Model Montessori
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)
TUGASAN: 1) PEMBENTANGAN 24 FEBRUARI 2010
2) PENULISAN ILMIAH 26 MAC 2010
TAJUK: MODEL DAN TEORI PERKEMBANGAN AWAL KANAK- KANAK
NAMA
: MOHD KHAIRUL AZMI BIN SHOEIB
SITI KHATIJAH BT KASSIM
SITI HIDAYU BINTI MOHAMAD
MOHAMAD RIDHZUAN BIN AHMAD
MUNIROH BT ZAKARIA
FAKULTI: SENI DAN MUZIK
JABATAN: TEKNIK DAN VOKASIONAL
TEMPAT: BILIK KULIAH TAMAN BERNAM 1
SEMAKAN: EN KAMARUL AZMAN BIN ABD SALAM
FAKULTI SENI DAN MUZIK
SHV 4193
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK- KANAK
TUGASAN :
MODEL DAN TEORI PERKEMBANGAN AWAL KANAK- KANAKNAMA AHLI
KUMPULAN:
NAMANO. MATRIK
MOHAMAD KHAIRUL AZMI BIN SHOEIBD20071029757
SITI KHATIJAH KASSIMD20071029770
SITI HIDAYU BINTI MOHAMADD20071029774
MOHAMAD RIDHZUAN BIN AHMADD20071029804
MUNIROH BINTI ZAKARIAD20071029823
PROGRAM :
PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP (AT31)
SEMESTER:
2 SESI 2009/2010
TARIKH HANTAR:
24 FEBRUARI 2010
PENSYARAH:
EN. KAMARUL AZMAN BIN ABD SALAM1.0 PENDAHULUAN
Tidak dilahirkan seseorang putera atau puteri melainkan atas
fitrah yang bersih murni. Maka orang tuanyalah yang akan
mengislamkan, meyahudikan, menasranikan atau memusyikkan putera
atau puterinya itu (Sufean Hussin 1993).
Anak yang dilahirkan merupakan ciptaan terbesar yang
melambangkan keilmuan Tuhan dan menjadi kurniaan dan rahmat yang
begitu besar nilainya bagi ibu bapa. Tiada suatu pun yang dapat
menandingi hakikat kebesaran dan keilmuan Tuhan dalam hal ini. Anak
yang dilahirkan itu dilengkapkan dengan tiga perkara, iaitu jasad,
roh dan akal. Oleh itu,tugas membentuk anak itu dalam tiga perkara
itu merupakan amanah ibu bapa. Baik asuhan dan didikan yang
diterima oleh anak itu, maka baiklah dia dan sekiranya hal yang
sebaliknya diterima, maka buruklah dia. Anak itu ibarat kain putih
yang suci bersih dan terpulanglah kepada ibu bapa untuk
mencorakkannya (Sufean Hussin 1993).
Di samping itu juga, pendidikan awal kanak-kanak mempunyai
sejarah yang panjang. Pengetahuan berkenaan sejarah pendidikan awal
kanak-kanak penting kerana ia dapat membantu pendidik supaya dapat
mengaplikasikan amalan baik daripada sejarah lampau dan menggunakan
falsafah pemikir-pemikir terkenal sebagai asas membina kerjaya
pengajaran yang bermakna. Idea-idea yang dilahirkan oleh pendidik
terdahulu membantu pemahaman dalam melaksanakan strategi pengajaran
pada masa kini. Melalui sejarah, pendidik dapat mempelajari
teori-teori berkenaan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang
membentuk amalan pendidikan. Meneroka, menganalisis dan menemui
sumber pendidikan awal kanak-kanak dapat memberi ilham kepada
professional sekarang (Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah
2003).
2.0 DEFINISI BERKAITAN PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
Pelbagai perkataan atau frasa digunakan merujuk kanak-kanak dan
hubungannya dengan pendidikan dan penjagaan. Perkataan pendidikan
awal kanak-kanak diberi pelbagai takrif oleh pelbagai penulis.
Misalnya, menurut Kostelnik dan rakan-rakan (1993) dalam Nor
Hashimah Hashim & Yahya Che Lah (2003) early childhood meliputi
kanak-kanak sejak daripada lahir sehingga lapan tahun, iaitu
kana-kanak sejak daripada lahir sehingga lapan tahun, iaitu
kanak-kanak di taman asuhan atau taman didikan, prasekolah dan
sekolah rendah.
Selain itu, menurut Kamus Dewan edisi keempat tahun 2005
perkembangan merupakan perihal atau proses berkembang menjadi maju
atau tersebar, membiak, meluas, pertumbuhan, kemajuan dan
sebagainya. Kanak-kanak pula bermaksud budak lelaki atau perempuan
yang masih kecil biasanya yang belum berumur lebih daripada 7 atau
8 tahun.
3.0 MODEL MONTESSORI (1870-1952)Model Montessori dipelopori oleh
Maria Montessori. Beliau dilahirkan di Chiaravalle, Itali pada
tahun 1870. Pada tahun 1896, beliau telah menamatkan pengajiannya
dalam bidang perubatan sekali gus telah menjadikan beliau seorang
doktor wanita pertama di Itali. Maria Montessori terkenal kerana
penglibatan beliau dalam pendidikan kanak-kanak. Beliau juga
dicalonkan untuk anugerah Nobel Peace Prize sebanyak 3 kali iaitu
pada tahun 1949, 1950 dan 1951. Walaupun beliau sudah meninggal
dunia, perjuangannya masih diteruskan lagi melalui Association
Montessori Internationale (AMI) di Amsterdam, Netherlands sehingga
kini. Maria Montessori amat mementingkan perkembangan kanak- kanak
diperingkat awal lagi.
Menurut Montessori, kanak- kanak akan menunjukkan minat kepada
sesuatu aktiviti pembelajaran apabila mereka cukup matang dan
bersedia mempelajarinya. Montessori telah mengemukakan beberapa
konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak- kanak pada peringkat
awal. Antaranya konsep yang dikemukakan oleh Montessori adalah
seperti berikut:
3.1 Penggunaan sensori-deria
Menurut Montessori, minda kanak- kanak mudah menyerap sesuatu
maklumat yang diterima melalui deria mereka, sebelum mereka
bersedia untuk diajarkan konsep tersebut. Pernyataan Montessori ini
telah disokong oleh Pensyarah Psikologi Perkembangan Dan Pendidikan
Awal Kanak-kanak Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia, Mastura Badriz (2002) dalam Zul Azri (2009), iaitu beliau
melihat pendidikan sebagai satu proses yang berkembang serentak
dengan perkembangan seorang kanak-kanak yang belajar melalui
persekitaran dan mengaplikasikannya dalam konteks kehidupan
sehariannya sebagai persediaan untuk kehidupan dimasa hadapan.
