Top Banner
Penjagaan Kesihatan Anda Mampu Buku panduan skim dan subsidi penjagaan kesihatan November 2013 | Semua maklumat di dalam risalah ini adalah tepat pada masa cetak.
18

3M Booklet Malay - moh.gov.sg · Buku panduan skim dan subsidi penjagaan kesihatan November 2013 | Semua maklumat di dalam risalah ini adalah tepat pada masa cetak. ... penjagaan

Jul 08, 2019

Download

Documents

lamtuong
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: 3M Booklet Malay - moh.gov.sg · Buku panduan skim dan subsidi penjagaan kesihatan November 2013 | Semua maklumat di dalam risalah ini adalah tepat pada masa cetak. ... penjagaan

Penjagaan Kesihatan Anda Mampu

Buku panduan skim dan subsidi penjagaan kesihatan

November 2013 | Semua maklumat di dalam risalah ini adalah tepat pada masa cetak.

Page 2: 3M Booklet Malay - moh.gov.sg · Buku panduan skim dan subsidi penjagaan kesihatan November 2013 | Semua maklumat di dalam risalah ini adalah tepat pada masa cetak. ... penjagaan

Gambaran Keseluruhan

Rasa Kurang Sihat?

Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat

(CHAS)

Subsidi hospital

Medisave

MediShield

Medifund

Ringkasan

1

3

5

8

10

13

15

College of Medicine Building16 College Road, Singapore 169854

www.moh.gov.sg

Page 3: 3M Booklet Malay - moh.gov.sg · Buku panduan skim dan subsidi penjagaan kesihatan November 2013 | Semua maklumat di dalam risalah ini adalah tepat pada masa cetak. ... penjagaan

Jika anda jatuh sakit, anda akan berasa tertekan, dan

ini akan ditambah oleh kebimbangan tentang kos

penjagaan anda di hospital. Namun, ada subsidi dan

pelan-pelan penjagaan kesihatan yang disediakan.

Risalah ini mengandungi panduan berguna untuk

membantu anda mengetahui apa yang disediakan

untuk membuat kos penjagaan kesihatan lebih

dimampui.

Salam sejahtera!

Page 4: 3M Booklet Malay - moh.gov.sg · Buku panduan skim dan subsidi penjagaan kesihatan November 2013 | Semua maklumat di dalam risalah ini adalah tepat pada masa cetak. ... penjagaan

Rasa tidak sihat?Jika anda sakit dan ia bukan satu kecemasan, anda harus pergi ke

klinik atau poliklinik yang terdekat.

Doktor anda akan menilai keadaan

anda dan rujukkan anda ke hospital

jika perlu.

Rasa Kurang Sihat? | 1

Page 5: 3M Booklet Malay - moh.gov.sg · Buku panduan skim dan subsidi penjagaan kesihatan November 2013 | Semua maklumat di dalam risalah ini adalah tepat pada masa cetak. ... penjagaan

Semua rakyat Singapura menikmati

kadar bersubsidi di poliklinik.

Jika anda menggunakan Skim

Bantuan Kesihatan Masyarakat

(CHAS), anda juga akan membayar

kadar yang lebih rendah jika anda

melawati klinik yang menyertai

skim ini.

Di Klinik atau Poliklinik

Rasa Kurang Sihat? | 2

Page 6: 3M Booklet Malay - moh.gov.sg · Buku panduan skim dan subsidi penjagaan kesihatan November 2013 | Semua maklumat di dalam risalah ini adalah tepat pada masa cetak. ... penjagaan

Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (CHAS)

CHAS menyediakan subsidi kepada rakyat Singapura yang berpendapatan rendah dan pertengahan apabila mereka melawati klinik privet atau klinik pergigian yang berdekatan dengan rumah mereka.

Bagaimanakah saya melayakkan diri?

