7Infra
PERANCANGAN STRATEGIK
PUSAT PENGAJIAN PERUMAHAN BANGUNAN DAN PERANCANGAN
STRATEGI 7: INFRASTRUKTUR*
OBJEKTIF STRATEGIK
TINDAKAN/STRATEGI
PETUNJUK PRESTASI
TANGGUNGJAWAB
TEMPOH
1. Mempastikan bahawa Pusat Pengajian menyediakan suasana kerja*
yang produktif untuk semua pengguna.
1. Menyediakan team pelaksana untuk menyiapkan Cadangan Renovasi
Bangunan E208.
Siapnya dokumen Cadangan Renovasi Bangunan E208.
PTJ
Serta merta &
berterusan
2. Mendapatkan kelulusan Cadangan Renovasi Bangunan E208
daripada Universiti.
Penerimaan izin merenovasi.
NC/TNC/Pendaftar/
PTJ
Serta merta &
berterusan
3. Merealisasi pembinaan meng-ikut apa yg telah
direkabentuk.
Kemajuan berperingkat dalam laporan berkala.
Team Renovasi.
Serta merta &
berterusan
4. Memantau dan mempastikan bahawa infrastruktur sentiasa
kondusif utk penghasilan.
Tiadanya nodus dan laluan* yang disfungsikan.
Team Renovasi.
Apabila selesai &
berterusan
2. Mempastikan bahaw infostruktur Pusat Pengajian menyumbang
kepada perkembangan infostruktur Universiti.
1. Meningkatkan kegunaan info-struktur sedia ada untuk
memperkembangkan pendidikan web-based.
Peningkatan bilangan kursus dan kejayaan tiap satunya dari
timbalbalik online.
Team Sesawang & Pensyarah
Serta merta &
berterusan
3. Mengupayakan infostruktur PBP di plug-in ke semua
infostruktur lain di USM.
2. Mengintegrasikan jaringan PBP dengan jaringan lain di
USM.
Team Sesawang
* Keadaan suasana kerja pada hari ini adalah seperti yang
diilustrasikan dalam dokumen bertajuk Infrastruktur Kini.
Infrastruktur/Infostruktur
Pengenalan
Infrastruktur adalah prasarana yg tidak kelihatan di sesuatu
tapak, gunanya untuk mengupayakan aktiviti di tapak tersebut. Ianya
mengandungi dua elemen, nodus dan laluan untuk memindahkan
baranglalu dari satu nodus ke satu yang lain.
Rajah 1: Prinsip Infrastruktur; Laluan untuk aliran barangan,
Nodus titik tukar arah laluan barangan.
Rajah 3: Infostruktur
Rajah 2: Contoh Infrastruktur
Untuk meningkatkan penghasilan, infostruktur wajib
dipertingkatkan. Untuk mengupayakan infostruktur dimanfaatkan
sepenuhnya, infrastruktur di PBP perlu dipertingkatkan pada waktu
yang sama untuk menjadikan mileu kerja lebih kondusif untuk
penghasilan.
2.0 Infrastruktur Kini
2.1 Nodus Kesemua Pengguna Bangunan: Pelawat, Pelajar,
Pensyarah, Kakitangan.
Bangunan E308 tiada pintu masuknya yg jelas.
Pintu masuk yg jelas dgn ruang parkir yg mencukupi amatlah
penting sebagai nodus sirkulasi.
2.2 Nodus dan Laluan Pengguna Am Bangunan: Pelawat, Pelajar,
Pensyarah, Kakitangan.
Laluan pengguna perlu mengikut piawai keselamatan dan perlu
ditangani dgn lebih kreatif utk menggalakkan interaktivi
pekerja.
Nodus Pertemuan (Titik Temu) perlu diwujudkan dlm satu Ruang
Legar yg mempunyai Meja Info yg juga menjadi ruang silaturrahim
pengguna-pengguna bangunan.
