Penduduk dan Asas Ekonomi 2.2-1 2.2 PENDUDUK DAN ASAS EKONOMI 2.2.1 Profil Penduduk Jajahan Machang 2010 i. Taburan Penduduk Jajahan Machang Mengikut Daerah Penduduk Jajahan Machang tahun 2010 dianggarkan seramai 90,420 1 , meningkat pada kadar purata 1.35% berbanding tahun 2000. Daerah Ulu Sat mempunyai penduduk paling ramai iaitu 31,760 atau 35.1% jumlah penduduk jajahan. Daerah Temangan mempunyai bilangan penduduk paling sedikit iaitu 6,286 atau 7.0% jumlah penduduk jajahan. Lain-lain daerah mempunyai saiz penduduk yang seimbang iaitu antara 13% hingga 16% jumlah penduduk jajahan. Taburan penduduk jajahan mengikut daerah ditunjukkan dalam Jadual 2.2.1 dan Rajah 2.2.1. Jadual 2.2.1: Taburan Penduduk Jajahan Machang Mengikut Daerah, 2000 dan 2010 Tahun\Daerah 2000 2010 KPPT (%) Bilangan % Dari ∑ Bilangan % Dari ∑ Pulai Chondong 12,868 16.3 14,898 16.5 1.4 Labok 2,334 15.6 13,827 15.3 1.1 Ulu Sat 27,332 34.6 31,760 35.1 1.5 Pangkal Meleret 10,392 13.1 11,763 13.0 1.3 Panyit 10,499 13.3 11,886 13.1 1.2 Temangan 5,608 7.1 6,286 7.0 1.1 Jumlah Jajahan 9,032 100.0 90,420 100.0 1.35 Sumber: 2000 – Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi, Banci Penduduk & Perumahan Malaysia, 2000, DOS 2010 - Laporan Kiraan Permulaan, Banci Penduduk dan Perumahan 2010, DOS disesuaikan dengan kadar pertumbuhan 1.35% dari penduduk diselaras Bancian 2000 Rajah 2.2.1: Taburan Penduduk Machang Mengikut Daerah, 2000 dan 2010 Daerah Ulu Sat dan Pulai Chondong mencatatkan kadar pertumbuhan yang relatif tinggi berbanding purata jajahan, masing-masing 1.5% dan 1.4%. Ini adalah selaras dengan aktiviti pembangunan fizikal dan ekonomi yang berlaku di kedua-dua daerah. 1 Data Bancian Penduduk dan Perumahan 2010 dalam Laporan Kiraan Permulaan mencatatkan penduduk Jajahan Machang berjumlah 89,044 berbanding tahun 77,762 Kiraan Permulaan Bancian tahun 2000. Data penduduk Jajahan Machang selepas penyelarasan bancian mencatatkan bilangan penduduk Jajahan tahun 2000 adalah 70,032. Data ini adalah berdasarkan penyelarasan pada kadar 1.52% dengan mengambilkira kadar pertumbuhan yang dinyatakan dalam Laporan Kiraan Permulaan Bancian 2010. 2000 2010
19
Embed
2.2 Penduduk dan Asas Ekonomi Serahan 100111 TEKNIKAL/BAHAGIAN 1/BAB... · 2011-09-24 · Nisbah Tanggungan adalah 85.2% di mana jumlah penduduk warga emas hampir 5% jumlah penduduk
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Penduduk dan Asas Ekonomi 2.2-1
2.2 PENDUDUK DAN ASAS EKONOMI
2.2.1 Profil Penduduk Jajahan Machang 2010
i. Taburan Penduduk Jajahan Machang Mengikut Daerah
Penduduk Jajahan Machang tahun 2010 dianggarkan seramai 90,4201, meningkat pada kadar
purata 1.35% berbanding tahun 2000. Daerah Ulu Sat mempunyai penduduk paling ramai
iaitu 31,760 atau 35.1% jumlah penduduk jajahan. Daerah Temangan mempunyai bilangan
penduduk paling sedikit iaitu 6,286 atau 7.0% jumlah penduduk jajahan. Lain-lain daerah
mempunyai saiz penduduk yang seimbang iaitu antara 13% hingga 16% jumlah penduduk
jajahan. Taburan penduduk jajahan mengikut daerah ditunjukkan dalam Jadual 2.2.1 dan
Rajah 2.2.1.
