POLITIK LAMA VS POLITIK BARU PASCA PILIHAN RAYA UMUM KE-12
OLEH:
MUHAMAD AIMAN BIN IDRIS AF080278 (012-4277947) AHMAD MAHFUZ BIN
SAAD AF080223 (013-7927298) NADIA ASYILLA BINTI BAHARDAN SHAH
AF080259 (017-9211770) NORHASZURAH BINTI MALEKAL AF080267
(012-7785836)
DISEDIAKAN UNTUK:
EN. KU HASNAN BIN KU HALIM PUSAT PENGAJIAN KEMANUSIAAN DAN
KOMUNIKASI FAKULTI SAINS, SASTERA, DAN WARISAN UNIVERSITI TUN
HUSSEIN ONN MALAYSIA
Table of Contents
List .1
of
table
Singkatan.. .2
Soalan Tugasan ..3
1.0 1.1 4
PENGENALAN Latar Belakang
4 Kajian.
2.0
KEADAAN
POLITIK
DI
MALAYSIA.6
3.0
ISU-ISU ATAU PUNCA-PUNCA MENYEBABKAN PERUBAHAN DRASTIK
PENGUNDI
DALAM PRU-12.................10
4.0
SETELAH
PILIHAN
RAYA
UMUM
KE-
12.....................14
4.1 4.2 4.3
Suasana Pendapat Andaian
Politik
Semasa
Yang
Melanda
Negara14 Bagi Mengatasi Masalah yang Dihadapi Terutama oleh
Orang Awal Keadaan Politik Di Malaysia Pada Masa Akan Melayu17
Datang...........................................................19
5.0
KESIMPULAN........................................................................................................................
......................................21
Bibliografi 22
List of Table
Jadual 1: Perbandingan Kerusi Parlimen yang dimenangi BN dan
Pembangkang pada 2004 dan 2008
Singkatan
UMNO MCA MIC PPP PKR Pas DAP PAP PR
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Berskutu Malaysian Chinese
Association Malaysian Indian Congress Peoples Progressive Party
Parti Keadilan Rakyat Parti Islam Se-Malaysia Democratic Action
Party Peoples Action Party Pakatan Rakyat
PRU-12 DEB ISA PPSMI Bahasa Inggeris NGO SPR HINDRAF
Pilihan Raya Umum ke-12 Dasar Ekonomi Baru Internal Security Act
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam
Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan Suruhanjaya Pilihan Raya
Malaysia Hindu Rights Action Force
POLITIK LAMA VS POLITIK BARU PASCA PILIHAN RAYA UMUM KE-12
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Latar Belakang Kajian
Tsunami Politik. Istilah ini sering kedengaran setelah keputusan
Pilihan Raya Umum Ke-12 diumumkan pada malam 8 Mac 2008. Barisan
Nasional (BN) telah memperoleh keputusan yang terburuk dalam
sejarah pilihan raya sejak 1956. Barisan Nasional hanya memperoleh
kemenangan sebanyak 140 kerusi Parlimen
dari 222 kerusi yang dipertandingkan. Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersekutu (UMNO) memenangi 78 kerusi Parlimen, Malaysian
Chinese Association (MCA) 15 kerusi, Malaysian Indian Congress
(MIC) 3 kerusi, Gerakan 2 kerusi, dan Peoples Progressive Party
(PPP) tewas di semua kerusi yang ditandingi. Oleh yang demikian,
Barisan Nasional mendapat 51.2% undi majoriti dan gagal memperoleh
2/3 majoriti di Parlimen.
Pencapaian parti-parti di
bawah Pakatan Rakyat (PR) pula menunjukkan
peningkatan mendadak 82 kerusi di Parlimen berbanding 20 pada
PRU ke-11. Antaranya Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi 31
kerusi di Parlimen, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) 23 kerusi, dan
Democratic Action Party (DAP) 28 kerusi. Pakatan Rakyat seterusnya
berjaya menguasai lima negeri di Semenanjung iaitu Pulau Pinang,
Kedah, Perak, Selangor, dan Kelantan. Pemerhatian yang diperoleh
menunjukkan Barisan Nasional telah memperoleh keputusan yang
terburuk berbanding keputusan Pilihan Raya Umum 1969 yang pada
ketika itu Parti Perikatan hanya memperoleh kemenangan di 68 kerusi
Parlimen berbanding 118 yang dipertandingkan.
Mengapa Tsunami Politik ini berlaku? Terdapat banyak andaian dan
persepsi yang diberikan oleh penganalisis-penganalisis politik yang
menyebabkan kejatuhan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-12
yang lalu. Isu atau punca kejatuhan ini banyak berkait rapat dengan
krisis dan masalah yang sebenarnya berlaku dalam Barisan Nasional
itu sendiri. Banyak isu yang dibangkitkan melemahkan kerajaan dan
boleh dikatakan ibarat membuka pekung di dada.
Selain itu, rakyat dilihat banyak membandingkan cara
pemerintahan Perdana Menteri terdahulu, terutama Tun Dr. Mahathir
Mohamad dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pemerintahan Tun
Dr. Mahathir yang lebih tegas dan berani membolehkan negara
mencapai kemodenan dengan pesat. Perkara ini agak berbeza dengan
Datuk Seri Abdullah (kini Tun Abdullah Ahmad Badawi) yang dilihat
lebih berlembut dan tidak tegas dalam membuat sesuatu keputusan.
Selain itu, masalah-masalah dalaman seperti rasuah, isu kroni, dan
lain-lain lagi banyak menghilangkan kepercayaan kepada beliau.
Sehubungan dengan itu, dapat disimpulkan bahawa rakyat Malaysia
sudah pandai berpolitik dan bukan hanya mengikut telunjuk orang
semata-mata. Rakyat sentiasa membuka mata dan memerhatikan apa yang
dilakukan oleh para pemimpin. Pilihan Rya Umum ke-12 adalah amaran
dari rakyat yang mungkin marah atau tidak berpuas hati dengan corak
pemerintahan terdahulu, iaitu di era Tun Abdullah yang kemudiannya
diambil alih oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Setelah dua
tahun berlalu, banyak perkara telah berlaku terutama kemunculan
isu-isu yang boleh dikategorikan sebagai sensitif telah
dibangkitkan dan perkara ini memerlukan penjelasan yang baik kepada
masyarakat agar tidak disalah ertikan pada masa hadapan.
BAB 2
KEADAAN POLITIK DI MALAYSIA
Penduduk di Tanah Melayu mula berorganisasi dan membentuk
parti-parti yang memperjuangkan bangsa Melayu sejak di bawah
pemerintahan Inggeris lagi. Antara parti yang awal ditubuhkan ialah
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersekutu (UMNO) yang membela orang
Melayu dan memperjuangkan kemerdekaan negara. Dari itu, dapat
dilihat bahawa rakyat negara ini banyak berpolitik demi menjaga
kepentingan agama, bangsa, dan tanah air tercinta.
