-
KHAZANAH RESIDENCYPROGRAMME
0101011100110101010110101011101001110101
An initiative by Khazanah Nasional
@K H A Z A N A H R E S I D E N C Y#K H A Z A N A H R E S I D E N
C Y
PROGRAM RESIDENSIKHAZANAH
*Maklumat yang terdapat dalam brosur ini adalah tepat semasa
penerbitan/dimuat naik.
TENTANG PROGRAM INIProgram Residensi Khazanah menyokong bakat
muda tempatan yang mempamerkan kebolehan dan pencapaian luar biasa
dalam disiplin terpilih dengan membantu mengembangkan pengetahuan,
kemahiran dan rangkaian mereka dalam bidang masing-masing.
Program-program yang ditawarkan termasuk residensi, fellowship atau
kursus jangka pendek yang dikendalikan oleh institusi terkenal di
seluruh dunia. Program yang ditaja sepenuhnya ini tidak mengikat
para peserta yang menerima tajaan. Sebaliknya, mereka hanya diminta
untuk berkongsikan pengalaman yang diperoleh daripada residensi
masing-masing untuk manfaat rakyat Malaysia secara amnya.
ARTIS ARKITEK WARTAWAN KAKITANGANKHAZANAH & GLC
PENJAWAT KERAJAAN
PESERTA TAJAAN*
Wolfson College, Cambridge, UK
Acme Studios, London, UK
AA School ofArchitecture,London, UK
ANZSOG, Canberra, Australia
LKY NUS, Singapore
ANZSOG, Wellington, NZ
6 6 14 6 4
RESIDENSI SENI
RESIDENSI REKA BENTUK
FELLOWSHIP MEDIA
RESIDENSI PERKHIDMATAN AWAM
*Setakat Januari 2020
-
WOLFSON COLLEGE, UNIVERSITY OF CAMBRIDGE
KRITERIA & KEL AYAKAN
STRUKTUR PROGRAM
APA YANG KAMI BIAYA
Wolfson Press Fellowship merupakan fellowship yang ditawarkan
oleh Wolfson College, University of Cambridge sejak 1982.
Penglibatan Khazanah dalam fellowship ini bermula pada tahun 2013
dan sejak itu, setiap tahun, Khazanah menaja dua orang wartawan
tempatan dan seorang warga kerja Khazanah atau Syarikat-berkaitan
Khazanah untuk mengikuti program tersebut. Hasrat kami adalah untuk
menyokong industri media tempatan dengan melahirkan wartawan yang
lebih baik dan serba boleh yang seterusnya akan menyumbang kepada
pembangunan negara menerusi bidang kewartawanan secara lebih
bermakna.
• Program berjangka 10 minggu di Cambridge, United Kingdom
• Setiap peserta menjalankan penyelidikan dalam bidang pilihan
masing-masing, yang dipersetujui terlebih dahulu
• Bidang tersebut merangkumi pelbagai isu dalam media, termasuk
perubahan peranan media dalam dunia yang terangkai, meningkatkan
kualiti pelaporan perniagaan, alam sekitar, pembangunan lestari,
perubatan, bio-sains dan teknologi; serta peranan media bebas dalam
pentadbiran demokratik
• Peserta bukan sahaja memperoleh pengetahuan baharu daripada
seminar yang dianjurkan, malahan menerima manfaat daripada
interaksi dengan pelajar dan ahli akademik dari seluruh dunia
• Pada penghujung setiap fellowship, para peserta akan
membentangkan hasil penyelidikan masing-masing kepada penyelia
• Yuran Pengajian• Tiket Penerbangan Pergi-Balik
(Ekonomi)• Penginapan• Elaun Harian
Kolej ini ditubuhkan pada tahun 1965 sebagai sebuah Kolej
Universiti khusus untuk pelajar pasca-siswazah. Wolfson Press
Fellowship memberi peluang kepada para wartawan untuk berehat
sejenak daripada kesibukan tugasan masing-masing untuk melaksanakan
penyelidikan dalam bidang pilihan mereka (berkaitan media) bawah
bimbingan seorang penyelia.
Sehingga kini, fellowship ini telah memanfaatkan sejumlah 350
orang wartawan dari lebih 50 buah negara. Sejak tahun 1987,
kira-kira 40 orang wartawan dan pengamal komunikasi daripada
Malaysia telah mengikuti fellowship ini, yang mana kebanyakannya
terus maju dalam kerjaya masing-masing dan mengetuai pelbagai
organisasi media di negara ini.
