-
Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 1
UNIT 1PENGENALAN PEMBANGUNAN SAHSIAH
HASIL PEMBELAJARANDi akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Menyatakan definisi am pembangunan sahsiah.2. Membincangkan
pengertian pembangunan sahsiah daripada pelbagai perspektif.3.
Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pembangunan sahsiah
guru.4. Membincangkan ciri-ciri sahsiah guru.
1.1 PENGENALANpakah yang anda fikirkan apabila mendengar
perkataan pembangunan sahsiah? Anda mungkinterbayang cara seseorang
berpakaian dan menghias diri atau tergambar tingkah laku
seseorangatau sekelompok manusia. Ramai orang melihat sahsiah dari
aspek luaran tanpa meninjau
secara terperinci aspek dalaman individu yang juga menggambarkan
sahsiah dirinya.
Rajah 1.1 Guru sebagai cermin keperibadian murid
A
-
Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 2
Mari kita fikirkan bagaimana guru sebagai cermin keperibadian
murid dalam kontekspembangunan sahsiah seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 1.1. Pada pendapat anda,
apakah perkara penting yang mampu diubah dan dibangunkan oleh
guru terhadap sahsiah murid-muriddi sekolah?
Pembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizikal, sikap,
tingkah laku, pemikiran, perasaan,sosial dan rohani individu.
Berdasarkan kesemua aspek tersebut, seseorang individu boleh
dinilaisahsiahnya. Selalunya individu yang mempunyai sahsiah yang
baik menunjukkan penampilan fizikalyang kemas, sikap yang beramah
mesra, tingkah laku yang boleh diterima oleh norma dan
nilaimasyarakat, dapat mengawal perasaan diri, boleh bergaul mesra
dengan orang lain serta memegangkepada nilai agama sendiri.
Manakala, individu yang dikatakan mempunyai sahsiah yang
bermasalahlebih cenderung kepada masalah disiplin, tingkah laku
devian, penyalahgunaan dadah dan memegangnilai-nilai atau budaya
yang bercanggah dengan norma masyarakat.
Pembangunan sahsiah merupakan satu fokus yang begitu penting
terutamanya dalam kontekspendidikan yang melibatkan para pendidik.
Menurut Abdul Jalil (1998), pembangunan sahsiah yangsempurna
sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai
budaya dalam masyarakatdengan pembangunan intelektual merupakan
kejayaan kepada masyarakat dan negara. Ia merupakansatu wadah
pengisian dalam kehidupan individu yang melibatkan aspek rohani,
jasmani, intelek danemosi iaitu selaras dengan matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Guru merupakan penggerak utama dalam membangunkan sahsiah
murid-murid serta menjadirole model dalam membangunkan modal insan
yang bersahsiah dan berakhlak mulia. Konseppembangunan sahsiah
harus disemai dan diamalkan dalam diri setiap pendidik sebagai satu
misi yangpenting demi membangunkan keluarga, masyarakat, bangsa dan
negara. Sebelum membentuksahsiah murid-murid, pendidik terlebih
dahulu perlu mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi
olehmurid-murid.
1.2 PENGENALAN PEMBANGUNAN SAHSIAHelepas mendapat satu gambaran
menyeluruh berkaitan dengan pembangunan sahsiah, marikita fahami
dan dalami maksud sebenar pembangunan sahsiah secara am dan
jugaberdasarkan beberapa perspektif yang berbeza.Sahsiah adalah
perkataan Bahasa Arab yang
membawa maksud keperibadian atau peribadi (KamusDewan, 2011).
