Modul U P S R NGGUL RESTASI EMARAK EALITI ( UPSR ) BAHASA MELAYU MAKLUMAN: 1. Modul Latihan ini dibina oleh Jurulatih Bahasa Melayu berpengalaman adalah sebagai suatu panduan kepada pihak sekolah dalam usaha memantapkan kefahaman dalam menggunakan format baharu UPSR 2016. 2. Modul ini mesti dimanfaat sepenuhnya oleh pihak sekolah selain penggunaan modul lain yang dibina di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau hasil binaan guru sendiri. 3. Jabatan Pendidikan Negeri Perak akan memantau penggunaan modul melalui satu sistem yang akan dimaklumkan. Selamat maju jaya. Sektor Pengurusan Akademik
69
Embed
295310598 Modul Latihan Bahasa Melayu Format Baharu UPSR
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
ModulU P S RNGGUL RESTASI EMARAK EALITI
( UPSR )BAHASA MELAYU
MAKLUMAN:
1. Modul Latihan ini dibina oleh Jurulatih Bahasa Melayu berpengalamanadalah sebagai suatu panduan kepada pihak sekolah dalam usahamemantapkan kefahaman dalam menggunakan format baharu UPSR 2016.
2. Modul ini mesti dimanfaat sepenuhnya oleh pihak sekolah selainpenggunaan modul lain yang dibina di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah(PPD) atau hasil binaan guru sendiri.
3. Jabatan Pendidikan Negeri Perak akan memantau penggunaan modulmelalui satu sistem yang akan dimaklumkan.
Selamat maju jaya.
Sektor Pengurusan Akademik
PANDUAN FORMAT BAHARU BAHASA MELAYU
A. BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN ( 011/021/031)
1. Tempoh Ujian: 1 Jam 15 Minit
2. Bahagian/Bilangan Soalan:Bahagian A : 20 markahBahagian B : 5 markah
Jumlah : 25 markah
3. Jumlah Markah:Bahagian A : 20 markahBahagian B : 30 markah
Jumlah : 50 markah
4. Jenis Instrumen:Objektif dan Subjektif
5. Jenis Item:* Objektif Aneka Pilihan (Pilihan Jawapan A,B,C,D dan Pilih jawapan yang paling sesuai)* Objektif Pelbagai Bentuk* Respon Terhad (Struktur)
Nota: Dalam modul ini, contoh latihan yang diberikan adalah Bahagian B sahaja .Soalan Bahagian A masih sama seperti format UPSR yang terdahulu.
B. BAHASA MELAYU – PENULISAN ( 012/022/032)
1. Tempoh Ujian: 1 Jam 15 Minit
2. Bahagian/Bilangan Soalan:Bahagian A : 1 soalan - Mesti jawabBahagian B : 1 soalan - Mesti jawabBahagian C : 2 soalan - Jawab 1 daripada 2 soalan
3. Jumlah Markah:Bahagian A : 10 markahBahagian B : 15 markahBahagian C : 25 markah
Jumlah : 50 markah
4. Jenis Instrumen:Subjektif
5. Jenis Item:Respon Terbuka* Menghasilkan atau mengolah sesuatu idea secara asli/autentik (dapat dipercayai ataudijadikan pegangan)* Membuat pertimbangan dan penilaian/rumusan tentang sesuatu idea atau maklumat
Nota: Contoh latihan yang diberikan adalah menepati kehendak format baharu BahasaMelayu UPSR.
Skema jawapan tidak disediakan. Pihak Lembaga Peperiksaan belummemaklumkan penskoran, oleh itu pihak sekolah boleh menyediakan skemajawapan sendiri .
1
PEMAHAMAN
( Bahagian B )
PENGGUNAAN KATA
2
ITEM: ISI TEMPAT KOSONG
Contoh 1
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yangdiberi.
berlumba-lumba dimulakan berhijrah kepada
dilahirkan asing mencipta kaedah
Alexander Graham Bell (1)___________________________ pada tahun 1847 di Scotland.
Namanya tidak (2)___________________________ lagi di dunia ini dengan kejayaanya.
Beliau merupakan orang pertama yang berjaya (3)___________________________ telefon.
Pada tahun 1870, beliau sekeluarga (4)___________________________ ke Kanada.
