KRP 3974 LATIHAN MENGAJAR TUGASAN: RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL MINGGU KE LIMA BIDANG : MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN/ “FRIDGE MAGNET” DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. MATRIK KUMP. E-LEARNING NO. TELEFON CHE AISHAH BINTI ABD. AZIZ D20112055626 UPSI K00519 ( A 142PJJ) 019 5960250 PENSYARAH PN.NOR AZLIN IRYANI BT MOHD NOOR TARIKH HANTAR 25C APRIL 2015
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
KRP 3974 LATIHAN MENGAJAR
TUGASAN:
RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
MINGGU KE LIMA
BIDANG : MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN/ “FRIDGE MAGNET”
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO. MATRIK KUMP. E-LEARNING NO.
TELEFON
CHE AISHAH BINTI
ABD. AZIZ
D20112055626 UPSI K00519
( A 142PJJ)
019 5960250
PENSYARAH PN.NOR AZLIN IRYANI BT MOHD NOOR
TARIKH HANTAR 25C APRIL 2015
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL
HARI : Jumaat
TARIKH : 11/ 4/ 2015
MASA : 11.05-12.05 am
KELAS : 5 Zamrud
BILANGAN MURID : 27 orang
BIDANG 3 : Membentuk Dan Membuat Binaan
TAJUK : Magnet Hiasan ( Fridge Magnet )
TEMA : Objek Buatan Manusia
AKTIVITI : Arca Timbul
MEDIA : Alat-kotak, model 3D dan alatan lain yang sesuai.
Bahan- Plaster Of Paris,cat tempera atau bahan lain
yang sesuai.
PENGALAMAN SEDIA ADA :
i..Murid pernah melihat hiasan pada pintu peti sejuk dirumah masing-masing.
ii. Murid pernah mempelajari bidang membentuk dan membuat binaan pada pelajaran lepas.
iii.Murid pernah melihat hiasan magnet fridge di supermarket dan di rumah.
PENERAPAN NILAI :
i. Menghargai alam benda disekeliling kita.
ii. Kekemasan dan kebersihan ketika melakukan aktiviti seni.
iii. Mencuba untuk memanipulasikan bahan secara kreatif.
STANDARD KANDUNGAN : 1.1 Persepsi Estetik
1.2 Aplikasi Seni
1.3 Ekspresi Kreatif
1.4 Apresiasi Seni
STANDARD PEMBELAJARAN :
3.1 Persepsi Estetik
3.1.1 Unsur seni
3.1.1.1 Jalinan - sentuh atau tampak
3.1.1.2 Bentuk - konkrit
3.1.1.3 Warna - sekunder atau tertier
3.1.2 Prinsip rekaan
3.1.2.1 Imbangan - simetri atau tidak simetri
3.1.2.2 Kepelbagaian - rupa
3.2 Aplikasi Seni
3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
3.2.1.1 Alat - kotak, model 3D dan alatan lain yang sesuai
3.2.1.2 Bahan - Plaster of Paris atau tanah liat, cat poster atau cat tempera
dan bahan lain yang sesuai.
3.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan arca timbul.
3.2.2.1 Teknik - acuan
3.3 Ekspresi Kreatif
3.3.1 Memilih dan memanipulasi media secara kreatif
3.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
3.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan arca timbul
3.4 Apresiasi Seni
3.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
3.4.2 Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya
3.4.3 Memberikan ulasan karya sendiri dan rakan secara lisan
KEUSAHAWANAN : Pendedahan kepada produk pembungkusan makanan.
KREATIVITI DAN INOVASI : Menyusun, mencantum pelbagai media mengikut
imaginasi, pemerhatian dan pengamatan sendiri.
TMK : Komputer, speakers,video
OBJEKTIF : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid akan dapat:
1. Menghasilkan karya berbentuk arca timbul menerusi gabungan
penggunaan media mengikut proses dan aplikasi teknik, secara kreatif.
2. Mengaplikasikan bahasa seni visual dalam prinsip rekaan berkaitan
Imbangan - simetri atau tidak simetri dan kepelbagaian - rupa dalam
binaan objek.
3. Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan
pada aspek bahasa seni visual.
Fasa/Langkah /
masa
Isi kandungan Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
Catatan / Strategi
Pembelajaran
MENCUNGKIL
IDEA / SET
INDUKSI
( 5 minit )
Guru mempamerkan contoh arca
timbul dan contoh magnet hiasan.
Guru juga menyatakan definisi arca
timbul.
DEFINISI.
-Merupakan hasil seni yang bersifat
3D.
-Boleh diamati pada ruang 360
darjah.
-Hasil karya dalam ruang realiti atau
ruang sebenar.
Murid melihat contoh arca timbul dan
magnet hiasan yang ditunjukkan oleh
guru.
Murid mengulangi maksud arca
timbul.
PENGETAHUAN
SEDIA ADA MURID:
Murid pernah melihat
magnet hiasan pada peti
sejuk di rumah.
Dan pengetahuan baru
-Penghasilan menggunakan unsur
seni reka.
LANGKAH 1 /
STRUKTUR
IDEA
(15 Minit )
1.Guru memaparkan contoh-contoh
magnet fridge yang terdapat di
pasaran masa kini menerusi slot
power point.
2. Guru menunjukkan bahan-bahan
yang perlu untuk membentuk dan
membuat binaan “magnet fridge “
Media yang perlu:
Acuan , magnet bulat, Plaster of
Paris ,cat tempera atau bahan lain
yang sesuai.
Murid melihat paparan slaid yang
ditunjukan guru.
Murid melihat media yang perlu ada
untuk membuat “magnet fridge”
BBM ;
Komputer Riba, projektor,
Slaid Power Point.
Strategi Pengajaran
Berasaskan Sumber
BBM:
Acuan, plaster Of
Paris/paper
clay,magnet,cat tempera.
Teori Kecerdasan
Pelbagai:
Belajar cara belajar
Teknik Penghasilan:
Bancuhan dan acuan
Kaedah:
Tunjukcara
3.Cara-cara membuat “Magnet
Fridge”.
4.Bancuh plaster Of Paris kemudian
tuang ke dalam acuan pilihan anda.
5.Biarkan hingga acuan kering.
Plaster of paris ini Cuma mengambil
masa 5-15 minit sahaja untuk kering.
Untuk kesan lebih baik jemur pada
tempat panas atau dibawah kipas.
6.Selepas itu keluarkan bentuk yang
terhasil dari acuan.
Murid bertanyakan jumlah sukatan
air yang perlu untuk membancuh
Plaster Of Paris.
Murid meneliti setiap langkah kerja
yang dilakukan oleh guru.
Strategi: Pemerhatian
Berasaskan Sumber
NILAI:
Ketelitian , bekerjasama
7. Hiaskan arca yang terbentuk itu
dengan warna-warna pilihan sendiri
dan biarkan cat kering.
8. Setelah kering gunakan gam UHU
untuk lekatkan magnet bulat
dibahagian belakang arca anda.
9. Guru menunjukkan hasil kerja
yang sudah siap kepada murid.
Contoh 1
Contoh 2
LANGKAH 2/
APLIKASI
IDEA.
( HASIL )
(30 minit)
1.Guru mengarahkan murid
memikirkan / memilih jenis hiasan
magnet yang diingini.
Murid menyatakan kesediaan untuk
memulakan aktiviti.
Murid bersedia dengan bahan-bahan
yang perlu di atas meja.
Langkah 1
Membancuh plaster of paris dibawah
seliaan guru. Tuangkan ke dalam
acuan pilihan masing-masing.
Langkah 2
Biarkan acuan kering. Jemur pada
tempat panas atau dibawah kipasbagi
mempercepatkan proses pengeringan.
Langkah 3
Nilai : tekun,teliti,sabar
dan juga bekerjasama.
Aplikasi teknik:
Menampal dan menyusun.
Inovasi dan kreativiti:
Mereka cipta dan
menjanaidea menerusi
pemerhatian
Media: kertas lukisan,
warna air, majalah,
gunting dan gam.