Dalam erti kata lain, segala apa yang dilihat dan didengari oleh
seorang kanak-kanak dari persekitarannya merupakan satu pendidikan
tidak formal kepadanya.3.2 Penerokaan kepada persekitaran
Montessori dalam pendapat beliau turut menyatakan bahawa
persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak- kanak adalah
persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong
pembentukkan konsep dan pengetahuan kanak- kanak apabila mereka
memerlukannya. Di samping itu, dalam ertikata lain pendidikan bagi
seseorang kanak-kanak adalah merangkumi segala aktiviti dan
pengalaman pembelajaran yang telah disediakan oleh orang dewasa,
aktiviti yang difikirkan oleh kanak-kanak itu sendiri dan juga
bahasa atau teknik komunikasi yang diamalkan oleh mereka dalam
kehidupan seharian. Walaubagaimanapun, pendidikan juga boleh
menjadi sesuatu yang tersembunyi dan tidak dirancang di mana
kanak-kanak belajar tanpa disedari. Pendapat Montessori ini sekali
lagi disokong oleh Mastura Badriz (2002) dalam Zul Azri (2009),
iaitu beliau berpendapat, masa atau perhatian yang diberikan
terhadap sesuatu aktiviti oleh penjaga kanak- kanak, mungkin akan
menyebabkan kanak- kanak tersebut merasakan perkara itu adalah
lebih berfaedah walaupun hakikatnya adalah sebaliknya.3.3 Belajar
melalui aktiviti bermainBagi kanak-kanak yang sedang membesar,
bermain adalah satu keperluan. Melalui bermain kanak-kanak dapat
belajar pelbagai perkara dan keadaan ini dikenali sebagai
pembelajaran tidak formal. Menurut pendapat Montessori, apabila
seseorang kanak- kanak itu bermain, secara tidak langsung mereka
dapat belajar dan mengalami sesuatu pengalaman yang baru apabila
melalui proses pembelajaran yang menarik dan bermakna. Keadaan ini
membuktikan bahawa bermain merupakan satu proses belajar secara
semula jadi dan juga spontan. Melalui aktiviti bermain, secara
tidak langsung ibu bapa turut membenarkan kanak-kanak melakukan
aktiviti yang kreatif. Ummu Abdullah (2009), turut menyatakan
pandapat yang hampir sama dengan pendapat Montessori iaitu menurut
beliau, setiap kanak- kanak yang membina pengalaman baru dan
berinteraksi dengan persekitaran mereka akan membina beberapa
sambungan pada otak kanak- kanak tersebut. Pernyataan ini
menunjukkan bahawa melalui aktiviti bermain, otak kanak- kanak akan
turut berkembang dan secara tidak langsung turut melatih kanak-
kanak tersebut untuk menjadi lebih kreatif. 3.4 Tempoh sensitif
Montessori menyatakan bahawa kanak- kanak yang berusia enam
tahun dan ke bawah mempunyai minda yang mudah menyerap jika
dibandingkan dengan kanak- kanak yang berumur enam tahun dan ke
atas. Tempoh masa ini dikenali sebagai tempoh masa sensitif, iaitu
merupakan tempoh masa yang sangat sesuai untuk mereka belajar dan
memahaminya. Pada tahap ini, kanak- kanak perlu dipupuk minat untuk
belajar dan pembelajaran ini akan berjaya jika mereka dibimbing
untuk meneroka kepada bahan dan juga persekitaran yang tepat.
Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak- kanak
menguasai sesuatu kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila
kanak- kanak menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari
sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya soalan dan sentiasa
tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pengajaran.
Selain daripada itu, Montessori (1870- 1952) dalam Azizah Lebai
Nordin (2002), turut menyatakan bahawa beliau percaya dalam tempoh
masa sensitif, kanak- kanak cepat mempelajari beberapa tingkahlaku
dengan lebih berkesan berbanding dengan tempoh masa biasa. Ahli
pendidik awal kanak- kanak menamakan masa sensitif ini sebagai
kesediaan (readiness). Selain daripada model- model kurikulum Maria
Montessori yang telah dibincangkan, terdapat juga teori yang
dikemukakan oleh Maria Montessori iaitu teori interaksi.
3.5TEORI INTERAKSIMenurut Montessori, pengalaman belajar yang
tidak formal dapat dihasilkan bukan sahaja dari interaksi dengan
guru tetapi juga dengan sesama rakannya. Interaksi antara rakan
sebaya ini juga dapat menghasilkan teladan moral dan sosial kepada
diri kanak- kanak tersebut. Selain itu, teori interaksi ini juga
dapat membantu pertukaran informasi sehingga menjadi sumber yang
penting bagi pembelajaran tidak formal kanak- kanak. Jean Piaget
(1896-1980) dalam Nuriman (2009), turut mempunyai pendapat yang
hampir sama dengan Montessori iaitu bagi beliau, kanak- kanak
belajar melalui interaksi dengan orang lain atau pun masyarakat.
Semakin ramai orang yang kanak- kanak tersebut berinteraksi,
semakin banyak ilmu yang akan dipelajarinya. 4.0FRIEDRICH WILHELM
FROEBEL 1782-1852Friedrich Wilhelm Froebel terkenal sebagai father
of kindergarden kerana telah mencipta GARDEN OF CHILDREN atau
KINDERGARTEN (Taman Kanak- kanak) di Blakenburg, Jerman. Model
rancangan sekolah Froebel ini telah mempengaruhi rancangan sekolah
di seluruh dunia. Model ini merupakan perluasan dari pandangannya
terhadap dunia dan pemahamannya terhadap hubungan individu, Tuhan,
dan alam. Menurutnya lagi, pendidikan dapat membantu perkembangan
anak secara wajar. Ia menggunakan taman sebagai suatu simbol dari
pendidikan anak. Apabila anak mendapat pendidikan yang tepat, ia
akan berkembang secara wajar dan mengikuti hukumnya sendiri.
Berikut merupakan model yang dikemukan oleh Froebel:
4.1 Main dan Kanak-kanak
Friedrich Wilhelm Froebel telah meneroka dan membina satu sistem
pendidikan awal kanak-kanak yang berasaskan kepada konsep belajar
melalui bermain. Beliau percaya bermain adalah asas untuk
kanak-kanak mempelajari sesuatu. Froebel juga yakin permainan yang
sesuai dapat membantu kanak-kanak berfikir dan mampu memberi
keseronokan, kebebasan, kepuasan, kerehatan dalaman dan luaran
serta kedamaian di dalam dunia kanak-kanak. Beliau percaya bahawa
kanak-kanak belajar dari persekitarannya dan pembentukan peribadi
dipengaruhi oleh cara kanak-kanak bermain. Oleh itu, alat-alat
permainan yang digunakan oleh kanak-kanak perlu dipilih dengan
teliti bagi tujuan untuk menyokong perkembangan kanak-kanak.
Froebel amat menekankan bahawa belajar melalui bermain itu
adalah penting bagi kanak- kanak. Berdasarkan pengalamannya
sendiri, Froebel menyatakan bermain harus dipandang sebagai suatu
metode dari pendidikan dan merupakan cara bagi kanak- kanak untuk
meniru kehidupan orang dewasa. Dengan demikian, kegiatan bermain
yang tidak berstruktur adalah sangat berbahaya iaitu tanpa
bimbingan dan pengarahan serta perencanaan lingkungan yang baik,
akan mengakibatkan cara belajar kanak- kanak menjadi yang salah.
Bagi Froebel, guru bertanggungjawab dalam membimbing dan
mengarahkan, dengan demikian anak akan menjadi lebih kreatif.
Secara tidak langsung akan mengembangkan kurikulum pendidikan
pra-sekolah yang lebih terancang dan sistematik.
Erikson (1902- 1994) dalam Nuriman (2009) juga mempunyai
pendapat yang hampir sama dengan Frobel tentang bermain iaitu
beliau percaya bahawa apabila kanak- kanak bermain, mereka akan
lebih memahami diri mereka sendiri. Kanak- kanak akan mengetahui
tahap dan kemampuan diri mereka ketika bermain. Semakin banyak
kanak- kanak bermain, semakin banyak yang dipelajarinya. Oleh itu,
sebaik- baik permainan adalah permainan yang melibatkan pemikiran,
aktiviti fizikal dan juga interaksi.
