Rosmah binti Suly & Seorang yang lain lwn Ismail bin Mohamad
& Seorang yang lain JH32 Bhg 2 [Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur (Y.A.A Tan Sri Ibrahim bin Lembut
Pengerusi HMRyS, Y.A Dato Muhamad Asri bin Haji Abdullah, HMRyS dan
Y.A Datuk Hj. Md. Yusup bin Che Teh, HMRyS) 26 Jamadilawwal 1431H
bersamaan 11 Mei 2010]
[Kes Mal Bil: 14000-039-0018-2008]
Undang-Undang Pentadbiran Bidang kuasa Mahkamah Rayuan Penafian
berlaku wasiat Samada pemberian simati sebagai Hibah atau Wasiat
Samada Hibah atau wasiat adakah sah di sisi Syara - Sama ada
berlaku penerimaan (Al-Qabd ) atau tidak S.46 Akta Pentadbiran
Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993.
Undang-Undang Keterangan Beban Pembuktian Sama ada beban pembuktian
mengikuti Hukum Syara- Surat Kuasa Wakil Power of Attoney Act 1949
- Pengakuan tentang tulisan, tandatangan atau meterai - 55 (1) Akta
Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 -
Saksi-saksi adalah saudara kandung Samada Terdapat Tohmah dalam
Penyaksian atau tidak S.83, Akta Keterangan Mahkamah Syariah
(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.
Fakta Kes1.Tindakan
rayuan yang dibawa ini adalah terhadap keseluruhan keputusan
oleh Y.A Hakim
Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang
diberikan pada 16 Oktober 2008 yang memutuskan bahawa:Menolak
keseluruhan tuntutan Perayu-perayu dan memerintahkan tanah di bawah
hak
1
milik GM No. 33, Lot 557, Kampung Padang Balang, Sentul Kuala
Lumpur adalah milik Responden Kedua yang dipegang secara amanah
oleh Responden Pertama 2. Fakta kes menunjukkan bahawa
Perayu-perayu dan Responden 2 mempunyai hubungan sebagai adik
beradik kandung seibu sebapa. Selain itu terdapat 5 orang adik
beradik kandung seibu sebapa yang lain.3.Allahyarham
Suli bin Rangkota adalah bapa kandung kepada Perayu-perayu
dan
Responden 2 yang telah meninggal dunia pada 27.01.1991.
Allahyarham telah meninggalkan harta pusaka yang telah dipindah
milik kepada waris-warisnya melalui pembahagian harta pusaka
mengikut Faraid oleh Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur.4.Responden
Pertama adalah tuan punya asal hartanah No. 33 Lot 557 Kampung
Padang
Balang Sentul Kuala Lumpur yang kemudiannya telah dimiliki oleh
si mati. Namun proses pindah milik telah tidak dapat disempurnakan
semasa hayat si mati disebabkan oleh usia Responden 2 yang masih
kecil (15 tahun) dan status tanah yang belum dipecahkan hak milik.
5. Pada 09.08.2000 Responden 1 telah memeterai Surat Kuasa wakil di
mana Hartanah tersebut telah diserahkan kepada Responden Kedua. Di
peringkat Mahkamah Tinggi syariah, Perayu-perayu memohon supaya
Hartanah tersebut di tukar hak milik oleh Responden 1 seterusnya
diberi secara faraid kepada ahli-ahli waris.6.Responden
2 tidak bersetuju dengan tuntutan Perayu-perayu dan mendakwa
bahawa
pemberian harta tersebut adalah berbentuk Hibah kepada dirinya
oleh si mati dan bukannya harta pusaka Si mati .7.Perayu-perayu
telah mengemukakan 7 alasan rayuan yang kesemuanya menjurus
bahawa
harta tersebut adalah harta pusaka yang perlu di bahagi secara
faraid dan bukannya harta Hibah. Alasan-alasan Perayu adalah :-
2
i.
Y.A. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah terkhilaf dari segi
undang-undang dan fakta apabila menolak tuntutan Perayuperayu dan
mengisytiharkan hartanah No. 33, Lot 557, Kampung Padang Balang,
Sentul Kuala Lumpur adalah milik Responden Kedua yang dipegang
secara amanah oleh Responden Pertama berdasarkan prinsip Hibah
sedangkan keterangan Respondenresponden dan saksi-saksi
bertentangan dengan prinsip Hibah atau pemberian waktu hidup
seperti yang diplidkan oleh Responden-responden di dalam
pembelaannya.
ii.
Y.A. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah terkhilaf dari segi
undang-undang dan fakta apabila mensabitkan wujudnya Hibah untuk
Responden Kedua sedangkan keterangan saksi-saksi Responden tidak
menunjukkan wujudnya penyerahan/penguasaan (al-qabd - )Hartanah
tersebut daripada pemberi Hibah, Suli bin Rangkota (si mati) kepada
Responden Kedua.
iii.
Y.A. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah terkhilaf dari segi
undang-undang dan fakta apabila mensabitkan wujudnya Hibah untuk
Responden Kedua berdasarkan keterangan saksi Responden-responden
sedangkan keterangan tersebut adalah bertentangan dan tidak
konsisten dengan keterangan Respondenresponden
iv.
Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah terkhilaf dari segi
undangundang apabila memutuskan bahawa pemberian atau Hibah yang
didakwa oleh Responden adalah sah dan Hartanah tersebut adalah
milik Responden Kedua sedangkan Responden-responden yang diwakili
oleh Peguam hanya memfailkan pembelaan untuk menolak tuntutan
Perayu-perayu tanpa memfailkan tuntutan balas
3
berkaitan Hibah.v.
Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah terkhilaf dari segi
undangundang dan fakta apabila mensabitkan Hibah berdasarkan
keterangan saksi-saksi Responden sedangkan terdapat tohmah terhadap
saksi pertama Responden, SD1 (Zolkiflee bin Roslie) dan saksi
ketiga, SD3 (Rusni binti Rosli) yang mengakui tidak baik
langsung/tidak baik dengan Perayu-perayu manakala SD2, (Mohd Rajil
bin Suli) adalah pihak yang disaman oleh Responden Kedua di
Mahkamah Sivil.
vi.
Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah terkhilaf dari segi
undangundang apabila bersetuju bahawa beban pembuktian untuk
membuktikan wujudnya Hibah adalah di atas Respondenresponden dan
pada masa yang sama menyatakan Perayu-perayu gagal untuk membawa
saksi menafikan wujudnya Hibah sedangkan Perayu yang memerlukan
keterangan sebagai Plaintif perlu mendengar keterangan
Responden-responden sebagai muddai sebelum membawa saksi
Perayu-perayu. Memandangkan Perayu-perayu adalah plaintif, maka
Perayuperayu tidak mempunyai peluang membawa saksi menafikan
wujudnya Hibah setelah Responden-responden menutup kes mereka.
vii.
Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah terkhilaf dari segi
undangundang apabila mensabitkan wujudnya Hibah untuk Responden
Kedua sedangkan surat akuan Responden Pertama yang diakui
disediakan oleh peguam menyatakan bahawa si mati berwasiat untuk
memberikan Hartanah tersebut kepada Responden Kedua dan keterangan
lisan Responden Pertama untuk menyatakan sebaliknya adalah tidak
wajar diterima oleh Mahkamah.
4
8.
Asal permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah telah dimulakan oleh
Perayu bagi tujuan mendapatkan perintah :i.
Wasiat oleh Allahyarham Suli bin Rangkota kepada Responden 1,
sekiranya ada adalah tidak sah di sisi undang-undang dan Hukum
Syara
ii.
Responden 1 hendaklah memindah milik hartanah No. 33 Lot 557
Mukim Setapak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada waris-waris
Allahyarham mengikut Faraid.
9.
Walau bagaimanapun, Y.A hakim telah memutuskan Permohonan Perayu
1 dan 2 ditolak, dan memutuskan bahawa hartanah No. 33, Lot 557
kampung Padang Balang Sentul Kuala Lumpur sebagai milik Responden 2
yang di pegang secara amanah oleh Responden 1.
Diputuskan SETELAH Kami meneliti rayuan Perayu-perayu dan
alasan-alasan yang telah dikemukakan Perayu-Perayu juga hujah yang
telah dibentangkan oleh Peguam Syarie Perayu-perayu dan Peguam
Syarie Responden-responden serta alasan yang telah kami berikan
dengan meruju kepada undang-undang dan Hukum Syara maka adalah
dengan ini kami sebulat suara memutuskan bahawa :i.
Rayuan Perayu-Perayu terhadap keseluruhan keputusan Y.A Hakim
Mahkamah Tinggi
Syariah W.Persekutuan Kuala Lumpur Kes Mal No.
14200-039-001-2003 yang diberikan pada 6 Oktober 2003 adalah
ditolak. ii. Perintah Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah
W.Persekutuan Kuala Lumpur tersebut
adalah dikekalkan. Peguam Syarie
5
Perayu Respondan
: :
Encik Ahmad Tarmizi bin Sharif dari Tetuan Tarmizi Marzuki &
Sulaiman bagi Perayu Pertama dan Perayu Kedua Encik Mohd Fuad bin
Hj. Jaafar dari Tetuan Mohd Fuad Jaapar & Associates
Surah Al-Quran Yang Dirujuk Surah Al-Baqarah ayat 177
Undang-Undang Yang Dirujuk 1. Sek.46. 2. 3. Akta Keterangan
Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. Sek 55 Power
of Attorney Act 1949 (1), S.83. Akta Pentadbiran Undang-Undang
Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993.
Kitab-Kitab Yang Dirujuk1.
Ad-Dumyati, Abu Bakar (Al-Bakri) Bin Muhammad Syatta Ad-Dumyati.
1302H Ianah
Al-Talibin Ala Halli Alfaz Fathul Muin, Beirut, Lebanon : Dar al
Kutub al ilmiyyah. juzu 3, Hlm 245,254.2.
Syarbini, al-syeikh Muhammad bin Muhammad As-Syarbini al-Syafie
al-Khatiibi. Mughni Zaydan, Karim (Dr). Nizam al-Qada fi Syariat
al-Islamiyyah. Muassasah Al-Risalah. Hlm Abdul Aziz Hussin. 2004.
Surat Kuasa Wakil : Pengurusan Undang-undang. Kuala Mozley &
Whiteleys Law Dictionary.
Al Muhtaj Ila Marifati Alfaz Al-Minhaj. Juz 3, Hlm 559. Juz 6.
Hlm 421.3.
102-103, 106.4.
Lumpur - DBP . Hlm 3.5.
Penghakiman Y.A.A Tan Sri Ibrahim bin Lembut Pengerusi HMRyS
6
1.Tindakan
rayuan yang dibawa di hadapan kami ini adalah terhadap
keseluruhan keputusan
oleh Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur yang diberikan pada 16 Oktober 2008 yang memutuskan
bahawa:Menolak keseluruhan tuntutan Perayu-perayu dan memerintahkan
tanah di bawah hak milik GM No. 33, Lot 557, Kampung Padang Balang,
Sentul Kuala Lumpur adalah milik Responden Kedua yang dipegang
secara amanah oleh Responden Pertama 2. Fakta kes menunjukkan
bahawa Perayu-perayu dan Responden 2 mempunyai hubungan sebagai
adik beradik kandung seibu sebapa. Selain itu terdapat 5 orang adik
beradik kandung seibu sebapa yang lain. 3. Allahyarham Suli bin
Rangkota adalah bapa kandung kepada Perayu-perayu dan Responden 2
yang telah meninggal dunia pada 27.01.1991. Allahyarham telah
meninggalkan harta pusaka yang telah dipindah milik kepada
waris-warisnya melalui pembahagian harta pusaka mengikut faraid
oleh Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur.4.Responden
pertama adalah tuan punya asal hartanah No. 33 Lot 557 Kampung
Padang
Balang Sentul Kuala Lumpur yang kemudiannya telah dimiliki oleh
Si mati. Namun proses pindah milik telah tidak dapat disempurnakan
semasa hayat Si mati disebabkan oleh usia Responden 2 yang masih
kecil (15 tahun) dan status tanah yang belum dipecahkan hak
milik.5.Pada
09.08.2000 Responden 1 telah memeterai Surat Kuasa wakil di mana
Hartanah Perayu-perayu memohon supaya Hartanah tersebut di tukar
hak milik oleh
tersebut telah diserahkan kepada Responden Kedua. Di peringkat
Mahkamah Tinggi syariah, Responden 1 seterusnya diberi secara
Faraid kepada ahli-ahli waris.6.Responden
2 tidak bersetuju dengan tuntutan Perayu-perayu dan mendakwa
bahawa
7
pemberian harta tersebut adalah berbentuk Hibah kepada dirinya
oleh si mati dan bukannya harta pusaka si mati .7.Perayu-perayu
telah mengemukakan 7 alasan rayuan yang kesemuanya menjurus
bahawa
harta tersebut adalah harta pusaka yang perlu di bahagi secara
faraid dan bukannya harta Hibah. Alasan-alasan Perayu adalah
:i.