Maksud peribadi pula ialah manusia sebagaidiri sendiri, sifat-sifat
(kelakuan, sikap) seseorang yangsudah sebati dengan diri sendiri
untuk membentuk watakdirinya. Ia juga menggambarkan sifat
personaliti unikindividu yang membezakan dirinya dengan individu
yanglain (Cloninger, 2008). Menurut Siti Fatimah (1993),
sahsiah
S
-
Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 3
merujuk kepada sistem tingkah laku individu. Ini bererti setiap
individu ada cara bertindak yangtersendiri dan cara bertindak itu
adalah lebih kurang sama dari sehari ke sehari. Namun, Abdul
Majiddan Rahil (1995) mendefinisikan sahsiah sebagai perkaitan
antara penilaian, perasaan, emosi danperlakuan manusia.
Sahsiah atau personaliti adalah corak keseluruhan seseorang
individu yang merangkumi caraseseorang berfikir, berasa, bertingkah
laku dan berhubung dengan alam sekitarnya (Ee Ah Meng,1999). Selain
itu, sahsiah juga merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang
individu secarakeseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecerdasan,
sentimen, sikap, minat, kepercayaan, cita-cita dannilai-nilai.
Allport (dalam Cloninger, 2008) menyatakan sahsiah adalah
organisasi dinamik sistempsikofizikal pada seseorang individu yang
menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus.Sahsiah manusia
boleh diperhati, dikenalpasti dan diperihalkan (Asmah dan Herman,
1995).Pembangunan sahsiah merujuk kepada aspek perubahan pada diri
manusia itu sendiri sama adaperubahan itu ke arah positif atau
negatif (Wan Azmi, 1992). Perubahan yang positif akan
membentukindividu yang berdikari dengan segala nilai positif yang
murni. Pembangunan sahsiah juga membawamakna membina akhlak,
peribadi dan tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang
itubertamadun, intelek, murni dan berdaya maju (Mohd Nasir et al.
2006). Maka, fokus pembangunantersebut merangkumi tingkah laku
secara keseluruhan sama ada dalaman atau luaran.
Maka, dapat dirumuskan bahawa sahsiah ialah ciri-ciri
keseluruhan tingkah laku yang tetap padaseseorang individu, tetapi
berlainan dengan orang lain. Ia mewakili perwatakan seseorang
individuyang dapat diperhatikan dan dinilai melalui tingkah laku
yang ditunjukkannya.
Berdasarkan pembacaan anda, jelaskan maksud sahsiah mengikut
pemahaman yanganda perolehi.
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
1.3 PEMBANGUNAN SAHSIAH MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAMembangunan
sahsiah yang unggul adalah suatu konsep yang berkaitan dengan
kualiti insan.Setiap insan harus faham cara menguruskan hidup
secara profesional daripada perspektifIslam agar tidak bertentangan
dengan tuntutan al-Quran. Jika ditinjau dan dihalusi
siratterdahulu, umat Islam berjaya kerana mereka mampu
memaksimumkan segala kekuatan
yang dianugerahkan Allah dalam hidup mereka. Dalam perspektif
Islam, pembangunan sahsiah bukansahaja dilihat dari aspek jasmani,
tetapi juga merangkumi seluruh aspek rohani, naluri dan
akalindividu.
Terdapat beberapa pendapat yang berbeza berkaitan dengan
pembangunan sahsiah mengikutperspektif Islam. Menurut Shahabuddin
dan Rohizan (2007), sahsiah juga bermaksud akhlak. Akhlakterbahagi
kepada dua bahagian iaitu akhlak terpuji dan akhlak tercela. Islam
memberi penekananpenting kepada kedua-dua akhlak tersebut. Menurut
Habibah dan Noran Fauziah (1997), sahsiah
P
-
Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 4
bermakna personaliti atau secara umumnya akhlak. Mereka
berpendapat bahawa faktor-faktor lainyang dianggap penting dalam
pembangunan sahsiah ialah hubungan manusia dengan Allah
s.w.t,interaksi roh dan jasmani serta peranan akal. Pendapat ini
adalah selaras dengan Mohd Ismail (1999)yang menyatakan bahawa
proses pembangunan sahsiah pada insan cemerlang terdiri daripada
prosespembangunan insan yang cemerlang, diikuti dengan proses
pembangunan anak cemerlang sertaproses pembangunan individu
cemerlang.
