Page 1
© Siri ‘Bagaimana?’ 1
Siri ‘Bagaimana?’ Satu Perkongsian untuk IBU BAPA.
9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.
Melalui 3 bulan pertama persekolahan.
Oleh Noraminah Omar www.noraminahomar.com
Penulis Buku Cerita Kanak-kanak
Pengamal Bisnes Pendidikan Awal Kanak-kanak
Jurulatih Pengendalian Sesi Bercerita Interaktif untuk Kanak-kanak
Page 2
© Siri ‘Bagaimana?’ 2
Kandungan di dalam manuskrip ini merupakan pengalaman peribadi dan juga hasil pembacaan penulis. Para pembaca DIBENARKAN berkongsi kandungan dan cerita dalam manuskrip ini untuk sesi pembelajaran dan perkongsian bisnes dengan menyebutkan sumber dan nama Penulis. Para pembaca TIDAK DIBENARKAN berkongsi manuskrip ini tanpa keizinan Penulis. Tidak ada mana-mana bahagian dalam manuskrip ini yang boleh diterbit, dicetak atau direkodkan dalam sebarang bentuk tanpa mendapat keizinan bertulis dari Penulis. Pembaca digalakkan untuk merujuk kepada pakar dan menjalankan kajian serta membuat bacaan lanjut sebelum membuat sebarang keputusan untuk mengaplikasikan mana-mana bahagian teknikal dalam manuskrip ini. Kandungan ini adalah benar dalam masa ia diterbitkan.
Page 3
© Siri ‘Bagaimana?’ 3
DARI PENULIS
“It takes a village to raise a child.” Tulisan ini merupakan sebahagian kecil pengalaman peribadi dan perkongsian yang saya perolehi dari sahabat dan rakan taulan dalam industri. Ya, pengalaman kita tidak sama. Kita boleh saling belajar antara satu sama lain. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelajuan dan cara yang berbeza dalam perkembangan pembelajaran. Malah, ada anak yang melalui sesi ‘orientasi’ mereka sepanjang tahun! Saya yakin, kita tidak mempunyai niat lain selain mahukan yang terbaik buat anak-anak. Bukan sahaja anak kita, malah anak-anak kawan kita dan kawan-kawan anak kita. Saya menjemput tuan dan puan yang menerima tulisan ini memberikan maklumbalas kepada saya di www.noraminahomar.com Noraminah Omar
6 Januari 2015
Page 4
© Siri ‘Bagaimana?’ 4
BAHAGIAN 1 : Untuk Ibu Bapa
Ada banyak pengalaman yang kita sendiri sudah lalui dan ada
yang dikongsikan oleh rakan ibu bapa yang lain.
Kisah dan cerita yang pelbagai ini juga, menjadi sebahagian
lambakan maklumat dalam minda kita sebagai ibu bapa yang
mempunyai anak di tadika.
Apa yang pasti, kita sendiri akan memilih maklumat mana dan
keputusan apa yang diambil untuk anak kita dan keluarga.
Dalam bahagian ini, kita akan berkongsi 9 cara yang kita boleh
ambil untuk membantu anak kita mengadaptasikan diri di tadika
baru atau pada tahun baru.
Tempoh 3 bulan pertama ini boleh bermula pada bila-bila masa
sahaja sepanjang tahun.
Page 5
© Siri ‘Bagaimana?’ 5
Ada rakan ibu bapa yang sengaja memasukkan anak ke tadika
pada bulan Februari atau bulan Jun untuk memastikan dan
mengelakkan banyak perkara.
Semua ini merupakan pilihan.
Berikut adalah 9 perkara yang disarankan untuk kita selusuri
apabila menghantar anak ke tadika.
1. Meletakkan sasaran yang sesuai.
Apakaha tujuan utama kita sebagai ibu bapa menghantar anak
ke tadika?
Apakah sasaran kita yang sebenar?
Adakalanya, kita sering menyebutkan, “Oh, tidak mengapa.
Saya hanya mahu anak saya berkawan-kawan sahaja.”
