Untuk menyimpan panduan-panduan di bawah sila klik fail dan save as kemudian pilih A atau mana-mana folder yang sesuai untuk disimpan fail berkenaanTeknik Asas Kimia- Penyediaan Larutan KimiaPenyediaan Bahan UjiMenanggalkan KotoranPanduan Prosedur Kerja Aktiviti MakmalKriteria Kecemerlangan Makmal SainsTugas-Tugas Kakitangan Makmal Teknik Asas Biologi - Teknik-Teknik Asas Bakteria Menyediakan larutan mudah dan pewarnaMenyediakan larutan biasa Makmal BiologiPenyelenggaraan MikroskopMengawet Haiwan dan Tumbuhan Menyediakan sisip MikroskopKeselamatan Makmal KimiaKeselamatan Makmal BiologiKeselamatan Bahan RadioaktifLetupan dan Eksperi men Merbah aya Di Makmal Peraturan Makmal Untuk PelajarPanduan Pertolongan Cemas Dalam Makmal SainsPeraturan Am Dalam Makmal Dan Bilik PersediaanPengurusan Stok- Sesuai untuk semua JabatanSukatan peperiksaan Pembantu MakmalAlat Pengukur ElektrikLangkah Keselamatan Dalam MakmalProgram 60 - 40TEKNIK ASAS KIMIAOLEH: Hashim bin Mohd Zin KANDUNGANTEKNIK ASAS KIMIA1. Formula unsur 2. Formula sebatian 3. Persamaan kimia 4. Sifat-sifat kimia ba han pep ej al dan laruta n 5. Mol dan Kemolaran 5.1. Mol
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
6.1 Menyediakan larutan daripada bahan kimia pepejal
6.2 Menyediakan larutan cair daripada larutan pekat.
6.3. Penyediaan larutan piawai (Standard)
6.4. Pentitratan asid -bes
TEKNIK ASAS KIMIA
1. SIMBOL UNSUR
Dalam alam ini terdapat 109 unsur yang telah diketahui. Unsur wujud sebagai logam, bukan
logam dan separa logam. Setiap unsur diberi sombol khas ( satu atau dua huruf) simbol ini
biasanya merujuk nama unsur dalam Bahasa Inggeris. Jika satu huruf, digunakan huruf besar
dan jika dua huruf, yang pertama huruf besar dan yang kedua huruf kecil. Contoh:
H-Hidrogen C- Karbon O - Oksigen K - Kalium
He - Helium Na - Natrium Fe - Natrium Fe - ferum MG - Magnesium
(Sila rujuk jadual berkala unsur)
2. FORMULA SEBATIAN
Sebatian terdiri daripada unsur-unsur yang bergabung secara kimia. Terdapat dua jenis
sebatian iaitu sebatian ion (garam) dan sebatian molekul. Formula kimia ialah satu set simbolkimia bagi atom unsur bersama nombor bulat bagi mewakili sesuatu bahan kimia.
Formula sebatian ion menunjukkan nisbah teringkas unsur yang hadir dalam sebatian itu.
Jisim NaOH yang diperlukan = kemolaran X isipadu x jisim formula relatif NaOH
1000
= 2.0 X 250 X 40 = 20.0 g
1000
Timbang 20.0 g (tepat) dalam sebuah bikar kecil yang kering dan ditutup. Sebuah kelalang
volumetrik 250cm3 yang bersih diisikan dengan air suling kira-kira satu pertiga penuh 20.0 g
natrium hidroksida tadi dituangkan melalui corong turas, bikar kecil tadi dibilas dengansedikit air suling. Kemudian semua air bilasan dituangkan ke dalam kelalang volumetrik.
adalah untuk mengetahui mana-mana bakteria yang boleh menjadi mutan patogenik. Sebab
inilah maka semua bakteria mesti dianggap sebagai potensi patoogen.
Semaian hendalah dihapuskan dengan cara:
a) Semaian air daging yang direbus, kaldu, bubur,
i. Jika semaian tak spora ia boleh dihapuskan dengan cara membuka penutup dan
merendangkan tub (bekas) dalam larutan 10% lysol. Satu bekas khas mestilah disediakan
didalam makmal untuk tujuan ini dan dilebel dengan terang.
Piring petri hendaklah juga direndam dalam 10% larutan lysol.
ii. Jika semaian spora, semaian ini hendaklah dipanaskan hingga 121 darjah celcius 15
minit di dalam oven ( 15 Ib - in 2 tekanan ). Jika organisma spora hendaklah digunakan satu
bekas lain yang berlebel hendaklah digunakan, dan mesti ditutup. Bekas ini akan dipanaskan
dalam oven. Kedua-dua semaian ini hendaklah dicampakkan ke dalam sinka dan di lupuskandengan air yang banyak atau dengan cara yang lebih baik, iaitu dilupuskan di dalam jamban.
b) Semaian agar-agar pepejal hendaklah dibungkus dalam kertas dan dibakar . Piring atau
bekas hendaklah direndamkan 10% lysol.
Penting :
Jika ubi kentang berbentuk sedang hendaklah digunakan, mungkin murid-murid akan
membuat ujikaji di rumah. Oleh itu ubat pembasmi kuman yang kuat ( disifectant ) hendaklah
digunakan sebelum semaian dilupuskan.
1.1. Penggunaan pakaian luaran adalah digalakkan.
1.2. Jika semaian bakteria terjatuh di atas meja, kerusi atau lantai, anda hendaklah:
Mencucinya dengan 3% lysol, dengan serta merta. Keadaan seperti ini
hendaklah
dianggap bahaya.
1.3. Begitu juga jika semaian bakteria terkena tangan anda hendaklah membasuhtangan dengan larutan lemah centrimide, lysol.
1.4. Kedua belah tangan hendaklah dibasuh sebelum dan selepas kerja-kerja amali.
1.5. Makanan TIDAK boleh dimakan didalam makmal.
1.6. Apabila permuka cecair pecah beberapa titik cecair akan terjadi. Kebanyakannya
akan terjatuh ke lantai, tetapi yang paling kecil akan terapung-apung di udara. Jika cecair
berwap, bakteria akan terapung-apung di udara. Jika kumin ini disedup ianya akan segera
masuk ke dalam paru-paru membiak dan membinasakanya.
Setelah steril ( dibersih dari kuman ) agar-agar boleh dibiarkan memejal dan disimpan
untuk keggunaan masa hadapan, tetapi ianya mesti di lebur dengan sedikit haba dan
digunakan terus.
Jika agar-agar disediakan dalam masa yang pendek, adalh lebih baik ianya disimpan
dalam bentuk cecair dalm air panas 45- 50 darjah celsius. Ini adalah untuk mengelak pembuagan masa dalm memanaskannya pada suhu yang tinggi.
2.2 Memilih bahantara
Ini bergantung kepada jenis organisma dan sifat cara penyelidikan.
Jika satu bahantara dipilih dengan PH diluar banjaran kulat ( fungsi ), bakteria akan
hidup tetapi pertumbuhan kulat akan terhap.Bakteria biasanya di biakkan di tas agar-agar
nutrium manakala kulat di biakkan di atas agar-agar ubikentang dekstrosa. Untuk keja-kerja
amali agar-agar lain digunakan.
2.3. Bekas untuk bahantara
Jika banyak bahantara hendak di buat, satu kelalang bertutup kapas bulu hendaklah
digunakan. Ini juga mesti digunakan jika hedak digunakan.Gunakan botol tabung uji dengan
penutup getah gabus atau logam jenis lekat kertas ( slip-on ) dan bertutup jenis skru juga
boleh digunakkan.
Penutup logam lekat di atas, mempunyai kelebihan yang ia boleh digunakkan
berulang kali tetapi tidak berguna jika semaian hendak disimpan. Kapas bulu boleh
digunakkan untuk semaian yang hendak disimpan, tetapi mesti dibuang selepas di gunakkan.Juga, jika suhu dan tekanan bertukar udara masih boleh masuk ke dalamnya. Udara akan
ditapis apabila ia melalui kapas bulu, tetapi perlindungan ini tidak terdapat pada penutup
logam jenis lekat ke atas.
3. Penstrilan ( basmi kuman )
Untuk membiakan sesuatu mikro organisma, mikro organisma yang lain hendaklah di
pupuskan dengan cara penstrilan.