Keluarkan acuan tersebut dan hiaskan
arca yang terbentuk itu dengan
warna-warna pilihan sendiri dan
biarkan cat kering.
Langkah 4
Biarkan seketika hingga cat kering
kemudian lekatkan gam pada magnet
dan tampal di bahagian belakang arca
yang dihasilkan.
Akhirnya “magnet fridge” siap.
Contoh:
Langkah 3/
Penilaian Idea.
( 7 minit)
1.Guru meminta murid
mempamerkan hasil karya masing-
masing.
2.Guru menjemput 2 orang murid
kehadapan dan menceritakan perihal
“magnet fridge” yang telah dihasilkan
3.Guru memberi pujian kepada murid
tersebut yang berani tampil untuk
menyatakan sesuatu berkaitan hasil
kerja mereka mengikut kefahaman
dalam bahasa seni visual.
Murid menunjukkan hasil karya
masing masing secara bergilir-gilir
dihadapan kelas.
2 orang murid kehadapan mengulas
tentang karya sendiri dan juga karya
rakan mereka dengan menggunakan
bahasa seni visual seperti dalam
prinsip rekaan berkaitan Imbangan -
simetri atau tidak simetri dan
kepelbagaian - rupa dalam binaan
objek.
Semua murid memberikan tepukan
kepada rakan dan diri sendiri.
Nilai:
Menghormati sesama
rakan dan karya seni.
Pendekatan:
Membanding beza.
Menganalisi.
Pendekatan Induktif
Penutup
pengukuhan
(3 minit)
1.Guru minta murid mengulangi :
i. maksud
ii. media yang digunakan
iii. teknik yang digunakan.
Guru mengucapkan tahniah semua
murid.
2. Mengingatkan murid untuk
menjaga kebersihan kawasan kerja
masing-masing.
Semua murid memberi respon
terhadap soalan yang diajukan oleh
guru.
Murid-murid mengucapkan terima
kasih kepada guru.
Semua murid membersihkan kawasan
masing-masing dan peralatan kerja.
Nilai:
Hormat menghormati dan
sikap mulia dan
bertanggungjawab
Refleksi/ impak Bil. Murid hadir : 26/27 orang Bil. Murid tidak hadir : 1 orang
Kelas 5 Zamrud adalah kelas pertama/cemerlang akdemik
26 orang murid berjaya menghasilkan arca timbul masing-masing dengan menggabungkan penggunaan
media mengikut proses dan aplikasi teknik secara kreatif.
Keseluruhannya semua murid berjaya hasilkan arca magnet hiasan dengan menggunakan teknik bancuhan
dan acuan menerusi gabungan penggunaan media mengikut proses dan aplikasi teknik, secara kreatif dan
diberi penilaian TP tahap 5 berdasarkan pentaksiran DSKP PBS psv
Murid memahami Bahasa Seni Visual yang perlu diguna dalam penghasilan arca agar menepati imbangan
- simetri atau tidak simetri dan kepelbagaian - rupa dalam binaan objek.
Keseluruhannya semua murid berjaya hasilkan arca tibul sendiri dengan dengan menggunakan teknik
bancuhan dan acuan menerusi gabungan penggunaan media mengikut proses dan aplikasi teknik, secara
kreatif dan diberi penilaian TP tahap 5 berdasarkan pentaksiran DSKP PBS psv
Semua murid ceria dan bangga dengan hasil arca masing-masing dan menyatakan mereka akan melekatkan
ciptaan mereka ini didinding peti sejuk apabila pulang nanti.
Peringatan guru:
1. Utamakan kebersihan dan kekemasan kawasan ketika beraktiviti.
TAHAP PENCAPAIAN MURID BERDASARKAN DSKP PSV:
TP1 : Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta
menjelaskan apa yang telah dipelajari.
TP2 : Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap
perkara yang asas.
TP3 : Murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
TP4 : Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara
sistematik
TP5 : Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu, dengan mengikut prosedur atau secara
sistematik, serta tekal dan bersikap positif.
TP6 : Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi
baru secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.