Dalam penulisan ini, keadaan politik di Malaysia dibahagikan
kepada dua tempoh masa, iaitu politik lama dan politik baru.
Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) menjadi pembahagi kepada tempoh
masa yang dilihat sebagai perubahan mendadak terhadap pola
pengundian di Malaysia. Politik lama ialah politik yang ditumpukan
sebelum PRU-12 manakala politik baru ialah keadaan politik selepas
PRU-12.
Jika kita menyingkap kembali suasana politik sebelum merdeka,
parti-parti politik yang diperkenalkan berasaskan kepada parti
kaum. Sepertimana UMNO adalah untuk Melayu, MCA dan MIC
masing-masing adalah untuk Cina dan India. Perjuangan UMNO untuk
bangsa Melayu memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Penggagalan
dasar Malayan Union adalah satu kejayaan yang besar bagi UMNO dan
bangsa Melayu. Ini kerana pada waktu itu, keahlian UMNO hanyalah
kepada orang Melayu semata-mata. Menyingkap kembali ucapan pertama
Tunku Abdul Rahman selaku dipilih menjadi Presiden UMNO kedua, Pada
masa kita bangun menjatuhkan Malayan Union, bangsa lain itu cuma
melihat dan memandang sahaja. Mereka tidak masuk campur atau ambil
berat kerana mereka itu sedar bahawa yang kita tuntut itu adalah
hak kita bangsa Melayu. Oleh sebab itu, bangsa lain tidak ambil
bahagian kerana pada fikiran mereka perkara itu tidak ada kena
mengena dengan kepentingan mereka.1
1
Abd Manaf Hj Ahmad, Kontrak sosial, hlm. 114.
Oleh itu, jelaslah politik lama yang diamalkan adalah
berteraskan kepada perjuangan kaum. Pun begitu, perjuangan bangsa
pada ketika itu adalah signifikan kerana bangsa Melayu sangat jauh
ketinggalan. Perkara yang sama berlaku ke atas kaum lain disebabkan
oleh dasar pecah dan perintah yang diperkenal British. Jika isu
integriti diketengahkan, ia akan menjadi sesuatu yang sangat asing
memandangkan kehadiran orang luar atau imigran yang agak baru pada
masa itu dan lokasi tempat tinggal yang berasingan. Jadi,
kemungkinan untuk kaum ini berinteraksi adalah rendah.
Politik lama yang teramal di negara ini berasaskan antagonisme
kaum ini diwarisi daripada struktur dan sistem tinggalan kolonial
Inggeris. Antara pendekatan cara halus yang dilakukan British
terhadap orang Melayu ialah dengan mengadakan satu bentuk
transformasi sosial. Transformasi yang dimaksudkan ialah peralihan
masyarakat Melayu daripada masyarakat homogenus kepada masyarakat
moden pelbagai kaum. Masyarakat homogenus ialah masyarakat yang
berpegang kepada tradisi manakala masyarakat moden pelbagai kaum
dalam erti kata ini ialah kepelbagaian masyarakat yang diikat oleh
fungsi dan faktor ekonomi kapitalisimperialis. Tranformasi sosial
telah mewujudkan polarisasi kaum iaitu pemecahan berdasarkan kaum.
Polarisasi kaum ini mewujudkan ruang konflik antara masyarakat
peribumi dengan masyarakat imigran.
Bekas Perdana
Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada era
pemerintahannya pernah mengetengahkan persoalan negara bangsa.
Salah satu prinsip Wawasan 2020 juga adalah dengan mewujudkan
negara bangsa. Pada era pembentukan Malaysia tahun 1963, pemimpin
Peoples Action Party (PAP) dengan lantang memperjuangkan konsep
negara Malaysia-Malaysian dan secara terus terang mengkritik
kedudukan orang Melayu serta kuasa Raja-raja Melayu. Kritikan ini
secara jelas telah mencabar dan mengenepikan kontrak sosial yang
dipersetujui sebelum ini. Kehadiran DAP dan Gerakan pada Pilihan
Raya Umum 1969 telah meneruskan perjuangan PAP yang mendesak
persamaan politik, ekonomi, dan sosial bagi semua rakyat. Isu
perkauman yang dimainkan ketika Pilihan Raya Umum 1969 telah
mencetuskan rusuhan kaum seterusnya menyebabkan tragedi berdarah 13
Mei 1969. Tragedi ini telah merencatkan usaha
ke arah pembentukan negara bangsa di Malaysia. Jadi jelaslah
bahawa politik lama adalah berdasarkan perkauman dan ia merupakan
kesinambungan politik penjajah British. Politik lama juga
memperlihatkan bahawa kepentingan diri serta sikap curiga antara
satu sama lain adalah melebihi kepentingan negara dan seterusnya
membantutkan usaha pembentukan negara bangsa.
Sedar atau tidak, sesetengah golongan masyarakat mengatakan
bahawa politik lama bersifat korupsi dan rasuah. Rasuah di sini
berlaku sama ada di dalam pimpinan parti itu sendiri mahupun
sebaliknya. Terdapat liputan akhbar yang menyatakan berlakunya kes
rasuah dalam proses pemilihan pucuk pimpinan parti. Hal ini jelas
sekali menyingkap kelemahan individu malahan jentera parti itu
sendiri. Kes rasuah dalam pimpinan parti amatlah dikesali kerana
orang yang dipilih bukanlah berdasarkan kebolehan dan kepercayaan
yang diberikan ahli dalam majlis tertinggi. Sebaliknya orang
memilih calon tersebut atas dasar habuan yang sementara. Lebih
dibimbangi lagi, hal ini akan menjadi duri dalam daging kepada
parti itu sendiri. Sebagai contoh, calon yang menang melalui
pengamalan rasuah sudah pastinya kurang komitmen dan tidak jujur
terhadap tugasan. Oleh itu dasar dan usaha yang hendak dilaksanakan
oleh parti pastinya terbatas disebabkan kurangnya komitmen.
Manifesto-manifesto serta dasar yang tergendala menyebabkan rakyat
berasa bosan kerana harapan mereka gagal dilunaskan. Seterusnya
rakyat cenderung untuk beralih angin dalam memilih pemimpin baru
pada masa akan datang. Pihak yang menerima kerugian dan tempiasnya
sudah pastilah parti politik itu sendiri.
