Top Banner
KESAN TINGGAL DI ASRAMA SEKOLAH MENENGAH TEKNIK BATU PAHAT DALAM MEMPENGARUHI DISIPLIN PELAJAR: SATU TINJAUAN MOHD FAIRUL AZHAR BIN MOHD NOOR Laporan Projek Sarjana Muda ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional Fakulti Pendidikan Teknikal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia OKTOBER, 2008
95

7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

Oct 20, 2015

Download

Documents

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

KESAN TINGGAL DI ASRAMA SEKOLAH MENENGAH TEKNIK BATU

PAHAT DALAM MEMPENGARUHI DISIPLIN PELAJAR: SATU

TINJAUAN

MOHD FAIRUL AZHAR BIN MOHD NOOR

Laporan Projek Sarjana Muda ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

OKTOBER, 2008

Page 2: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri

kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama Penulis : MOHD FAIRUL AZHAR MOHD NOOR

Tarikh : 14 OKTOBER 2008

ii

Page 3: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

DEDIKASI

Teristimewa buat keluarga tersayang khasnya ayahanda dan bonda serta kakak dan

adik. Terima kasih di atas doa dan restu kalian yang mengiringi perjuangan dan

kejayaanku.

iii

Page 4: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T.di atas kehendak-Nya dapat

saya sempurnakan Projek Sarjana Muda ini dalam masa yang telah ditetapkan

dengan jayanya.

Penghargaan ikhlas dan jutaan terima kasih kepada penyelia, Puan Mimi

Mohaffyza Binti Mohamad di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, dorongan dan

nasihat yang tidak terhingga sepanjang proses pelaksanaan projek ini. Tidak lupa

juga kepada pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Fakulti

Pendidikan Teknikal (FPTek) dan guru-guru serta pelajar-pelajar Sekolah Menengah

Teknik Batu Pahat yang terlibat dalam penyelidikan yang dijalankan.

Salam sayang dan ucapan terima kasih ditujukan buat keluarga tersayang di

atas doa dan dorongan yang telah dicurahkan serta kepada rakan-rakan seperjuangan

di atas segala bantuan ikhlas sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam

penyempurnaan Projek Sarjana Muda ini.

Sekian, Terima Kasih

Mohd Fairul Azhar bin Mohd Noor

Oktober 2008

iv

Page 5: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti disiplin pelajar yang tinggal di

asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat. Objektif bagi kajian ini ialah

mengetahui sama ada tinggal di asrama membentuk disiplin pelajar atau

menyumbang kepada masalah disiplin serta mengenal pasti faktor-faktor yang

mempengaruhi disiplin dan masalah disiplin di kalangan pelajar. Sampel kajian

seramai 108 orang pelajar telah menjawab borang soal selidik yang diedarkan dalam

kalangan populasi kajian iaitu pelajar tingkatan empat yang tinggal di asrama

Sekolah Menengah Batu Pahat. Reka bentuk kajian ini ialah kaedah tinjauan

kuantitatif. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik dan hasil dapatan

kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistic Package for Social Science

(SPSS) versi 10 untuk mendapatkan statistik deskriptif seperti kekerapan dalam

peratusan dan skor min. Keputusan yang diperolehi mendapati bahawa disiplin

pelajar yang tinggal di asrama adalah sederhana walaupun masalah disiplin di

kalangan pelajar rendah. Faktor yang paling kuat mempengaruhi disiplin pelajar

yang tinggal di asrama ialah rakan sebaya dan paling kurang mempengaruhi ialah ibu

bapa. Dapatlah disimpulkan daripada kajian ini bahawa tinggal di asrama berjaya

membentuk displin di kalangan pelajar dan mengelakkan pelajar daripada terlibat

dengan masalah disiplin.

v

Page 6: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

ABSTRACT

The purpose of this research is to recognize the discipline among the students

that stayed at hostel in Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat. The objectives of this

research are to know whether staying at hostel contribute to discipline formation or

delinquent among the students and identifying the factors that influenced discipline

and delinquent among them. The samples of this research are involving 108 of form

4 students that stays at hostel in Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat to answer the

constructed questionnaire. The design of this research is survey case study. Hence,

questionnaire was used as the instrument of this research. The collected data was

analyzed using Statistic Package for Social Science (SPSS) version 10 in order to get

descriptive statistic such as percentage frequency and mean score. The outcomes

show that the discipline of the students that stayed at hostel was at moderate level

although the delinquencies among the students were low. The most significant factor

that influenced the discipline of students that stayed at hostel is peer and the least

factor is parents. In conclusion, staying at hostel contribute to discipline formation

among the students which avoiding them to involve into delinquency.

vi

Page 7: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

vii

KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

HALAMAN ABSTRAK v

HALAMAN ABSTRACT vi

HALAMAN SENARAI KANDUNGAN vii

HALAMAN SENARAI JADUAL xi

HALAMAN SENARAI RAJAH xiv

HALAMAN SENARAI LAMPIRAN xv

BAB I PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

Page 8: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

viii

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop Kajian 9

1.8 Batasan Kajian 9

1.9 Definisi Istilah 9

1.9.1 Kesan 10

1.9.2 Asrama 10

1.9.3 Disiplin 11

1.9.4 Pelajar 11

1.10 Kerangka Konsep 12

BAB II KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 13

2.2 Jenis-jenis Disiplin 15

2.2.1 Tingkah Laku 16

2.2.2 Pengurusan Masa 18

2.2.3 Kepimpinan 18

2.2.4 Pemakaian 20

2.3 Disiplin di Asrama 22

2.4 Faktor-faktor Mempengaruhi Disiplin Pelajar 23

2.4.1 Kemudahan Sekolah 23

2.4.2 Guru 24

2.4.3 Pelaksanaan Peraturan 25

2.4.4 Rakan Sebaya 26

2.4.5 Ibu Bapa 28

2.5 Kajian Lepas 29

Page 9: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

ix

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 31

3.2 Prosedur Kajian 32

3.3 Reka Bentuk Kajian 33

3.4 Tempat Kajian 33

3.5 Populasi dan Sampel Kajian 34

3.6 Instrumen Kajian 34

3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan 37

3.8 Kaedah Pengumpulan Data 38

3.9 Kaedah Analisis Data 39

3.10 Andaian Kajian 41

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 42

4.2 Dapatan Kajian 43

4.3 Analisis Latar Belakang Responden 43

4.4 Keputusan dan Analisis Data Bahagian B 44

4.4.1 Disiplin Pelajar di Asrama 44

4.4.2 Masalah Disiplin Pelajar di Asrama 49

4.5 Keputusan dan Analisis Data Bahagian C 51

4.5.1 Faktor-faktor Pelajar Asrama Berdisiplin 51

4.5.2 Faktor-faktor Masalah Disiplin Pelajar

di Asrama 54

4.6 Kesimpulan 58

Page 10: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

x

BAB V KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 59

5.2 Perbincangan 60

5.2.1 Disiplin Pelajar di Asrama 60

5.2.2 Masalah Disiplin Pelajar di Asrama 64

5.2.3 Faktor-faktor Pelajar Asrama Berdisiplin 66

5.2.4 Faktor-faktor Masalah Disiplin Pelajar

di Asrama 69

5.3 Kesimpulan 72

5.4 Cadangan 72

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 74

5.6 Penutup 75

BIBLIOGRAFI 76

LAMPIRAN

Page 11: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

xi

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Tingkah Laku Bermasalah 17

3.1 Set Skala Likert bagi Bahagian B 36

3.2 Set Skala Likert bagi Bahagian C 36

3.3 Jadual Interpretasi Skor Alpha Cronbach 38

3.4 Kaedah Analisis Data 40

4.1 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan

Jantina dan Jawatan di Asrama 43

4.2 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min

Bagi Disiplin Pelajar dalam Item Tingkah laku 45

4.3 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min

Bagi Disiplin Pelajar dalam Item Pengurusan Masa 46

4.4 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min

Bagi Disiplin Pelajar dalam Item Kepimpinan 47

4.5 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min

Bagi Disiplin Pelajar dalam Item Pemakaian 48

4.6 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min

Bagi Masalah Disiplin Pelajar 49

4.7 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min

Bagi Faktor-faktor Pelajar Berdisiplin dalam Item

Kemudahan Sekolah 51

Page 12: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

xii

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.8 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min

Bagi Faktor-faktor Pelajar Berdisiplin dalam Item

Guru 52

4.9 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min

Bagi Faktor-faktor Pelajar Berdisiplin dalam Item

Pelaksanaan Peraturan 52

4.10 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min

Bagi Faktor-faktor Pelajar Berdisiplin dalam Item

Rakan Sebaya 53

4.11 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min

Bagi Faktor-faktor Pelajar Berdisiplin dalam Item

Ibu Bapa 53

4.12 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min

Bagi Faktor-faktor Masalah Disiplin Pelajar dalam

Item Kemudahan Sekolah 55

4.13 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min

Bagi Faktor-faktor Masalah Disiplin Pelajar dalam

Item Guru 55

4.14 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min

Bagi Faktor-faktor Masalah Disiplin Pelajar dalam

Item Pelaksanaan Peraturan 56

4.15 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min

Bagi Faktor-faktor Masalah Disiplin Pelajar dalam

Item Rakan Sebaya 56

4.16 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min

Bagi Faktor-faktor Masalah Disiplin Pelajar dalam

Item Ibu Bapa 57

Page 13: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

xiii

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

5.1 Skor Min Bagi Disiplin Pelajar di Asrama 63

5.2 Skor Min Faktor-faktor yang Mempengaruhi

Disiplin Pelajar 66

5.3 Skor Min Faktor-faktor yang Mempengaruhi

Pelajar Melakukan Masalah Disiplin 69

Page 14: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

xiv

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka Konsep Kajian 12

3.1 Kerangka Operasi Kajian 32

Page 15: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Carta Gun bagi PSM

B Borang Soal Selidik

C Pengesahan Borang Soal Selidik

D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian

E Analisis Kajian Rintis

F Analisis Statistik Deskriptif Skor Min Bagi Persoalan Pertama

G Analisis Statistik Deskriptif Skor MinBagi Persoalan Kedua

H Analisis Statistik Deskriptif Skor Min Bagi Persoalan Ketiga

I Analisis Statistik Deskriptif Skor Min Bagi Persoalan Keempat

Page 16: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan.

Pendidikan merupakan suatu keperluan yang tidak boleh diabaikan. Jika dilihat

pada zaman dahulu, tidak ramai yang berpendidikan tinggi malah ramai yang langsung

tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah. Ini disebabkan pelbagai faktor seperti dari

segi ekonomi, sosial dan juga budaya (Tajul Ariffin Nordin et. al, 2007). Wawasan ibu

bapa pada zaman itu tidaklah seperti wawasan ibu bapa yang ada pada zaman sekarang

kerana pada masa itu ibu bapa tidaklah begitu mengambil berat dengan cita-cita anak

mereka dan hanya berharap mereka dapat mengisi jawatan budak pejabat atau kerani

sahaja.

Sebagai langkah untuk memastikan pembangunan negara berlaku dengan

seimbang, Rancangan Malaysia Kesembilan telah dilancarkan pada 31 Mac 2006.

Rancangan ini merupakan kesinambungan perancangan kerajaan membentuk sebuah

negara yang maju ekonominya, seimbang pembangunan sosialnya, memiliki warga yang

Page 17: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

2

bersatu padu, berbudaya, berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran maju dan

berpandangan jauh. Peranan pendidikan amat penting dalam menjayakan Misi Nasional

dan dua daripada lima teras tersebut iaitu teras kedua dan teras ketiga yang menyatakan

peranan pendidikan secara langsung (Kad Laporan Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan 2006-2010).

Pendidikan amat penting dalam menerapkan ilmu pengetahuan dan sahsiah yang

terpuji sebagai kekuatan dalam menghadapi alaf baru yang serba mencabar ini. Ini

bertepatan dengan seruan bekas perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad

(2003) supaya rakyat melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan

termasuk yang berasaskan teknologi tinggi agar dapat memupuk semangat kebangsaan

yang unggul dalam jiwa rakyat Malaysia. Jika rakyat tidak bersedia menghadapi

perubahan dunia, negara pasti tidak mampu bersaing dengan negara-negara maju.

Pembangunan pendidikan di Malaysia bukan sahaja tertumpu kepada

pencapaian akademik semata-mata tetapi juga pembangunan akhlak dan nilai yang

sesuai dengan masyarakat serta golongan pelajar yang bermaruah tinggi dan berdisiplin.

Melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 April 2006, kerajaan telah bersetuju supaya

program dan aktiviti menangani gejala disiplin murid di sekolah dilaksanakan dengan

peruntukan sebanyak RM6,114,000 dan usaha menangani gejala disiplin murid di

sekolah bekerjasama dan mendapat bantuan daripada semua kementerian dan agensi

kerajaan bagi mewujudkan suasana kehidupan berdisiplin di kalangan murid sekolah

(Kad Laporan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010).

Bagi memastikan pendidikan yang diterima oleh masyarakat Malaysia adalah

menyeluruh dan tidak terdapat jurang pendidikan di antara rakyat terutamanya risiko

keciciran dalam kalangan pelajar luar bandar dan pedalaman, asrama harian disediakan

untuk menempatkan para pelajar. Sehingga kini, terdapat 1,397 buah asrama harian

Page 18: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

3

yang menempatkan lebih 250,000 pelajar (Teks Perutusan Tahun Baru Y.B. Dato’

Hishamuddin Tun Hussein, 2008).

1.2 Latar Belakang Masalah.

Sesungguhnya pewujudan sekolah-sekolah berasrama mempunyai rasionalnya

tersendiri. Ia adalah selaras dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru untuk membasmi

kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Dengan itu pihak yang ketinggalan dari

segi ekonomi dan sosial, khususnya orang-orang Melayu diberikan bantuan melalui

pendidikan (Amir Hasan Dawi, 2002). Mereka inilah yang diharapkan untuk menjadi

guna tenaga penting dalam negara Malaysia moden.

Kebaikan tinggal di asrama ialah mendorong pelajar untuk mematuhi masa.

Kebanyakan pengurusan asrama telah menetapkan aktiviti seharian pelajar. Ia meliputi

waktu pelajar makan, bermain, belajar, berehat dan mengulang kaji pelajaran. Menurut

Abdullah Sani Yahaya (2005), pihak sekolah dapat mengawal masalah disiplin pelajar

dengan menentukan semua pelajar sentiasa menggunakan masa mereka dengan kerja-

kerja berfaedah. Oleh itu, pelajar terpaksa melakukan kesemua aktiviti ini dalam masa

yang ditetapkan kerana bimbang didenda atau dikenakan hukuman.

Pelajar juga harus menguruskan keperluan mereka sendiri tanpa bantuan ibu-

bapa ataupun pembantu rumah semasa tinggal di asrama. Mereka bebas menentukan

kehendak dan pilihan mereka berlandaskan peraturan yang telah ditetapkan. Kebebasan

yang sepatutnya diberikan kepada pelajar ialah kebebasan menyoal, menyatakan

pendapat dan kritikan membina, memilih sendiri daripada beberapa pilihan yang boleh

Page 19: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

4

diterima dan sesuai dengan kepentingan serta keupayaan mereka (Mizan Adiliah Ahmad

Ibrahim, 2001). Ini secara tidak langsung membentuk sifat berdikari di dalam diri

pelajar.