Jadual 2.2.1: Taburan Penduduk Jajahan Machang Mengikut Daerah, 2000 dan 2010
Tahun\Daerah 2000 2010 KPPT
(%) Bilangan % Dari ∑ Bilangan % Dari ∑
Pulai Chondong 12,868 16.3 14,898 16.5 1.4
Labok 2,334 15.6 13,827 15.3 1.1
Ulu Sat 27,332 34.6 31,760 35.1 1.5
Pangkal Meleret 10,392 13.1 11,763 13.0 1.3
Panyit 10,499 13.3 11,886 13.1 1.2
Temangan 5,608 7.1 6,286 7.0 1.1
Jumlah Jajahan 9,032 100.0 90,420 100.0 1.35
Sumber: 2000 – Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi, Banci Penduduk & Perumahan Malaysia, 2000, DOS 2010 - Laporan Kiraan Permulaan, Banci Penduduk dan Perumahan 2010, DOS disesuaikan dengan kadar pertumbuhan 1.35% dari penduduk diselaras Bancian 2000
Rajah 2.2.1: Taburan Penduduk Machang Mengikut Daerah, 2000 dan 2010
Daerah Ulu Sat dan Pulai Chondong mencatatkan kadar pertumbuhan yang relatif tinggi
berbanding purata jajahan, masing-masing 1.5% dan 1.4%. Ini adalah selaras dengan aktiviti
pembangunan fizikal dan ekonomi yang berlaku di kedua-dua daerah.
1 Data Bancian Penduduk dan Perumahan 2010 dalam Laporan Kiraan Permulaan mencatatkan penduduk Jajahan Machang berjumlah 89,044 berbanding tahun 77,762 Kiraan Permulaan Bancian tahun 2000. Data penduduk Jajahan Machang selepas penyelarasan bancian mencatatkan bilangan penduduk Jajahan tahun 2000 adalah 70,032. Data ini adalah berdasarkan penyelarasan pada kadar 1.52% dengan mengambilkira kadar pertumbuhan yang dinyatakan dalam Laporan Kiraan Permulaan Bancian 2010.
2000
2010
Penduduk dan Asas Ekonomi 2.2-2
ii. Penduduk Mengikut Kumpulan Umur
Jadual 2.2.2 mencatatkan taburan penduduk mengikut kumpulan umur dengan jeda masa 5
tahun. Jajahan ini mempunyai penduduk muda yang besar dengan sumbangan penduduk
umur kurang dari 30 tahun adalah 63.8%. Nisbah Tanggungan adalah 85.2% di mana jumlah
penduduk warga emas hampir 5% jumlah penduduk manakala penduduk umur kurang dari 15
tahun adalah hampir 41%.
Jadual 2.2.2: Taburan Penduduk Machang Mengikut Kumpulan Umur, 2000 dan 2010
Kump Umur 2000 2010
KPPT(%) % Group Population % Group Population
0 - 4 12.69 10,031 12.72 11,501 1.36
5 - 9 14.10 11,144 14.00 12,659 1.27
10 – 14 14.63 11,560 14.20 12,840 1.05
15 – 19 11.26 8,899 11.50 10,398 1.56
20 – 24 6.10 4,821 6.00 5,425 1.18
25 – 29 5.53 4,370 5.40 4,883 1.11
30 – 34 5.45 4,309 5.45 4,930 1.34
35 – 39 5.40 4,268 5.50 4,973 1.53
40 – 44 5.35 4,231 5.45 4,928 1.52
45 – 49 4.56 3,606 4.87 4,403 2.00
50 – 54 4.16 3,289 4.15 3,752 1.32
55 – 59 3.09 2,445 3.10 2,803 1.37
60 – 64 2.57 2,034 2.58 2,333 1.37
65 – 69 1.57 1,237 1.57 1,416 1.35
70 – 74 1.54 1,220 1.54 1,395 1.34
75 – 79 1.20 948 1.18 1,067 1.18
80+ 0.78 620 0.79 713 1.40
Jumlah 100.00 79,032 100.00 90,420 1.35 Sumber: 2000 – Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi, Banci Penduduk & Perumahan Malaysia, 2000, DOS 2010 - Laporan Kiraan Permulaan, Banci Penduduk dan Perumahan 2010, DOS disesuaikan dengan kadar pertumbuhan 1.35% dari penduduk diselaras Bancian 2000
Jadual 2.2.3 menunjukkan bahawa penduduk umur bekerja merupakan 54% jumlah penduduk
jajahan, sumbangan yang meningkat berbanding 53.5% tahun 2000. Ini disebabkan oleh
susutan penduduk di bawah umur bekerja di mana kadar pertumbuhan kumpulan ini adalah
1.22% berbanding 1.44% penduduk umur bekerja. Rajah 2.2.2 mengambarkan taburan
penduduk mengikut kumpulan umur utama.