Selain itu, Abdullah Nashih (1994) mendefinisikan pembangunan
sahsiah berdasarkan empatunsur dasar iaitu pembinaan akidah
(kepercayaan), ibadah (ritual), akhlak (etika dan moral)
danpenampilan (mazhar). Keempat-empat unsur dasar ini telah
mengaitkan sahsiah dengan aspekkerohanian atau dalaman manusia.
Namun, aspek dalaman boleh dilihat menerusi Mazahir atautingkah
laku luaran. Mazahir inilah yang dinamakan akhlak iaitu terjemahan
dari akidah dan amalanatau ibadah seseorang. Tingkah laku luaran
individu adalah berasaskan kepercayaan atau akidah yangdikenali
sebagai akhlak. Maka, menerusi pembinaan akhlak inilah hakikat
manusia itu hendak dibina.
Menurut Iman Al Ghazali (1989), pembangunan sahsiah merangkumi
keseluruhan aspek diriindividu iaitu melibatkan pengetahuan agama,
akidah, penghayatan Al-Quran, adab kehidupanberkeluarga, mencari
rezeki, perhubungan sesama manusia, akhlak, budi pekerti dan
pembangunanjiwa serta hati. Namun begitu, Ibn Miskawah mempunyai
takrifan yang berbeza terhadap pembangunansahsiah iaitu suatu
keadaan (sikap) diri yang mendorong seseorang bertindak melakukan
perbuatanserasi dengannya tanpa merenung atau berfikir panjang.
Dengan kata lain, sifat yang tertanam dalamdiri individu yang dapat
mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa
melibatkanpemikiran, penelitian serta paksaan.
Secara ringkasnya, pembangunan sahsiah dari perspektif Islam
boleh diertikan sebagaimembina akhlak, peribadi dan tingkah laku
dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun,berintelek,
mempunyai nilai murni dan berdaya maju.
1.4 PEMBANGUNAN SAHSIAH MENGIKUT PERSPEKTIF BARATDari perspektif
Barat, pembangunan sahsiah lebih diperjuangkan untuk memenuhi
keperluan jasmanimanusia sendiri. Berdasarkan pandangan para
pemikir seperti Mark (1818 - 1883), Weber (1864 -1920) dan Maslow
(1908 - 1970), antara keperluan jasmani yang ditekankan mengikut
perspektif Baratialah keperluan fizikal dan keperluan psikologi
manusia, meningkatkan status kuasa dan agama sertameningkatkan
kelas sosial ekonomi yang dianggap sebagai tunjang dalam menentukan
pembentukandan perkembangan struktur sosial masyarakat manusia
(Kamarul Azmi, 2002).
-
Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 5
Berdasarkan definisi-definisi sahsiah yang dikemukakan oleh
pelbagai tokoh, sila isikandalam jadual di bawah intipati atau
perkara asas yang mendefinisikan sahsiah secarakeseluruhan.
Penilaian Perasaan
Akal Naluri
Minat Sikap
Penampilan Ibadah
Perhubungan Sesama Manusia Mencari Rezeki
A
-
Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 6
Bina satu peta minda untuk merumuskan definisi-definisi
pembangunan sahsiahberdasarkan pelbagai pendapat dan perspektif
Islam.
Kemudian, bincangkan dengan rakan-rakan sekumpulan berkaitan
dengan pembangunansahsiah daripada perspektif agama Islam, Buddha,
Kristian dan sebagainya dalam
MyGuru.
-
Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 7
1.5 CIRI-CIRI SAHSIAHSejauh mana anda mengenali diri anda?
Pernahkah anda memahami ciri-ciri sahsiahyang ada dalam diri anda?
Secara umumnya, ciri-ciri sahsiah termasuk keunikan dengan
maksud tersendiri, kesesuaian atau keupayaan untuk berubah hasil
pembelajaran dan organisasi.Dengan perkataan lain, ia bukan sekadar
himpunan tingkah laku, tetapi melibatkan corak tingkah lakudan
operasi yang bersifat konsisten.
