R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020 7-6-1 BPK 5(Seksyen U4,U5,U16 – U20) 7.6 BLOK PEMBANGUNAN KECIL 5 ( SEKSYEN U4, U5, U16 HINGGA U20) 7.6.1 LATAR BELAKANG DAN CIRI-CIRI KAWASAN PEMBANGUNAN BPK 5 terletak di bahagian utara kawasan MBSA yang meliputi Seksyen U4, U5, U16 hingga U20 mempunyai keluasan seluas 5679.60 hektar. BPK 5 juga meliputi kawasan Kampung Baru, Tanah Rizab Melayu (TRM) seperti di Kampung Kubu Gajah, Kampung Merbau Sempak, Kampung Paya Jaras dan Kampung Sungai Plong. BPK ini dapat dihubungi melalui Lebuh Raya Koridor Guthrie, Jalan Batu Tiga – Sg. Buluh, Lebuh Raya Utara-Selatan dan Jalan Persekutuan 54 (Kepong-Kuala Selangor). Kediaman di sini merupakan kediaman kampung tradisional kecuali kawasan Seksyen U5, U16 dan Seksyen U20. 7.6.2 CADANGAN GUNA TANAH Cadangan pembangunan dalam BPK ini menumpukan sepenuhnya manfaat dari Lebuh Raya Koridor Guthrie serta penekanan pembangunan kawasan TRM (Kampung Paya Jaras, Kampung Merbau Indah dan Kampung Merbau Sempak) dan Kampung Baru Sungai Buloh. Kawasan perniagaan baru dicadangkan di Kampung Merbau Indah iaitu berhampiran dengan persimpangan Lebuh Raya Koridor Guthrie. Bagi memenuhi keperluan pertambahan penduduk seramai 178,990 pada tahun 2020, beberapa pembangunan baru dicadangkan di BPK 5 seperti Denai Alam, Ladang Elmina dan Aman Putri. Kampung Paya Jaras akan dikekalkan sebagai kawasan berkepadatan rendah dengan penyediaan kemudahan-kemudahan perbandaran yang berkualiti (urban village). Kawasan ini juga dicadangkan sebagai sebuah kawasan tarikan pelancongan bagi daerah ini. Kawasan Bukit Rahman Putra (Seksyen U20) dicadangkan menjadi pusat perkhidmatan bagi bahagian utara MBSA. Kawasan Kampung Baru Sungai Buloh dizonkan pula sebagai kawasan industri berdasarkan penawaran pekerjaan yang telah sedia wujud di kawasan ini.
44
Embed
7.6 BLOK PEMBANGUNAN KECIL 5 ( SEKSYEN U4, U5, … · Sekolah Rendah 20 48.00 Sekolah Menengah 27 97.20 Sekolah Bersepadu 3 18.13 Sekolah Agama 2 4.80 Pusat ... Baru Sungai Buloh
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
7-6-1
BPK 5(Seksyen U4,U5,U16 – U20)
7.6 BLOK PEMBANGUNAN KECIL 5 ( SEKSYEN U4, U5, U16 HINGGA U20)
7.6.1 LATAR BELAKANG DAN CIRI-CIRI KAWASAN PEMBANGUNAN
BPK 5 terletak di bahagian utara kawasan MBSA yang meliputi Seksyen U4, U5,
U16 hingga U20 mempunyai keluasan seluas 5679.60 hektar. BPK 5 juga
meliputi kawasan Kampung Baru, Tanah Rizab Melayu (TRM) seperti di
Kampung Kubu Gajah, Kampung Merbau Sempak, Kampung Paya Jaras dan
Kampung Sungai Plong. BPK ini dapat dihubungi melalui Lebuh Raya Koridor
Guthrie, Jalan Batu Tiga – Sg. Buluh, Lebuh Raya Utara-Selatan dan Jalan
Persekutuan 54 (Kepong-Kuala Selangor). Kediaman di sini merupakan
kediaman kampung tradisional kecuali kawasan Seksyen U5, U16 dan Seksyen
U20.