Pendapatan bulanan keluarga sebanyak $1,800

setiap orang, atau kurang daripada itu

Semua golongan umur boleh melayakkan diri*

Nilai tahunan hartanah kurang daripada

$21,000 bagi keluarga tanpa pendapatan*

*Digunapakai hanya dari 1 Januari 2014 seterusnya

$$ $$ $$Jumlah pendapatan

keluargaBilangan anggota keluarga

yang tinggal bersama

Pendapatan bulanan keluarga

setiap orang

Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat | 3

Page 7: 3M Booklet Malay - moh.gov.sg · Buku panduan skim dan subsidi penjagaan kesihatan November 2013 | Semua maklumat di dalam risalah ini adalah tepat pada masa cetak. ... penjagaan

Apakah subsidi yang akan saya terima?*Jika layak, anda akan terima kad Health Assist berdasarkan pendapatan bulanan keluarga setiap orang:

Sehingga $1,100 Lebih $1,100 & sehingga $1,800

Subsidi bagi penyakit lazim semasa lawatan ke klinik privet (misalnya batuk dan selsema, pening)

Subsidi rawatan penjagaan kronik bagi penyakit kronik

Subsidi rawatan penjagaan kronik bagi penyakit kronik

Penjagaan pergigian yang lebih murah bagi rawatan tertentu (misalnya penyalut gigi, gigi palsu, rawatan saluran akar)

* Hanya di klinik privet dan klinik pergigian yang menyertai skim CHAS

Bagaimanakah saya boleh membuat permohonan?Borang permohonan boleh didapati di hospital awam, poliklinik, balai rakyat dan Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC). Anda boleh juga memuat turun borang dalam talian di www.chas.sg.

Kad Biru Kad Oren

www.chas.sg

1800-275-2427 (Isnin – Jumaat: 8.30 pagi – 6 petang, kecuali cuti umum)

Untuk maklumat

lanjut

Penjagaan pergigian yang lebih murah

Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat | 4

Page 8: 3M Booklet Malay - moh.gov.sg · Buku panduan skim dan subsidi penjagaan kesihatan November 2013 | Semua maklumat di dalam risalah ini adalah tepat pada masa cetak. ... penjagaan

Dapatkan penjagaan kesihatan yang

dimampui di hospitalDapatkan penjagaan bersubsidi

di Klinik Pakar Pesakit Luar di hospital awam apabila anda:

Dirujukkan daripada poliklinik

Pemegang Kad Health Assist yang dirujukkan oleh klinik privet yang menyertai skim CHAS

Kadangkala, anda mungkin perlu menetap di hospital

disebabkan keadaan kesihatan yang lebih serius.

Apakah yang disediakan untuk membantu anda

membayar bil?

Subsidi hospital | 5

Page 9: 3M Booklet Malay - moh.gov.sg · Buku panduan skim dan subsidi penjagaan kesihatan November 2013 | Semua maklumat di dalam risalah ini adalah tepat pada masa cetak. ... penjagaan

Medisave

MediShield

Medifund

Anda dilindungi.Anda tidak perlu membayar bil hospital

yang besar dengan wang dari saku anda sendiri.

Pemerintah menyediakan penjagaan kesihatan bersubsidi melalui 3M –

Medisave, MediShield dan Medifund.

Subsidi

Subsidi hospital | 6

Page 10: 3M Booklet Malay - moh.gov.sg · Buku panduan skim dan subsidi penjagaan kesihatan November 2013 | Semua maklumat di dalam risalah ini adalah tepat pada masa cetak. ... penjagaan

Subsidi hospitalSemua rakyat Singapura boleh mendapat sehingga 80% subsidi di wad Kelas C.

Subsidi 50 – 65% bagi kelas B2

Paras subsidi bergantung pada kelas wad dan pendapatan bulanan purata pesakit.

Anda boleh menggunakan MediShield dan Medisave anda untuk membantu menampung bil yang selebihnya.

Untuk mengelakkan bil hospital yang besar, anda harus pilih wad yang anda mampu.

Keselesaan tambahan seperti hawa dingin

dan privasi disediakan di wad kelas B1 dan A.

Mutu rawatan perubatan,

bagaimanapun, adalah sama di semua wad.

