This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
ISI KANDUNGAN
BIL. TAJUK MUKA SURAT
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN DAN SEJARAH PERKEMBANGAN 1
2.0 DEFINISI 3
3.0 TEORI DAN PUNCA TEKANAN 5
4.0 MODEL-MODEL TEKANAN 10
5.0 PROSES TEKANAN 22
6.0 KESAN TEKANAN 25
7.0 PENGURUSAN TEKANAN 30
8.0 KESIMPULAN 38
9.0 RUJUKAN 40
1.0 PENGENALAN
Perkataan tekanan adalah suatu perkataan yang amat dikenali umum hampir di
semua peringkat usia hasil daripada pendidikan formal dan tidak formal; pendedahan
berterusan daripada pelbagai sumber seperti media massa, media hiburan; serta pelbagai
sumber penerbitan seperti buku, majalah, buletin, surat khabar dan sebagainya. Maka,
perkataan tekanan bukanlah suatu perkara baru kepada umum tetapi ianya sering kali tidak
diambil berat dan diabaikan begitu sahaja seolah-olah ia adalah perkara biasa yang tidak
perlu diberi perhatian sewajarnya. Ramai yang tidak sedar bahawa impak daripada
tekanan ke atas individu dan seterusnya terhadap sesuatu masyarakat adalah sangat besar
dan adalah sangat sukar untuk memulihkan semula keadaan yang terjadi akibat tekanan
individu telah menerima kesan yang paling buruk akibat tekanan iaitu kecelaruan
psikologi yang kronik. Seseorang akan mengalami kesan daripada tekanan bermula
dengan kesedihan yang normal, dan sekiranya tidak diatasi atau tidak dirawat akan
berlarutan kepada kemurungan, kerungsingan dan seterusnya kecelaruan pada peringkat
akhir.
Konsep tekanan ini telah wujud sejak zaman batu lagi apabila manusia primitif
yang sentiasa perlu berhadapan dengan cuaca sejuk, binatang liar dan tempat tinggal yang
tidak selamat bagi meneruskan kelangsungan hidup. Seterusnya, pada abad ke 14, tekanan
disebabkan oleh kesukaran hidup pada masa tersebut disebabkan oleh pelbagai
pertelingkahan dan peperangan akibat perebutan kuasa yang berlaku hampir di seluruh
dunia manakala bermula pada abad ke-17, Hooke mula menggunakan perkataan “stress”
dalam konteks sains fizikal dan seterusnya, penggunaan sistematik perkataan tekanan ini
tidak ditemui hingga abad ke-19. Pada abad ke-19, perkataan “stress” atau tekanan mula
digunakan secara meluas dan khususnya bagi memperihalkan masalah kesihatan yang
dihadapi oleh manusia. Pakar fisiologi Perancis, Claude Benard serta Hans Selye (1982)
yang merupakan antara tokoh awal yang giat dalam kajian membabitkan tekanan
menekankan bahawa keadaan dalaman sesuatu organisma haruslah pada kebanyakkan
masanya stabil walaupun dalam suasana sekitaran yang berubah-ubah. Pada tahun 1932,
Walter Cannon pula mengkaji fenomena tekanan dari aspek kestabilan dalaman badan.
Beliau menegaskan bahawa tekanan ini adalah fenomena yang menganggu kestabilan
dalaman tubuh manusia dan boleh berlaku jika sesuatu suasana sekitaran itu terlalu sejuk
2
atau panas, kurang oksigen, kurang kandungan gula dalam darah dan seterusnya. Beliau
juga menggunakan istilah “understress” untuk memperihalkan keadaan individu yang
tertekan. Menjelang abad ke-20, tekanan atau stress telah menjadi antara masalah utama
dalam bidang kesihatan sehingga tokoh seperti Charlesworth dan Nathan (1982) mengelar
abad ini sebagai “abad tekanan” manakala pengamal perubatan, ahli psikologi dan pakar-
pakar perubatan serta kesihatan menggelar abad ini sebagai “Zaman Anxieti”1.
