening rabbani tarbiyah, and the
development of rabbani dakwa. The three components of rabbani human capital as
envisioned by Sa‘id Hawwa were structured on the texts of the Qur’an that contain the
word “rabbani”. The idea of rabbani human capital development is seen as capable of
developing a holistic and balanced human capital. Sa‘id Hawwa also placed the mosque
institution as the main medium for the development of rabbani human capital by
expanding its function as an education hub, with integrated Islamic curriculum, centre
of spiritual tarbiyah and institution for dakwa training.
v
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga Baginda dan para sahabatnya
keseluruhannya. Setinggi-tinggi rasa syukur dipanjatkan kepada Ilahi, kerana dengan
izin-Nya, kajian ini berjaya disempurnakan sebagai koleksi penyelidikan kutub khanah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada penyelia
yang dikasihi, Prof. Madya Dr. Mustaffa Abdullah, atas kesungguhan beliau
menjalankan penyeliaan, mencurahkan idea dan nasihat, sehingga kajian ini dapat
disiapkan dengan jayanya. Prof. Madya Dr. Mustaffa Abdullah yang saya kenali,
sentiasa memberikan solusi yang terbaik dalam setiap cabaran yang timbul saat kajian
ini sedang disiapkan. Beliau tidak hanya bertindak sebagai penyelia, malah beliau
adalah murabbi yang mesra, menyemai adab terhadap anak didiknya dengan
keseniannya yang tersendiri. Sekalung penghargaan juga ditujukan buat seluruh
pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith atas sokongan yang diberikan, iaitu Dr.
Monika @ Munirah bt. Abd Razzak selaku Ketua Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith,
Prof. Dato’ Dr. Mohd Yakub @ Zulkifli Haji Mohd Yusoff merangkap Pengarah
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman, Prof.
Madya Dr. Ishak Suliaman, Dr. Faisal Ahmad Shah, Dr. Khadher Ahmad, Dr. Sedek
Ariffin, Dr. Thabet Abu al-Haj, dan lain-lain. Tidak lupa juga ucapan jutaan terima
kasih dititipkan kepada staf Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Puan Norlina yang
sentiasa terbuka menghulurkan bantuan dalam melengkapkan segala keperluan bagi
memudahkan urusan pengajian ini berjalan lancar. Semoga Allah S.W.T mengurniakan
keberkatan dan limpahan rahmat-Nya kepada kita semua.
Penulis turut merakamkan jutaan penghargaan kepada pihak pengurusan
tertinggi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), khususnya kepada
Pengarah APIUM Prof. Dato’ Dr. Mohd Yakub @ Zulkifli Haji Mohd Yusoff yang
telah banyak mempermudahkan urusan penulis. Jutaan penghargaan juga ditujukan
kepada Bahagian Ijazah Tinggi APIUM, yang telah membantu penulis
menyempurnakan tesis ini. Termasuk juga pihak pentadbiran Universiti Malaya dan
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), yang telah menaja biasiswa bagi kemudahan
pengajian. Tidak lupa juga kepada tokoh-tokoh penting yang sangat membantu dalam
menyempurnakan kajian ini khususnya kepada anak-anak Almarhum Syeikh Sa‘id
Hawwa, Dr. Mu‘adh Sa‘id Hawwa, Dr. Muhammad Sa‘id Hawwa, dan Dr. Ahmad
Sa‘id Hawwa. Termasuk juga Syeikh Dr. Salah al-Khalidi, Syeikh Prof. Dr. ‘Abd al-
Malik al-Sa‘di, Prof. Dr. Shihhadah ‘Amri, Prof. Dr. Sharaf Qudah, Syeikh Shu‘ayb al-
Arna’ut, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dan lain-lain yang telah banyak
membekalkan butir-butir hikmah dan himmah agar terus menggali khazanah ilmu tanpa
kenal erti penat dan jemu. Penghargaan yang tulus juga ditujukan buat seluruh
pengurusan perpustakaan yang menjadi tempat rujukan penulis seperti Perpustakaan
Utama Universiti Malaya, Perpustakaan Pengajian Islam Universiti Malaya,
Perpustakaan Peringatana Za’ba Universiti Malaya, Perpustakaan Utama Universiti
vi
Islam Antarabangsa Malaysia, Perpustakaan Utama Universiti Kebangsaan Malaysia,
Perpustakaan World Islamic Science University (WISE) dan Perpustakaan Universiti
Urduniyyah, Jordan, Perpustakaan Negara, dan Perpustakaan Arkib Negara Malaysia.
Ucapan sejambak kasih dan sayang terhadap seluruh ahli keluarga tercinta iaitu
ummi; Jamilah Idris, abah; Es Norasid Mohamed Yasin, ibu mertua; Hashnah Md.
Rejab dan ayah mertua; Abdul Rahim Abdul Hamid. Penulis menyedari, saat melihat
kejayaan si anak, si ibu jualah yang paling gembira tidak terkata, mekar hatinya. Siapa
lagi kalau bukan ummi. Kutitipkan sekalung doa mawaddah buatmu ummi, abah, mak
dan ayah, agar kalian bahagia di dunia akhirat… Penghargaan yang tulus teristimewa
buat isteri tercinta, Nor Siti Hashima Abdul Rahim yang sentiasa menjadi tulang
belakang kepada perjuangan menimba ilmu. Tidak hanya sekadar melayani gelagat
suami dan anak-anak, beliaulah insan yang paling memahami kondisi, yang tidak putus-
putus memberikan perangsang, mendoakan kejayaan, serta berkorban masa dan tenaga,
sehingga kajian ini dapat disempurnakan. Buat anak-anak, Es Nurul Misykah al-‘Ulya,
Es Nurun Nusrah al-Nuha, dan Es Muhammad Fawwas al-Imtiyaz, saat abi berasa lelah
dan penat, keceriaan kalianlah mengisi hati abi bersama-sama girang bergurau senda
menjadi penyejuk mata hati. Tidak lupa juga kepada adik-beradik, kalianlah menjadi
pencetus momentum ke arah menyempurnakan kajian ini, agar kajian ini menjadi
suntikan motivasi kepada kalian untuk terus menimba ilmu hingga ke mercu tertinggi.
Kepada rakan-rakan pengajian yang gigih berusaha, saling bekerjasama, sentiasa
berkongsi ilmu dan kemahiran, berkongsi suka dan duka dalam institusi tarbiah APIUM
sepanjang menyiapkan tesis ini, segunung apresiasi diluncurkan kepada semua, bermula
daripada Dr. Muhammad Arif Yahya, Dr. Hasrul Shuhari, Dr. Amiratul Munirah
Yahaya, Dr. Khairul Naim Che’ Nordin, Dr. Mohd. Sobri Ellias, Dr. Selamat Amir,