7.6.2 CADANGAN GUNA TANAH
Cadangan pembangunan dalam BPK ini menumpukan sepenuhnya manfaat
dari Lebuh Raya Koridor Guthrie serta penekanan pembangunan kawasan
TRM (Kampung Paya Jaras, Kampung Merbau Indah dan Kampung Merbau
Sempak) dan Kampung Baru Sungai Buloh. Kawasan perniagaan baru
dicadangkan di Kampung Merbau Indah iaitu berhampiran dengan
persimpangan Lebuh Raya Koridor Guthrie.
Bagi memenuhi keperluan pertambahan penduduk seramai 178,990 pada
tahun 2020, beberapa pembangunan baru dicadangkan di BPK 5 seperti
Denai Alam, Ladang Elmina dan Aman Putri. Kampung Paya Jaras akan
dikekalkan sebagai kawasan berkepadatan rendah dengan penyediaan
kemudahan-kemudahan perbandaran yang berkualiti (urban village).
Kawasan ini juga dicadangkan sebagai sebuah kawasan tarikan
pelancongan bagi daerah ini.
Kawasan Bukit Rahman Putra (Seksyen U20) dicadangkan menjadi pusat
perkhidmatan bagi bahagian utara MBSA. Kawasan Kampung Baru Sungai
Buloh dizonkan pula sebagai kawasan industri berdasarkan penawaran
pekerjaan yang telah sedia wujud di kawasan ini.
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
7-6-2
BPK 5(Seksyen U4,U5,U16 – U20)
Kawasan Institut Penyelidikan Getah Malaysia akan dibangunkan
sebahagiannya sebagai perniagaan yang akan menyokong pembangunan
sekitar. Sementara itu, pembangunan Kwasa Land akan berbentuk
pembangunan bercampur dan baru di BPK ini.
Komponen Guna tanah terperinci bagi BPK ini ditunjukkan dalam Jadual 7.6.1 dan
Rajah 7.6.1.
Jadual 7.6.1 : Komponen Guna Tanah Tahun 2020 BPK 5
GUNA TANAH LUAS
(Hektar)
PERATUS
(%)
Kediaman 2317.26 40.79
Perniagaan Dan Perkhidmatan 231.56 4.08
Industri 707.36 12.45
Pembangunan Bercampur 337.64 5.94
Tanah Lapang Dan Rekreasi 371.06 6.53
Institusi Dan Kemudahan
Masyarakat 673.64 11.86
Pengangkutan 765.99 13.48
Infrastruktur Dan Utiliti 186.36 3.28
Badan Air 88.73 1.56
JUMLAH 5679.60 100.00
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
7-6-3
BPK 5(Seksyen U4,U5,U16 – U20)
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
7-6-5
BPK 5(Seksyen U4,U5,U16 – U20)
7.6.3 CADANGAN PEMAJUAN DAN PENGGUNAAN TANAH
i. Perumahan
Pembangunan perumahan di BPK ini meliputi keluasan seluas 2317.26 hektar
yang terdiri dari pelbagai jenis perumahan. Bagi memenuhi keperluan
perumahan, diperuntukkan 1,593.58 hektar sebagai pembangunan baru di
U16 (di sepanjang Lebuhraya Koridor Guthrie), U5 dan di U17 dengan
menggunakan pelbagai konsep perancangan dan pembangunan yang
moden dan terkini (Rujuk Rajah 7.6.2 dan Rajah 7.6.3).
Rancangan Tempatan akan mengekalkan kawasan Tanah Rizab Melayu
sebagai Kampung Tradisi. Pembangunan kediaman kawasan usang secara
‘infill’ akan tertumpu di Seksyen U17, U18 dan U19 yang mana kebanyakan
lot-lot tanah di sini adalah bersaiz kecil seperti Kampung Paya Jaras dengan
mengekalkan ciri-ciri kampung tradisi yang mempunyai kemudahan
perbandaran terkini.