Memandangkan tekanan telah sedia wujud sejak zaman dahulu lagi dan sudah
tentu akan berterusan sehingga makhluk bernama manusia wujud di muka bumi, adalah
sangat penting bagi semua pihak terutamanya ahli psikologi, ahli perubatan, pihak
pengurusan organisasi (agensi kerajaan dan swasta, sekolah dan sebagainya) dan pihak
kerajaan memandang serius akan perkara ini. Semua pihak perlu memastikan pendekatan-
pendekatan tertentu telah diambil bagi bersedia menangani sebarang kes-kes seperti
tekanan yang mungkin akan berlaku pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, mewujudkan
satu unit pengurusan hal ehwal yang berkaitan psikologi termasuk tekanan di sesebuah
jabatan agar operasi sesebuah jabatan itu tidak diancam oleh pelbagai masalah akibat
tekanan. Unit-unit seumpama itu perlu sentiasa berusaha mengemaskini maklumat
berkaitan dari pelbagai sumber seperti institusi pendidikan tinggi awam dan swasta;
seminar-seminar antarabangsa; perpustakaan atau makmal; hospital; dan sebagainya
termasuk hasil-hasil penyelidikan dari semasa ke semasa.
Tugasan ini untuk subjek Psikologi Kesihatan SKPX3103 melihat tekanan dari
pelbagai sudut dan adalah satu contoh yang boleh digunakan sebagai rujukkan tambahan
dalam memahami dan menangani masalah yang berkaitan dengan tekanan. Walaupun
hasil tulisan ini adalah daripada seorang pelajar, namun pandangan dan perspektif hasil
daripada pengetahuan dan pengalaman tersendiri adalah baru dan berbeza yang boleh
digunakan bagi menangani masalah berkaitan tekanan. Malah hasil tulisan ini adalah
berdasarkan daripda pelbagai sumber rujukkan professional dari dalam dan luar negara
dan sahih. Hasil tulisan ini melihat tekanan dari pelbagai sudut termasuk pengenalan dan
sejarah perkembangan; definisi; tekanan dalam kerja; teori dan punca tekanan; model-
model tekanan; proses tekanan; kesan tekanan; pengurusan tekanan dan akhirnya
kesimpulan. Dengan melihat tekanan dari pelbagai sudut, ianya sangat membantu dalam
memahami dengan lebih mendalam dan seterusnya menyelesaikan sebarang masalah yang
berkaitan dengan tekanan untuk kebaikkan diri sendiri serta orang lain.
3
2.0 DEFINISI TEKANAN
Tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap
sebarang perubahan yang berlaku di sekeliling persekitaran yang menganggu rutin hidup
seseorang dan seterusnya kestabilan hidupnya. Tekanan adalah kebangkitan psikologi dan
fisiologi badan seseorang sebagai tindakbalas kepada permintaan dan perubahan yang
berlaku dalam persekitran terhadap dirinya dan sekiranya keupayaan seseorang itu dapat
menangani permintaan dan perubahan tersebut, maka tekanan itu akan mendatangkan
kesan yang positif dan sebaliknya seseorang itu tidak dapat bertindakbalas dengan baik
dengan perubahan dan permintaan tersebut, maka individu tersebut akan berhadapan
dengan gangguan dalam hidupnya bermula dengan gangguan fungsi diri sendiri. Tekanan
sebenarnya adalah baik di satu sudut kerana tekanan membantu manusia berfungsi secara
lebih berkesan pada masa hadapan disebabkan oleh peningkatan ketahanan fizikal, mental
dan emosi yang kuat hasil daripada menangani sesuatu tekanan dengan baik.
Menurut Hans Selye (1956: 4), seorang Profesor University of Montreal dan pakar
yang banyak mengkaji tentang tekanan, mengatakan bahawa tekanan sebagai satu tindak
balas atau reaksi yang tidak spesifik tubuh terhadap sebarang rangsangan atau permintaan.
