BBPP1103/ASSIGNMENT/JAN2012/FBM 2012
FACULTY OF BUSINESS AND MANAGEMENT
JANUARY / 2012
BBPP 1103
PRINCIPLE OF MANAGEMENT
MATRICULATION NO IDENTITY CARD NO. TELEPHONE NO. E-MAIL LEARNING
CENTRE
: : : : :
840611016733001 840611016733 0176706497 [email protected]
PP MELAKA
BBP1103
ISI KANDUNGAN
TOPIK 1.0 PENGENALAN 1.1 DEFINISI ORGANISASI 1.2 KONSEP
ORGANISASI 1.2.1 STRATEGI ORGANISASI 1.2.2 SAIZ ORGANISASI 1.2.3
TEKNOLOGI 1.2.4 ALAM SEKITAR 1.3 STRUKTUR ORGANISASI 1.4 CARTA
ORGANISASI 2.0 STRUKTUR FUNGSI 3.0 STRUKTUR GEOGRAFI 4.0 STRUKTUR
MATRIK 5.0 STRUKTUR PRODUK KESIMPULAN RUJUKAN
MUKA SURAT 2 2 3 3 4 4-5 5 5-6 6-7 7-9 10 - 11 12 - 14 15 - 17
18 19
1
BBP1103
1.0 PENGENALAN Organisasi jika dirujuk kepada Kamus Dewan Edisi
Empat bermaksud kesatuan (susunan dan sebagainya) yang terdiri
daripada bahagian-bahagian (orang dan lain-lain) dalam sesuatu
pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dan lain-lain) untuk
tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dan sebagainya).
Manakala mengikut kepada Kamus Pelajar Edisi Pertama pula
organisasi membawa maksud susunan berbagai-berbagai bahagian (orang
dan sebagainya) yang bersistem dalam sesuatu pertubuhan, perbadanan
dan sebagainya dan mempunyai tujuan tertentu. Mengorganisasikan,
menyusun dan mengurus berbagai-bagai bahagian (orang dan
sebagainya) sehingga menjadi sebuah organisasi. Oleh organisasi
boleh ditakrifkan sebagai suatu kumpulan yang menyelaras
aktiviti-aktiviti untuk memenuhi objektif organisasi serta
memerlukan komunikasi dan persefahaman yang kuat di antara satu
sama lain.
1.1 DEFINISI ORGANISASI
Organisasi merupakan satu unit sosial terdiri daripada manusia
yang bekerjasama bagi mencapai matlamat individu, kumpulan dan
organisasi. Secara lebih tepat lagi organisasi merupakan satu
sistem yang mempunyai manusia serta perancangan dan ia direka
bertujuan untuk mencapai matlamat dan objektif yang telah
ditetapkan. organisasi boleh menjadi satu pasukan, jabatan,
bahagian, seluruh syarikat ataupun sekumpulan syarikat ( seperti
perbadanan yang memegang ataupun perikatan strtegik ) ( Richard M.
Burton , 2011 ) . terdapat lima sumber utama dalam sesebuah
organisasi sama ada organisasi tersebut berbentuk keuntungan
ataupun tidak , ( pekerja, kewangan, masa, teknologi, fasiliti ) (
Richard Normann, 1991 ) . Jelas menunjukkan terdapat tindakan atau
proses penyusunan didalam organisasi yang diguna pakai untuk
sesuatu tujuan sebagai perniagaan, jabatan kerajaan, kebajikan dan
lain-lain lagi.