Pelajar yang tinggal di asrama akan menghabiskan banyak masa dengan pelajar

lain yang juga tinggal di asrama tersebut. Mereka berpeluang melihat atau berkongsi

masalah dengan rakan sebaya yang sudah semestinya berbeza tingkah laku dan

pendapat. Menurut Jas Laile Suzana Jaafar (2002), pencapaian dan kemajuan

(improvement) dalam kemahiran adalah penting untuk perubahan tingkah laku apabila

remaja didedahkan kepada peluang-peluang untuk tunjuk prestasi, melihat bagaimana

orang lain berjaya menunjukkan prestasi yang baik atau diberi pengalaman-pengalaman

arahan kendiri. Ini disokong lagi dengan kenyataan Dr. Mohamad Ismail Ali, pakar usus

dan pembedahan di Hospital Pakar Johor bahawa pengalamannya bercampur dengan

murid-murid pandai ketika di Asrama Semai Bakti membawa kepada kejayaannya

sekarang (Berita Harian, 26 Februari 2008).

Asrama sekolah juga menyediakan kemudahan asas seperti tempat beribadat atau

lebih tepat lagi masjid atau surau. Institusi ini berperanan mendidik pelajar melalui

pelbagai aktiviti keagamaan seperti tazkirah, usrah, kiamulail dan sebagainya. Menurut

petikan akhbar Utusan Malaysia (2000) dalam Abdullah Sani Yahaya (2005), Persatuan

Mahasiswa Akademik Pengajian Agama Islam Universiti Malaya (PMAPIUM)

beranggapan punca sebenar berlakunya gejala sosial di kalangan remaja hari ini

terutamanya remaja Muslim adalah kerana kurangnya didikan agama yang diberikan

kepada mereka. Walau bagaimanapun dalam keghairahan ibu-bapa menghantar anak

mereka ke sekolah berasrama, mereka tidak menyedari bahawa tinggal di asrama juga

boleh menyumbang kepada disiplin yang negatif.

Page 20: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

5

Masalah yang paling ketara ialah kes buli ataupun bergaduh. Ini adalah

disebabkan percampuran pelajar yang berbeza dari segi personaliti, pencapaian

akademik dan sosioekonomi di dalam satu asrama. Mereka tidak dapat menyesuaikan

diri dan berkomunikasi dengan sempurna kerana perbezaan latar belakang. Abdul

Rahman Abdul Aziz (2000) menyatakan komunikasi yang tidak berkesan boleh

menimbulkan jurang antara manusia. Jurang ini telah menyebabkan timbulnya kesepian,

masalah keluarga, kerja yang tidak memuaskan dan rasa tidak puas hati, tekanan

psikologi, kesihatan fizikal, malah kematian jika kita tidak dapat berkomunikasi dengan

baik. Ini menyebabkan timbulnya perasaan tidak puas hati dan perasaan dendam

terhadap pelajar lain.

Kegiatan merokok adalah merupakan salah satu aktiviti yang tidak sihat yang

sering dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah pada hari ini. Walaupun masalah ini juga

berlaku kepada pelajar yang tinggal bersama dengan ibu-bapa, tinggal di asrama juga

memungkinkan pelajar menghisap rokok atas alasan jauh dari pengawasan ibu-bapa dan

pengaruh rakan sebaya. Hairunnaja Najmuddin (2003) menyatakan tiada kawalan ibu

bapa membuatkan remaja merasa bebas dan merasa mereka yang mengendalikan diri

mereka sendiri. Remaja suka mencuba yang baru dan adventurous tanpa

mempertimbangkan dengan sewajarnya baik buruknya aktiviti itu.

Pelaksanaan disiplin yang terlalu ketat membawa kesan buruk kepada pelajar

dari segi pembelajarannya. Ini disokong oleh Amir Hasan Dawi (2002) yang

menyatakan peraturan sekolah mestilah tidak terlalu ketat atau yang boleh menyebabkan

individu memberontak. Peraturan-peraturan sekolah yang dibenci mungkin

menyebabkan murid-murid tidak dapat membentuk disiplin diri sebagaimana yang

dikehendaki oleh masyarakat moden. Ini mengakibatkan mereka menjadi malas untuk

belajar dan menimbulkan masalah disiplin untuk menunjukkan sikap penentangan

mereka. Pelajar terbabit biasanya akan curi-curi keluar daripada asrama untuk keluar

berhibur seperti ke kelab malam ataupun pusat snuker.

Page 21: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

6

1.3 Penyataan Masalah.

Tinggal di asrama mendidik pelajar menguruskan masa mereka dengan betul dan

menanamkan sikap berdikari dalam diri mereka. Kemudahan yang disediakan di asrama

seperti surau membantu mereka mendalami ilmu agama dan menghindarkan daripada

sifat-sifat yang tidak elok. Mereka juga bergaul dengan pelajar-pelajar yang terpilih dari

segi akademik dan secara tidak langsung mendorong mereka untuk berusaha mencapai

keputusan yang cemerlang. Namun begitu tinggal di asrama menyebabkan pengawasan

ibu bapa terbatas dan pelajar lebih senang dipengaruhi oleh persekitaran di asrama.

Pelajar yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan pelajar lain akan mencetuskan

pergaduhan akibat perasaan tidak puas hati. Mereka juga terdedah dengan masalah

merokok sekiranya bergaul dengan rakan yang merokok. Pelaksanaan peraturan yang

terlalu ketat menyebabkan pelajar tertekan dan memberontak.

Sehubungan dengan itu, satu kajian perlu dijalankan untuk meninjau kesan

tinggal di asrama dalam mempengaruhi disiplin pelajar sama ada lebih berdisiplin

ataupun tidak. Disiplin pelajar akan dilihat dari segi tingkah laku, pengurusan masa,

kepimpinan, dan pemakaian.

1.4 Objektif Kajian.

Secara umum, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan tinggal di asrama

Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat dalam mempengaruhi disiplin pelajar. Secara

khususnya kajian ini bertujuan:

Page 22: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

7

(i) Mengkaji sama ada tinggal di asrama membentuk pelajar menjadi lebih

berdisiplin.

(ii) Mengkaji sama ada tinggal di asrama menyumbang kepada masalah

disiplin.

(iii) Mengkaji faktor-faktor yang membentuk pelajar menjadi lebih

berdisiplin.

(iv) Mengkaji faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah disiplin.

1.5 Persoalan Kajian.

Berdasarkan dari objektif kajian di atas, beberapa persoalan dapat ditentukan

seperti:

(i) Adakah tinggal di asrama membentuk pelajar menjadi lebih berdisiplin?

(ii) Adakah tinggal di asrama menyumbang kepada masalah disiplin?

(iii) Apakah faktor-faktor tinggal di asrama membentuk pelajar menjadi lebih

berdisiplin?

(iv) Apakah faktor-faktor tinggal di asrama menyumbang kepada masalah

disiplin?

Page 23: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

8

1.6 Kepentingan Kajian.

Memandangkan disiplin di sekolah adalah suatu peraturan yang telah ditetapkan

bagi mewujudkan suasana yang teratur dan tenteram dan untuk mewujudkan suasana

pembelajaran selesa di sekolah, hasil kajian ini diharapkan akan dapat :

(i) Memberikan maklumat kepada pengetua, penolong kanan hem, guru

disiplin dan para guru akan punca-punca berlakunya masalah disiplin di

asrama dan seterusnya merangka, merancang dan melaksanakan tindakan

untuk memperbaiki dan membentuk disiplin pelajar.

(ii) Membantu pelajar menyesuaikan diri dengan peraturan asrama dan

mematuhinya sebagai salah satu cara untuk membina sahsiah diri.

Memberi kesedaran kepada pelajar bahawa peraturan yang ditetapkan

bukanlah bertujuan mengongkong sebaliknya mendidik pelajar itu

sendiri.

(iii) Memberi pengetahuan kepada ibu-bapa tentang kesan-kesan yang

mungkin berlaku sekiranya pelajar tinggal di asrama agar mereka

membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam memilih sekolah

berasrama. Tidak semua sekolah berasrama mampu membentuk pelajar

yang mempunyai disiplin cemerlang.

(iv) Menyediakan sumber rujukan dan maklumat kepada pengkaji lain yang

berminat untuk mengkaji secara lebih terperinci dan mendalam berkaitan

dengan kesan tinggal di asrama dalam mempengaruhi disiplin pelajar di

sekolah teknik dan membuat perbandingan dengan sekolah-sekolah lain

di negara ini.

Page 24: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

9

1.7 Skop Kajian.

Kajian ini melibatkan pelajar yang menghuni asrama Sekolah Menengah Teknik

Batu Pahat. Aspek yang dikaji hanyalah ditumpukan kepada disiplin pelajar asrama dan

faktor yang mempengaruhinya.

1.8 Batasan Kajian.

Kajian ini hanya melibatkan pelajar tingkatan empat yang tinggal di asrama.

Kajian yang dijalankan juga tidak menunjukkan tahap disiplin sebenar pelajar yang

tinggal di asrama kerana hanya dijalankan di sebuah sekolah sahaja. Oleh itu ianya tidak

boleh digunakan untuk menerangkan bahawa keadaan yang sama di sekolah berasrama

lain di Malaysia.

1.9 Definisi Istilah.

Terdapat beberapa istilah yang boleh diperjelaskan bagi menerangkan dengan

tepat akan kehendak dan keperluan tentang perkara-perkara yang dibincangkan oleh

penyelidik di dalam kajian ini. Berikut adalah beberapa istilah yang digunakan dalam

kajian ini:

Page 25: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

10

1.9.1 Kesan.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2005), kesan adalah sesuatu sama ada

kebaikan atau keburukan yang timbul daripada sesuatu kejadian. Dalam konteks kajian

ini kesan merujuk kepada disiplin pelajar yang tinggal di asrama Sekolah Menengah

Teknik Batu Pahat.

1.9.2 Asrama.

Kamus Dewan (2005), asrama didefinisikan sebagai bangunan tempat tinggal

kumpulan tertentu seperti murid sekolah, mahasiswa, jururawat dan lain-lain.

Asrama adalah suatu tempat penginapan yang ditujukan untuk anggota suatu

kelompok, umumnya murid-murid sekolah. Asrama biasanya merupakan sebuah

bangunan dengan bilik-bilik yang dapat ditempati oleh beberapa penghuni di setiap

biliknya. Para penghuninya menginap di asrama untuk jangka waktu yang lebih lama

daripada di hotel atau rumah tumpangan. Alasan untuk memilih menghuni sebuah

asrama biasanya adalah tempat tinggal asal penghuni yang terlalu jauh, ataupun biaya

yang jauh lebih murah jika dibandingkan dengan penginapan yang lain, misalnya rumah

sewa (Wikipedia, Indonesia).

Page 26: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

11

1.9.3 Disiplin.

Abdullah Sani Yahaya (2005) menyatakan disiplin dapat didefinisikan sebagai

suatu latihan pemikiran dan kelakuan yang patut ada pada setiap individu. Disiplin

adalah peraturan-peraturan yang ditetapkan bagi mewujudkan insan mulia. Disiplin juga

adalah salah satu aspek kehidupan yang mesti wujud dalam masyarakat.

Dalam kajian ini, disiplin merujuk kepada tingkah laku, pengurusan masa,

kepimpinan, dan pemakaian pelajar yang tinggal di asrama Sekolah Menengah Teknik

Batu Pahat.

1.9.4 Pelajar.

Pelajar ialah mereka yang sedang menuntut ilmu di institusi, sekolah atau pusat

pengajian tinggi (Kamus Dewan, 2005). Dalam kajian ini pelajar yang dimaksudkan

ialah pelajar tingkatan 4 yang tinggal di asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat.

Page 27: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

12

1.10 Kerangka Konsep.

Rajah 1.1: Kerangka Konsep Kajian.

Page 28: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan.

Disiplin menurut Kamus Dewan (2005) ialah latihan pemikiran dan kelakuan

supaya dapat mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib, peraturan yang ditetapkan

untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik, kepatuhan kepada peraturan yang

ditetapkan dan hukuman atau denda kerana melanggar sesuatu peraturan yang

ditetapkan.

Selain itu, terdapat juga hujah ilmiah tentang definasi disiplin. Omardin Ashaari

(1999) mendefinasikan disiplin sebagai kesanggupan seseorang individu menghormati

dan mematuhi undang-undang samada disiplin itu dikenakan di luar atau dengan

kerelaan diri sendiri. Syarifah Md. Nor (2000) menjelaskan bahawa disiplin bukan

sahaja membawa erti mempunyai, menghargai dan menghayati perlakuan yang

diharapkan oleh masyarakat tetapi juga sanggup menempatkan perlakuan-perlakuan

Page 29: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

14

dalam konteks yang lebih luas iaitu ketaatan dan kesetiaan kepada sekolah, daerah,

negeri dan negara.

Disiplin juga diperihalkan sebagai satu pengkodan yang tersurat dan tersirat yang

difahami serta diterima pakai oleh sesuatu masyarakat untuk tujuan saling memahami

secara konsisten tingkah laku yang dikatakan akan mensejahterakan keadaan ahli-ahli

masyarakat tersebut atau sebaliknya, mengancam dan merosakkan kesejahteraan

(Jamaliah Abdul Hamid dan Norashimah Ismail, 2005).

Dari segi operasi pula, disiplin atau tatatertib seperti yang ditakrifkan di dalam

Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Bil. 8/1968, bertajuk Tatatertib di Sekolah-

Sekolah di dalam Jamaliah Abdul Hamid dan Norashimah Ismail (2005) merujuk kepada

tindakan atau peraturan yang diambil untuk menentukan supaya peraturan-peraturan dan

undang-undang sekolah dipatuhi. Dengan demikian, skop disiplin yang luas

merangkumi konsep kepatuhan kepada peraturan, latihan minda dan perlakuan yang

dengan kerelaan, kawalan dalaman untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan

serta suatu pengkodan yang bertujuan melahirkan konsistensi kefahaman terhadap

tingkah laku.

Page 30: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

15

2.2 Jenis-jenis Disiplin.

Definasi dan pengertian disiplin sahaja tidak bermakna apabila tidak dapat

diaplikasikan di sekolah. Buku Panduan Bagi Ibu Bapa Mengenai Disiplin Murid-Murid

Sekolah (1982:7) di dalam buku Pengurusan Disiplin Murid (Ang Jit Eng, 2007)

menyenaraikan aspek-aspek berikut untuk dipertimbangkan dalam senarai peraturan

sekolah:

(i) Menepati masa.

(ii) Majalah sekolah.

(iii) Pakaian seragam.

(iv) Potongan rambut.

(v) Rombongan lawatan.

(vi) Kehadiran ke sekolah ataupun kelas.

(vii) Kebersihan (diri dan persekitaran).

(viii) Budi pekerti, tingkah laku atau kelakuan.

(ix) Kegiatan-kegiatan di luar bilik darjah.

(x) Menjaga harta benda sekolah ataupun orang lain.

(xi) Keselamatan melintas jalan, makmal, kebakaran dan kecemasan.

Untuk memudahkan kajian, pengkaji telah mengklasifikasikan disiplin kepada

beberapa pecahan. Kajian ini akan meninjau disiplin pelajar sekolah berasrama dari segi

tingkah laku, pengurusan masa, kepimpinan dan pemakaian

Page 31: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

16

2.2.1 Tingkah Laku.

Tingkah laku adalah sebahagian daripada elemen sikap bagi seseorang

individu. Menurut Azizi Yahaya (2005), tingkah laku merupakan penampilan dan hasil

terjemahan atau ekspresi terhadap perubahan emosi, perasaan dan pemikiran. Tingkah

laku mempunyai unsur-unsur fizikal yang boleh dilihat dengan mata kasar.