Apabila sesuatu permintaan itu melebihi daripada kemampuan badan, ia akan
mengakibatkan ketegangan. Manakala, menurut pandangan yang diberikan oleh Ma’rof
Redzuan & Haslinda Abdullah (2002: 209), tekanan adalah sebagai tindak balas seseorang
terhadap sesuatu keadaan dan suasana yang mengganggu serta memerlukan penyesuaian
sama ada untuk sistem badan atau pun pemikiran individu. Kaplan (1983: 296) pula
mengaitkan tekanan dengan persekitaran iaitu tekanan wujud akibat daripada kegagalan
individu menyesuaikan diri dengan persekitaran. Tuntutan persekitaran yang melampaui
keupayaan individu dan kegagalan individu menyesuaikan tuntutan tersebut akan
menyebabkan individu rasa tidak puas hati dalam memenuhi keperluannya sendiri.
Seterusnya, ia akan menyebabkan individu mengalami ketegangan.
Berdasarkan Cox (1978), tekanan merupakan satu keadaan di mana persepsi
terhadap seseorang itu dan kemampuannya untuk mengatasi sesuatu permintaan.
Kegagalan memenuhi permintaan akan menghasilkan ketidakseimbangan yang akan
menyebabkan berlakunya tekanans dalam diri individu tersebut. Ketidakseimbangan akan
4
bergantung kepada daya tindak seseorang dalam bentuk psikologikal yang melibatkan
strategi, kognisi serta tingkah laku dan fisiologikal. Tekanan akan berlaku sekiranya daya
tindak secara normal tidak berkesan. Keadaan ini mungkin akan menyebabkan kerosakan
fungsi dan stuktur. Menurut Morstt & Furst (1979:7), tekanan adalah suatu keadaan yang
dipengaruhi oleh gangguan mental dan emosional yang boleh mewujudkan keadaan tidak
selesa atau tegang jika situasi tersebut tidak mampu ditanggung oleh tubuh badan.
Tokoh-tokoh Islam seperti Imam al-Ghazali, al-Razi, Muhammad Uthman Najati,
Muhammad ‘Izudin Taufik, Samih Atif al-Zin dan Hassan Langgulung pula melihat
tekanan dari sudut gangguan jiwa atau emosi manusia. Gangguan jiwa atau emosi ini
wujud kerana hati manusia yang tidak beriman kepada Allah. Di samping itu, tekanan juga
dikaitkan dengan sikap-sikap seperti hasad dengki, sombong, ujub dan riak. Kisah-kisah
dalam al-Quran turut menggambarkan tekanan yang berlaku kepada masyarakat.
Misalnya, kisah-kisah para Nabi ketika menyampaikan dakwah Islamiah telah menerima
tekanan dari masyarakat yang kufur dan juga peristiwa-peristiwa tertentu yang berlaku
terhadap orang yang beriman. Keadaan-keadaan ini ada diceritakan dalam al-Quran seperti
dalam surah al-Maidah, 6: 27-30, Ali-Imran, 3: 38, Maryam, 19:5 dan 20 dan surah Yusuf,
12: 86.
5
3.0 TEORI DAN PUNCA-PUNCA TEKANAN
3.1 Teori Tekanan & Sindrom Adaptasi AM (GAS) Oleh Hans Selye (1974)
Tokoh psikologi yang banyak mengkaji fenomena tekanan, Hans Selye (1974)
memperkenalkan teori Sindrom Penyesuaian Umum (General Adaptation Syndrome -
GAS) dengan menyatakan bahawa tekanan adalah satu tindak balas yang tidak spesifik
oleh tubuh terhadap apa-apa rangsangan atau permintaan. Berdasarkan teori ini, Selye
menyatakan bahawa tubuh badan manusia mempunyai satu proses adaptasi yang akan
merangsang satu bentuk pertahanan bagi membantu mengatasi sebarang masalah yang
wujud. Selye menggunakan istilah sindrom dalam teori ini kerana manifestasi reaksi
adalah berkaitan di antara satu sama lain. Berdasarkan teori ini, Selye menerangkan
tekanan berdasarkan tiga tahap asas perkembangan yang berlaku ketika tekanan iaitu tahap
bersedia dan berjaga-jaga (Alarm Reaction), tahap penentangan (Stage of Resistance) dan
tahap kelesuan (Stage of Exhaustion). Ketiga-tiga tahap ini akan diterangkan dengan lebih
terperinci di bahagian 8.0 Proses Tekanan.