Perkataan politik baru pula merujuk kepada keadaan politik pasca
PRU-12. Namun yang demikian, definisi dan pandangan terhadap dasar
politik baru itu sendiri masih lagi bercelaru. Individu yang
berbeza pasti akan memberikan jawapan mereka beserta hujah yang
tersendiri. Yang pasti, pandangannya adalah berbeza dengan
pandangan orang lain.
Politik baru bolehlah ditafsirkan sebagai politik yang bersifat
integriti. Pencetus kepada politik baru adalah disebabkan oleh
kecelaruan serta pergolakan yang belaku dalam politik lama. Jika
politik lama sering kali dikaitkan dengan nama perjuangan bangsa,
politik baru ialah proses politik ke arah mewujudkan kesatuan
antara kaum. Politik baru bersifat people-centric dan berteraskan
kepada ilmu dan maklumat. Bagaimana dikatakan politik berteraskan
ilmu dan maklumat? Dalam menghadapi pilihan raya, parti yang
bertanding akan melobi pengundi dengan dasar dan manifesto
masing-masing. Dalam politik baru, pengundi menunjukkan kematangan
dengan membuat bandingan dengan pimpinan pada masa yang lepas.
Adakah calon yang sama bertanding di kawasan yang sama? Apakah
manifestonya pada pilihanraya yang lalu telah dilunaskan? Inilah
dikatakan poltik berasaskan ilmu dan maklumat. Pengundi dalam era
poitik baru berani untuk mengambil langkah drastik yang mana telah
berjaya merubah suasana politik negara.
Apabila
berkata
mengenai
politik
yang
berasaskan
ilmu
dan
maklumat,
pendekatan yang boleh digunapakai dalam membicarakan hal politik
antara dua pakatan politik yang berbeza ialah dengan kaedah
berhujah. Dalam suasana politik Malaysia pada hari ini, pendekatan
ini menjadi suatu pendekatan yang semakin diterima pakai. Dalam
televisyen misalnya, terdapat slot siaran rancangan berkaitan hujah
politik. Selain daripada itu, masyarakat siswa juga dapat
menyalurkan idea dan pandangan mereka dalam konteks pengajian
tinggi menerusi rancangan Bicara Siswa2. Pendekatan yang digunakan
dalam rancangan ini ialah forum dan hujah.
Dalam politik lama, perbezaan pendapat antara dua pakatan parti
yang berlainan diluahkan dengan cara yang kurang bijak. Cara-cara
yang dimaksudkan adalah dengan melakukan serangan peribadi ke atas
ahli politik, berdemonstrasi, dan sebagainya. Cara ini dilihat
lebih terarah kepada tuntutan emosi dan kurang berani. Politik baru
juga boleh diertikan sebagai politik yang berasaskan2
Rancangan dalam RTM 1
kesaksamaan dan perimbangan kelas. Kesaksamaan ini ditafsirkan
sebagai kelonggaran setiap kaum untuk brsama-sama dalam membangun
dan mencorakkan masa depan negara. Dari segi positifnya,
pembangunan yang direncanakan akan mengambil kira kepentingan semua
pihak seterusnya mewujudkan suasana yang disenangi oleh semua
pihak.
BAB 3
ISU-ISU ATAU PUNCA-PUNCA MENYEBABKAN PERUBAHAN DRASTIK PENGUNDI
DALAM PRU-12
Seseorang
pemerintah
atau digelar
Perdana
Menteri
merupakan
seorang
pemimpin yang diterima rakyat melalui proses amalan demokrasi
berparlimen
yang memerlukan pilihan raya di sesebuah negara. Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5 atau dengan
panggilan mesra Pak Lah boleh dikatakan seorang pemimpin yang
kehilangan populariti setelah melakukan beberapa kesilapan yang
hampir melumpuhkan kerajaan Barisan Nasional. Beliau dilihat tidak
bersungguh-sungguh dalam memerangi rasuah. Sebaliknya, beliau
dikatakan lebih mengutamakan kroni serta anak dan menantunya dalam
pemberian kontrak tanpa tender.
Beliau juga dilihat sebagai seorang pemimpin yang tidak tegas
dan sering berlembut dalam mencapai sesuatu keputusan. Perkara ini
adalah berbeza dengan corak kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang
lebih tegas. Oleh yang demikian, pihak luar lebih mudah
mempengaruhi kepimpinan Pak Lah demi membawa agenda dan kepentingan
mereka. Khairi Jamaludin, iaitu menantu kepada Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi dilihat sebagai punca utama kepada kejatuhan atau
liabiti kepada Barisan Nasional. Beliau dikatakan bertindak
seolaholah Timbalan Perdana Menteri yang banyak menentukan
keputusan berkaitan pentadbiran negara. Beliau juga banyak
mengeluarkan kenyataan berbau authoritif yang membuatkan ramai
orang termasuk dari UMNO sendiri yang tidak senang dengan
keceluparan mulutnya. Islam Hadhari yang diperkenalkan merupakan
satu cara untuk memperbaiki serta meningkatkan lagi mutu dan gaya
hidup melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan serta pembangunan
kesihatan dan fiizikal. Namun, konsep ini tidak mendapat sambutan
malah banyak pihak yang mempersoalkan tentang konsep ini.
Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan salah seorang yang menjadi
faktor kegagalan pemerintahan Datuk Seri Abdullah. Rekod cemerlang
Tun Dr. Mahathir sememangnya tidak mampu ditandingi oleh Pak Lah.
Kecerdikan, ketegasan, pandangan jauh, serta kelantangan Tun Dr.
Mahathir dalam menyuarakan pendapat bukan sahaja disegani di mata
rakyat Malaysia, malah diiktiraf dunia terutama dari negara-negara
Islam. Wawasan 2020 yang merupakan wawasan bagi mencapai negara
maju menjelang tahun 2020 masih kedengaran, namun konsep Islam
Hadhari yang baru sahaja diperkenalkan mula disisihkan. Pada tahun
1998, Malaysia telah mengalami masalah kegawatan ekonomi dimana
Malaysia telah terperangkap dalam krisis kewangan serantau. Akibat
daripada kegawatan
tersebut, pertumbuhan ekonomi merudum sebanyak 7.5 peratus.
Selain itu, masalah pergolakan dalam politik merupakan
berita-berita hangat yang sering menghiasi dada-dada akhbar dan
juga televisyen di sekitar tahun 1998 hingga 1999, Tetapi, Tun Dr.
Mahathir berjaya mengatasi semua itu atas kepintaran yang dimiliki
oleh beliau3. Oleh itu, kecemerlangan yang ditonjolkan oleh Tun Dr
Mahathir yang memerintah negara selama 22 tahun membuatkan rakyat
sering membandingkan era pentadbiran ketika itu dengan era di bawah
Datuk Seri Abdullah yang agak lemah.