Taman-taman perumahan terancang sedia ada yang terdapat di kawasan
ini akan dipertingkatkan penyelenggaraan lanskap, jalan-jalan, sistem
perparitan dan kawasan lapang. Bagi memastikan Konsep Pembangunan
Bersepadu di kawasan ini, pembinaan perumahan akan dijalankan
serentak dengan penyediaan kemudahan masyarakat dan perkedaian
mengikut piawaian dan garis panduan yang telah ditetapkan.
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
7-6-6
BPK 5(Seksyen U4,U5,U16 – U20)
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
7-6-7
BPK 5(Seksyen U4,U5,U16 – U20)
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
7-6-6
BPK 5(Seksyen U4,U5,U16 – U20)
ii. Kemudahan Masyarakat
Penyediaan kemudahan seperti sekolah, kawasan lapang, klinik dan
sebagainya akan disediakan di dalam setiap pembangunan baru.
Beberapa kemudahan awam yang dicadangkan di dalam pembangunan
baru dan komited adalah seperti dalam Jadual 7.6.2 dan Rajah 7.6.4).
Jadual 7.6.2 : Keperluan Kemudahan Masyarakat BPK 5
Kemudahan Tahun 2020
Unit Hektar
Pendidikan
Tadika 60 24.00
Sekolah Rendah 20 48.00
Sekolah Menengah 27 97.20
Sekolah Bersepadu 3 18.13
Sekolah Agama 2 4.80
Pusat Penyelidikan 1 229.45
Sekolah Teknik 1 18.34
Kesihatan
Klinik Desa 4 0.23
Klinik Kesihatan 4 2.88
Keagamaan
Surau 110 22.00
Masjid 13 32.5
Kuil 1 0.43
Perkuburan
Islam - 22.89
Hindu - 0.42
Rizab Kubur - 11.16
Keselamatan
Pondok Polis 2 1.66
Balai Polis 7 52.91
Balai Bomba 3 2.76
Kem Tentera 1 191.29
Kegunaan Kerajaan
Agensi Kerajaan 6 532.00
Pejabat Kerajaan 1 0.32
Lain-Lain Kemudahan Masyarakat
Dewan Serba Guna 16 6.4
Dewan Orang Ramai 24 28.8
Balai Raya 6 0.6
Perpustakaan Awam 1 0.98
Pejabat Pos 1 0.28
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
7-6-7
BPK 5(Seksyen U4,U5,U16 – U20)
Keperluan kemudahan masyarakat pada Jadual 7.5.2 merupakan anggaran
sahaja. Jumlah sebenar adalah tertakluk kepada pelan pembangunan yang
dikemukakan.
iii. Perniagaan
Secara keseluruhannya jumlah keluasan pembangunan perniagaan di BPK 5
adalah seluas 231.56 hektar pada tahun 2020. Bukit Rahman Putra
merupakan Pusat Perkhidmatan bagi kawasan BPK ini. Sementara itu
tumpuan pembangunan perniagaan adalah di kawasan pembangunan
Kwasa Land yang berorentasikan “Transit Oriented Development” (TOD) di
Seksyen U4 dan kawasan pembangunan Elmina East dan Elmina West di
Seksyen U16, Shah Alam. (Rujuk Rajah 7.6.5).
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
7-6-8
BPK 5(Seksyen U4,U5,U16 – U20)
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 1) 2020
7-6-9
BPK 3 ( Seksyen U1, U2, U3 ,U6 – U9) 1-9
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 1) 2020
7-6-10
BPK 3 ( Seksyen U1, U2, U3 ,U6 – U9) 1-10
ii. Perindustrian
Guna tanah perindustrian berkeluasan 707.36 hektar yang tertumpu di
Seksyen U5 akan dikekalkan. Kawasan Perindustrian Ringan Subang dan
Kawasan Perindustrian Mutiara Subang perlu diberikan perhatian khusus
bagi menggalakkan penubuhan aktiviti industri baru di atas lot-lot yang
belum dibangunkan. Untuk jangka masa pendek, pertukaran aktiviti
bangunan industri yang kosong kepada kegunaan yang bersesuaian
seperti kegunaan aktiviti rekreasi dan riadah adalah digalakkan.
