Protokol Dalam Pengucapan Awam
Protokol Dalam Pengucapan Awam
Apakah Protokol?
Amalan protokol dalam sesuatu majilis bertujuan menetapkan penghormatan yang diberikan kepada seseorang tetamu kehormat dan para jemputan,di samping menetapkan peraturan yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh penganjur sesuatu majlis.
Protokol juga merupakan peraturan yang diterima oleh semua pihak dalam hubungan antarabangsa, hubungan harian dalam masyarakat, istiadat atau majlis.
Elemen Protokol
• Susunan keutamaan• Darjah kebesaran• Panggilan hormat• Susunan tempat duduk • Susunan bendera
Susunan Keutamaan
Senarai yang disusun mengikut kedudukan kekananan antara pelbagai golongan masyarakat termasuk pegawai kerajaan, bukan pegawai kerajaan dan orang awam.
Asas Menentukan Susunan Keutamaan
Pegawai Kerajaan• Jenis jawatan yang disandang• Gred jawatan• Anugerah kebesaran Bukan pegawai kerajaan• Anugerah kebesaran• Kedudukan dalam masyarakat
Panggilan Hormat
• Panggilan sewajarnya terhadap tetamu kehormat dan dif
• Selain daripada digunakan dalam teks pengucapan awam, panggilan hormat turut digunakan pada teks juruacara, kad jemputan, kad nama dan sampul surat
• Panggilan hormat adalah meliputi panggilan turun-temurun diraja, jawatan, anugerah dan keagamaan
Panggilan Hormat
Perdana Menteri
Timbalan Perdana Menteri
Ketua Menteri
Menteri Besar
YANG AMAT BERHORMAT
Panggilan Hormat
Menteri
Timbalan Menteri
Ahli Dewan Rakyat
Ahli Dewan Negara
Ahli Dewan Undangan Negeri
YANG BERHORMAT
Panggilan Hormat
Dato/Datuk/DatinPengarah
Pengerusi MajlisKetua Jabatan
Ketua Bahagian
YANG BERBAHAGIA
Panggilan Hormat Panggilan Lelaki/Suami Perempuan/Isteri Panggilan
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Raja Permaisuri SPB/DYMM
Duli Yang Maha Mulia
Sultan/Yang di-Pertuan Besar/Raja Negeri-Negeri
Sultanah/Tengku Ampuan/Tuanku Ampuan
YAM
Yang Amat Mulia Anak-anak raja yang memerintah
Anak-anak raja yang memerintah
YA Bhg
Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Isteri Yang Dipertua Negeri YA Bhg
Yang Amat Berbahagia
Tun/Tan Sri Toh Puan/Puan Sri Y A Bhg
Yang Berbahagia Dato/Datuk Datin Y Bhg
Susunan Tempat Duduk
Bilangan Ganjil• Bilangan terhad kepada bilangan yang kecil ~
3,5,7 dan 9• Susunan tempat duduk atas pentas mengikut
susunan keutamaan atau kekananan• Pengukuran kekananan dikira dari tengah-
tengah
Susunan Tempat Duduk
Bilangan genap• Bilangan yang ideal ~ 6, 10,14,16• Susunan tempat duduk atas pentas mengikut
susunan keutamaan atau kekananan• Pengukuran kekananan dikira secara dibahagi
dua
Penyediaan Ucapan
Badan Ucapan• Mengandungi 3 atau 4 sekysen berkaitan tajuk• Analisis audiens: umur, tajuk diminati,jantina,
pekerjaan, tahap ekonomi, sikap terhadap tajuk, saiz dan latar belakang
• Pilih dan sempitkan tajuk, cth: Pencemaran terlalu umum. Kesan pencemaran tanah lebih spesifik dan khusus
Penyediaan Ucapan
• Tanya soalan tidak terhad (5W1H), soalan tertutup (jwpan ya/tidak), soalan skala (nilai sesuatu dan berikan gred seperti cemerlang, bagus), soalan arahan (sebab sesuatu itu berlaku), soalan aneka pilihan
• Sediakan alat-alat visual
Langkah 1: Sediakan badan ucapan
• Gunakan tanda peralihan seperti tambahan lagi, walaubagaimanapun, pertama, kedua dan seterusnya, begitu
• Corak penyusunan seperti masa lalu-masa sekarang-masa akan datang, masa (proses, pengalaman peribadi), masalah-penyelesaian
• Lokasi (bahagi tajuk ikut lokasi geografi, cth: adat perkahwinan di Jepun)
Langkah 1: Sediakan badan ucapan
• Sebab-kesan (terangkan situasi dan kesan cth: kesan pencemaran again ke atas kanak-kanak)
• Kesan-sebab (cth untuk terangkan mengapa terjadinya banjirnya, longkang tersumbat)
• Faedah-rugi (aspek positif dan negatif cth menonton televisyen)
Langkah 2: Menyediakan pengenalan
• Pengenalan merupakan perenggan pertama ucapan
• Berfungsi untuk perkenalkan tajuk ucapan dan menarik perhatian
• Pendekatan paling baik: pengenalan corong yang ada 2 bahagian iaitu beberapa ayat am dan satu ayat tesis
• Ayat am: maklumat latar belakang.
Langkah 2: Menyediakan pengenalan
• Ayat tesis: Ide utama ucapan. Mengikut Oshima dan Hogue (1997), ayat tesis boleh mengambil bentuk-bentuk berikut:
• Ia menerangkan tajuk spesifik ucapan• Ia menyenaraikan tajuk-tajuk kecil dari tajuk
utama• Ia boleh menyebut kaedah organisasi• Ia merupakan ayat terakhir pengenalan
Langkah 3: Sediakan penutup
• Penutup merupakan perenggan akhir sebuah ucapan.
• Ia mengandungi ringkasan butir-butir yang utama dan kata penutup yang boleh dikenang-kenangkan (pendapat, ide, saranan)
• Kata penutup boleh merupakan soalan retorikal, cerita pendek, kata-kata pujangga
Rujukan
• Sidhu, K. K. (2007). Pengucapan Awam dan Kemahiran Persembahan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
• Yasmin, S. (t.t.). Amalan Protokol dan Etiket Majlis Rasimi. Retrieved April 12, 2011, from http://www.scribd.com/doc/4853975/Protokol-dan-Etiket-Majlis-Rasmi
• Zain, A. M. (t.t.). Pengurusan Majlis Rasmi. Retrieved April 12, 2011, from Dewan Bandaraya Kuala Lumpur: http://peperiksaan.dbkl.gov.my/sppi/public/borang/Pengurusan%20Majlis%20Rasmi.pdf
Sekian, terima kasih