iii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul kurikulum intergenerasi berasaskan perkongsian kemahiran dalam kalangan warga emas dan pelajar sekolah menengah. Pembinaan modul adalah bertujuan untuk memperlihatkan bagaimana modul ini boleh digunakan dalam usaha mengurangkan jurang antara generasi dan memberikan peluang kepada warga emas untuk memberi sumbangan yang bermakna melalui program intergenerasi. Kajian ini mengggunakan kaedah Reka bentuk dan Pembinaan (Design and Development Research) yang diperkenalkan oleh Richey dan Klein (2007) yang mengandungi tiga fasa. Fasa pertama melibatkan analisis keperluan dengan menggunakan soal selidik yang dijalankan ke atas 618 warga emas untuk mengenal pasti keperluan bagi pembinaan modul kurikulum intergenerasi. Fasa kedua menggunakan kaedah Fuzzy Delphi untuk membangunkan modul berdasarkan pandangan dan keputusan 21 ahli panel pakar. Nilai ambang ( threshold, d) dikira untuk mengesahkan konsensus pakar terhadap semua item soal selidik. Tiga pakar dipilih untuk memurnikan modul prototaip. Fasa ketiga ialah penilaian kepenggunaan modul menggunakan temu bual separa berstruktur kepada 10 orang pelajar dan tujuh orang warga emas. Temu bual separa berstruktur telah dijalankan ke atas sampel untuk menilai kebolehgunaan modul kurikulum intergenerasi tersebut. Dapatan fasa pertama menunjukkan bahawa majoriti warga emas mempunyai keyakinan serta sanggup berkongsi masa dan kemahiran dengan pelajar sekolah menengah. Ini menunjukkan wujudlah satu keperluan untuk membangunkan modul kurikulum intergenerasi berasaskan kemahiran untuk warga emas dan pelajar-pelajar. Dapatan dari fasa kedua menghasilkan pembinaan modul yang terdiri dari reka bentuk, komponen utama modul dan 30 aktiviti yang perlu dimuatkan dalam Modul Kurikulum Intergenerasi. Tiga klasifikasi untuk program intergenerasi dicadangkan iaitu warga emas melayan warga muda (elders serve the youth), program bersama (Shared program) dan program
23
Embed
ABSTRAK - studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/6762/2/DEPAN_THESIS_edited(31.8.2016).pdf · breach the gap between the generations and to give an opportunity to the older
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
iii
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul kurikulum intergenerasi berasaskan
perkongsian kemahiran dalam kalangan warga emas dan pelajar sekolah menengah.
Pembinaan modul adalah bertujuan untuk memperlihatkan bagaimana modul ini boleh
digunakan dalam usaha mengurangkan jurang antara generasi dan memberikan peluang
kepada warga emas untuk memberi sumbangan yang bermakna melalui program
intergenerasi. Kajian ini mengggunakan kaedah Reka bentuk dan Pembinaan (Design
and Development Research) yang diperkenalkan oleh Richey dan Klein (2007) yang
mengandungi tiga fasa. Fasa pertama melibatkan analisis keperluan dengan
menggunakan soal selidik yang dijalankan ke atas 618 warga emas untuk mengenal
pasti keperluan bagi pembinaan modul kurikulum intergenerasi. Fasa kedua
menggunakan kaedah Fuzzy Delphi untuk membangunkan modul berdasarkan
pandangan dan keputusan 21 ahli panel pakar. Nilai ambang (threshold, d) dikira untuk
mengesahkan konsensus pakar terhadap semua item soal selidik. Tiga pakar dipilih
untuk memurnikan modul prototaip. Fasa ketiga ialah penilaian kepenggunaan modul
menggunakan temu bual separa berstruktur kepada 10 orang pelajar dan tujuh orang
warga emas. Temu bual separa berstruktur telah dijalankan ke atas sampel untuk
menilai kebolehgunaan modul kurikulum intergenerasi tersebut. Dapatan fasa pertama
menunjukkan bahawa majoriti warga emas mempunyai keyakinan serta sanggup
berkongsi masa dan kemahiran dengan pelajar sekolah menengah. Ini menunjukkan
wujudlah satu keperluan untuk membangunkan modul kurikulum intergenerasi
berasaskan kemahiran untuk warga emas dan pelajar-pelajar. Dapatan dari fasa kedua
menghasilkan pembinaan modul yang terdiri dari reka bentuk, komponen utama modul