4.2Aspek Perkembangan Sosial dan Emosi
Froebel berpendapat perkembangan sosial amat penting dalam
kehidupan manusia dan harus dipelajari sejak daripada kecil lagi.
Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah
kemahiran menarik perhatian orang lain, berkongsi dan memberi,
meminta dan bertanya, memberi idea dan memuji atau memberi
penghargaan. Ini termasuklah cara kanak-kanak berinteraksi dengan
kanak-kanak lain dan orang dewasa dalam kehidupan mereka.
Philip (1991) dalam Vijayen Gopal (2003), turut mempunyai
pandangan yang menyokong pendapat Froebel mengenai perkembangan
sosial dan emosi kanak- kanak, iaitu menurut Philip, kemahiran
sosial membawa maksud tingkah laku yang prihatin untuk melakukan
perhubungan interpersonal yang efektif. Sebaliknya Thacker (1996)
dalam Vijayen Gopal (2003), pula mendefinisikan kemahiran sosial
sebagai keupayaan untuk berkomunikasi secara efektif dengan
individu lain dalam situasi sosial ataupun kerja. Terdapat pelbagai
cara untuk memupuk perkembangan emosi kanak-kanak di peringkat
prasekolah, Contohnya, aktiviti bermain yang dijalankan semasa
berada di sekolah. Kepentingan emosi dalam kehidupan telah mula
diakui oleh ahli-ahli falsafah sejak zaman Greek lagi.
Bandura (1976) dalam Indah (2009) pula menyatakan pendapatnya
yang menyokong Froebel tentang kepentingan sosial emosi kanak-
kanak ini. Beliau menyatakan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak
juga diperoleh dengan cara peniruan. Beliau berpendapat kanak-kanak
meniru tingkah laku emosi yang diperhatikannya dan cuba untuk
melakukan gerak balas yang belum pernah mereka cuba. Selain
daripada itu, cara kanak-kanak menyatakan emosinya juga bergantung
kepada apa yang telah dipelajarinya mengenai penerimaan oleh
masyarakat, cara yang paling mendatangkan kepuasan dan yang telah
dipelajarinya untuk mendapatkan sesuatu dengan paling mudah dan
cepat.
4.3 Aspek Perkembangan Fizikal
Bagi aspek perkembangan fizikal pula, Froebel menyatakan
permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat
dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor
halus.
Perkembangan fizikal merupakan suatu aspek penting dalam
pendidikan awal kanak-kanak. Komponen perkembangan fizikal memberi
fokus kepada empat aspek penting iaitu perkembangan psikomotor
halus, perkembangan psikomotor kasar, kesihatan dan keselamatan.
Kenyataan Froebel ini adalah selaras dengan pendapat Schmidt (1982)
dalam Ernie Suliana (2008), yang menyatakan psikomotor merupakan
satu proses gabungan latihan dan pengalaman yang menjana perubahan
tindakan atau pergerakan yang kekal, iaitu pembelajaran yang telah
berlaku berdasarkan maklum balas mengikut prestasi pengetahuan
(knowledge of performance) dan pengetahuan keputusan (knowledge of
results). Aspek perkembangan fizikal kanak-kanak dapat dikembangkan
melalui empat aspek yang telah dinyatakan. Antara strategi
pengajaran dan pembelajaran yang boleh dijalankan untuk memupuk
perkembangan fizikal kanak-kanak ialah:
i. Aspek Perkembangan Psikomotor Kasar
Kanak-kanak harus diberi peluang menyertai pelbagai aktiviti
pergerakan yang aktif, pantas, dan mencabar. Dengan bermain
terutamanya dalam permainan aktif, kanak-kanak belajar mengawal
pergerakan dan mengimbangi tubuh mereka serta melicinkan perjalanan
sistem dalam tubuh seperti sistem pernafasan dan sistem saraf.
Misalnya, aktiviti bermain di padang permainan, aktiviti seperti
memanjat dan menuruni gelongsor, bergayut pada monkey bar, bermain
buaian dan sebagainya dapat membantu perkembangan fizikal
kanak-kanak.ii. Aspek Perkembangan Motor HalusKemahiran motor halus
pula ialah kemahiran yang melibatkan kemahiran menggunakan otot
kecil seperti pergerakan jari serta koordinasi jari dan mata.
Penguasaan psikomotor halus yang baik adalah amat penting dalam
membantu pergerakan asas dan kemahiran menulis kepada kanak-kanak.
Antara aktiviti dalbentuk permainan yang boleh dijalankan bagi
membantu perkembangan fizikal dalam aspek ini ialah seperti
merantai manik, menjahit kad berlubang, menconteng kertas, melipat,
mengoyak dan merenyuk kertas, menguli doh dan lain-lain lagi.4.4
TEORI TINGKAH LAKU FOEBEL
Froebel berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan
perubahan tingkah laku. Teori pembelajaran ini kebanyakkannya
dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke
atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam
makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara
rangsangan dan gerakbalas yang menghasilkan perubahan tingkahlaku.
Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan
pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku
kanak- kanak sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga
menjelaskan bahawa tingkah laku kanak- kanak boleh diperhatikan,
dikawal dan juga diramal.
Selain daripada itu, terdapat pandangan atau definisi
pembelajaran behavioris yang boleh diterima umum seperti yang
diberikan oleh Kimble (1961) dalam Ishak Othman (2000), yang
menyatakan pembelajaran sebagai perubahan potensi tingkah laku
kanak- kanak yang agak tetap akibat daripada latihan secara
berterusan.5.0 JOHANN HEINRICH PESTALOZZI (1746-1827)
Johan Heinrich Pestalozzi dilahirkan pada 12 Januari 1746 di
Zurich, Switzerland. Bapanya Johann Pestalozzi, telah meninggal
dunia ketika beliau berusia 5 tahun. Beliau telah dibesarkan oleh
ibunya Susanna Hotz Pestalozzi bersama-sama kakak serta seorang
pembantu rumah. Beliau tidak pernah ke sekolah sehinggalah beliau
mencapai usia 9 tahun. Pada peringkat awal persekolahannya, beliau
tidak begitu cenderung untuk belajar kerana beliau lebih suka
mengelamun. Walaupun demikian, beliau telah Berjaya melanjut dan
menamatkan pengajiannya di Universiti Zurich (University Of
Zurich). Pestalozzi juga memberi komitmennya kepada keadilan sosial
dan berminat di dalam bidang inovasi yang dia telah ceburi di awal
persekolahannya, keadaan ini membuatkan Pestalozzi semakin berminat
dalam pendidikan. Beliau sangat terpengaruh dengan idea-idea
Rousseau dan bukunya Emile yang berkaitan dengan kongsep semula
jadi (nature). Beliau telah membeli sebuah ladang untuk dijadikan
sebuah pusat percubaan kaedah pertanian. Semasa bekerja di
ladangnya ini timbul minat yang sangat mendalam terhadap
pendidikan. Pada tahun 1774, beliau telah membuka sebuah sekolah di
ladang ini yang dikenali sebagai Neohof. Pestalozzi telah
memperkembangkan ideanya tentang kehidupan di rumah, pendidikan
vokasional dan pendidikan untuk bacaan dan tulisan.
Oleh kerana terlalu terpengaruh dengan Rousseau dengan konsep
semula jadi beliau telah mengasuh anaknya Jean Jacques dengan
mengunakan Emile sebagai panduan. Beliau menghadapi kegagalan dalam
mendidik anaknya berdasarkan idea Rousseau. Anaknya tidak boleh
membaca dan menulis walaupun usianya sudah menjangkau 12 tahun.