Page 6
© Siri ‘Bagaimana?’ 6
Namun, apabila tiba satu ketika, kita dapati objektif sebenar kita
menghantar anak ke tadika sudah berubah.
Secara amnya, ramai diantara kita mempunyai objektif dan
sasaran yang sama apabila menghantar anak ke tadika.
“Menyediakan mereka untuk melalui fasa pendidikan
seterusnya.”
Dalam konteks kita di Malaysia, kita biasanya mula menekankan
keperluan asas iaitu membaca, menulis dan mengira. Kemudian
kita melihat perkara lain seperti kemahiran dan bakat secara
khusus.
Meskipun banyak topik perbincangan yang ada dan berlanjutan
antara perkara ini, hakikat kehidupan sebenar yang
membolehkan anak-anak kita ‘survive’ dalam dunia realiti ialah
kebolehan membaca, menulis dan mengira.
Page 7
© Siri ‘Bagaimana?’ 7
Tiadak kira sama ada mereka bekerja sendiri atau makan gaji,
kelak, mereka akan memerlukan kemahiran asas ini. Itu yang
biasa kita fikir dan sasarkan sebagai ibu bapa.
Di Malaysia pula, ‘LULUS’ dalam SPM dan peperiksaan tertentu
menjadi satu kemestian. ‘CEMERLANG’ dangan sederet A pula
menjadi pilihan yang agak terbuka.
Ada antara kita sebagai ibu bapa, dapat menerima hakikat
pencapaian dan kebolehan anak-anak seadanya.
Kata mereka, asalkan keputusan peperiksaan itu dapat
melayakkan anak kita untuk meneruskan pelajaran ke peringkat
seterusnya, sudah cukup. Itu sahaja.
Baik, mari kita kembali kepada situasi anak di tadika.
Ia menjadi lebih utama apabila tadika dilihat sebagai titik
permulaan kepada pencapaian akademik anak-anak.
Page 8
© Siri ‘Bagaimana?’ 8
Pendidikan awal anak-anak sudah mula menjadi kepentingan
yang besar. Anak-anak mesti menerima pembelajaran yang baik
untuk mencapai tahap seterusnya.
Apa pun, pencapaian dan kejayaan anak di tadika dalam bentuk
akademik tidak pula memberi jaminan sepenuhnya akan
kejayaannya apabila dewasa kelak.
Meneliti dan mengenalpasti kebolehan dan kemahiran yang
anak kita punya kekuatan, sememangnya bermula seawal anak
di tadika. Inilah yang dikaitkan dengan bakat.
Lalu, apakah sebenarnya sasaran kita apabila menghantar anak
kita ke tadika?
Sasaran dan objektif mesti terus kekal menjadi spesifik, boleh
diukur, boleh dicapai, realistik dan mempunyai tempoh masa.
3 bulan pertama di tadika merupakan satu tempoh pencapaian
yang boleh disasarkan dengan spesifik, boleh diukur dan boleh
dicapai.
Page 9
© Siri ‘Bagaimana?’ 9
Apakah antara sasaran yang biasa diletakkan oleh ibu bapa?
a. Anak mestilah gembira dan tidak mempunyai isu emosi dan
hubungan sosial di tadika.
b. Anak menunjukkan prestasi seronok dengan jadual dan
aktiviti di sekolah dengan menunjukkan hasil kerja
berbentuk mingguan kepada ibu bapa.
c. Dalam tempoh 3 bulan bersekolah, anak mestilah
menunjukkan peerkembangan positif dari segi tingkahlaku
dan sikap terhadap konten berbentuk akademik seperti
mula menunjukkan keyakinan bercakap dan berkomunikasi,
berdikari dan menguasai asas mengenal huruf dan nombor.
Bagi ibu bapa, ada yang meletakkan pencapaian yang lebih
daripada yang di atas.
Sasaran ini bergantung kepada ibu bapa serta tahap
pendedahan anak kepada perkara berkenaan di rumah.
Page 10
© Siri ‘Bagaimana?’ 10
Ambil contoh sasaran menguasai bahasa Inggeris di tadika.