Terdapat juga isu-isu perkauman yang sering dibangkitkan oleh
pembangkang. Sesuatu isu berkaitan perkauman dilihat mampu
menggugat sesuatu kerajaan. Pakatan Rakyat memainkan isu yang
berbau perkauman seperti mengulang tayang gambar Datuk Seri
Hishammudin Tun Hussein, Ketua Pemuda UMNO ketika itu yang
menjulang dan mencium keris Panca Warisan. Isu ini sengaja dibawa
bagi membangkitkan kemarahan kaum lain terutama kaum Cina yang
menganggap orang Melayu akan membangkitkan istilah Ketuanan Melayu
dan menindas mereka di kemudian hari. Pada zahirnya, perbuatan
mencium keris adalah adat biasa dalam sesuatu upacara rasmi orang
Melayu. Namun, isu ini sengaja dibangkitkan bagi mengundang
kemarahan orang bukan Melayu.
Selain itu, masalah kenaikan harga barang dan kesan inflasi
memberikan cabaran terutama kepada kerajaan bagi menghadapi suara
rakyat. Masalah ini sememangnya memberi kesan kepada pengundi kelas
pertengahan yang dicengkam dengan kenaikan harga barang keperluan
asas serta kenaikan harga minyak dan bahan bakar yang lain. Pakatan
Rakyat yang diketuai oleh pemimpin de facto mereka, Datuk Seri
Anwar Ibrahim sering kali menjanjikan penurunan harga barangan
runcit dan harga bahan bakar. Perkara ini menarik minat para
pengundi yang sangat mengharapkan agar bebanan kewangan mereka
dapat dikurangkan.
3
R.S. Milne and Diane K. Mauzy, Malaysian Politics Under
Mahathir, London:Routledge,1999, hlm. 43
Kemunculan semula Datuk Seri Anwar Ibrahim juga antara punca
utama kepada Tsunami Politik di negara ini. Pengaruh Datuk Seri
Anwar Ibrahim yang kuat telah membangkitkan gelombang rakyat.
Beliau berjaya memperincikan beberapa perkara yang akan dilakukan
jika Pakatan Rakyat diberi mandat untuk memerintah. Boleh dikatakan
ucapan Anwar semua dengan nada yang sama iaitu penurunan harga
minyak, hilangnya daya saing Malaysia di rantau Asia, dan penyatuan
kaum untuk membangunkan Malaysia. Oleh yang demikian, orang ramai
mudah terpengaruh dengan kata-kata manis beliau yang sememangnya
pandai dalam memanipulasi fikiran rakyat.
Di zaman moden kini, internet menjadi satu medium yang mudah
dalam memperoleh sesuatu berita atau networking yang baik buat
semua orang terutama golongan muda. Penggunaan internet yang meluas
di kalangan penduduk Malaysia terutama mereka yang terpelajar dan
golongan muda membolehkan berita alternatif dan berita yang tidak
disiarkan oleh media perdana dapat dibaca melalui medium ini dengan
mudah sekali. Parti seperti PAS dan DAP menggunakan seluasnya
internet dalam bentuk laman web, blog, video dan sebagainya.
Malaysia Today yang dikendalikan oleh Raja Petra mempunyai pengaruh
paling besar dengan pendedahan yang cukup berani tentang
penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin dan sekutu
mereka. Blog-blog aliran alternatif juga tumbuh dengan banyak
sekali dan di antara mereka ialah golongan yang pro-Mahathir. Tun
Abdullah Ahmad Badawi akhirnya terpaksa mengaku, bahawa media
internet merupakan punca kekalahan BN yang dipimpininya dalam PRU
ke-12. Jelas, perang siber pada Pilihan Raya Umum ke-12 memihak
kepada PKR, PAS dan DAP yang kemudiannya membentuk Pakatan
Rakyat.
Di samping itu, faktor dalaman dalam Barisan Nasional merupakan
masalah yang paling kritikal yang menyebabkan perubahan pola
pengundian pada pilihan raya yang lalu. Salah satunya ialah
percaturan pemimpin pemuda UMNO yang
meletakkan ramai muka-muka baru sebagai calon yang bertanding
dalam PRU-12. Pada PRU-12, terdapat 147 orang calon pemuda BN iaitu
46 di peringkat Parlimen dan 101 di peringkat DUN. Perkara ini
menyebabkan ketidakpuasan hati di kalangan pemimpin UMNO yang
digugurkan daripada bertanding dalam PRU-12. Kebanyakan muka-muka
lama tidak berpuas hati kerana mereka tidak diajak berunding
sebelum digugurkan daripada senarai calon yang bakal bertanding.
Kebanyakan muka lama terdiri daripada mereka yang mempunyai rekod
perkhidmatan yang baik dan mempunyai penyokong yang ramai di
sesuatu kawasan. Akibatnya calon-calon baru tidak mendapat sokongan
daripada pengundi di sesuatu kawasan pilihan raya yang majoritinya
masih menyokong wakil rakyat yang telah digugurkan.
Selain itu, Barisan Nasional turut dikaitkan dengan status
calon-calon lama yang dicalonkan semula. Sebahagian daripada mereka
mempunyai beberapa masalah yang berkaitan dengan tuduhan rasuah,
jenayah, penyalahgunaan kuasa dan pemilikan harta yang berlebihan.
Antara mereka yang dimaksudkan ialah Datuk Seri S. Samy Velu, Tan
Sri Rafidah Aziz, Tan Sri Muhammad bin Mohd Taib, Datuk Seri Mohd
Nazri Aziz, Datuk Seri Mohd Khir Toyo, Dato Seri Azalina Othman
Said, Datuk Seri Musa Aman, Ahli Parlimen Gopeng Ling Hee Leong,
Dato Johari Baharom, Tan Sri Chan Kong Choy dan lain-lain lagi.
Masalah rasuah ibarat sudah sebati dengan para pemimpin n ahli
UMNO sendiri. Perkara ini merupakan satu perkara yang subjektif dan
sukar untuk dikawal jika setiap individu tidak memperbaiki niat
dalam diri mereka sendiri. Tun Dr. Mahathir sendiri mengakui
kegagalan beliau dalam memerangi rasuah terutama berkaitan
dengan politik wang dalam UMNO semasa era pemerintahannya4.
Rasuah merupakan perkara yang harus diakui bahawa ianya wujud dalam
negara. Statistik yang dikeluarkan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR)
setiap tahun tidak menipu kita tentang jumlah kes yang disiasat dan
jumlah yang disabitkan kesalahan5. Oleh yang demikian, setiap
pemimpin haruslah mempunyai nilai-nilai etika dan integriti serta
berpegang teguh kepada ajaran agama bagi menghindari
perkara-perkara yang tidak elok untuk diteladani.