Keadaan ini berlaku mungkin kerana masalah fizikal (anaknya
dikatakan mengidap penyakit gila babi (Epileptic) dan juga mungkin
kerana beliau tidak dapat menterjemahkan idea-idea Rousseau yang
abstrak. Guru yang paling diminati beliau ialah Johann Jakob Bodmer
yang merupakan seorang guru yang dikenali di dalam serta di luar
Zurich dan Switzerland dan mempunyai ramai pelajar yang berbakat.
Dalam tahun 1767, Pestalozzi telah mengkaji tentang Sains Pertanian
bersama dengan Johann Rudolf Tschiffeli, seorang petani prysiocrat
dan experimental dekat Kirchberg.
Setelah sekolah ini ditutup, Pestalozzi telah mengabdikan selama
beberapa tahun dalam mengusahakan ladangnya serta membuat
penyelidikan tentang kaedah-kaedah dan teknik-teknik pendidikannya.
Pada tahun 1871, beliau telah mencetak buku pertamanya yang
bertajuk The Evening Hours Of A Hermit yang menceritakan tentang
jurnalnya sebagai seorang guru. Antara model dan teori yang
dikemukakan oleh Pestalozzi ialah:5.1 Anak- anak perlu dibimbing
secara pelahan- lahan
Anak- anak perlu dibimbing secara pelahan- lahan berdasarkan
pontensi yang ada padanya. Bimbingan perlu bermula daripada
pengalaman deria kepada idea yang abstrak. Seorang tokoh yang
bernama Eric Erikson (1902) bersependapat dengan pandangan
Pestalozzi dimana menurut beliau kehidupan manusia adalah melalui
lapan tahap psikososial yang berkembang dari tahap ke tahap
seterusnya dengan mempunyai ciri-ciri berlawanan di antara
tahap-tahap yang tertentu. Pada setiap peringkat iaitu peringkat
bayi, peringkat kanak-kanak bermain, bersekolah, peringkat remaja,
peringkat awal dewasa dan usia emas terdapat konflik-konflik sosial
yang akan di atasi untuk perkembangan seterusnya, perkara yang
paling jelas dari hasil kajian Erikson ialah individu merupakan
individu yang dinamik dan bukan statik dan dia mempunyai identiti
tersendiri. Hal ini jelas kelihatan di tahap pertama Erikson ialah
kepercayaan berlawanan ketidakpercayaan. Erikson berpendapat darjah
kepercayaan kanak- kanak bergantung kepada nilai jagaan dan
pemeliharaan ibu bapa atau orang lain yang menjaganya. Jika
kehendak kanak-kanak dipenuhi seperti mendapat makanan, minuman,
perhatian dan kasih sayang, kanak-kanak itu akan memperoleh harapan
untuk terus hidup, sebaliknya, jika kanak-kanak berkenaan tidak
dapat mempercayai orang di sekitarnya, kanak-kanak berkenaan akan
menjadi defensif serta akan cuba melindungi diri dari persekitaran
yang tidak memberangsangkannya.
5.2 Pendidikan Adalah Diasaskan Kepada Pengalaman- pengalaman
DeriaPestalozzi Percaya bahawa pendidikan adalah berasaskan kepada
pengalaman- pengalaman deria. Melalui pengalaman pengalaman deria
yang sesuai, kanak- kanak boleh mencapai pontensi mereka yang
semula jadi. Montessori (1923) dalam pendapat beliau yang
menyatakan bahawa membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti
bermain adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak. Beliau
mengutamakan latihan, daya penglihatan, daya pendengaran dan daya
sentuhan yang bertujuan bagi membolehkan kanak-kanak mendapat
pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap.5.3 Membentuk
Pengajaran-pengajaran Yang Berdasarkan Objek
Berdasarkan kepercayaan di atas beliau membentuk
pengajaran-pengajaran yang berdasarkan objek. Pestalozzi percaya
bahawa cara yang terbaik dalam pembelajaran konsep ialah dengan
melalui manipulatif seperti membilang ,mengukur, merasa dan
menyentuh. Menurut beliau juga, kanak-kanak umpama biji benih, ibu
bapa dan pendidik umpama tukang kebun, kindergarden pula ialah
taman untuk kanak-kanak. Oleh itu kanak-kanak perlu belajar dalam
persekitaran yang terancang dan berkembang berkembang melalui
aktiviti bermain. Beliau menekankan kaedah bermain kepada
kanak-kanak dan belajar melalui membuat atau menggunakan objek.
Beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan
objek supaya menimbulkan minat dalam pembelajarannya.
5.4 Kumpulan Pelbagai Umur (multiage grouping)
Beliau juga percaya kepada kumpulan pelbagai umur (multiage
grouping). Pandangan beliau dalam perkembangan ini adalah dalam
menyampaikan pelajaran kepada kanak-kanak, guru perlu memulakan
dengan kumpulan kecil, kemudian seorang demi seorang yang berbeza
dari peringkat umurnya. Kanak-kanak sentiasa aktif dan berhubung
dengan keadaan persekitaran mereka. Kanak-kanak sejak bayi sehingga
mencapai umur pra sekolah hendaklah dipastikan supaya sentiasa
aktif dalam aspek kognitif, fizikal, sosial dan seni kemahiran.
Kanak-kanak di semua peringkat umur berkebolehan, berupaya
menunjukkan minat dan berhubung mengikut cara mereka sendiri. Hal
ini akan membangunkan sikap yang positif terhadap proses
pembelajaran serta menyokong perasaan selamat, kompetensi emosi dan
hubungan mereka dengan keluarga dan juga komuniti.
5.5 Ibu Adalah Orang Yang Terbaik Untuk Mengajar
AnaknyaPestalozzi yakin bahawa ibu adalah orang yang terbaik untuk
mengajar anaknya. Menurut Mary Ainsworth (1988), emosi merupakan
bahasa pertama yang memungkinkan orang tua dan bayi berkomunikasi
sebelum mereka menguasai bahasa. Manakala menurut pandangan
Bronfenbrenner (1979) pula, keluarga terutamanya ibu bapa merupakan
agen sosialisasi yang paling penting dalam kehidupan seseorang
kanak-kanak itu dan sebagai individu terdekat atau berhampiran
dengan5.6 TEORI DAN KAEDAH PESTALOZZI
Pestalozzi percaya bahawa tujuan pendidikannya ialah untuk
mendedahkan kuasa semulajadi, kemampuan atau kebolehan terpendam
dalam diri manusia. Oleh kerana pembangunan moral, sosial, emosi
dan intelektual dalam diri setiap individu terbongkar melalui
pendidikan, masyarakat menjadi bertambah maju dan membantu
kanak-kanak mencapai potensi yang penuh, Pestalozzi telah
mengembangkan kurikulum permulaan sekolah termasuk Geografi, Sains,
Lukisan dan Muzik. Beliau menekankan bahawa guru tidak seharusnya
mengajar dengan perkataan apabila murid melihat, mendengar atau
menyentuh sesuatu objek. Beliau menjangkakan murid-murid akan aktif
secara berterusan dengan melihat, membuat dan membetulkan
kesalahan, menerangkan pemantauan, menganalisis objek dan memuaskan
rasa ingin tahu seseorang di mana ahli-ahlinya sangat kooperatif,
penyayang dan baik hati di antara satu sama lain. Teori dan kaedah
Pestalozzi terbukti sangat berjaya apabila asas-asas sistem
permulaan pendidikannya diguna pakai diserata dunia. Kehidupan
seorang kanak-kanak, mereka mempunyai pengaruh besar ke atas
tingkah laku kanak-kanak.6.0 JEAN PIAGET
Piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih.