Penduduk dan Asas Ekonomi 2.2-3
Jadual 2.2.3: PendudukMengikut Kumpulan Umur Strategik
Kump Umur 2000 2010
KPPT(%) % Group Population % Group Population
0 – 14 41.4 32,735 40.9 37,000 1.22
15 – 64 53.5 42,272 54.0 48,828 1.44
65+ 5.1 4,025 5.1 4,592 1.32
Jumlah 100.0 79,032 100.0 90,420 1.35
Nisbah Tanggungan 87% 85% Sumber: 2000 – Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi, Banci Penduduk & Perumahan Malaysia, 2000, DOS 2010 - Laporan Kiraan Permulaan, Banci Penduduk dan Perumahan 2010, DOS disesuaikan dengan kadar pertumbuhan 1.35% dari penduduk diselaras Bancian 2000
Rajah 2.2.2: Penduduk Mengikut Kumpulan Umur Utama Machang, 2000 & 2010
iii. Penduduk Mengikut Jantina
Jadual 2.2.4 mencatatkan taburan penduduk mengikut jantina. Analisis dan unjuran
perangkaan ini akan diguna untuk penyediaan kemudahan masyarakat, guna tenaga dan
unjuran penduduk. Jajahan Machang mempunyai penduduk perempuan yang lebih ramai dari
lelaki dengan nisbah jantina 98 bagi tahun 2010, meningkat berbanding 97 tahun 2000.
Peningkatan nisbah ini disebabkan oleh kadar pertumbuhan penduduk lelaki meningkat lebih
tinggi berbanding penduduk perempuan. Nisbah jantina ini menunjukkan penduduk Machang
mempunyai Perempuan yang lebih ramai; nisbahnya 98 lelaki bagi setiap 100 perempuan.
Jadual 2.2.4: Taburan Penduduk Jajahan Machang Mengikut Jantina
Jantina 2000 2010
KPPT (%) Penduduk % Jumlah Penduduk % Jumlah
Lelaki 38,884 49.2 44,758 49.5 1.41
Perempuan 40,148 50.8 45,662 50.5 1.29
Jumlah 79,032 100.0 90,420 100.0 1.35
Nisbah Jantina 97 98 Sumber: 2000 – Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi, Banci Penduduk & Perumahan Malaysia, 2000, DOS 2010 - Laporan Kiraan Permulaan, Banci Penduduk dan Perumahan 2010, DOS disesuaikan dengan kadar pertumbuhan 1.35% dari penduduk diselaras Bancian 2000
Penduduk dan Asas Ekonomi 2.2-4
iv. Penduduk Mengikut Kumpulan Etnik
Machang secara amnya adalah jajahan yang mempunyai majoriti penduduknya adalah
Melayu dengan saiz sumbangan kepada jumlah penduduk jajahan tahun 2010 adalah 95.8%.
Penduduk kumpulan ini meningkat padakar kadar 1.36%. Penduduk minoriti paling ramai
adalah etnik Cina dengan saiz penduduk sebanyak 3.4% sahaja. Saiz penduduk etnik ini
meningkat hanya pada kadar purata 0.94% setahun. Perangkaan penduduk mengikut etnik
dinyatakan dalam Jadual 2.2.5 dan Rajah 2.2.3. Agihan penduduk mengikut kumpulan etnik
bagi daerah-daerah berkenaan bagi tahun 2010 dinyatakan dalam Jadual 2.2.6.