Apabila kita tidak bercakap dalam bahasa Inggeris di rumah dan
tidak mempunyai banyak bahan sokongan pembangunan
bahasa Inggeris, sasaran kita terhadap pencapaian anak
menguasai bahasa Inggeris mestilah sejajar.
Tidak semua ibu bapa mempunyai sumber yang mencukupi
untuk menyediakan suasana dengan sokongan yang mencukupi
di rumah.
Kuncinya, sasaran itu mestilah berdasarkan realiti latar belakang
pendidikan dan cara asuhan anak kita yang bermula dari rumah.
2. Berkomunikasi dengan guru dengan kekerapan yang sederhana. Apa juga yang berkaitan dengan anak kita yang boleh
mempengaruhi prestasi pencapaiannya di tadika mestilah
dikomunikasikan kepada guru di tadika. Namun, ia mestilah
dilakukan secara besederhana.
Page 11
© Siri ‘Bagaimana?’ 11
Adakalanya, maklumat yang terlalu banyak dan kerap juga tidak
dapat membantu. Asingkan beberapa perkara yang berkaitan
dengan anak kita kepada beberapa perkara berikut:
+ Perkembangan fizikal
+ Rutin dan tingkah laku sosial
+ Kebolehan daya fikir anak
Perkembangan fizikal anak termasuklah kebolehan serta
kelemahan anak kita.
Adakalanya anak kita itu bersaiz agak kecil dan menyebabkan
anak itu perlukan bantuan apabila mahu ke tandas.
Ada juga anak yang lebih besar saiznya berbanding dengan
anak yang sebaya dengannya.
Anak yang tidak mempunyai adik-beradik yang ramai
mempunyai kemahiran sosial yang berbeza.
Page 12
© Siri ‘Bagaimana?’ 12
Anak yang duduk di taska dan di rumah pengasuh atau duduk di
rumah bersama pembantu rumah juga mempunyai gaya
bersosial yang tidak serupa.
Maklumat ini juga adakalanya perlu dikongsikan dengan guru
apabila ia melibatkan situasi sosial dan berkawan di tadika.
Kebolehan daya fikir anak dapat dilihat daripada cara anak itu
menyelesaikan sesuatu masalah. Ini dapat diperhatikan, sama
ada semasa bermain atau semasa bersosial.
Ada antara kita sebagai ibu bapa yang faham benar anak ‘trick’
yang biasa difikirkan oleh anak kita untuk mendapatkan apa
yang dimahukannya.
Maklumat ini juga boleh membantu guru tadika berhadapan
dengan anak kita, dalam proses menyesuaikan diri di tadika
dalam tempoh 3 bulan pertama itu.
Page 13
© Siri ‘Bagaimana?’ 13
3. Memahami rutin pembelajaran anak di tadika.
Adakalanya, apa yang kita lakukan di rumah sebagai rutin,
bukanlah satu rutin yang sama seperti di rumah. Ada juga yang
membayangkan bahawa rutinnya sama seperti di sekolah rendah
atau di tadika lain.
Biasanya, setiap tadika mempunyai rutin yang agak sama,
namun tidak serupa. Malah, ada tadika yang mempunyai susun
atur ruang pembelajaran yang berbeza dengan yang kita
bayangkan!
Berikut adalah antara perkara yang boleh kita lakukan untuk
membantu anak kita bertahan dan mengadaptasikan diri dengan
rutin di tadika:
I. Mendapat satu salinan jadual am dari pihak tadika.
Page 14
© Siri ‘Bagaimana?’ 14
Namun, kita mesti sedia maklum bahawa suasana dalam
satu kelas dan kumpulan pembelajaran perlu berubah
mengikut suasana dan keperluan anak-anak.
II. Melawat tadika dan melihat semua ruang serta fasiliti yang
ada.
Dengan itu, kita boleh membayangkan bagaimana setiap
aktiviti berjalan dalam setiap ruang berbeza dengan
bilangan anak yang berbeza.
III. Menghadiri semua sesi pertemuan guru dan ibu bapa yang
dikendalikan.