Sahsiah merangkumi empat aspek berikut iaitu;
a. Berfikir secara positifb. Menangani stressc. Mengurus
keperluan kerjayad. Mengurus diri dan kehidupan
a. Hubungan dengan tuhanb. Kejiwaan yang kentalc. Konsep kendiri
yang mantap
a. Mempamerkan tingkah lakub. Penampilan kendiric. Pengurusan
kendiri
a. Kebolehan berinteraksi dan berkomunikasib. Penerimaan
terhadap orang lainc. Persediaan untuk memberi dan menerima
pendapat
Rajah 1.2 Empat aspek dalam sahsiah
Di samping itu, ciri-ciri sahsiah mengikut perspektif Islam
adalah digariskan berpandukan Al-Quran. Islam menggariskan panduan
lengkap, sistematik dan tersusun supaya kehidupan manusia
-
Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 8
tidak tersasar daripada matlamat mencari keredhaan Allah serta
ibadat kepada Pencipta. Terdapatlapan ciri yang digariskan mengikut
perspektif Islam seperti dalam Rajah 1.3.
Rajah 1.3 Ciri-ciri sahsiah mengikut perspektif Islam
-
Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 9
1.6 FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PEMBANGUNAN SAHSIAHembangunan
sahsiah seseorang individu adalah dipengaruhi oleh baka dan
persekitaran.Menurut Mohd Ismail et al. (2004), faktor baka
termasuk saiz badan, penyakit, kecerdasandan temperamen. Faktor
persekitaran pula merangkumi aspek keluarga seperti didikan ibubapa
dan taraf sosioekonomi keluarga, pengalaman awal kanak-kanak,
kebudayaan,
pengaruh sekolah, rakan sebaya, media massa, dan masyarakat
(rujuk Rajah 1.4).
Rajah 1.4 Faktor baka dan faktor persekitaran mempengaruhi
pembangunan sahsiah
P
-
Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 10
Faktor BakaBerikut adalah empat elemen penting dalam faktor baka
yang mempengaruhi pembangunan sahsiahindividu (Mohd Ismail et al.
2004);
a) Saiz BadanSaiz badan akan menentukan kesesuaian seseorang
dalam melakukan aktiviti. Kebolehanmelakukan sesuatu aktiviti akan
meningkatkan keyakinan diri individu serta menjadi tumpuanorang.
Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan penghargaan kendiri
individu danseterusnya membentuk sahsiah diri yang sihat.
b) PenyakitTerdapat beberapa jenis penyakit yang mungkin
diwarisi melalui baka seperti asma, kencingmanis, sakit jantung dan
sebagainya. Individu yang menghidapi penyakit ini pada usia
yangmuda akan menyekat aktiviti sosialnya dan kemungkinan
menjejaskan hubungan dirinya denganrakan-rakan. Hal ini secara
tidak langsung boleh mempengaruhi pembangunan sahsiah individuke
arah yang tidak sihat disebabkan perkembangan sosial dan emosi
terganggu.
c) KecerdasanSetiap orang mempunyai kecerdasan yang berbeza
untuk membantu individu menyelesaikanmasalah seharian mereka.
Kemampuan individu dapat diukur berdasarkan prestasi akademikatau
pekerjaan. Menurut Azizi et al. (2007), kecerdasan mempunyai
hubungan yang signifikandengan prestasi akademik. Individu akan
membentuk sahsiah yang positif sekiranya mempunyaitahap kecerdasan
tinggi dan sebaliknya.
d) TemperamenTemperamen merupakan sifat semula jadi individu
yang boleh mempengaruhi interaksi antaraindividu dengan individu
yang lain. Individu yang stabil emosinya lebih mudah bergaul
mesradengan orang lain serta tenang dalam menghadapi sebarang
cabaran yang dihadapi.