Y.A. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah terkhilaf dari segi
undang-undang dan fakta apabila menolak tuntutan Perayuperayu dan
mengisytiharkan hartanah No. 33, Lot 557, Kampung Padang Balang,
Sentul Kuala Lumpur adalah milik Responden Kedua yang dipegang
secara amanah oleh Responden Pertama berdasarkan prinsip Hibah
sedangkan keterangan Respondenresponden dan saksi-saksi
bertentangan dengan prinsip Hibah atau pemberian waktu hidup
seperti yang diplidkan oleh Responden-responden di dalam
pembelaannya.
ii.
Y.A. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah terkhilaf dari segi
undang-undang dan fakta apabila mensabitkan wujudnya Hibah untuk
Responden Kedua sedangkan keterangan saksi-saksi Responden tidak
menunjukkan wujudnya penyerahan/penguasaan (al-qabd - )Hartanah
tersebut daripada pemberi Hibah, Suli bin Rangkota (si mati) kepada
Responden Kedua.
iii.
Y.A. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah terkhilaf dari segi
undang-undang dan fakta apabila mensabitkan wujudnya Hibah untuk
Responden Kedua berdasarkan keterangan saksi Responden-responden
sedangkan keterangan tersebut adalah bertentangan dan tidak
konsisten dengan keterangan Respondenresponden.
8
iv.
Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah terkhilaf dari segi
undangundang apabila memutuskan bahawa pemberian atau Hibah yang
didakwa oleh Responden adalah sah dan Hartanah tersebut adalah
milik Responden Kedua sedangkan Responden-responden yang diwakili
oleh Peguam hanya memfailkan pembelaan untuk menolak tuntutan
Perayu-perayu tanpa memfailkan tuntutan balas berkaitan Hibah.
v.
Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah terkhilaf dari segi
undangundang dan fakta apabila mensabitkan Hibah berdasarkan
keterangan saksi-saksi Responden sedangkan terdapat tohmah terhadap
saksi pertama Responden, SD1 (Zolkiflee bin Roslie ) dan saksi
ketiga, SD3 ( Rusni binti Rosli) yang mengakui tidak baik
langsung/tidak baik dengan Perayu-perayu manakala SD2, (Mohd Rajil
bin Suli) adalah pihak yang disaman oleh Responden Kedua di
Mahkamah Sivil.
vi.
Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah terkhilaf dari segi
undangundang apabila bersetuju bahawa beban pembuktian untuk
membuktikan wujudnya Hibah adalah di atas Respondenresponden dan
pada masa yang sama menyatakan Perayu-perayu gagal untuk membawa
saksi menafikan wujudnya Hibah sedangkan Perayu yang memerlukan
keterangan sebagai Plaintif perlu mendengar keterangan
Responden-responden sebagai muddai sebelum membawa saksi
Perayu-perayu. Memandangkan Perayu-perayu adalah Plaintif, maka
Perayuperayu tidak mempunyai peluang membawa saksi menafikan
wujudnya Hibah setelah Responden-responden menutup kes mereka.
vii.
Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah terkhilaf dari segi
undang-
9
undang apabila mensabitkan wujudnya Hibah untuk Responden Kedua
sedangkan surat akuan Responden Pertama yang diakui disediakan oleh
peguam menyatakan bahawa si mati berwasiat untuk memberikan
Hartanah tersebut kepada Responden Kedua dan keterangan lisan
Responden Pertama untuk menyatakan sebaliknya adalah tidak wajar
diterima oleh Mahkamah. 8. Asal permohonan di Mahkamah Tinggi
Syariah telah dimulakan oleh Perayu bagi tujuan mendapatkan
perintah :i.
Wasiat oleh Allahyarham Suli bin Rangkota kepada Responden 1,
sekiranya ada adalah tidak sah di sisi undang-undang dan Hukum
Syarak.
ii.
Responden 1 hendaklah memindah milik hartanah No. 33 Lot 557
Mukim Setapak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada waris-waris
Allahyarham mengikut Faraid.
9.
Walau bagaimanapun, Y.A hakim telah memutuskan Permohonan Perayu
1 dan 2 ditolak, dan memutuskan bahawa hartanah No. 33, Lot 557
kampung Padang Balang Sentul Kuala Lumpur sebagai milik Responden 2
yang di pegang secara amanah oleh Responden 1.
10.
Keputusan oleh Y.A Hakim ini bercanggah dengan tuntutan asal
Perayu-perayu iaitu mengenai penafian berlakunya wasiat. Namun di
dalam Penyata Pembelaan Responden 1 dan Responden 2 kami dapati
Responden-responden turut menafikan dakwaan Perayu-perayu dengan
menyatakan si mati telah menyerahkan harta itu sebagai hadiah atau
Hibah dan bukannya sebagai wasiat. Oleh itu, pada pendapat kami Y.A
Hakim telah memberikan keputusan bersandarkan alasan pihak
Respondenresponden iaitu harta tersebut telah diberi sebagai Hibah
dan bukannya wasiat.
11.
Setelah kami teliti kepada alasan yang dikemukakan oleh Peguam
Syarie pihak-pihak
10
juga hujah yang difailkan, kami dapati terdapat beberapa isu
yang menjadi persoalan di dalam kes ini iaitu:i.