Subsidi 65 – 80% bagi kelas C

Tip:

Subsidi hospital | 7

Page 11: 3M Booklet Malay - moh.gov.sg · Buku panduan skim dan subsidi penjagaan kesihatan November 2013 | Semua maklumat di dalam risalah ini adalah tepat pada masa cetak. ... penjagaan

MedisaveSimpanan untuk keperluan penjagaan kesihatan anda

Medisave adalah bahagian akaun simpanan CPF anda yang boleh digunakan untuk membayar belanja perubatan peribadi anda atau bil hospital anggota keluarga terdekat

7% hingga 9.5% daripada gaji bulanan anda

Setiap orang yang bekerja akan mempunyai akaun Medisave dan menyumbang antara 7% dan 9.5% daripada gaji bulanan, bergantung pada kumpulan umur, ke akaun Medisave.

Apakah bayaran yang ditampung Medisave?

Bayaran wad pesakit di hospital dan/atau pembedahan yang diluluskan yang dijalani pesakit luar di hospital

Bayaran pesakit luar seperti:

Rawatan penyakit kronik (dengan bayaran permulaan dari saku sendiri & diikuti dengan bayaran bersama)

Rawatan barah dan dialisis ginjal

Pemeriksaan kesihatan dan vaksinasi bagi kumpulan- kumpulan tertentu

Untuk senarai penuh mengenai keadaan perubatan yang ditampung Medisave, sila lawati laman Kementerian Kesihatan (www.moh.gov.sg) Medisave | 8

Page 12: 3M Booklet Malay - moh.gov.sg · Buku panduan skim dan subsidi penjagaan kesihatan November 2013 | Semua maklumat di dalam risalah ini adalah tepat pada masa cetak. ... penjagaan

Soalan-soalan Yang Sering Ditanya Mengenai Medisave

1. Dimanakah boleh saya menggunakan Medisave?Anda boleh menggunakan Medisave di mana-mana hospital awam dan hospital swasta, klinik pesakit luar dan institusi perubatan yang diiktiraf Medisave.

2. Apakah harus saya lakukan untuk menggunakan Medisave saya bagi rawatan di hospital?Sebelum anda dimasukkan ke hospital, kakitangan hospital akan terlebih dahulu menilai keperluan perubatan anda. Jika keadaan anda mengizinkan, anda sangatlah dinasihatkan agar menghadiri sesi kaunseling kewangan dengan kakitangan hospital. Mereka akan menganggarkan jumlah bil hospital anda, memeriksa baki Medisave anda, dan memberitahu anda tentang jumlah yang boleh dibayar menggunakan Medisave serta baki yang perlu dibayar dengan wang tunai. Anda kemudian harus memilih kelas wad yang anda mampu.

Untuk menggunakan Medisave untuk membayar kos rawatan di hospital, anda perlu menandatangani Borang Kebenaran Medisave untuk membenarkan Lembaga CPF memotong jumlah daripada Akaun Medisave anda.

3. Berapa banyak Medisave boleh saya gunakan?Medisave boleh digunakan untuk rawatan di hospital, pembedahan yang dijalani pesakit luar di hospital dan rawatan tertentu bagi pesakit luar, tertakluk kepada had pengeluaran. Had ini pada umumnya cukup untuk menampung belanja yang ditanggung di wad Kelas B2 dan C, dan untuk membantu memastikan bahawa anda mempunyai dana Medisave yang cukup bagi keperluan perubatan anda pada masa depan, terutama sekali selepas persaraan.

Untuk senarai penuh had pengeluaran bagi kegunaan-kegunaan Medisave, sila lungsuri laman Kementerian Kesihatan (www.moh.gov.sg).

4. Bolehkah saya menggunakan Medisave saya untuk membayar belanja perubatan anggota-anggota keluarga saya?Selain dari kos perubatan anda sendiri, Medisave juga boleh digunakan untuk membayar kos perubatan suami/isten, ibubapa dan juga anak-anak anda.