Faktor PersekitaranPersekitaran memainkan peranan penting dalam
pembentukan sahsiah individu. Antara faktorpersekitaran termasuk
keluarga, pengalaman awal, kebudayaan, pengaruh sekolah, rakan
sebaya,media massa dan masyarakat (Mohd Ismail et al. 2004).
a) KeluargaFaktor keluarga merangkumi didikan daripada ibu bapa
dan taraf sosioekonomi keluarga.Didikan daripada ibu bapa sejak
kecil banyak mempengaruhi perkembangan sahsiah ataupersonaliti
individu. Cara komunikasi ibu bapa, berpakaian, pemakanan serta
perhubungandengan ahli keluarga secara tidak langsung telah
diterapkan dalam diri kanak-kanak. Keluargayang mesra dan harmoni
lebih menggalakkan pembentukan sahsiah yang sihat. Corak
didikan
-
Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 11
ibu bapa yang bersifat demokratik akan membantu kanak-kanak
dalam proses membuatkeputusan.
Selain itu, kedudukan kewangan keluarga juga menentukan
jenis-jenis kemudahan yangboleh disediakan untuk anak-anaknya
seperti bahan pengajaran tambahan. Ibu bapa yangmampu membeli buku
rujukan tambahan, komputer, alat permainan atau alat muzik lebih
banyakmenyediakan peluang kepada anak-anak untuk mempelajari
sesuatu yang baru dan sebaliknya.Dalam erti kata yang lain,
terdapat proses sosialisasi yang berlainan di antara dua kelas
iaitukelas bawahan tidak menggalakkan anak berfungsi dengan lebih
sempurna berbanding dengananak-anak kelas pertengahan atau atasan
yang lebih bersedia untuk masuk ke sekolah,disebabkan persekitaran
yang berlainan.
b) Pengalaman AwalPengalaman awal kanak-kanak memberi kesan yang
besar terhadap kehidupan di kemudian harisemasa kanak-kanak
tersebut melangkah ke peringkat dewasa. Kanak-kanak yang
selaludihukum kerana melakukan kesilapan akan menyebabkan
kanak-kanak tersebut sentiasamerasa bimbang dan bersalah. Hal ini
juga menyebabkan terbentuknya perasaan rendah diridan terancam
sehingga menjejaskan harga diri atau konsep kendiri kanak-kanak
tersebut. Impaktersebut secara tidak langsung telah menjejaskan
perkembangan sahsiah individu sertacenderung membentuk sahsiah
kendiri yang negatif.
c) KebudayaanKebudayaan yang berbeza mempunyai norma dan nilai
yang berbeza. Budaya sama adadaripada keluarga atau masyarakat
telah dipupuk dalam diri individu sejak kecil lagi. Penekanankepada
satu-satu nilai dalam satu-satu kebudayaan tertentu akan
mempengaruhi pembangunansahsiah kanak-kanak. Contohnya, sesebuah
keluarga yang menekankan kekayaan dankebendaan sebagai nilai yang
penting dalam hidup, maka kanak-kanak yang membesar akanbersifat
materialistik.
d) Pengaruh SekolahSekolah adalah agen sosialisasi yang
berfungsi secara formal. Tindakan atau tingkah laku yangditunjukkan
oleh pengetua dan guru akan menjadi teladan kepada murid-murid di
sekolah.Pengetua yang tidak tegas akan melahirkan pelajar yang
pasif, kurang inovatif serta takutmembuat perubahan. Hal ini akan
menyebabkan sifat kepimpinan murid-murid terbantut. Selainitu, guru
merupakan agen sosialisasi yang berpengaruh. Guru yang penyayang
akan membentukemosi murid-murid yang stabil. Sifat-sifat baik ini
akan menjamin sahsiah yang sihat. Sebaliknya,guru yang tidak adil,
pilih kasih atau suka memarahi murid-murid lebih cenderung
melahirkansahsiah murid-murid yang tidak baik. Maka, persekitaran
sekolah merupakan situasi yangmenggalakkan pembangunan sahsiah
berlaku. Suasana sekolah yang baik dapat membantupembangunan
sahsiah yang sempurna disebabkan terdapat bimbingan guru dan
persekitaranyang menyenangkan.