Sama ada pemberian oleh Si mati kepada Responden 2 sebagai
pemberian Hibah atau
wasiat; dan jika Wasiat atau Hibah telah berlaku, apakah wasiat
atau Hibah itu telah sah menurut Hukum Syara.ii.
Sama ada beban pembuktian kes oleh pihak yang mendakwa telah
dipenuhi sebagaimana
kehendak Hukum Syara. ISU PERTAMA : Sama ada pemberian oleh Si
mati kepada Responden 2 sebagai pemberian Hibah atau wasiat; dan
jika Wasiat atau Hibah telah berlaku, apakah wasiat atau Hibah itu
telah sah menurut Hukum Syara. 12. Persoalan mengenai sama ada
berlakunya Hibah ini timbul akibat dari penafian Perayu-perayu
mengenai dakwaan bahawa berlakunya wasiat sebaliknya
Respondenresponden mengatakan telah berlaku pemberian semasa hidup
( Inter vivos gift ) atau Hibah. Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah
pula berpendapat bahawa hartanah No. 33, Lot 557 Kampung Padang
Balang sentul Kuala Lumpur adalah milik Responden 2 yang dipegang
secara amanah oleh Responden 1. 13. Alasan yang diberikan oleh Y.A
Hakim, istilah wasiat oleh saksi-saksi tidak menggambarkan rumah
tersebut sebagai wasiat arwah dan berpendapat walaupun
terminologinya yang dipakai oleh Saksi Responden 2 adalah wasiat
tetapi ia bukan wasiat dalam erti kata sebenar, ia istilah yang
dipakai oleh saksi Responden 2 dalam menyatakan peringatan dari
bapanya sebelum bapanya meninggal dunia. Y.A Hakim turut
menghuraikan bahawa pemilikan harta itu kepada Responden 2 berlaku
selepas kematian arwah, namun fakta perlakuan arwah semasa hidupnya
tidak menampakkan niat arwah untuk menjadikan ia wasiat. 14.
Kekeliruan di dalam kes ini mungkin disebabkan wujudnya Surat Kuasa
Wakil yang
11
dibuat oleh Responden 1 bertarikh 09 Ogos 2000 yang menyebut
bahawa hartanah tersebut diserahkan kepada Responden 2. Proses ini
berlaku selepas kematian Allahyarham Suli bin Rangkota yang
meninggal dunia pada 27 Januari 1991. 15. Bagi menghurai kekeliruan
ini, kami ingin membawa semua pihak melihat semula kepada perbezaan
antara Hibah dan wasiat. Secara mudahnya wasiat adalah pemberian
oleh Si mati kepada seseorang dan pelaksanaannya selepas berlaku
kematian. Berbeza dengan Hibah yang pemberian sebelum kematian dan
pemilikan juga sebelum berlaku kematian si pemberi Hibah. 16.
Secara lebih terperincinya, Hibah merupakan suatu pemberian hak
milik sesuatu harta kepada seseorang tanpa perlu menukar ganti
dengan harta atau benda yang lain, atau dengan wang pada kadar
nilaian yang tertentu yang dibuat semasa pemberi Hibah masih hidup,
dan ia dilakukan secara sukarela. Firman Allah S.W.T. di dalam
surah alBaqarah ayat 177 :-
Bermaksud: Bukanlah perkara kebajikan
kamu
itu
hanya
menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu
ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan
Segala malaikat, dan Segala kitab, dan sekalian Nabi; dan
mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, -
kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan
orang Yang terlantar Dalam perjalanan, dan kepada
12
orang-orang Yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba
abdi; 17. Manakala menurut istilah syara pula, Hibah bermaksud
suatu akad pemberian (alatiyyah) atau pemindahan hak milik ain
sesuatu harta kepada seseorang tanpa apa-apa balasan (iwad) semasa
pemberi milik itu masih hidup, dan ia dilakukan secara sukarela
dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul. 18. Dalam Kitab Iaanah
al-Talibin, ( al-Allamah Abi Bakr Othman bin Muhammad Shatta al
Dimyati al-Bakr, Ianat al Talibin, 1995, Beirut, Lebanon : Dar al
Kutub al ilmiyyah, jil.3, hlm. 245) telah dijelaskan perkara
berkaitan dengan Hibah :-
: Bermaksud : Hibah menurut pengertian syarak ialah memberi
milik sesuatu barang kepada seseorang yang lain, yang mana barang
itu adalah sah untuk dijual beli, atau diberi hutang oleh ahli yang
tabarru, tanpa adanya sebarang balasan atau tukaran. 19. Manakala
di dalam Kitab Mughni al-Muhtaj, Juz 3,TAHUN 2000/1421H, hlm. 559
pula menyatakan bahawa :-
Bermaksud :
13
Hibah ialah suatu pemberian milik sesuatu benda tanpa ada timbal
balas atau tukaran sewaktu seseorang masih hidup dan ia dilakukan
secara sukarela. 20. Peruntukan mengenai Hibah dan wasiat di
Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dinyatakan pada seksyen 46
(2)(b)(v)(vi) Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1993 (Akta 505) yang menyebut :Seksyen 46. Bidang
kuasa Mahkamah Tinggi Syariah. (2) Mahkamah Tinggi Syariah
hendaklah-(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan
semua tindakan dan prosiding dalam mana semua pihak adalah orang
Islam dan yang berhubungan dengan-(v) wasiat atau alang semasa
marad-al-maut seseorang si mati Islam; (vi) alang semasa hidup,
atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang memadai dengan
wang atau nilaian wang, oleh seseorang Islam; 21. Meskipun tidak
disebut perkataan Hibah di dalam peruntukan tersebut, namun
perkataan alang semasa hidup sudah jelas membawa maksud Hibah.
Begitu juga dengan perkataan penyelesaian yang dibuat tanpa balasan
yang turut membawa maksud Hibah dan tidak bercanggah dengan
tafsiran Hukum Syara sebagaimana yang telah kami bentangkan tadi.