Kemudian, beliau ke Boston, Massachusetts. Pada zaman itu, ramai orang
(5)___________________________ mencipta alat perhubungan komunikasi. Hasil usaha
beliau ini membolehkan kita hidup dengan senang untuk berkomunikasi pada masa kini.
[ 5 markah]
Contoh 2
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yangdiberi.
kebaikan terpahat sambutan impian lawatan
pujian unjuran cadangan tersembunyi keindahan
1. Shamira telah mengemukakan beberapa ______________________ tempat pembuatanbatik di Negeri Terengganu.
2. Keenakan masakan di restoran Pak Yaakob mendapat ______________________pelanggannya yang datang.
3. ______________________ anak sulung Puan Yati untuk menjadi seorang doktorakhirnya tercapai.
4. ______________________ Pulau Kapas menjadi tarikan pelancong luar negara.
5. Peristiwa ngeri itu sentiasa ______________________ dalam ingatannya sehingga kini.
[ 5 markah]
3
Contoh 3
Isi tempat-tempat kosong dalam ayat dengan kata sendi nama yang paling sesuai .
1. Rombongan itu datang ____________________ Universiti Pendidikan Sultan Idris.
2. Pelbagai promosi dijalankan ____________________ menjayakan Tahun Melawat
Malaysia 2015.
3. Puan Salmah meminta anak perempuannya membeli kain batik sebagai cenderamata
semasa menyertai lawatan ____________________ Terengganu.
4. Cahaya matahari jelas kelihatan ____________________ kaki langit pada waktu senja
di Pantai Cherating.
5. Walaupun dia berbangsa Cina, tetapi sangat fasih bertutur ____________________
bahasa India.
[ 5 markah]
Contoh 4
Isi tempat-tempat kosong dalam petikan dengan perkataan yang paling sesuai .
Sisa buangan dari rumah dan ladang yang tidak digunakan lagi boleh diproses semula. Sisa
buangan (1)___________________________ telah diproses ini amat bermanfaat kepada
manusia dan alam sekitar. Sisa buangan (2)___________________________ rumah boleh
menghasilkan baja organik. Baja ini amat bermanfaat (3)___________________________
menyuburkan tanah (4)___________________________ tumbuhan. Sisa buangan
mempunyai nilai yang tinggi jika diurus (5)___________________________ baik. Sisa
buangan yang bermanfaat ini juga dapat meningkatkan pendapatan serta pelestarian alam.
[ 5 markah]
4
Contoh 5
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan kata kerja pasif yang betul.
1. Pinggan mangkuk yang ____________________ untuk meletakkan makanan hendaklah
bersih.
2. Airil ____________________ oleh ibunya kerana mengotorkan permaidani itu.
3. Pakaian yang baru dibasuh itu belum ____________________.
4. Periuk belanga yang ____________________ oleh Mak Cik Leha sudah kering.
5. Semua kerusi di dewan itu ____________________ oleh murid tahun enam semalam
secara bergotong-royong.
[ 5 markah]
5
ITEM: MEMBULATKAN JAWAPAN
Contoh 1
Bulatkan kata bantu yang terdapat dalam ayat di bawah.
a. Kita mesti mematuhi peraturan jalan raya.
b. Pak Mat sedang menyusun kotak kosong di belakang rumahnya.
c. “Sukan tahunan SK Sungai Rapat telah diadakan pada bulan lepas,” kata Siva kepadaMahanum.
d. Badrul masih menyimpan piala kemenangannya dalam pertandingan lumba basikal 15tahun yang lalu.
[4 markah]
Contoh 2
Bulatkan kata adjektif yang terdapat dalam ayat di bawah.
a. Perjalanan ke tempat itu mengambil masa tiga hari kerana jaraknya yang amat jauh.
b. Banjir melanda pantai timur setelah hujan turun dengan lebat selama beberapa hari.
c. Kempen makan buah-buahan tempatan yang diadakan di Kuala Kangsar mendapatsambutan hangat daripada orang r amai.
d. Suasana di pesta itu bertambah meriah apabila pengunjung dihiburkan oleh artis-artisterkenal.