Ada dua cara penstrilan:
3.1 Haba
i. Haba kering
Haba kering mungkin membunuh dengan cara pengoksidaan yang
membinasakan beberapa juzuk sel tertentu.
ii. Haba lembat
Haba lembat lebih berkesan kerana kelembapan membunuh dengan
panaskan dalam nyalaan bunsen sehingga panas merah.
B. Mulut-mulut tub semaian, penutup kapas bulu, slide klip penutup skalpal dan jarum.
Stril dengan melakukannya dalam api bunsen tanpa bahan itu menjadi panas merah.
C. Piring petri, tabung uji, kelalang, pipet dan semua peralatan.
Sebelum penstrilan dijalankan , kelalang dan tabung uji hendaklah ditutup dengan kapas bulu.
Pipet hendaklah disalut oleh kertas coklat (Brown paper) sila ambil perhatian iaitu setengah-
setengah kapas bulu mengeluarkan bahan coltaile semasa dipanaskan dan akan melekat terus
kepada akaca apabila disejukkan. Oleh yang demikian gantikan dengan penutup logam, letak
di atas (Slip on metal caps) jalankan penstrilan pada 160 cesius untuk selama sejam.
Semua botol bertutup jenis skeru mestilah distril dalam kukus tekanan.
D. Lemak , Minyak dan Gris - stril dalam oven berudara panas.
Oven jenis ini membenarkan haba panas masuk perlahan, bahan-bahan ini hendaklah distril
dalam lapisan nipis tidak lebih dari 0.5 cm tebal dalama piring petri.
Apabila amenggunakan oven udara panas, janganlah masukkan piring petri sehingga sesak
kerana udara hendaaklah dibiarkan bergerak bebas.
Setelah selesai , pintu oven tidak boleh dibuka dengan segera. Biarkan sekurang-kurangnya 2
jam kerana barang kaca akan retak jika ia dibenarkan sejuk terlalu cepat.
E. Bahantara semaian, kapas bulu bahan berliang . penutup mengandungi lapisan getah
stril dalam kukus tekanan.
4. Menuangkan ke dalam piring.
4.1. Agar-agar mestilah cair tapi tidaklah panas daripada yang boleh ditanggung oleh pipi
anda sendiri. Jika ia dituang terlalu panas (steaming) kondensasi akan terjadi pada penutup.
Kodensasi akan boleh terjadi suhu 45 celsius. Jika boleh, panaskan sedikit piring itu. Kerja-
kerja ini hendaklah dijalankan jauh dari udara lembab.
4.2. keluarkan penutup dari botol. JANGAN sekali-sekali letakkan penutup di atas bangku, ini akan menyebabkan pencemaran. Begitu juga botol tidaka boleh ditegakkan ,
ianya mesti disendengkan.
4.3 Panaskan leher botol dalam nyalaan bunsen. Dengan tangan lain angkat piring petri.
Jangan buangkan penutup piring petri, cuma ketepikan sedikit sahaja supaya bahantara dapat
dituangkan ke dalam.
5. Suntikan Bahantara semaian.
Selalunya siku platinam atau nikron digunakan dengan memanaskan di dalam api bunsen.
5.1 menyuntik kaldu, bubur, air daging yang direbus atau sendeng ubi kentang.
CARA MEMBUAT: Pepejal orcein boleh dilarutkan dalam asid asitik lalu menghasilkan
larutan asitik orcein. Masukkan 45 cm3 asid asitik tulin ke dalam sebuah kelalang yang
mempunyai kondenser refluks, campurkan 55 cm3 air suling ke dalamnya. Masukkan 3 gm
pepejal orsein dan simpan dalam almari wasap. Jika menggunakan kondenser refluks, tak payah menyimpan kelalang dalam almari wasap. Selepas beberapa jam, masukkan manik-
manik kaca dan didihkan kelalang perlahan -lahan selama 2 jam. ( jika ada kondenser reflux,
didihkan selama 1 jam) Sejukkan dan kemudian turaskan. Bila perlu, campurkan 10 cm3
larutan simpanan itu dengan 12 cm3 air suling.
KEGUNAANNYA.
A. Untuk mengenal bahagian kromosom yang akan berwarna merah.
1.3 LARUTAN METHYLENE BLUE
CARA MEMBUATNYA: campurkan 1 g methylene blue dan 0.6 g natrium klorida dalam
100 cm3 air suling.
KEGUNAANNYA;
a. Untuk mengenal nuklius dalam sel.
1.4. LARUTAN EOSIN
CARA MEMBUATNYA: larutkan 0.5g eosin dalam 100 cm3 air suling.
KEGUNAANNYA: sebagai pewarna dalam air untuk mengesan pergerakan air dalam xilem.
1.6 LARUTAN SAFRANIN
CARA MEMBUATNYA: Larutkan 1 g safranin dalam 100 cm3 etanol 50 % . rendamkan
tisu yang hendak diwarnakan itu ke dalamnya selama 1/2 jam. Keluarkan dan basuh dengan
air suling dan sediakan larutan asitik - etanol dengan cara mencampurkan 1 cm3 asid astik
dengan 99 cm3 etanol 70% . Selepas tisu dibasuh dengan air suling, rendam pula ke dalam
larutan asitik - etanol untuk menanggalkan safranin.
KEGUNAANNYA:
a. Mewarnakan bahagian tumbuhan di mana nuklius, lignin dan kutikal menjadi merah.
Naikkan atau turunkan sedikit konesor . Kaca tarik naikkan atau turunkan
sedikit kondeser. Kaca tarik (kabus ) boleh digunakan di hadapan mentol.
Masalah 10 : Semasa penggunaan kanta objektif rendaman terdapat pembentukan seperti
awan menyeberangi medan dan seterusnya spesimen kehilangan fokus.
Punca: a) Buih dalam minyak rendaman.
B) Minyak sedang digunakan di antara spesimen dan kanta objektif yang digunakan
itu bukan objektif rendaman.
Penyelesaian: Bersihkan minyak dari spesimen (slid) dan objektif. Sediakan semula slid
untuk dilihat di bawah mikroskop.
Masalah 11 : Terdapat bintik-bintik cahaya yang kurang jelas di atas imej.
Punca: Kesan daripada pembalikan-pembalikan cahaya (reflection) di kedalaman mikroskop(biasanya berbentuk bulan sabit atau bulatan).
Penyelesaian : Cuba kantamata yang lain serta illuminasi kohier
Gunakan kanta yang bersalut dengan anti-pembalikan
cahaya (anti-reflection coating) atau ditukar kanta
objektif-kantamata.
Masalah 12: Terdapat bintik-bintik cahaya yang kurang jelas di
atas imej.
Punca: a) Pencemaran di atas permukaan kanta,
b) Pencemaran di sebelah atas bawah slid,
c) Terdapat udara dalam minyak rendaman di atas kondensor
Penyelesaian: Jika kedudukan pencemaran tidak dapat dikesan,buka diafragma apertur
kondensor lebih lebar untuk men gurangkan kesan/pencemaran tersebut.
PENGAWETAN SPESIMEN-SPESIMEN HAIWAN KECIL DAN TUMBUHAN
Pengawetan haiwan dalam cecair
Semua haiwan mesti dipengsankan dahulu sebelum dibunuh agar ianya dapat diawet dalam
keadaan yang sempurna. Formalin dan etil alkohol(etanol) adalah pengawet dan penetap yang
paling umum digunakan.Formalin komersial biasanya diperolehi sebagai 40% larutan
formaldehid. Semua pencairan fomalin adalah disediakan dari bahan komersial 40% ini.
Formalin mengeraskan tisu dan menghasilkan kerapuhan jika dibandingkan dengan alkohol .Walaubagaimanapun ia adalah pengawet yang sesuai untuk pengawetan sementara terutama
sekali dengan haiwan vetebrata . Semua spesimen yang diawet dalam fomalin lambat laun
akan menjadi keras dan rapuh jika tidak dipindahkan dalam pengawet dalam alkohol. Jika ini
perlu dilakukan spesimen-spesimen boleh terlebih dahulu dibasuh bagi menghilangkan
baunya.
