-
STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA
(SEKOLAH)
PERNYATAAN STANDARD
JEMAAH NAZIR SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TINGKAT 21-23, BANGUNAN BANK PERTANIAN LEBOH PASAR BESAR 50604
KUALA LUMPUR
Tel : 03-20987410 Fax : 03-26937388, 03-26932192 E-mail :
[email protected]
SKPM1
-
i
Daftar Kandungan i Misi Pendidikan Negara ii Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iii Kurikulum Kebangsaan iv Visi Dan Misi Jemaah Nazir
Sekolah v Hasrat Jemaah Nazir Sekolah vi Kata Alu-aluan Y.B.
Menteri Pendidikan Malaysia vii Kata Alu-aluan Y.Bhg. Ketua
Pengarah Pendidikan Malaysia viii Kata Alu-aluan Ketua Nazir
Sekolah ix Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) Bab I :
Pengenalan 1 Latar Belakang 1 Pengolahan SKPM 2 Pemakai SKPM 5
Pengukuran Standard 7 Bab II : Pernyataan Standard 8 Elemen 1 :
Visi dan Misi 8 Elemen 2 : Kepimpinan 9 Elemen 3 : Struktur
Organisasi 12 Elemen 4 : Perancangan 13 Elemen 5 : Iklim 13 Elemen
6 : Pengurusan Dan Pembangunan Sumber 14 Elemen 7 : Pengurusan
Maklumat 16 Elemen 8 : Pengurusan Program Kurikulum,
Kokurikulum
dan Hal Ehwal Murid 16
Elemen 9 : Pengajaran Dan Pembelajaran 17 Elemen 10 :
Pembangunan Sahsiah Murid 19 Elemen 11 : Penilaian Pencapaian Murid
20 Elemen 12 : Kemenjadian Murid Dalam Akademik,
Kokurikulum dan Sahsiah 20
12.1 : Kemenjadian Murid Prasekolah 20 12.2 : Pencapaian
Akademik Murid Sekolah Rendah
22
12.3 : Pencapaian Akademik Murid Sekolah Menengah
23
Rujukan 26 Proses Aliran Kerja Penarafan Kendiri Sekolah 29 Ahli
Jawatankuasa Teknikal Penggubalan SKPM 30
-
ii
ii
MISI PENDIDIKAN NEGARA1
Membangunkan sistem pendidikan yang
berkualiti bertaraf dunia bagi
memperkembangkan potensi individu
sepenuhnya dan memenuhi aspirasi Negara
Malaysia
1 BPPDP KPM (1999), Dasar Pendidikan Kebangsaan, 1999, KPM Kuala
Lumpur.
-
iii
iii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN2
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
2 Undang-Undang Malaysia, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), 1996,
PNB Kuala Lumpur.
-
iv
iv
KURIKULUM KEBANGSAAN3
Kurikulum Kebangsaan adalah suatu program pendidikan yang
termasuk
kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua
pengetahuan,
kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk
membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari
segi
jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan
nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan
3 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997;
3(1).
-
v
v
VISI JEMAAH NAZIR SEKOLAH
Mengupayakan sekolah dan institusi
pendidikan mencapai kecemerlangan serta
standard kualiti pendidikan yang tinggi
MISI JEMAAH NAZIR SEKOLAH
Melakukan penaziran sekolah serta institusi
pendidikan dengan cara yang cermat, teliti dan
profesional bagi memastikan pendidikan yang
diberikan mencapai standard kualiti yang tinggi
-
vi
vi
HASRAT JEMAAH NAZIR SEKOLAH
Menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK)
Menjayakan Rancangan Pembangunan
Pendidikan Sepuluh Tahun (2001 2010)
Menjayakan pelaksanaan semua dasar dan program Kementerian
Pendidikan
-
vii
vii
Kata Alu-aluan
Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia
.
Menteri Pendidikan Malaysia
-
viii
viii
Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
.
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
-
ix
ix
Kata Alu-aluan Ketua Nazir Sekolah
.
Ketua Nazir Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia
-
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
1
1
STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA
BAB I : PENGENALAN
1. Latar Belakang
1.1 Pada awal tahun 2001, Jemaah Nazir Sekolah (JNS) telah
memperkenalkan suatu mekanisme untuk memastikan kualiti
pendidikan di institusi pendidikan meningkat secara
berterusan ke tahap yang tinggi. Mekanisme tersebut
dinamakan Sistem Pemastian Peningkatan Standard Tinggi Kualiti
Pendidikan atau ringkasnya SPPSTKP. SPPSTKP dibina berasaskan
kehendak subseksyen 117(a)
Akta Pendidikan 1996 yang memperuntukkan kepada Ketua
Nazir Sekolah tanggungjawab memastikan taraf pengajaran yang
memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan (an
adequate standard of teaching is developed and maintained in
educational institutions).
1.2 Bagi membantu sekolah dan institusi pendidikan
melaksanakan SPPSTKP, sebanyak tujuh dokumen telah
diterbitkan dan diedarkan ke semua sekolah kerajaan dan
bantuan kerajaan seperti yang berikut:
a) Pernyataan Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan;
b) Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (STKP);
c) Penarafan Kendiri Sekolah Berasaskan Standard
Tinggi Kualiti Pendidikan (PKSBSTKP);
d) Lembaran Kerja Penarafan Kendiri Sekolah
Berasaskan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan;
e) Instrumen Pemeriksaan Peningkatan Standard Tinggi
Kualiti Pendidikan (IPPSTKP);
-
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
2
2
f) Instalasi Standard Tinggi Kualiti Pendidikan dan
Pelaksanaan Audit Kualiti Dalaman; dan
g) Instalasi Standard Tinggi Kualiti Pendidikan dan
Pelaksanaan Audit Kualiti Dalaman (Versi Yang
Dipermudahkan).