Tingkah laku positif adalah berlawanan dengan tingkah laku devian dan

delinkuen. Delinkuen didefinisikan sebagai tingkah laku yang ganjil dan tidak

bermoral serta tidak dapat diterima. Devian pula adalah kelakuan yang melanggar

jangkaan yang diinstitusikan, iaitu jangkaan yang dikongsi dan diiktiraf sebagai sah

dalam sesuatu sistem sosial (Azizi Yahaya, 2005).

Menurut Mok Soon Sang (2003) pula tingkah laku bermasalah merupakan

tingkah laku yang tidak normal, iaitu abnormal behaviour dalam bahasa inggeris, dan

terkeluar dari nilai dan norma masyarakat, termasuk sekolah. Konsepnya bertentangan

dengan tingkah laku normal yang lazimnya dipersepi, dirasai, dilakukan dan dialami

oleh kebanyakan orang dalam masyarakat.

Page 32: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

17

Jadual 2.1: Tingkah Laku Bermasalah (Mok Soon Sang, 2003).

Tingkah laku bermasalah Tingkah laku Ciri-ciri

Bergantung Kebimbangan, pergantungan

berlebihan, pengunduran diri dan

pengasingan diri.

Disruptif Hiperaktif, kelakuan nakal, bising,

bergerak sesuka hati, ketawa kuat

dan agresif secara lisan/fizikal.

Negatif

Distruktif Permusuhan nyata, vandalisme,

kumpulan liar, klik dan geng.

Ingin tahu Sentiasa mengemukakan soalan,

mencuba sesuatu yang membawa

kerosakan dan membahayakan diri

dan orang lain.

Cepat belajar Cepat menguasai maklumat,

kemahiran dan ilmu pengetahuan

serta ganggu murid lain semasa

belajar.

Pintar cerdas Mencuba sesuatu yang merbahaya,

ganggu pelajaran dalam bilik darjah,

sombong serta pandang rendah pada

murid lain, cabar kewibawaan guru

dan lakukan sesuatu diluar jangkaan.

Positif

Proaktif Terlalu yakin dengan diri, tidak

mendengar nasihat guru, bertindak

tanpa arahan guru, melanggar adat,

moral dan nilai serta menghina dan

merendahkan orang lain.

Page 33: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

18

2.2.2 Pengurusan Masa.

Pengertian masa dari segi bahasa ialah waktu, zaman, saat dan detik. Dari segi

istilah masa bermakna tika-tika waktu atau zaman yang dilalui oleh individu yang

menjalankan kehidupan. Dikaitkan dengan pengurusan masa, ia memberi makna suatu

ilmu yang berkaitan dengan teknik dan cara seseorang itu mengurus, membahagi dan

mengatur masa sehariannya supaya dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Aktiviti dan cara hidup banyak mempengaruhi pencapaian semasa, tidak

terkecuali pengaruh pencapaian pelajar dalam bidang akademik. Sikap dan disiplin

pelajar itu sendiri dalam pengurusan masa adalah penting dalam mengatur perjalanan

aktiviti harian agar tidak mengenepikan perkara penting tanpa disedari (A. Ahmad et. al,

2006).

2.2.3 Kepimpinan.

Kepimpinan adalah daya mempengaruhi tingkah laku seseorang itu hingga

menyebabkan ia sanggup memberi kerjasama untuk mencapai sesuatu matlamat yang

dipersetujui (Jamaliah Abdul Hamid dan Norashimah Ismail, 2005).

Menurut Jamaliah Abdul Hamid dan Norashimah Ismail (2005) lagi, sifat

kepimpinan boleh timbul dalam situasi di mana seseorang yang mempunyai sesuatu

kepakaran, pengetahuan, kemahiran atau pengalaman diterkehadapan untuk memberi

panduan kepada ahli-ahli lain yang kurang arif sehinggalah kumpulan tersebut kembali

ke tahap keyakinan dan stabiliti.

Page 34: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

19

Berdasarkan rencana Pemimpin Kecil di Portal MySchoolNet (2008), asas-asas

kepimpinan di sekolah ialah:

(i) Mempunyai bakat semula jadi kemudian dikembangkan.

(ii) Keikhlasan dan kejujuran berkhidmat.

(iii) Bijaksana dan panjang akal.

(iv) Berkeyakinan diri.

(v) Berdisiplin, boleh diteladani dan menjadi “role model”.

(vi) Aktif dalam gerak kerja sekolah.

(vii) Kemas, menepati masa, pandai bergaul, tidak berlagak, tidak sombong

dan disegani.

(viii) Kesetiaan terhadap organisasi yang dipegang.

(ix) Pencapaian akademik yang baik.

(x) Ketrampilan dan penglibatan aktif dalam kurikulum dan kokurikulum.

(xi) Mempunyai minat yang mendalam menjalankan tugas yang

diamanahkan.

(xii) Sentiasa bermotivasi untuk mencapai kecemerlangan.

(xiii) Bijak membuat keputusan dan mampu menangani masalah.

Kepimpinan di sekolah biasanya diterapkan melalui kewujudan lembaga disiplin

dengan melantik pelajar menjadi pengawas, ketua kelas dan pemimpin dalam persatuan

atau kelab kokurikulum. Rohanida Ab. Manaf dan Mohd. Sofian Omar Fauzee (2002)

dalam kajian Ahmad bin Esa et. al (2004) menyatakan bahawa aktiviti kokurikulum

dapat memberikan latihan awal dari segi kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan di

kalangan pelajar.

Page 35: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

20

2.2.4 Pemakaian.

Pemakaian merujuk kepada cara seseorang mengenakan pakaian mengikut

citarasanya atau berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh satu organisasi. Menurut

Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad (2008), sikap positif terserlah melalui

penampilan diri yang positif. Kita mudah mengenali mereka yang bersikap positif

melalui percakapannya, pakaiannya, rambutnya, kasutnya, gayanya dan sebagainya.

Berikut adalah panduan pemakaian pelajar sekolah di Malaysia yang

dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Surat Pekeliling Ikhtisas

3/1983 yang bertajuk Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah dalam buku Pengurusan

Disiplin Murid Ang Jit Eng (2007).

(i) Pakaian murid-murid lelaki.

(a) Seluar bagi murid-murid lelaki sekolah menengah (tingkatan

peralihan hingga ke tingkatan enam) ialah seluar pendek atau seluar

panjang sekiranya dikhendaki oleh mereka atau ibu-bapa/penjaga

mereka. Warna bagi seluar pendek atau panjang ini adalah hijau

kehitam-hitaman (dark olive).

(b) Sekiranya bertali pinggang, tali pinggang itu adalah dari jenis yang

kepalanya tidak besar atau berhias.

(c) Baju adalah berwarna putih dan berlengan pendek atau panjang.

Sekiranya memakai baju berlengan panjang, lengan baju di

pergelangan tangan hendaklah dikancingkan atau dilipat ke atas

sedikit dari paras siku.

Page 36: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

21

(ii) Pakaian murid-murid perempuan.

(a) Pinafore Tunic.

Pinafore Tunic adalah berwarna turquoise dan labuhnya hendaklah

sampai ke paras lutut. Blouse adalah berwarna putih dan berlengan.

(b) Murid-murid perempuan tingkatan enam.

Pakaian bagi murid-murid perempuan tingkatan enam adalah skirt

berwarna turquoise dan blouse berlengan berwarna putih. Labuh

skirt hendaklah sampai ke paras lutut.

(c) Baju kurung dan kain sarung.

Murid-murid perempuan sekolah menengah juga dibenarkan

memakai tudung/mini telekung dengan syarat tudung itu berbentuk

tiga segi dua sama dan tudung/mini telekung berwarna putih,

berukuran sesuai dengan murid-murid yang memakainya.

(iii) Pakaian ketika bersenam dan bersukan (sekolah rendah dan menengah).

Ketika bermain dan bersukan atau menjalani aktiviti pendidikan jasmani,

murid-murid perempuan terutamanya di sekolah-sekolah menengah

adalah digalakkan tanpa paksaan memakai seluar panjang yang sesuai

dan baju berlengan jika dikhendaki oleh mereka atau ibu bapa/penjaga

mereka. Dalam hal ini, sekolah-sekolah bolehlah menetapkan sendiri

warna yang sesuai bagi seluar panjang dan baju berlengan.

(iv) Pakaian murid-murid islam pada hari jumaat (sekolah rendah dan

menengah).

Murid-murid lelaki islam adalah digalakkan tanpa paksaan memakai

pakaian kebangsaan pada hari jumaat. Murid-murid perempuan islam

adalah digalakkan tanpa paksaan memakai baju kurung dan berkain

sarung serta memakai tudung/mini telekung.

Page 37: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

22

(v) Kasut.

Kasut bagi murid-murid sekolah rendah dan menengah adalah kasut

kanvas berwarna putih. Sekiranya memakai stoking, stoking hendaklah

berwarna putih.

2.3 Disiplin Di Asrama.

Asrama didirikan untuk memberi kemudahan tempat tinggal yang berdekatan

dengan sekolah kepada murid-murid yang datang jauh, terutama mereka yang miskin.

Kemudahan asrama juga memberi pendedahan dan latihan kepimpinan dan

kemasyarakatan kepada pelajar. Selain itu, asrama didirikan bertujuan untuk membina

dan memupuk akhlak dan nilai yang sesuai dengan kehendak masyarakat serta dapat

menghasilkan golongan pelajar yang bermaruah tinggi dan berdisiplin.

Oleh itu, disiplin dalam konteks asrama Sekolah Menengah Harian (SMH) dan

aplikasinya dalam sistem pendidikan adalah mencakupi pelaksanaan dan usaha untuk

mengorientasikan penghuni asrama kepada norma-norma tertentu samada komponen

disiplin, arahan, peraturan dan hukuman. Dalam melaksanakan peraturan disiplin di

asrama, dua pendekatan telah digunakan iaitu pertama mengadakan peraturan-peraturan

atau norma dan kedua, menentukan cara-cara peraturan dan norma dipatuhi (Bahagian

Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia,

2004).

Page 38: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

23

Mereka yang berada di sekolah-sekolah berasrama penuh dalam jangka waktu

tertentu telah diasingkan daripada masyarakat luar, malahan mereka telah diasingkan

daripada ibu bapa. Mereka dengan ketat tertakluk kepada budaya formal kehidupan

asrama. Misalnya waktu-waktu untuk bangun pagi, sembahyang, sarapan, kelas, makan

tengahari, riadah, sukan, makan malam, belajar malam, masa persediaan dan tidur yang

telah dijadualkan setiap hari (Amir Hasan Dawi, 2002).

2.4 Faktor-faktor Mempengaruhi Disiplin Pelajar.

2.4.1 Kemudahan Sekolah.

Terdapat pendapat yang mengatakan ciri-ciri persekitaran fizikal sekolah akan

mempengaruhi suasana dan pengajaran serta pembelajaran. Oleh itu sekolah-sekolah

harus mempunyai kemudahan fizikal terbaik, misalnya mempunyai bangunan, makmal,

pusat sumber, dewan, komputer dan bilik yang lengkap (Amir Hasan Dawi, 2002). Ini

penting untuk keselesaan dan mengelakkan tekanan jiwa di antara pelajar yang tinggal di

asrama.

Prasana sekolah yang gersang dengan aktiviti dan ransangan yang benar-benar

menimbulkan minat pelajar juga adalah satu faktor sekolah yang menyebabkan

keresahan di kalangan pelajar (Jamaliah Abdul Hamid dan Norashimah Ismail, 2005).

Kemungkinan guru dan pemimpin kurang pengetahuan, pendedahan dan kemahiran

mewujudkan keceriaan yang meransang minda, minat dan semangat. Oleh yang

demikian, kebanyakan program dan aktiviti sekolah dijalankan secara rutin dan

minimalis, dan mengakibatkan kehilangan minat pelajar.

Page 39: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

24

Dalam kajian Mad Ithnin bin Salleh et. al (2007), Colemant pada 1966

menyatakan bahawa keupayaan sekolah dari segi input memberikan kesan yang amat

kecil kepada pencapaian untuk pelajar-pelajar dari golongan kelas bawahan. Tetapi

kajian yang dibuat oleh Martin Carnoy, Is Compensatory Education Possible dalam

tahun 1976 menyatakan bahawa kemudahan-kemudahan yang ada di sekolah yang

digunakan dengan betul boleh meningkatkan prestasi mereka yang terdiri daripada

golongan kelas bawahan.

2.4.2 Guru.

Kebanyakan sekolah berasrama melaksanakan peraturan yang ketat dalam

pengambilan guru terutamanya warden asrama. Ini kerana warden asrama memainkan

peranan yang besar dalam mengawal dan membentuk disiplin pelajar melalui

pemantauan pelaksanaan disiplin. Ini dapat dilihat melalui peranan ketua warden dan

warden asrama yang dikemukakan oleh Ang Jit Eng (2007) dalam mengurus disiplin

pelajar.

(i) Merancang, menyelaras dan melaksanakan program disiplin yang

diputuskan oleh Lembaga Disiplin Sekolah.

(ii) Mewujudkan iklim kekeluargaan di asrama.

(iii) Bertanggungjawab kepada murid di asrama.

(iv) Memupuk nilai murni di kalangan penghuni asrama.

(v) Sentiasa peka pada perlakuan murid di asrama.

(vi) Sentiasa bersedia menerima aduan murid dan membuat siasatan.

(vii) Melaporkan hasil siasatan kepada Ketua Warden atau GPK HEM.

(viii) Menjalankan pemantauan berterusan.

(ix) Menyediakan sudut pameran berkaitan gejala buli.

Page 40: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

25

Guru-guru di sekolah asrama juga lebih prihatin dan serius dalam menangani

masalah disiplin sekolah. Semua guru tidak tertumpu kepada guru disiplin sekolah

sahaja malah turut berusaha menyumbangkan masa dan tenaga dalam usaha

meningkatkan tahap disiplin pelajar sekolah (Abdullah Sani Yahaya, 2005).

Berdasarkan penteorian Sosiologi dan Pendidikan (Amir Hassan Dawi, 2002),

faktor pertama yang menyebabkan disiplin pelajar merupakan kegagalan guru

berperanan sebagai contoh tauladan dalam bilik darjah. Seseorang guru seharusnya

mempunyai perwatakan dan nilai-nilai murni supaya pelajar boleh mewarisi ciri-ciri

yang baik tersebut. Guru disiplin contohnya, tidak patut sama sekali merokok di

kawasan sekolah.

2.4.3 Pelaksanaan Peraturan.

Cara pendidikan moral diterapkan oleh sekolah ialah melalui disiplin. Peraturan-

peraturan sekolah yang berbeza dengan peraturan di rumah akan mengikat semua murid

untuk mematuhinya. Oleh itu murid-murid akan sedar bahawa ada prinsip peraturan-

peraturan yang wajib mereka ikuti. Proses mematuhi peraturan akan mendorong murid-

murid mempunyai disiplin diri (Amir Hasan Dawi, 2002).