Kaedah pemilihan calon-calon juga merupakan faktor dalaman
Barisan Nasional yang menyebabkan ketidakpuasan hati di kalangan
ahli parti dan seterusnya mendorong kepada penolakan terhadap BN.
Sebagai contoh, ramai calon MCA yang tewas kerana pemilihan mereka
adalah ditentukan oleh Presiden MCA sendiri dan beliau menggunakan
taktik intipan untuk menjatuhkan musuh-musuh dalaman yang lain. Hal
yang sama juga berlaku di dalam MIC di mana Presiden MIC, Datuk
Seri S. Samy Vellu telah mencantas sesiapa sahaja yang tidak
sehaluan dengannya. Ramai di kalangan orang India tidak menyukai
beliau yang dianggap sebagai diktator dan dikaitkan dengan banyak
kumpulan samseng. Ada di kalangan orang India sendiri dikatakan
melakulkan sembahyang di kuil-kuil Hindu agar Samy Velu kalah dalam
Pilihan Raya Umum ke-12.
Faktor-faktor luaran juga menjadi punca kepada kelemahan
kerajaan. Sepanjang tahun 2007 terdapat beberapa kes yang
melibatkan kenaikan kadar tol, harga barangan, berlakunya
peningkatan kadar jenayah serius, aduan rasuah yang banyak,
tuntutan kenaikan gaji pekerja akibat kenaikan kos sara hidup,
tuntutan pelajar-pelajar universiti, tunjuk perasaan yang mahukan
pilihan raya lebih adil, tunjuk perasaan oleh penduduk setinggan,
perhimpunan oleh Hindu Rights Action Force (HINDRAF) dan beberapa
kes penyalah gunaan kuasa. Perkara-perkara tersebut tidak
diselesaikan oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah dengan4
R.S. Milne and Diane K. Mauzy, Malaysian Politics Under
Mahathir, London:Routledge,1999, hlm. 1715
Anis Yusal Yusoff dan Zubayry Abady Sofian, Politik Isu-isu
Integriti:2000-2008, hlm. 43
bijak. Oleh yang demikian, rakyat dilihat terdesak dan telah
memberi pengajaran pada Pilihan Raya Umum ke-12. Kegetiran ekonomi
disebabkan oleh peningkatan harga barangan dan perkhidmatan yang
membuak-buak juga membakar rasa tidak puas hati terhadap
perancangan dan pelaksanaan polisi kerajaan selama ini.
Kesengsaraan ini amat dirasai oleh majoriti penduduk bandar dan
luar bandar yang berpendapatan rendah dan sederhana.
BAB 4
SETELAH PILIHAN RAYA UMUM KE-12
4.1 Suasana Politik Semasa Yang Melanda Negara Keputusan Pilihan
Raya Umum Ke-12 menyaksikan banyak perubahan dan kesan emosi yang
melanda sesuatu kaum, terutama kaum majoriti di negara ini, iaitu
orang Melayu. Di sini, kajian akan lebih menjurus kepada kesan yang
dihadapai oleh orang Melayu. Antara perkara yang dibangkitkan
adalah pembahagian dan perlantikan jawatan bagi kerusi kabinet dan
negeri. Berdasarkan pemehatian, pembahagian kerusi bagi kerusi
kabinet dan negeri dilihat tidak adil terutama kepada orang Melayu.
Kerajaan Pulau Pinang yang berada di bawah pemerintahan Y. Bhg Lim
Guan Eng dari DAP dilihat banyak mengabaikan orang Melayu. Jawatan
exco di Perak dan Selangor juga tidak mencerminkan komposisi
penduduk di negeri-negeri berkenaan. Jumlah penduduk Melayu di
Pulau Pinang adalah seramai 43%, Perak 54% dan Selangor 56% tetapi
bilangan exco Melayu yang dilantik adalah kurang 40%. Penduduk
Melayu di negeri-negeri berkenaan telah menuntut supaya bilangan
exco Melayu ditambah bagi menjaga kebajikan mereka, namun
permintaan tersebut tidak dilayan.
Di samping itu, dasar-dasar kerajaan negeri yang dikuasai oleh
pembangkang seperti Pulau Pinang, Perak, dan Selangor banyak
memihak kepada orang bukan Melayu. Perkara ini jelas kelihatan di
Pulau Pinang, sejurus selepas kemenangan DAP dalam PRU-12. Ketua
Menteri, Y. Bhg Lim Guan Eng dengan beraninya telah mengumumkan
bahawa Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang banyak membantu orang Melayu
akan dimansuhkan dan diganti dengan satu dasar yang lebih sama
rata. Perkara ini sememangnya membangkitkan kemarahan orang Melayu
yang banyak bergantung kepada dasar tersebut.
Di Perak, Menteri Besarnya pada ketika itu, Datuk Seri Ir.
Mohammad Nizar Jamaluddin telah mengumumkan pemberian hak milik
kekal tanah kepada penduduk kampung baru yang menduduki tanah
kerajaan yang majoritinya terdiri daripada orang-orang Cina.
Perkara ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan orang
Melayu. Manakala di Selangor pula, kerajaan negeri telah meluluskan
pemindahan kawasan ternakan babi di kawasan seluas 400 ekar yang
menelan belanja RM100 juta ke daerah Sepang di mana majoriti
penduduk di situ adalah orang Melayu. Isu ini hebat diperdebatkan
namun kerajaan negeri bersikap berdiam diri demi menjaga
kepentingan orang Cina yang banyak mengundi mereka pada pilihan
raya yang lalu. Di samping itu, orang bukan Melayu juga dilihat
semakin berani mengecam pemimpin Melayu, budaya Melayu dan agama
Islam. Senario selepas Pilihan Raya Umum ke-12 memperlihatkan
kelantangan sesetengah pemimpin bukan Melayu terhadap hal-hal
berkaitan orang Melayu. Sebagai contohnya Presiden MCA, Datuk Seri
Ong Tee Keat dan Lim Kit Siang dari DAP telah mengecam Tengku
Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra yang cuba
mempertahankan hak istimewa orang Melayu yang sedia diperuntukkan
di dalam Perlembagaan Persekutuan. Parti MCA juga membangkitkan isu
Keris Panca Warisan yang dicium oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri
Hishammudin Tun Hussein semasa Perhimpunan Agong UMNO pada tahun
2005 dan 2006 adalah di antara punca kekalahan ramai calon mereka.
Beliau telah memohon maaf atas kejadian itu, sedangkan mencium
keris di sesuatu majlis rasmi, terutama Perhimpunan Agung UMNO
adalah salah satu adat resam Melayu.