Jadual 2.2.5: Taburan Penduduk Machang Mengikut Kumpulan Etnik, 2000 dan 2010
Etnik 2000 2010
KPPT (%) Bilangan % Jumlah Bilangan % Jumlah
Melayu 75,588 95.6 86,637 95.8 1.36
Cina 2,798 3.5 3,074 3.4 0.94
India 156 0.2 172 0.2 0.98
Lain-lain 110 0.1 124 0.1 1.2
Bukan Warga 380 0.5 413 0.5 0.83
Jumlah 79,032 100.0 90,420 100.0 1.35 Sumber: 2000 – Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi, Banci Penduduk & Perumahan Malaysia, 2000, DOS 2010 - Laporan Kiraan Permulaan, Banci Penduduk dan Perumahan 2010, DOS disesuaikan dengan kadar pertumbuhan 1.35% dari penduduk diselaras Bancian 2000
Rajah 2.2.3: Penduduk Machang Mengikut Kumpulan Etnik, 200 dan 2010
Jadual 2.2.6: Taburan Penduduk Machang Mengikut Kumpulan Etnik Mengikut Daerah, 2010
Daerah Melayu Bumi Lain Cina India Bukan Warga
Jumlah
Pulai Chondong
14,402
30
411
18 37
14,898
Labok
13,471
49
240
- 67
13,827
Ulu Sat
30,809
12
705
63 171
31,760
Pangkal Meleret
10,409
15
1,175
76 88
11,763
Panyit
11,458
9
354
15 50
11,886
Temangan -
Penduduk dan Asas Ekonomi 2.2-5
6,088 9 189 - 6,286
Jumlah
86,637
124
3,074 172 413
90,420 Sumber: 2000 – Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi, Banci Penduduk & Perumahan Malaysia, 2000, DOS
2010 - Laporan Kiraan Permulaan, Banci Penduduk dan Perumahan 2010, DOS disesuaikan dengan kadar pertumbuhan 1.35% dari penduduk diselaras Bancian 2000
v. Penduduk Mengikut Kepercayaan Agama
Selari dengan saiz penduduk majoriti Melayu, Machang mencatatkan penduduk beragama
Islam yang tinggi, iaitu 96.2%. Bagi penganut lain-lain agama, jumlahnya hanya 3.8% dengan
penganut Buddha sebanyak 2.7% dan Hindu 0.2%. Taburan ini dinyatakan dalam Jadual
2.2.7.
Jadual 2.2.7: Taburan Penduduk Mengikut Kepercayaan Agama
Kepercayaan /Agama Bilangan (‘000) % Dari ∑
Islam 86,984 96.2
Buddha 2,441 2.7
Hindu 181 0.2
Kristian 633 0.7
Lain-lain 181 0.2
Jumlah 90,420 100.0 Sumber: Kajian RT Jajahan Machang, 2010
vi. Saiz Isi Rumah
Jadual 2.2.8 mencatatkan bilangan dan saiz purata isi rumah bagi Jajahan Machang. Jumlah
bilangan iri rumah meningkat pada kadar 1.3% antara tahun 2000 dan 2010 kepada 17,644.
Saiz isi rumah jajahan adalah 5.1, sama bagi kedua-dua tahun perbandingan.
Jadual 2.2.8: Bilangan dan Saiz Purata Isi Rumah
Tahun 2000 2010 KPPT (%)
Penduduk 79,032 90,420 1.35
Bilangan Isi Rumah 15,502 17,644 1.30
Saiz Isi Rumah 5.1 5.1 Sumber; 2000 – Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi, Banci Penduduk & Perumahan Malaysia, 2000, DOS 2010 - Laporan Kiraan Permulaan, Banci Penduduk dan Perumahan 2010, DOS disesuaikan dengan kadar pertumbuhan 1.35% dari penduduk diselaras Bancian 2000 Kajian Rancangan Tempatan Jajahan Machang, 2010
vii. Nisbah Tanggungan
Jadual 2.2.9 mencatatkan nisbah tanggung bagi Jajahan Machang, susut dari 86.9% tahun
2000 kepada 85.2% tahun 2010. Ini digambarkan dengan bilangan penduduk dalam
tanggungan (iaitu penduduk umur bawah 15 tahun dan lebih 64 tahun) yang lebih rendah
berbanding penduduk umur bekerja. Ini juga selari dengan kadar pertumbuhan penduduk
bawah umur 15 tahun yang lebih perlahan berbanding penduduk umur bekerja.
Jadual 2.2.9: Nisbah Tanggungan Jajahan Machang, 2000 dan 2010
Perkara 2000 2010
Penduduk Umur Bekerja 42,272 48,829
Penduduk Dalam Tanggungan 36,760 41,591
Penduduk dan Asas Ekonomi 2.2-6
Nisbah Tanggungan 86.9 85.2 Sumber; 2000 – Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi, Banci Penduduk & Perumahan Malaysia, 2000, DOS 2010 - Laporan Kiraan Permulaan, Banci Penduduk dan Perumahan 2010, DOS disesuaikan dengan kadar pertumbuhan 1.35% dari penduduk diselaras Bancian 2000 Kajian RT Jajahan Machang, 2010
2.2.2 Unjuran Penduduk
Output penemuan kajian menghasilkan tiga senario unjuran penduduk bagi Jajahan Machang.