Rajah 1: Model Tindak Balas Sindrom Penyesuaian Umum.
6
3.2 Tekanan Menurut Perspektif Antony, Pervew & Kacmar
Antony, Pervew & Kacmar (1993) dalam Matt Jarvis (2002) telah mendefinisikan tekanan
sebagai interaksi antara individu dengan dengan persekitaran yang digambarkan oleh
perubahan fizikal dan psikologi yang boleh memberi kesan positif dan negatif. Seterusnya,
definisi ini telah diterangkan oleh (Cox,T. 1980) dari aspek yang berbeza iaitu dengan
membahagikan kesan tekanan tersebut kepada tiga perspektif dalam kajian beliau.
i. Melihat tekanan sebagai akibat atau kesan dari sesuatu yang lain dan dijalankan
sebagai pembolehubah bersandar.
ii. Melihat tekanan sebagai pembolehubah bebas, iaitu tekanan menjadikan penggerak
seseorang atau menjadi punca kepada sesuatu yang lain serta mengkaji kesan
yang timbul akibat tekanan.
iii. Melihat tekanan sebagai satu psikologi yang dinamik di mana tekanan dilihat
sebagai faktor yang berada di antara penyebab dan akibat dalam sesuatu
situasi.
3.3 Teori Psikodinamik, Kognitif, Tingkah laku dan Biologikal
Menurut Mahmood Nazar (2000) dan (2001), tekanan telah dijelaskan berdasarkan
beberapa teori iaitu dari sudut psikodinamik, kognitif, tingkah laku dan biologikal.
a. Teori Psikodinamik
Sigmund Freud telah mengaitkan tekanan dengan anxiety (kebimbangan)
sebagai isyarat yang menyatakan tentang kewujudan keadaan bahaya
daripada sesetengah tenaga naluri yang dianggap berbahaya kerana
bercanggah dengan nilai-nilai peribadi. Seorang pakar psikoanalisia yang
bernama Franz Alexender menyatakan bahawa tekanan ini disebabkan oleh
keteganggan emosi yang tertekan yang terlibat dengan konflik kesedaran.
(Lauzun 1963).
7
b. Teori Behaviurisme
Menurut pandangan behaviurisme, Skinner menyatakan bahawa seseorang
yang menunjukkan tingkah laku yang tertekan terhadap sesuatu rangsangan
telah diteguhkan masa lampau untuk memberi tindak balas tersebut.
Manakala Lazarus (1996) pula mencatatkan bahawa tingkah laku yang
berkaitan dengan tekanan ini lebih dipengaruhi oleh proses pembelajaran
daripada pengaruh unsure mekanisme naluri. Melalui proses peneguhan ke
atas beberapa tingkah laku yang terpilih seseorang itu boleh dibentuk untuk
mengalami tekanan dari situasi tertentu. Sebagai contoh, bagi seseorang
yang mengalami tekanan di tempat kerja kerana terlalu banyak berhadapan
dengan permintaan atau perintah yang lain. Keadaan ini adalah tertakluk
kepada senang atau susah tingkah laku seseorang itu dibentuk dan jikalau ia
mudah, maka senanglah ia mengalami tekanan.
c. Teori Kognitif
Berdasarkan perspektif kognitif, Lazarus & Folkman (1984)
mendefinisikan penilaian kongnitif sebagai proses mengkategorikan
sesuatu penemuan dan sebagai aspek lain yang berkaitan dengannya dan
mengkaitkannya dengan makna yang ada pada kesihatan kendiri. Penilaian
ini menumpukan perhatian kepada mereka dan penilaian berlaku dalam
keadaan sedar. Contohnya seseorang pelajar tahu yang dia akan
menghadapi tekanan jikalau ia menduduki peperiksaan tanpa membuat
persediaan terlebih dahulu.
d. Teori Tingkah Laku dan Biologikal
Berdasarkan teori Sindrom Adaptasi Am (GAS), Hans Selye (1974) telah
mengkaji fenomena tekanan dari aspek biologi dan mendefinisikan tekanan
sebagai satu tindak balas yang tidak spesifik oleh tubuh terhadap apa-apa
rangsangan atau permintaan. Sindrom ini dikatakan Umum kerana tindak
8
balas yang dihasilkan oleh tubuh badan adalah sama terhadap sebarang
bentuk rangsangan yang menyebabakan tekanan. Ia dinamakan sindrom
kerana manifestasi reaksi adalah berkaitan di antara satu sama lain.