Tambah Amir Hasan Dawi, secara mikro pelajar-pelajar adalah tertakluk kepada

peraturan-peraturan formal atau disiplin yang ditentukan oleh pihak sekolah. Di dalam

bilik darjah, guru-guru akan menentukan murid-muridnya patuh kepada arahan-arahan.

Mereka yang berkelakuan baik selalu mendapat pujian sementara yang tidak mengikuti

norma yang dikhendaki akan ditegur. Malah terdapat murid-murid yang dikenakan

tindakan formal seperti dirotan, digantung sekolah ataupun dibuang sekolah. Terdapat

murid-murid yang menerima secara positif dan tidak kurang pula yang menentangnya.

Page 41: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

26

Namun adalah menjadi tanggungjawab murid untuk patuh kepada kuasa kawalan sosial

yang dikenakan terhadap mereka.

Menghukum pelajar memerlukan pendekatan secara psikologi. Sekiranya pelajar

yang nakal dirotan, secara psikologi pelajar tersebut memprotes dan melakukan tindakan

yang lebih agresif. Begitu juga dengan hukuman pelajar dibuang sekolah, pihak sekolah

disarankan tidak terburu-buru mengambil keputusan ini (Dewan Masyarakat, September

2007). Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Murad Mohd Noor, dalam konteks

sekarang hukuman merotan pelajar tidak mewujudkan keakraban antara guru dan pelajar

mahupun ibu bapa pelajar.

Secara umumnya, kaedah yang paling sering digunakan untuk mendisiplinkan

pelajar adalah dengan pemberian hukuman. Hal yang sama dilakukan juga oleh

sebagian besar ibu bapa ataupun guru dalam mendidik anak-anak atau murid-murid.

Kerugiannya adalah disiplin yang tercipta merupakan disiplin jangka pendek, ertinya

anak hanya menurutinya sebagai tuntutan sesaat, sehingga seringkali tidak tercipta

disiplin diri pada mereka. Hal tersebut disebabkan kerana dengan hukuman anak lebih

banyak mengingat hal-hal negatif yang tidak boleh dilakukan, daripada hal-hal positif

yang seharusnya dilakukan (Zainun Mu'tadin, 2002).

2.4.4 Rakan Sebaya.

Rakan sebaya di alam persekolahan adalah kumpulan rujukan pelajar yang

memberikan sokongan moral dalam mencari identiti diri dan pembentukan imej. Ia

adalah agensi tidak formal yang memberikan pengalaman yang tidak boleh diperolehi

daripada keluarga dan juga sekolah (Abdullah Sani Yahaya, 2005). Rakan sebaya

memberi peluang kepada mereka untuk mengikut piawaian kumpulan itu dari segi

Page 42: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

27

aspek-aspek gaya pakaian, pertuturan, orientasi kepada muzik, tarian, tayangan filem

dan lain-lain.

Bagi remaja yang tinggal di asrama, ibu bapa tidak mempunyai peluang untuk

memantau pergaulan mereka. Sebaik sahaja remaja melangkah keluar daripada rumah,

ibu bapa tidak berupaya lagi hendak mengawal dan menentukan siapakah rakan-rakan

mereka itu (Hairunnaja Najmuddin, 2003). Segalanya terserah kepada remaja itu

samada mendengar dan patuh kepada pesanan ibu bapa mereka atau mengabaikan semua

itu.

Pelbagai perkara positif dapat dipelajari menerusi rakan sebaya. Contohnya,

rajin belajar seperti berbincang berkaitan pelajaran di sekolah, secara tidak langsung

pelajar berkenaan turut rajin belajar bagi meningkatkan pencapaian pelajar itu sendiri

(Abdullah Sani Yahaya, 2005). Ini jelas menunjukkan pemilihan rakan memainkan

peranan dalam membentuk diri remaja.

Percampuran pelajar yang berlainan latar belakang dan berbeza budaya akan

menyebabkan berlakunya interaksi sosial di antara mereka. Menurut pendapat Jas Laile

Suzana Jaafar (2002), interaksi dengan rakan sebaya memberi peluang kepada individu

untuk menerima pendapat yang berbeza dari diri dan boleh meningkatkan pemahaman

moral.

Walaubagaimanapun, terdapat sebilangan kecil pelajar yang mempunyai

pencapaian akademik yang rendah dan pergaulan rakan sebaya yang terbatas.

Sebilangan pelajar yang lemah dalam bidang akademik mengalihkan perhatian mereka

kepada kumpulan rakan sebaya yang tertentu untuk berkongsi masalah. Menurut

Abdullah Sani Yahaya (2005), daripada kajian Futrell dan Hohhman (1996) serta

Page 43: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

28

Aminuddin (1998), aktiviti-aktiviti negatif yang dilakukan oleh pelajar berpunca

daripada tekanan rakan sebaya serta perasaan sesorang individu pelajar yang ingin

diterima oleh rakan sebaya dan ingin dirinya dihormati. Ia juga dilakukan untuk

mendapat sokongan moral bagi membolehkan diri mereka berasa mempunyai identiti

yang tersendiri.

2.4.5 Ibu Bapa.

Ibu bapa adalah golongan yang paling rapat dengan pelajar. Tingkah laku ibu

bapa menjadi contoh terbaik bagi anak-anak mereka. Abdullah Sani Yahaya (2005),

menyatakan bahawa tugas mendidik hendaklah bermula pada peringkat kanak-kanak

lagi. Sebelum wujudnya institusi sebuah keluarga, rumah adalah tempat di mana

pendidikan asas berlaku dan guru-gurunya terdiri daripada ibu bapa, datuk, kakak, abang

ataupun ahli-ahli keluarga yang lain.

Faktor baka dan asal usul seseorang itu juga menjadi penentu dalam melahirkan

individu yang cemerlang dari segi intelek, emosi dan rohani. Pelajar yang lahir daripada

golongan ini mempunyai daya ketahanan yang kuat dan tidak mudah terpengaruh

dengan gejala yang tidak sihat walaupun tinggal berjauhan dengan keluarga.

Ada pelajar yang tinggal di asrama tanpa kerelaan mereka sendiri dan dipaksa

oleh ibu bapa. Ini menyebabkan mereka memberontak dan kurang berkomunikasi

dengan kedua dua ibu bapa mereka. Mereka merasakan tidak diperlukan lagi oleh

keluarga mereka. Kajian menunjukkan kurangnya perhubungan antara ibu bapa dengan

anak remaja menyebabkan remaja bertingkah laku devian. Anak-anak yang tidak rapat

dengan ibu bapa merasa dirinya tidak diperlukan oleh orang lain dan dengan itu lebih

Page 44: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

29

gemar meminggirkan diri mencari jalan lain bagi meluahkan perasaan dan mendapatkan

lebih perhatian (Hairunnaja Najmuddin, 2003).

Pemilihan institusi pendidikan oleh ibu bapa juga mempengaruhi disiplin pelajar.

Mereka terpaksa menentang keinginan mereka sendiri dalam menentukan minat mereka

sendiri seperti terpaksa tinggal di sekolah asrama yang tidak menawarkan subjek yang

diminati. Menurut Mohamed Hatta Shaharom (2003), ramai ibu bapa yang menentukan

kerjaya anak-anak mereka. Ini terjadi apabila kerjaya yang mereka minati tidak dapat

dicapai oleh mereka sendiri, maka anak-anaklah yang menjadi mangsa bagi menunaikan

impian itu. Ini bukan sahaja boleh mematahkan semangat remaja tetapi juga

menyebabkan tekanan jiwa.

2.5 Kajian Lepas.

Melalui kajian yang dilakukan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (2004) menunjukkan secara

keseluruhan jenis salah laku disiplin yang dominan dilakukan oleh penghuni asrama

sekolah menengah harian ialah salah laku tidak mementingkan masa. Salah laku ini

dikategorikan pada tahap serius dan memerlukan tindakan. Secara keseluruhan

penghuni lelaki lebih kerap melakukan salah laku disiplin bagi semua jenis salah laku

berbanding dengan penghuni perempuan kerana terdapat perbezaan yang signifikan ke

atas semua kategori salah laku oleh penghuni asrama mengikut jantina.

Page 45: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

30

Keseluruhannya dapatan kajian ini menujukkan kurangnya kerjasama antara

warden (53%), warden tidak tegas (38%) dan penghuni asrama tidak memahami

peraturan asrama (18%) merupakan masalah utama yang dihadapi oleh pihak

pengurusan asrama dalam menguatkuasakan peraturan disiplin. Selain itu, masalah

dalam melantik warden yang komited, berdedikasi dan bertanggungjawab menyukarkan

pihak pengurusan asrama dalam menguatkuasakan peraturan. Ketiadaan kriteria yang

spesifik semasa melantik warden, beban tugas warden dan ketiadaan insentif yang

menarik menyebabkan tiada guru ingin menjadi warden secara sukarela.

Page 46: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan.

Bab ini membincangkan metodologi kajian yang dijalankan dalam penyelidikan.

Ia akan menentukan ketetapan data yang diperoleh. Maklumat dari kajian yang

dijalankan amat membantu dalam membuat keputusan.

Penganalisisan dan persembahan data adalah merupakan perkara yang perlu

diberi perhatian yang utama bagi mendapatkan keputusan kajian yang tepat. Oleh itu

dalam bab ini akan membincangkan perkara-perkara yang meliputi reka bentuk kajian,

tempat kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, kajian rintis, kaedah

pengumpulan data dan kaedah analisis data.

Page 47: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

32

3.2 Prosedur Kajian.

Kerangka operasi kajian menerangkan dengan ringkas langkah-langkah gerak

kerja atau proses kajian dijalankan. Kerangka ini bertindak sebagai garis panduan bagi

penyelidik supaya tidak terpesong daripada perancangan kerja semasa menjalankan

kajian.

Rajah 3.1: Kerangka Operasi Kajian.

Page 48: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

33

3.3 Reka Bentuk Kajian.

Dalam konteks kajian ini, kaedah kajian yang digunakan ialah kajian tinjauan

menggunakan borang soal selidik. Menurut Mohd Majid Konting (1990), kajian

berbentuk tinjauan adalah sesuai digunakan di dalam penyelidikan yang bermatlamat

untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Kajian tinjauan juga

biasanya digunakan untuk membuat ramalan tentang sesuatu isu masyarakat semasa

yang timbul (Chua Yan Piaw, 2006). Di dalam kajian ini, isu yang dikaji ialah disiplin

pelajar yang tinggal di asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat dan faktor-faktor

yang mempengaruhinya. Segala pengukuran terhadap objektif kajian adalah dibuat

berdasarkan maklum balas responden terhadap pernyataan yang terkandung di dalam

soal selidik yang diedarkan.

3.4 Tempat Kajian.

Penyelidik hanya menjalankan kajian ini di Sekolah Menengah Teknik Batu

Pahat, Johor. Tujuan penyelidik memilih sekolah ini kerana lokasi sekolah ini terletak

berhampiran dengan tempat pengajian penyelidik dan untuk memudahkan pelaksanaan

penyelidikan.

Page 49: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

34

3.5 Populasi Dan Sampel Kajian.

Populasi bagi kajian ini ialah 150 orang pelajar tingkatan 4 yang tinggal di

asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat (Sumber: Pejabat Am Sekolah Menengah

Teknik Batu Pahat, 2008).

Sampel ialah sejumlah individu yang diambil bagi mewakili populasi. Sampel

dipilih secara rawak menggunakan pensampelan mudah iaitu menggunakan kaedah

mudah memilih sampel dari populasi dari senarai yang banyak. Setiap orang

mempunyai peluang untuk dipilih (Mohd Najib Ghafar, 1999). Saiz sampel pula adalah

sebanyak 108 orang yang ditentukan berdasarkan pengiraan Krejie dan Morgan (1970)

di dalam buku Kaedah Penyelidikan Chua Yan Piaw (2006) yang menyenaraikan saiz

sampel yang berpadanan dengan saiz populasi kajian dalam penentuan sampel. Pelajar

tingkatan 4 dipilih kerana mereka baru tinggal di asrama dan masih lagi dalam proses

menyesuaikan diri dengan suasana yang baru.

3.6 Instrumen Kajian.

Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik. Soal selidik digunakan untuk

mengetahui sikap seseorang dengan menggunakan soalan bebas-jawab (terbuka), senarai

semak atau sekil kadar (Mohd Najib Ghafar, 1999). Soalan yang digunakan ialah soalan

sekil kadar yang menggunakan Skala Likert di mana responden memilih jawapan

daripada satu kontiniuum (ekstrem ke ekstrem).

Page 50: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

35

Kaedah soal selidik juga digunakan kerana ia adalah satu kaedah yang paling

popular di kalangan penyelidik, mudah ditadbir setelah dibina dengan baik dan juga data

senang diproses untuk dianalisis. Menurut Mohd Majid Konting (1990), penggunaan

soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas yang diberikan

oleh sampel kerana ia tidak dipengaruhi oleh gerak laku penyelidik.

Soal selidik ini akan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian A,

bahagian B dan bahagian C. Bahagian A akan meninjau tentang latar belakang dan

maklumat peribadi serta kehidupan responden. Bahagian B pula mengandungi dua

bahagian iaitu disiplin pelajar di asrama dan masalah disiplin pelajar di kalangan pelajar

asrama. Disiplin pelajar yang tinggal di asrama dikaji berdasarkan kategori:

(i) Tingkah laku.

(ii) Pengurusan masa.

(iii) Kepimpinan.

(iv) Pemakaian.

Bahagian C pula adalah merupakan soal selidik yang mengandungi item faktor-

faktor yang telah dikenal pasti dalam mempengaruhi pelajar untuk lebih berdisiplin atau

melakukan masalah disiplin. Item-item tersebut dikelaskan kepada:

(i) Faktor kemudahan sekolah..

(ii) Faktor guru.

(iii) Faktor pelaksanaan peraturan.

(iv) Faktor rakan sebaya.

(v) Faktor ibu bapa.

Page 51: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

36

Untuk bahagian B dan C, Skala Likert digunakan untuk menentukan hasil

cerapan. Skala Likert telah mencadangkan penggunaan satu set senarai kenyataan

positif dan negatif individu terhadap sesuatu kenyataan. Menurut Chua Yan Piaw

(2006), Skala Likert mudah diurus dan dipakai, item-itemnya mudah dijawab oleh

responden dan data yang dipungut lebih tinggi kebolehpercayaan berbanding dengan

skala-skala lain seperti Thurstone dan Guttman.

Jadual 3.1: Set Skala Likert Bagi Bahagian B.

MAKLUM

BALAS

Tidak

pernah

Sangat

Jarang

Jarang

Kerap

Sangat

kerap

SKOR 1 2 3 4 5

Jadual 3.2: Set Skala Likert Bagi Bahagian C.

MAKLUM

BALAS

Sangat

Tidak Setuju

Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat

Setuju

SKOR 1 2 3 4 5

Page 52: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

37

3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan

Kesahan dilakukan dengan melibatkan empat orang pensyarah dari Fakulti

Pendidikan Teknikal yang berpengalaman untuk menyemak soal selidik kajian ini. Ini

adalah untuk menyemak soalan yang telah dibina sesuai atau tidak untuk digunakan

dalam menjalankan kajian.