1.3 Setelah sistem tersebut diperjelaskan kepada warga
pendidik
menerusi suatu siri promosi yang telah dijalankan oleh JNS
dengan kerjasama pelbagai pihak khasnya Jabatan
Pendidikan Negeri, sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan
kerajaan di seluruh negara telah diminta membuat penarafan
kendiri berpandukan tatacara dan instrumen yang terkandung
dalam dokumen PKSBSTKP.
1.4 Maklum balas yang diterima menunjukkan bahawa sekolah-
sekolah menghadapi masalah melaksanakan SPPSTKP
sepenuhnya.
2. Pengolahan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Sekolah)
[SKPM-Sekolah]
2.1 Maklum balas dan pandangan pelbagai pihak khasnya
pengetua, guru besar dan guru-guru di sekolah sebagai
pengguna dan pelaksana SPPSTKP jelas memperlihatkan
keperluan sistem ini dikaji semula supaya mudah difahami dan
lebih mesra pengguna. Menyedari hakikat tersebut dan
selaras dengan prinsip penambahbaikan berterusan dalam
sistem kualiti, maka JNS telah mengolah semula SPPSTKP.
Hasil pengolahan semula ini ialah Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia (Sekolah) atau ringkasnya SKPM-Sekolah.
-
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
3
3
2.2 SKPM digubal dengan mengambil kira dasar-dasar negara,
Dasar Pendidikan Kebangsaan, Akta Pendidikan 1996 dan
Peraturan-Peraturan yang dibuat di bawahnya, Surat
Pekeliling Am Jabatan Perdana Menteri, Surat Pekeliling Am
Jabatan Perkhidmatan Awam, Pekeliling Kemajuan
Pentadbiran Awam (PKPA), Arahan Kerajaan (seperti Arahan
Perkhidmatan, Kewangan, Pentadbiran dan lain-lain), Perintah
Am, Surat-Surat Pekeliling (seperti Surat Pekeliling
Pentadbiran, Perbendaharaan, Kewangan, Ikhtisas, dan surat-
surat pekeliling lain) yang dikeluarkan dari semasa ke
semasa
oleh Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Malaysia. Selain
itu, dokumen Pembangunan Pendidikan 2001-2010:
Perancangan Bersepadu Penjana Kecemerlangan Pendidikan
yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia juga
telah dirujuk.
2.3 Pelaksanaan SKPM-Sekolah diperincikan dalam tiga
dokumen iaitu:
2.3.1 SKPM1 : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Sekolah) -
Pernyataan Standard
2.3.2 SKPM2 : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Sekolah) -
Instrumen Pemastian Standard (IPS)
2.3.3 SKPM3 : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Sekolah) -
Panduan Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS)
2.4 SKPM-Sekolah digubal dan diolah berlandaskan prinsip-
prinsip berikut:
a) Keupayaan sekolah hendaklah dibangunkan ke tahap
yang tinggi secara terancang berasaskan potensinya;
-
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
4
4
b) Sekolah bertanggungjawab merealisasikan misi
Kementerian Pendidikan iaitu untuk menghasilkan
sistem pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti bagi
memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan
mencapai aspirasi negara Malaysia. Perkembangan
potensi individu sepenuhnya yang termaktub dalam
misi tersebut hendaklah dilakukan secara menyeluruh
dan bersepadu seperti yang dizahirkan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan;
c) Kepimpinan sekolah memainkan peranan yang sangat
penting dalam usaha meningkatkan standard kualiti
pendidikan;
d) Kemenjadian murid dalam bidang akademik,
kokurikulum dan pembangunan sahsiah adalah
petunjuk utama kepada kejayaan sekolah
menghasilkan pendidikan yang berkualiti tinggi;
e) Sekolah sebagai sebuah organisasi pendidikan
hendaklah ditadbir urus berpandukan teori-teori
pengurusan moden;
f) Proses mikro dalam pendidikan hendaklah berteraskan
teori pembelajaran, kaedah pengajaran terkini, dan
berpandukan pengalaman dan pandangan pakar dalam
bidang pendidikan;
g) Pendekatan membuat keputusan dan merancang
program-program pendidikan hendaklah berasaskan
maklumat dan fakta yang tepat;
-
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
5
5
h) Skop dalam standard seboleh-bolehnya bersifat tuntas
(exhaustive) berpandukan dokumen autentik serta
praktikal untuk dilaksanakan;
i) Elemen-elemen standard hendaklah diperihalkan
secara mesra pengguna, jelas, eksplisit dan mudah
difahami; dan
j) Program-program kecemerlangan lain yang dianjurkan
oleh Jabatan dan Bahagian Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN),
Pejabat Pendidikan Bahagian (PPB) dan Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) sesungguhnya merupakan
usaha-usaha yang selari dengan hasrat SKPM.
3. Pemakai Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
3.1 SKPM ini disediakan khusus untuk dilaksanakan di
sekolah-
sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menyediakan
dan melaksanakan program pendidikan dari peringkat
prasekolah hinggalah ke Tingkatan 6 sekolah menengah.