Sindrom ini mempunyai proses adaptasi kerana tubuh akan merangsang
satu bentuk pertahanan yang membantu untuk mengatasi masalah. Model
ini adalah berdasarkan tiga tahap asas perkembangan yang berlaku ketika
tekanan iaitu tahap bersedia dan berjaga-jaga (Alarm Reaction), tahap
penentangan (Stage of Resistance) dan tahap kelesuan (Stage of
Exhaustion).
Dalam tahap bersedia dan berjaga-jaga, ia berlaku pada kali
pertama kewujudan tekanan untuk satu jangka masa yang akan mempunyai
tahap rintangan yang lebih rendah dari tahap normal. Peningkatan pada
gangguan di dalam perut dalam jangka masa yang singkat akan
menyebabkan peningkatan pada tekanan darah. Seterusnya badan akan
melarahkan sumber pertahanan untuk mempertahankan diri. Sekiranya
tindak balaspertahanan berjaya, keadaan kecemasan akan berjaya dan
badan akan kembali kepada normal. Kebanyakan tekanan jangka pendek
diselesaikan pada fasa ini. Tekanan jangka pendek seperti ini dikenali
sebagai tindak balas tekanan kuat.
Dalam tahap penentangan, sekiranya tekanan berterusan disebabkan
oleh faktorfaktor di luar kawalan organisasi ataupun tindak balas pertama
tidak berjaya, badan akan mengalami satu perubahan pada skala penuh.
Masalahnya badan akan mengembangkan banyak sumber untuk mengatasi
tekanan ini di mana umumnya mengakibatkan pengurangan ketahanan.
Tambahan pula, lebih banyak symptom fizikal yang serius seperti ulser
berlaku. Dalam tahap kelesuan, sekiranya tekanan tidak juga dapat dikawal,
badan akan kehabisan tenaga dan mengalami keletihan. Ketahanan
mungkin hilang kesemuanya dan kematian akan berlaku selepas itu.
9
3.4 Teori Hierarki Keperluan Maslow dan Teori Dua Faktor Herzberg
Berdasarkan Teori Hierarki Keperluan Maslow (1970) dan Teori Dua Faktor
Herzberg (1972), Alderfer (1969) menyatakan bahawa manusia memerlukan keperluan
yang boleh disusun di dalam satu hierarki. Di dalam susunan itu terdapat satu lagi
keperluan yang perlu dipenuhi di antara keperluan aras terbawah dengan kepuasan aras
tertinggi untuk mendapatkan kepuasan kerja. Manakala keperluan “Growth” pula adalah
untuk memenuhi keperluan instrinsik seseorang individu itu seperti perkembangan dan
pertumbuhan dan memenuhi potensi individu berkenaan. Di dalam pekerjaan keperluan ini
tercapai apabila pekerja terlibat dengan pekerja yang melibatkan pengguna kreativiti
mereka. Alderfer (1969) telah mengkelaskan tiga kategori keperluan yang perlu dipenuhi
iaitu keperluan “Existence”, keperluan “Relatedness” dan keperluan “Growth”. Keperluan
“Exiatence” adalah merangkumi segala bentuk keperluan psikologi material seperti
makanan, pakaian dan tempat tinggal. Dalam perkerjaan pula, keselamatan kerja, gaji dan
kemudahan. Keperluan “Relatedness” pula meliputi hubungan peribadi dengan orang lain
termasuklah rakan-rakan sekerja, keluarga penyelia dan orang bawahan. Alderfer
menegaskan bahawa keperluan ini dapat diberi kepuasan dengan menghilangkan rasa
marah dan permusuhan tetapi perlu menyemai perhubungan yang mesra dengan orang
lain.
