42 Nasihat Agama Yang Amat Berguna
1-Jika kamu menjaga hak-hak Allah SWT, Allah SWT akan menjaga
hak-hak kamu.
2-Jika kamu tidak malu kepada Allah SWT, lakukan apa yang kamu
kehendaki.
3-Elokkan makanan kamu, pasti Allah SWT memaqbulkan segala
permintaan kamu.
4- Takutlah kepada Allah SWT, walau dimana kamu berada.
5- Balaslah kejahatan dengan kebaikan pasti kamu mendapat
ganjarannya.
6- Berakhlaklah dengan manusia dengan sebaik-baik akhlak.
7-Takutlah kepada perkara-perkara dosa, pasti kamu akan menjadi
Hamba Allah SWT terbaik.
8-Redhalah dengan pembahagian Allah SWT, pasti kamu akan menjadi
manusia paling kaya.
9-Sayangilah manusia sebagaimana kamu sayang pada diri kamu
sendiri.
10- Jangan terlalu banyak ketawa, kerana dengan banyak ketawa
boleh menyebabkan hati mati.
11-Kezaliman adalah kegelapan di Akhirat kelak.
12-Bertaqwalah kepada Allah SWT dan berlaku adillah kepada
anak-anak kamu.
13- Jauhilah daripada api neraka walau sekadar bersedekah dengan
sebiji tamar.
14- Takutlah kepada doa orang-orang yang telah kamu zalimi.
15- Perkara yang paling berat dalam timbangan Allah SWT adalah
Akhlak dan Budi Pekerti yang mulia.
16-Bertindak dengan tenang adalah ajaran Allah SWT dan
Gopoh-gapah adalah ajaran daripada syaitan.
17-Orang yang sedikit harta, mendapat kiraan yang senang
daripada Allah SWT.
18- Jika kamu tidak bersifat pemarah kamu akan miliki
Syurga.
19- Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang
berterusan walaupun sedikit.
20-Tempat yang paling Allah SWT sukai dalam sebuah negeri adalah
masjid.
21-Tempat yang paling Allah SWT benci dalam sebuah negeri adalah
pasar-pasar.
22-Makanan yang paling Allah SWT sukai adalah makanan yang
disedekah secara ramai-ramai.
23-Perkataan yang paling Allah SWT sukai adalah :
24-Orang yang paling Allah SWT sukai adalah orang yang pandai
mencari manfaat dalam agama.
25-Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang
mendatangkan kesukaan kepada manusia.
26-Sesiapa dapat menahan kemarahannya, allah SWT akan menutup
perkara yang memalukannya.
27- Akhlak buruk adalah merosakkan amalan sebagaimana cuka
merosakkan madu.
28- Hamba yang paling Allah SWT sayangi adalah hambanya yang
paling Mulia Akhlaknya.
29-Hati-hati dengan dunia kerana ianya elok pada pandangan dan
manis pada citarasanya.
30-Jagalah lidah kamu.
31-Laksanakan amanah kepada mereka yang mempercayai amanah yang
telah kamu miliki.
32-Janganlah kamu menipu kepada orang yang telah menipu
kamu.
33-Berdoalah kepada Allah SWT dalam keadaan yang kamu yakin
kepada penerimaanya.
34-Berilah berita gembira, janganlah kamu menakut-nakutkan
seseorang.
35-Permudahkanlah sesuatu urusan, jangan kamu memayahkan sesuatu
urusan.
36-Makanlah dengan tangan kanan dan makanlah apa yang kamu layak
makan.
37-Jika kamu didatangi nikmat atau harta, maka perhatikan kesan
nikmat tersebut keatas diri kamu.
38-Jika sesuatu kaum menganugerahkan kepada kamu kemulian, maka
muliakan mereka.
39-Jika kamu didatang seseorang lelaki untuk meminang anak kamu,
dan dia memiliki nilai-nilai agama dan kemulian akhlak maka
terimalah pinangannya atau kahwinkan dia.
40-Jika Allah SWT menghendaki sesuatu ahli keluarga itu bahagia,
Allah SWT akan mencampakkan perasaan Kasih Sayang dalam ahli-ahli
keluarga tersebut.
41-Jika manusia melakukan kejahatan kepada kamu, maka lakukanlah
kebaikkan kepada mereka.
42-Jika ada orang melaga-lagakan kamu, biarkanlah dia.