Unjuran pertama adalah berdasarkan pertambahan penduduk secara semulajadi dengan
mengambilkira kemampuan semulajadi jajahan untuk membangun. Ia dinyatakan dalam
Jadual 2.2.10. Penduduk jajahan ini diunjur bertambah pada kadar purata 1.5% setahun
Sumber; 2010 - Laporan Kiraan Permulaan, Banci Penduduk dan Perumahan 2010, DOS disesuaikan dengan kadar pertumbuhan 1.35% dari penduduk diselaras Bancian 2000 Kajian RT Jajahan Machang, 2010
Dengan mengambilkira pembangunan-pembangunan komited, kemungkinan pembangunan
berkenaan dilaksanakan dalam tempoh perancangan dan kemasukan penduduk disebabkan
oleh pembangunan berkenaan dan pembangunan yang telah dan sedang dilaksana,
penduduk Jajahan Machang diunjur bertambah pada kadar purata yang sederhana tinggi iaitu
1.72% setahun. Taburan penduduk jajahan dengan mengambilkira kemungkinan ini mengikut
daerah dinyatakan dalam Jadual 2.2.11.
Jadual 2.2.11: Unjuran Penduduk Jajahan Machang 2010 – 2020 (Pembangunan projek komited)
Daerah 2010 2015 2020 KPPT(%
) Penduduk
% Daerah Penduduk
% Daerah Penduduk
% Daerah
Pulai Chondong
14,898
16.5
16,516 16.7
17,880
16.7 1.82
Labok 13,827
15.3
15,330 15.5
16,459
15.3 1.74
Ulu Sat 31,760
35.1
35,208 35.6
38,283
35.7 1.87
Pangkal Meleret
11,763
13.0
12,461 12.6
13,568
12.6 1.43
Penduduk dan Asas Ekonomi 2.2-7
Panyit 11,886
13.1
12,560 12.7
13,997
13.0 1.63
Temangan 6,286
7.0
6,824 6.9
7,193
6.7 1.34
Jumlah Jajahan
90,420 100
98,900 100
107,380
100.0 1.72
Sumber; 2010 - Laporan Kiraan Permulaan, Banci Penduduk dan Perumahan 2010, DOS disesuaikan dengan kadar pertumbuhan 1.35% dari penduduk diselaras Bancian 2000 Kajian RT Jajahan Machang, 2010
Jadual di atas mencatatkan bilangan penduduk jajahan pada tahun 2020 akan bertambah
kepada 107,380. Daerah Ulu Sat dan Pulai Chondong dijangka akan menerima penduduk
yang lebih ramai dengan kadar pertumbuhan purata 1.87% dan 1.82% setahun masing-
masing.
Unjuran ketiga mengambilkira impak cadangan pembangunan jalan raya baru yang
menghubung Kota Baru dengan Gua Musang dilaksana dalam tempoh perancangan ini.
Impak pembangunan jalan raya ini bukan sahaja dijangka selepas siapnya jalan berkenaan,
tetapi juga sebelum siap. Pelancaran pembinaan jalanraya ini akan menarik dan menjana
lebih banyak pembangunan di jajahan ini. Projek-projek komited dan dalam perancangan
akan menerima kesan positif. Tempoh perjalanan yang lebih singkat dari Machang dan
daerah pembangunan utama, khususnya Kota Bharu, akan menjadikan penduduk jajahan
kekal tinggal di sini walaupun bekerja di luar jajahan. Impak projek ini, bagaimanapun, adalah
jangka panjang dan kesannya adalah lebih besar selepas tempoh perancangan.
Jadual 2.2.12: Unjuran Penduduk Jajahan Machang 2010 – 2020 (Pembangunan Kadar Tinggi)
2010 Daerah
2015 2020
KPPT(%)
Penduduk % Daerah Penduduk % Daerah Penduduk % Daerah
90,420 100.0 Jumlah Jajahan 98,900 100.0 110,200 100.0 1.98 Sumber; 2010 - Laporan Kiraan Permulaan, Banci Penduduk dan Perumahan 2010, DOS disesuaikan dengan kadar pertumbuhan 1.35% dari penduduk diselaras Bancian 2000 Kajian RT Tempatan Jajahan Machang, 2010
Unjuran ini mencatatkan semua daerah mendapat pertambahan penduduk pada kadar yang
lebih tinggi. Temangan, yang merupakan kawasan paling kurang penduduk, akan menerima
tambahan penduduk pada kasar purata 1.61% setahun manakala kadar pertumbuhan
penduduk bagi daerah-daerah Pulai Chondong, Labok dan Ulu Sat akan meningkat pada
kadar melebihi 2.0%. Taburan penduduk unjuran juga ditunjukkan dalam Rajah 2.2.4.