10
4.0 MODEL-MODEL TEKANAN
4.1 Model Stres – Cooper (1988)
Berdasarkan Model Stres Cooper.al (1979), beliau menyatakan bahawa tekanan
adalah sebarang kuasa yang meletakkan faktor psikologikal dan fizikal melampaui tahap
keupayaan individu. Ini bermaksud halangan yang timbul akan mengakibatkan tekanan.
Sehubungan dengan itu, setiap individu mempunyai keupayaan dan pendekatan yang
berbeza dan bergantung kepada jenis pesonaliti serta mekanisme daya tindak yang
digunakan. Sekiranya tekanan gagal ditangani, maka ia akan menimbulkan masalah dan
berkemungkinan individu tersebut akan mengalami tekanan yang terus dan berlarutan.
Beliau telah menyatakan bahawa, setiap individu kebanyakan cuba menjaga emosi,
pemikiran dan hubungan dengan persekitaran agar mereka selesa.
Rajah 2 : Model Stres Cooper (1988)
(Sumber: Cooper et.al., (1988). “Living With Stress”. United State: Penguin Books.)
11
4.2 Model Stres Atkinson (1988)
Menurut Atkinson (1988), tekanan didefinisikan sebagai permintaan berlebihan
yang melampaui kebolehan seseorang individu. Menurut beliau, permintaan daripada
pelbagai sumber akan mendatangkan tekanan berbanding kerja berlebihan dan kekurangan
masa yang merupakan masalah yang biasa. Beliau membahagikan tekanan kepada dua
kategori iaitu tekanan luaran dan tekanan dalaman. Tekanan luaran iaitu persekitaran
fizikal (seperti piawai yang terlalu tinggi) dan emosi (seperti tidak mahu meminta
bantuan).
Rajah 3: Model Stres Atkinson (1988)
(Sumber: Atkinson J.M. (1988). “Coping With Stress At Work”.
England: Thorsons Publishers Limited.)
12
4.3 Model Punca Tekanan Kerja (Jaafar Muhamad, 2003)
Model ini dibentuk oleh Jaafar Muhamad (2003) untuk mengenalpasti tiga kumpulan
faktor yang berpotensi untuk menyebabkan tekanan iaitu faktor persekitaran, faktor
organisasi dan faktor individu.
Rajah 4: Model Punca Tekanan Kerja (Jaafar Muhamad, 2003)
“Mengelak adalah lebih baik daripada merawat” merupakan kiasan yang sering
diperkatakan oleh orang-orang terdahulu. Dalam kes tekanan, menjaga kesihatan tubuh
badan merupakan satu langkah penting dalam usaha mengelakkan diri daripada
menghadapi tekanan hidup secara berterusan. Individu yang dapat membentuk amalan
hidup yang berteraskan penjagaan kesihatan tubuh badan pada amnya akan dapat
menjauhkan diri daripada mengalami tekanan yang tidak diingini. Antara kaedah tersebut
yang dapat membantu kita adalah seperti berikut:
i. Mengambil makanan yang berzat dan berkhasiat
ii. Mengelakkan makanan yang berlemak, bergula, yang terlalu banyak garam dan
yang mengandungi bahan-bahan campuran dan kimia
iii. Menjaga berat badan, tidak terlalu gemuk atau terlaku kurus
iv. Kerapkan bersukan, bersenam dan melakukan aktiviti fizikal dengan secukupnya
v. Tidak merokok, minum minuman keras atau menggunakan dadah apabila
menghadapi masalah
vi. Mendapatkan rehat secukupnya
vii. Kerap berjumpa dengan doktor untuk mengetahui hal-hal yang berkaitan dengan
kesihatan tubuh badan seperti tekanan darah, tahap kolesterol dalam darah,
kandungan lemak badan dan lain-lain lagi. Dengan cara ini, amalan
pemakanan dapat terkawal dengan kadar yang lebih sempurna dan lebih baik
9.0 KESIMPULAN
38
Tekanan sudah terbukti bahawa salah satu elemen kehidupan yang tidak mungkin
dapat dielakkan oleh manusia dan amat berguna sekiranya manusia berusaha sedikit untuk
memahami tekanan dan menanganinya dengan baik. Seperti yang telah diketahui, tekanan