3.2 JNS akan menggunakan SKPM apabila melakukan
pemeriksaan di sekolah-sekolah. Agensi-agensi lain di bawah
KPM seperti Jabatan dan Bahagian KPM, JPN, PPB dan PPD
boleh menggunakan SKPM ini sebagai panduan ketika
melaksanakan pemantauan dan penyeliaan di sekolah.
3.3 SKPM diperihalkan dalam 12 elemen yang perlu berlaku dan
diamalkan di sekolah sebagai asas untuk mengupayakan
sekolah menghasilkan pendidikan berkualiti tinggi dengan
memberi penekanan kepada pembangunan potensi individu
murid.
-
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
6
6
3.4 Elemen-elemen tersebut dikelompokkan ke dalam empat
dimensi seperti yang berikut :
DIMENSI I : HALA TUJU KEPIMPINAN Elemen 1 : Visi dan Misi Elemen
2 : Kepimpinan
DIMENSI II : PENGURUSAN ORGANISASI Elemen 3 : Struktur
Organisasi Elemen 4 : Perancangan Elemen 5 : Iklim Elemen 6 :
Pengurusan dan Pembangunan Sumber Elemen 7 : Pengurusan
Maklumat
DIMENSI III : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN Elemen 8 :
Pengurusan Program Kurikulum,
Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid Elemen 9 : Pengajaran dan
Pembelajaran Elemen 10 : Pembangunan Sahsiah Murid Elemen 11 :
Penilaian Pencapaian Murid
DIMENSI IV : KEMENJADIAN MURID Elemen 12 : Kemenjadian Murid
Dalam Akademik,
Kokurikulum dan Sahsiah 4. Pengukuran Standard
4.1 Pencapaian sekolah dalam pelaksanaan SKPM diukur dengan
menggunakan Instrumen Pemastian Standard (IPS).
4.2 Pencapaian sekolah ditafsirkan dalam tujuh tahap dan
tujuh
taraf seperti yang berikut:
-
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
7
7
Tahap Taraf Pencapaian Sekolah (%)
7 Gemilang 90 100 6 Cemerlang 80 89 5 Harapan 70 79 4 Sederhana
50 69 3 Lemah 35 49 2 Sangat Lemah 25 34 1 Lampau Lemah 0 24
4.3 Tatacara penggunaan instrumen tersebut diperjelaskan
secara berasingan dalam dokumen Instrumen Pemastian
Standard.
-
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
8
8
BAB II: PERNYATAAN STANDARD
Pernyataan Standard ini terdiri daripada dua belas elemen
yang
dikelompokkan kepada empat dimensi.
Guru Besar atau Pengetua atau orang-orang yang bertanggungjawab
ke
atas pengurusan sekolah hendaklah memastikan kesemua elemen
berikut
diamalkan di sekolah:
DIMENSI I : HALA TUJU KEPIMPINAN
Elemen 1 : Visi Dan Misi
Sekolah hendaklah mengadakan visi, iaitu pernyataan yang
menggambarkan hala tuju sekolah yang cekap menghasilkan
murid
yang sempurna.
Sekolah hendaklah mengadakan misi, iaitu cara atau pendekatan
atau
kaedah merealisasikan visi tersebut.
1.1 Penggubalan visi dan misi hendaklah:
a. berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Wawasan
2020 dan perkembangan semasa;
b. mengambil kira kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman,
potensi murid, serta keperluan sekolah dan komuniti
setempat; dan
c. dibuat secara kolektif.
-
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
9
9
1.2 Visi dan misi yang digubal hendaklah:
a. dihayati oleh warga sekolah;
b. diterjemah secara terperinci dalam program, aktiviti dan
kerja harian warga sekolah;
c. boleh diukur dan dicapai dalam jangka masa yang
munasabah;
d. memberi impak kepada warga sekolah; dan
e. dikaji semula dari semasa ke semasa mengikut keadaan
dan keperluan.
Elemen 2 : Kepimpinan
2.1 Guru Besar/Pengetua hendaklah menerajui dan menggerakkan
seluruh warga sekolah ke arah pencapaian visi dan misi
dengan
cara:
a. menetapkan dasar sekolah secara jelas dan selari dengan
visi dan misi;
b. mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai mengikut
situasi (misalnya dengan mengambil kira latar belakang
warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat);
c. membina kumpulan kerja yang mantap dan dapat bekerja
secara sepasukan dengan semangat kekitaan;
-
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
10
10
d. mengenal pasti punca, mencegah dan menyelesaikan
konflik; dan
e. menggalakkan pembangunan budaya ilmu dan berfikir di
kalangan warga sekolah dengan menyediakan saluran
pencetus minda di kalangan warga sekolah seperti kajian
tindakan, pembentangan hasil kajian, perbincangan
intelektual dan sebagainya.
2.2 Guru Besar/Pengetua hendaklah mengamalkan sistem
komunikasi yang berkesan dengan:
a. mewujudkan suasana interaksi yang mesra;
b. memberi peluang kepada warga sekolah untuk
mengemukakan pendapat;
c. merangsang percambahan fikiran di kalangan warga
sekolah; dan
d. membuat sesuatu keputusan secara kolektif dan
kolaboratif.