5. Bilakah akaun Medisave saya akan dipotong?Apabila anda keluar dari hospital, pihak hospital akan menghitung bil anda dan mengemukakan permohonan kepada Lembaga CPF. Lembaga CPF akan kemudian memotong daripada akaun Medisave anda dan menghantar penyata akaun kepada anda.

Medisave | 9

Page 13: 3M Booklet Malay - moh.gov.sg · Buku panduan skim dan subsidi penjagaan kesihatan November 2013 | Semua maklumat di dalam risalah ini adalah tepat pada masa cetak. ... penjagaan

MediShieldPelan insuran penjagaan kesihatan asas anda

MediShield adalah sebuah pelan insuran kos rendah yang membantu menampung bil hospital yang besar di wad bersubsidi dan untuk rawatan pesakit luar tertentu.

Bagaimana MediShield berfungsi:

$$Gunakan Medisave anda

untuk menyumbang sejumlah kecil wang

untuk premium MediShield setiap tahun.

1 2

$$

$$$$

$$$$

$$$$

3

Apabila anda dimasukkan ke hospital dan

menghadapi bil yang besar, MediShield

membantu anda untuk menampung sebahagian

besar daripada bil itu.

Premium semua anggota MediShield dipungut dan

dikumpulkan menjadi satu.

4

Anda mendapat ketenteraman jiwa kerana anda tahu bahawa anda dilindungi, walaupun pada

usia tua.

5

Keluarga anda turut terlindung, dan Medisave anda boleh

digunakan untuk membayar premium mereka.

MediShield | 10

Page 14: 3M Booklet Malay - moh.gov.sg · Buku panduan skim dan subsidi penjagaan kesihatan November 2013 | Semua maklumat di dalam risalah ini adalah tepat pada masa cetak. ... penjagaan

1. Dimanakah boleh saya menggunakan Medisave?Anda boleh menggunakan Medisave di mana-mana hospital awam dan hospital swasta, klinik pesakit luar dan institusi perubatan yang diiktiraf Medisave.

2. Apakah harus saya lakukan untuk menggunakan Medisave saya bagi rawatan di hospital?Sebelum anda dimasukkan ke hospital, kakitangan hospital akan terlebih dahulu menilai keperluan perubatan anda. Jika keadaan anda mengizinkan, anda sangatlah dinasihatkan agar menghadiri sesi kaunseling kewangan dengan kakitangan hospital. Mereka akan menganggarkan jumlah bil hospital anda, memeriksa baki Medisave anda, dan memberitahu anda tentang jumlah yang boleh dibayar menggunakan Medisave serta baki yang perlu dibayar dengan wang tunai. Anda kemudian harus memilih kelas wad yang anda mampu.

Untuk menggunakan Medisave untuk membayar kos rawatan di hospital, anda perlu menandatangani Borang Kebenaran Medisave untuk membenarkan Lembaga CPF memotong jumlah daripada Akaun Medisave anda.

3. Berapa banyak Medisave boleh saya gunakan?Medisave boleh digunakan untuk rawatan di hospital, pembedahan yang dijalani pesakit luar di hospital dan rawatan tertentu bagi pesakit luar, tertakluk kepada had pengeluaran. Had ini pada umumnya cukup untuk menampung belanja yang ditanggung di wad Kelas B2 dan C, dan untuk membantu memastikan bahawa anda mempunyai dana Medisave yang cukup bagi keperluan perubatan anda pada masa depan, terutama sekali selepas persaraan.

Untuk senarai penuh had pengeluaran bagi kegunaan-kegunaan Medisave, sila lungsuri laman Kementerian Kesihatan (www.moh.gov.sg).

4. Bolehkah saya menggunakan Medisave saya untuk membayar belanja perubatan anggota-anggota keluarga saya?Selain dari kos perubatan anda sendiri, Medisave juga boleh digunakan untuk membayar kos perubatan suami/isten, ibubapa dan juga anak-anak anda.