Sekiranya tidak ada pertemuan yang kerap, kita sebagai ibu
bapa boleh sahaja membuat temu janji.
Paling tidak setiap 3 bulan sekali untuk berbincang dan
mengetahui perkembangan anak kita di tadika.
Page 15
© Siri ‘Bagaimana?’ 15
Pada masa yang sama, kita lawat tadika untuk mengetahui
sebarang perubahan rutin dan ruang yang ada di sana.
4. Memerhatikan perubahan dan perkembangan emosi anak.
Selepas tempoh 2 minggu awal persekolahan yang sudah
dibincangkan dalam bahagian terdahulu, menjadi penting juga
bagi kita untuk memerhatikan emosi mereka secara berterusan.
(Nota terdahulu boleh dimuat turun percuma di
www.noraminahomar.com)
Kebiasaannya, emosi mereka ini bersifat sementara. Jadi,
sebagai ibu bapa kita boleh memainkan peranan untuk
membantu mereka melalui fasa perubahan emosi.
Ini akan membantu anak-anak menangani situasi yang sama
apabila mereka dewasa kelak.
Page 16
© Siri ‘Bagaimana?’ 16
Tunjukkan contoh kepada anak bahawa:
• Kita menerima sebarang hakikat akan setiap kejadian.
(‘Avoid denial phase in life.’)
Contoh:
Ya, belajar memang penat.
Ya, ada kawan yang nakal dan ada kawan yang baik.
Ya, memang biasa jika kita dimarahi apabila melakukan
kesalahan.
Contoh 3 perkara di atas berlaku bukan sahaja di tadika,
malah di tempat kerja kita sebagai orang dewasa.
• Kita rancangkan tindakan seterusnya.
Apabila penat, bermakna kita perlukan rehat yang cukup.
Page 17
© Siri ‘Bagaimana?’ 17
+ Kita perlu tidur awal
+ Kita siapkan semua tugasan sebaik sahaja rehat (selepas
pulang dari tadika)
+ Kita pastikan semua barang ke tadika disiapkan sebelum
tidur
+ Kita makan makanan yang berkhasiat dan memberi
tenaga
Apabila ada kawan yang nakal, beritahu kepadanya apa
yang kita tidak suka beliau lakukan.
Beritahu guru atau orang dewasa yang lain di tadika untuk
bantuan. Jauhkan diri dari situasi ‘kenakalan’ itu.
Apabila dimarahi, kita baiki kesilapan kita.
Teruskan sahaja rutin seperti biasa.
Usah difikirkan lagi.
Usah berhenti di situ.
Baiki. Jalan terus.
Page 18
© Siri ‘Bagaimana?’ 18
• Kita cuba lagi.
Apabila kita sudah cuba apa yang kita rancang, cuba lagi
beberapa cara yang lain.
Ada banyak kesan tinakan yang kita lihat ditunjukkan oleh anak
kita berdasarkan apa yang berlaku di tadika.
Sebaiknya, kita sebagai ibu bapa juga boleh saling mengenali
antara satu sama lain.
Pernah satu ketika, seorang ibu terpaksa membenarkan anak
membawa alat permainan ke tadika untuk memujuknya.
Tindakan ini menyebabkan ada anak yang lain juga mahukan
mainan yang sama dan memberontak di rumah.
Untuk situasi begini, ada baiknya dibincangkan dengan guru
tadika secara khusus untuk mendapatkan cara terbaik bagi
membantu anak kita.
Page 19
© Siri ‘Bagaimana?’ 19
Memberikan bantuan kepada anak sendiri tanpa memberikan
ganggunan kepada anak- anak yang lain.
Ini objektif yang jelas.
5. Memerhatikan perkembangan kemahiran komunikasi anak.
Adakalanya perkara kecil yang kita sangka kecil, merupakan
besar bagi anak-anak.
Anak-anak yang mula belajar menyanyikan sendiri lagu ‘Twinkle
Twinkel Little Star’ menganggap ianya sebagai satu pencapaian
besar.
Salah satu asas kepada kemahiran komunikasi anak ialah
keyakinan diri.