Formalin adalah tidak sesuai untuk haiwan yang mempunyai kerangka atau spikul-spikulkapur kerana larutan komersil ini biasanya adalah berasid dan akan melembutkan bahagian
berkapur ( calcareous) . Hal ini dapat diatasi dengan menuetralkan fomalin tersebut. Formalin
dapat mengawet warna spesimen-spesimen lebih lama lagi jika dibandingkan dengan alkohol
sungguhpun memang diketahui tidak ada satu pun bahan pengawet yang dapat mengekalkan
warna asal spesimen sampai bila-bila.
Haiwan yang lembut elok ditetapkan dan diawetkan dalam alkohol. Organisma bergelatin
lembut memerlukan penetanan beransur bergantung kepada ketumpatan dan saiznya.
Ini biasanya dari dua hingga enam jam bagi setiap kepekatan alkohol dari 30% , 50% dan
60% yang mana selepas itu ianya disimpan dalam alkohol 70%.
Di bawah ini ada diberikan panduan bagi cara-cara memengsan membunuh dan bahan-bahan
pengawet yang digunakan keatas spesimen-spesimen haiwan .
Serangga terdapat di mana-mana di sekeliling kita. Kebolehannya untuk hidup di
berbagai-bagai jenis menjadikan ia berjaya sebagai satu kum[ulan. Separuh dan spesies-
spesies lain tersebar luas di berbagai-bagai jenis lokasi. Ada jenis-jenis afid, sebagai contoh
terbatas kehidupan pada satu spesies pokok sebagai perumah ( Host ) sementara ada yang
menjadikan beratus-ratus jenis pokok berlaianan spesies sebagai perumah.
Cara-cara kutipan
Biasanya cara-cara kutipan adalah kurang selective (memilih) iaitu kemungkinan speseis
-spesies berlainan tidak akan dikutip sekali. Sebagai contoh kutipan dengan cara-cara
menyapu permukaan daun dengan jaring serangga (insect net) akan menghasilkan kutipan
serangga-serangga di bahagian atas tumbuhan tersebut. Serangga-serangga di bahagian
bawah tumbuh-tumbuhan tidak akan dapat dikutip untuk mewakili sepenuhnya tangkapan.
Begitu juga serangga yang terdapat di atas permukaan tanah dan di bawah tidak akan dikutip
langsung dengan kaedah begini.
Salah satu cara yang biasa digunakan ialah dengan menggunakan jaring (sweep net) jaring inidigunakan pada permukaan-permukaan tumbuhan sepertirimbunan daun-daun, pokok-pokok
renik, semak-semak, rumput-rumput dan lain-lain lagi.
Membunuh dan Mengawet Serangga
Bahan kimia bagi membunuh serangga yang sesuai ialah ethyl acetate. Ianya boleh
diletakkan pada kapas atau bahan-bahan jerap (absorbent materials) di dalam sebuah botol
(killing bottle). Walaupun ia terbakar tetapi ianya tidaklah sebahaya menggunakan
sianid (syanide). Spesimen akan menjadi lebih lembut (relex) dan tidak tegang) walaupunditinggalkan beberapa hari di dalam botol yang mengandungi ethyl acetate.
Serangga-serangga yang berkulit keras biasanya dipin atau disemat. Serangga berbadan
lembut seperti afid dan anai-anai boleh dibunuh dan disimpan dalam alkohol 70%. Alkohol
isopropyl boleh digunakan jika ethyl alkohol tidak dapat diperolehi. Ada sesetengah orang
lebih suka menggunakan larutan Hood’s yang mana ianya boleh disediakan dengan cara
berikut:-
Larutan Hood’s
Ethyl alkohol 1485 ml
air suling 330 ml
asid glacial acetik 83 ml
benzol 83 ml -------- larutan Hood’s
Larva kupu-kupu atau rama-rama perlu disimpan dalam larutan KAAD
sehingga ianya kembang sepenuhnya ( 30 minit hingga beberapa jam) dan kemudian barulah
disimpan dalam alkohol 95%
Larutan KAAD
Kerosene 1 bahagian
Alkohol ethyl 95% 10 bahagian
asid asetik glacial 2 bahagian
diaxane 1 bahagian
Menyemat (Pinning) Serangga-Serangga
Serangga yang berkulit keras ( yang besar) boleh disemat dengan pin dari atas menembusi
badannya. Jenis Coleoptera ( kumbang) disemat menerusi kepak kanannya.,
lalat, lebah, rama-rama/kupu-kupu biasa ianya disemat menerusi thorax dan pangkal
kepaknya. Semua spesimen mesti disemat pada paras tinggi yang sama iaitu 1 inci dari atas
hujungpin. Ini dapat ditentukan dengan menggunakan blok-blok penyemat (pinning block) .
Kupu-kupu dan rama-rama biasanya diletakkan di atas papan (spreading boads yang dibuat
daripada kayu ataupun polystyrene) di mana kepak-kepak perlu diatur dan dikembangkan
hingga ianya kering dan dalam kedudukannya yang diperlukan. Serangga-serangga kecil
boleh ditenggekkan (mount) ke atas kertas tebal (cardbord points) dengan menggunakan
gam. Serangga tersebut mestilah diletakkan dalam kedudukan di mana kepalanya berhadapan
ke hadapan dan point hujung tiga segi cardboard tersebut berada di sebelah kiri pin.
Mengering Serangga
Serangga yang telah disemat perlu dikeringkan sebelum boleh disimpan di dalam kotak-kotak
serangga. Susun serangga-serangga tersebut di atas keratan polystrene dan masukkan ke
dalam ketuhar pada suhu 45 C, keringkan sehingga beberapa hari. Serangga boleh juga
dikeringkan di bawah matahari jika tidak terdapat ketuhar, tetapi mestilah diawasi dari
dimakan oleh semut-semut perosak dan lainnya.
Melabel
Tiap-tiap spesimen mestilah dilabel dengan nama tempat dari mana ianya dikutip berserta
dengan tarikh kutipan dan juga nama pengutip, label-label mestilah kecil dan diletakkan lebih
kurang 5/8 inci pada pin serta dilekatkan selari dengan specimen. Nota-nota tambahan
seperti jenis, tumbuhan di mana ianya dikutip juga adalah perlu dan ini boleh ditulis pada
lebel yang lain dan dilekatkan lebih kurang 1/2 inci pada pin di bawah label yang terdahulu
tadi.
Menyimpan Serangga
Specimen yang telah dikeringkan dan dilabel perlu disimpan dalam kotak-kotak serangga
yang khusus. Kotak-kotak itu selalunya dilapis gabus dan ditutupdengan kertas putih. Ianyaseeloknya mesti kedap udara dan dapat menghalang perosak-perosak seperti semut, lipas atau
Untuk menetapkan warna hijau dalam alga laut, larutan berikut adalah dicadangkan.
3. Kulat
Pengaweatan dalam cecair, kulat-kulat segar (freshy) seperti cendawan, kulat bracket dan
kulat cup serta bahagian-bahagian yang dijangkiti parasit-parasit kulat boleh diawet untuk
jangkasmasa tertentu dengan menggunakan bahan-bahan pengawet di bawah ini.
A) 5 % formalin (tambahkan 5 ml formaldehde kepada 5 ml air suling
b) F.A.A. (Formalin-asid asetik alkohol)
Formaldehde (larutan 40%) 50 ml
Asid asitik galcial 50 ml
Alkohol 60 % (ethanol atau isopropil) 900 ml
Bagi mengawet kulat berwarna formulasi-firmulasi nerikut adalah disyorkan.
A) Kulat yang terdapat pigmen larut air
Asid asetik glacial 10 ml
Mercuric acetat 1.0 ml
Plumbum asetata neutral 10.0 ml
Ethy alkohol 90 % 1000 ml
b) Kulat yang terdapat pigmen tak larut
Asid asetik glacial 5 ml
Mercuric asetat 10 ml
Air Suling 100 ml
Pengawetan kering : tumbuhan dengan parasit kulatnya boleh dikeringkan dalam penekanantumbuhan(plant press) dan disimpan di atas kertas herbarium. Kulat segar, termasuk
cendawan, bola puf, kulat cup, dan lain-lain boleh dikeringkan dibawah matahari atau bawah
pencahayaan terang. Spesimen yang kering ini akan disimpan di dalam beka-bekas yang
mana dimasukkan sedikit hablur paradichlorobenzenl bagi menghalang seranggan memasuki
dan merosakkannya.
Pengawetan spesimen tumbuhan dengan cara kering.