2.3 Guru Besar/Pengetua hendaklah memberi motivasi dan
dorongan
yang dapat membina dan membangunkan keyakinan serta daya
maju warga sekolah secara berterusan dengan cara:
a. memberi sokongan moral dan material;
b. menghargai setiap sumbangan dan kejayaan;
c. membuat penilaian secara adil;
-
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
11
11
d. menunjukkan sikap prihatin terhadap masalah dan kebajikan
warga sekolah; dan
e. memberi teguran dan nasihat membina.
2.4 Guru Besar/Pengetua hendaklah memainkan peranan yang
berkesan sebagai pemimpin kurikulum1 dengan:
a. mengajar sejumlah waktu mengikut Surat Pekeliling2 yang
sedang berkuat kuasa;
b. menjalankan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran3;
c. memberi bimbingan kepada guru untuk meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran;
d. menggerakkan dan memantau perjalanan Jawatankuasa
Kurikulum, Jawatankuasa Kokurikulum dan jawatankuasa-
jawatankuasa lain yang berkaitan dengannya; dan
e. memantau kemajuan murid dalam pembelajaran.
2.5 Guru Besar/Pengetua hendaklah mengupayakan Guru-guru
Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran (Ketua Bidang),
Ketua Panitia dan guru-guru untuk membangunkan diri menjadi
pemimpin yang berkesan dengan:
a. memberi panduan yang jelas tentang sesuatu bidang tugas;
1 Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembangunan Pendidikan
2001-2020, AG
Grafik Sdn. Bhd, 2001, Kuala Lumpur. 2 Surat Pekeliling
Pentadbiran Bilangan 3/67 (Pind. 82), 3 Surat Pekeliling Ikhtisas
Bilangan 3/1987.
-
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
12
12
b. melatih dan memberi kepimpinan;
c. menurunkan kuasa untuk membuat keputusan dan
mengambil tindakan tertakluk kepada bidang kuasa masing-
masing;
d. memantau dan menilai pelaksanaan tugas yang
dilaksanakan; dan
e. memberi bimbingan dan nasihat untuk meningkatkan
keupayaan kepimpinan.
DIMENSI II : PENGURUSAN ORGANISASI Elemen 3 : Struktur
Organisasi
Sekolah hendaklah menjelaskan dan menyelaraskan tugas guru dan
staf
sokongan dengan:
a. membentuk struktur organisasi yang relevan dan berfungsi;
b. memastikan jawatan yang diwujudkan dan jawatankuasa yang
ditubuhkan menepati keperluan pengurusan, program
pembangunan sekolah dan program pendidikan;
c. menetapkan bidang tugas, perincian tugas dan prosedur kerja
bagi
setiap tugas dalam setiap jawatan yang diwujudkan; dan
d. menetapkan bidang tugas setiap jawatankuasa yang
ditubuhkan.
-
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
13
13
Elemen 4 : Perancangan
Sekolah hendaklah mengadakan perancangan strategik, taktikal
dan
operasi meliputi bidang pengurusan kurikulum, kokurikulum, hal
ehwal
murid, kewangan, sumber tenaga manusia, bahan kurikulum,
kemudahan dan keperluan asas berasaskan prinsip
penambahbaikan
berterusan. Perancangan ini hendaklah mengambil kira:
a. visi dan misi sekolah;
b. tahap pencapaian semasa [Take-Off Value (TOV)];
c. peningkatan sasaran operasi [Operational Targeted
Increment
(OTI)];
d. sasaran hasil jangkaan [Expected Targeted Result (ETR)];
e. strategi yang bersesuaian;
f. implikasi sumber; dan
g. kaedah untuk memantau dan menilai keberkesanan program
yang
dilaksanakan.
Elemen 5 : Iklim
Sekolah hendaklah mewujudkan iklim yang sihat dengan:
a. memastikan keadaannya selamat, bersih dan ceria;
b. memastikan persekitaran sosial dan psikologikal yang
selamat,
kondusif, dan harmoni;
-
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
14
14
c. mengadakan sistem komunikasi yang berkesan di kalangan
warga
sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat;
d. mengadakan permuafakatan di kalangan warga sekolah, ibu
bapa
dan komuniti setempat;
e. memastikan guru dan staf sokongan mematuhi peraturan dan
etika
perkhidmatan;
f. memastikan murid bertatasusila dan mematuhi peraturan;
g. memberi kebebasan optimum yang terkawal di kalangan warga
sekolah;
h. memberi motivasi serta sokongan moral, material dan
kepakaran
kepada warga sekolah; dan
i. memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada warga
sekolah
atau sesiapa sahaja yang telah memberi sumbangan kepada
kemajuan sekolah.
Elemen 6 : Pengurusan dan Pembangunan Sumber
Sekolah hendaklah mengurus semua sumber iaitu kemudahan dan
keperluan asas4, kewangan, tenaga manusia dan bahan
kurikulum5
dengan:
a. merancang, menyediakan serta membangunkan kemudahan dan
keperluan asas berdasarkan keperluan dan keutamaan;
4 Rujuk: Bil (50) dlm UPE (P) 34/1/7 Vol. IX, bertarikh 18
September 1995 : (UPE: Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana
Menteri) 5 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan),
1997
-
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
15
15
b. menyelenggara kemudahan dan keperluan asas bagi
memastikan
keselamatan, kebersihan dan keceriaan terpelihara;
c. menyelenggara pejabat sekolah dengan baik dan berhemah
d. memanfaatkan kemudahan dan keperluan asas secara optimum;
e. merancang keperluan kewangan serta menyediakan belanjawan
mengikut keperluan dan keutamaan dengan mematuhi peraturan
yang sedang berkuat kuasa;
f. memanfaatkan sumber kewangan secara optimum;
g. menganalisis keperluan, merancang dan mengambil tindakan
bagi
memastikan keperluan sumber tenaga manusia mencukupi;
h. menganalisis, mengenal pasti dan memanfaatkan secara
optimum
sumber tenaga manusia berdasarkan kelayakan, kemahiran,
pengalaman, bakat dan minat;
i. menganalisis keperluan, merancang dan melaksanakan
program
peningkatan profesionalisme selaras dengan perkembangan dan
kemajuan pendidikan;
j. menganalisis keperluan, merancang dan menyediakan bahan
kurikulum menurut keperluan dan keutamaan; dan
k. menyelenggara dan memastikan bahan kurikulum digunakan
secara optimum.