Laluan Bahaya. Koridor perlu dibersihkan dengan mewujudkan ruang
makmal, stor barang dan hasilkerja yg mencukupi.
Laluan Bahaya. Koridor perlu dibersihkan dgn mewujudkan ruang
makmal, ruang istirehat dan stor yg mencukupi. Dinding koridor
boleh dimanfaatkan utk notis.
Ruang Bincang/ Kritikan sangat-sangat diperlukan untuk
membebaskan laluan drpd menjadi nodus.
Ruang Dinding utk paparan perlu diperbaiki supaya berguna lagi.
Bahan tahan-vandal diperlukan.
Laluan Bahaya, dihalang oleh paip-paip yg dioperasi dlm
laluan
Laluan Semak dapat diatasi dengan wujudnya ruang stor, ruang
pejabat, ruang interaksi yg cukup.
Papan Notis perlu digantikan sebahagiannya dengan papan ebuletin
atau juga papan internet.
2.2 Nodus dan Laluan Pengguna Khusus. Pelajar, Pensyarah,
Kakitangan.
Studio Pendokumentasian Hasil Kerja PBP tidak dapat difungsikan
kerana terlalu sempit perlu diwujudkan semula ruangnya.
Alat multimedia yg tak dapat dimanfaatkan sepenuhnya kerana
tiada ruang tonton perlu diletakkan di ruang bersesuaian.
Ruang makmal makeshift beralatan domestik perlu ditingkatkan ke
taraf industri.
Bilik Gelap Fotografi Hitam Putih yang jumud perlu digantikan
dengan Bilik Multimedia utk kerja-kerja foto digital semasa.
Meja Makmal yg tak mampu lagi menjadi makmal perlu dibilikkan
tiap satunya
Alat Pencegah Kebakaran perlu ditempatkan sesuai keperluan
makmal.
Ruang Papar Hasilkerja perlu diperbaiki.
Bahan Korosif perlu tempat simpanan sempurna.
2.3 Nodus dan Laluan Pengguna Khusus. Pelajar, Pensyarah.
Nodus Istirehat di Studio sangat diperlukan.
Paip-paip boleh menjadi bahan pelajaran jika ditangani dgn
baik.
.
PC standalone digunakan oleh pelajar tidak dimanfaatkan
sepenuhnya.
Nodus Pameran/Kritikan yg tidak berfungsi melainkan sebagai
papan paparan.
Ruang kerja terlalu sempit.
Nodus talian jaringan perlu dikemaskinikan.
Tesis yg tidak dapat dirakkan menjauhkan informasi dari
pengguna.
Swis yang membahayakan.
Itulah beberapa contoh nodus/laluan (infrastruktur) pengguna,
informasi dll yg perlu diperbaiki.
3.0 Rekabentuk Infrastruktur Untuk Infostruktur
Untuk menanpung infostruktur dengan infrastruktur yang ada,
perubahan kepada pemahaman kita tentang nodus dan laluan
diperlukan.
Ruang studio tradisional bermeja 16; tiap pelajar menguasai meja
dan ruang kerjanya dari awal hingga akhir semester.
Dalam iStudio, ruang yg sama boleh menampung 20 org. Oleh kerana
tiap meja tidak “dipunyai”, 4 atau 5 orang boleh berkongsi satu
meja PC, meningkatkan jumlah pengguna sehingga 5 atau 6 kali
ganda.
Dengan ini, ruang lain boleh dijadikan ruang perbincangan (lihat
contoh di kanan), ruang kritikan, pameran yg sangat2 diperlukan
untuk pelbagai tujuan peningkatan penghasilan.
Banyak implikasinya kepada rekabentuk ruang-ruang lain utk
direnovasi yg perlu diambil kira. Ini menjadi tugas utama Team
Renovasi utk mengupayakan infostruktur dikembangkan.
Contoh Ruang Seminar. Ruang interaksi seperti ini perlu
diperbanyakkan.