Kebanyakkan tunbuhan berkayu boleh di awetkan terutama daun dan bunnya untuk dijadikan
spesimen herbarium. Keadaan ini dalah paling sesuai dan boleh disimpan dengan lama jika
disimpan dikendalikan dengan sempurna. Pengawetan dalam bentuk kering ini adalah sesuai
untuk dijadikan bahan rujukan di makmal sekolah anda. Jadi bagaimana anda akan
melakukan pengawetan ini ?
Mula-mula adan perlu menyediakan bahan atau alat-alatnya seperti di bawah ini:
1. Alat penekan (plant press)
Diperbuat daripada kayu berukuran setiap 1cm x 3 cm x 48 cm panjang. Kayu-kayu ini
kemudian dipaku dengan teguh untuk membentuk pengapit. Anda perlu menyedikan dua
belah alat ini.
2. Tali pengikat
Tali ini adalah untuk mengikat alat pengapit. Boleh diperbuat daripada nylon ataupun jerami
dan secukup panjang untuk diikat dikeliling alat pengapit.
3. Kadboard (corrigated boards)
Sediakan beberapa keping berukuran 33 cm x 50 cm. Kadbod ini digunakan untuk mengapit
spesimen yang telah disusun di antara helaian kertas sebelum dikapit dengan pengapit.
4. Lapisan kertas
Kertas ini adalah untuk menyusun dan mengapit spesimen. Anda boleh gunakan kertas surat
khabar untuk tujuan ini.
5. Kertas herbarium
Kertas ini tebal, berukuran 16 1/2” x 10 1/2” dan berwarna putih. Penyediaan spesimen
herbarium melibatkan proses mengutip, menekan (mengapit) melekat, melabel dan akhirnya
mengecamkan spesimen. Disini saya tidak akam membincangkan kaedah pengecaman
spesimen.
Proses Pengapitan
Anda perlu memilih spesimen yang sesuai seeloknya yang mempunyai daun yang tidak
dimakan ulat, bunganya atau buahnya jika terdapat. Kemudian susunkan spesimen ini di
antara lapisan kertas. Pastikankeratan spesimen ini tidak melebihi kertas kadbor (33 cm x 50
cm) yang akan digunakan untuk mengapitnya nanti. Sisinkan daun-daun supaya tidak bertindih dan jika terlalu banyak daun buangkanya jika perlu , cukup sekadar mempamerkan
bahagian batang, daun, dan bunga. Selepas itu anda perlu susun spesimen di dalam kertas ini
di antara dua kadbod dan alat pengapit kayu. .Dengan menggunakan tali dengan kuat kepitan
spesiemn ini seelok-eloknya tali dikelilingkan beberapa kali pada pengapit tadi.
Mengering Spesimen
Apabila spesimen selesai dikapit ianya sudah sedia untuk dikeringkan. Terdapat dua cara
anda dapat mengeringkan spesimen tersebut. Pertama dengan cara cahaya matahari dan kedua
adalah dengan menggunakan ketuhar yang mana suhu boleh dikawal. Dengan cara pertama
spesimen dalam alat pengapit perlu didedahkan di bawah cahaya matahari. Pada keesikan
harinya anda perlu membukannya pengapit ini dan pindahkan spesimen-spesimen ke
lapisan kertas-kertas baru. Betulkan dan atur semula daun-daun atau bunga yang terlipat
semasa proses pengapitan terdahulu. Proses ini perlu dilakukan sehingga spesimen betul
kering. Cara mengering dengan cahaya matahari ini akan mengambil masa satu minggu.
Kaedah pengeringan dengan menggunakan haba dari ketuhar adalah sangat sesuai dan cepat.
Jika terdapat edaran udara yang elok maka ianya adalah satu cara paling sesuai menerusi pengeringan cepat bagi mengawet warna tumbuhan. Spesimen yang dikapit dimasukkan terus
kedalam ketuhar pada suhu 45 C hingga 60 C. Proses pengeringan cara ini biasanya
mengambil masa 3 hingga 7 hari. Dalam pad itu jangan lupa menukar lapisan kertas bila-bila
perlu.
Melekatkan Spesimen (Mounting)
Selepas anda telah melakukan proses pengapitan dan pengeringan, spesimen tadi adalah sedia
untuk dilekatkan ke atas kertas herbarium. Kertas herbarium yang standard adalah berukuran
16 1/2” x 10 1/2”. Tujuan utama bagi spesimen ini dilekatkan adalah untuk memudahkan
penyimpanan. Oleh itu adalah penting bagi anda memastikan spesimen dilekatkan dengan
kuat pada kertas serta diatur dan dipamer dengan jelas. Sebolehnya-bolehnya kedudukan asal
bahagian tumbuhan mestilah dikekalkan dan anda tidak perlu mengubah mana-mana
bahagian untuk mendapatkan kedudukan yang anada rasa elok. Pamerkan bahagian atas dan
bawah daun-daun terutama sekali bagi tumbuhan seperti pakupakis supaya dapat dilihat
perbezaanya.
Batang tumbuhan boleh dilekatkan ke atas kertas herberium dengan menggunakan benang
jahitan. Anda perlu menebut kertas herberium ini dan jahitkan benang dengan mengguakan
jarum. Disampingitu juga anda boleh gunakan kertas jalur bergam atau gam resin/emulsi.
Pastikan selepas menjahit anda mematikan jahitan dengan membuat satu ikatan di belakangkertas herberium. Daun-daun pada kertas lebar boleh juga dijahit di batangnya atau digam
terus pada kertas. Setiap tumbuhan mestilah dilekatkan pada kertas herberium yang
berasingan.
Melebel spesimen
Sesudah melekatkan spesimen yang telah kering tadi perlu melebelkannya selepas ini.
Biasalebel ini dilekatkan pada bahagian bawah kertas. Maklumat yang difikirkan perlu adalah
seperti nama saintifik,nama amnya, nama family, tempat dimana ia dikutip, habitatnya, nama
pengutip, tarikh ianya dikutipdan nombor herberiumnya bagi tujuan rekok atau rujukan ( sila
Teknik menyediakan mikroskop iaitu suatu bidang yang luas. Tujuan bahan ini bukanlah
untuk menghuraikan secara meluas dan mendalam tentang bidang ini,tetapi hanya
memperkenalkan prisip-prisip asas serta beberapa teknik biasa yang boleh digunakan oleh
guru-guru sains di sekolah.
Penyediaan sisip kaca mikroskop biasanya melibatkan langkah-langkah yang berikut :
i) Penetapan/pengikatan
ii) Membuat keratan
iii) Perwarnaan
iv) Pendehidratan
v) Mencuci
vi) Lekapan
Kesemua enam langkah tersebut diperlukan untuk penyediaan sisisp kekal, tetapi bagi
peyediaan sisip sementara langkah (i), (iv), dan (v) boleh di tinggalkan. Sisip-sisip kekal, jikadisediakan dengan baik boleh disimpan selama beberapa tahun. Sebaliknya sisip sementara
hanya boleh digunakan sekejap sahaja, kadang kala kurang daripada setenjah
jam.Walaubaimanapun sisip sementara lebih kerang disediakan oleh guru-guru biologidi
sekolah kerana lebih menjimatkan banyak masa dan kerja, berbanding dengan sisip kekal.
(i) Penetapan/pengikatan
Bahan-bahan biologi yang hendak digunakan untuk menyediakan sisip mesti
direndam dalam sejenis cecair atau larutan untuk menyelakkan tindakan bakteria atau kulat.
Cecair atau larutan itu dinamakan agen penetap/pengikat manakala proses ini dipanggil
penetapan/pengikatan.
Agen pengikat/penetap yang biasa sekali digunakan untuk tisu-tisu tumbuhan ialah ‘
Formalasetik-alkohol’ (FAA). FAA dsediakan dengan mencampurkan lebih kurang 5 cm3
Tisu-tisu biologi yang hendak diperiksa dengan mikroskop mesti wujud dalm bentuk
keratan nipis yang boleh ditembusi cahaya. Keratan tisu tumbuh-tumbuhan lebih mudah
disediakan kerana ia lebih keras daripada tisu haiwan.Untuk membuat keratan, tisu tumbuhan
biasanya diapit dengan kepingan polistirene sebelum dipotong .