[5 markah]
Contoh 3
Bulatkan kata hubung yang terdapat dalam ayat di bawah.
a. Menang atau kalah merupakan adat dalam sesuatu pertandingan.
b. Haji Shahrul Anuar bukan sahaja pemurah malahan baik hati.
c. Pasu bunga kesayangan Nabilah terjatuh kerana dilanggar oleh Si Comel. Nabilahsangat marah lalu mengejar kucing itu.
[5 markah]
6
ITEM: MENGGARIS JAWAPAN
Contoh 1
Garisi kata adjektif yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.
a. Buah rambai manis itu dipetik dari kebun datuk oleh nenek.
b. Pakaian lembap dijemur di ampaian oleh ibu di halaman rumah.
c. Anak comel itu merupakan kesayangan kedua-dua ibu bapanya.
d. Pasukan bola sepak Perak yang memakai jersi kuning menjadi johan Liga Bola SepakPeringkat Kebangsaan.
e. Kereta lama ayah tersimpan di dalam garaj sejak tiga tahun lepas.
[5 markah]
Contoh 2
Garisi kata penguat yang terdapat dalam ayat di bawah.
a. “Harga makanan yang dijual di restoran itu mahal betul,” kata Pak Cik Ramli.
b. Sakit benar kaki saya apabila terpijak paku payung itu.
c. Badannya agak susut setelah menghidap penyakit kronik itu.
d. Murid yang baru berpindah ke sekolah ini bijak amat.
e. Indah nian pemandangan di tepi pantai pada kala matahari terbenam.
[5 markah]
7
ITEM: PADANAN
Padankan pernyataan di bawah berdasarkan kat a kerjayang diberikan. Satu daripadanyatelah ditunjukkan sebagai contoh.
Pak Alias menakik batang pokok kelapa itu dengansebilah parang yang tajam.
BETULIbu sedang menyiram pokok bunga di taman minisupaya hidup subur.
Pekerja-pekerja itu memperlebarkan jalan untukmasuk ke Kampung Damai.
SALAH
Budak-budak prasekolah itu menunggu giliran untukmemperaga pakaian beragam masing-masing.
[3 markah]
8
ITEM: MEMBETULKAN PERKATAAN
Contoh 1
Betulkan kesalahan penggunaan penjodoh bilangan dalam ayat yang diberi.
Baca berita di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya .
SHAH ALAM , 19 Oktober 2015 – Rapid Bus Sendirian Berhad, pengendali bus ‘Rapid KL’hari ini memperkenalkan perkhidmatan bas dua tingkat bagi laluan U64 iaitu dari Taman SriMuda, Seksyen 25 Shah Alam ke Pasar Seni, Kuala Lumpur.
Pengurus Zon Tiga, Sarifudin bin Saidin berkata, perkhidmatan itu adalah untuklaluan keempat menggunakan kemudahan bas dua tingkat selepas laluan U80 dari SeksyenDua, Shah Alam ke Pasar Seni, U30 dari Ampang ke KLCC dan dari Kajang ke Jalan Silangdi ibu kota.
“Bagi laluan U64 ini, kami memperuntukkan empat buah bas dua tingkat keranajumlah pengguna di sini mencatat hampir 5,000 penumpang sehari pada hari bekerja danmeningkat kepada 6,000 orang penumpang pada hari cuti,” kata beliau dalam sidang akhbarpagi tadi.
“Tiada bayaran tambahan akan dikenakan kepada para pengguna yang menaiki basdua tingkat ini, kadar tambangnya tetap sama seperti bas Rapid KL yang lain,” katanyakepada pemberita selepas memperkenalkan perkhidmatan bas berkenaan di sini hari ini.
Kadar tambang yang dikenakan bagi perjalanan sehala dari Taman Sri Muda ke PasarSeni ialah RM3.00 bagi setiap penumpang. Menurutnya lagi, sejak per khidmatan bas duatingkat ini dilancarkan September lepas, perkhidmatan berkenaan telah mendapat sambutanyang amat baik dan memberangsangkan daripada para pengguna.
“Ada pengguna yang mahu perkhidmatan bas itu disediakan di semua laluan RapidKL tetapi perkhidmatan ini masih tertakluk kepada kesesuaian laluan memandangkan basberkenaan adalah setinggi 4.2 meter,” katanya, semasa mengulas permintaan pelanggan.