Pengerusi DAP, Lim Kit Siang telah banyak kali menentang
penubuhan negara Islam, sedangkan Peruntukan Malaysia telah
menyatakan bahawa agama Islam
adalah agama rasmi bagi Malaysia. Perkara ini tidak pula
ditentang oleh para pemimpin dari PAS yang dikatakan memperjuangkan
agama Islam, malah sanggup bersekongkol dengan DAP bagi menentang
kerajaan. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar
Jamaluddin juga telah bersikap kasar dengan mempertikaikan
keputusan Sultan Azlan Shah, Sultan Perak yang melucutkan
jawatannya. Beliau dengan lantang membawa isu ini ke Mahkamah
Tinggi sedangkan ada peruntukan yang membolehkan kuasa Sultan
diguna pakai dalam perlantikan dan perlucutan jawatan Menteri
Besar. Perpaduan yang kurang antara kerajaan dan pihak Istana turut
menyebabkan orang Melayu tertekan. Wakil rakyat yang dicalonkan
oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia
ketika itu bagi jawatan Menteri Besar telah ditolak oleh Sultan
Perlis dan Terengganu. Perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku
sekiranya terdapat perpaduan yang erat di kalangan ahli-ahli dengan
pemimpin UMNO dan Sultan. Pemimpin-pemimpin Melayu juga saling
menyalahi antara satu sama lain atas pencapaian yang buruk dalam
pilihan raya. Ramai yang membangkitkan tentang kelemahan pucuk
pimpinan UMNO, sabotaj oleh para pengundi, salah meletakkan calon,
dan sebagainya.
Apabila Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengambil alih
pemerintahan dari Tun Abdullah Ahmad Badawi, dapat dilihat
perubahan yang dilakukan dengan segera bagi menangani isu-isu
sensitif seperti Penahanan ISA (Internal Security Act) dan
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI). Beliau meneliti semua perkara dan melihat isu-isu
ini harus diselesaikan segera bagi mengelakkan kemarahan rakyat.
Pada hari pertama Datuk Seri Mohd Najib menjadi Perdana Menteri,
beliau telah melepaskan beberapa orang tahanan ISA yang tidak lagi
mengancam negara dan secara berperingkat-peringkat bagi yang
selebihnya. Bagi isu PPSMI, beberapa perjumpaan dilakukan antara
kerajaan dan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi
membincangkan keberkesanan sistem ini kepada para pelajar. Dan
hasil daripada perbincangan, kerajaan bersetuju untuk memansuhkan
sistem ini bermula tahun 2012 setelah melihat pro dan kontra yang
boleh diterima pakai.
Konsep yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Mohd Najib iaitu
1Malaysia diterima baik oleh rakyat setelah penerangan diberikan
secara terperinci. Konsep yang mementingkan perpaduan di kalangan
rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini sedikit sebanyak
mengembalikan sifat saling menghormati antara kaum di negara ini.
Beliau juga banyak bersama rakyat dengan mengadakan lawatan dan
tinjauan di tempat-tempat awam bagi merasai sendiri kehidupan
sebenar rakyat biasa. Beliau juga banyak mengukuhkan perhubungan
antarabangsa agar negara ini memperoleh manfaat sepenuhnya dari
segi ekonomi dan teknologi.
Insiden yang berlaku di Perak merupakan keadaan politik yang
tegang pernah berlaku dalam sejarah politik negara apabila
melibatkan institusi Di-Raja dalam membuat sesuatu keputusan. Datuk
Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin hanya sempat memerintah Perak
buat jangka masa yang pendek sebelum dilucutkan jawatan oleh Sultan
Perak, Sultan Azlan Shah. Perkara ini berlaku setelah tiga Adun
dari Pakatan Rakyat telah bertindak keluar parti dan menjadi Adun
Bebas yang menyokong Barisan Nasional. Perlantikan Datuk Seri
Zambri Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang baru dan pengambilan
semula kuasa oleh Barisan Nasional menyebabkan rasa tidak puas hati
pihak pembangkang. Mereka mencabar sistem kehakiman negara dan
berlaku banyak provokasi dalam negara. Namun, sistem kehakiman
telah membuktikan bahawa tindakan Sultan Perak itu tidak salah
dalam membuat keputusan dan termaktub dalam Undang-undang Negeri
Perak.
Namun demikian, terdapat juga isu-isu yang tercetus berkaitan
dengan agamaan seperti isu penggunaan kalimah Allah oleh majalah
Herald yang membangkitkan kemarahan orang Islam. Perkara ini
sepatutnya dihindari sepenuhnya kerana boleh menimbulkan ketegangan
seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969. Ada segelintir pemimpin dari
UMNO, Pas, dan Keadilan mampu duduk semeja bagi mempertahankan
penggunaan kalimah Allah ini. Oleh itu, dapat dilihat bahawa
sesuatu perkara yang berkaitan keagamaan mampu membawa pemimpin
berlainan perjuangan politik bersatu hati demi mempertahankan
agama.
Keadaan semasa yang paling ketara ialah isu Ahli Parlimen yang
melompat parti semakin menjadi-jadi. Perkara ini menunjukkan betapa
perjuangan setiap pemimpin yang dipilih semasa pilihan raya
bukanlah berdasarkan idealisme parti semata-mata, malah ianya
bergantung kepada pemimpin itu sendiri dalam memperjuangkan amanah
rakyat yang diberikan.Perkara ini dapat dilihat apabila ramai
pemimpin dari Parti Keadilan Rakyat yang keluar parti dan menjadi
Ahli Bebas kerana merasakan pemimpin atasan mereka mementingkan
diri sendiri dalam mencapai cita-cita memerintah negara dan tidak
memperjuangkan perkara yang berkaitan dengan rakyat.
4.2 Pendapat Orang Melayu
Bagi Mengatasi Masalah yang Dihadapi Terutama oleh
Pemimpin Melayu yang diberi amanah sebagai pemimpin mestilah
menjalankan tugasnya dengan lebih berdedikasi dan efektif bagi
menjayakan hasrat untuk meningkatkan martabat orang Melayu.
Penyalahgunaan kuasa dan rasuah mestilah diperangi habis-habisan
demi memulih dan mengembalikan kepercayaan rakyat. Di samping itu
mereka juga perlu berusaha melaksanakan janji-janji yang ditabur
semasa pilihan raya. Kegagalan mereka untuk melaksanakan
janji-janji ini dalam tempoh satu penggal pilihan raya akan
mendorong rakyat untuk membuat pilihan yang lain. Keputusan PRU-12
telah memperlihatkan perpecahan undi di kalangan orang
Melayu kepada UMNO, PKR dan Pas. UMNO yang dikatakan
memperjuangkan kepentingan orang Melayu semakin kurang sambutannya.