Wartawan daripada pelbagai medium serta pengamal
komunikasi yang kini berada di pertengahan karier masing-
masing–
Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik
–Permohonan mesti disokong oleh pengarang atau penyelia
MEDIA RESIDENSI
-
SAKINA MOHAMED, FELO MEDIA 2019; SUB-EDITOR, BERNAMA
Fellowship ini memberikan saya peluang yang saya tidak pernah
sedar saya perlukan: iaitu peluang untuk saya berhenti seketika
dan perhati apa yang berlaku di sekeliling saya serta
memperbaiki kekurangan pada pengetahuan saya. Kebiasaannya kita
alpa
dengan tugasan harian serta komitmen peribadi kita sehingga kita
gagal untuk cuba memperbaiki diri sendiri, baik dari segi
peribadi
mahupun profesional. Saya sangat menghargai peluang menghadiri
kuliah di sekitar Cambridge kerana ia telah membolehkan saya
bukan sahaja mendengar tetapi juga berbincang dengan profesional
terkemuka daripada industri media serta industri lain. Saya tidak
pernah menduga bahawa suatu hari nanti saya akan dapat duduk
dan meneroka topik dan idea dengan para cendekiawan yang cukup
luar biasa. Saya rasa ini adalah pengalaman yang akan paling akan
saya rindukan. Aktiviti lain yang saya gemari di Cambridge
adalah
berinteraksi dengan orang dari pelbagai latar belakang. Ini
membantu mencabar cara saya berfikir dan mendorong saya untuk
keluar dari ruang lingkup kebiasaan, yang mana saya sendiri tidak
sedar saya
berada di dalamnya.
ASMA ABDUL AZIZ , PRESS FELLOW 2017; PENOLONG PENGURUS
BESAR,
KOMUNIKASI KORPORAT, TELEKOM MAL AYSIA
Wolfson Press Fellowship telah memberikan saya pengalaman yang
paling berharga sepanjang 20 tahun saya berkecimpung dalam
bidang komunikasi korporat dan perhubungan awam. Fellowship ini
telah memberikan saya peluang yang luar biasa - sebagai peserta
yang bukannya daripada latar belakang kewartawanan - untuk
berhubung bukan sahaja dengan cendekiawan serta pengamal media
yang terkenal, tetapi juga dengan komuniti intelektual yang
cukup bersemangat di Wolfson. Masa saya sebagai seorang felo
dipenuhi
dengan santapan intelektual menerusi perbualan, perbincangan dan
ceramah yang disampaikan oleh para pembuat dasar, sarjana dan
wartawan, serta pertukaran idea mengenai masa depan media dan
projek penyelidikan kami dengan sarjana daripada pelbagai
disiplin
dan latar belakang budaya berlainan. Rakan felo lain yang cukup
mesra, staf yang sentiasa memberikan sokongan serta pelbagai sumber
yang terdapat di Universiti Cambridge turut menjadikan pengalaman
singkat saya di sana cukup bermakna dan istimewa.
KHAIROL SHAFIZAN JOHARI , PRESS FELLOW 2016; PENGARANG, ASTRO
AWANI
Saya adalah sebahagian daripada kohort 2016 dan saya ingin
nyatakan bahawa tempoh 10 minggu yang saya habiskan di sana
adalah pengalaman yang tidak dapat saya lupakan dan menjangkaui
jangkaan saya. Pengalaman saya di Wolfson telah memperkukuhkan
pemikiran kritis, mengembangkan rangkaian secara profesional dan
peribadi serta memberikan inspirasi kepada saya untuk terus
memajukan diri dari segi akademik. Sekiranya anda bertanya
kepada saya apakah pembelajaran utama yang saya dapat daripada
fellowship
ini? Jawapan saya adalah belajar untuk mula berfikir dengan
lebih mendalam tentang isu-isu utama daripada pelbagai
perspektif
berbeza.
TESTIMONI
-
BAGAIMANA UNTUK MEMOHON
–
Kemukakan permohonan anda kepada
[email protected]
[email protected]
DENGAN KERJASAMA–
PASCA RESIDENSI DAN BERBUDI KEPADA MASYARAKAT
PARA FELO MEDIA 2019 KETIKA MEL AWAT THE TELEGRAF
FELO MEDIA DENGAN PRESIDEN WOLFSON COLLEGE KETIKA BELIAU
BERKUNJUNG KE
MAL AYSIA PADA 2018
FELO MEDIA DI TAMAN TUGU
MESYUARAT PERTAMA ALUMNI RESIDENSI DI MERCU UEM PADA 2017
FELO MEDIA MENYUMBANG BARANGAN MAINAN SEBAGAI SAL AH SATU
INISIATIF CSR MEREKA