Tisu haiwan yang hendak dikerat mestilah terlebih dahulu direndamkan dalam parafin
untuk menjadikannya keras.Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
1. Panaskan sedikit pepejal parafin ( suhu lebur lebih kurang 52-56 celsius ) pada suhu 2
atau 3 darjah lebih tinggi daripada suhu leburnya,dengan kukus air.Masukkan tisu haiwan
yang tersebut ke dalam cecair parafin dan biarkan selama satu jam pada suhu yang sama.
2. Ambil sebuah kotak mancis dan sapukan bahagian dalamnya dengan sedikit
gliserol.Tuangkan parafin panas (suhu tidak melebihi 58 darjah celcius ) ke dalam kotak
mancis tersebut. Letakkan tisu haiwan di bahagian tengah cecair parafin.
3. Pegang kotak mancis itu di atas sebaldi air sejuk dan tiupkan permukaan parafin lebur
itu dengan angin,Apabila cecair parafin di permukaan membeku, rendamkan seluruh kotak
mancis tersebut ke dalam baldi berisi air sejuk itu. Kesemua parafin dalam kotak mancis
akan membeku. Sekarang tisu haiwan itu sedia untuk dipotong menjadi kepingan nipis.
Kadangkala tisu-tisu biologi lebih mudah dipotong dengan menggunakan sejenis mikroton
tangan. Harga mikrotom tangan ini adalah agak murah dan mampu dibeli oleh semua
sekolah. Tisu yang hendak dipotong itu dimasukkan ke bahagian tentah mikrotom.
Pusingkan skru di bahagian bawah mikrotom itu satu pusingan kemudian hiriskan tisu yangmenonjol ke atas dengan mata pisau cukur.
(iii) Pewarnaan
Pewarna untuk sisip mikroskop boleh dibahagikan kepada dua golongan utama; i) pewarna
bersifat bes, misalnya metilena biru fuksin bes, hablur ungu, safranin dan sebagainya ii)
Pewarna bersifat asid , misalnya fast green, hijau muda, anilina biru dan sebagainya.
Pemilihan pewarna untuk tisu dibuat berdasarkan sifatnya, iaitu bersifat bes dan asid.
Pewarna bersifat bes digunakan untuk mewarnakan bahagian-bahagian tisu bersifat asid,
manakala pewarna bersifat asid pula digunakan untuk mewarnakan bahagian-bahagian tisu bersifat bes. Misalnya. Oleh kerana nukleus sel mempunyai asid nukleik, ia bersifat
asid maka nukleus biasanya diwarnakan dengan pewarna-pewarna bes seperti metilena biru
atau safranin.
Selain daripada itu, terdapat juga pewarna-pewarna tertentu yang hanya boleh dilekatkan
kepada tisu jika sesuatu mordan digunakan bersama. Sebagai contoh, Ferum (III)
Ammonium Sulfat ialah sejenis mordan bagi pewarna hematoksilin dalam pewarna tisu
haiwan.
(iv) Banyak jenis cecair organik digunakan dalam proses penyediaan sisip mikroskop.Bahan-bahan organik ini, jika dicampurkan dengan air, akan menghasilkan seuatu koloid
yang menganggu penglihatan. Oleh itu, sebelum atau selepas proses pewarnaan (Mengikut
keadaan) tisu itu biasanya direndam dalam etanol untuk membuangkan kandungan aairnya.
Proses pembuangan air ini dinamakan pendehidratan.
Akan tetapi , jika keratan tisu direndam terus ke dalam etanol tulen, terlalu banyak aair
diserap keluar, maka sel-sel itu akan berubah bentuknya atau menjadi rosak. Untuk mengelakkan kesan ini, keratan tisu biasanya direndamkan dalam etanol mengikut giliran
yang berikut:
1. Rendamkan dalam etanol 30% selama 1 minit.
2. Pindahkan ke etanol 50% selama 1 minit;
3. Pindahkan ke etanol 70% selama 1 minit;
4. Pindahkan ke etanol 90% selama 2 minit;
5. Pindahkan ke etanol 95% selama 2 minit.
6. Pindahkan ke etanol 100% selama 2 minit.
7. Pindahkan ke etanol 100% yang baru selama 2 minit lagi.
Sekiranya sebelum pendehidratan keratan tisu itu telah direndam dalam sejenis pewarna yang
menggunakan etanol 70% sebagai pelarutnya, maka dalam proses pendehidratan yang
berikutnya keratan tisu itu TIDAK perlu direndamkan ke dalam etanol 30% , 50% dan 70%
lagi ianya boleh terus dimasukkan ke dalam etanol 90%, dan selanjutnya ke dalam etanol95%, 100%, seperti susunan tersebut di atas.
(V) Mencuci.
Jika lekapan hendak dibuat dengan menggunakan balsam kanada maka selepas
pendehidratan, etanol dalam keratan tisuitu mesti dikeluarkan. Ini adalah kerana etanol tidak
boleh bercampur dengan balsam kanada. Proses pembuangan etanol dari keratan tisu ini
dinamakan mencuci. Akan tetapi, jika gliserol dan bukan balsam kanada yang akan
digunakan dalam lekapan, proses mencuci boleh ditinggalkan kerana etanol boleh bercampur
dengan gliserol.
Untuk mengeluarkan etanol, keratan tisu biasanya dirandamkan dalam cecair xilem
(awas:beracun) selama beberapa ketika. Tetapi xilem mempunyai satu kelemahan sebagai
agen pencuci: ia membentuk cecair keruh jika terkena air (biasanya akibat dari mencuci yang
kurang sempurna). Minyak cengkih dan minyak kayu cedar juga boleh digunakan sebagai
agen pencuci. Jika minyak cengkih dan minyak kayu cedar digunakan, keratan tisu itu mesti
direndamkan dalam xilem pula sebelum lekapan dengan balsam kanada.
Vi) Lekapan
Selepas mencuci ,keratan tisu itu boleh diletakkan di atas kepingan kaca kemudian
dititiskan dengan sedikit agen pelekap dan ditutup dengan sisip kaca nipis. Peranan agen
pelekap ialah menyesar keluar semua udara dari keratan tisu serta memberikanya suatu angka
rujuk biasa (refractive index) yang hampir dengan kaca ,iaitu lebih kurang 1.53.
agen pelekap yang biasa sekali digunakan dalam makmal sekolah ialah balsam kanada
(yang dilarutkan dalam xilem), biasanya untuk sisip kekal. Akan tetapi, unutk sisip sementara
, agen pelekap yang lebih sesuai ialah gliserol.
Sisip kekal yang siap disediakan mesti dilabelkan dengan butir-butir berikut:
i) Nama spesimen dan jenis keratan
( melintang, membujur, dan sebagainya.)
ii) Pewarna yang digunakan
ii) Tarikh disediakan
iv) Nama orang yang menyediakannya.
Teknik-teknik Mewarnakan Spesimen Biologi
Teknik Pewarnaan Keratan Tisu Tumbuhan
1. Safranin dan Fast Green
Keratan tisu daun, batang dan akar tumbuh-tumbuhan hijau seperti pokok keembung,
bunga matahari dan sebagainya boleh diwarnakan dengan cara ini. Bahagian nukleus,lignindan kutikel akan menjadi merah, manakala lain-lain bahagian menjadi hijau atau biru.
Larutkan 1 gram safranin dalam etanol 50% menjadi 100 cm3 . Rendamkan keratan
tisu dalamnya selama 1/2 jam atau lebih. Keluarkanya dan basuh dengan air suling. Lepas itu
rendamkan dalam campuran asetik-etanol untuk menanggalkan sebahagian daripada safranin
itu. Jangan rendamkan spesimen terlalu lama kerana ia menyebabkan semua safranin
mungkin tanggal/ Campuran asetik-etanol disediakan dari 1 nm3 asid asetik glasial dan 99 c,3
etanol 70%.
Dehidratkan dalam etanol 90% dan 100%. Rendamkan dalam Fast green selama 1/2
minit atau lebih. Larutan Fast Green disediakan daripada 0.5 gram pepejal Fast green,50cm3, etanol 100% dan 50 cm3 minyak cengkih. Untuk menanggalkan sebahagian fast
green rendam dalam campuran minyak cngkih , etanol 100% dan xilen (nisbah 2:1:1) selama
5 minit. Pindah ke xilen selama beberapa minit. Letak di atas kepingan kaca dan lekapkan
dengan balsam kanada atau gliserol.