2
BBP1103
1.2 KONSEP ORGANISASI
Setiap organisasi dengan jelas mempunyai matlamat dan tujuan
yang ingin dicapai tidak kira berlandaskan kepada keuntungan
semata-mata atau tidak. Maka ia ditubuhkan untuk mewujudkan
perkhidmatan atau menghasilkan produk-produk yang diperlukan
pelanggan. Organisasi terbahagi kepada tiga jenis berdasarkan
kepada tujuan yang berbeza. Ianya adalah organisasi berteraskan
keuntungan, tidak berteraskan keuntungan dan juga untuk faedah
bersama. Organisasi yang berteraskan keuntungan adalah seperti
syarikat penerbangan MAS, syarikat pembuatan kereta PROTON, dan
syarikat telekomunikasi CELCOM. Organisasi yang tidak berteraskan
keuntungan dan dibentuk untuk tujuan perkhidmatan adalanh seperti
PERKIM, YADIM dan lain-lain lagi. Manakala organisasi yang
ditubuhkan untuk faedah yang mana memberi kelebihan kepada anggota
organisasi adalah seperti koperasi, kesatuan kerja, kelab-kelab
kebajikan dan lain-lain lagi. konsep asas dan prinsip-prinsip
rekabentuk organisasi yang kekal amat penting kepada organisasi
moden hari ini dan esok ( Richard M. Burton, 2011). Terdapat empat
aspek penting didalam konsep organisasi:
1.2.1 STRATEGI ORGANISASI
Strategi boleh didefinisikan sebagai corak atau rancangan yang
mengintegrasikan keseluruhan matlamat, polisi dan perbuatan bagi
organisasi secara keseluruhannya. Sesebuah organisasi telah
distrukturkan mengikut kepada kesesuaian bagi mencapai objektif
yang ditetapkan. Walaubagaimanapun ini belum pasti boleh
mendatangkan kejayaan dalam mencapai objektif tersebut kerana ianya
juga bergantung kepada strategi dan perancangan rapi organisasi
tersebut. rancangan yang teratur ( yang memperhitungkan pelbagai
faktor ) untuk mencapai matlamat atau kejayaan ( Kamus Dewan Edisi
Ketiga). Manakala menurut kepada penulisan Richard L. Daft melalui
bukunya yang berjudul New Era of Management, Ninth Edition strategi
didefinisikan sebagai apa yang perlu dilakukan; menganjurkan
ditakrifkan bagaimana untuk melakukannya. Maka itu setiap strategi
yang dibuat akan memberi kesan serta perubahan kepada struktur dan
perjalanan operasi didalam organisasi tersebut. strategi diperolehi
daripada pemahaman mengenai faktor-faktor luaran di tempat kerja
serta kekuatan organisasi itu sendiri ( Patricia Cichoki, 2011 ).
3
BBP1103
1.2.2 SAIZ ORGANISASI Saiz sesebuah organisasi boleh
mempengaruhi struktur organisasi tersebut. Saiz menjejaskan banyak
dimensi lain reka bentuk organisasi dan saiz organisasi yang
berlainan menimbulkan cabaran yang sangat berbeza bagi
pemimpin-pemimpin organisasi ( Patricia Cichoki , 2011) .
Kebiasaannya kaedah yang digunakan untuk mengukur saiz sesebuah
organisasi adalah melalui jumlah jualan dan jumlah tenaga kerja
dalam organisasi tersebut.
Organisasi bersaiz kecil tidak serumit seperti organisasi yang
bersaiz besar kerana matlamat kerja dan standard yang ditetapkan
kurang. Manakala organisasi yang bersaiz besar pula mempunyai
matlamat tinggi yang perlu dicapai, oleh itu terdapat pembahagian
pengkhususan yang besar perlu dibahagikan, standard yang tinggi dan
juga pembahagian dalam proses untuk membuat keputusan. pengkhususan
kerja, kadang kala dikenali sebagai pembahagian kerja, tahap di
mana tugasan organisasi dipecah bahagi kepada pekerjaan secara
berasingan (Richard L. Daft,2008)
1.2.3 TEKNOLOGI
Teknologi di dalam organisasi adalah merujuk bagaimana sesebuah
organisasi itu boleh menghasilkan pengeluaran. Setiap organisasi
pastinya akan menggunakan sesuatu teknologi bagi mengubah sumber
yang mereka ada untuk dijadikan produk dan perkhidmatan. dimensi
persekitaran yang umum bahawa merangkumi kemajuan teknologi dan
sains di dalam industri dan masyarakat secara kesuluruhannya (
Richard L .Daft, 2008) . Akan tetapi teknologi itu bergantung
kepada aktiviti dalam organisasi tersebut yang mana adakah ia rutin
atau bukan rutin. Maksud teknologi jika merujuk kepada sumber laman
web en.wikipedia.org/wiki/Technology teknologi ialah membuat,
penggunaan, pengetahuan peralatan, mesin, teknik, kerajinan, sistem
atau kaedah organisasi untuk menyelesaikan masalah atau
melaksanakan fungsi yang spesifik .