Beliau berasal dari Switzerland dan telah menggunakan model biologi
untuk menghuraikan perkembangan kognitif manusia. Pada pandangan
Piaget, minda boleh berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi
masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran. Di
usia remajanya beliau berminat dalam bidang biologi dan
epistemologi iaitu suatu bidang ilmu dalam bidang falsafah yang
banyak membicarakan tentang perkembangan dan perolehan pengetahuan
manusia. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan
kepada bidang psikologi yang mula diceburi oleh Piaget setelah
beliau bekerja dengan Binet untuk membentuk ujian kecerdasan
mental. Semasa bekerja dengan Binet, Piaget tidak berminat untuk
melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi
beliau lebih berminat untuk melihat pola- pola yang ditunjukkan
oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan sumbangan pengetahuan
bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan
kanak-kanak. Berikut merupakan model dan teori yang dikemukakan
oleh Jean Piaget:-
6.1 Pemikiran Kanak-kanak Berkembang Mengikut Tahap-tahap
Piaget (1983) percaya bahawa pemikiran kanak-kanak berkembang
menurut tahap-tahap yang terus bertambah kompleks. Menurut teori
perkembangan Piaget (1983), setiap individu akan melewati
serangkaian perubahan kualiti yang bersifat invarian, tetap, tidak
melompat atau mundur. Perubahan kualitatif ini terjadi kerana
tekanan biologi untuk menyesuaikan diri dengan lingkungan serta
adanya pengorganisasian struktur berfikir.
Perkembangan kanak-kanak merupakan 2 faktor kepada penemuan
objektif pendidikan, kepada perancanagan kurikulum dan kepada
penciptaan teknik mengajar untuk semua murid dalam pelbagai
peringkat perkembangan Perkembangan emosi, mental dan sosial
menjadi asas dimana ciri-ciri tingkah laku individu dibina.
6.2 Kanak-kanak Memainkan Peranan Aktif Dalam Menyusun
Pengetahuannya Mengenai Realiti
Piaget memandang bahawa kanak-kanak memainkan peranan aktif
didalam menyusun pengetahuannya mengenai realiti. Kanak-kanak tidak
pasif menerima informasi. Walaupun proses berfikir dalam konsepsi
kanak-kanak mengenai realiti telah dimodifikasi oleh pengalaman
dengan dunia sekitarnya, namun kanak-kanak juga berperanan aktif
dalam menginterpretasikan informasi yang di perolehinya melalui
pengalaman, serta dalam mengadaptasikannya pada pengetahuan dan
konsepsi mengenai dunianya.Kemahiran kognitif terdiri daripada
pengelasan, konsep ruang, konsep nombor, proses sains dan
penyelesaian masalah. Pengelasan ialah kemahiran paling asas dalam
perkembangan kognitif iaitu kemampuan untuk mengenal pasti sesuatu
ciri objek dan mengumpulkan objek tersebut mengikut ciri yang telah
dikenal pasti, ini diikuti dengan kemampuan murid untuk menyusun
sesuatu objek mengikut dimensi dan urutan.6.3 TEORI PERKEMBANGAN
KOGNITIF PADA SETIAP MASA MENURUT PIAGET1. Perkembangan Masa
BayiDalam pandangan Piaget (1983) tahap-tahap perkembangan
pemikiran dapat dibezakan atas empat tahap, iaitu tahap pemikiran
sensoris-motorik, praoperasional, operasional konkrit, dan
operasional formal.
Pemikiran bayi termasuk kedalam pemikiran sensoris motorik,
Tahap sensoris motorik berlangsung dari kelahiran hingga kira-kira
berumur 2 tahun. Selama tahap ini perkembangan mental ditandai
dengan perkembangan pesat dengan kemampuan bayi untuk
mengorganisasikan dan mengkoordinasikan sensasi melalui
gerakan-gerakan dan tindakan-tindakan fizikal. Dalam hal ini bayi
yang baru lahir bukan saja menerima secara pasif
rangsangan-rangsangan terhadap alat-alat pancainderanya, tetapi
juga aktif memberikan respons terhadap rangsangan tersebut, iaitu
melalui gerak-gerak refleks. Pada akhir tahap ini ketika anak
berusia sekitar 2 tahun, pola-pola sensorik motoriknya semakin
kompleks dan mulai mengadopsi suatu sistem simbol yang primitif,
misalnya, anak usia dua tahun dapat membayangkan sebuah mainan dan
dan memanipulasi dengan tangannya sebelum mainan tersebut
benar-benar ada. Anak juga dapat menggunakan kata-kata sederhana,
seperti mama melompat untuk menunjukan telah terjadinya sebuah
peristiwa sensoris motorik.
2. Perkembangan Masa Awal Kanak-kanakPerkembangan kognitif pada
masa awal anak-anak dinamakan tahap praoperasional (preoperational
stage), yang berlangsung dari usia 2 hingga 7 tahun. Pada tahap ini
konsep yang stabil dibentuk, penalaran mental muncul, egosentisme
mulai kuat dan kemudian melemah, serta terbentuknya keyakinan
terhadap hal yang magis.
Pemikiran praoperasional tidak lain adalah suatu masa tunggu
yang singkat pada pemikiran operasional, sekalipaun label
praoperasional menekankan bahwa pada tahap ini belum berpikir
secara operasional. Dalam tahap pra operasional pemikiran masih
kacau dan tidak terorganisasi secara baik. Pemikiran praoperasional
adalah awal dari kemampuan untuk merekonstruksi pada level
pemikiran apa yang telah ditetapkan dalam tingkah laku. Pemikiran
praoperasional juga mencakaup transisi dari penggunaan
simbol-simbol primitif kepada yang lebih maju. 3. Perkembangan Masa
Pertengahan dan Akhir Kanak-KanakPemikiran anak-anak pada masa ini
disebut pemikiran operasional konkrit (concrete operational
thought). Menurut Piaget (1983) operasi adalah hubungan-hubungan
logis diantara konsep-konsep atau skema-skema, sedangkan operasi
konkrit adalah aktiviti mental yang difokuskan pada objek-objek
atau peristiwa-peristiwa nyata atau konkrit yang dapat diukur.
Pada masa ini anak sudah mengembangkan pikiran logis, ia mulai
mampu memahami operasi sejumlah konsep, dalam upaya memahami alam
sekitarnya, mereka tidak lagi terlalu mengandalkan informasi yang
bersumber dari panca indra,hal ini karana ia mulai mempunyai
kemampuan untuk membezakan apa yang nampak oleh mata dengan
kenyataan sesungguhnya, dan antara yang bersifat sementara dengan
yang berasifat menetap.
Anak-anak pada masa konkrit operasional ini telah mampu
menyadari konservasi, iaitu kemampuan anak untuk berhubung dengan
sejumlah aspek yang berbeza secara serentak. Hal ini karena pada
masa ini anak telah mengembangkan tiga macam proses yang disebut
dengan operasi-operasi iaitu negasi, resiprokasi, dan identiti. 4.
Perkembangan Masa RemajaDitinjau dari perspektif teori kognitif
Piaget (1983), maka pemikiran masa remaja telah mencapai tahap
pemikiran operasional formal (formal operational thought), iaitu
suatu tahap perkembangan kognitif yang dimulai kira-kira 11 atau 12
tahun dan terus berlangsung sehingga remaja mencapai masa dewasa.