2. Hematoksilin dan safranin
Nukleus dan kloroplas menjadi ungu, lignin menjadi merah,sitoplasma menjadi ungu
muda.
Sediakan larutan hematoksilin seperti berikut: Campurkan 4 g hematoksilin , 25 cm3etanol 100% dan 400 cm3 larutan tepu ferum (III) ammonium sulfat. Biarkan terdedah
kepada cahaya selama empat hari dalam sebuah kelalang yang mulutnya tersumbat
dengankapas.Turas.Tambahkan 100 cm3 gliserol dan 100 cm 3 metanol. Biarkan di tempat
cerah selama enam minggu.
Rendamkankeratan tisu dalam larutan hematoksilin selama 3 minit. Basuhkan dengan
air. Tanggalkan sebahagian pewarna dengan asetik-etanol sambil memerhatikannya di bawahmikroskop (kurang daripada 1 minit). Basuhkan dengan etanol 70%. Rendam dalam etanol
70%. Rendam dalam etanol 70% yang telah ditambahkan beberapa titik ammonium
hidroksida. Rendam dalam larutan safranin selama 5 minit Rendam dalam etanol 50% untuk
menanggalkan sebahagian daripada safranin. Bagi sisip sementara ,pindahkan keratan tisu ke
air suling kemudian lekapkan dalam gliserol. Bagi sisip kekal, dehidratkan dengan etanol
70%,90%,95% dan akhirnya 100%. Rendam dalam minyak cengkih untuk membuangkan
etanol. Lekapkan dengan balsam kanan.
Teknik Pewarnaan Keratan Tisu Haiwan
1. Ferum Hematoksilin
Larutkan 3 g ferum (III) ammonium sulfat dalam 100 cm3 air suling. Rendamkan
keratan tisu dalam larutan tersebut selama 1/2 jam lebih. Basuh dengan air suling.
Sediakan larutan hematoksilin dengan 0.5 g hematoksilin, 10 cm3 etanol 100%, dan
90 cm3 air suling. Biarkan beberapa hari.
Rendamkan keratan tisu dalam larutan hematoksilin salama 1/2 jam atau lebih.
Pindahkan ke larutan ferum (III) ammonium sulfat untuk menanggalkan sebahgian
hematoksilin. Basuhkan dengan air paip selama beberapa jam.
Rendam dalam etanol 30%,50%,70%,90%,95%,100%. Pindah ke xilen untuk
menanggalkan etanol. Lekapkan dalam balsam kanada.
2. Pewarna Mallory Tiga Peringkat
Mula-mula sediakan tiga jenis larutan yang berikut:
a) 0.1 g asid fuksin dalam 99 cm3 air suling
b) 0.1 g asid fosfomolobdik dalam 99 cm3 air suling
c) 0.5 g anilina biru, 2 g oren G dan 2 g asid oksalik dalam 99 cm air suling.
Rendamkan keratan tisu dalam larutan (A) selama 3 minit. Basuhkan dengan
air suling.Basuhkan dengan larutan (B) selama 1 minit supaya warna merah tadi kekal. Basuh
lagi dengan air suling. Sekarang rendamkan dalam larutan (c) selama 5 minit supaya ia
menjadi biru. Basuhkan dengan air suling. Dehidratkan dengan etanol
30%,50%,70%,90%,95%,100%. Basuhkan dengan xilen untuk menanggalkan etanol Lekap
dengan DPX.
Teknik Mewarnakan Tisu yang Mengandungi Lemak (Sudan IV)
Rendamkan keratan tisu dalam formaldehid 40% selama 1 minit. Basuhkan dengan
etanol 50%. Rendamkan dalam larutan Sudan IV selama 2 hingga 3 minit. Larutan Sudan IV
disediakan dengan melarutkan 5 gram pepejal Sudan IV dalam 100 cm3 etanol 70%.
Basuhkan dengan etanol 50%. Lekapkan dalam gliserol. Bintilan-bintilan lemak akan
diwarnakan menjadi merah.
Teknik Mewarnakan Tisu Kulat (Lactophenol-cotton blue)
Tisu kulat seperti Mucor dan Rhizopus boleh diwarnakan dengan Lactophenol-cotton blue . Lactophenol-cotton blue disediakan daripada bahan-bahan berikut:
hablur fenol 20 g
asid laktik 20 g
gliserol 40 g
cotton blue
(metil blue) 0.05 g
air suling 20 cm
Rendamkan tisu kulat dalam Lactophel-cotton blue selama beberapa minit. Basuhkan
dengan air untuk menanggalkan pewarna yang berlebihan . Periksa dengan mikroskop.
Teknik Mewarnakan Sel-Sel Darah (Pewarna Leishman)
Letakkan tisu itu di atas sisip kaca. Tambahkan beberapa titik aseto-arsein dan koyakkannya
menjadi hancur dengan dua batang jarum. Tutupkan dengan penutup kaca nipis . Panaskan
sisip kaca dengan api atau plat panas selama 5 minit, tetapi jangan biarkannya mendidih,
tambahkan aseto-orsein lagi jika ia tersejat.
Sekarang tutupkan sisip itu dengan beberapa lapisan kertas tisu dan tekankannya DARIATAS dengan ibu jari ( Jangan biarkannya gelansar ke TEPI) supaya sel-sel akar terpisah
antara satu sama lain. JANGAN TEKAN TERLALU KUAT. Ascto-orsein yang berlebihan
akan diserap oleh kertas tisu.
Hangatkan sisip di atas plat selama 10 saat lagi, supaya warna aseto-orsein menjadi lebih
merah. Periksa dengan mikroskop. Semua kromosom akan menjadi warna merah.
KESELAMATAN MAKMAL
1. KESELAMATAN MAKMAL SAINS
1.1 BAHAN KIMIA
Terdapat berbagai-bagai jenis bahan kimia berbahaya yang sering digunakan dalam makmal
sains sekolah pada masa ini. Antaranya, ada yang mudah terbakar, mengkakis, beracun
mudah meletup dan kesan-kesan lain yang mempunyai gabungan bahaya tersebut di
atas.Pelajar-pelajar hendaklah membasuh tangan selepas menjalankan eksperimen yang
melibatkan bahan kimia.
Jika pipet digunakan untuk mengukur isipadu larutan bahan kimia, pengisi pipet hendaklah
digunakan untuk menyedut keluar larutan. Jangan sedut dengan mulut.
Mesti berhati-hati serta cermat bila menggunakan bahan-bahan berikut:
1.1.1 Pepejal Mudah Terbakar
Logam natrium dan kalium hendaklah disimpan terendam sepenuhnya dalam minyak
(Kerosin atau minyak tanah) dan terletak jauh daripada larutan berair. Fosforus kuning
mestilah disimpan terendam sepenuhnya dalam air dan jangan dibiarkan menjadi kering.
Penyimpanan ketiga-tiga bahan ini hendaklah diperiksa selalu untuk menentukan bahawa ia
terendam sepenuhnya dalam cecair. (Penggunaan fosforus kuning tidak digalakkan di
sekolah).
Bahan pengoksida yang kuat (misalnya klorat, perklorat, nitrat, mengganat, peroksida, asid
nitrik) mestilah disimpan berjauhan daripada bahan-bahan yang mudah teroksida.
Jadual 1 menunjukkan beberapa pepejal mudah terbakar disertai dengan kesan bahaya dan
Eksperimen dengan gas beracun mesti dilakukan dalam kebuk wasap.Gunakan pipet untuk
menyedut keluar cacair yang beracun.
Seseorang yang menggunakan bahan kimia beracun mesti memakai cermin mata keselamatandan sarung tangan keselamatan getah. Selepas eksperimen, tangan hendaklah dibasuh.
Jika mata untuk kulit ternena bahan kimia beracun, cuci segera dengan air yang banyak.
Sebagai langkah susulan rawatan Pegawai perubatan hendaklah didapati.
(A) Langkah Keselamatan
Bahan-bahan kimia yang berikut mempunyai kesan yang boleh memudaratkan. Oleh itu
langkah keselamatan mesti diberi perhatian.
(i) ANILINA mudah menyerap ke dalam kulit.
(ii) BENZENA jika dihidu sedikit-sedikit selama tempoh masa yang agak lama, boleh
menjadi racun. Ia juga boleh menyerap ke dalam kulit. Jika boleh ia mestilah digantikan
dengan bahan yang kurang beraacun misalnya toluena atau xilena.
