PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA DISEDIAKAN OLEH C W NORANIMASTURA BT CHE WAN AHMAD
7/24/2019 25134750 Persatuan Puteri Islam Malaysia CWNM
http://slidepdf.com/reader/full/25134750-persatuan-puteri-islam-malaysia-cwnm 1/11
PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
DISEDIAKAN OLEHC W NORANIMASTURA BT CHE WAN AHMAD
7/24/2019 25134750 Persatuan Puteri Islam Malaysia CWNM
http://slidepdf.com/reader/full/25134750-persatuan-puteri-islam-malaysia-cwnm 2/11
Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM)
LATAR BELAKANG PPIM
Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan
berpakaian seragam yang bergerak secara sukarela di sekolah-sekolah
rendah, menengah, institut dan Maktab Perguruan serta Institusi Pengajian
Tinggi di seluruh Malaysia.
Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan
pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T.
SEJARAH PPIM
Diwujudkan pada tahun 60an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia. Keanggotaan
hanya untuk pelajar Sekolah Menengah sahaja. Kurikulum berkisar kepada aktiviti keagamaan dan
khidmat masyarakat bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin. Dilanarkan pada tahun 1981
oleh Permaisuri Agung Pertama di UKM, Bangi1988 - PPIM dipisahkan daripada LKPIM di atas arahan
Pendaftar Pertubuhan kerana perbezaan umur keahlian dan aktiviti sepatutnya diaktifkan untuk
golongan muda. Beribu pejabat sementara di Bangunan Tuanku Puan Besar Kurshiah, Jalan Pantai
Baharu dari tahun 1969 hingga 1996. Berpindah ke Jalan U-Thant pada tahun 1996 hingga 2003.
Berpindah ke Darul Puteri pada Januari 2004
PENDAHULUAN
Gerak kerja kokurikulum adalah sangat penting bagi setiap orang pelajar. Penglibatan yang teratur dan
penuh kesungguhan semua pihak dapat memberi kesan yang positif ke arah pembentukan nilai murni
kepada setiap pelajar. Aktiviti kokurikulum juga secara tidak langsung boleh membantu pelajar
menyediakan diri untuk menghadapi masa depan dengan penuh berdisiplin dan bertanggungjawab.
7/24/2019 25134750 Persatuan Puteri Islam Malaysia CWNM
http://slidepdf.com/reader/full/25134750-persatuan-puteri-islam-malaysia-cwnm 3/11
FALSAFAH
Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah Pergerakan Beruniform yang bergerak di Peringkat
Kebangsaan, Negeri, Daerah, Universiti, Institut/Maktab Perguruan, Sekolah-sekolah Menengah dan
Sekolah-Sekolah Rendah. Aktiviti-aktivitinya yang dijalankan sebagai kokurikulum secara formal dan
tidak formal adalah bertujuan membimbing Puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan
potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan puteri yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Allah S.W.T. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta
mampu bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran bangsa, masyarakat
dan negara selaras dengan ajaran Islam.
OBJEKTIF KHAS
1. Melibatkan ramai pelajar di dalam aktiviti Badan Beruniform.
2. Memperlengkapkan peralatan Badan Beruniform.
3. Memastikan semua perancangan berjalan dengan lancar dan berkesan.
4.
Mengadakan aktiviti yang lebih menarik supaya menimbulkan minat yang lebih di kalangan
murid.
5. Mendedahkan murid dengan banyak aktiviti yang lebih mencabar di luar bilik darjah.
OBJEKTIF AM
1. Mengalakkan lebih ramai murid melibatkan diri dengan lebih aktif di dalam ke tiga-tiga bidang
kokurikulum.
2. Menanam semangat bertanggungjawab terhadap pasukan yang dianggotai di kalangan
dengan mengadakan pertandingan dari masa ke semasa.
7/24/2019 25134750 Persatuan Puteri Islam Malaysia CWNM
http://slidepdf.com/reader/full/25134750-persatuan-puteri-islam-malaysia-cwnm 4/11
PERANAN
1. Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara (FPN).
2. Memupuk semangat kewarganegaraan dan perpaduan.
3. Memberi pengalaman berhubung, bergaul dan bersatu di dalam masyarakat.
4. Mengukuh dan mengayakan pengalaman yang telah didapati di dalam kelas.
5. Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran murid di dalam bidang-bidang
tertentu.
6. Melatih pelajar mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah di samping membina
kesihatan dan kesejahteraan diri.
7. Memberi peluang dan galakkan kepada pelajar-pelajar membuat kerja-kerja khidmat
masyarakat.