Pada tahap ini kanak- kanak sudah mulai berfikir abstrak dan
hipotesis dan pada masa ini juga kanak- kanak sudah mampu
memikirkan sesuatu yang akan atau mungkin terjadi, iaitu sesuatu
yang abstrak.
Di samping itu, pada tahap ini juga remaja juga sudah mampu
berfikir secara sistematik, mampu memikirkan semua kemungkinan
secara sistematik untuk memecahkan masalah.
7.0 PANDANGAN DAN PENDAPAT TOKOH ATAU PAKAR DARI DALAM ATAU LUAR
NEGARA MENGENAI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK7.1 TOKOH LUAR
NEGARA
7.1.1 JEAN PIAGET
Piaget menyatakan setiap kanak-kanak mempunyai corak
perkembangan mereka yang tersendiri. Oleh sebab itu, kanak-kanak
yang dalam sesuatu darjah itu bukan sahaja berlainan peringkat
kebolehan mereka tetapi juga berlainan kecepatan perkembangan
kognitif mereka. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif
itu berlaku dengan berperingkat peringkat dan peringkat yang lebih
awal adalah mustahak bagi perkembangan peringkat peringkat yang
berikutnya kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi
asas bagi perkembangan peringkat yang berikutnya.
7.1.2 ERIC ERIKSONSeorang tokoh lagi yang bernama Eric Erikson
berpendapat bahawa kehidupan manusia adalah melalui lapan tahap
psikososial yang berkembang dari tahap ke tahap seterusnya dengan
mempunyai ciri-ciri berlawanan di tahap-tahap tertentu. Pada setiap
peringkat bayi, kanak-kanak, zaman bermain, sekolah, remaja, awal
dewasa dan tua terdapat konflik sosial yang akan diatasi untuk
perkembangan seterusnya. Yang paling jelas dari hasil kajian
Erikson ialah individu merupakan individu yang dinamik dan bukan
statik dan dia mempunyai identiti tersendiri. Ini jelas kelihatan
di tahap pertama Erikson ialah kepercayaan berlawanan
ketidakpercayaan. Erikson berpendapat darjah kepercayaan bayi
bergantung Kepada nilai jagaan dan pemeliharaan ibu bapa atau orang
lain yang menjaganya. Jika kehendak-kehendak bayi dipenuhi seperti
mendapat makanan, minum, perhatian dan kasih sayang, dia akan
memperoleh harapan untuk terus hidup. Sebaliknya, jika tidak, bayi
berkenaan akan tidak dapat mempercayai orang di sekitarnya dan akan
menjadi defensif serta akan cuba melindungi dari persekitaran yang
tidak memberangsangkannya. Pendapat Ini bercanggah dengan pendapat
Jean Piaget di mana beliau berpendapat kanak-kanak pada setiap
tahap mempunyai perkembangan tertentu.
7.2 TOKOH DALAM NEGARA7.2.1 PROF MADYA DR. MASTURA BADZIS
Hakikat yang perlu kita tahu dari fakta yang dikemukakan oleh
pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak, diperingkat umur 6
tahun pertama inilah peringkat paling utama dan paling laju
perkembangan mereka berbanding dengan peringkat-peringat atau tahap
umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seorang insan. Pakar
perkembangan dan psikologi kanak-kanak berpendapat bahawa lebih
separuh dari perkembangan intelektual kanak-kanak berlaku dari usia
0 hingga empat tahun manakala satu pertiga yang lain sempurna
perkembangannya ketika kanak-kanak berusia 8 tahun. kajian yang
dilakukan oleh pakar neurologi mendapati bahawa 8085% perkembangan
otak manusia berlaku dalam tempoh enam tahun pertama usia seorang
kanak-kanak dan peringkat perkembangan yang paling pesat ialah
diperingkat umur yang terawal dalam tempoh enam tahun tersebut.
Justru itu boleh dikatakan di sini bawa ketinggian kualiti
pendedahan dan pendidikan awal seseorang kanak-kanak merupakan asas
kepada keseluruhan perkembangannya yang akan datang.
7.2.2 DR. MAHANI RAZALI
Ramai telah menghantar email kepada beliau tentang definisi
sebenar kanak-kanak yang diketogorikan dalam Pendidikan Awal
Kanak-Kanak atau Early Childhood Education. Beliau cuba menjawab
persoalan ini dengan memetik sedikit penulisan berhubung dengan
perkara dalam tesis PhD beliau. Berikut adalah petikan yang dapat
kita kongsi bersama: There is some variation across countries in
the ages of children considered to be in early childhood education.
According to Swiniarski, Breitborde, & Murphy (1999), the
definitions of early childhood care and education differ around the
world. The more industrialized nations consider early childhood to
be the period from birth through to age 8 (Essa, 1999; Wortham,
2000), while developing nations focus on birth through to age 6
(Eville-Lo & Mbugua, 2001; UNICEF, 2002). Graves et al (1996)
stress that regardless of such determinations the increased
interest in early childhood education around the world reflects
respective nations' and/or societies' particular philosophical
beliefs about children. In the United States and Canada, children
start school at age 6. Nursery schools generally cater for children
aged 35 years old, and kindergartens cater for children aged 45
years old. In England, Scotland, and Wales, children in nursery
schools are normally aged between 3 and 5 years, and in Northern
Ireland, between 2 and 4 years. In England and Wales, some schools
have classes called reception classes for children who have not yet
reached the compulsory school age (5 years old). Sweden has
pre-schools for children aged 05 (frskola) and another pre-school
for 6-year-olds (freskoleklass) (Mahani, 2006).8.0 KAJIAN-KAJIAN
LEPAS YANG MENYENTUH ASPEK MODEL DAN TEORI YANG BERKAITAN DENGAN
PERKEMBANGAN AWAL KANK-KANAK8.1 KAJIAN SURAYAH ZAIDON
Perkembangan kanak-kanak terbahagi kepada perubahan kuantitatif
iaitu perubahan yang boleh diukur seperti ketinggian dan berat; dan
perubahan kualitatif yang bermaksud proses perubahan yang abstrak
dari satu tahap ke tahap yang lain contohnya kemahiran berfikir dan
bersosial. Perkembangan kanak-kanak berlaku secara beransur-ansur
dan berterusan , hasil daripada tindakan yang saling berkait antara
proses kematangan dan pembelajaran mengikut aturan semulajadi dan
sifat-sifat sejagat. Pengaruh baka dan persekitaran memberikan
kanak-kanak kadar dan tahap perkembangan yang berbeza-beza.
Interaksi pengaruh-pengaruh tersebut membantu dalam menentukan
pencapaian perkembangan ke satu tahap yang maksimum (Bee
1995;Rohani 2001).
Tahap perkembangan kanak-kanak berlaku dengan pesat pada
lingkungan umur empat hingga enam tahun. Kajian Bloom (1964)
membuktikan 80% kecerdasan seseorang individu pada usia 18 tahun
terbina pada peringkat umur prasekolah. Pada usia ini kanak-kanak
bertindak aktif kepada ransangan, berinteraksi bebas dengan orang
sekeliling dan peka kepada keadaan sekeliling. Roopnarine dan
Johnson (1997) menegaskan kanak-kanak menempuh waktu perkembangan
yang paling sensitif justeru perlu diberi pendidikan seawall
mungkin. Sehubungan itu, adalah penting kanak- kanak mengalami
pengalaman pembelajaran prasekolah yang berkesan, bermakna dan
menggembirakan supaya kanak-kanak dibekalkan dengan kemahiran,
keyakinan diri dan sikap yang positif sebelum memasuki alam
persekolahan formal (Rohaty 2003).