dan 30 aktiviti yang perlu dimuatkan dalam Modul Kurikulum Intergenerasi. Tiga
klasifikasi untuk program intergenerasi dicadangkan iaitu warga emas melayan warga
muda (elders serve the youth), program bersama (Shared program) dan program
iv
resiprokal pembelajaran bersama (Reciprocal mutual learning). Dapatan fasa tiga
menunjukkan sampel berpuas hati dengan aktiviti intergenerasi, masa dan lokasi yang
disediakan dalam modul tersebut. Dapatan kajian fasa tiga juga menunjukkan modul
kurikulum intergenerasi mempunyai empat kekuatan utama iaitu: modul memberi
peluang dan ruang kepada pelajar dan warga emas untuk berinteraksi dan
berkomunikasi, saling berkongsi kemahiran, memberi peluang kepada pelajar untuk
membantu warga emas dan saling menghormati dan menjadikan warga emas merasa
diperlukan. Modul kurikulum intergenerasi berasaskan perkongsian kemahiran yang
dihasilkan oleh kajian ini boleh dijadikan panduan kepada Kementerian Pendidikan,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Persatuan Warga Emas,
dan agensi-agensi tertentu apabila mengadakan program intergenerasi nanti.
v
DEVELOPING AN INTERGENERATIONAL CURRICULUM MODULE BASED ON SKILL SHARING
ABSTRACT
This study aimed at developing an intergenerational curriculum module based on skill
sharing among the older generation and secondary school students. The module
development was targeted at demonstrating how the module can be used in efforts to
breach the gap between the generations and to give an opportunity to the older
generation to make a meaningful contribution through the intergenerational program.
This study used the Design and Development Research approach first introduced by
Richey dan Klein (2007) that consists of three phases. The first phase involved needs
analysis using the questionnaire administered on 618 senior citizens to identify their
needs in building the intergenerational curriculum module. The second phase used the
Fuzzy Delphi approach to develop a module based on the views and consensus of a 21-
member panel of experts. The threshold value (d) was calculated to verify the consensus
of experts toward all the questionnaire items. Three experts were selected to revise the
prototype module. The third phase was the module usability evaluation using semi
structured interviews with 10 students and seven senior citizens. Semi structured
interviews were carried out on the sample to evaluate the usability of the
intergenerational curriculum module. Findings from the first phase show that the
majority of senior citizens had confidence and were willing to share their time and skills
with the secondary school students. This shows that there exists a need for developing
an intergenerational curriculum module based on skills for senior citizens and students.
Findings from the second phase resulted in development of the module made up of the
design, main module components, and 30 activities that need to be put into the
intergenerational curriculum module. Three classifications of intergenerational
vi
programs were suggested (elders serve the youth, shared program and reciprocal
mutual learning). The third phase findings show that the sample was satisfied with the
intergenerational activities, duration and location afforded by the module. The third
phase findings also show that the intergenerational curriculum module had four main
strengths: the module gave opportunity and space for students and senior citizens to
interact and communicate, share their skills, give opportunities for students to help the
aged and generate mutual respect and make the aged feel needed. The intergenerational
curriculum module based on skill sharing produced by this study can be used as a
guideline for the Ministry of Education, the Ministry of Women, Family and
Community Development, Senior Citizen Associations, and selected agencies when
carrying out intergenerational programs in future.