22. Berdasarkan kepada tafsiran dan perbezaan di antara wasiat dan
Hibah yang telah dinyatakan, Pihak-pihak telah diberi panduan sama
ada pemberian yang berlaku oleh
14
Si mati ke atas hartanah No. 33 Lot 557 Kampung Padang Balang
Sentul Kuala Lumpur kepada Responden kedua sama ada telah berlaku
secara Hibah atau wasiat. 23. Perayu-perayu menghujahkan bahawa
pemberian yang berlaku oleh Si mati adalah secara wasiat kerana
tiada pemberian secara mutlak kepada Responden 2 ketika hayat Suli
bin Rangkota (si mati). Bahkan, keterangan yang diberikan oleh
saksi-saksi Responden iaitu Saksi 1, Saksi 2, Saksi 3 dan juga
Responden 1 serta Responden 2 sendiri menunjukkan bahawa pemberian
secara mutlak kepada Responden Kedua (jika ada) hanya berkuat kuasa
selepas si mati meninggal dunia. Ini bertentangan dengan konsep
Hibah yang mengkehendaki sebarang pemberian atau pemindahan hak
milik mesti dilakukan ketika hidup dan bukannya selepas mati. Jika
ia dilaksanakan selepas kematian maka ia dikategorikan sebagai
wasiat. 24. Responden-responden pula berpendapat telah berlaku
pemberian secara mutlak semasa si mati masih hidup lagi berdasarkan
kepada keterangan empat orang saksi termasuk Responden 1 yang
semuanya menyokong bahawa hartanah tersebut adalah milik Responden
kedua secara mutlak di atas pemberian sewaktu hidup. 25. Perbezaan
pendapat di dalam kes ini disebabkan terdapatnya keterangan dan
dokumen yang menyatakan bahawa Allahyarham telah mengatakan kepada
Responden 1 bahawa hartanah No. 33 ( Lot 557 ) Kampung Padang
Balang Sentul, Kuala Lumpur diberikan kepada Responden 2. Dokumen
yang dimaksudkan adalah Surat Kuasa Wakil No. Pendaftaran
72953120000 yang dibuat oleh Responden 1 di Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur bertarikh 9 Ogos 2000 dan di sahkan lagi melalui surat dari
Responden 1 kepada Peguam Perayu bertarikh 10 April 2003. 26.
Dokumen-dokumen ini mengesahkan bahawa hartanah tersebut adalah
milik Responden 1 yang merupakan tuan punya berdaftar 3.72/160 dari
keseluruhan 45/160. Responden 1 telah memberi kebenaran kepada si
mati untuk mendiami hartanah yang terdiri di atasnya sebuah rumah
kedai. Hartanah tersebut diberikan keizinan untuk si
15
mati mendiaminya sebagai gantian atas hartanah kepunyaan si mati
yang telah diambil oleh Responden 1 untuk dimajukan. 27. Namun
demikian, dokumen Surat Akuan Responden 1 yang ditandatangani
bertarikh 12 Mei 2003 menunjukkan bahawa Responden 1 sebagai
pemilik telah menyerahkan hartanah tersebut kepada si mati.
Hartanah tersebut diserahkan sebagai balasan kepada si mati yang
menyerahkan satu tanah beliau untuk dibangunkan secara usaha sama
pada sekitar tahun 1975. 28. Responden 1, di dalam Surat Akuan
tersebut turut menegaskan bahawa si mati telah berwasiat kepada
beliau bahawa hartanah tersebut diserahkan kepada Responden 2 yang
pada ketika itu masih kecil. 29. Meskipun, Responden 1 menggunakan
perkataan wasiat di surat Akuan tersebut mahupun di dalam surat
kepada Peguam Syarie Perayu-perayu, perbuatan itu tidak menunjukkan
berlakunya wasiat sebaliknya pemberian tersebut berlaku semasa Si
mati masih hidup. Hal ini, berdasarkan qarinah yang si mati tidak
meletakkan namanya terlebih dahulu sebaik sahaja penyerahan oleh
Responden 1. Si mati terus bersetuju supaya hartanah tersebut
hendaklah diberikan kepada Responden 2 yang gagal untuk
dilaksanakan disebabkan usia Responden 2 yang masih kecil. Kaedah
Fiqh ada menyebut bahawa setiap transaksi syariat bukan dilihat
kepada lafaz dan binaan kalimah tetapi ia melihat kepada hakikat
dan perjalanannya. Kaedah fiqh tersebut menyebut:
Bermaksud: "Yang diambil kira pada akad transaksi ialah maksud
dan makna, bukan lafaz dan susunan kalimat".
16
30.
Berdasarkan kepada keadaan itu, pemberian telah berlaku semasa
hidup Si mati lagi dan kenyataan ini di sokong lagi oleh Surat
Kuasa Wakil ( Power of Attorney) yang dikemukakan oleh Responden 1.
Pengakuan oleh Responden 1 terhadap dokumen ini semasa memberikan
keterangan di Mahkamah Bicara telah mematuhi kehendak Seksyen 55
Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997
iaitu Pengakuan mengenai tulisan, tandatangan atau meterai. 55 (1)
Pengakuan tentang tulisan, tandatangan atau meterai hendaklah
diterima sebagai pengakuan orang yang menulis atau yang
menyempurnakan dokumen itu.
31.
Alasan di atas telah menjawab mengenai isu yang pertama iaitu
pemberian hartanah di No. 33 Lot 557 Kampung Padang Balang sentul
Kuala Lumpur, yang berlaku antara Si mati kepada Responden adalah
pemberian berbentuk Hibah. Seterusnya kami akan melihat pula, sama
ada Hibah tersebut telah berlaku secara sah atau tidak menurut
Hukum Syara.
32.
