890 Membangunkan Organisasi Berprestasi Tarikh Tutup : 1 ... Organisasi... · Kingdom dan buku yang sama sedang diterjemahkan ke bahasa arab dijangka diterbitkan pada penghujung 2017.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Matlamat ProgramPada akhir program ini, peserta akan dapat;
• Memahami keperluan dan kepentingan proses HPO.
• Mengenalpasti elemen penting dalam melaksanakan HPO
• Memahami konsep dan proses pelaksanaan HPO
• Menguasai teknik dalam merangka pelan transformasi di peringkat organisasi dan individu.
Kandungan• Organisasi dan tuntutan perubahan + Model perubahan.
• Kerangka pendekatan dan teknik HPO
• Merangka dan menghubungkaitkan halatuju organisasi dan peranan individu.
• Elemen High-Tech dan High-Touch dari dimensi HPO.
• Mengaplikasikan teknik dalam merangka pelan tindakan pelaksanaan peringkat organisasi dan individu.
MetodologiProgram dua hari ini menggunakan gabungankaedah ceramah pendek, perbincangankumpulan, ujian analisis/analisis inventori danpembangunan pelan tindakan pelaksanaan
Pulau Pinang
Membangunkan Organisasi Berprestasi
Tinggi (HPO)24-25 April 2019
Tarikh Tutup : 1 April 2019
4-5 Sept. 2019Tarikh Tutup : 19 Aug. 2019
RM890Yuran
* Yuran termasuk makan dan minum sepanjanglatihan dan sijil dikeluarkan oleh Universiti Sains Malaysia
Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PiPPA)Aras 2, Bangunan TORAY, Universiti Sains Malaysia11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia
Isi borang di bawah.Bil Nama Jawatan Tel. bimbit Emel
Maklumat Pentadbiran:ORGANISASI : PEGAWAI MELULUSKAN :
ALAMAT :
TEL : FAKS : E-MEL :
Bagaimana memohon?
• Bayaran boleh dibuat melalui Cek I Pesanan Kerajaan I Draf Bank atas nama USAINS HOLDING SDN. BHD. dan hantar ke: Pusat Inovasi & Produktiviti Pentadbiran Awam, Level 2, Bangunan Toray, USM, 11800 Pulau Pinang, Malaysia.• PIPPA berhak meminda jadual serta kandungan program tanpa sebarang notis awal. Yuran adalah tertakluk di bawah terma dan syarat digariskan dalam Polisi Pendaftaran PIPPA.• Caj 100% akan dikenakan terhadap sebarang pembatalan selepas surat pengesahan penyertaan dikeluarkan oleh pihak penganjur. • Pihak PIPPA tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tempahan tiket penerbangan, penginapan yang dibuat sebelum surat tawaran dikeluarkan oleh pihak penganjur.
PemudahcaraDr. Musa Ali adalah Pengasas dan Pengarah, Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA), Universiti Sains Malaysia. Beliau juga bertugas sebagai Pengarah Bahagian Sumber Manusia, USM. Memiliki ijazah sarjana Pentadbiran Awam dari USM dan ijazah kedoktoran pengurusan sumber manusia dari Murdoch University, Australia. Sehingga kini telah menghasilkan buku antaranya ‘Transformasi Pengurusan Latihan Sektor Awam’ yang dilancarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi pada 2008 dan ‘Transformasi Organisasi: Konsep dan Teknik Pelaksanaan’ (2015). Pada tahun 2016, buku beliau ‘Organisational Transformation : Concepts and Implementation Techniques’ diterbitkan Penerbit USM dengan kerjasama Educational Competencies Consortium (ECC), United Kingdom dan buku yang sama sedang diterjemahkan ke bahasa arab dijangka diterbitkan pada penghujung 2017. ‘myCPD’ sistem pembelajaran sepanjang hayat yang beliau asaskan telah dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada 2008. Pada tahun 2008 juga beliau telah dianugerahkan biasiswa oleh Centre for Creative Leadership, Amerika Syarikat dan beliau adalah certified facilitator untuk Benchmarks®, SKILLSCOPE®, Prospector®, 360 BY DESIGN®, Executive Dimension® dan KEYS®. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai perunding sumber manusia sebuah jabatan kerajaan di Australia dan terlibat dalam membangunkan kerangka kompetensi untuk jabatan berkenaan. Di samping itu, beliau telah membangunkan sistem penjajaran sumber manusia antaranya sistem pengurusan latihan - myCPD, sistem pelan penggantian- myTalent, sistem analisis pekerjaan- myworkprofiling,sistem pemantauan perancangan - mySO-KFA dan sistem sumber manusia -myHR. Di bawah kepimpinannya PIPPA mempunyai rakan strategik luar negara antaranya di Australia, Jepun, Timur Tengah, Korea ,Eropah, Amerika Syarikat dan pelbagai agensi pusat dan negeri di Malaysia. Atas kepakarannya, beliau juga dilantik oleh pelbagai agensi antaranya sebagai Panel Penasihat Institute of Local Government (Universiti Utara Malaysia) , Panel Penilai Bebas Indeks SSR (MAMPU) , Adjunct Professor (DRB-Hicom University), Panel Pemilihan Anugerah Inovasi Perdana Menteri (MAMPU) dan beliau juga adalah felo pelawat di CED4-System Dynamics Group, University of Palermo, Itali sejak 2015.