Selepas itu, soal selidik ini diedarkan kepada 10 orang pelajar asrama tingkatan 4

aliran teknik yang dipilih secara rawak sebagai kajian rintis. Mereka dikehendaki

menjawab soal selidik ini dan penyelidik akan menganalisis data-data kajian rintis untuk

melihat nilai pekali kebolehpercayaan (Alpha Cronbach). Jika nilai alpha bagi setiap

pemboleh ubah tinggi, maka soal selidik ini boleh ditadbirkan kepada responden

sebenar. Selain itu juga, kajian rintis ini dilakukan untuk melihat sama ada soalan-

soalan ini sesuai dan dapat difahami oleh pelajar-pelajar tersebut. Sekiranya tiada

masalah, instrumen ini akan diaplikasikan kepada kajian yang akan penyelidik lakukan.

Kebolehpercayaan ini telah diuji dengan Alpha Cronbach. Pengkaji perlu

mendapatkan nilai yang tinggi, iaitu 0.7 hingga 1.0. Perubahan ke atas item-item dalam

borang soal selidik telah dibuat sehingga nilai kesahan dan kebolehpercayaan diperoleh.

Jadual di bawah menunjukkan interpretasi skor Alpha Cronbach bagi menentukan tahap

kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu kajian rintis.

Page 53: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

38

Jadual 3.3: Jadual Interpretasi Skor Alpha Cronbach

Skor Alpha

Cronbach

Tahap Kebolehpercayaan

1.0 Sangat baik dan efektif dengan tahap konsistensi yang

tinggi

0.8 Baik

0.7 Boleh diterima

(Adaptasi daripada Mohd Najib Ghafar, 1999)

Hasil daripada kajian rintis yang dijalankan oleh penyelidik menunjukkan nilai

pekali alpha adalah 0.8154. Ini bermakna item-item yang terdapat dalam borang soal

selidik ini boleh terus digunakan.

3.8 Kaedah Pengumpulan Data.

Sesuatu kajian yang dibuat perlu terlebih dahulu mendapatkan kebenaran

menjalankan penyelidikan di sesuatu tempat yang tertentu. Pihak UTHM telah

mengeluarkan surat kebenaran bagi menjalankan penyelidikan kepada pelajar. Bagi

menjalankan penyelidikan di sekolah, penyelidik juga telah memohon kebenaran dari

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran

Malaysia agar tidak mendapat halangan dari mana-mana pihak semasa penyelidikan

dijalankan.

Page 54: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

39

Soalan soal selidik akan dihantar sendiri oleh penyelidik ke sekolah yang telah

dipilih bagi memastikan tidak berlaku sebarang keciciran atau kelewatan semasa proses

penghantaran. Proses untuk menjawab soal selidik pula akan mengambil masa selama

dua jam di mana responden akan dikumpulkan pada suatu tempat. Pelajar-pelajar yang

telah dipilih akan diberikan penerangan tentang setiap persoalan yang dikemukakan. Ini

bagi memastikan jawapan yang akan diperoleh adalah tepat dan benar.

Setelah semua responden menjawab semua soalan soal selidik, penyelidik akan

mengumpulkan semula semua set soalan soal selidik bagi membolehkan penyelidik

membuat analisis.

3.9 Kaedah Analisis Data.

Setelah soal selidik dikumpulkan daripada responden, peringkat pertama

penyelidik adalah menyemak dan memeriksa secara manual semua jawapan borang soal

selidik. Analisis bagi setiap item pada setiap aras kognitif pula, data akan diproses

dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi

10. Penyelidik akan menggunakan statistik deskriptif untuk menganalisis data.

Penggunaan kaedah ini iaitu statistik deskriptif adalah bagi memudahkan untuk difahami

dengan tujuan membuat rumusan dan mudah untuk disampaikan.

Penganalisisan secara berkomputer digunakan kerana pemprosesan data dapat

dilakukan dengan cepat dan berkesan. Kesilapan pengiraan terutamanya di dalam

pemprosesan yang berulang-ulang dapat dielakkan sekiranya komputer digunakan.

Perisian SPSS yang dibina khususnya untuk penyelidikan sains sosial dapat menampung

Page 55: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

40

penganalisisan data yang banyak dan berulang-ulang dengan cekap dan cepat.

Pendekatan SPSS dapat memenuhi hampir semua teknik pemprosesan dan

penganalisisan data selain dari objektif sesuatu penyelidikan yang dijalankan.

Jadual 3.4 : Kaedah Analisis Data

Persoalan kajian Analisis data

i) Adakah tinggal di asrama

membentuk pelajar menjadi

lebih berdisiplin?

Kuantitatif

Statistik deskriptif dengan mencari skor

min dan peratusan kekerapan

ii) Adakah tinggal di asrama

menyumbang kepada masalah

disiplin?

Kuantitatif

Statistik deskriptif dengan mencari skor

min dan peratus kekerapan

iii) Apakah faktor-faktor tinggal di

asrama membentuk pelajar

menjadi lebih berdisiplin?

Kuantitatif

Statistik deskriptif dengan mencari skor

min dan peratus kekerapan

iv) Apakah faktor-faktor tinggal di

asrama menyumbang kepada

masalah disiplin?

Kuantitatif

Statistik deskriptif dengan mencari skor

min dan peratus kekerapan

Page 56: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

41

3.10 Andaian Kajian.

Dalam menjalankan kajian, penyelidik telah membuat andaian bahawa:

(i) Responden faham semua persoalan termasuk istilah-istilah yang

dikemukakan dalam borang soal selidik

.

(ii) Responden telah memberikan maklum balas dengan jujur dan ikhlas

semasa menjawab borang soal selidik.

(iii) Sampel yang dipilih dapat mewakili populasi yang ada.

Page 57: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

BAB IV

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan.

Dalam bab ini, perbincangan akan ditumpukan kepada dapatan yang telah

diperoleh hasil daripada kajian yang telah dijalankan. Sebanyak 108 set soal selidik

telah diedarkan kepada pelajar tingkatan 4 yang tinggal di asrama. Penganalisisan data

dilakukan terhadap setiap item soalan yang terdapat dalam set soal selidik dengan

bantuan komputer menggunakan perisian SPSS (Stastistical Package for Social Science

version 10.0). Analisis data yang dilakukan dibuat secara kuantitatif iaitu analisis

deskriptif statistik bagi mendapat maklum balas.

Penganalisisan data dibahagikan kepada lima bahagian iaitu latar belakang

responden, disiplin pelajar, masalah disiplin di kalangan pelajar, faktor-faktor yang

mempengaruhi pelajar untuk lebih berdisiplin dan faktor-faktor yang mempengaruhi

pelajar melakukan masalah disiplin.

Page 58: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

43

4.2 Dapatan Kajian.

Di dalam kajian ini, terdapat empat persoalan kajian yang harus diselesaikan oleh

pengkaji. Keempat-empat jawapan persoalan kajian ini akan dihuraikan berdasarkan

hasil dapatan yang diperoleh daripada kajian yang dijalankan.

4.3 Analisis Latar Belakang Responden.

Bahagian ini menerangkan latar belakang responden melibatkan item-item soalan

yang meliputi aspek jantina dan jawatan di asrama.

Jadual 4.1: Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Jantina dan Jawatan

di Asrama.

Aspek Kekerapan Peratus

Lelaki 50 46.3

Jantina Perempuan 58 53.7

Ada 37 34.3

Jawatan di

Asrama

Tiada 71 65.7

Page 59: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

44

Seramai 108 responden telah diambil untuk menjalani kajian ini. 50 orang ( 46.3

% ) daripada jumlah responden merupakan pelajar lelaki manakala yang selebihnya

merupakan pelajar perempuan ( 53.7 % ). Daripada jadual di atas menunjukkan

responden yang mempunyai jawatan di asrama ialah seramai 37 orang ( 34.3 % ) dan 71

orang ( 65.7 % ) lagi tidak menjawat jawatan.

4.4 Keputusan dan Analisis Data Bahagian B.

4.4.1 Disiplin Pelajar di Asrama.

Bahagian ini bertujuan untuk menjawab persoalan kajian yang pertama iaitu:

“Adakah tinggal di asrama membentuk pelajar menjadi lebih berdisiplin?”

Analisis pada bahagian ini dilakukan bagi mengenal pasti disiplin pelajar yang

tinggal di asrama. Item-item persoalan kajian dianalisis mengikut empat kategori utama

iaitu tingkah laku, pengurusan masa, kepimpinan dan pemakaian.

Page 60: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

45

Jadual 4.2: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Disiplin

Pelajar dalam Item Tingkah laku.

Bil Item Tingkah laku TP

(%)

SJ

(%)

J

(%)

K

(%)

SK

(%)

Min

(Interpretasi)

1 Saya membasuh pakaian sendiri semasa

tinggal di asrama.

1.9 4.6 6.5 33.3 53.7 4.32

Tinggi

2 Saya mengemas katil selepas bangun

dari tidur.

0.9 8.3 15.7 30.6 44.4 4.09

Tinggi

3 Saya memberi senyuman atau

mengucapkan selamat kepada rakan

atau pelajar asrama yang lain setiap kali

berselisih bahu /berselisih jalan.

3.7 5.6 32.4 32.4 25.9 3.71

Tinggi

4 Saya mematuhi peraturan asrama yang

telah ditetapkan.

0.9 6.5 28.7 42.6 21.3 3.77

Tinggi

5 Saya menggunakan kemudahan di

asrama dengan berhemah.

1.9 8.3 21.3 46.3 22.2 3.79

Tinggi

Min Keseluruhan 3.94

Tinggi

Jadual 4.2 di atas menunjukkan tentang analisis dalam bentuk peratusan dan

skor min bagi tingkah laku pelajar yang tinggal di asrama. Dapatan menunjukkan julat

skor min bagi tingkah laku pelajar ialah antara 3.71 hingga 4.32 dan skor min untuk

keseluruhannya adalah pada tahap tinggi iaitu 3.94. Item 1 merupakan item yang

mempunyai skor min yang paling tinggi iaitu 4.32. Manakala item 3 merupakan item

yang mempunyai skor min yang paling rendah iaitu 3.71 tetapi masih berada pada tahap

tinggi. Kesimpulannya menunjukkan bahawa tingkah laku pelajar yang tinggal di

asrama berada pada tahap tinggi.

Page 61: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

46

Jadual 4.3: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Disiplin

Pelajar dalam Item Pengurusan Masa.

Bil Item Pengurusan Masa TP

(%)

SJ

(%)

J

(%)

K

(%)

SK

(%)

Min

(Interpretasi)

6 Setiap hari, saya bangun awal pagi

pada waktu yang telah ditetapkan.

2.8 6.5 29.6 37.0 24.1 3.73

Tinggi

7 Saya mampu sampai ke sekolah dalam

masa yang ditetapkan

0.9 9.3 20.4 38.0 31.5 3.90

Tinggi

8 Saya membina jadual belajar sendiri

bersesuaian dengan jadual rutin harian

asrama.

13.9 20.4 23.1 25.9 16.7 3.11

Sederhana

9 Saya mematuhi jadual waktu yang

telah saya bina.

19.4 15.7 29.6 19.4 15.7 2.96

Sederhana

10 Saya mematuhi jadual harian yang

ditetapkan oleh pihak sekolah.

4.6 9.3 28.7 35.2 22.2 3.61

Sederhana

Min Keseluruhan 3.46

Sederhana

Jadual 4.3 menunjukkan analisis dalam bentuk peratusan dan skor min bagi

pengurusan masa pelajar yang tinggal di asrama. Dapatan menunjukkan julat skor min

bagi pengurusan masa di kalangan pelajar ialah antara 2.96 hingga 3.90 dan skor min

keseluruhannya adalah pada tahap sederhana iaitu 3.46. Item 7 merupakan item yang

mempunyai skor min yang paling tinggi iaitu 3.90 dan manakala item 9 merupakan item

yang mempunyai skor min yang paling rendah iaitu 2.96 ( tahap sederhana).

Kesimpulannya, pengurusan masa di kalangan pelajar yang tinggal di asrama

menunjukkan pada tahap sederhana.

Page 62: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

47

Jadual 4.4: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Disiplin

Pelajar dalam Item Kepimpinan.

Bil Item Kepimpinan TP

(%)

SJ

(%)

J

(%)

K

(%)

SK

(%)

Min

(Interpretasi)

11 Saya menawar diri untuk menjawat

jawatan di asrama.

28.7 11.1 32.4 15.7 12.0 2.71

Sederhana

12 Saya menyertai segala aktiviti yang

dianjurkan oleh pihak asrama.

2.8 8.3 25.0 38.9 25.0 3.75

Tinggi

13 Saya boleh mempengaruhi rakan-rakan

asrama untuk mematuhi peraturan.

6.5 17.6 36.1 32.4 7.4 3.17

Sederhana

14 Saya sering dijadikan rujukan oleh

rakan asrama untuk menyelesaikan

masalah.

9.3 11.1 33.3 38.0 8.3 3.25

Sederhana

15 Saya berminat untuk menguruskan

program yang dianjurkan oleh pihak

asrama.

13.0 11.1 35.2 25.9 14.8 3.19

Sederhana

Min Keseluruhan 3.21

Sederhana

Jadual 4.4 menunjukkan analisis dalam bentuk peratusan dan skor min bagi

kepimpinan pelajar yang tinggal di asrama. Dapatan menunjukkan julat skor min bagi

kepimpinan pelajar asrama ialah antara 2.71 hingga 3.75 dan skor min keseluruhannya

adalah pada tahap sederhana iaitu 3.21. Item 12 merupakan item yang mempunyai skor

min yang paling tinggi iaitu 3.75 dan satu-satunya item yang berada pada tahap tinggi.

Item 11 merupakan item yang mempunyai skor min yang paling rendah iaitu 2.71 dan

berada pada tahap sederhana. Kesimpulannya, sifat kepimpinan di kalangan pelajar

yang tinggal di asrama berada pada tahap sederhana.

Page 63: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

48

Jadual 4.5: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Disiplin

Pelajar dalam Item Pemakaian.

Bil Item Pemakaian TP

(%)

SJ

(%)

J

(%)

K

(%)

SK

(%)

Min

(Interpretasi)

16 Saya memakai pakaian yang ditetapkan

oleh pihak asrama.

4.6 6.5 14.8 47.2 26.9 3.85

Tinggi

17 Saya berpakaian mengikut kesesuaian

aktiviti.

3.7 4.6 17.6 47.2 26.9 3.89

Tinggi

18 Pakaian saya sentiasa berseterika. 5.6 9.3 25.0 39.8 20.4 3.60

Sederhana

19 Saya sentiasa memastikan pakaian saya

bersih.

2.8 7.4 9.3 47.2 33.3 4.01

Tinggi

Min Keseluruhan 3.84

Tinggi

Jadual 4.5 menunjukkan analisis dalam bentuk peratusan dan skor min bagi cara

pemakaian pelajar yang tinggal di asrama. Dapatan menunjukkan julat skor min bagi

kepimpinan pelajar asrama ialah antara 3.60 hingga 4.01 dan skor min keseluruhannya

adalah pada tahap tinggi iaitu 3.84. Item 19 merupakan item yang mempunyai skor min

yang paling tinggi iaitu 4.01. Item 18 merupakan item yang mempunyai skor min yang

paling rendah iaitu 2.71 dan satu-satunya item yang berada pada tahap sederhana.

Kesimpulannya, pemakaian pelajar yang tinggal di asrama berada pada tahap tinggi.

Page 64: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

49

4.4.2 Masalah Disiplin Pelajar di Asrama.

Bahagian ini bertujuan untuk menjawab persoalan kajian yang kedua iaitu:

“Adakah tinggal di asrama menyumbang kepada masalah disiplin?”