Alasan kedua perayu-perayu adalah pertikaian mengenai al-Qabd (
, ) Perayuperayu mendakwa bahawa al-Qabd atau penyerahan dan
penguasaan hartanah tersebut dari Si mati (Pemberi Hibah) kepada
Responden 2 tidak berlaku. Kami bersetuju dengan hujah Balas
Responden yang menyatakan bahawa Responden 2 di dalam keterangannya
menyatakan :Beliau bersama ayahnya (si mati) pernah pergi ke
pejabat En. Ismail (Responden 1) untuk memasukkan nama Responden 2
ke dalam geran bagi menyempurnakan pemilikan akan tetapi ia tidak
dapat dilakukan kerana masalah teknikal seperti yang disahkan oleh
Responden 1 iaitu hartanah tersebut masih lagi berstatus pertanian
dan belum ditukar kepada status perumahan dan ia ditolak oleh
17
pejabat tanah. Akan tetapi nama Responden 2 ada tercatat di
dalam rekod Sri Alam Sdn. Bhd. (pemaju) sebagai pemilik beneficial
hartanah tersebut dan selari dengan itu satu surat Kuasa Wakil
bertarikh 9 Ogos 2000 telah dibuat oleh En. Ismail bin Mohamad
(Responden 1) mengesahkan pemilikan Responden 2. 31. Kami tertarik
kepada Surat Kuasa Wakil tersebut, di dalam kes ini, kami akan
menghuraikan secara ringkas apa yang dimaksudkan dengan Surat Kuasa
Wakil atau Power of Attorney dan bagaimanakah kesannya. Mengikut
Mozley & Whiteleys Law Dictionary mentakrifkan: Surat Kuasa
Wakil adalah suatu kuasa atau autoriti yang diberi oleh seseorang
kepada seseorang lain untuk bertindak bagi pihaknya semasa
ketiadaannya (atau semasa ketidakhadirannya ) Misalnya untuk
memindahkan tanah, menerima hutang, mendakwa dan lain-lain lagi.
Pihak yang diberi kuasa untuk bertindak sedemikian dipanggil wakil
pihak yang memberi kuasa atau autoriti berkenaan 32. Buku bertajuk
Surat Kuasa Wakil : Pengurusan Undang-undang oleh Abdul Aziz
Hussin, DBP , Kuala Lumpur 2004 muka surat 3 telah membawakan kes
yang di putuskan oleh Hakim Idris Yusuf di dalam kes Wee Tiang Peck
lwn Teoh Poh Tin setelah merujuk Jowitts Dictionary of English Law
memberi takrif Surat Kuasa Wakil, iaitu :Suatu instrumen ( surat
cara ) rasmi dengan mana seseorang memberi kuasa kepada seseorang
lain mewakilinya atau bertindak bagi pihaknya untuk tujuantujuan
atau maksud-maksud tertentu
18
33.
Merujuk kepada Power of Attorney Act 1949, menjelaskan bahawa
Surat Kuasa Wakil sebagai satu instrument yang memberikan kuasa
kepada Pemegang Amanah (attorney) untuk bertindak bagi pihak
Pemberi ( Penghibah ) semasa ketidakhadiran PengHibah untuk
menuntut aset Hibah daripada Institusi yang memegang aset Hibah
itu. Surat Kuasa ini hendaklah didaftarkan di Mahkamah dan akan
digunakan untuk menuntut aset Hibah selepas kematian penghibah.
34.
Surat Kuasa Wakil oleh Responden telah memenuhi kehendak Power
Attorney Act kerana telah disempurnakan termasuklah di tandatangani
Responden di hadapan Advocate & Solicitor dan tidak ada
pertikaian pihak-pihak di dalam kes ini.
35.
Bukanlah tujuan kami untuk memberi penjelasan mengenai Surat
Kuasa Wakil, sebaliknya kami ingin kaitkan syarat al-Qabd dengan
Hibah yang telah berlaku. Jika dilihat kepada Surat Kuasa Wakil
tersebut, Responden 1 telah memberi kuasa yang luas kepada
Responden 2 bagi tujuan pemilikan hartanah tersebut. Terdapat 22
item yang disebut dan diberi kuasa kepada Responden 2 oleh
Responden 1 terhadap hartanah tersebut termasuklah untuk disewa (to
let), dijual (to sell), dibayar (to paid) dan sebagainya.
36.
Pemberian kuasa melalui Surat Kuasa Wakil ini menunjukkan bahawa
Responden 1 telah mengetahui bahawa pemilikan ke atas hartanah
tersebut adalah kepunyaan Responden 2. Sekatan dan kelewatan
membuat Surat Kuasa Wakil tidak menjejaskan hak Responden 2 di
sebabkan penama milik ke atas hartanah tersebut masih lagi atas
nama Responden 1. Jika Si mati sebagai pemilik geran, nescaya
pemberian yang berlaku boleh dianggap sebagai wasiat ataupun harta
pusaka yang perlu dibahagi secara faraid.
37.
Usaha si mati dan Responden 2 yang berulang alik sama ada ke
pejabat tanah mahupun ke pejabat Responden 1 iaitu Syarikat Sri
Alam menunjukkan qarinah kesungguhan si
19
mati untuk membuat tukaran nama sebagai memenuhi tuntutan
undang-undang bagi tujuan pendaftaran nama Responden 2 di Pejabat
Tanah. 38. Kalau dilihat pula didalam kitab al-Fiqh al-Manhaji
jilid 3 hlm 16 membahagikan qabd kepada 3 bahagian : ada
.1 : 1- Bagi barangan jenis harta boleh alih, bentuk qabad
(penerimaannya)
boleh
berlaku
dengan
cara
mengambil dengan tangan jika barangan tersebut boleh diambil
dengan tangan. Contohnya seperti baju, buku atau sebagainya.
.2 2- Jika barangan tersebut tidak boleh diambil dengan tangan
seperti kereta, haiwan atau sebagainya, maka qabadnya
(penerimaannya) boleh dilakukan dengan cara memindahkan barangan
tersebut
.3 : 3- Manakala bagi barangan yang tidak boleh alih seperti
rumah dan Tanah, qabad (penerima) boleh berlaku dengan cara penjual
melepaskan haknya
20
kepada pembeli atau menguasainya atau penjual mengenepikan
segala halangan semasa penyerahannya atau dengan penyerahan kunci
jika barangan tersebut seperti rumah atau sebagainya 39.