-
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
16
16
Elemen 7 : Pengurusan Maklumat
Sekolah hendaklah mengurus semua data dan maklumat
pengurusan
dan pentadbiran, pengurusan kurikulum, pengurusan kokurikulum
dan
pengurusan hal ehwal murid dengan cekap dan berkesan. Data
dan
maklumat hendaklah:
a. diperoleh;
b. disebar kepada pihak yang memerlukan dengan kuasa yang
diberikan;
c. disimpan menggunakan teknologi yang sesuai;
d. mudah diakses oleh pengguna akhir mengikut peringkat kuasa
dan
tahap keselamatan;
e. digunakan sebagai rujukan penambahbaikan;
f. dikemukakan dengan menggunakan media yang sesuai; dan
g. dikemas kini.
DIMENSI III : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN Elemen 8 :
Pengurusan Program Kurikulum, Kokurikulum dan
Hal Ehwal Murid
Sekolah hendaklah mengamalkan prinsip-prinsip pengurusan
program
kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid yang berkesan
dengan:
a. mengenal pasti tahap pencapaian semasa, potensi dan bakat
(kognitif, afektif dan psikomotor) setiap murid;
-
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
17
17
b. merancang program kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal
murid
dengan menetapkan matlamat, objektif dan strategi
berdasarkan
kumpulan sasaran;
c. mengelola sumber manusia (dengan mengenal pasti, melantik
dan
menempatkan staf yang sesuai untuk menjalankan tugas) dan
sumber lain yang berkaitan untuk dimanfaatkan;
d. melaksana program mengikut perancangan;
e. memantau pelaksanaan program secara berkala dan
berterusan;
f. menilai impak program dengan mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan pada setiap peringkat pengurusan (perancangan,
pengelolaan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian); dan
g. melaksana penambahbaikan berdasarkan hasil penilaian
impak.
Elemen 9 : Pengajaran dan Pembelajaran
Sekolah hendaklah merancang dan melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran mengikut prinsip-prinsip berikut:
a. berdasarkan kurikulum kebangsaan6, sukatan pelajaran,
huraian
sukatan pelajaran dan Surat Pekeliling Ikhtisas yang sedang
berkuatkuasa;
6 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997
-
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
18
18
b. isi kandungan (pengetahuan, kemahiran, norma, nilai,
unsur
kebudayaan dan kepercayaan) diolah mengikut tahap pencapaian
semasa, potensi dan kemajuan murid serta berlaku secara
bersepadu;
c. pendekatan, kaedah dan teknik dipelbagaikan dengan
melibatkan
murid secara aktif;
d. penghayatan ilmu;
e. berpandukan bahan-bahan sokongan yang relevan dengan
tahap
pencapaian semasa, potensi dan kemajuan murid;
f. kesediaan guru dan murid dari segi jasmani, emosi, rohani
dan
intelek;
g. pengurusan bilik darjah yang efektif bagi menghasilkan
iklim
pengajaran dan pembelajaran yang kondusif;
h. setiap murid diberi tugasan mengikut keupayaan dan
kebolehan
mereka;
i. pemupukan semangat jati diri, berdaya saing, perpaduan
dan
patriotisme; dan
j. penilaian dan penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran
secara berterusan.
-
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
19
19
Elemen 10 : Pembangunan Sahsiah Murid
Sekolah hendaklah membangunkan sahsiah setiap murid mengikut
tahap persekolahan dan potensi masing-masing berpandukan
perkara-
perkara berikut:
a. murid diberi tugas dan tanggungjawab yang sesuai dengan
potensinya;
b. murid diberi peluang, latihan dan bimbingan;
c. murid diberi motivasi dan galakan;
d. murid ditunjukkan teladan;
e. murid disediakan persekitaran dan kemudahan;
f. pencapaian murid dinilai dari semasa ke semasa;
g. hasil penilaian digunakan untuk pembetulan dan
penambahbaikan;
h. murid diberi teguran dan nasihat yang sesuai terhadap
sebarang
perlakuan yang negatif; dan
i. murid diberi penghargaan dan pengiktirafan terhadap
perlakuan
yang positif.
-
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
20
20
Elemen 11 : Penilaian Pencapaian Murid
Keberkesanan program pendidikan dinilai melalui pencapaian
murid.
Pencapaian murid dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah
hendaklah:
a. dinilai secara formatif dan sumatif;
b. dianalisis untuk mengenal pasti kemajuan, kekuatan dan
kelemahan secara spesifik;
c. direkod dan diulas secara kuantitatif dan kualitatif;
d. digunakan untuk tindakan pembetulan dan penambahbaikan;
dan
e. dimaklumkan kepada murid dan ibu bapa serta pihak
berkuasa
yang berkaitan.