Contoh organisasi yang beroperasi dengan teknologi rutin seperti
sebuah kilang yang menghasilkan produk minuman yang banyak untuk
dipasarkan ke pasaran. Manakala organisasi yang beroperasi dengan
teknologi bukan rutin pula seperti seorang tukang gunting 4
BBP1103
rambut. Teknologi rutin dalam sesebuah organisasi mewujuddkan
struktur yang lebih berpusat manakala manakala bukan rutin pula
lebih banyak bergantung kepada kepakaran individu. antara cabaran
dalam mereka bentuk organisasi adalah bagi menyesuaikan dengan
teknologi baru iaitu struktur yang membuatkan semua keperluan
teknikal dan bukan teknikal serta mencampurkan dengan kepakaran
fungsi yang diperlukan ( Nori, 1990 ).
1.2.4 ALAM SEKITAR
Pengaruh persekitaran boleh memberi kesan dan impak kepada
sesebuah organisasi. Ia memberi kebaikan atau juga boleh
mendatangkan kemudaratan. Secara ringkas alam sekitar adalah
sebahagian besar daripada yang diberi untuk firma, dan firma harus
menyesuaikan reka bentuk yang sesuai dengan alam sekitar. Prestasi
firma itu bergantung kepada bagaimana firma membuat organisasi
sesuai dengan alam sekitar ( Richard M. Burton, 2011 ). Terdapat
dua jenis persekitaran iaitu statik dan dinamik.Persekitaran statik
kurang dalam memberi ancaman dan risiko kepada organisasi.
Persekitaran dinamik pula boleh mencetus dan mengganggu perjalanan
operasi organisasi. peningkatan ketidaktentuan persekitaran membawa
kepada perbezaan peningkatan organisasi ( Lawrence, 1969 ). Maka
itu pihak pengurusan akan membuat tindakan untuk mengurangkan
ancaman dengan membuat perubahan kepada struktur organisasi.
1.3 STRUKTUR ORGANISASI
Struktur organisasi dalam perkataan yang mudah boleh digambarkan
sebagai satu susunan sistematik kerja. Ianya turut juga dikenali
sebagai carta organisasi. Terdapat beberapa perubahan yang
memerlukan organisasi bertindak lebih kreatif dalam menstrukturkan
semula sumber tenaga serta sumber-sumber lain dalam organisasi.
Oleh itu organisasi perlu untuk mengenal pasti faktor yang dapat
mempengaruhi struktur organisasinya agar ia dapat dibentuk dengan
tepat dan berkesan. Corak struktur organisasi juga perlu memberi
tumpuan terhadap peningkatan mutu kerja yang lebih berkesan di
semua peringkat, menyelaras serta menyatukan objektif dan juga
tugasan bagi unit-unit yang berasingan. Ini sangat penting agar
penyelarasan dapat dibuat dengan teratur dan cekap.
5
BBP1103
struktur organisasi perlu digubal mengikut strategi yang telah
digubal oleh organisasi ( Shahrol Aman Ahmad, 2008 ). Menurut
Richard L .Daft, (2008) struktur organisasi bermaksud rangka kerja
di mana organisasi mentakrifkan bagaimana tugas-tugas dibahagikan,
sumber dikerahkan, dan jabatan diselaraskan Ianya melibatkan aspek
mengatur kerja untuk kakitangan dan pembahagian tugas kepada
beberapa jabatan yang lain . misi yang besar , orang-orang yang
hebat dan kepimpinan yang besar sangat membantu tetapi tanpa reka
bentuk organisasi yang baik, organisasi dan orang ramai tidak akan
membuat persembahan pada tahap terbaik ( Patricia Chicoki, 2011 ).
Terdapat tiga ciri-ciri penting didalam struktur organisasi menurut
kepada penulisan ( Richard L. Daft, 2008 ): 1) set tugas rasmi yang
ditugaskan kepada individu dan jabatan 2) hubungan laporan rasmi,
termasuk had kuasa, tanggungjawab keputusan, bilangan paras
berbentuk hierarki, dan rentang pengurus mengawal 3) reka bentuk
sistem bagi memastikan penyelarasan kakitangan di seluruh
jabatan
1.4 CARTA ORGANISASI Carta organisasi adalah satu bentuk rajah
grafik perwakilan visual satu struktur organisasi ( Richard. L
Daft, 2008 ) yang dibentuk melalui struktur organisasi yang telah
dibuat oleh sesebuah organisasi. Penggunaan carta organisasi yang
sesuai kepada sesebuah organisasi sangat penting kerana ia akan
menjadi faktor kepada kejayaan organisasi tersebut. Melalui carta
organisasi itu ia menunjukkan struktur susunan, kedudukan tempat
atau posisi seseorang di dalam sesuatu organisasi selaras dengan
bidang kuasa, tugas dan tanggungjawabnya. setiap pekerja mempunyai
tugas yang ditetapkan, garis kuasa, dan tanggungjawab membuat
keputusan ( Richard. L Daft, 2008). Struktur organisasi yang
dibentuk bukan sahaja memberi kesan terhadap produktiviti dan
ekonomi, akan tetapi ia turut memberi kesan terhadap kepuasan kerja
yang dilakukan. Struktur organisasi juga perlu dibentuk agar dapat
menggalakkan penyertaan kakitangan yang berkemahiran seterusnya
dapat meningkatkan pretasi bagi syarikat yang berkenaan ( Lynch,
2003 ).