vii
PENGHARGAAN
Terima kasih kepada Tuhan kerana tanpa kasih sayang dan pertolongan Mu
tidak mungkin dapat saya menyempurnakan penulisan tesis ini. Setinggi-tinggi
penghargaan buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung terhadap
penghasilan kajian ini. Dimulai dengan penyelia saya, Profesor Dr Saedah Siraj dan Dr
Norlidah Alias, yang sentiasa menjadi sumber inspirasi, pembakar semangat, mendidik
saya berfikiran jauh melangkau ke hadapan dan sentiasa yakin dengan kemampuan diri
saya sehingga saya mampu melalui semua halangan. Terima kasih juga kepada semua
pensyarah Fakulti Pendidikan, khas kepada pensyarah yang telah sudi mengajar kelas
kursus PhD, terutamanya Profesor Dr Saedah Siraj, Dr Norlidah Alias, Profesor Dato’
Abu Bakar Nordin, Dr Dorothy Dewitt, Dr Siti Hajar Halili, Profesor Dr Rohaida Saat
dan Dr Nabeel Abdallah Mohammad Abedalaziz.
Untuk Kementerian Pendidikan Malaysia, terima kasih buat pihak Bahagian
Tajaan kerana anugerah Cuti Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa sepenuh masa. Sekalung
penghargaan
dan terima kasih kepada panel Fuzzy Delphi, pengetua-pengetua, Persatuan
Warga Emas dan pelajar-pelajar serta warga emas Taman Medan yang tidak
sewajarnya nama mereka saya nyatakan disini, segala pandangan dan komitmen tinggi
yang anda berikan telah memotivasikan saya terus gigih menyiapkan kerja saya dan
amat saya hargai.
Inspirasi, sokongan dan pertolongan daripada kawan-kawan seperti Ayu,
Esmali, Deen, Rev, Tee, Hafiz, Kasful dan rakan-rakan projek Melor.
Akhirnya buat isteri tercinta, Lim Beng See, terima kasih tidak terhingga atas
kasih sayang, dan pengorbanan sepanjang tempoh belajar ini. Untuk anak tersayang
Ngu Earn Lin, semoga menjadi anak yang berjasa kepada masyarakat, agama dan
viii
negara. Juga terima kasih buat ibu saya Yong Nguk Hwa dan juga mendiang ayah
Ngu Chin Hooi.
ix
SENARAI KANDUNGAN
KANDUNGAN HALAMAN
ABSTRAK iii
ABSTRACT v
PENGHARGAAN vii
SENARAI KANDUNGAN ix
SENARAI RAJAH xviii
SENARAI JADUAL xix
SENARAI SINGKATAN xxiii
SENARAI LAMPIRAN xxiv
BAB 1: PENGENALAN 1
Latar Belakang 1
Penyataan Masalah 4
Tujuan Kajian 9
Objektif Kajian 10
Soalan Kajian 11
Rasional Kajian 11
Kerangka Teori 13
Signifikan Kajian 13
Limitasi Kajian 16
x
Definisi Istilah 17
Kesimpulan 19
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
Pengenalan 20
Konsep Intergenerasi 20
Kurikulum dan Kaitan dengan Program Intergenerasi berasaskan
Sekolah 22
Perkembangan Program Intergenerasi 26
Keperluan dan Kelebihan Modul Kurikulum Intergenerasi 31
Modul Program Intergenerasi di Luar Negara 35
Program Intergenerasi Luar Negara 42
Komponen Program Intergenerasi 48
Kerangka Teori 61
Kerangka Konsep Modul Intergenerasi 75
Kajian-kajian tentang program intergenerasi di Luar Negara 77
Kajian-kajian tentang program intergenerasi di dalam negara 81
Kesimpulan 84
xi
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
Pengenalan 85
Reka Bentuk Kajian 85
Fasa Analisis Keperluan 87
Fasa Reka Bentuk 89
Fasa Penlaian 90
Pemilihan Persampelan 94
Prosedur Pengumpulan data 96
Instrumen Kajian 96
Temu bual 97
Teknik Fuzzy Delphi 97
Prosedur Penganalisisan Data 100
Ringkasan Pengendalian Teknik Fuzzy Delphi dan analisis data 102