Sehingga kini 14 daripada 40 buah bas dua tingkat telah beroperasi di sekitar LembahKlang. Bas berkenaan yang mampu membawa sehingga 108 orang penumpang pada setiapmasa dilengkapi pelbagai kemudahan antaranya tandas dan kemudahan rangkaian kawasansetempat (Wifi) secara percuma. Selain itu, perkhidmatan bas dua tingkat Rapid KL ini jugasangat mesra pelanggan. Bas ini amat istimewa kerana mesra untuk orang kurang upaya(OKU).
(Dipetik daripada sumber; Bernama )
25
rapid’ merujuk kepada perhidmatan bas yang _____________________a. Perkataan ‘ .
[1 markah]
b. Nyatakan laluan yang diperkenalkan oleh ‘Rapid KL’ melalui perkhidmatan bas duatingkat yang bermula pada 19 Oktober 2015.
d. Berapakah anggaran penumpang perkhidmatan bas dua tingkat ‘Rapid KL’ bagi hari-hari bekerja dan hari-hari cuti umum? Nyatakan anggaran lebihan penumpang bagi haricuti umum dengan hari bekerja?
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Setiap orang memerlukan sahabat dalam hidupnya. Sahabat merupakan orang yang rapatdengan kita selepas kedua-dua orang tua kita. Sahabat memainkan peranan yang pentingdalam hidup kita.
Sahabat dapat mempengaruhi perwatakan kita. Hubungan yang rapat antara kita dengansahabat merupakan faktor utama situasi ini berlaku.
Selain itu, kita lebih cenderungberkongsi cerita atau masalah dengan sahabatberbanding dengan ibu bapa atau adik-beradik yang lain. Hal ini demikian kerana sahabatdianggap lebih memahami sikap dan perasaan kita.
Tambahan pula, sahabat yang mempunyai sikap-sikap positif dapat mempengaruhikehidupan kita. Kita akan mudah mencontohi nilai-nilai positif yang ada pada diri sahabatkita. Oleh itu, kita akan mempunyai akhlak yang baik dan sahsiah yang tinggi.
Seorang sahabat yang baik akan sentiasa memberi dorongan dan nasihat kepadasahabatnya untuk melakukan sesuatu yang membawa kebaikan bersama.
Kesimpulannya, sahabat memainkan peranan penting dalam menentukan arah hidupkita. Oleh yang demikian, berhati-hatilah ketika memilih sahabat.
a. Perkataan cenderung dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan
__________________________
[1 markah]
b. Bagaimanakah seorang sahabat mampu mempengaruhi perwatakan kita?
Tulis ulasan tentang ciri-ciri pelajar cemerlang dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.
Kecemerlangan dalam bidang akademik merupakan idaman dan impian setiap pelajar. Pelajarcemerlang merupakan aset negar a. Golongan pelajar seperti inilah yang akan mencorakkanmasa depan negara.
Antara ciri utama pelajar cemerlang ialah pencapaian yang memberangsangkan dalambidang akademik. Pelajar cemerlang sentiasa memberikan tumpuan terhadap pelajaran danproses pembelajaran di sekolah. Pelajar seperti ini akan membuat persediaan awal bagimenghadapi peperiksaan. Justeru, pelajar cemerlang akan belajar bersungguh-sungguh untukmemperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan seperti kata peribahasa kalau tidakdipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Selain itu, pelajar cemerlang ialah pelajar yang mengutamakan disiplin diri. Disiplinmerupakan penentu kejayaan seseorang dalam kehidupan. Pelajar cemerlang sentiasamematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak sekolah mahupunibu bapa. Oleh hal yang demikian, pelajar yang berdisiplin tidak akan mendekati gejala sosialyang merugikan agama, bangsa dan negara.
Pelajar yang cemerlang juga merupakan pelajar yang cergas dalam kegiatan kokurikulum.Pelajar cemerlang akan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti luar bilik darjah secaraaktif seperti kegiatan-kegiatan persatuan, badan beruniform, permainan dan sukan. Pelajarcemerlang sedar bahawa penyertaan mereka dalam aktiviti tersebut akan dapat menyihatkantubuh badan mereka. Badan yang cergas akan membina otak yang cerdas.