5. Bilakah akaun Medisave saya akan dipotong?Apabila anda keluar dari hospital, pihak hospital akan menghitung bil anda dan mengemukakan permohonan kepada Lembaga CPF. Lembaga CPF akan kemudian memotong daripada akaun Medisave anda dan menghantar penyata akaun kepada anda.

Soalan-soalan Yang Sering Ditanya Mengenai MediShield

1. Kos untuk rawatan apakah yang ditampung MediShield?MediShield menampung belanja yang ditanggung bagi kos rawatan di hospital, prosedur pembedahan tertentu, implan, serta rawatan yang diluluskan bagi pesakit luar seperti dialisis ginjal, kimoterapi dan radioterapi bagi barah. Sejak Mac 2013, rawatan di wad penginapan singkat di Jabatan Kecemasan, rawatan psikiatrik untuk pesakit di hospital dan keadaan kongenital dan neonatal yang baru dikesan juga ditampung MediShield.

Senarai penuh dan butir-butir boleh didapati di laman Kementerian Kesihatan (www.moh.gov.sg).

2. Bagaimanakah saya boleh membuat tuntutan daripada MediShield?Beritahu sahaja kakitangan kemasukan hospital, dan pihak hospital akan mewakili anda dengan mengemukakan permohonan MediShield kepada Lembaga CPF. Lembaga CPF akan memproses tuntutan itu dan sediakan bayaran kepada hospital secara langsung. Anda boleh bayar jumlah bil yang selebihnya dengan menggunakan Medisave dan/atau wang tunai.

3. Adakah terdapat amaun maksimum yang saya boleh tuntut daripada MediShield dalam satu jangka hayat?Ya. Anda boleh menuntut sehingga $70,000 setiap tahun (mengikut tarikh polisi) dan sehingga $300,000 seumur hidup daripada MediShield.

4. MediShield bertujuan untuk menampung kos wad bersubsidi Kelas B2 dan C. Bagaimana jika saya ingin tinggal di wad Kelas B1 atau A di hospital awam atau hospital swasta?Anda boleh tinggal di sebarang kelas wad dan tetap membuat tuntutan daripada MediShield. Bagaimanapun, oleh kerana MediShield bertujuan bagi wad Kelas B2/C, tuntutan MediShield anda hanya boleh menampung peratusan bil hospital anda yang lebih rendah. Anda boleh membayar bil yang selebihnya yang tidak ditampung MediShield dengan menggunakan Medisave dan/atau wang tunai, tertakluk kepada had pengeluaran Medisave yang ditetapkan pada waktu pengeluaran itu dibuat.

5. Apakah itu Integrated Shield Plan (IP)?Jika anda lebih suka tinggal di wad Kelas A atau B1 di hospital awam atau hospital swasta, anda boleh menimbangkan untuk mendapat lindungan insuran di bawah rancangan Integrated Shield Plan (IP) swasta yang diluluskan Medisave. Pelan-pelan ini menyediakan faedah-faedah dan tampungan yang lebih tinggi bagi penginapan di wad Kelas A atau B1 di hospital awam atau hospital swasta.

Medisave boleh digunakan untuk membayar premium IP swasta ini, tertakluk kepada had pengeluaran.

MediShield | 11

Page 15: 3M Booklet Malay - moh.gov.sg · Buku panduan skim dan subsidi penjagaan kesihatan November 2013 | Semua maklumat di dalam risalah ini adalah tepat pada masa cetak. ... penjagaan

Apakah kos rawatan yang ditampung MediShied?

Penjelasan Bagaimana MediShield Menampung Kos

Adakah anda dilindungi MediShield?

Bayaran wad dan rawatan pesakit di hospital

Prosedur pembedahan atau pembedahan yang dijalani pesakit luar di hospital

Rawatan yang diluluskan bagi pesakit luar (dialisis, kimoterapi bagi barah)

Keadaan kongenital dan neonatal bagi bayi

Rawatan psikiatrik pesakit di hospital

Untuk senarai penuh keadaan-keadaan yang ditampung MediShield, lungsuri laman Lembaga CPF (www.cpf.gov.sg)

Had maksimum yang boleh dituntutbergantung pada

bilangan hari anda tinggal di hospital, jenis wad dan jenis rawatan atau pembedahan yang

anda jalani.