6
BBP1103
Secara keseluruhannya, keberkesanan sesebuah organisasi adalah
dipengaruhi melalui dari pembentukan struktur organisasi itu
sendiri dan juga dari hasil kerja kakitangan yang wujud dalam
setiap hierarki struktur organisasi tersebut. Terdapat empat jenis
carta organisasi yang utama iaitu struktur fungsi, struktur
geografi, struktur matrik dan struktur produk.
2.0 STRUKTUR FUNGSI
Struktur organisasi jenis fungsi merupakan salah satu struktur
yang paling banyak digunakan dalam organisasi. Didalam struktur
organisasi jenis fungsi ini, setiap kerja akan dibahagikan kepada
unit-unit tertentu. Pembahagian tersebut adalah mengikut kepada
tahap kepakaran dalam bidang yang berkaitan. Ia juga akan
menyatukan semua mereka yang terlibat dalam satu aktiviti atau
beberapa aktiviti yang berkaitan dalam satu jabatan. Struktur jenis
fungsi mempunyai beberapa kelebihan pertama membolehkan kerja-kerja
yang akan dijalankan oleh individu yang berkelayakan dan mahir
dalam bidang berkenaan, kedua mengurangkan kos dengan mengurangkan
pertindihan kerja dan penggunaan sumber dalam organisasi, ketiga
pula setiap individu dalam jabatan yang sama akan memperoleh
pengalaman kerja yang sama atau latihan,komunikasi dan
penyelarasan,seterusnya mengurangkan masalah bagi pengurusan (
Shahrol Aman Ahmad, 2008 ).
Struktur fungsi juga terdiri daripada sekumpulan orang yang
bekerjasama dalam sesebuah organisasi kerana jawatan yang sama atau
menjalankan tugas yang sama serta mempunyai kemahiran yang sama. Ia
juga cenderung untuk melatih pekerja melaksanakan tugas yang khusus
dan berpusat maka perkhidmatan atau produk yang disediakan adalah
cekap dan mencapai matlamatnya. struktur fungsi adalah
pengelompokan jawatan ke jabatan yang berdasarkan kemahiran yang
sama, kepakaran, aktiviti kerja, dan penggunaan sumber ( Richard. L
Daft, 2008 ).
Carta 2.1 menunjukkan contoh carta organisasi struktur fungsi
yang diguna pakai oleh Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Berhad
( PROTON ) pada tahun 2003. Jadual 2.2 pula menunjukkan kebaikan
dan kelemahan struktur organisasi jenis fungsi.
7
BBP1103
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERANCANGAN KORPORAT
SUMBER MANUSIA
PERDAGANGAN ANTARABANGSA
KEWANGAN KUMPULAN
OPERASI
PENGURUSAN KUALITI
PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN & PEMBANGUNAN PLATFORM
BARU
TEKNOLOGI MAKLUMAT KUMPULAN
PEMASARAN & KOMUNIKASI
PROJEK KHAS
PERSEKITARAN,KESIHATAN & KESELAMATAN
KEJURUTERAAN & PERKILANGAN
SEKURITI KUMPULAN
AUDIT DALAMAN KUMPULAN
UNDANG-UNDANG
KESETIAUSAHAAN
PEMBELIAN
CARTA 2.1: CARTA ORGANISASI JENIS STRUKTUR FUNGSI SUMBER :
http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/subweb.nsf/7f04516f8098680348256c6f00
17a6bf/925d9ba22c342d2748256d98002ceb3b/$FILE/Proton-Cover-NoticeAGM-CorpInfoDirectors'Profile-ChairmanStatement%20(825KB).pdf
8
BBP1103
JADUAL 2.2 : KEBAIKAN DAN KELEMAHAN STRUKTUR FUNGSI
KEBAIKAN
KELEMAHAN
1) Tugas untuk penyeliaan menjadi lebih mudah kerana setiap
ketua dan jabatan mempunyai kemahiran tertentu.