Keutamaan akan diberikan ke atas lot-lot kosong yang wujud untuk
menggalakkan pembangunan industri baru.
Aktiviti industri tidak terancang yang beroperasi di Seksyen U4 dan U19 iaitu
di sekitar kawasan Kg. Baru Sungai Buloh dan di Paya Jaras dicadangkan
untuk dinaiktarafkan melalui Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran
dengan mematuhi syarat-syarat yang terkandung di dalam Garis panduan
Syarat Teknikal Minima Kilang Tanpa Kebenaran Negeri Selangor. Jumlah
kawasan yang terlibat adalah 257.53 hektar. (Rujuk Rajah 7.6.6)
iii. Pembangunan Bercampur
Pembangunan bercampur di BPK 5 ini ada berkeluasan 337.64 hektar yang
akan dibangunkan dengan perumahan dan perniagaan. Kawasan ini akan
menjadi hub pembangunan utama di kawasan utara Shah Alam kerana
pembangunan di sini disokong dengan kemudahan MRT “(Mass Rapid
Transit)” dan berkonsepkan “Transit Oriented Development”. (Rujuk Rajah 7.6.7)
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 1) 2020
7-6-12
BPK 3 ( Seksyen U1, U2, U3 ,U6 – U9) 1-12
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 1) 2020
7-6-13
BPK 3 ( Seksyen U1, U2, U3 ,U6 – U9) 1-13
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 1) 2020
7-6-12
BPK 3 ( Seksyen U1, U2, U3 ,U6 – U9) 1-12
7.6.4 CADANGAN PUSAT BANDAR DAN REKABENTUK BANDAR, PEMBANGUNAN
LANSKAP DAN REKREASI
i. Pusat Bandar Dan Reka Bentuk Bandar
Bukit Rahman Putra (Seksyen U20) dan Bandar Pinggiran Subang (Seksyen
U5) akan diperkukuhkan fungsinya sebagai Pusat Perkhidmatan yang dapat
menyediakan bekalan perkhidmatan yang mencukupi kepada kawasan
sekitarnya.
Sebuah pintu masuk di laluan yang melintasi BPK 5 dari arah utara melalui
Lebuh raya Koridor Guthrie iaitu di Kampung Merbau Sempak dicadangkan
untuk dipertingkatkan. Untuk menaikkan imej laluan tersebut sebagai pintu
masuk utama ke kawasan ini serta memberi kesan alu-aluan kepada
pengunjung yang datang, papan iklan yang direka bentuk khusus ataupun
pintu gerbang serta pengindahan melalui penanaman landskap boleh
dibina di sempadan masuk utama tersebut.
Pengindahan laluan masuk juga dicadangkan di jalan masuk (Jalan Kuala
Selangor) ke Pusat Bandar Sungai Buloh dari arah selatan melalui
penyediaan landskap jalan utama. Pembaikan persekitaran pusat
perkhidmatan Bandar Baru Sg. Buloh juga akan dicadangkan kerana ia
merupakan salah satu kawasan perniagaan utama yang akan dilalui oleh
pengguna Jalan Kuala Selangor. Pembaikan ini boleh melibatkan menaik
taraf sistem perparitan, laluan pejalan kaki, penanaman landskap dan
pengurusan lalu lintas.
Penataan imej bandar sepanjang koridor pengalaman visual bersiri perlu
diintegrasikan dengan koridor alam semula jadi sebagai sebahagian aset
reka bentuk bandar. Untuk itu, aspek pengawalan reka bentuk terlibat
ialah :
Memastikan pengekalan latar belakang bandar (town backdrop) di
Rizab RRIM.
Memastikan semua kawasan yang membentuk koridor visual utama
terutama di sepanjang Lebuh Raya Koridor Guthrie dirancang dengan
kawalan imej visual yang sepadan dan usaha penampanan visual
seperti ke kawasan-kawasan perkampungan. Pembukaan vista juga
boleh dibuat ke kawasan berkualiti visual tinggi seperti ke kawasan
perumahan baru di sepanjang koridor ini dan ke kawasan rekreasi untuk
pengguna lebuh raya.