(iii) WAP BROMIN adalah merbahaya kepada mata, hidung dan paru-paru. Ia juga
membahaya bila bersentuhan dengan kulit.
(iv) KARBON DISULFIDA boleh menyerap ke dalam kulit dan wapnya sangat beracun.
Ia sangat mudah terbakar dan mempunyai takat suhu nyalaan yang rendah.
(v) WAP KARBON TETRAKLOARIDA (tetraklorometana) adalah beracun dan boleh
menyerap ke dalam kulit.
(vi) KLOROFORM (Triklometana) adalah beracun dan boleh menyerap ke dalam kulit.
(vii) HIDROGEN SULFIDA sama beracun seperti hidrogen sianida, tetapi ia bukanlah
racun yang menokok. Ia mesti digunakan hanya dalam kebuk wasap sahaja.
(viii) MERKURI mesti dipanaskan hanya di dalam kebuk wasap tetapi lebih baik lagi jika
tidak dipanaaskan langsung. Wapnya ADALAH SANGAT merbahaya.
(ix) SULFUR DIOKSIDA adalah beracun.
(B) Peraturan Penyimpanan
Penyimpanan bahan kimia hendaklah mengikut peraturan-peraturan berikut:
(i) Semua botol reagen bahan kimia mestilah dilebel dengan jelas dan lebel itu
hendaklah diperiksa dari semasa ke semasa.
Bagi-bahan kimia yang beracun dan berbahaya simbol-simbol tertentu digunakan.
f) Untuk mengurang belakunya pencemaran yang tidak disegajakan melalui
tumpahan, semua bekas yang mengandungi bahan jankitan hendaklah diletakkan didalam
dulang yang besar atau permukaan tempat kerja hendaklah ditutup dengan bahan penyerap
boleh dibuang.
g) Tangan hendaklah dicuci bersih sebelum meneinggalkan makmal.
h) Semua tumpahan dan kemalangan hendaklah direkodkan.
KESELAMATAN BAHAN RADIOAKTIF
1.3 BAHAN RADIOAKTIF
1.3.1 Kelayakan Guru Sains
Guru yang hendak mengunakan sumber atau bahan radioaktif di dalam makmal sains
sekolah hendaklah guru yang berpengetahuan dan berpegalaman dalam pengendalian bahanradioaktif.
1.3.2 Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif
Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif hendaklah mendapat kebenaran
daripada Pengarah Pendidikan Negeri.
Jubah makmal dan cermin mata keselamatan hendaklah dipakai semasa menjalankan
eksperimen yang melibatkan bahan radioaktif. Kerja yang menggunakan cecair radioaktif
hendaklah dijalankan di atas dulang atau talam. Selepas menjalankan eksperimen, tanganhendaklah dibasuh dengan sabun dengan bersih sebelum meninggalkan makmal.
Sumber radioaktif hendakalh sentiasa dikendalikan dengan pengepit dan jangan
sekali-kali memegangnya dengan tangan. Pengunaan sumber cecair atau sumber yang lebih
aktif tidak boleh dikendalikan dengan mulut ( misalnya dengan menggunakan pipet dan botol
basuh ). Sumber radioaktif janganlah sekali-kali dihampirkan dengan mata.
Bahan radioaktif mestilah disimpan di dalam bekas plumbum. Pemindahan bahan
radioaktif mestilah dilakukanoleh guru tertentu yang bertanggunjawab ke atasnya sahaja. Jika
sumber radioaktif digunakan, maka sarung tangan keselamatn hendaklah dipakai.
Sisa-sisa radioaktif hendaklah dilupuskan mengikut peraturan yang ditentukan
baginya ( sila lihat cara-cara pelupusan ).
1.3.3 Penyimpanan
Sekolah tidak dibenarkan menyimpan lebih daripada 2 millicurie sumber terbuka
dalam satu masa dan lazimnya jumlah keaktifan sumber tidak di benarkan 4 millicurie.
Sumber radioaktif seperti strontium 90 atau mana-mana nuklid seperti radium tidak boleh
digunakan kerana ia membebaskan zarah alfa.
Semua bahan yang dibenarkan penggunaannya hendakalah disimpan di dalam stor atau almari bertanda dan berkunci dan jabatan bomba tempatan hendaklah diberitahu tentang
L. Kayu mancis dan benda-benda lain yang masih berbara mesti dipadamkan sebelum
dibuang ke dalam tong sampah.
M. Kayu mancis, kertas turas ataupun sebarang sampah dalam bentuk pepejal tidak boleh
dibuang ke dalam ataupun ke bawah sink, tetapi mesti dibuang ke dalam tong sampah yang
disediakan.
N. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal.
O. Beg pelajar tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal.
P. Air pili di dalam makmal tidak boleh diminum.
Q. Tidak dibenarkan menggunakan peti pertolongan cemas tanpa pengetahuan guru.
R. Langkah-langkah keselamatan mersti dipatuhi setiap masa.
PENGGUNAAN BAHAN KIMIA
A. Label pada botol mestilah dibaca dengan teliti untuk mempastikan bahawa bahan
kimia yang akan digunakan itu betul.
B. Gunakan sedikit bahan kimia sahaja semasa membuat pemerhatian kerana sedikit bahan kimia sahaja semasa membuat pemerhatian kerana sedikit bahan kimia adalah
mencukupi untuk memberi pemerhatian yang jelas. Jangan membazirkan bahan kimia.
C. Gunakan spatula untuk mengambil bahan kimia pepejal. Jangan gunakan jari tangan.
D. Botol yang mengandungi bahan kimia mesti ditutup semula dengan segera setelah
diambil bahannya.
E. Bahan kimia biasanya adalah beracun dan mengkakis. Jangan cuba merasa sebarang
bahan kimia sungguhpun ia dalam larutan cair.
AMARAN
Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kejadian yang tidak diingini
sekiranya seorang pelajar itu tidak mematuhi peraturan-peraturan tersebut di atas.
Satu petunjuk JAGALAH KESELAMATAN ANDA berukuran lebih kurang 2 meter kali
setengah meter dalam tulisan besar tersergam hendaklah diletak disesuatu tempat uang
senang diperhati disetiap makmal;.
B) Peti pertolongan cemas
peti pertolongan cemas hendaklah lengkap dan diletakkan di tempat yang sesuai dalam tiap-tiap bilik makmal.
C) Peraturan
pelajar-pelajar mesti memahami dan mematuhi peraturan makmal yang disenaraikan. Murid-
murid perempuan yang menggunakan mini telekung perlu berjaga-jaga bila menjalankan
ujikaji.Khususnya yang melibatkan penggunaan penunu bunsen atau asid . Bagi mereka yang
bermbut panjang , adalah dinasihatkan menyangul rambut mereka bagi mengelakkan
sebarang kemalangan.
Seboleh-bolehnya guru yang berkenaan menggunakan waktu pertama dalam tiaptahun menerangkan peraturan maklmal kepada pelajar. Ketua jabatan sains hendaklah
mengadakan satu penjumpaan guru-guru sains pada awal tahun untuk membincangkan dan
menarik perhatian guru kepada lengkah-langkah keselamatan dan serta pertolongan cemas di
bilik makmal sains.
Guru juga memastikan bahawa pelajar-pelajar mengetahui peraturan semasa
kebakaran di sekolah.
D. Pergerakan pelajar
Pergerakan pelajar dalam makmal mestilah dikurangkan seberapa yang boleh untuk mengelakkan kemalangan. Bilik makmal yang penuh sesak boleh mendatangkan bahaya.
Pelajar-pelajar hendaklah dinasihatkan supaya jangan bernakal semasa berada dalam
makmal sains.
E. Peredaran udara
Bilik makmal mesti menpunyai peredaran udara yang baik untuk mengelak daripada
Ruang perjalanan dalam makmal mestilah bebas daripada sebarang penghalang
daripada sebarang penghalang untuk mengelakkan kaki daripada tersangkut semasa berjalan
dan untuk menyenangkan lalulintas apabila berlaku kecemasan.Lantai yang basah atau
terkena minyak mesti dibersihkan dengan segera.
G. Bekalan Elektrik
Semua kotak fius hendaklah diperiksa penggal persekolahan untuk menentukan
bahawa ia tidak rosak. Segala kerosakkan hendaklah diperbaiki oleh juru elektrik yang
berkelayakkan.