Berpandukan kepada tafsiran yang diberikan, kami ingin menarik
perhatian pihakpihak kepada pengertian Qabd menurut syara yang
menetapkan bahawa harta tersebut mestilah dikuasainya dengan cara
yang dibenarkan oleh Syara. Di dalam kes ini, Responden 2 telah
menguasai harta yang disenaraikan sebagaimana Surat Kuasa Wakil
tersebut dan berupaya untuk membuat apa sahaja ke atas hartanah
tersebut tanpa ada sekatan. Rentetan itu, pendapat kami pemberian
yang berlaku adalah secara Hibah dan Hibah itu telah memenuhi
kehendak Hukum Syara. Di dalam Kitab Hasiyah Ianah al Tholibin, Bab
Fii al-Hibah , Terbitan Dar al-Kitab al-Alamiyyah muka surat 254
menyebut :-
) )Bermaksud : engan akad sahaja belum berlaku Hibah bahkan
hendaklah dengan adanya pemilikan ( Qabd ), demikian menurut
pendapat al-Syafie yang baru. 40. Istilah wasiat yang digunakan
oleh Responden 1 di dalam kandungan surat Responden 1 kepada Peguam
Syarie Perayu-perayu bertarikh 10 April 2003, juga Surat Akuan 12
Mei 2003 tidak boleh dijadikan pegangan bahawa pemberian yang
berlaku sebagai suatu wasiat. Kesilapan menggunakan istilah mungkin
disebabkan kekeliruan dan pemahaman mengenai cara pemberian
tersebut. Namun takrifan Syara yang telah kami bawa boleh dijadikan
panduan sama ada sesuatu pemberian itu berlaku secara Hibah ataupun
wasiat.
21
41.
Jika diteliti kepada Surat Akuan Responden 1 bertarikh 12 Mei
2003 ada menunjukkan kekeliruan pemahaman antara Hibah dan wasiat.
Petikan akuan di perenggan 2, baris 3 yang terakhir ada menyebut
:Allahyarham telah berwasiat kepada saya bahawa hartanah tersebut
beliau serahkan kepada Rosilawati binti Suli yang pada ketika itu
masih kecil
42.
Istilah wasiat di dalam akuan berkenaan adalah tidak bersesuaian
kerana perkataan serahkan kepada Rosilawati binti Suli yang pada
ketika itu masih kecil menunjukkan perbuatan Hibah kerana
penyerahan yang berlaku semasa hidup dan bukannya wasiat.
ISU KEDUA : Sama ada beban pembuktian kes oleh pihak yang
mendakwa telah dipenuhi sebagaimana kehendak Hukum Syara. 43. Isu
beban pembuktian kami kupas berdasarkan kepada alasan Perayu-perayu
iaitu pada alasan yang pertama, kedua, ketiga,kelima dan keenam.
Kehendak konsep al-Bayyinah menurut Islam ini adalah sesuatu yang
perlu diikuti supaya keadilan dan kesaksamaan diperolehi oleh
pihak-pihak yang bertikai di Mahkamah Syariah. 44. Asas yang perlu
dilihat ialah siapakah yang memikul beban pembuktian dan siapakah
pula yang boleh memberikan keterangan dan seterusnya diterima untuk
pertimbangan hakim. Dr. Abdul Karim Zaidan dalam hal ini menulis
dalam kitabnya Nizam alQadha di hlm. 106. Beliau mengatakan bahawa
mengetahui dan membezakan antara al-muddaie dan al-muddaa alaih
adalah suatu pengetahuan yang wajib dikuasai oleh seseorang hakim
dan pihak-pihak yang bertikai supaya ia boleh menentukan siapa
al-muddaie yang ditanggung atasnya dengan keterangan dan siapa
al-muddaia alaih yang ditanggung ke atasnya dengan yamin apabila ia
menafikan dakwaan pihak muddaie sebagaimana yang dikehendaki Hadis
Nabi berkenaan. Betapa pentingnya pengetahuan berkenaan dengan
perkara ini diungkapkan oleh beliau dengan kata-kata seperti
berikut:
22
Bermaksud: cara yang boleh menentukan siapa al-muddaie dan siapa
pula al-mudda alaih adalah dengan mengetahui perbezaan antara
keduanya. Jangan lupa bahawa kadangkadang perbezaan antara keduanya
tidak begitu jelas dan tidak ketara kerana bukanlah semua orang
yang menuntut (Plaintif) adalah muddaie dan bukan semua orang yang
kena tuntut itu (Defendan) adalah al-muddaa alaih. Kerana itu Para
Fuqaha telah memasukkan dalam takrif mereka beberapa ciri yang
dapat membezakan antara keduanya. Beliau di dalam m.s. 102-103
telah memperturunkan beberapa takrif yang diberikan oleh fuqaha,
antaranya; - - Bermaksud: (1) muddaie ialah seseorang yang mendakwa
sesuatu perkara yang tersembunyi, almuddaa alaiah pula adalah orang
yang mendakwa sesuatu yang zahir lagi jelas ( 2 ) al-muddaie ialah
orang yang kata-katanya menyalahi
23
asal atau 24dapat kebiasaan (urf) manakala al-muddaa alaih pula
orang yang kata-katanya menepati asal atau urf. Takrif ini adalah
selari takrif yang diberikan di dalam Kitab Mughni Muhtaj, Jilid 6,
hlm 421 menyebutkan: Ertinya: mengikut pendapat yang terkuat (yang
distilahkan sebagai azhar) almuddaie ialah orang yang kata-katanya
menyalahi zahir katanya menepati zahir sesuatu perkara sesuatu
perkara, manakala orang yang didakwa (al-muddaa alaih) ialah orang
yang kata-
45. Di dalam kes ini, kami bersetuju dengan penghakiman Y.A
Hakim yang menyebut : Oleh sebab pihak Plaintif ( Perayu ) mendakwa
sesuatu yang muafiq ( selari ) dengan sesuatu yang asal iaitu tidak
wujudnya, manakala defendan ( Responden 2 ) yang menyatakan
wujudnya Hibah, maka beban untuk membuktikan wujudnya Hibah seperti
yang didakwa adalah ditanggung oleh pihak yang mendakwa iaitu pihak
defendan ( Responden 2 ) 46. Sehubungan itu, beban pembuktian
adalah terletak di atas bahu Responden. Semua pihak tidak
mempertikaikan mengenai hak milik harta tersebut kecuali secara
undangundang. Ini disebabkan pemilik sebenar iaitu Responden 1,
Perayu-perayu, Responden 2 mahupun saksi-saksi mengakui bahawa
hartanah tersebut milik Si mati Allahyarham Suli bin Rangkota.