Memastikan kawasan ciri semula jadi iaitu Sungai Buloh dikekalkan dan
diadun di dalam perancangan visual semua pembangunan baru di
sepanjang koridor semula jadi ini. Selain dari pembentukan kawasan
rekreasi awam di kawasan-kawasan bersesuaian, semua pembangunan
baru perlu menyediakan rizab sungai yang mencukupi dan memastikan
pembangunan menghadap sungai serta mengintegrasikannya sebagai
sebahagian kawasan ruang awam. Program pengindahan rizab Sungai
Buloh perlu diadakan selaras dengan strategi pembersihan sungai.
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 1) 2020
7-6-13
BPK 3 ( Seksyen U1, U2, U3 ,U6 – U9) 1-13
Penataan imej bandar oleh pengalaman visual bersiri yang dibentuk
dari perjalanan di sepanjang laluan jalan kereta api di bahagian utara
akan melibatkan program pengindahan dan penyelenggaraan tanah
rizab KTM, meningkatkan penyediaan landskap pengindahan dan
landskap penampan.
Pihak pemilik tanah bersempadan hendaklah memastikan
pembangunan mereka tidak membelakangkan laluan kereta api dan
mendedahkan visual kualiti rendah kepada pengguna kereta api.
ii. Pembangunan Rekreasi
Pembangunan rekreasi ditumpukan kepada penyediaan sebuah kawasan
taman tempatan di Bukit Rahman Putra. Selain itu, kawasan lapang seluas
26.75 hektar juga boleh dijadikan sebagai kawasan untuk berekreasi yang
akan menjadi tarikan kepada penduduk di BPK 5.
Beberapa kawasan padang permainan dan rekreasi berpotensi untuk
dibaikpulih atau dinaikkan taraf kepada taman kejiranan ataupun taman
tempatan. Antara kawasan padang permainan tersebut yang dikenalpasti
ialah:-
- Cadangan menaik taraf padang permainan di Persiaran Hemisfera,
Bandar Pinggiran Subang, Seksyen U5. Padang permainan ini akan
dibangunkan dengan penyediaan kemudahan seperti gelanggang
permainan, kawasan rehat, lot permainan kanak- kanak dan
sebagainya.
- Cadangan untuk membangunkan sebuah taman rekreasi bertaraf
taman tempatan. Ianya melibatkan penggabungan kemudahan
kawasan rekreasi yang terdapat di Jalan BRP 4/3 Bukit Rahman Putra
(Seksyen U20) dengan Taman Rekreasi Sungai Buloh di Jalan Besar.
Cadangan jangka masa panjang ini dilihat mampu menyediakan
keperluan kawasan rekreasi pada masa hadapan terutamanya
kemudahan berhirarki tinggi seperti taman tempatan.
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 1) 2020
7-6-14
BPK 3 ( Seksyen U1, U2, U3 ,U6 – U9) 1-14
Pembangunan Landskap
Pembangunan ruang-ruang berlandskap bagi BPK 1.5 meliputi cadangan-
cadangan berikut :
a. Integrasi antara pembangunan lanskap persisiran sungai dengan
kawasan lapang sedia ada bagi membangunkan kawasan rekreasi
yang berkesan dan berganding dengan penggunaan optimum elemen
semula jadi sedia ada yang menarik, kondusif serta mudah sampai.
Kawasan yang dicadangkan adalah kawasan lapang sedia ada yang
berdekatan dengan persisiran Sg. Buloh dan Sg. Kedondong di tiga
kawasan di Seksyen U 19, U16 dan U4.
b. Penggabungan dan penjalinan kawasan rekreasi berlandskap persisiran
sungai dengan pusat perniagaan dan perkhidmatan utama untuk
mengoptimumkan fungsi dan keberkesanan fasiliti yang disediakan
melalui perwujudan bersama ciri-ciri dan elemen-elemen sokongan
hidup (keselesaan, keselamatan, kawasan henti dan rehat, tempat
makan dan kiosk) di kawasan ini.