Pemutar litar ( circuit breaker ), sekiranya ada hendaklah diperiksa sekali sepenggal .
Semua wayar elektrik hendaklah ditebat dengan baik dan jangan dibiarkan sebarang
wayar elektrik berjuntai.
Tiap-tiap punca kuasa elektrik khususnya yang terdapat di meja-meja kerja hendaklahdalam keadaan yang baik. Semua punca kuasa elektrik yang pecah hendaklah diganti baru.
Jangan sentuh alat-alat elektrik atau punca kuasa elektrik dengan tangan yang basah.
H. Kaca
Pelajar-pelajar mestilah diajar bagaimana hendak menggunakan alatan kaca,
membulat hujung kaca,dan khususnya ,kaedah yang betul untuk memasukkan saluran kaca
kedalam gabus berlubang dan penyumbat getah. Gunakan kain untuk melindungi tangan dan
air atau minyak untuk melincinkan saluran kaca.
I. Kemalangan
Semua kemalngan yang berlaku hendaklah dicatatkan. Catatan hendaklah
mengandungi butir-butir,antara lain, nama murid, tingkatan, kemalangan, masa, rawatan yang
diberi dan catatan guru.
1.2 KEMALANGAN
Antara jenis peralatan memadam api yang boleh di gunakan adalah seperti berikut:
i. Gebar api ( fire blanket ) yang terkandung dalam bungkusan yang sesuai gebar api
ini hendaklah dipasang pada diding bilik makmal dan digunakan bila pakaian terkena api.
ii. Setimba pasir yang bersih serta kering dengan penyeduknya.
ii. Pemadam api jenis karbon dioksida dab jenis busa. Biasanya pemadam api
jenis ABC digunakan kerana ia dapat memadamkan banyak jenis api.
Peralatan pemadam api tersebut hendaklah disediakan didalam makmal berdekatan denagn
pintu dan hendaklah diperiksa oleh pihak bomba sekurang-kurangnya sekali setahun.
pekat, metanol, fenol, cecair bromin, kalium manganat(VII) dan argentum nitrat. Bahantersebut tidak boleh dibenarkan menyentuh mana-mana permukaan badan kita. Kerja denga
bahan-bahan kimia ini hendaklah dilakukan dalam almari wasap dengan memakai
perlindungan mata serta srung tangan.
Sekiranya sebahagian badan terkena bahan kimia mengkakis, bahagian tersebut hendaklah
dibasuh di bawah air pili dengan segera. Selalunya jika melibatkan bahan kimia ini dengan
bahan organik, kuantiti yang kecil sahaja digunakan.
D) Bahan Kimia Beracun
Satu senarai bahan kimia yang berracun dan penawar dan rawatan yangsepadan
iv) Racun mestilah di simpan dalam almari yang berkunci di dalam stor. Penggunaan racun
hendaklah direkodkan.
vii) Di dalam makmal tidak sepatutnya disimpan cecair yang lebih daripada 500 cm3. Bahan
kimia yang tidak boleh digunakan lagi adalah merupakan sebagai sumber yang akan
mendatangkan bahaya (misalnya letupan). Ia mestilan dibuang mengikut cara yang betul.
1.6. BAHAN RADIOAKTIF
a) Guru yang menggunakan sumber atau bahan radioaktif di dalam makmal sains
sekolah hendaklah merupakan guru terlatih.
b) Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif
Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif mestilah mendapatkan kebenaran
daripada Penolong Pengarah Matematik/Sains Negeri terlebih dahulu.
Jubah makmal hendaklah dipakai semasa menjalankan percubaan yang nelibatkan
bahan radioaktif . Kerja yang menggunakan cecair hendaklah dijalankan di atas talam atau
dulang. Selepas menjalankan percubaan,tangan hendaklah dibasuh dengan sabun hingga
bersih sebelum meninggalkan makmal.
Sumber radioaktif sentiasa dikendalikan dengan menggunakan pengepit dan jangan
sekali-kali memegangnya dengan tangan. Penggunaan sumber cecair atau sumber lebih aktif
tidak boleh dikendalikan dengan mulut (misalnya dalam penggunaan salur pipet dan botol
basuh) dan tidak boleh dijilat labelnya. Sumber radioaktif janganlah sekali-kali dihampirkan
dengan mata.
Bahan radioaktif mestilah diisi dalam bekas plumbum. Pemindahan bahan radioaktif
mestilah dilakukan hanya oleh orang-orang tertentu yang bertanggunjawab baginya sahaja.
Jika sumber tidak berskel di gunakan, maka sarung tanga getah hendaklah digunakan.
Sisa-sia yang terdapat hendaklah dilupuskan mengikut peraturan yang ditentukan baginya
( lihat pelupusan).
C) Penyimpanan
Sekolah tidak dibenarkan menyimpan lebih daripada 2 millicurie sumber terbuka dalammana-mana bahagianya dalam satu masa dan lazimnya jumlah keaktifan sumber terbuka dan
tertutup tidak dibenarkan melebihi 4 millicurie. Sumber terbuka mestilah TIDAK termasuk
Strontium 90 atau mana-mana nuklid seperti Radium yang membebaskan zarah alfa.
Semua bahan yang diluluskan penggunaanya hendaklah disimpan di dalam stor atau alamari
bertanda dan berkunci dan Jabatan Bomba tempatan hendaklah diberitahu tentang adanya
bahan-bahan tersebut di dalam simpanan sekolah berkenaan. Stor atau almari tersebut
hendaklah terletak jauah daripada segala ruang yang diduduki secara kekal dan dosi yang
dikeluarkan dari dalamnya hendaklah dikira atau disukat serta ditanda padanya. Mana-mana
dosi yang terdedah kepada tiap-tiap seorang itu mestilah tidak lebih daripada yang dibenarkan
yakni dosi tahunannya tidak boleh lebih daripada 50 mr.
Natrium dan kalium hendaklah dimusnahkan dengan menukarnya menjadi garam (misalnya
dengan mencampurkannya perlahan-lahan dengan spirit). AMARAN : Perlindung mata
hendaklah digunakan.
Pepejal yang bertindakbalas dengan air, misalnya kalsium karbid, hendaklah dimusnahkan di
tempat lapang dengan menuang air kepadanya secara sedikit demi sedikit.
D) Kaca
Sebuah kotak bekas sisa yang khas membuang kaca mestilah diadakan.
E) Haiwan yang dibelah
ia hendaklah ditanam sebaik sahaja selepas digunakan untuk mencegah lalat dan renga,
f) Semaian hidupan seni
semua semaian mestilah dicampur dengan formalin sebelum membuangnya.
1.8 PAMERAN SAINS SEKOLAH
a. Percubaan mengenai roket tidak dibenarkan.
B. Setengah-setengah projek, misalnya pemancaran gelombang radio, memerlukan
kelulusan dari pihak berkuasa. Oleh sebab itu guru hendaklah meminta kelulusan daripada
pihak yang berkenaan terlebih dahulu.
C. Jika radas X-ray, pancaran pra-merah dan voltan tinggi yang digunakan . Langkah
keselamatana yang memuaskan hendaklah diadakan bagi para peserta dan pelawat. Guru
penjaga mestilah mengawasi pameran ini setiap masa.
D. Projek yang melibatkan pengeluaran gas beracun tidak boleh dijalankan.
E. Percubaan tidak boleh dibiarkan berjaalan bersendirian di dalam makmal . mesti ada
dua orang yang mengawasi perjalanan percubaan.
F. Sekurang-kurangnya mesti ada seorang guru yang menjaga pelajar -pelajar yang
mengendalikan peojek bagi memastikan bahawa mereka mematuhi segala langkahkeselamatan makmal.
G. Bahan pengoksida hendaklah dicampaurkan atau digaul dengan bekas yang bersih.
Pencemaran dari kekotoran (misalnya meja yang kotor) karbon dan surat khabar boleh
mengakibatkan letupan.
H. Jika masih ragu-ragu tentang keselamatan sesuatu projek itu, maka penolong
pengarah matematik /sains negeri hendaklah dihubungi.
I) Sekiranya sesebuah sekolah ingin menganjurkan sesuatu pameran sains, pihak sekolah
perlulah menghantarkan senarai projek yang ingin dijalankan dalam pameran itu kepada penolong pengarah matematik sains negeri terlebih awal, Projek-projek yang yang