DIMENSI IV : KEMENJADIAN MURID
Elemen 12 : Kemenjadian Murid Dalam Akademik, Kokurikulum dan
Sahsiah
12.1 Pada akhir peringkat pendidikan prasekolah7,
bersesuaian
dengan tahap dan potensi, murid hendaklah:
a. memperlihatkan sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri
yang positif untuk menjadi warga negara yang patriotik;
7 Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia
(2003), Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan, 2003, Dawama Sdn. Bhd. Selangor,
-
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
21
21
b. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian
(untuk murid beragama Islam);
c. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian;
d. menggunakan bahasa Melayu dengan baik dan
memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk
berkomunikasi;
e. menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil dengan
betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan
bahasa pengantar bahasa Cina atau bahasa Tamil selaras
dengan kedudukannya sebagai bahasa pengantar;
f. menggunakan bahasa Inggeris dalam interaksi seharian
selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;
g. menguasai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan
kemahiran menyelesaikan masalah;
h. memperlihatkan kematangan emosi dan kemahiran sosial;
i. memperlihatkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta
mempraktik amalan kesihatan dan keselamatan yang baik;
dan
j. memperlihatkan daya kreativiti dan estetika untuk
menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
-
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
22
22
12.2 Pada akhir peringkat pendidikan rendah8, bersesuaian dengan
tahap dan potensi, murid hendaklah:
a. menguasai bahasa Melayu;
b. menguasai kemahiran asas berbahasa;
c. menguasai bahasa Cina atau bahasa Tamil dengan betul
untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa
pengantar bahasa Cina atau bahasa Tamil;
d. membangunkan dan memajukan keupayaan intelektual yang
merangkumi pemikiran rasional, kreatif dan kritis;
e. menguasai kemahiran mengira dan menggunakannya dalam
kehidupan seharian;
f. menguasai kemahiran belajar dan berfikir;
g. menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua;
h. membangunkan dan memajukan kualiti kepimpinan dan
keyakinan diri;
i. menunjukkan kepekaan kepada alam dan manusia;
j. menguasai kemahiran saintifik dan teknikal;
k. memahami dan menghargai budaya;
8 EPRD MOE, Education In Malaysia : A Journey To Excellence,
2001, AG Grafik Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
-
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
23
23
l. melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi;
m. mengetahui hal-hal berkenaan fizikal dan kesihatan diri;
n. menguasai asas keusahawanan (entrepreneurship) dan
produktiviti;
o. memperoleh kemahiran membaca, menghafal dan
memahami makna ayat-ayat tertentu dalam al-Quran (untuk
murid beragama Islam);
p. mengukuhkan asas aqidah (kepercayaan kepada Tuhan)
dan mengamalkan nilai-nilai murni;
q. memupuk semangat patriotisme;
r. membangunkan bakat dan kreativiti; dan
s. membangunkan sikap positif.
12.3 Pada akhir peringkat pendidikan menengah9, bersesuaian
dengan tahap dan potensi, murid hendaklah:
a. meningkatkan kecekapan dan kefasihan berbahasa dalam
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris;
b. membangunkan dan meningkatkan keupayaan intelektual;
9 EPRD MOE, Education In Malaysia (2001), A Journey To
Excellence, 2001, AG Grafik
Sdn Bhd, 2001, Kuala Lumpur.
-
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
24
24
c. memperoleh ilmu pengetahuan dan membangunkan
penguasaan kemahiran;
d. membangunkan kemahiran untuk menangani bidang-bidang
ilmu dan kemajuan teknologi yang baru;
e. memperoleh kemahiran yang berfaedah kepada individu dan
masyarakat;
f. membangunkan keyakinan diri;
g. memahami dan menghargai warisan sejarah dan
sosiobudaya setempat dalam negara;
h. menyedari kepentingan penjagaan kesihatan yang baik;
i. membangunkan kesedaran terhadap persekitaran;
j. memperlihatkan pemantapan nilai;
k. membangunkan dan memajukan semangat patriotisme;
l. memperlihatkan kemahiran membina sendiri masa depan;
m. berdaya saing untuk diri sendiri dan keluarga;
n. memperlihatkan ciri-ciri keprihatinan dan kemanusiaan
terhadap diri sendiri dan orang lain;
o. menunjukkan kesyukuran, rasa pasrah, redha terhadap
qadak dan qadar yang diiringi dengan usaha dan ikhtiar
yang berterusan;
-
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
25
25
p. sedar dan tahu tugas dan peranannya dalam masyarakat
dan agama; dan
q. berupaya berfikir tentang diri sendiri dan hubungannya
dengan:
i. keluarga;
ii. persekitaran;
iii. alam fizikal;
iv. kejadian alam; dan
v. Pencipta.
_________..............ooooo00000()[]{}[]()00000ooooo.............._________
-
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
26
26
RUJUKAN Kementerian Pendidikan Malaysia (2001) Pembangunan
Pendidikan 2001 2010, 2001, KPM Kuala Lumpur. Bahagian Perancangan
Dasar dan Penyelidikan Pendidikan (BPPDP) (1999), Dasar Pendidikan
Kebangsaan, 1999, KPM Kuala Lumpur.