adalah terjadi apabila permintaan dari persekitaran adalah tidak sepadan dengan
kebolehan, sumber, dan kehendak yang dimiliki oleh individu dan memberi kesan ke atas
psikologi dan fisiologi kepada individu. Seseorang individu yang berasa tertekan akan
menunjukkan kemurungan dan sekiranya ia berterusan dan tidak diatasi dengan kadar
segera, ia boleh meninggalkan kesan yang buruk (distress) terutamanya kepada fungsi
fisiologi dan psikologi manusia secara umumnya. Apabila rasa tertekan, keadaan fisiologi
badan terutamanya sistem pertahanan badan akan terganggu dan menyebabkan pelbagai
masalah kesihatan termasuk penyakit arteri, sakit jantung, tekanan darah tinggi dan
sebagainya. Manakala keadaan psikologi individu pula akan terganggu dan manusia
cenderung gagal untuk membuat keputusan dengan baik. Individu mudah berasa bimbang,
takut dan cepat marah dan ini boleh menjejaskan prestasi kehidupan secara keseluruhan
dan boleh menjejaskan fungsi kehidupan normal termasuk dalam rumahtangga, kerjaya
dan dalam konteks sosial secara amnya.
Sebagaimana tekanan atau daya tindak adalah diperlukan bagi menggerakkan
sesuatu objek menurut bidang sains, tekanan dalam kehidupan manusia boleh
dimanipulasi bagi mendorong manusia untuk memperbaiki kehidupannya dan berkembang
maju tetapi ianya perlu dalam keadaan terkawal agar tekanan yang berlebihan tidak
memberi kemudaratan kepada diri sendiri. Pelbagai kaedah-kaedah pengurusan tekanan
boleh digunakan dan dikuasai untuk menangani sebarang tekanan yang datang dengan
positif. Misalnya, mengenalpasti punca berlakunya tekanan, bersedia menerima kenyataan
setiap apa pun yang berlaku dan mengamalkan ajaran-ajaran agama masing-masing ketika
menghadapi sebarang masalah yang boleh menyebabkan tekanan. Pengurusan tekanan
yang baik boleh menyebabkan seseorang individu bertindakbalas dengan menunjukkan
peningkatan dalam perkembangan kendiri dan prestasi peribadi, merangsang kreativiti dan
menggalakkan ketekunan serta motivasi. Oleh itu, tekanan perlu ada dalam kehidupan
manusia.
Maka, tekanan tidak sepatutnya dipandang remeh dan perlu diatasi dengan kadar
segera sebaik sahaja dikenalpasti terutamanya pada masa kini yang semakin banyak
perubahan yang mendadak dan pelbagai cabaran. Ahli-ahli sains dari seluruh dunia telah
39
meluangkan sejumlah masa dan peruntukkan kewangan yang tinggi bagi menghasilkan
pelbagai penyelidikan dan dapatan serta hasil kajian yang berkaitan denagn tekanan
sebagai sumber rujukkan kepada umat manusia. Semua pihak yang berkenaan cuma perlu
mengambil sedikit usaha dan memberi sedikit perhatian hanya untuk menggunakan segala
sumber-sumber yang telah sedia bagi memastikan pelbagai isu berkaitan tekanan dapat
diatasi dan menyediakan suasana persekitaran yang sesuai.
RUJUKAN
1. Abdul Latiff Ahmad. Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia, 2006.
40
2. Ahasan R: Human Adaptation to shift work in improving health, safety and productivity – some recommendations. Work Study 51(1), 9-16 (2002).
3. Briner RB dan Reynolds S: The cost, benefits, and limitations of organizational level stress interventions. Journal of Organizational Behavior 20, 647-664 (1999)
4. Cox T dan Griffith A s: The nature and measurement of work stress: theory and practice. In: Wilson, J. R. dan Corlett, E. N. ed. Evaluation of Human Work: A Practical Ergonomics Methodology. London: Taylor & Francis, 1995: 783-799.
