Pengenalan Batu Bersurat Terengganu, ialah satu rakaman manuskrip yang menjelaskan tentang hukum Islam yang diamalkan oleh penduduk Terengganu melalui penguatkuasaan oleh pemerintahnya, Raja Mandalika. Seminar Batu Bersurat telah menjadi aktiviti tahunan Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Terdahulu telah berlangsungnya siri I pada 22 Mac – 22 Mac 2009, siri II pada 18 April -19 April 2010 dan siri III pada 28-29 Mac 2011. Di antara resolusi yang telah dikeluarkan pada 2011 adalah : 1. Tulisan Jawi mestilah disemarakkan pada semua peringkat masyarakat agar khazanah yang termuat dalam manuskrip Melayu dapat dibongkar dan dimanafaatkan. 2. Penyelidikan bersifat multidisiplin hendaklah dipergiatkan bagi mengesahkan Batu Bersurat Piagam Terengganu pencetus pertumbuhan pertumbuhan dan perkembangan Undang-undang Melayu lama. 3. Mempercepatkan kelulusan dana Penyelidikan sebagaimana persetujuan Seminar 2009 (khusus untuk menyelidik Batu Bersurat sahaja). 4. Penyeldikan tentang bacaan dan tafsiran isi kandungan Batu Bersurat Piagam Terengganu hendakla diteruskan. 5. Penyelidikan arkeologi mencari tapak pelabuhan Foloan wajar dipergiatkan (merangkumi semua kawasan berhampiran) . 6. Tarikh 4 Rejab setiap tahun Hijrah diisytiharkan sebagai tarikh bersejarah memperingati pemarsyuran Islam sebagai rasmi Benua Terengganu. 7. Mencadangkan agar kerajaan Negeri Terengganu memberi Anugerah Khas kepada Yg. Bhg. Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas atas penemuan tarikh sebenar Batu Bersurat Piagam Terengganu. 8. Mencadangkan salah sebuah Universiti di Terengganu menubuhkan Pusat Pengajian Khas yang berpaksi kepada Batu Bersurat Piagam Terengganu. Seminar berikutnya yang dicadangkan pada 25 Mac – 26 Mac 2012 sebagai rentetan daripada beberapa siri program yang telah diadakan sebelum ini. Pelbagai sudut penyelidikan dilakukan dari dahulu hinggalah ke hari ini, untuk memperkayakan lagi ilmu yang terkandung di dalam Batu Bersurat Piagam Terengganu. Dalam merungkai sejarah tersebut banyak usaha dijalankan oleh pelbagai pihak samada individu atau organisasi dalam menyalurkan maklumat dan hasil kajian ini ke suatu tahap yang lebih tinggi dan global. Ini telah menjadi sebahagian dari peranan utama yang dimainkan oleh Lembaga Muzium Negeri Terengganu menjadikan seminar yang dianjurkan menjadi program tahunan bermula dari tahun 2009 hingga kini. Kini telah memasuki edisi ke 4, penganjuran Seminar ini. Objektif 1. Mengkaji dan menyelidik isi kandungan Batu Bersurat Piagam Terengganu. 2. Mengkaji isi kandungan Batu Bersurat Piagam Terengganu dari sudut Astronomi dan teknik pembuatan. 3. Membuat perbandingan Batu Bersurat di seluruh Nusantara. 4. Mengkaji dan menyelidik asal usul batu yang di gunakan ketika penyediaan teks Undang-Undang Islam yang dikuatkuasakan oleh pemerintah Islam pada abad ke-14. 5. Mengkaji dan menyelidik maksud yang lebih tepat berdasarkan kepada ayat-ayat yang digunakan dalam Batu Bersurat Piagam Terengganu. 6. Mengkaji, menyelidik dan merungkai sebanyak mungkin maklumat yang boleh dijadikan rujukan kepada generasi akan datang. Aturcara Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu 2012 25 Mac 2012 ( Ahad ) 9.00 pg. - Ketibaan Peserta Ketibaan tetamu jemputan 9.15 pg. - Ketibaan Y.B. Haji Muhammad Ramli bin Haji Nuh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama Dan penerangan Negeri Bacaan Doa Ucapan Aluan Oleh : Y.Bhg Tuan Haji Mohd Yusof bin Abdullah Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu Ucapan perasmian Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu oleh : Y.B. Haji Muhammad Ramli bin Nuh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama Dan penerangan Negeri 10.20 pg. - Jamuan ringan 10.50 pg. - Kertaskerja I Tajuk: Batu Bersurat Terengganu dan kaitan sejarah sezamannya Pembentang :Y.Bhg. Dr. Mohamad Alinor bin Abdul Kadir ( UPM ) Kertaskerja II Tajuk: Batu Besurat Terengganu: Penilaian dari sudut sejarah ketamadunan Islam semasa Pembentang :Y.Bhg. Puan Nor Adina bt. Abd Kadir ( UM ) Kertaskerja III Tajuk : Batu Bersurat Terengganu: Penilaian terhadap konsep kearifan tempatan Melayu – Islam Pembentang : Y.Bhg. Dr. Rahimin Affandi bin Abd Rahim ( UM ) Pengerusi Sesi : Y. Bhg. Tuan Haji Muhamad Azmi bin Ngah Timbalan Pengarah Muzium Negeri Terengganu 1.00 tgh - Makan tengahari dan Solat 2.30 ptg - Kertaskerja IV Tajuk : Batu Bersurat Terengganu: Penilaian terhadap persuratan Islam di Alam Melayu Pembentang : Y.Bhg. Dr Ahmad Faisal bin Abd Hamid ( UM ) Kertaskerja V Tajuk : Unsur Matematik dalam Batu Bersurat Terengganu dan Manuskrip Kerinci: Satu Perbandingan