Analisis pada bahagian ini dilakukan bagi mengenal pasti masalah disiplin yang

dilakukan oleh pelajar semasa tinggal di asrama. Sebanyak 10 item telah dibina yang

menjurus kepada persoalan masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar asrama.

Jadual 4.6: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Masalah

Disiplin Pelajar.

Bil Item Masalah Disiplin TP

(%)

SJ

(%)

J

(%)

K

(%)

SK

(%)

Min

(Interpretasi)

1 Saya menyimpan dan menghisap rokok

di kawasan asrama.

83.3 2.8 7.4 5.6 0.9 1.38

Rendah

2 Saya selalu keluar dari kawasan sekolah

tanpa kebenaran guru.

75.0 10.2 12.0 2.8 0.0 1.43

Rendah

3 Saya berkelakuan biadab terhadap guru. 82.4 13.9 3.7 0.0 0.0 1.21

Rendah

4 Saya berbual dan bergurau dengan rakan

semasa kelas persediaan (Tidak

mengulang kaji pelajaran).

25.0 19.4 25.0 27.8 2.8 2.64

Sederhana

5 Saya menjadikan asrama sebagai tempat

untuk tidak menghadiri kelas.

77.8 13.9 4.6 3.7 0.0 1.34

Rendah

6 Saya sering mengajak rakan asrama

untuk melakukan kesalahan disiplin

59.3 25.0 10.2 5.6 0.0 1.62

Rendah

Page 65: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

50

7 Saya berkelakuan kasar terhadap pelajar

lain (Bergaduh atau membuli).

78.7 14.8 5.6 0.9 0.0 1.29

Rendah

8 Saya mengambil dan menggunakan

barang kepunyaan pelajar asrama yang

lain tanpa kebenaran.

61.1 21.3 10.2 6.5 0.9 1.65

Rendah

9 Saya memakai pakaian yang dilarang di

asrama seperti seluar ‘jeans’.

67.6 17.6 11.1 2.8 0.9 1.52

Rendah

Min Keseluruhan 1.56

Rendah

Jadual 4.6 menunjukkan analisis dalam bentuk peratusan dan skor min bagi

masalah disiplin pelajar yang tinggal di asrama. Dapatan menunjukkan julat skor min

bagi masalah disiplin pelajar asrama ialah antara 1.21 hingga 2.64 dan skor min

keseluruhannya adalah pada tahap rendah iaitu 1.56. Item 4 merupakan item yang

mempunyai skor min yang paling tinggi iaitu 2.64 dan satu-satunya item yang berada

pada tahap sederhana. Item 3 merupakan item yang mempunyai skor min yang paling

rendah iaitu 1.21. Kesimpulannya, masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar asrama

berada pada tahap rendah.

Page 66: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

51

4.5 Keputusan dan Analisis Data Bahagian C.

4.5.1 Faktor-faktor Pelajar Asrama Berdisiplin.

Bahagian ini bertujuan untuk menjawab persoalan kajian yang ketiga iaitu:

“Apakah faktor-faktor tinggal di asrama membentuk pelajar menjadi lebih berdisiplin?”

Analisis pada bahagian ini dilakukan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang

membentuk pelajar asrama untuk lebih berdisiplin. Item-item persoalan kajian dianalisis

mengikut lima kategori utama iaitu kemudahan sekolah, guru, pelaksanaan peraturan,

rakan sebaya dan ibu bapa.

Jadual 4.7: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Faktor-faktor

Pelajar Berdisiplin dalam Item Kemudahan Sekolah.

Bil Item Kemudahan Sekolah STS

(%)

TS

(%)

TP

(%)

S

(%)

SS

(%)

Min

(Interpretasi)

1 Kemudahan asrama mencukupi dan

memberi keselesaan kepada saya untuk

tinggal di asrama.

6.5 10.2 13.9 51.9 17.6 3.64

Sederhana

2 Aktiviti dan program asrama yang

dijalankan membantu meningkatkan

sahsiah saya.

1.9 10.2 22.2 51.9 13.9 3.66

Sederhana

Min Keseluruhan 3.65

Sederhana

Page 67: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

52

Jadual 4.8: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Faktor-faktor

Pelajar Berdisiplin dalam Item Guru.

Bil Item Guru STS

(%)

TS

(%)

TP

(%)

S

(%)

SS

(%)

Min

(Interpretasi)

3 Warden sentiasa memastikan saya dan

pelajar lain mematuhi peraturan asrama.

2.8 1.9 13.9 51.9 29.6 4.04

Tinggi

4 Saya terpengaruh dengan sikap dan

keterampilan warden asrama yang

berdisiplin.

7.4 15.7 33.3 31.5 12.0 3.25

Sederhana

Min Keseluruhan 3.65

Sederhana

Jadual 4.9: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Faktor-faktor

Pelajar Berdisiplin dalam Item Pelaksanaan Peraturan.

Bil Item Pelaksanaan Peraturan STS

(%)

TS

(%)

TP

(%)

S

(%)

SS

(%)

Min

(Interpretasi)

5 Persekitaran di asrama yang

mengutamakan peraturan mempengaruhi

perwatakan saya.

1.9 6.5 22.2 53.7 15.7 3.75

Tinggi

6 Saya takut untuk melanggar peraturan

sekolah kerana hukuman yang akan

dikenakan adalah berat.

5.6 9.3 19.4 43.5 22.2 3.68

Tinggi

Min Keseluruhan 3.72

Tinggi

Page 68: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

53

Jadual 4.10: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Faktor-faktor

Pelajar Berdisiplin dalam Item Rakan Sebaya.

Bil Item Rakan Sebaya STS

(%)

TS

(%)

TP

(%)

S

(%)

SS

(%)

Min

(Interpretasi)

7 Saya mendapat dorongan apabila

melihat rakan-rakan lain belajar.

3.7 4.6 17.6 44.4 29.6 3.92

Tinggi

8 Rakan di asrama membantu saya

membuat keputusan dalam

menyelesaikan masalah.

3.7 11.1 22.2 46.3 16.7 3.61

Sederhana

Min Keseluruhan 3.77

Tinggi

Jadual 4.11: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Faktor-faktor

Pelajar Berdisiplin dalam Item Ibu Bapa.

Bil Item Ibu Bapa STS

(%)

TS

(%)

TP

(%)

S

(%)

SS

(%)

Min

(Interpretasi)

9 Ibu bapa sering datang melawat saya di

asrama untuk mengetahui

perkembangan saya.

8.3 12.0 18.5 38.0 23.1 3.56

Sederhana

10 Saya berkelakuan baik kerana ibu bapa

saya menjalinkan hubungan yang baik

dengan guru-guru di sekolah.

11.1 15.7 23.1 32.4 17.6 3.30

Sederhana

Min Keseluruhan 3.43

Sederhana

Page 69: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

54

Jadual-jadual di atas menunjukkan analisis dalam bentuk peratusan dan skor min

bagi faktor-faktor yang membentuk pelajar asrama untuk lebih berdisiplin mengikut

lima kategori utama. Dapatan menunjukkan item rakan sebaya dan pelaksanaan

peraturan merupakan item yang mempunyai skor min yang tinggi iaitu 3.77 dan 3.72.

Item ibu bapa merupakan item yang mempunyai skor min yang paling rendah iaitu 3.43

dan berada pada tahap sederhana. Kesimpulannya, rakan sebaya dan pelaksanaan

peraturan adalah faktor utama yang mempengaruhi pelajar asrama untuk lebih

berdisiplin. Ibu bapa adalah faktor yang paling kurang mempengaruhi disiplin pelajar

asrama.

4.5.2 Faktor-faktor Masalah Disiplin Pelajar di Asrama.

Bahagian ini bertujuan untuk menjawab persoalan kajian yang keempat iaitu:

“Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah disiplin?”

Analisis pada bahagian ini dilakukan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang

mendorong pelajar asrama untuk melakukan masalah disiplin. Item-item persoalan

kajian dianalisis mengikut lima kategori utama sama seperti 4.5.1.

Page 70: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

55

Jadual 4.12: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Faktor-faktor

Masalah Disiplin Pelajar dalam Item Kemudahan Sekolah.

Bil Item Kemudahan Sekolah STS

(%)

TS

(%)

TP

(%)

S

(%)

SS

(%)

Min

(Interpretasi)

1 Aktiviti dan program yang dijalankan di

asrama membosankan.

9.3 25.0 20.4 30.6 14.8 3.17

Sederhana

2 Kemudahan di asrama tidak mencukupi. 10.2 27.8 25.0 26.9 10.2 2.99

Sederhana

Min Keseluruhan 3.08

Sederhana

Jadual 4.13: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Faktor-faktor

Masalah Disiplin Pelajar dalam Item Guru.

Bil Item Guru STS

(%)

TS

(%)

TP

(%)

S

(%)

SS

(%)

Min

(Interpretasi)

3 Warden tidak menunjukkan contoh yang

baik. (Contohnya merokok di hadapan

pelajar).

20.4 20.4 18.5 31.5 9.3 2.89

Sederhana

4 Warden bersikap pilih kasih dalam

menilai pelajar.

11.1 17.6 20.4 28.7 22.2 3.33

Sederhana

Min Keseluruhan 3.11

Sederhana

Page 71: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

56

Jadual 4.14: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Faktor-faktor

Masalah Disiplin Pelajar dalam Item Pelaksanaan Peraturan.

Bil Item Pelaksanaan Peraturan STS

(%)

TS

(%)

TP

(%)

S

(%)

SS

(%)

Min

(Interpretasi)

5 Hukuman yang dikenakan keterlaluan. 13.0 19.4 23.1 36.1 8.3 3.07

Sederhana

6 Peraturan asrama terlalu ketat dan

membebankan.

12.0 29.6 18.5 26.9 13.0 2.99

Sederhana

Min Keseluruhan 3.03

Sederhana

Jadual 4.15: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Faktor-faktor

Masalah Disiplin Pelajar dalam Item Rakan Sebaya.

Bil Item Rakan Sebaya STS

(%)

TS

(%)

TP

(%)

S

(%)

SS

(%)

Min

(Interpretasi)

7 Rakan-rakan asrama yang lain turut

melakukan kesalahan disiplin.

8.3 10.2 27.8 39.8 13.9 3.41

Sederhana

8 Rakan-rakan asrama memujuk saya

untuk melanggar peraturan.

11.1 25.9 28.7 26.9 7.4 2.94

Sederhana

Min Keseluruhan 3.18

Sederhana

Page 72: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

57

Jadual 4.16: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Faktor-faktor

Masalah Disiplin Pelajar dalam Item Ibu Bapa.

Bil Item Ibu Bapa STS

(%)

TS

(%)

TP

(%)

S

(%)

SS

(%)

Min

(Interpretasi)

9 Aktiviti saya dengan rakan-rakan di

asrama tidak diketahui oleh ibu bapa.

12.0 25.9 23.1 30.6 8.3 2.97

Sederhana

10 Ibu bapa memaksa saya untuk tinggal di

asrama.

32.4 18.5 19.4 21.3 8.3 2.55

Sederhana

Min Keseluruhan 2.76

Sederhana

Jadual-jadual di atas menunjukkan analisis dalam bentuk peratusan dan skor min

bagi faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar asrama untuk melakukan masalah disiplin

mengikut lima kategori utama. Dapatan menunjukkan kesemua item berada pada tahap

sederhana. Item rakan sebaya merupakan item yang mempunyai skor min yang paling

tinggi iaitu 3.18 manakala item ibu bapa mempunyai skor min yang paling rendah iaitu

2.76. Kesimpulannya, rakan sebaya adalah faktor utama yang mempengaruhi pelajar

asrama untuk melakukan masalah disiplin manakala ibu bapa adalah faktor yang paling

kurang mempengaruhi.

Page 73: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

58

4.6 Kesimpulan.

Dalam bab ini pengkaji telah menganalisis dan membentangkan dapatan kajian

berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh responden. Penganalisisan data ini

dibuat adalah tertumpu kepada persoalan-persoalan kajian untuk mengenal pasti persepsi

pelajar terhadap peranan asrama dalam membentuk disiplin pelajar. Melalui analisis

yang telah dijalankan serta dapatan kajian yang telah diperoleh, di sini dapat

disimpulkan bahawa disiplin pelajar asrama adalah tinggi pada kategori tingkah laku

( skor min 3.94 ) dan pemakaian ( skor min 3.84 ) serta sederhana pada kategori

pengurusan masa ( skor min 3.46 ) dan kepimpinan ( skor min 3.21 ). Walaupun begitu,

masalah disiplin di kalangan pelajar asrama adalah rendah dengan skor min 1.56. Rakan

sebaya adalah faktor utama dalam mempengaruhi pelajar untuk lebih berdisiplin atau

melakukan masalah disiplin manakala faktor ibu bapa paling kurang mempengaruhi

pelajar. Daripada hasil dapatan kajian ini jelas bahawa keempat-empat persoalan kajian

telah dapat dijawab.

Page 74: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

BAB V

KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Dalam bab ini pengkaji akan membincangkan hasil kajian berdasarkan analisis

data yang telah dilakukan dalam Bab IV. Skop perbincangan adalah berdasarkan kepada

persoalan kajian yang telah dibina. Dalam bab ini juga akan juga mengemukakan

implikasi kajian dan beberapa cadangan yang difikirkan perlu dan akhirnya bertujuan

mempertingkatkan lagi kajian-kajian yang akan datang.

Page 75: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

60

5.2 Perbincangan.

Perbincangan ini adalah berdasarkan kepada hasil dapatan kajian yang diperoleh

dan akan dirumuskan untuk menjurus kepada gambaran sebenar terhadap persoalan

kajian di samping untuk mencapai objektif kajian. Perkara-perkara yang terdapat dalam

objektif kajian adalah:

(i) Mengkaji sama ada tinggal di asrama membentuk pelajar menjadi lebih

berdisiplin.

(ii) Mengkaji sama ada tinggal di asrama menyumbang kepada masalah

disiplin.

(iii) Mengkaji faktor-faktor yang membentuk pelajar menjadi lebih

berdisiplin.

(iv) Mengkaji faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah disiplin.

5.2.1 Disiplin Pelajar di Asrama.

Persoalan 1: Adakah tinggal di asrama membentuk pelajar menjadi lebih berdisiplin?

Disiplin pelajar yang tinggal di asrama diukur melalui hasil dapatan daripada

pengedaran soal selidik kepada responden kajian. Disiplin pelajar ini dilihat melalui

empat kategori utama iaitu tingkah laku, pengurusan masa, kepimpinan dan pemakaian.

Setiap kategori mempunyai 5 item kecuali kategori pemakaian dengan 4 item sahaja.

Page 76: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

61

Pelajar yang tinggal di asrama dilihat mempunyai tingkah laku yang berdisiplin.

Mereka kerap membasuh pakaian sendiri dan mengemas katil selepas bangun dari tidur.

Dapatan kajian ini bertepatan dengan kajian Salmiah Husain (2000) iaitu pelajar asrama

lebih berdisiplin dan tidak bebas seperti tinggal di rumah. Mereka dikatakan lebih

berdikari kerana terpaksa menguruskan diri sendiri dengan baik dan menunjukkan

prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan dengan adanya persaingan yang sihat di

antara mereka.