5. Doby VJ dan Caplan RD: Organizational stress as threat to reputation: effects on anxiety at work and at home. Academy of Management Journal 38(4), 1105-1123 (1995)
6. Donald I, Taylor P, Johnson S, Cooper C, Cartwright S dan Robertson S: Work environments, stress and productivity: an examination using asset. International Journal of Stress Management 12(4), 409- 423 (2005)
7. Dua JK: Job stressors and their effects on physical health, emotional health, and job satisfaction in a University. Journal of Educational Administration 32(1), 59-78 (1994)
8. Harrington SS dan Walker BL: The effects of ergonomics training on the knowledge, attitudes, and practices of teleworkers. Journal of Safety Research 35, 13-22 (2004)
9. Hospital Kuala Lumpur. Jabatan Pendidikan Kesihatan, Pameran Hari Kesihatan Mental Sedunia, 11 Oktober 2004, 2004.
10. Kenny DT dan Cooper CL: Introduction: occupational stress and its management. International Journal of Stress Management 10(4), 275-279 (2003)
11. Kets de Vries MFR: Organizational Stress: A Call for Management Action. Sloan Management Review, 21(1), 3-14 (1979)
12. Landy FJ, Psychology of Work Behavior. 4th ed. United States of America: Brooks/Cole Publishing Company. (1989).
13. Mahmood Nazar Mohammad. 2001. Pengantar psikologi. Kuala Lumpur: DBP.
14. Mason JE: A historical view of the stress field. Journal of Human Stress, 1, 6-12, 45- 52 (1975)
15. McGrath JE: Stress and behavior in organizations. In: Dunnette, M. ed. Handbook of Industrial and Organizational Psychology. Chicago: Rand McNally, 1976: 1353-1395.
16. McHugh M dan Brennan S: Managing the stress of change in the public sector. International Journal of Public Sector Management 7(5), 29-41 (1994)
41
17. Miles RH: Roles requirements as sources of organizational stress. Journal of Applied Psychology 61, 172-179 (1976)
18. Mital A dan Pennathur A: Advanced technologies and humans in manufacturing workplaces: an interdependent relationship. International Journal of Industrial Ergonomics 33, 295-313 (2004)
19. Mohamad Khan Jamal Khan, Nor Azimah Chew Abdullah dan Ab. Aziz Yusof: Keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam organisasi. Selangor: Prentice Hall, 2005.
20. Murphy LR: Job stress research at NIOSH: 1972-2002. Historical and Current Perspectives on Stress and Health 2, 1-55 (2002)
21. Noblet A, Rodwell J dan McWilliams J: The job strain model is enough for managers Journal of Managerial Psychology 16(8), 635-649 (2001)
22. Rees WD: Managerial Stress – Dealing With The Causes, Not The Symptoms. Industrial and Commercial Training 29(2), 35-40 (1997)
23. Robbins SP: Organizational behavior. 9th ed. New Jersey: Prentice-Hall, Inc, 2001. 31. Glazer S, Stetz TA dan Izso L: Effects of personality on subjective job stress: a cultural analysis. Personality and Individual Differences 37, 645-658 (2004)
24. Rollinson D: Organisational behaviour and analysis: an integrated approach. 3rd ed. England: Pearson Education Ltd, 2005.
25. Schermerhorn JR, Hunt JG dan Osborn RN: Organizational behavior. 9th ed. United States of America: John Wiley & Sons, Inc, 2005.
26. Selye H: Stress without distress. Philadelphia: Lippincott, 1974.
27. Selye H: The stress of life. 2nd ed. New York: McGraw-Hill Co, 1976. 15. Selye H: The stress of life. New York: McGraw-Hill Co, 1956.
28. Strazdins L dan Bammer G: Women, work and musculoskeletal health. Social Science & Medicine 58, 997-1005 (2004)
29. Wickens CD, Lee J, Liu Y dan Becker SG: An introduction to human factors engineering. 2nd ed. New Jersey: Pearson Education, Inc, 2004.
30. Zafir M.M. and Fazilah M.H: Stres di tempat kerja dan kesannya terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Malaysian Journal Of Community Health 12, 37-45, (2006)