Seterusnya pelajar cemerlang ialah pelajar yang bijak menguruskan masa kerana masaituemas. Pengurusan masa yang terancang membolehkan segala kerja dan program berjalandengan lancar. Pelajar seperti ini akan menyediakan waktu belajar peribadi di rumah. Pelajaryang merancang jadual waktu sudah pasti dapat menyiapkan kerja rumah, kerja kursus danmembuat ulang kaji secara sistematik.
Ijmalnya, mentimun dan pisau di tangan kita. Justeru, kitalah yang wajar mencorakkannasib dan masa depan kita, bukannya orang lain. Oleh itu, berusahalah membalas jasa kedua-dua orang tua kita yang tersayang dengan menjadi pelajar cemerlang.
Tulis ulasan tentang iklan tersebut dalam bentuk perenggan.
Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan .
RAKAMKAN SERIBU KENANGAN SAMBIL MENIKMATI KEINDAHANSEMULA JADI
Pakej Percutian ke
Tanah Tinggi Cameron Pahang Darul Makmur
3 hari dua m alamDari Ipoh – RM200 seorangPenginapan di hotel, apartmen atau resortMakan 3 kali sehariPengangkutan
Tempat-tempat menarik:
Antara tempat menarik untuk dikunjungi termasuk ladang teh, ladangbunga ros, ladang strawberi, ladang sayuran, taman rama-rama,taman kaktus, dan ladang orkid.Jualan pelbagai jenis sayur pada malam minggu di bandar Brinchang
Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.
Soalan 1
Program lawatan sambil belajar merupakan salah satu aktiviti yang menyeronokkan danmendatangkan banyak kebaikan.
Tuliskan kebaikan yang diperoleh daripada aktiviti ini.
ATAU
Soalan 2
Tahun ini Rosfinah akan menduduki UPSR. Cita-citanya untuk menjadi seorang saintisterkemuka sentiasa bermain-main di fikirannya. Dia sedar untuk mencapai kejayaan yangcemerlang bukannya mudah. Rosfinah mula merancang langkah-langkah yang perlu diambiluntuk kejayaannya.
Tuliskan langkah-langkah yang mungkin diambil oleh Rosfinah demi kejayaannya.
Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.
Soalan 1
Sekolah kamu akan mengadakan majlis perpisahan murid Tahun Enam. Kamu telah dipilihuntuk menyampaikan ucapan sempena majlis tersebut.
Tulis ucapan kamu itu selengkapnya.
ATAU
Soalan 2
Jalan-jalan ke pasar rayaHendak membeli buah rambutanBerhati-hati di jalan rayaJangan lupa jaga keselamatan.
Pergi ke pasar beli rambutanRambutan pulasan sedap rasanyaJangan lupa jaga keselamatanKeselamatan itu amat beharga
Rambutan pulasan sedap rasanyaKulitnya tebal manis isi-nyaKalau kita selalu berwaspadaKita akan selamat selamanya
Pantun di atas menceritakan tentang kepentingan menjaga keselamatan di jalan raya.Berdasarkan maksud syair tersebut, tulis sebuah karangan tentang langkah-langkah untukmenjaga keselamatan di jalan raya.
Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.
Soalan 1
Isi penting
pergi dengan keluarga
menempah hotel untuk dua hari satu malam
keesokan melawat tempat menarik
berasa gembira dapat melawat tempat-tempat yangmenarik
Berdasarkan isi penting di atas, tuliskan suatu pengalaman yang pernah kamu lalui.
Tuliskan karangan kamu selengkapnya.
ATAU
Soalan 2
Kau ada di kala ku suka Kau lah yang selaluDi kala ku duka Selalu menemanikuSetiap tangisan dan juga ketawa Mendengar kisah pahit manisKau ada di kala ku perlu Hidup kuSetia menemanikuPegang erat tanganku bila aku Kau lah yang di situjatuh Setia menunggu ku
Kau lah yang satuMenjadi sahabatku
Rangkap di atas merupakan lirik lagu “Sahabat” nyanyian Najwa Latif.
Berdasarkan lirik lagu tersebut tuliskan satu karangan tentang sahabat kamu.