Pelajar juga kerap memberi senyuman dan menegur rakan asrama yang lain

ketika berselisih jalan walaupun kekerapannya adalah paling kurang di dalam kategori

tingkah laku. Ini disebabkan wujudnya jurang di antara pelajar tingkatan 4 dan

tingkatan 5 di kebanyakan sekolah asrama. Pelajar yang lebih muda harus menghormati

pelajar yang lebih tua dengan memberi salam setiap kali berjumpa. Menurut pendapat

Jas Laile Suzana Jaafar (2002), interaksi dengan rakan sebaya memberi peluang kepada

individu untuk menerima pendapat yang berbeza dari diri dan boleh meningkatkan

pemahaman moral.

Berdasarkan kategori pemakaian, pelajar asrama dilihat mempunyai disiplin yang

tinggi kecuali dalam memastikan pakaian mereka berseterika iaitu pada tahap sederhana.

Memakai pakaian yang tidak berseterika tidak menjadi kesalahan bagi semua sekolah di

Malaysia menyebabkan segelintir pelajar kurang menitikberatkan tentang soal ini.

Namun begitu, pelajar sentiasa memastikan pakaian mereka bersih walaupun tidak

termasuk di dalam peraturan asrama. Pelajar mungkin malu dilabelkan sebagai pengotor

dan disisihkan oleh rakan-rakan asrama yang lain. Zurina (1998) menyatakan remaja

akan cepat bertindak balas untuk menjaga kewibawaan mereka agar diterima dalam

sesuatu kumpulan rakan sebaya yang dapat memenuhi cita rasa mereka. Pelajar juga

kerap mematuhi peraturan pemakaian yang ditetapkan oleh asrama dan memakai

pakaian mengikut kesesuaian aktiviti. Hal ini berlaku kerana pihak asrama telah

Page 77: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

62

menetapkan cara pemakaian yang harus dipatuhi oleh pelajar dan hukuman akan

dikenakan kepada pelajar yang tidak mematuhinya.

Bagi kategori pengurusan masa dan kepimpinan, kedua-duanya mencatatkan

keputusan yang sederhana. Hanya segelintir pelajar mengambil inisiatif untuk membina

jadual belajar sendiri dan tidak semua daripada pelajar terbabit mematuhinya. Ini

mungkin disebabkan aktiviti yang terlalu banyak dan jadual waktu asrama yang terlalu

ketat. Faktor ini juga mendorong mereka untuk kurang mematuhi jadual harian yang

telah ditetapkan oleh pihak asrama. Melalui kajian yang dilakukan oleh Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia

(2004) menunjukkan secara keseluruhan jenis salah laku disiplin yang dominan

dilakukan oleh penghuni asrama sekolah menengah harian ialah salah laku tidak

mementingkan masa.

Pelajar juga jarang menawarkan diri untuk menjawat jawatan asrama dan

menguruskan program yang dijalankan oleh pihak asrama. Pembelajaran di sekolah

asrama yang lebih menekankan pencapaian akademik menyebabkan pelajar takut

sekiranya penglibatan yang aktif di dalam kepimpinan boleh mengganggu proses

pembelajaran mereka sekali gus menyebabkan mereka gagal di dalam pelajaran. Ini

disokong oleh pendapat Abdullah Sani Yahaya (2005) yang menyatakan pencapaian

akademik sudah menjadi perkara penting dan sering menjadi perhatian para ibu bapa,

guru dan masyarakat umumnya.

Page 78: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

63

Jadual 5.1: Skor Min Bagi Disiplin Pelajar di Asrama.

Bil. Butiran Item

Min Keseluruhan

( Interpretasi )

1. Tingkah laku

3.94

Tinggi

2. Pengurusan Masa

3.46

Sederhana

3. Kepimpinan

3.21

Sederhana

4. Pemakaian

3.84

Tinggi

Min Keseluruhan

3.61

Sederhana

Menurut jadual 5.1, daripada senarai empat kategori disiplin yang telah dikenal

pasti, hasil atau keputusan kajian mencatatkan skor min sebanyak 3.61. Melalui data

yang diperoleh dan dianalisis dapat disimpulkan bahawa disiplin pelajar yang tinggal di

asrama adalah sederhana.

Page 79: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

64

5.2.2 Masalah Disiplin Pelajar di Asrama.

Persoalan 2: Adakah tinggal di asrama menyumbang kepada masalah disiplin?

Masalah disiplin di kalangan pelajar yang tinggal di asrama dilihat melalui 9 item

yang menjurus kepada perlakuan negatif pelajar. Untuk memastikan pelajar menjawab

dengan jujur, soalan yang dibina tidak terlalu menjurus kepada masalah disiplin pelajar.

Hasil daripada analisis yang dibuat mendapati pelajar yang tinggal di asrama

mempunyai masalah disiplin yang rendah. Hampir kesemua masalah disiplin yang

dikaji mencatatkan skor min yang rendah kecuali masalah tidak mengulang kaji

pelajaran semasa kelas persediaan yang berada pada tahap sederhana. Salah satu sebab

mengapa hal ini berlaku ialah pelajar takut untuk melakukan masalah disiplin kerana

bimbang dikenakan hukuman oleh pihak asrama. Amir Hasan Dawi (2002),

berpendapat secara mikro pelajar-pelajar adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan

formal atau disiplin yang ditentukan oleh pihak sekolah.

Seperti mana yang diketahui pemilihan pelajar untuk memasuki asrama adalah

menggunakan sistem meritokrasi. Ia mementingkan keputusan pelajaran sebagai syarat

ataupun tiket untuk belajar di sekolah asrama. Menurut Aimee Howley dan Craig

Howley (2006), kawasan yang kecil membolehkan semua kakitangan mengetahui

perkembangan pelajar dan berada di sisi mereka dalam meningkatkan pencapaian

akademik dan disiplin. Ini juga mungkin menyumbang kepada kurangnya masalah

disiplin di kalangan pelajar.

Page 80: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

65

Pelajar di asrama juga diterapkan dengan nilai-nilai murni melalui kepatuhan

terhadap agama. Pelajar asrama biasanya diwajibkan untuk pergi ke surau yang

disediakan. Didikan agama yang mencukupi kepada remaja berjaya melahirkan individu

yang patuh kepada peraturan di mana mereka sudah terbiasa hidup di dalam peraturan

yang ditetapkan oleh Allah S.W.T (Tajul Ariffin Nordin, Roslee Ahmad dan

Rahimawati Abd. Rahman, 2007)

Bagi masalah tidak mengulang kaji pelajaran semasa kelas persediaan pula

adalah disebabkan pelajar belum dapat menyesuaikan diri dengan jadual waktu belajar

yang ditetapkan oleh pihak asrama. Pelajar perlu mengambil sedikit masa untuk

menyesuaikan diri memandangkan mereka baru berada di tingkatan empat. Mohd Amin

H. A Shariff (1998), menyatakan pada peringkat awal remaja tinggal di asrama, ada

yang menyatakan mereka benci mendengar loceng yang mengarahkan mereka membuat

itu dan ini, malah lebih menyusahkan lagi mereka perlu beratur dan menunggu giliran

untuk mandi dan makan pada setiap waktu. Tetapi lama-kelamaan apabila mereka dapat

menyesuaikan diri, semua ini tidak timbul lagi dan gembira tinggal dalam keadaan dan

suasana begini selama bertahun-tahun hingga tamat sekolah.

Kesimpulan yang dapat dibuat melalui analisis daripada bahagian ini ialah

tinggal di asrama kurang menyumbang kepada masalah disiplin. Ini bertepatan dengan

pendapat Mohd Amin H. A Shariff (1998) yang menyatakan bahawa pelajar asrama

lebih berdisiplin berbanding pelajar yang tidak tinggal di asrama. Walaupun begitu

masih terdapat segelintir pelajar yang melakukan masalah disiplin tetapi bilangannya

adalah sedikit.

Page 81: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

66

5.2.3 Faktor-faktor Pelajar Asrama Berdisiplin.

Persoalan 2: Apakah faktor-faktor tinggal di asrama membentuk pelajar menjadi lebih

berdisiplin?

Faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar asrama lebih berdisiplin dikaji melalui

10 item yang dipecahkan kepada 5 bahagian iaitu faktor kemudahan sekolah, guru,

pelaksanaan peraturan, rakan sebaya dan ibu bapa. Setiap bahagian mempunyai 2 item.

Berikut adalah ringkasan skor min bagi setiap bahagian.

Jadual 5.2: Skor Min Faktor-faktor yang Mempengaruhi Disiplin Pelajar

Bil. Butiran Item

Min Keseluruhan

( Interpretasi )

1. Kemudahan sekolah

3.65

Sederhana

2. Guru

3.65

Sederhana

3. Pelaksanaan peraturan

3.72

Tinggi

4. Rakan sebaya

3.77

Tinggi

5. Ibu Bapa 3.43

Sederhana

Page 82: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

67

Berdasarkan jadual 5.2, faktor yang paling utama mempengaruhi pelajar untuk

berdisiplin ialah rakan sebaya dan pelaksanaan peraturan. Pelajar di asrama secara

amnya berkongsi hidup siang dan malam, jadi mereka lebih senang dipengaruhi oleh

rakan-rakan. Menurut pendapat Jersild (1968) dalam Azlina Jopri (1999), apabila

pelajar sudah mula bergaul dan menjalinkan perhubungan dengan rakan-rakan, lama-

kelamaan kerinduan atau kekosongan yang dirasai akan diambil alih oleh sesama

mereka.

Pelbagai perkara positif dapat dipelajari menerusi rakan sebaya. Contohnya,

rajin belajar seperti berbincang berkaitan pelajaran di sekolah, secara tidak langsung

pelajar berkenaan turut rajin belajar bagi meningkatkan pencapaian pelajar itu sendiri

(Abdullah Sani Yahaya, 2005). Ini jelas menunjukkan faktor rakan sebaya memainkan

peranan dalam membentuk diri remaja.

Hasil dapatan yang tinggi pada faktor rakan sebaya menyangkal pendapat

kebanyakan masyarakat pada masa kini yang beranggapan rakan sebaya banyak

mempengaruhi remaja ke arah keburukan seperti yang dinyatakan oleh Aminuddin

(1998) dalam Abdullah Sani Yahaya (2005) iaitu aktiviti-aktiviti negatif yang dilakukan

oleh pelajar berpunca daripada tekanan rakan sebaya serta perasaan seseorang individu

pelajar yang ingin dirinya dihormati. Ia juga dilakukan untuk mendapat sokongan moral

bagi membolehkan diri mereka berasa mempunyai identiti yang tersendiri.

Pelajar yang tinggal di asrama juga terikat dengan peraturan-peraturan yang telah

ditetapkan oleh pihak asrama. Peraturan yang dikuatkuasakan di asrama adalah ideal

dan bersesuaian dengan situasi pelajar. Berdasarkan kajian lepas oleh Salmiah Husain

(2000), peraturan yang dirangka dengan baik dapat mengelakkan pelajar merasa tertekan

dan memberontak. Ini menyebabkan pelajar gembira tinggal dalam suasana yang

berdisiplin.

Page 83: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

68

Pengaruh pelaksanaan peraturan terhadap disiplin pelajar juga disokong oleh

Amir Hasan Dawi (2002) yang menyatakan cara pendidikan moral diterapkan oleh

sekolah ialah melalui disiplin. Peraturan-peraturan sekolah yang berbeza dengan

peraturan di rumah akan mengikat semua murid untuk mematuhinya. Oleh itu murid-

murid akan sedar bahawa ada prinsip peraturan-peraturan yang wajib mereka ikuti.

Proses mematuhi peraturan akan mendorong murid-murid mempunyai disiplin diri.

Faktor kemudahan sekolah dan guru pula menunjukkan dapatan yang sederhana.

Ini mungkin disebabkan oleh responden belum pernah merasai pengalaman tinggal di

asrama sebelum ini. Oleh itu mereka kurang merasa selesa kerana kemudahan yang

disediakan tidak seperti yang pernah mereka alami di rumah. Randall dan Littlewood

(1968) dalam Alinah Saring, Che Fauziah Adam dan Habsah Hussain (1999) pula dalam

kajian mereka mengenai asrama menyentuh beberapa masalah di asrama seperti terdapat

pelajar yang tidak suka dengan sesetengah peraturan asrama yang didakwa menghalang

kebebasan mereka. Ada juga pelajar yang merasa tidak tenteram tinggal di asrama

kerana kebisingan oleh pelajar-pelajar lain. Dapatan skor min yang sederhana pada guru

pula adalah disebabkan pelajar tidak pasti sama ada mereka terpengaruh dengan sikap

dan keterampilan berdisiplin yang ditunjukkan oleh warden asrama. Ini bertepatan

dengan suasana asrama itu sendiri yang lebih menggalakkan perhubungan rapat di antara

rakan asrama berbanding warden.

Peranan ibu bapa dilihat paling kurang mempengaruhi pelajar untuk lebih

berdisiplin. Ini mungkin disebabkan oleh faktor pelajar tinggal berjauhan dengan ibu

bapa. Faktor ini menyebabkan kekurangan masa bagi ibu bapa untuk mengasuh,

mendidik dan membimbing pelajar terbabit. Ini adalah selari dengan penerangan

Hairunnaja Najmuddin (2003) iaitu sebaik sahaja remaja melangkah keluar daripada

rumah, ibu bapa tidak berupaya lagi hendak mengawal dan menentukan siapakah rakan-

rakan mereka itu.

Page 84: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

69

5.2.4 Faktor-faktor Masalah Disiplin Pelajar di Asrama.

Persoalan 2: Apakah faktor-faktor tinggal di asrama menyumbang kepada masalah

disiplin?

Faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar asrama melakukan masalah disiplin

dikaji melalui 10 item yang dipecahkan kepada 5 bahagian iaitu faktor kemudahan

sekolah, guru, pelaksanaan peraturan, rakan sebaya dan ibu bapa. Setiap bahagian

mempunyai 2 item. Berikut adalah ringkasan skor min bagi setiap bahagian.

Jadual 5.3: Skor Min Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pelajar Melakukan

Masalah Disiplin.

Bil. Butiran Item

Min Keseluruhan

( Interpretasi )

1. Kemudahan sekolah

3.08

Sederhana

2. Guru

3.11

Sederhana

3. Pelaksanaan peraturan

3.03

Sederhana

4. Rakan sebaya

3.18

Sederhana

5. Ibu Bapa 2.76

Sederhana

Page 85: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

70

Berdasarkan jadual 5.3, dapat dirumuskan bahawa semua faktor yang telah

dianalisis berada pada tahap sederhana dalam mempengaruhi pelajar untuk melakukan

masalah disiplin. Ini bertepatan dengan tahap masalah disiplin pelajar asrama yang

menunjukkan dapatan yang rendah. Bagi bahagian ini, faktor rakan sebaya sekali lagi

telah menunjukkan skor min yang paling tinggi dalam mempengaruhi pelajar untuk

melakukan masalah disiplin.

Di dalam kumpulan rakan sebaya, biasanya seseorang individu akan melakukan

sesuatu kerana rakan-rakan yang lain melakukannya. Pengaruh yang sederhana oleh

rakan sebaya dalam melakukan masalah disiplin disebabkan oleh disiplin yang tinggi di

kalangan pelajar. Hasil kajian Jersild ( 1978 ) dalam Azlina Jopri (1999), mendapati

bahawa penerimaan rakan sebaya dalam kumpulan akan menunjukkan penghargaan ke

atas diri pelajar tersebut. Oleh itu jika individu pelajar bercampur dengan kumpulan

yang berdisiplin, kemungkinan untuk pelajar itu turut berdisiplin adalah tinggi.