-
Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 12
e) Pengaruh Rakan SebayaMenurut Glidewell (dalam Mohd Ismail et
al. 2004: 27), terdapat tiga cara utama bagaimanaindividu dapat
dipengaruhi oleh rakan mereka. Pertama, anak-anak muda dipengaruhi
olehrakan sebaya apabila mereka ingin diterima atau disukai oleh
kumpulan rakan mereka; kedua,mereka terpengaruh dengan kepimpinan
dan kemampuan rakan mereka. Ketiga, mereka inginmembuktikan
kebolehan diri dan memperolehi pengakuan dan penghargaan rakan.
f) Media MassaMedia massa memberi pengaruh yang kuat terhadap
pembangunan sahsiah individu.Pendedahan kepada media massa yang
sihat adalah penting seperti program-program bercorakkeagamaan,
sains, national geography dan sebagainya akan membantu perkembangan
intelekseseoran individu. Secara langsung melalui program-program
ini lebih menggalakkan individuuntuk berfikir, membangkitkan
motivasi dan minat untuk belajar.
g) MasyarakatMasyarakat yang mempunyai nilai-nilai dan
norma-norma yang sihat akan melahirkananggotanya yang
bertanggungjawab, berdedikasi, rajin dan sedia berkorban untuk
menolongorang lain. Tetapi, masyarakat yang mementingkan kekayaan
dan harta benda denganmengenepikan nilai-nilai murni akan
melahirkan lebih banyak insan yang mengejar harta bendadan
kemewahan. Mereka sanggup melakukan tingkah laku yang melanggar
undang-undangdemi memperolehi kekayaan. Hal ini jelas menggambarkan
bahawa bagaimana nilai masyarakatboleh menghasilkan sahsiah
individu yang tidak diingini.Oleh itu, adalah penting untuk melihat
kepada dua faktor utama tersebut iaitu faktor baka dan
faktor persekitaran dalam usaha untuk membangunkan sahsiah
murid-murid di sekolah nanti. Dengankata lain, guru bukan sahaja
bertanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid,
tetapibertanggungjawab juga kepada pembentukan peribadi murid iaitu
nilai hidup yang dipegang danbudaya yang diterima olehnya.
-
Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 13
Berdasarkan pengalaman hidup anda, kaitkan dengan dua faktor
utama yang palingmempengaruhi diri anda dalam konteks pembangunan
sahsiah.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Statistik telah menunjukkan bahawa keruntuhan sahsiah di
kalangan remaja semakinserius berlaku. Terdapat pihak yang menuding
jari untuk menafikan tanggungjawab
terhadap pembentukan sahsiah remaja kini. Apakah pendapat anda
berkaitan dengan isu tersebut?
RUMUSANPembangunan sahsiah merupakan penampilan kendiri
seseorang secara keseluruhan iaitu dari aspekfizikal, emosi,
spiritual, cara berfikir dan berinteraksi. Ia juga tidak dapat
dipisahkan dengankepercayaan agama. Oleh itu ia memberi kesan yang
amat besar dalam kehidupan individu danmasyarakat. Bagi
membangunkan sahsiah individu faktor persekitaran dan faktor
keluarga adalahpenting selain faktor kendiri individu itu
sendiri.
KATA KUNCI1. Sahsiah 4. Baka2. Akhlak 5. Persekitaran3.
Penampilan
-
Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 14
PENILAIAN KENDIRI1. Dengan menggunakan perkataan sendiri,
huraikan apa yang dimaksudkan dengan pembangunan
sahsiah.2. Senaraikan ciri utama dari perspektif Islam yang
menunjukkan seseorang itu mempunyai sahsiah
yang tinggi.3. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi
pembentukan sahsiah? Bagaimanakah ia mempengaruhi
pembentukan tersebut?
JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS
Keperibadian PersonalitiPenilaian PerasaanJasmani
PerlakuanRohani AkhlakAkal NaluriPerangai KognitifSentimen
KecerdasanMinat SikapCita-cita KepercayaanPembinaan Akidah
Nilai-nilaiPenampilan IbadahPenghayatan Al-Quran Pengetahuan
AgamaBerkeluarga Adab KehidupanPerhubungan Sesama Manusia Mencari
rezekiPembangunan Jiwa / Hati Budi Pekerti
A
-
Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 15
RUJUKANAbdul Jalil Borham (1998). Program pembangunan sahsiah
pelajar dan pelaksanaannya di IPT di
Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Pengurusan
Asrama PeringkatKebangsaan. Johor: Universiti Teknologi
Malaysia.
Abd Majid Mohd Isa & Rahil Mahyuddin (1995). Psikologi
pendidikan 1: Pertumbuhan danperkembangan. Petaling Jaya:
Longman.
Abdullah Nashih Ulwan (1994). Pesanan kepada pemuda Islam. Kuala
Lumpur, Penerbitan Al-Ramadhan.
Al-Ghazali (1989). Bimbingan mukmin pada mencari ridha
al-Alamin. (Terjemahan oleh Sayyid AhmadSemait). Singapura: Pustaka
Nasional Ptd. Ltd.
Asmah Bee Mohd Noor & Iran Herman (1995). Membina
kesejahteraan remaja. Bangi: Tekno Edar:Azizi Yahaya, Shahrin
Hasim, Nordiana Mohd Nor & Noordin Yahaya (2007). Hubungan
kecerdasan
emosi dengan prestasi pencapaian akademik. Unpublished Article.
Pp1-17.Cloninger, S. (2008). Theories of personality: Understanding
persons (5th Ed.). New Jersey: Pearson
Education Inc.Ee Ah Meng (1996). Psikologi pendidikan 1:
Psikologi perkembangan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.Habibah Elias
& Noran Fauziah Yaakub (1997). Psikologi personaliti. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Kamarul Azmi Jasmi (2002). Paradigma Imam al-Nawawi Dalam
Pembinaan Insan: Kajian TeksTerhadap Kitab Riyad al-Salihin. Tesis
Sarjana. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Kamus Dewan (2011). Dipetik pada 6 Mac 2011
daripadahttp://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sahsiah&id=+Cari.
Mohd Ismail Mustari (1999). Belia sebagai insan cemerlang dari
perspektif Islam: Kajian status belia-belia Felda Bukit Ramun,
Kulai, Johor : Unplished Thesis. Universiti Kebangsaan Islam.
Mohd Ismail Mustari, Selamat Hashim, Azmi Shah Surathman, Abd
Basit Abd Samat, Abdul RahmanHamzah, & Abdul Hafiz Abdullah
(2004). Kajian sahsiah pelajar-pelajar Sekolah MenengahAgama
Kerajaan Johor Kluang, Kluang, Johor. Johor: Universiti Teknologi
Malaysia.
Mohd Nasir Ripin, Azmishah Suratman, Ramli Awang, Sayed
Mahussain Sayed Ahmad, dan ZulkifleeHaron, (2006). Kajian Program
Bina Sahsiah Staf di IPTA: Kajian kes di UTM & USM.
LaporanKajian. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
-
Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 16
Shahabuddin Hashim & Rohizan Yaacob (2007). Teori
personaliti dari perspektif Islam, Timur, danBarat. Kuala Lumpur:
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Siti Fatimah Abdul Rahman (1993). Asas-asas masyarakat
cemerlang. Kuala Lumpur: InstitutKefahaman Islam Malaysia.
Wan Azmi Ramli (1992). Pembangunan masyarakat dari perspektif
kebajikan. Kuala Lumpur: UtusanPublication & Distributors Sdn
Bhd.