1) Melambatkan masa gerak balas.
2) Unit-unit, jabatan dan bahagian yang bermasalah mudah dikenal
pasti maka ianya boleh diatasi dengan kadar segera.
2) Tidak menggalakkan pembaharuan serta mempunyai perspektif
yang sempit
3) Penggunaan sumber yang cekap.
3) Maklum balas mungkin perlahan kerana wujud unit, jabatan dan
bahagian.
4) Fungsi serta kedudukan individu itu jelas.
4) Komunikasi yang kurang antara unitunit, jabatan dan
bahagian.
5) Kepakaran, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dapat
disatukan atau digabungkan di kalangan individu.
5) Sukar mentakrif semua keperluan individu menyebabkab objektif
organisasi tidak tercapai.
9
BBP1103
3.0 STRUKTUR GEOGRAFI
Struktur organisasi jenis geografi membahagikan para pekerja
berdasarkan kawasan geografi yang ditetapkan seperti bahagian
utara, selatan, timur dan barat. Ianya dibentuk atas faktor
permintaan dari pelanggan yang berada jauh ataupun di luar pusat
operasi sesebuah organisasi itu. Struktur organisasi jenis geografi
ini beroperasi di kalangan kakitangan yang berbeza yang mana
bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti perniagaan di lokasi
yang telah ditetapkan. Rajah 3.1 menunjukkan contoh organisasi
jenis struktur geografi yang diguna pakai oleh Syarikat Perusahaan
Otomobil Berhad ( PROTON ) PADA TAHUN 2003. Rajah 3.2 pula
menunjukkan kebaikan dan kelemahan struktur organisasi jenis
geografi.
PERUSAHAAN OTOMOBIL NASIONAL BERHAD
PENGEDARAN
LOTUS CARS ASIA PACIFIC SDN.BHD
PROTON CARS BENELUX NV.SA
PROTON CARS AUSTRALIA Pty.Ltd
PROTON CARS (Europe) Ltd
CARTA 3.1: CARTA ORGANISASI JENIS STRUKTUR GEOGRAFI SUMBER:
http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/subweb.nsf/7f04516f8098680348256c6f00
17a6bf/925d9ba22c342d2748256d98002ceb3b/$FILE/Proton-Cover-NoticeAGM-CorpInfoDirectors'Profile-ChairmanStatement%20(825KB).pdf
10
BBP1103
JADUAL 3.2: KEBAIKAN DAN KELEMAHAN STRUKTUR GEOGRAFI
KEBAIKAN 1) Dapat mengurangkan kos dengan meletakkan
sumber-sumber organisasi lebih dekat ke kawasan geografi yang
ditetapkan.
KELEMAHAN 1) Timbul kesukaran dalam menyelaraskan
jabatan-jabatan di kawasan geografi kerana terletak jauh antara
satu sama lain.
2) Boleh menggunakan kepakaran dari seluruh dunia mengikut
kepada lokasi geografi organisasi tersebut.
2) Kurangnya kawalan kepada setiap jabatan geografi organisasi
tersebut.
3) Produk dan perkhidmatan dapat dihasilkan dan dipasarkan ke
negara yang berbeza.
3) Berlakunya pertindihan kerja.
4) Dapat memperkenalkan organisasi di mata dunia.
4) Wujudnya perubahan pada produk dan perkhidmatan kerana faktor
budaya,fizikal dan cuaca.
5) Organisasi menjadi lebih besar. 5) Tidak dapat menjamin
kesetiaan yang penuh dari kakitangan kepada organisasi.