Faktor guru juga didapati kurang mempengaruhi masalah disiplin. Faktor ini

disebabkan oleh kebanyakan sekolah asrama melaksanakan peraturan yang ketat dalam

pengambilan guru. Guru-guru di sekolah asrama juga lebih prihatin dan serius dalam

menangani masalah disiplin sekolah. Semua guru tidak tertumpu pada guru disiplin

sekolah sahaja malah turut menyumbangkan masa dan tenaga dalam usaha

meningkatkan tahap disiplin pelajar sekolah (Abdullah Sani Yahaya, 2005)

Pelajar juga beranggapan kemudahan sekolah tidak begitu mempengaruhi

disiplin. Andaian yang dibuat adalah pelajar kebanyakannya berasal dari keluarga yang

sederhana dan tidak mempunyai masalah dalam menyesuaikan diri walaupun

kemudahan yang disediakan tidak mencukupi. Pendapat Mohd Amin H. A Shariff

(1998) ialah remaja yang datang daripada keluarga yang berada biasanya akan

mempunyai sedikit masalah dari segi penyesuaian kerana di rumah mereka mempunyai

Page 86: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

71

bilik sendiri dan semua keperluan diuruskan oleh pembantu rumah. Mereka tidak

gembira berkongsi atau tidur di dalam bilik bersama-sama dengan 10 orang lain.

Barang-barang kesukaan seperti alat muzik dan benda peribadi pula tidak digalakkan

dibawa bersama. Masa untuk bersendirian seperti di rumah juga tidak ada kerana

mereka tidak kerana mereka akan sentiasa dikelilingi oleh rakan-rakan sebilik.

Sebaliknya para pelajar dari keluarga kurang berada tidak merasakan kesusahan seperti

ini.

Faktor pelaksanaan peraturan juga dikenal pasti kurang menyumbangkan

masalah disiplin. Hal ini mungkin disebabkan peraturan yang dilaksanakan sesuai dan

tidak membebankan pelajar. Pelaksanaan disiplin yang terlalu ketat akan membawa

kesan buruk kepada pelajar dari segi pembelajarannya. Ini disokong oleh Amir Hasan

Dawi (2002) yang menyatakan peraturan sekolah mestilah tidak terlalu ketat atau yang

boleh menyebabkan individu memberontak.

Penyelidik juga mendapati faktor ibu bapa adalah paling kurang mempengaruhi

pelajar untuk terlibat dalam masalah disiplin. Faktor ini disebabkan oleh asuhan dan

didikan ibu bapa pelajar tersebut yang menekankan aspek disiplin diri sejak dari kecil

lagi. Pendapat Abdullah Sani Yahaya (2005) sesuai dengan dapatan kajian ini iaitu

faktor baka atau asal usul seseorang itu juga menjadi penentu dalam melahirkan individu

yang cemerlang daripada segi intelek, emosi dan rohani. Pelajar yang lahir daripada

golongan ini mempunyai daya ketahanan yang kuat dan tidak mudah terpengaruh

dengan gejala yang tidak sihat ini.

Page 87: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

72

5.3 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, semua persoalan kajian telah dijawab dan dibincangkan

seperti yang dikemukakan dalam semua objektif kajian. Fokus utama kajian ini

dijalankan adalah berkisarkan tentang peranan asrama dalam mempengaruhi disiplin

pelajar dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Dapatan kajian yang diperoleh

menunjukkan bahawa disiplin pelajar yang tinggal di asrama adalah sederhana (skor min

3.61). Masalah disiplin di kalangan pelajar pula mencatatkan tahap yang rendah dengan

skor min 1.56. Faktor rakan sebaya telah dikenal pasti sebagai faktor utama yang

mempengaruhi pelajar untuk menjadi lebih berdisiplin atau terlibat dengan masalah

disiplin.

5.4 Cadangan.

Berdasarkan daripada dapatan kajian dan rumusan yang telah dibuat, beberapa

cadangan daripada penyelidik ingin diajukan untuk dipertimbangkan dalam usaha untuk

mengatasi atau memperbaiki apa-apa kelemahan yang timbul daripada isu-isu yang

menjadi subjek kajian ini.

5.4.1 Dicadangkan supaya satu jawatankuasa dibentuk yang terdiri daripada pihak

sekolah dan beberapa pelajar yang dipilih, yang ditugaskan khusus untuk

mendengar segala masalah atau aduan pelajar-pelajar berkenaan segala aspek-

aspek berkaitan asrama termasuk kemudahan asas, peraturan dan jadual harian,

makanan serta masalah peribadi penghuni-penghuninya. Jawatankuasa ini

seharusnya mudah didekati oleh pelajar-pelajar (student friendly) supaya mereka

tidak merasa takut atau ragu-ragu untuk melaporkan sebarang masalah.

Page 88: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

73

5.4.2 Dicadangkan supaya satu bentuk laporan berkala (bulanan, mingguan atau

sebagainya) disediakan oleh penghuni asrama yang mengumpulkan setiap

rungutan dan aduan yang diterima melalui borang yang diedarkan atau

sebagainya. Laporan ini akan dikaji oleh satu jawatankuasa seperti yang

dicadangkan di atas dan seterusnya dibawa ke peringkat pentadbiran sekolah

untuk tindakan. Dengan cara ini setiap aspek penempatan di asrama akan

senantiasa dipantau, diperbaiki dan dipertingkatkan secara konsisten.

5.4.3 Dicadangkan supaya satu penyelidikan yang menyeluruh dan lengkap dijalankan

ke atas setiap sekolah ‘separa asrama’ di seluruh negara bagi mengkaji

kelemahan dan kekurangan yang ada. Kajian ini sebaliknya dilakukan oleh satu

kumpulan profesional, yang seterusnya akan merangka dan mencadangkan satu

bentuk garis panduan piawai yang komprehensif dan bersepadu yang harus

diguna pakai oleh setiap sekolah berasrama jenis ini.

5.4.4 Dicadangkan juga supaya pihak pengurusan asrama sekolah ini melakukan

lawatan teknikal ke sekolah-sekolah menengah berasrama penuh yang terdapat di

negeri Johor khususnya untuk meninjau setiap aspek pengurusan asrama sekolah

terbabit. Lawatan ini penting terutamanya untuk meneliti dan memilih perkara-

perkara yang sesuai dilaksanakan di asrama sekolah ini terutamanya daripada

segi program harian yang diatur, aktiviti riadah ko-kurikulum dan juga piawai

pemakaian pelajar di asrama.

Page 89: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

74

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan.

Penyelidik mengutarakan beberapa cadangan kajian lanjutan untuk dijadikan

panduan dan tindakan pengkaji lain yang berminat untuk membuat kajian lanjutan

berhubung dengan skop dan persoalan kajian yang sama :

5.5.1 Kajian yang melibatkan responden yang lebih besar yang melibatkan beberapa

buah sekolah menengah teknik. Kerana bilangan responden yang ramai akan

meningkatkan ketepatan dan kesahan kajian yang dibuat nanti.

5.5.2 Kajian dijalankan dengan melibatkan kaedah temu bual, pemerhatian dan soal

selidik. Kaedah-kaedah ini akan dapat menghasilkan keputusan kajian yang

lebih baik dan bermutu dari hanya menjalankan kajian dengan satu kaedah

sahaja.

5.5.3 Oleh kerana pengaruh rakan sebaya memberi kesan yang besar ke atas kes-kes

melanggar disiplin, maka adalah dicadangkan supaya dibuat satu kajian khusus

tentang pengaruh rakan sebaya terhadap disiplin pelajar di sekolah asrama.

Page 90: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

75

5.6 Penutup.

Setelah melalui rumusan, perbincangan, cadangan dan kesimpulan dari kajian ini

dibuat secara keseluruhannya didapati bagi tinggal di asrama berjaya membentuk pelajar

untuk berdisiplin walaupun disiplin pelajar sederhana pada sesetengah kategori disiplin.

Namun begitu kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik boleh diperkemas lagi

khususnya kepada yang berminat untuk menyambung kajian ini. Diharap apabila kajian

ini diteruskan oleh penyelidik baru, dapat diketahui dengan lebih mendalam lagi tentang

kesan tinggal di asrama dalam mempengaruhi disiplin pelajar.

Page 91: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

BIBLIOGRAFI

A. Ahmad, S. M. Idrus, N.N. N. A. Malik, N.A. Murad, N. H. Ngajikin

& M. R. M. Esa

(2006). “Pengaruh gaya hidup pelajar kejuruteraan di kolej kediaman UTM

terhadap pencapaian akademik”. In: National Student Development Conference

(NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia.

Abdul Rahman Abdul Aziz (2000). “Kemahiran Sosial Asas”. Kuala Lumpur : Utusan

Publications & Distributors.

Abdullah Sani Yahaya (2005). “Mengurus Disiplin Pelajar”. Pahang Darul Makmur :

PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ahmad bin Esa, Prof. Jailani bin Mohd Yunus dan Noraini binti Kaprawi (2004).

“Penerapan Kemahiran Kepimpinan Menerusi Kokurikulum di Politeknik”.

Dicapai pada 29 Januari 2008 dari

http://www.mpbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2005/ahmadKUITTH

O.pdf.

Alinah Saring, Che Fauziah Adam dan Habsah Hussain (1999). “Perbandingan

Pencapaian Akademik Bagi Pelajar Yang Tinggal di Dalam dan di Luar Kampus

ITTHO: Tinjauan Terhadap Jarak Tempat Tinggal”. Kajian Kes Ijazah Sarjana

Pendidikan ITTHO. Jabatan Pendidikan dan Kemanusiaan. ITTHO: Batu Pahat.

Page 92: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

77

Amir Hasan Dawi (2002). “Penteorian Sosiologi dan Pendidikan”. Perak : Quantum

Books.

Ang Jit Eng (2007). “Pengurusan Disiplin Murid”. Selangor Darul Ehsan : PTS

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Azlina binti Jopri (1999). “Pengalaman Sosial Pelajar Ketika Berada di Sekolah

Berasrama Penuh: Satu Kajian Kes di Sekolah Menengah Sains Kluang, Johor”.

Projek Sarjana Muda, UTM. Tidak Diterbitkan.

Azizi Yahaya (2005). “Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan”. Pahang : PTS Professional

Publishing Sdn. Bhd.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran

Malaysia (2004). “Kajian Disiplin Penghuni Asrama Sekolah Menengah

Harian”. Dicapai pada 7 Februari 2008 dari

http://apps.emoe.gov.my/bppdp/Kajian BPDPP/2004/2004 (1) Kajian disiplin

penghuni asrama.pdf.

Chua Yan Piaw (2006). “Kaedah Penyelidikan”. Kuala Lumpur : McGraw-Hill

(Malaysia) Sdn. Bhd.

Dewan Bahasa dan Pustaka (2005). “Kamus Dewan”. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Hairunnaja Najmuddin (2003). “Memahami dan Membimbing Remaja Nakal”. Pahang

Darul Makmur : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Howley, A., & Howley, C. B. (2006). “Small Schools and the Pressure To Consolidate”.

Education Policy Analysis Archives, 14(10). Dicapai pada 20 Februari 2008 dari

http://epaa.asu.edu/epaa/v14n10/.

Page 93: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

78

Jamaliah Abdul Hamid dan Norashimah Ismail (2005). “Pengurusan dan Kepimpinan

Pendidikan : Teori, Polisi dan Pelaksanaan”. Selangor Darul Ehsan : Penerbit

Universiti Putra Malaysia.

Jas Laile Suzana Jaafar (2002). “Psikologi Remaja”. Selangor Darul Ehsan : Prentice

Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2008). “Kad Laporan Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan 2006-2010”. Dicapai pada 12 Februari 2008 dari

http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=penyelidikan&unit=utama&bhs=my

&info=4&mod=baca.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2008). “Teks Perutusan Tahun Baru Y.B. Dato’

Hishamuddin Tun Hussein 2008”. Dicapai pada 12 Februari 2008 dari

http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=teks_ucapan&unit=utama&bhs=my

&info=228&mod=baca.

Mad Ithnin bin Salleh, Nek Kamal Yeop Yunus, Omar Abdull Kareem, Mohamad

Khairudin Lim Abdullah (2007). “Faktor Yang Mempengaruhi Ibu Bapa Dalam

Pemilihan Sekolah Anak Mereka di Negeri Perak : Kajian Rintis”. iMEC 2007

Proceedings, 22-24 June 2007, Bayview Beach Resort, Penang, Malaysia.

Minarni Mat Saad. “Asrama Semai Bakti Ubah Nasib Saya : Dr. Mohamad Hargai

Peluang Melanjutkan Pelajaran Yang Diberikan”. Berita Harian, 26 Februari

2008.

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim (2001). “Pengurusan Perkhidmatan Personalia Murid”.

Selangor Darul Ehsan : Cerdik Publications Sdn. Bhd.

Page 94: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

79

Mohamed Hatta Shaharom (2003). “Psikologi dan Kaunseling Remaja : Panduan

Remaja Membimbing Diri Sendiri”. Kuala Lumpur : PTS Publications &

Distributors Sdn. Bhd.

Mohd Amin H. A Shariff (1998). “Perkembangan Remaja, Pandangan, Pemahaman dan

Interprestasi”. Kuala Lumpur: DBP.

Mohd Majid Konting (1990). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan”. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Najib Ghafar (1999). “Penyelidikan Pendidikan”. Johor Darul Takzim : Penerbit.

Universiti Teknologi Malaysia

Mok Soon Sang (2003). “Psikologi Pendidikan Untuk Kursus Diploma Perguruan

Semester 3”. Selangor Darul Ehsan : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

N.A (2008). “Pemimpin Kecil”. Dicapai pada 16 Mac 2008 dari

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/kaunseling/pimpinkecil/pkecil1.htm.

N.A. “Mengapa Cepat Menghukum?”. Dewan Masyarakat, September 2007.

Omardin Ashaari (1999). “Pengurusan Sekolah”. Kuala Lumpur: Utusan Publications

Sdn. Bhd.

Salmiah Husain (2003). “Persepsi Pelajar Terhadap Aspek-aspek Penempatan di Asrama

dan Hubungan Dengan Pencapaian Akademik Pelajar: Satu Tinjauan ke Atas

Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas”. Kajian Kes Ijazah Sarjana Pendidikan

Teknik dan Vokasional. Fakulti Pendidikan Teknikal. KUiTTHO: Batu Pahat.

Sharifah Md. Nor (2000). “Keberkesanan Sekolah: Satu Perspektif Sosiologi”.

Universiti Putera Malaysia: Serdang.

Page 95: 7467827 Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar Satu Tinjauan

80

Tajul Ariffin Nordin, Roslee Ahmad dan Rahimawati Abd. Rahman (2007). “Membina

Pelajar Cemerlang : Evolusi Pembelajaran Sepanjang Hayat”. Johor Darul

Takzim : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad (2008). “Ubah Penampilan Diri : 10 Petua

Membina Sikap Positif”. Dicapai pada 18 Mac 2008 dari

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/laman_map/motivasi/motivasi9.htm.

Zainun Mu'tadin (2002). “Disiplin”. Dicapai pada 1 Mac 2008 dari http://www.e-

psikologi.com/remaja/290702.htm.