Orang Melayu rata-rata menganggap parti UMNO lebih mewakili
golongan korporat dan elit. Sehubungan ini masalah kenaikan harga
barangan, kenaikan kadar tol, kenaikan kadar gaji, peningkatan
kadar rasuah, jenayah dan penyalahgunaan kuasa sudah tidak lagi
kedengaran diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO.
Ini menyebabkan ramai orang Melayu lebih tertarik kepada PKR dan
Pas yang dikatakan lebih memperjuangkan kebajikan rakyat. Terdapat
orang Melayu yang sudah mula mempersoalkan adakah UMNO masih lagi
relevan dengan masalahmasalah orang Melayu memandangkan UMNO
sendiri dilihat memandang enteng
mengenai permasalahan rakyat. Oleh yang demikian, pemimpin
haruslah mengembalikan kepercayaan rakyat dengan sentiasa mengambil
berat akan permasahan rakyat.
Orang Melayu juga perlu kukuh dari segi politik, pendidikan dan
ekonomi bagi mempertahankan agama, bangsa, dan negara. Orang Melayu
harus bangkit dan berusaha sendiri tanpa perlu bergantung
sepenuhnya terhadap pertolongan kerajaan. Mereka yang berjaya dalam
bidang politik dan ekonomi serta pendidikan perlu bersatu dan
membantu orang Melayu yang masih ketinggalan. Syarikatsyarikat
besar dan korporat Melayu boleh membimbing dan memberi pertolongan
daripada segi kewangan, kepakaran, peluang perniagaan, pengurusan
dan pemasaran terutamanya kepada peniaga-peniaga kecil. Mereka juga
perlu menyediakan biasiswa, peluang latihan dan pekerjaan terhadap
belia-belia Melayu lepasan sekolah dan universiti. Dengan cara
demikian orang Melayu dapat memantapkan masalah sosial. ekonomi,
mengurangkan pengangguran dan mengurangkan
Kerajaan juga perlu memastikan undang-undang dilaksanakan dengan
tegas tanpa mengira kedudukan pelaku kesalahan supaya isu jenayah,
rasuah dan penyalah gunaan kuasa tidak lagi menjadi masalah.
Sekiranya perkara ini dipandang ringan, keyakinan rakyat dan orang
luar terhadap sistem kehakiman negara ini akan dipertikaikan.
Mereka yang memperlekehkan budaya Melayu, Bahasa Melayu dan agama
Islam pula perlu dikenakan tindakan yang sewajarnya, seperti
tindakan di bawah Akta Rahsia Rasmi atau Akta Keselamatan Dalam
Negeri bagi mengelakkan Tragedi Rusuhan Kaum 13 Mei 1969 daripada
berulang.
Percakaran antara pemimpin dan ahli-ahli dalam Barisan Nasional
yang menuduh antara satu sama lain mengenai kemerosotan pencapaian
mereka dalam pilihan raya tersebut haruslah dielakkan. Kemerosotan
tersebut adalah akibat kelemahan strategi dan perlaksanaan
perancangan Barisan Nasional yang gagal menangani masalah-masalah
yang dihadapi oleh majoriti orang Melayu khususnya dan rakyat
secara amnya. Pemimpin-pemimpin parti perlu membincangkan kelemahan
parti secara terbuka, berlapang dada dan jika perlu bercermin diri
bagi melihat dan mengenal pasti kecacatan diri.
Selain itu, pemimpin yang dipilih perlu menjalankan tugas mereka
dengan sebaik mungkin bagi berkhidmat untuk rakyat dan menunaikan
amanah yang diberi. Salah satu amanah yang penting ialah untuk
menyatupadukan orang Melayu supaya menjadi kuat dalam bidang
politik, ekonomi dan pendidikan. Dasar Ekonomi Baru, adat istiadat
Melayu, Bahasa Melayu dan agama Islam pasti tidak dipertikaikan
lagi sekiranya amanah yang diberi dilaksanakan dengan baik dan
ikhlas. Malah pada masa kini sudah kedengaran suara-suara daripada
pemimpinpemimpin bukan Melayu yang mempersoalkan hak keistimewaan
orang Melayu yang termaktub di dalam Perkara 153 Perlembagaan
Persekutuan.
4.3 Andaian Awal Keadaan Politik Di Malaysia Pada Masa Akan
Datang Perubahan arus politik pasca Pilihan Rya Umum ke-12 telah
memberikan
gambaran awal berkaitan pilihan raya akan datang. Hipotesis atau
andaian awal berkaitan pilihan raya akan datang mula dibicarakan
oleh pemerhati politik mahupun orang awam.
Sesuatu yang sinonim dilihat kebelakangan ini ialah isu lompat
parti. Secara kasarnya,masyarakat melihat individu yang lompat
parti ini sebagai individu yang tidak bertanggungjawab di atas
perjuangan parti serta mementingkan diri sendiri. Hal ini berlaku
di kedua-dua belah pihak sama ada di pihak kerajaan mahupun
sebaliknya. Apa yang signifikan terhadap isu ini ialah perjuangan
ahli politik ini
tidak konsisten, serta mudah beralih angin. Ini seterusnya akan
memberi impak kepada persepsi rakyat seterusnya kepada keputusan
pilihan raya yang akan datang.
Menjadi kepastian, isu integriti akan lantang dilaungkan
parti-parti politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13. Dengan
populasi kaum-kaum lain yang meningkat setanding dengan kumpulan
peribumi, sudah pasti isu integriti dapat dijadikan modal untuk
meraih undi dalam pilihan raya nanti. Sebagai satu contoh yang
jelas, gagasan satu Malaysia yang dianjurkan Datuk Seri Mohd Najib
Tun Razak dilihat sebagai satu medium untuk menyatukan kaum di
negara ini dan pada masa yang sama ia diharapkan menjadi alat untuk
meraih undi pada pilihanraya akan datang. Ketika Tun Abdullah Hj.
Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, beliau membawa agenda Islam
Hadhari. Jika dilihat kembali pada pilihanraya lalu ketika beliau
menjadi Perdana Menteri, Barisan Nasional kehilangan majoriri 2/3
di dalam parlimen. Jika kita mengambil pengenalan dasar Islam
Hadhari sebagai sebab kehilangan majoriti tersebut, bolehlah kita
mengatakan bahawa perasaan yang digelar sebagai etno-sentrisme
masih lagi menebal di kalangan masyarakat pelbagai kaum negara ini.