11
BBP1103
4.0 STRUKTUR MATRIKS
Struktur matrik terhasil dari dua gabungan atau lebih struktur
organisasi pada masa yang sama Struktur matriks sesuai digunakan
apabila sesebuah organisasi itu terpaksa mengendalikan projek atau
tugas yang besar pada satu masa. Ia sangat rumit dan komplek kerana
kumpulan individu dari struktur organisasi yang berlainan
bekerjasama bagi mengendalikan dan menjayakan sesuatu tugas bagi
mencapai matlamt dan tujuan yang telah ditetapkan. Terdapat
beberapa faktor yang membezakan yang membezakan struktur matrik ini
dengan struktur yang lain antaranya ialah pekerja kena melapor diri
berkaitan kerja kepada dua orang penyelia ataupun pengurus yang
berbeza. struktur matrik berkembang sebagai satu cara untuk
memperbaiki penyelarasan mendatar dan perkongsian maklumat (
Richard. L Daft, 2008 ). Pengurus mempunyai tanggungjawab untuk
memastikan kejayaan di dalam projek yang dikendalikan manakala
jabatan-jabatan unit yang lain bertindak untuk mengekalkan
kecekapan teknikal di dalam kerja mereka. ( Harold Kerzner , 2003 )
melalui penulisannya menyatakan terdapat peraturan tertentu yang
wujud untuk pembangunan matrik. 1) peserta mesti menghabiskan
sepenuh masa dalam projek ini bagi memastikan tahap kesetiaan 2)
saluran mendatar dan sebagaimana menegak mesti wujud untuk membuat
komitmen 3) mesti ada saluran komunikasi yang baik dan akses bebas
antara pengurus 4) mesti ada kaedah cepat dan berkesan untuk
menyelesaikan konflik Carta 4.1 menunjukkan carta organisasi jenis
struktur matrik yang diguna pakai oleh Syarikat SUZLON. Jadual 4.2
pula menunjukkan kebaikan dan kelemahan struktur organisasi jenis
matrik.
12
BBP1103Chief Quality Officer
Program Management Office
Quality Information Cell
SCM Qualitty
QHSE Management Systems
Product Design @Development Quality
Quality Excellence Centre
Projects@ QMS Quality
Global HSE
. Nacelle
Quality Manager
Turbine Quality
Quality Manager
HSE Manager
USA
Blade
Quality Manager
Turbine Quality
Quality Manager
HSE Manager
Europe
Quality Manager Generator . Quality Manager Turbine Quality
Quality Manager Quality Manager Quality Manager
HSE Manager
China
.. Transformer . Panel
HSE Manager
Brazil
HSE Manager
Australia
Quality Manager
HSE Manager
HSE Manager
India
. Tower
Quality Manager
HSE Manager
SCM
CARTA 4.1: CATRA ORGANISASI JENIS STRUKTUR MATRIK SUMBER:
www.suzlon.com/key_differentiators/|3.aspx?|1=4&|2=42&|3=91
13
BBP1103
JADUAL 4.2: KEBAIKAN DAN KELEMAHAN STRUKTUR MATRIK
KEBAIKAN
KELEMAHAN
1) Penggunaan sumber dengan lebih berkesan.
1) Kekeliruan berlaku kerana terdapat dua arahan.
2) Penyampaian maklumat lebih tepat dan meluas.
2) Terjadi konflik diantara kedua-dua pihak dalam struktur
matrik kerana kumpulan ini dating dari struktur yang berbeza.
3) Kerjasama antara disiplin dan kepakaran yang ada ke semua
bahagian.
3) Lebih banyak mesyuarat dan perbincangan yang diadakan
berbanding dari tindakan yang dijalankan.
4) Fleksibiliti dan penyesuaian kepada perubahan
persekitaran.
4) Pembahagian sumber-sumber menjadi sukar apabila banyak projek
dijalankan serentak.
5) Memupuk semangat kerjasama yang tinggi.
5) Berlaku perebutan kuasa dominan apabila ada pengurus yang
lebih menonjol.
14
BBP1103
5.0 STRUKTUR PRODUK
Struktur produk berfungsi dengan membahagikan sesuatu produk
yang dihasilkan mengikut jabatan masing-masing. Jabatan-jabatan
tersebut akan mewakili satu jenis produk yang akan dihasilkan.
Setiap jabatan mempunyai kepakaran didalam menghasilkan sesuatu
produk yang telah dipertanggungjawabkan. Produk yang dihasilkan
oleh setiap jabatan akan dikendalikan oleh kakitangan dan unit yang
berbeza. Struktur jenis ini mudah diuruskan jika organisasi itu
mempunyai banyak jenis produk yang ingin dipasarkan. Keadaan ini
memudahkan pihak pengurusan yang bertanggungjawab untuk memberi
tumpuan, usaha, perhatian kepada sesuatu jenis produk yang ingin
dihasilkan untuk dipasarkan. Carta 5.1 menunjukkan carta organisasi
jenis struktur produk yang diguna pakai oleh Syarikat NESTLE.