8. Menyediakan peluang kepada masyarakat untuk memberi sumbangan kepada sekolah.
MATLAMAT
1. Menyeimbangkan antara perkembangan mental, emosi dan jasmani dengan perkembangan
sosial melalui penyemaian , penyuburan, pengukuhan dan penghayatan pengetahuan Islam.
2. Merealisasikan Islam dalam amalan hidup seharian.
VISI PPIM
Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut :
Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam.
Mempunyai kesihatan diri dan mampu; membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari segi
spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal.
Mempunyai rasa kasih dan hubungan silatur rahim sesama puteri dan terhadap diri,
keluarga, masyarakat dan negara.
7/24/2019 25134750 Persatuan Puteri Islam Malaysia CWNM
http://slidepdf.com/reader/full/25134750-persatuan-puteri-islam-malaysia-cwnm 5/11
MISI PPIM
Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan hadith di dalam konteks alam dan
kehidupanyang nyata melalui program- program yang dijalankan.
Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada masyarakat khususnya puteri
melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik.
Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran supaya
dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan masyarakat.
PENGERTIAN LOGO
Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan lingkungan
berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis PERGERAKAN PUTERI ISLAM
MALAYSIA
Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di dalamnya ditulis dengan huruf jawi
(Permulaan daripada perkataan “PERGERAKAN PUTERI ISLAM."( Pa Pa Alif)
Di bawah logo ini tertulis perkataan :-
- “PUTERI"-Bagi Ahli-Ahli Puteri
-
“PEMIMPIN PUTERI" -Bagi Pemimpin-Pemimpin
PENGERTIAN WARNA
Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan
Hijau : Agama - Taqwa sebagai TERAS
Putih : Kesucian
Kuning : Kesetiaan dan ketaatan
7/24/2019 25134750 Persatuan Puteri Islam Malaysia CWNM
http://slidepdf.com/reader/full/25134750-persatuan-puteri-islam-malaysia-cwnm 6/11
BENDERA PPIM
Bendera PPIM berbentuk segiempat, berwarna merah jambu, dan ditengah-tengah terdapat
lencana pergerakan. Ukuran lencana adalah sepertiga daripada ukuran bendera.
Penggunaan
o Setiap upacara rasmi
o Tatacara Perjumpaan
Kedudukan Bendera dalam Tatacara Perjumpaan
PAKAIAN PPIM
BAJU PEMIMPINBAJU KAWAD BAJU PUTERI BAJU RIADAH
7/24/2019 25134750 Persatuan Puteri Islam Malaysia CWNM
http://slidepdf.com/reader/full/25134750-persatuan-puteri-islam-malaysia-cwnm 7/11
SULUH KATA PPIM
P – Patuh kepada ibu bapa
U – Ugama/ agama berteraskan Al-quran dan Al-hadith
T – Taat kepada Allah dan Rasul
– Erat ukhuwwah Islamiah
R – Rela berbakti kerana Allah
I
– Iman dipupuk, Ilmu dituntut
I – Insaf diri, ia kepunyaan Allah dan kepada Allah ia kembali
S – Solat ditunai setiap waktu
L – Larangan Allah dijauhi
– Akhlak mulia pengukuh keimanan
M – Muslimah Mukminah rakyat seperjuangan
LAGU PUTERI ISLAM
Puteri Lembaga Islam riang gembira
Tetap ta'at kepada Allah dan Raja
Berkorban untuk agama dan negara
Dunia akhirat mendapat bahagia.
Berusaha mencari pengetahuan
Berbakti membuat kebajikan
Belajar mencapai kemajuan
Bersemangat penuh keimanan
Puteri Lembaga Islam riang gembira
Tetap Ta'at kepada Allah dan Raja
Berkorban untuk agama dan negara
Dunia akhirat mendapat bahagia .
7/24/2019 25134750 Persatuan Puteri Islam Malaysia CWNM
http://slidepdf.com/reader/full/25134750-persatuan-puteri-islam-malaysia-cwnm 8/11
IKRAR PUTERI ISLAM
Bahawa kami ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia berikar akan :
Taat kepada allah, rasul, pemerintah, guru dan ibubapa
Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak
Membangunkan diri dengan sempurna
Mengukuhkan silaturrahim sesama puteri
menunai kewajipan sebagai Muslimah Mukminah, dan
Berkhidmat untuk keluarga, masyarakat dan negara
KAWAD KAKI
TAHAP 1 – TINGKATAN 1 TAHAP 2 – TINGKATAN 2 & 3 TAHAP 3 – TINGKATAN 4 & 5
Asas Kawad
1. Kawad Am
Masuk barisan
Paraskan barisan
Kanan lurus
Senang diri
Sedia
Buka dan Tutup
barisan
Ke kanan dan Ke Kiri
Pusing
Langkah hadapan,
belakang, kiri, kanan
Hentak kaki
1.