National Association for the Education of Young Children (NAEYC)
1991
mendefinisikan penilaian perkembangan kanak-kanak sebagai proses
mendokumentasi apa yang dilakukan oleh kanak-kanak dan bagaimana
mereka melakukannya bertujuan membuat keputusan-keputusan berkenaan
kanak-kanak. Garis panduan Penilaian Selaras Perkembangan
Kanak-kanak Berumur Tiga hingga Lapan Tahun (1991) yang dikeluarkan
oleh badan tersebut menjelaskan bahawa penilaian yang dijalankan
perlu berterusan, bersesuaian dan boleh membantu perkembangan.
Perancangan, strategi dan instrumen penilaian perlu berbeza-beza
bersesuaian dengan setiap tujuan penilaian dan matlamat 164
pembelajaran. Kriteria penilaian perkembangan kanak-kanak perlu
bersesuaian dengan objektif dan kandungan pembelajaran (Schweinhart
1993).
Skop penilaian tidak terhad kepada bahasa dan matematik tetapi
termasuk inisiatif, hubungan sosial, persembahan kreatif, muzik dan
pergerakan. Penilaian yang dijalankan perlu bersesuaian dengan
aktiviti kanak-kanak serta bermakna dalam pengalaman harian
kanak-kanak dan dilaksanakan secara tidak formal semasa kanak-kanak
mengalami proses pembelajaran melalui pemerhatian dan
dokumentasi.
8.2 KAJIAN LIHANNA BORHAN
1. Tujuan Penilaian dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
Dalam sesebuah organisasi terdapat pelbagai aspek yang setiap
satunya seharusnya boleh, dan perlu dinilai. Pendidikan awal
kanak-kanak juga tiada bezanya. Kanak-kanak, guru, kurikulum,
pentadbiran, ini semua adalah antara elemen yang perlu dinilai dari
semasa ke semasa. Kajian ini akan melihat aspek penilaian
kanak-kanak, yang merupakan aspek penting dalam organisasi
pendidikan di tahap ini, yang secara ringkasnya akan dirujuk
sebagai TADIKA. Antara tujuan penilaian di TADIKA ialah untuk
menentukan kemajuan dalam pencapaian perkembangan yang utama,
membuat keputusan penempatan, membuat diagnosis masalah pengajaran
dan pembelajaran, membantu dalam membuat keputusan berkaitan
pengajaran dan kurikulum, menjadi asas dalam membuat laporan kepada
ibubapa dan menolong kanak-kanak tertentu dalam menilai kemajuan
dirinya sendiri (Katz, 1997). Tujuan penilaian ini perlu difahami
dengan jelas oleh mereka yang terlibat dalam pendidikan di tahap
ini kerana ia boleh memastikan bentuk penilaian yang wajar
digunakan. Dalam pendekatan kurikulum berintegrasi atau pun
mengikut garis panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan, mengenal
pasti tahap perkembangan setiap kanak-kanak merupakan salah satu
tugas utama guru TADIKA kerana ini membolehkan perancangan
pembelajaran sewajarnya dilakukan (Beaty, 1992). Satu objektif am
atau pun satu strategi pengajaran am tidak wajar diguna pakai bagi
semua kanak-kanak atau dalam setiap keadaan kerana tahap dan kadar
perkembangan kanak-kanak adalah pelbagai dan berbeza antara
individu. Keputusan penilaian mengenai tahap perkembangan beserta
dengan penilaian yang memberikan maklumat tentang minat, kehendak
serta keperluan kanak-kanak dijadikan sandaran untuk merancang
objektif dan strategi pengajaran dalam rangka kerja kurikulum yang
ada.
2. Penilaian Autentik
Satu isu yang sering dibangkitkan dalam penilaian ialah kejituan
(authenticity) sesuatu bentuk penilaian itu. Ramai yang berpendapat
peperiksaan atau ujian bertulis yang diberikan secara berkumpulan,
seperti mana diamalkan dalam sistem pendidikan rendah dan menengah
di Malaysia ini, tidak sesuai digunakan dalam pendidikan awal
kanak-kanak, biar dari segi item ujian yang bersandarkan kepada
norma dan pengalaman kumpulan tertentu dalam masyarakat juga boleh
mempengaruhi kesahan sesuatu ujian (Stallman & Pearson, 1990).
Tambahan lagi, lebih muda usia kanak-kanak itu, lebih cenderung
untuk mereka membua kesilapan disebabkan kekeliruan atau kegusaran
akibat suasana ujian (Ratcliff, 1995;Reynolds, 1982). Ini boleh
menjadikan keputusan serta kebolehgunaan penilaian itu diragui.
Di samping itu, ramai pendidik merasakan ujian bertulis tidak
menepati garis panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan (Bredekamp
dll., 1992; Katz, 1997; Meisels, 1995; Mindes, Ireton &
Mardell-Czudnowski, 1995). Walaupun ujian bertulis didapati dapat
meramalkan pencapaian kanak-kanak di TADIKA dan di tahap awal
pendidikan formal, penilaian seumpama ini dirasakan tidak
betul-betul memenuhi kehendak dan tujuan penilaian diadakan dalam
pendidikan awal kanak-kanak. Untuk itu, konsep penilaian autentik
telah diunjurkan. Penilaian autentik merujuk kepada bentuk
penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh
kanak-kanak dalam bilik darjah setiap hari (Pert, 1990). Ia juga
suatu yang realistik dan sesuai dari segi pengajaran. Penilaian
autentik merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara
realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri (Grace, 1992). Ia
melibatkan penilaian yang dilakukan secara berterusan dan membawa
implikasi kanak-kanak diberikan peluang untuk mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran yang ada pada mereka dalam cara yang
berkaitan dengan kehidupan seharian mereka dan tidak terhad kepada
kemahiran dan pengetahuan di sekolah sahaja. Untuk menjalankan
penilaian autentik yang menepati garis panduan, amalan bersesuaian
perkembangan, pelbagai kaedah telah diutarakan, selain pemerhatian
yang merupakan tunjak penilaian di TADlKA, portfolio individu
kanak-kanak adalah satu pendekatan yang baik dan praktikal dalam
merealisasikan penilaian autentik di peringkat ini.
8.3 KAJIAN MARIANI MD. NORTiga kategori menjadi asas utama
perbincangan dalam mengupas artikel ini. Antara fokus perbincangan
ialah elemen:a) kesan sosial,
b) kesan kurikulum dan
c) persediaan tenaga akademik
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta kesan terhadap
perkembangan kanak-kanak secara holistik. Teori Ekologi oleh Urie
Bronfenbrenner (1977) dipilih oleh penulis untuk perbincangan
seterusnya.
1. Elemen Sosial dan Kesan terhadap Pendidikan Awal
Kanak-Kanak
Teori Ekologi mengikut Bronfenbrenner (1977) memberi penekanan
bahawa individuyang melalui proses pertumbuhan dan perkembangan itu
terangkum di dalam sistempersekitaran yang mementingkan interaksi
antara satu sama lain. Dalam konteks artikel ini, interaksi antara
kanak-kanak dengan persekitaran kanak-kanak itudipercayai boleh
mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
Merujuk kepada konsep di dalam teori ini, sama ada kita
menyedarinya atau tidak kanak-kanak yang merupakan individu yang
berada dalam ruang lingkup mikro(berpusat di tengah) boleh
dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan dalam konteks di
prasekolah khususnya, apa dan bagaimana kesannya harus diteliti
terutama dalam hal yang menyumbang kepada proses perkembangan dan
pertumbuhan kanak-kanak.
