5Panduan Makanan SelamatPengenalanPenyediaan makanan yang
selamat merupakan satu perkara yangamat pentinguntuk mengelakkan
penyakit bawaan makanan terutamanya keracunan makanan.Keracunan
makananberlaku disebakan oleh beberapa faktor penting yang perlu
diberi perhatian oleh anda :a. Keracunan makananberpunca daripada
kumanyang mencemari makanan melalui; najis tanah air makhluk
perosak seperti tikus, lalat dan lipas haiwan ternakan, dan
manusia, terutamanya melalui tangan.b. Kumanbolehtersebar dan
membiak dengan cepatapabila makanan dicemari. Untuk membiak, kuman
memerlukan ; makanan air masa, dan suhu yang sesuai.c. Tangan anda
merupakan sumber yang utama dalam menyumbang kepada pencemaran dan
penyebaran kuman kepada makanan.Oleh itu, keracunan makananboleh
dielakkandengan mengamalkan5 panduan makanan selamatbagi menjamin
kesihatan anda.Gejala / SimptomSekiranya anda mengalami ; sakit
perut muntah-muntah cirit-birit,ia adalah simptom kejadian
keracunan makanan.Simptom boleh berlaku serta-merta apabila anda
memakan makanan yang tercemar, atau kebiasaannya ia mengambil masa
di antara24-72 jamdaripada tempoh anda makan.Penyakit bawaan
makanan boleh membawa kepada penyakit yang lebih serius seperti ;
kanser arthritis, atau penyakit saraf,sekiranya rawatan awal tidak
diterima.Anda juga tidak boleh memandang ringan terhadap penyakit
ini memandangkan iaboleh membawa maut.PANDUAN1. Jaga
KebersihanAmalkan perkara berikut : Basuh tangan anda sebelum dan
selepas menyediakan makanan. Basuh tangan anda selepas keluar dari
tandas. Cuci peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan
dengan bersih. Lindungi kawasan dapur dan makanan daripada dicemari
oleh serangga, tikus dan lain-lain.
7 Langkah Membasuh TanganAnda perlu bertindak,
mengapa?Kebanyakan kuman tidak menyebabkan penyakit, namun
begitukuman berbahaya tersebar luasdalam : tanah air haiwan
manusia.Kuman tersebut boleh disebarkan melalui ; tangan kain
pengelap perkakas dapur terutamanya pada papan pemotong.Jika
makanan dan kuman bersentuhan, ia boleh menyebabkanmakanan
tercemardanmengakibatkan keracunan makanan.2. Asingkan Makanan
Mentah Daripada Makanan Yang Sudah DimasakAmalkan perkara berikut :
Asingkan makanan mentah seperti ayam, daging dan makanan laut
daripada makanan yang telah dimasak atau makanan yang dimakan terus
seperti ulam dan buah-buahan yang telah dipotong. Guna perkakas
dapur yang berasingan seperti pisau dan papan pemotong untuk
menyediakan makanan yang mentah. Simpan makanan dalam bekas
bertutup untuk mengelakkan makanan mentah bersentuhan dengan
makanan yang telah dimasak.Anda perlu bertindak, mengapa?Makanan
mentah seperti daging, hasil ayam dan makanan laut serta air
lelehannyamengandungi kuman berbahayayang bolehmencemarkan makanan
lainsemasa penyediaan dan penyimpanan makanan.3. Masak Dengan Cara
Yang BetulAmalkan perkara berikut : Masak makanan dengan
sempurnasepenuhnya terutama daging, hasil ayam, telur dan makanan
laut. Masak makanan berkuah dan supsehingga mendidih. Bagi daging
dan hasil ayam, pastikan air rebusannya kelihatanjernihdan bukan
berwarna merah jambu. Masak makanan yang hendak dipanaskan semula
dengan sempurna. Masak makanan seperti burger, daging kisar, ayam
panggang dan bahagian tertentu daging sepenuhnya sebelum
dimakan.Anda perlu bertindak, mengapa? Memasak makanan
dengansempurnadapatmembunuh semua bakteria berbahaya.4. Simpan
Makanan Pada Suhu Yang SelamatAmalkan perkara berikut : Simpan
makanan yang telah dimasak dan cepat rosak di dalam peti sejuk
(pada suhudi bawah 5C). Kekalkan suhu makanan yang telah
dimasaklebih daripada 60Csebelum dihidangkan. Tidak membiarkan
makanan lebih daripada 2 jam pada suhu bilik. Tidak menyimpan
makanan yang telah dimasak atau lebihan makanan dalam peti sejuk
melebihi 3 hari. Tidak menyimpan makanan sejukbeku dicairkan pada
suhu bilik.Mengapa? Pada suhu bilik,kuman boleh membiak dengan
cepat. Pertumbuhan kuman akan berkurangan atau terhenti pada suhu
di bawah 5C atau atas 60C. Namun begitu,terdapat beberapa jenis
bakteriayang masih boleh hidup di bawah suhu 5C.5. Gunakan Air dan
Bahan Mentah yang SelamatAmalkan perkara berikut :
Gunaairyangbersihatau yangtelah dirawat. Pilih bahan makanan mentah
yang segar dan selamat dimakan. Basuh sayur-sayuran terlebih
dahulu, terutamanya jika dimakan mentah. Basuh dan kupas kulit
buah-buahan bagi mengurangkan pencemaran makanan. Elakkan makanan
yang telah tamat tarikh luputnya.Mengapa? Bahan mentah termasuk air
dan ais boleh tercemar oleh kuman dan bahan-bahan kimia berbahaya.
Bahan toksikboleh terhasil pada makanan yangberkulat dan rosak.
5 Panduan Untuk Makanan Yang SelamatRujukan :1. Lima Panduan
Makanan Yang Selamat, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan,
Kementerian Kesihatan Malaysia, 2011.2. Five keys to safer foods.
2006. Department of food safety, zoonoses and foodborne diseases.
World Health Organization.3. J. Schlundt(1), H. Toyofuku (2), J.
Jansen (2) & S.A. Herbst(3)Emerging food borne zoonoses.
Journal of Revision Science and Technology of Epidemiology. 2004.
513-533.4. Ana Marui.Food safety and security: what were favourite
topics for research in the last decade?. Journal of Global Health.
2011.72-78.Semakan akhir:22 Januari 2014
Penulis:En. Mohd Nurul Haryadie bin Mazuki