Undang-Undang Malaysia (1996) , Akta Pendidikan 1996 (Akta 550),
1996, PNB Kuala Lumpur. Akta Pendidikan (1996), Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan), 1997, Percetakan Nasional
Berhad. Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembangunan
Pendidikan 2001-2020, 2001, AG Grafik Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. Biro
Tatanegara, (1991), Wawasan 2020, 1993, Percetakan Nasional Berhad,
Kuala Lumpur.
Surat Pekeliling Pentadbiran 3/67 (Pind. 82). EPRD MOE (2001),
Education In Malaysia : A Journey To Excellence, 2001, AG Grafic
Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia
(2003), Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003, Dawama Sdn. Bhd,
Ampang. International Law Book Services (2003), Perintah-Perintah
Am dan Arahan Pentadbiran (hingga 15hb April 2003), 2003, United
Print Process Sdn Bhd, Shah Alam. International Law Book Services
(2003), Arahan Perkhidmatan Bab 1 Bab 8 (hingga 20hb Mac 2003),
2003, Direct Art Company, Kuala Lumpur. Bahagian Sekolah, (1978),
Surat Pekeliling Ikhtisas 1969 - 1978, 1979 Kementerian Pendidkan
Malaysia.
Bahagian Sekolah, (1983), Surat Pekeliling Ikhtisas 1979 - 1983,
1984, Kementerian Pendidkan Malaysia. Bahagian Sekolah, (1987),
Surat Pekeliling Ikhtisas 1984 - 1987, 1988, Kementerian Pendidkan
Malaysia.
Bahagian Sekolah, (1990), Surat Pekeliling Ikhtisas 1988 - 1990,
1991, Kementerian Pendidkan Malaysia.
-
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
27
27
Bahagian Sekolah, (1993), Surat Pekeliling Ikhtisas 1991 - 1993,
1994, Kementerian Pendidkan Malaysia.
Bahagian Sekolah, (1997), Surat Pekeliling Ikhtisas 1994 - 1997,
1998, Kementerian Pendidkan Malaysia. Bahagian Sekolah, (2000),
Surat Pekeliling Ikhtisas 1998 2000, 2001 Kementerian Pendidkan
Malaysia.
Dewan Bahasa dan Pustaka (1994), Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2000,
Percetakan DBP Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001),
Kepemimpinan Dan Pengurusan Kurikulum Di Sekolah, 2001, Pusat
Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat
Perkembangan Kurikulum, (2001), Penilaian Kendalian Sekolah, 2001,
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat
Perkembangan Kurikulum, (2001), Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai
Dalam Pengajaran Dan pembelajaran, 2001, Pusat Perkembangan
Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan
Kurikulum, (2001), Pembelajaran Akses Kendiri, 2001, Pusat
Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat
Perkembangan Kurikulum, (2001), Pengajaran Berasaskan Kajian Masa
Depan, 2002, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan
Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Kemahiran Berfikir
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran, 2002, Pusat Perkembangan
Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan
Kurikulum, (2001), Pembelajaran Masteri, 2001, Pusat Perkembangan
Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan
Kurikulum, (2001), Pembelajaran Secara Konstruktivisme, 2001, Pusat
Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat
Perkembangan Kurikulum, (2001), Belajar Cara Belajar, 2001, Pusat
Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat
Perkembangan Kurikulum, (2001), Pembelajaran Secara Kontekstual,
2001, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan
Malaysia.
-
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
28
28
Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, Matlamat dan Misi, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum,
(2001), Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam
Pengajaran dan Pembelajaran, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Sekolah, (1998), Amalan
Kebersihan Sekolah Panduan Aktiviti, 1998, AG Grafik Sdn Bhd, Kuala
Lumpur.
-
29
PROSES ALIRAN KERJA PENARAFAN KENDIRI SEKOLAH (PKS)
PROSES TEMPOH TINDAKAN 13a
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13. 13a.
14. 15.
Sekolah menerima dokumen SKPM-Sekolah a. SKPM 1 : Standard
Kualiti Pendidikan Malaysia (Sekolah) Pernyataan Dasar b. SKPM 2 :
Standard Kualiti Malaysia (Sekolah) Instrumen Pemastian Standard
(IPS) c. SKPM 3 : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Sekolah)
Panduan Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS)
Sekolah mengkaji dan memahami ketiga-tiga dokumen SKPM1, SKPM2
dan SKPM3. Sekolah membentuk Jawatankuasa SKPM
i. Pengerusi : Pengetua / Guru Besar ii. Setiausaha : I GPK
(Akademik) II GPK (Kokurikulum) III GPK (HEM) iii. Guru Kanan Mata
Pelajaran/Ketua
Panitia iv. Ketua-ketua Unit ( Kokurikulum) v. Ketua-ketua Unit
(HEM)
Sekolah melaksanakan Penarafan Kendiri Sekolah merumuskan
keputusan PKS Sekolah memutuskan keputusan PKS Sekolah memaklumkan
keputusan PKS kepada :
a. JNS Negeri b. JPN c. PPD
Sekolah mendokumentasikan keputusan PKS Penyimpanan Dokumen PKS
Sekolah menyediakan RPS dan menubuhkan Pasukan AKD Sekolah
melaksanakan RPS Sekolah memantau pelaksanaan RPS Sekolah menilai
pencapaian RPS Menilai keseluruhan pencapaian terkini sekolah
dengan menentukan tahap prestasi terkini Sekolah melaksanakan
penambahbaikan berterusan Tamat
Okt-Dis 03
Jan 04
Jan 04
Jan-Feb
04 Feb 04
Feb 04
Feb 04
Mac 04
Mac 04
Mac 04
Mac-Nov 04
AprNov 04
Nov 04 Nov o4
Apr-Nov 04
JNS
Guru Besar/ Pengetua,
GPK & Guru Guru Besar Pengetua
Semua GPK Semua Ketua
Bidang/ Ketua Unit/
Ketua Panitia
AJK PKS
AJK PKS
AJK PKS
Guru Besar / Pengetua
AJK PKS
AJK PKS
AJK RPS
AJK RPS
AJK RPS / PAKD
Pasukan AKD AJK SKPM
Guru Besar/ Pengetua
6
1
3
2
4
5
8
15
9
7
10
11
12
13
14
-
SKPM
AJK PENGGUBAL SKPM
30
30
AHLI JAWATANKUASA TEKNIKAL PENGGUBALAN SKPM-Sekolah Penasihat
:
Encik Rusli bin Rashikin, Ketua Nazir Sekolah, Kementerian
Pendidikan Malaysia
Pengurus Projek : Tuan Hj Md. Shah bin Bachik, Ketua Nazir
Negeri Sembilan
Setiausaha :
I. En. Shamsuri bin Sujak, JNS KPM I I. Pn. Ee Hong, JNS KPM
Ahli :
En. Kamaruddin bin Harun, KS PKIP JNS KPM Pn. Dr. Hjh Asmah bt
Ahmad, KS PPPSM JNS KPM Pn. Ashah bt Samah, KS PPemPP JNS KPM Pn.