Bahagian bil yang melebihi had tuntutan*

Selepas membayar jumlah permulaan dengan wang dari saku sendiri dan dengan insuran bersama, MediShield akan membayar baki

jumlah tuntutan

Deductible*Jumlah tetap yang perlu dibayar setiap tahun (mengikut tarikh polisi) sebelum anda mendapat bayaran MediShield.

Insuran bersama*Peratusan

jumlah tuntutan yang anda perlu

bayar.

SINGPASSJika anda kurang pasti, gunakan SingPass anda untuk mendapatkan maklumat lanjut dalam talian di www.cpf.gov.sg. Anda boleh juga berjumpa kakitangan hospital yang mengendali kemasukan hospital anda.

* Ini boleh dibayar dengan Medisave atau wang tunai.

MediShield | 12

Page 16: 3M Booklet Malay - moh.gov.sg · Buku panduan skim dan subsidi penjagaan kesihatan November 2013 | Semua maklumat di dalam risalah ini adalah tepat pada masa cetak. ... penjagaan

Jangan bimbang.

Jumpalah Pekerja Sosial

Perubatan hospital yang

akan membantu menilai

situasi anda dan sediakan

bantuan bila diperlukan.

Pembiayaan Penjagaan Kesihatan

Bil perubatan

Lebih banyak bil perubatan

Bagaimana jika saya masih tidak dapat membayar?

Medifund | 13

Page 17: 3M Booklet Malay - moh.gov.sg · Buku panduan skim dan subsidi penjagaan kesihatan November 2013 | Semua maklumat di dalam risalah ini adalah tepat pada masa cetak. ... penjagaan

Untuk layak menggunakan Medifund, anda mesti seorang

warganegara Singapura, telah menerima rawatan bersubsidi, dan

tidak mampu membayar bil perubatan dengan sumber anda sendiri

atau dengan bantuan keluarga anda walaupun selepas

menggunakan Medisave dan MediShield.

Beritahu kakitangan hospital dan

seorang Pekerja Sosial

Perubatan akan ditugaskan

untuk menilai situasi anda dan

menyediakan bantuan.

Adakah saya layak menggunakan Medifund?

Medifund adalah dana yayasan yang ditubuhkan oleh Pemerintah untuk membantu rakyat

Singapura yang kurang berkemampuan dan tidak dapat membayar belanja perubatan mereka.

MedifundJaring keselamatan bagi rakyat Singapura

Medifund | 14

Page 18: 3M Booklet Malay - moh.gov.sg · Buku panduan skim dan subsidi penjagaan kesihatan November 2013 | Semua maklumat di dalam risalah ini adalah tepat pada masa cetak. ... penjagaan

Ringkasan…Kad CHAS Penjagaan bersubsidi di klinik privet dan klinik pergigian yang diluluskan

Kos rawatan yang lebih murah bagi penyakit kronik

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lungsuri www.chas.sg atau telefon 1800-275-2427.

Penjagaan bersubsidi di Klinik Pakar Pesakit Luar melalui rujukan Poliklinik

Bayaran lebih murah apabila diwadkan di wad Kelas B1, B2 dan C

Insuran yang membayar bil hospital yang besar dan rawatan tertentu bagi pesakit lua.

Akaun simpanan penjagaan kesihatan anda untuk bantu membayar perbelanjaan perubatan anda.

Jaring keselamatan untuk membantu mereka yang tidak

mampu membayar bil perubatan mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai: Medisave & MediShield, sila lungsuri www.cpf.gov.sg atau telefon 1800-227-1188. Medifund, sila lungsuri www.moh.gov.sg atau telefon 1800-225-4122.

Subsidi

Medisave MediShield

Medifund

Ringkasan... | 15