Pertikaian yang timbul hanya mengenai cara pemberian dari Si mati
kepada Responden. Isu ini telah kami jawab sebentar tadi dan
tumpuan kami sekarang sama ada pihak yang mendakwa ( Responden 2 )
telah berjaya membuktikan kes dan dakwaannya.
24
47. Di Peringkat Mahkamah Tinggi Syariah, Responden 2 telah
mengemukakan 4 orang saksi termasuklah responden 1 sendiri. Setelah
kami meneliti kepada nota keterangan dan rekod rayuan, kami dapati
kesemua saksi sepakat mengatakan bahawa hartanah tersebut adalah
hak milik Responden 2 yang diberikan oleh Si mati semasa hayatnya.
Saksi 1,2 dan 3 adalah merupakan adik-beradik dengan Responden 2.
48. Alasan perayu-perayu bahawa wujudnya tohmah untuk saksi 1,2 dan
3 berdasarkan kepada hubungan baik sebagai adik-beradik dan mengaku
tidak baik langsung dengan Perayu-perayu, kami perlu melihat kepada
peruntukan undang-undang mengenai tatacara keterangan di Mahkamah
Syariah. 49. Seksyen 83 Akta Keterangan Mahkamah Syariah (
Wilayah-Wilayah Persekutuan ) ada menjelaskan mengenai siapa yang
boleh memberikan keterangan sebagai saksi. sek. 83 (1) Tertakluk
kepada peruntukan seksyen ini, semua orang Islam adalah kompeten
untuk memberikan syahadah atau bayyinah sebagai saksi dengan syarat
bahawa mereka adalah 'aqil, baligh, 'adil, mempunyai ingatan yang
baik dan tidak berprasangka. Huraian-Seseorang Islam adalah
disifatkan 'adil jika dia menunaikan obligasi agamanya,
melaksanakan kewajipan agama yang ditetapkan, menahan diri daripada
melakukan dosa besar dan tidak terus menerus melakukan dosa kecil.
(2) Seseorang yang bukan Islam adalah kompeten untuk memberikan
bayyinah untuk orang Islam jika keterangannya boleh diterima
mengikut Hukum Syarak. Huraian-Bayyinah seorang pakar bukan Islam
terhadap seorang Islam boleh diterima, jika dikehendaki. (3)
Seseorang yang tidak 'adil adalah kompeten untuk memberikan
bayyinah tetapi tidak kompeten memberikan syahadah.
25
(4) Seseorang yang belum baligh atau seseorang yang tak sempurna
akal adalah kompeten untuk memberikan bayyinah tetapi tidak
kompeten untuk memberikan syahadah. Huraian-Bayyinah seorang orang
belum dewasa dalam kes kecederaan yang dilakukan oleh beberapa
orang belum dewasa ke atas yang lain boleh diterima dengan syarat
bahawa antara mereka tiada perselisihan faham dan mereka berada di
tempat kejadian itu. (5) Seseorang yang mempunyai ingatan yang
lemah atau yang pelupa atau mengidap hilang ingatan adalah kompeten
untuk memberikan bayyinah tetapi tidak kompeten untuk memberikan
syahadah. (6) Seseorang yang kebolehpercayaannya diragui kerana
hubungan baiknya dengan dan mempunyai kepentingan dalam pihak
menentang adalah kompeten untuk memberikan bayyinah tetapi tidak
kompeten untuk memberikan syahadah. (7) Seseorang yang
kebolehpercayaannya diragui kerana hubungan buruknya dengan pihak
menentang adalah kompeten untuk memberikan bayyinah tetapi tidak
kompeten untuk memberikan syahadah. 50. Peruntukan di atas
memperlihatkan bahawa seseorang saksi itu masih boleh memberikan
keterangan jika terdapat tohmah namun keterangannya secara bayyinah
dan bukannya syahadah. Kami bersetuju dengan alasan Y.A Hakim
bahawa memandangkan ketigatiga mereka menafikan hak ke atas
hartanah berkenaan, maka mereka tidak mempunyai tohmah dan boleh
menjadi saksi. 51. Berdasarkan kepada keterangan saksi-saksi dan
dokumen yang difailkan maka kami berpuashati bahawa telah berlaku
Hibah dari Si mati kepada Responden 2 berasaskan kepada Rukun-rukun
Hibah sebagaimana yang ditetapkan oleh Hukum Syarak iaitu :-
26
i. ii.
al-Aqidan iaitu al-Wahib ( pemberi Hibah ) dan al-Mawhub lahu (
penerima Hibah ) al-Hibah/al-Mauhub ( perkara atau barang yang
Sighah iaitu ijab dan Qabul ( beri dan terima ) al-Qabd (
serahterima ) 37. Berdasarkan alasan-alasan yang telah kami berikan
maka kami putuskan kes ini seperti berikut :KEPUTUSAN SETELAH Kami
meneliti Rayuan Perayu-perayu dan alasan-alasan yang telah
dikemukakan Perayu-Perayu juga Hujah yang telah dibentangkan oleh
Peguam Syarie Perayu-Perayu dan Peguam Syarie Responden-responden
serta alasan yang telah kami berikan dengan meruju kepada
undang-undang dan Hukum Syara maka adalah dengan ini kami sebulat
suara memutuskan bahawa :diHibahkan )
iii. iv.
i.
Rayuan Perayu-Perayu terhadap keseluruhan keputusan Y.A Hakim
Mahkamah Tinggi
Syariah W.Persekutuan Kuala Lumpur kes Mal No.
14200-039-001-2003 yang diberikan pada 6 Oktober 2003 adalah
ditolak. ii. Perintah Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah
W.Persekutuan Kuala Lumpur tersebut adalah dikekalkan. Penghakiman
kes ini telah dibaca dan dipersetujui oleh Y.A Dato Muhamad Asri
bin Haji Abdullah, HMRyS dan Y.A Datuk Yusop bin Che Teh,
HMRyS.
27