Memberi Hukuman Kawad
2. Kumpulan masing-masing
3. Kawad Perhimpunan
4. Hormat Ke hadapan Hormat
5. Hormat Ke Kanan Hormat
6.
Hormat Ke Kiri Hormat
7. Hormat selaku terima sijil
1.
Kawad perseorangan
Melakukan semua
jenis Kawad
2. Perintah Kawad
3. Mengurus
Perhimpunan
Sebagai Ketua
4. Kawad Formasi
7/24/2019 25134750 Persatuan Puteri Islam Malaysia CWNM
http://slidepdf.com/reader/full/25134750-persatuan-puteri-islam-malaysia-cwnm 9/11
2. Kawad berjalan
Mulakan kaki kanan
Tabik hormat
3. Kawad membawa
bendera.
4. Menaik dan
menurunkan
bendera.
BAHASA HUKUMAN KAWAD
Arahan dan Bahasa Hukuman
1. Baris / Skuad.
2 Baris .Sedia.
3 KeKanan .Lurus.
4 Pandang. Depan .
5 Buka Barisan .Gerak .
6 Tutup Barisan. Gerak.
7 Bergerak ke kanan Bertiga-tiga , Kekanan Pusing.
8 Skuad akan menghadap ke Hadapan , Ke kiri Pusing.
9
Bergerak ke kiri Bertiga-tiga , Kekiri Pusing.
10 Bergerak ke kanan Bertiga tiga , ke belakang Pusing .
11 Bergerak ke kiri Bertiga tiga , ke belakang Pusing .
12 Skuad akan Menghadap keHadapan , Ke kanan Pusing.
13 Skuad akan Menghadap ke belakang , ke belakang Pusing.
14 Bergerak kekanan bertiga-tiga , ke kanan pusing .
15 Skuad akan menghadap ke belakang , ke kiri pusing.
7/24/2019 25134750 Persatuan Puteri Islam Malaysia CWNM
http://slidepdf.com/reader/full/25134750-persatuan-puteri-islam-malaysia-cwnm 10/11
16 Bergerak ke kiri bertiga-tiga , ke kiri pusing .
17 Skuad akan menghadap ke belakang , ke kanan pusing.
18 Skuad akan menghadap ke hadapan , ke belakang pusing.
19 langkah , kekanan gerak .
20 langkah , ke kiri gerak .
21 langkah , ke hadapan gerak .
22 langkah , ke belakang gerak .
23 Dari kiri , cepat jalan .
24
Tukar langkah semasa berjalan tukar langkah. 3x
25 Tukar langkah ,dengan langkah berlagak tukar langkah . 3x
26 Bergerak kekanan/kiri bertiga-tiga , kebelakang pusing.
Skuad akan menghadap kehadapan / belakang , kebelakang pusing.
27 Dari kiri / kanan , kanan belok .
28 Dari kiri / kanan , kiri belok.
29
Bergerak kekanan / kiri bertiga-tiga , kekanan / kiri pusing.
30 Skuad akan menghadap kehadapan / belakang , kekanan / kiri pusing.
31 Hormat , ke hadapan hormat.
32 Hormat selaku terima sijil , hormat kehadapan hormat.
33 Hormat , kekanan hormat.
34 Hormat , kekiri hormat.
35 Tukar langkah perlahan , perlahan jalan .
36 Tukar langkah masa jalan perlahan , tukar langkah . 3x
37 Bergerak kekanan/kiri , kebelakang pusing.
Skuad akan menghadap kehadapan / belakang , kebelakang... pusing.
38 Dari kiri / kanan , kanan belok.
39 Dari kiri / kanan , kiri belok.
7/24/2019 25134750 Persatuan Puteri Islam Malaysia CWNM
http://slidepdf.com/reader/full/25134750-persatuan-puteri-islam-malaysia-cwnm 11/11
40 Bergerak kekanan / kiri kekanan / kiri pusing.
41 Skuad akan menghadap kehadapan / belakang , kekanan / kiri pusing.
42 Tukar langkah cepat , cepat jalan .
43 Skuad henti .
44 Hentakkaki
45 Skuad henti .
46 Skuad akan mara menghadap , untuk diperhati semula dari tengah
Cepat jalan .(14-1-2)
47
Hormat , hormat kehadapan hormat .(2-1-2-1)