‘
Rajah 7.6.8 (a) : Pembangunan nodus rekreasi berlanskap di pinggiran sungai
Rajah 7.6.8 (b) : Pembangunan “riverfront development” berganding dengan pembangunan rekreasi berlanskap
LAPANGAN
INTERAKSI AIR
RIZAB SUNGAI MINIMA RUANG REKREASI BERLANDSKAP “SPLIT LEVELS”
15m 5m 30m 4.5m
LAPANGAN INTERAKSI
AIR
RUANG REKREASI BERLANSKAP “SPLIT
LEVEL”
10m 5m 15m 1.52m
LALUAN BASIKAL/ PELUNCUR RODA
RIZAB SUNGAI
MINIMA
10m
PEMBANGUNAN NODUS REKREASI BERLANDSKAP
PERSISIRAN SUNGAI 30M
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 1) 2020
7-6-15
BPK 3 ( Seksyen U1, U2, U3 ,U6 – U9) 1-15
c. Mengguna pakai tanah rizab Sg. Buloh, Sg. Kedondong dan Sg. Hampar
dengan perancangan pembangunan dan olahan landskap yang
berfungsi, berkesan, selamat, kondusif dan mudah sampai sebagai
sebahagian daripada rangkaian hijau.
d. Mengekal dan menyedia zon penampan di sekeliling kawasan industri.
e. Dicadangkan penyediaan kawasan hijau tumpuan berpusat yang
bergabung dalam bentuk “pocket park”. Rangkaian hijau juga
dicadangkan di kawasan yang bersesuaian untuk mewujudkan suasana
persekitaran luar yang kondusif di dalam kawasan pembangunan
industri di Seksyen U4, U5, U18 dan U19.
f. Pembangunan landskap menyeluruh, berjalin secara “linear” dan
bernodus “pocket park” / “urban plaza” di kawasan pejalan kaki di zon
perniagaan, zon perkhidmatan utama juga zon institusi, sedia ada dan
komited bagi mempertingkatkan keadaan dan kualiti visual persekitaran
luaran kawasan melalui penggunaan sepenuhnya ruang-ruang negatif
bagi kemudahan, keselesaan dan keselamatan pengunjung. Kawasan
yang dicadangkan adalah di:
- Seksyen U20 (Bukit Rahman Putra)
- Seksyen U5
- Seksyen U16
- kawasan perniagaan berhadapan dengan jalan utama Sg.
Buluh – Kuala Selangor di Kg. Merbau Sempak
g. Mewujudkan kawasan pejalan kaki menyeluruh (pedestrian oriented
facility) berciri “green” yang selamat dan selesa di keseluruhan koridor
pembangunan baru di utara MBSA.
h. Kawasan perumahan baru yang disediakan dengan pembangunan
landskap “linear” berjalin berserta mengguna pakai lorong belakang
(pembangunan “gated and guarded”) sebagai kawasan landskap
yang lebih selamat.
Foto 7.6.1 : Pembangunan “pocket park” berganding dengan keperluan pejalan kaki di pusat perniagaan dan perkhidmatan (Sumber Foto: Internet)
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 1) 2020
7-6-16
BPK 3 ( Seksyen U1, U2, U3 ,U6 – U9) 1-16
i. Pengindahan kawasan kampung tradisi iaitu Kg. Paya Jaras (urban
village) yang dibangunkan secara “infill” dengan penyediaan elemen-
elemen landskap yang mencerminkan nilai-nilai warisan dan tradisi yang
menghargai kawasan persekitaran luaran dan alam sekitar untuk
membentuk identiti yang kukuh.
j. Penyediaan mercu tanda utama dengan olahan pokok rasmi sama ada
dalam bentuk arca atau asal bersesuaian dengan tema pembangunan
kawasan. Kawasan yang dicadangkan adalah di:
- Sempadan antara kawasan MBSA dan MP Selayang di Seksyen U20
- Sempadan antara kawasan MBSA dan MBPJ di Seksyen U4
Penyediaan jalinan landskap lembut “linear” sepanjang laluan utama –
lebuh raya, jalan persekutuan dan jalan negeri yang bertindak sebagai
penampan, penunjuk arah dan memberi identiti kepada kawasan.