Azizah bt Hamzah, KS PPSS, JNS KPM Pn. Fatimah bt Hj Uni, KS PPBK
JNS KPM Tn. Hj Kasim b. Dol, KS PPTV JNS KPM Tn Hj Mortadza bin Hj
Alop, KNN Sarawak En. Mohamed Nor bin Abdul Samat, KNN Kelantan Tn
Hj Ahmad Foaad bin Hashim, KNN Johor En Bahari bin Md Shah, KNN
Sabah En. Yusoff bin Hasan, JNS Pahang Tn. Hj, Mohd Zakaria bin
Yusof, JNS Johor Pn. Noor Filzah bt Kamaruddin, JNS WP KL Pn.
Ramani a/p Subramaniam, JNS Selangor En. Haron b. Amir, JNS
Selangor Cik Shadhana a/p Popatlal, JNS KPM Cik Wee Mek Giat, JNS
KPM Pn. Noora bt Sidek, JNS KPM Pn. Hjh. Siti Zainon bt. Zainudin,
JNS KPM En. Abdullah b. Hassan, JNS KPM Tn. Hj. Md. Tah b. Talib,
JNS KPM Tn. Hj. Mohd Adnan bin Hassan, JNS KPM En. Zakaria b.
Mahzan, JNS KPM Pn. Rusiah bt. Ibrahim, JNS KPM En. Wan Shuib b.
Wan Mohamad, JNS KPM Pn. Hjh. Umi Kalthom bt Dato Hj. Lope Salleh,
JNS KPM
En. Abdul Wahab bin Sungip, KS Pengurusan Akademik JPN Johor Tn.
Hj Sobirin bin Hj Duli, KS Pengurusan Akademik JPN Pahang
Pn. Hjh Fauziah bt. Hj Othman, KS Pembangunan Kemanusiaan JPN
P.Pinang Tn. Hj Bajuri bin Hj Abdullah, PPD Kuala Selangor
En. Rahim bin Awang, PPB Sandakan, Sabah En. Roseli bin
Hasbullah, PPPD Kuala Krai/Gua Musang, Kelantan
En. Abdul Rashid bin Abdul Rahman, PPPD Kulim/Bandar Bharu,
Kedah En. Ahmad Fuad bin Othman, Pegawai Sains dan Matematik, PPD
Kulim/Bandar Bharu, Kedah
Pn. Normah bt Mohamed, Pengetua Kanan SMKSAAS Shah Alam (NYDP
PKPSM) Pn. Hjh Latifah bt Mohd Rashid, Pengetua Kanan SMK Tunku
Najihah Seremban, N. Sembilan
En. Awi bin Abd. Jalil, Pengetua SMK Cheras, Kuala Lumpur Pn.
Hjh Hamizah bt Mohd Salleh, Pengetua SMKA Maahad Muar, Johor
Tn. Hj Ramli bin Harun, GPK SMT Pengkalan Chepa, Kelantan En.
Saadun bin Kasim, Guru Besar SK Taman Seri Murni, Kuala Lumpur
(TYDP MGB)
Tn. Hj Azmi bin Hj Abd Ghani, Guru Besar SK Seri Biram, Pekan,
Pahang En. Mokhtar bin Mat, Guru Besar, SK Sultan Sulaiman II,
Kuala Terengganu En. Lim Sin Tian, Guru Besar SJKC Kg. Baharu
Mahsan, Bahau, N.Sembilan
En. Perumal a/l Solai, Guru Besar SJKT YMHA, Jalan Stesen Hulu,
Taiping, Perak Pn. Chew Guat Bee, Guru Besar, SJKC Shih Chung
(cawangan), Sg. Nibong, P.Pinang Pn. Shanpakavalli a/p Raman, Guru
Besar, SJKT Pulau Sebang, Tampin, N.Sembilan
En. Md. Sidek b. Jais, SMK Dato Hj. Talib Karim, Alor Gajah,
Melaka Pn. Zaharah bt Mohd Salleh, GPK SK Seri Biram, Pekan,
Pahang