Perkara dan pencapaian kecil inilah yeng memberikan anak kita
asas kepada pembinaan keyakinan diri yang tinggi.
Page 20
© Siri ‘Bagaimana?’ 20
Oleh itu, setiap kali anak kita menunjukkan perkembangan baru,
kita berikan peluang mereka menunjukkannya dan diiringi
dengan pujian meskipun apa yang dinyanyikan atau disebutkan
itu kurang tepat atau salah sama sekali!
Contoh:
Anak menyanyikan lagu dengan sebutan yang tidak betul.
Puji pencapaiannya dan apa yang baik.
“Apabila Safura menyanyi, Mak gembira lah! Bolehlah Safura
menyanyi lagi. Mari kita menyanyi sama-sama.”
Semasa menyanyi bersama itu, perdengarkan sebutan yang
betul, tanpa mengkritik anak kita.
Contoh:
Apabila anak kita menyebut satu huruf tetapi salah seperti
menyebut huruf ‘d’ sebagai ‘b’, puji pencapaianya sahaja. Sebut
atau tunjukkan sahaja yang betul.
Page 21
© Siri ‘Bagaimana?’ 21
“Bagusnya, Safura! Sudah kenal huruf ya. Selepas ini tentu
boleh membaca dengan lancar. Ini ‘d’.”
Tidak perlu mengkritik dan menekankan tentang sebutannya
yang salah itu.
Situasi begini yang berterusan menjadi satu sistem sokongan
yang dapat membantu anak kita .
Ini juga dapat mengurangkan risiko perubahan emosi anak-anak
yang mendadak.
Malahan, anak-anak biasanya akan menjadi lebih terbuka dan
berlapang dada untuk berkongsi semua perkara yang dipelajari
dan berlaku di tadika.
Seandainya ada cerita yang kurang manis didengar daripada
anak-anak kecil ini, semak terus dengan guru berkenaan.
Page 22
© Siri ‘Bagaimana?’ 22
Elakkan pernyataan dan siasatan secara umum dengan
menyatakan di ruang komen awam seperti FB atau kumpulan
Whatsapp.
Adakalanya, maklumat yang kita terima itu, belum disahkan akan
kebenarannya.
Kita mahu memberikan anak-anak pengalaman agar
menerangkan dan menyelesaikan sesuatu isu tanpa memalukan
dan menjatuhkan air muka sesiapa termasuk diri kita sendiri.
6. Memerhatikan perkembangan fizikal anak.
Anak yang kita besarkan itu, ada fasa perkembangan yang
tersendiri. Meskipun secara amnya, fasa perkembangan
memang agak serupa, ada anak-anak yang mempunyai kelainan
yang tersendiri.
Apabila anak itu tidak pernah melalui dan mempunyai
pengalaman beberapa bentuk aktiviti fizikal, adakalanya ia
membezakan antara satu dengan yang lain.
Page 23
© Siri ‘Bagaimana?’ 23
Secara amnya, anak-anak perlukan keseimbangan dan kestabilan
dalam pergerakan asas seperti berjalan, melompat dan berlari.
Apabila anak kita memasuki satu suasana pembelajaran dalam
kumpulan yang berstruktur dan tersusun jadualnya, tahap
kemahiran fizikalnya mestilah sesuai dengan suasana dan situasi
pembelajaran di sana.
Adakalanya, anak-anak yang bersaiz lebih kecil berbanding
dengan saiz rakan sebayanya memerlukan pemerhatian khusus
di tadika.
7. Mengenali potensi anak.
Anak-anak seawal 3 tahun sudah boleh dilihat bakatnya. Ada
anak yang mempunyai kelebihan adri segi fizikal dan ada yang
mempunyai kelebihan dari segi bahasa.
Pemerhatian kita di rumah biasanya banyak membantu untuk
mengesan potensi anak kita.
Page 24
© Siri ‘Bagaimana?’ 24
Ada anak yang tidak banyak cakap, tetapi suka melakukan
aktiviti pembersihan, mengemas dan sangat teliti apabila
menyusun dan meletakkan barang-barang.