Keberkesanan penyediaan “roadside planting” dapat ditonjolkan
melalui penyelarasan penggunaan “roadside planting” sedia ada
dengan lebih sistematik, teratur dan berkesinambungan. Kawasan yang
dicadangkan adalah di sepanjang Cadangan Lebuh Raya Lembah
Klang Utara Baru, Jalan Sg. Buloh dan Lebuh Raya Koridor Guthrie.
k. Penyediaan jalinan pembangunan lanskap kepelbagaian tema
sepanjang rizab landasan kereta api/komuter yang bertindak sebagai
penampan dan memberi identiti dan tunjuk-arah.
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 1) 2020
7-6-17
BPK 3 ( Seksyen U1, U2, U3 ,U6 – U9) 1-17
7.6.5 CADANGAN MEMPERELOK DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR SERTA
TOPOGRAFI
i. Merancang kawasan industri supaya tidak mendatangkan konflik guna
tanah, mengawal pengeluaran bahan pencemar dari mencemarkan
persekitaran dan menguatkuasakan langkah-langkah penguatkuasaan
undang-undang yang berkaitan.
- Kawasan industri Kg. Baru Sg. Buloh berpotensi untuk di dinaiktarafkan
menjadi kawasan perindustrian terancang.
- Industri tidak terancang yang beroperasi di Seksyen U4 dan U19 di sekitar
Kg. Baru Sg. Buloh akan dinaik taraf melalui program pemutihan kilang.
- Kawasan industri baru di Seksyen U4 dan U19 iaitu di sekitar Kg. Baru Sg.
Buloh hendaklah mengikut Garis panduan Perletakan dan Penzonan
Industri oleh Jabatan Alam Sekitar dan Garis Panduan Kawasan
Perindustrian Negeri Selangor.
- Industri-industri ini perlu mematuhi Peraturan-peraturan Kualiti Alam
Sekeliling (Udara Bersih), 1978 dari segi had kebenaran asap hitam bagi
kemudahan baru dan standard pematuhan bagi kepadatan bendasing
udara. Ianya juga perlu mendapatkan kebenaran bertulis bagi
mendirikan tempat bakar sampah dan pembinaan cerobong. Industri
berat tidak dibenarkan.
ii. Pengumpulan Sisa Pepejal yang Efisien
- Pengurusan sisa pepejal yang lebih efisien agar sisa pepejal di kawasan
kediaman, perniagaan dan perindustrian dikumpul dan diangkut
mengikut kekerapan sekurang-kurangnya dua hari sekali serta
dilupuskan di tapak pelupusan yang dibenarkan.
- Merangka program Kitar Semula dan Guna Semula yang sesuai untuk
memberi kesedaran kepada orang ramai terhadap kepentingan
penjagaan kebersihan dan memelihara persekitaran.
- Menyediakan tempat pembuangan sampah dan tong-tong sampah
Kitar Semula di kawasan yang sesuai.
iii. Pengurusan Sisa Terjadual di kawasan Industri Kg. Baru Sg. Buloh, Kawasan
Perindustrian Ringan Subang dan Kawasan Perindustrian Mutiara Subang
- Pembuangan dan pelupusan sisa toksik dan terjadual dari kawasan
industri adalah tanggungjawab pengusaha dan ia perlu dikawal dan
diuruskan dengan teratur serta mematuhi Akta Kualiti Alam Sekitar.
- Pelupusan, pengolahan, penstoran, dan pengangkutan buangan
berjadual hendaklah mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam
Sekeliling (Buangan Terjadual), 1989 di mana ianya boleh dilupuskan di
premis yang ditetapkan sahaja iaitu di Bukit Nanas, Negeri Sembilan.
Perkara berikut perlu dipatuhi iaitu :-
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 1) 2020