Jadual 5.2 pula menunjukkan kebaikan dan kelemahan struktur
produk.
15
BBP1103
Pengarah Eksekutif Ais Krim
Pengarah Eksekutif Kopi & Minuman
Pengurus Eksekutif Perniagaan& Susu
Pengarah Eksekutif Makanan
Ketua Rantau MY/SG Pengarah Urusan Nestle ( Malaysia )
Berhad
Pengurus Eksekutif Perniagaan, Konfeksi
Pengurus Eksekutif Perniagaan, Tenusu Dingin
Pengurus Perniagaan, Minuman Nestle
Pengurus Perniagaan, Eksport
CARTA 5.1: CARTA ORGANISASI JENIS STRUKTUR PRODUK SUMBER:
http://www.nestle.com.my/Common/NestleDocuments/Documents/pdf/2010_CSV
Report_BM.pdf
16
BBP1103
JADUAL 5.2: KEBAIKAN DAN KELEMAHAN STRUKTUR PRODUK
KEBAIKAN
KELEMAHAN
1) Pengurus dan pekerja boleh mengembangkan bakat, pengalaman
dan kepakaran mereka dalam aktiviti penghasilan produk.
1) Pengurus hanya memberi tumpuan kepada produk yang
dikendalikannya sahaja.
2) Pengurus di setiap jabatan dapat memantau aktiviti setiap
unit dan kakitangan dalam penghasilan produk di bawah
kendaliannya.
2) Wujud komunikasi yang kurang antara setiap jabatan.
3) Bidang tanggungjawab yang sangat jelas di antara setiap
jabatan.
3) Kos operasi yang besar kerana setiap jabatan mempunyai
pengurus dan pakar tersendiri.
4) Struktur jenis produk sangat sesuai untuk organisasi yang
bersaiz besar.
4) Memerlukan tenaga kerja yang ramai.
5) Sangat sesuai untuk organisasi yang menghasilkan berbagai
jenis produk.
5) Setiap jabatan tidak dapat bekerjasam kerana berlainan
kepakaran.
17
BBP1103
KESIMPULAN
Setiap organisasi yang ditubuhkan dengan jelas mempunyai
objektif dan matlamat tersendiri. Secara umum carta organisasi
telah digunakan oleh kebanyakkan organisasi untuk membantu operasi
mereka. Tanpa perancangan yang rapi dan pencaturan yang tepat,
sesebuah organisasi itu tidak akan dapat beroperasi untuk mencapai
matlamat yang telah ditetapkan. Ia juga turut memerlukan
pengetahuan dan pengurusan yang cekap untuk organisasi itu mencapai
kejayaan yang besar. Maka dengan ini setiap organisasi harus
mengambil kira faktor-faktor yang sedia ada bagi melaksanakan
sesuatu urusan berkaitan dengan perjalanan operasi organisasi
tersebut.
18
BBP1103
RUJUKAN
Richard L. Daft. ( 2008 ). NEW ERA OF Management ( 9th edition
). SouthWestern:Cengage Learning Shahrol Aman Ahmad. ( 2011 ).
BBP1103 Principles of Management ( 11th edition ). Seri Kembangan:
Open University Malaysia Richard M. Burton & Borge Obel &
Gerardine DeSanctis ( 2011 ). Organizational Design : A
Step-by-Step Approach . Cambridge University Press. In Books24x7 (
OUM Digital Collection ) Patricia Cichoki & Christine Irwin (
2011 ). Organizational Design : A Guide to Building Effective
Organizations. Kogan Page. InBooks24x7 ( OUM Digital Collection )
Richard Norman. ( 1991 ). Services Management Strategy and
Leadership In Service Business ( 2nd edition ). England : John
Wiley & Sous Ltd. Norri. H. ( 1990 ). Managing The New Dynamic
of New Technology. Eaglewood Cliffs, New Jersey : Prentice Hall.
Lawrence, P.R & J.W Lorsch. ( 1969 ). Organisations and
Enviroment. Homewood : IL Richard D.Irwin. Kamus Dewan Edisi
Keempat, ( 2005 ). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Pelajar Edisi
Ketiga, ( 2002 ). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Pelajar Edisi
Pertama, ( 1987 ). Dewan Bahasa dan Pustaka.
19
BBP1103
20