Ada pula anak yang aktif, sentiasa bergerak dan tidak boleh
tahan lama dalam sebarang aktiviti atau permainan.
Namun, apabila diberikan blok ‘lego’ atau ‘jigsaw puzzle’, anak
itu dapat pula menghabiskannya dengan cepat.
Kelebihan dan kecenderungan anak dalam setiap aktiviti
membolehkan kita melihat dan mengesan potensi mereka.
Maklumat sebegini juga boleh dikongsikan dengan guru di
tadika agar mereka boleh memberikan ransangan yang sama
dan berterusan.
Page 25
© Siri ‘Bagaimana?’ 25
8. Menghadirkan diri ke semua program tadika.
Hubungan anak dan ibu bapa tidak terputus begitu sahaja
apabila anak-anak masuk ke tadika.
Mereka juga merupakan antara ejen pembangunan anak-anak
yang penting.
Kehadiran ibu bapa dalam program kendalian tadika, menjadi
salah satu faktor utama yang dapat membantu anak-anak kita
melalui tempoh percubaan dan sepanjang 3 bulan pertama di
tadika.
Usahakan agar salah seorang atau wakil ahli keluarga untuk hadir
dalam setiap program.
Melalui pengalaman ini, anak-anak faham bahawa:
+ ibu bapa dan ahli keluarga sentiasa memberikan sokongan
kepadanya
Page 26
© Siri ‘Bagaimana?’ 26
+ ibu bapa dan guru merupakan rakan kerjasama yang baik dan
mereka perlulah sama-sama dihormati
+ ibu bapa dan guru mereupakan orang yang mereka boleh
percayai dan dapat memberikan bantuan
Persepsi yang dibina dalam minda anak-anak yang sebegini
membolehkan ibu bapa dan guru bekerjasama dengan lebih
baik.
9. Menerima, berlapang dada dan mengekalkan kerjasama.
Tidak dinafikan bahawa guru di tadika datang dari pelbagai latar
belakang dan bidang. Gaya mengurus rumah tangga juga
berbeza antara satu sama lain.
Walau bagaimanapun, hakikat manusia itu tidak sempurna
memang manjadi lumrah alam.
Page 27
© Siri ‘Bagaimana?’ 27
Apabila menerima makluman dan komen yang jujur, namun
disampaikan dengan cara yang ‘kurang’ enak, kita sebagai ibu
bapa yang lebih professional perlu mengambil jalan menjadi
penunjuk cara.
Adakalanya, guru ini mempunyai kemhiran dalam bidang kanak-
kanak, tetapi tidak mempunyai kemahiran komunikasi dan
khidmat pelanggan yang bagus.
Adakalanya, situasi yang sebaliknya pula berlaku.
Fokuskan kepada penyelesaian situasi. Sendainya perlu berterus-
terang dengan guru tentang ketidakselesaan kita dengan cara
penyempaian beliau, kita masih boleh berbuat demikian dengan
menunjukkan cara yang betul.
Hakikat manusia yang hidup dengan adanya emosi itu sentiasa
benar. Kita sebagai ibu bapa, dan mereka yang bergelar guru
juga tidak dapat lari daripadanya.
Namun ‘profesional’ itu benar-benar terserlah apabila kita boleh
bekerjasama meskipun dengan mereka yang kita tidak suka.
Page 28
© Siri ‘Bagaimana?’ 28
Tidak kiralah sama ada kita ini memegang jawatan sebagai CEO
syarikat besar atau seorang ibu kepada anak-anak kita,
profesionalisme itu tetap ada.
Biasanya, situasi yang bersifat sementara ini dapat diselesaikan
dengan baik dengan adanya budi bicara dan persefahaman
antara guru dan ibu bapa.
Namun, seandainya situasi ini menjadi bertambah sukar dan
memberikan kesan kepada pencapaian anak di tadika, kita
sebagai ibu bapa boleh membuat keputusan.
Terima, berlapang dada dan teruskan kerjasama, tidak kira sama
ada kita meneruskan sesi pembelajaran di tadika yang sama atau
berpindah.