Berdasarkan teori ini, keluarga khususnya ibu bapa merupakan
agensosialisasi paling penting dalam kehidupan seseorang
kanak-kanak itu dan sebagai individu terdekat atau berhampiran
dengan komuniti kanak-kanak, mereka mempunyaipengaruh besar ke atas
tingkah laku kanak-kanak. Sebagai contoh, kajian di dalam dan
diluar negara menunjukkan bahawa faktor persekitaran seperti
penglibatan ibu bapa secara aktif mempunyai kesan langsung ke atas
semua aspek perkembangan kanak-kanak (MacNaughtori, 2005). Dalam
kajian yang Iain pula, Ting (2005) mendapati tahap penglibatan ibu
bapa luar bandar berada di tahap yang rendah. Tidak hairan jika
sebelum ini Berger (1995) melalui kajiannya menyatakan wujudnya
kepelbagaian model peranan ibu bapa untukmembantu proses
pembelajaran kanak-kanak di prasekolah tetapi meluas kepada aspek
pemilihan tempat untuk anak itu belajar, terutama di peringkat
prasekolah. Justeru itu, peringkat pembelajaran prasekolah adalah
sasaran utama ibu bapa kini. Menyentuh tentang pendidikan
prasekolah, kesedaran telah ditunjukkan bukan sahaja oleh
masyarakat malah di peringkat atasan juga. Seperti dinyatakan oleh
YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (1998) Pendidikan
prasekolah merupakan peringkat formatif dalam perkembangan
kanak-kanak. Oleh itu, program yang sesuai dapat menggerakkan
pemikiran, meningkatkan kreativiti dan membina akhlak yang baik
bagi golongan kanak-kanak yang berumur antara 4hingga 6 tahun.
Pembangunan minda, penyuburan fizikal, pengukuhan kestabilan emosi
dan persediaan untuk hidup bermasyarakat, oleh itu, muncul satu
fenomena iaitu kehadiran berbagai pihak dan agensi untuk
mengendalikan pusat prasekolah.
Dengan kewujudan pelbagai model prasekolah, tidak mustahil jika
dikatakan akan wujud pula paradigma 'rumah tiang seribu atau
infinit' disebabkan kepelbagaian ragam pendekatan dan kurikulum
yang digunakan di prasekolah. Pemerhatian penulis ke tadika-tadika
semasa penyeliaan pelajar praktikum menunjukkan kebanyakan tadika
swasta memberi penumpuan yang lebih kepada aspek kognitif, iaitu
kemahiran 3M. Walau bagaimanapun, aspek lain juga dititikberatkan
seperti aspek sosial,moral dan keagamaan serta berbagai lagi
penekanan yang berbeza. Dapatan dari kajian penyelidikan oleh
beberapa pelajar Sarjana Pendidikan Awal Kanak-kanak di bawah
penyeliaan penulis menunjukkan situasi di mana apa yang dipelajari
oleh bakal guru prasekolah di universiti kadang-kadang sukar untuk
dipraktikkan di prasekolah kerana ideologi, pendekatan dan falsafah
yang berbeza di antara kedua-dua pihak ini. Secara tidak langsung
keadaan ini boleh menjejaskan pula kualiti prasekolah (Nik Asiah,
2005; Rohana Musa, 2005). Malah menyentuh tentang infrastruktur
fizikal prasekolah, tidak perlu bukti tertulis, jika dibuat lawatan
lokasi untuk setiap tapak prasekolah di sesebuah kawasan bandaraya,
didapati jarak antara satu prasekolah dengan satu yang lain harus
berada dalam jarak 1 km. Bagaimana pun, peraturan ini tidak begitu
dipatuhi memandangkanpertambahan bilangan penduduk yang memerlukan
perkhidmatan sedemikian atau adakah ini trend masa kini dalam dunia
pendidikan awal kanak-kanak? Jika ini berlaku, adakah memang
sepatutnya atau adakah ianya dalam tuntutan bersama oleh ibu bapa
dan pengusaha tadika itu. Secara umumnya komuniti prasekolah harus
memikirkan perkara berikut dalam memastikan trend dan isu menjadi
suatu realiti.
a) Keluarga (The family):
Isu pemilihan prasekolah. Apa ciri prasekolah berkualiti
yang
Menjadi pilihan?b) Jaringan sosial (Social network) Harapan ibu
bapa: kanak-kanak mempunyai kebolehan mengambil berat tentang orang
lain, berkongsi, memahami dan empati terhadap orang lain (Essa,
1996).c) Kepercayaan masyarakat (Society's belief)Persoalan
pengurangan perlakuan kanak-kanak terhadap amalan
negatifatauanti-sosial atau sebaliknya dengan keuntungan
cost-benefit
(Schweinhart &Weikart, 1993).
d) Perkembangan (Development)Adakah perkembangan boleh berlaku
mengikut peredaran masa dan jika
ya adakah disebabkan oleh faktor biologi semata-mata atau
persekitaran
infrastruktur yang wujud dalam komuniti kanak-kanak itu. Kajian
di dalam dan di luar negara banyak meneliti faktor yang
mempengaruhi proses pendidikan di prasekolah dari isu persediaan
awal hinggalah kepada
aspek lain. Dalam satu kajian ke atas faktor yang mempengaruhi
transisi dari prasekolah ke sekolah rendah terhadap 177 orang ibu
bapa dari 18 buah prasekolah dari seluruh Malaysia (Mariani Md. Nor
et al., 2006) mendapati faktor seperti bahan pembelajaran,
persekitaran yang merangsang pembelajaran kanak-kanak, aktiviti
yang sesuai serta guru adalah antara faktor yang signifikan dalam
mempengaruhi proses perkembangan kanak-kanak dalam aspek
penyesuaian diri. Komunikasi yang baik antara guru dan ibu bapa
serta kemudahan sesuai di dalam bilik darjah adalah antara faktor
persekitaran yang penting.
9.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, teori dan model-model perkembangan awal
kanak-kanak ini adalah penting kerana ia sedikit sebanyak akan
memberi panduan kepada ibu bapa dan guru-guru tentang perkembangan
yang dilalui oleh seorang kanak-kanak dan setiap kanak-kanak adalah
berbeza dari segi perkembangannya kerana dipengaruhi oleh
faktor-faktor lain seperti baka, persekitaran, makanan, kecerdasan
dan sebagainya.
Imam Al-Ghazali Rahimahullah pernah menyebut, sesungguhnya
anak-anak kita adalah permata. Dalam membicarakan soal pendidikan
anak-anak ini suatu perkara yang perlu kita fahami bahawa mendidik
adalah suatu kesenian yang datangnya dari jiwa yang halus dan
pemikiran yang kreatif. Suatu yang kreatif dan seni tidak akan
lahir dari jiwa yang keras dan peribadi yang kasar yang dipenuhi
rasa kejengkelan dicetuskan oleh emosi marah dan hilang
pertimbangan akal. Kasih sayang adalah elemen paling utama dalam
proses mendidik. Teguran dan nasihat yang lahir dari cetusan kasih
sayang akan mencairkan hati yang keras sebaliknya kekasaran dan
penonjolan amarah akan membekukan jiwa yang lembut. Apatah lagi
bila yang dihadapan kita itu adalah kanak-kanak yang putih bersih,
yang akan belajar apa sahaja yang ada di persekitarannya melalui
pemerhatian, yang akan meniru dari qudwah yang ditonjolkan
seterusnya mengaplikasikan hasil pembelajaran melalui kebiasaan
(Mastura Badzis).
1