Ini kerana orang Cina masih lagi dengan fahaman stereotype di mana
Islam itu adalah Melayu dan masuk Islam bererti masuk Melayu. Hal
yang sama mungkin dialami etnik lain di Malaysia. Oleh yang
demikian, kerana persepsi mereka yang kurang tepat terhadap Islam
dan Melayu, mereka telah berpaling arah. Kaum ini akan sentiasa
mempersoal hak ketuanan Melayu sungguhpun ia telah tertakluk di
dalam Perlembagaan Malaysia.
Walaupun pelbagai pihak sering melaungkan slogan politik baru,
namun masingmasing masih lagi khuatir dengan pelaksanaan poltik
baru yang bersifat kesamaan itu. Sebagai contoh yang jelas baik di
pihak Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat, dalam meletakkan
calon-calon pilihanraya, calon yang diletakkan adalah sebangsa
dengan pengundi majoriti kawasan tersebut. Jika pengundi majoriti
di kawasan A ialah Cina, maka calon yang diletakkan kedua-dua
jentera politik ini adalah bangsa Cina. Sungguhpun begitu jika
calon yang bertanding di kawasan majoriti Melayu adalah bengsa
Cina, maka tidak mustahil pengundi-pengundi Melayu akan mengundi
calon tersebut. Jadi, secara kasarnya masyarakat Melayu
dilihat masih lagi boleh berkompromi dengan bangsa lain. Namun,
jika bangsa Melayu diletakkan sebagai calon di kawasan majoriti
Cina, bilangan undi yang bakal diperoleh amatlah sedikit. Jelas di
sini menunjukkan kepada kita bahawa sesetengah kaum di negara ini
masih lagi tebal dengan perasaan etno-sentrisme walaupun telah
beratus tahun hidup dalam kepelbagaian kaum. Jadi tidak perlulah
untuk melaungkan slogan politik baru jika masih belum bersedia
untuk menerima perubahan dasar kesamaan. Perlu diingat sekali lagi
bahawa masyarakat majmuk yang ada di negara ini adalah hasil
penerimaan bangsa Melayu terhadap kemasukan kaum lain ke negara
ini.
Pasca Pilihan Raya Umum ke-12 banyak menyaksikan isu-isu yang
senstitf dimainkan pelbagai pihak. Tujuannya untuk mendapatkan
publisiti dalam pilihan raya yang akan datang. Haruslah diingat
bahawa isu yang sensitif hanya akan memudaratkan seluruh kaum di
negara ini. Namun begitu, hasil daripada kematangan dalam
pengamalan politik dan pengalaman lalu, masyarakat majmuk di negara
ini tidak mudah melatah. Isu sensitif yang timbul telah berjaya
diredakan melalui pendekatan yang bijak seperti rundingan. Oleh
yang demikian, keduakedua parti politik perlu berusaha dengan bijak
bagi memastikan dasar politik baru terlaksana.
BAB 5
KESIMPULAN
Daripada kajian yang dijalankan dan pemerhatian, dapat
disimpulkan bahawa keadaan politik di Malaysia sentiasa berubah
mengikut peredaran masa dan trend para pengundi. Tempoh masa bagi
sesuatu pilihan raya dijalankan iaitu lima tahun boleh dikatakan
tempoh masa yang singkat bagi sesuatu kerajaan memerintah. Oleh
yang demikian, segala manifesto dan janji-janji yang diberikan
haruslah dilunaskan kepada para pengundi dalam tempoh tersebut..
Isu-isu semasa yang dibangkitkan terutama berkaitan dengan agama,
bangsa, dan kontrak sosial memberi kesan mendalam kepada mana-mana
parti tak kira dari pihak kerajaan ataupun pembangkang. Sekiranya
rakyat tidak mampu berfikir dengan waras dan bersikap tenang,
nescaya pergolakan yang berlaku seperti di Thailand akan berlaku di
negara ini.
Kini, rakyat semakin bijak dalam membuat keputusan berdasarkan
pemerhatian mereka kepada prestasi pemimpin-pemimpin yang dipilih
semasa pilihan raya umum yang lalu. Segala berita dan maklumat amat
mudah diperoleh dari media massa dan internet. Situasi ini amat
berbeza dengan zaman dahulu yang memerlukan pengorbanan dan
interaksi yang kuat bagi mendapatkan berita dan maklumat. Golongan
muda masa kini dilihat sebagai golongan yang harus diberikan
perhatian kerana mereka memperoleh pelajaran yang sempurna dan
mampu berfikir panjang mengenai soal politik. Oleh yang demikian,
calon-calon yang menang dalam pilihan raya seharusnya lebih
bersedia untuk berlhidmat
dengan cemerlang bagi membuktikan keikhlasan mereka untuk
memperjuangkan kebajikan rakyat.
Pemimpin yang dipilih juga haruslah menjalankan amanah yang
diberikan dengan jujur dan ikhlas mengabdikan diri dengan
kemasyarakatan. Sejarah politik lama boleh dijadikan teladan dan
panduan kepada kita untuk membentuk negara pada masa depan. Politik
lama sememangnya akan memberi kesan terhadap politik baru sesebuah
negara tak kira sama ada baik atau buruk. Maka dengan itu,
samasamalah kita bernaung dan menyokong pemerintahan di bawah
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam memajukan
negara dan menyumbang sesuatu demi agama, bangsa, negara Malaysia
tercinta. Sumbanglah segala ilmu yang ada kepada generasi muda agar
kecemerlangan dan kesinambungan kejayaan akan kekal berterusan pada
masa depan.
Bibliografi
R.S. Milne and Diane K. Mauzy, 1999. Malaysian Politics Under
Mahathir: Mahathir As Prime Minister. London. Routlegde.
Anis Yusal Yusoff dan Zubayry Abady Sofian, 2008. Politik
Isu-isu Integriti: 20002008. Kuala Lumpur. Utusan Publications
& Distributors Sdn Bhd
Jabatan Penerangan Malaysia, 2009. Najib Tun Razak: 100 Hari
Mendepani Cabaran. Kuala Lumpur. Panca Kala
Ahmad Atory Hussain. 1997. Dimensi Politik Melayu 1980-1990.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Foad Sakdan. 1997. Asas Politik Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jayum A Jawan. 2003. Malaysian Politics and Government. Kuala
Lumpur: Karisma Publications.
Suhaimee Saahar@Saabar, 2008. Isu-Isu Utama Sebelum, Semasa Dan
Selepas Pru 12. http://pkukmweb.ukm.my Dilayari 8 Februari
2010.
Norhayati Mohd Salleh, 2008. Pilihan Raya Umum Ke-12 (Pru-12):
Tsunami Politik Melayu? http://pkukmweb.ukm.my Dilayari 8 Februari
2010.