Rajah 2.2.4: Unjuran Penduduk Jajahan Machang 2010 – 2020
Penduduk dan Asas Ekonomi 2.2-8
Penduduk Sasaran
Untuk tempoh perancangan (2011 – 2020) Rancangan Tempatan mencadangkan sasaran
penduduk berdasarkan unjuran ketiga iaitu sasaran penduduk 110,200 untuk tahun 2020
seperti dinyatakan dalam Jadual U3. Bagi tujuan perancangan, taburan penduduk sasaran
mengikut kumpulan umur disediakan dan ia dinyatakan dalam Jadual 2.2.13 berikut.
Jadual 2.2.13: Unjuran Penduduk Jajahan Machang Mengikut Kumpulan Umur, 2010 – 2020
2010 Kumpulan Umur
2015 2020
% dari ∑ Bilangan % dari ∑ Bilangan % dari ∑ Bilangan
12.7 11,501 0 – 4 12.7 12,560 12.6 13,885
14.0 12,659 5 – 9 13.9 13,747 13.8 15,208
14.2 12,840 10 – 14 13.9 13,747 13.9 15,318
11.5 10,398 15 – 19 11.8 11,670 11.9 13,114
6.0 5,425 20 – 24 6.0 5,934 6.1 6,722
5.4 4,883 25 – 29 5.4 5,341 5.5 6,061
5.5 4,930 30 – 34 5.5 5,440 5.4 5,951
5.5 4,973 35 – 39 5.4 5,341 5.4 5,951
5.5 4,928 40 – 44 5.5 5,440 5.5 6,061
4.9 4,403 45 – 49 5.0 4,945 4.9 5,400
4.2 3,752 50 – 54 4.2 4,154 4.2 4,628
3.1 2,803 55 – 59 3.0 2,967 3.0 3,306
2.6 2,333 60 – 64 2.6 2,571 2.6 2,865
1.6 1,416 65 – 69 1.6 1,582 1.6 1,763
1.5 1,395 70 – 74 1.5 1,484 1.6 1,763
1.2 1,067 75 – 79 1.2 1,187 1.2 1,322
0.8 713 80+ 0.8 791 0.8 882
100.00 90,420 Jumlah 100.0 98,900 100.0 110,200
KPPT (%) 1.79 2.16
Penduduk dan Asas Ekonomi 2.2-9
Sumber; 2010 - Laporan Kiraan Permulaan, Banci Penduduk dan Perumahan 2010, DOS disesuaikan dengan kadar pertumbuhan 1.35% dari penduduk diselaras Bancian 2000 Kajian RT Jajahan Machang, 2010
Jadual di atas mensasarkan peningkatan peratusan penduduk umur bekerja (15 – 64 tahun)
dari 54.2% tahun semasa kepada 54.5% tahun 2020. Ini bermakna Jajahan Machang akan
mempunyai penduduk umur bekerja yang besar. Dengan andaian nisbah penyertaan tenaga
buruh yang lebih tinggi, Machang perlu menyediakan pekerjaan yang lebih banyak untuk
menampung tenaga kerja yang meningkat setiap tahun. Sebaliknya penduduk bawah umur
bekerja (0 – 14 tahun) pula diunjurkan susut dari 40.9% kepada 40.3% tahun 2020.
Walaupun analisis ini menunjukkan peningkatan kecil peratusan penduduk warga emas,
kumpulan ini perlu diberikan perhatian khusus dalam perancangan. Bilangan penduduk
kumpulan ini akan meningkat kepada 5,730 tahun 2020 berbanding 4,591 tahun 2010.
Bagaimanapun, keadaan semasa menunjukkan Jajahan Machang masih kekurangan
kemudahan bagi penduduk warga emas.
Disamping itu, perhatian juga perlu diberikan kepada kumpulan penduduk berumur 15 – 24
tahun. Kini penduduk kumpulan ini merupakan kumpulan yang masih memerlukan tempat
dalam institusi pengajian lepasan sekolah, khususnya institusi pendidikan tinggi dan teknikal.
Ini kerana negara mensasarkan tenaga kerja yang berilmu dan mempunyai kepakaran.
Berdasarkan unjuran di atas juga, nisbah tanggungan mencatatkan susutan dari 85.2% tahun
2010 kepada 83.5% tahun 2020.
Jajahan ini dijangka tidak akan mengalami perubahan signifikan dari segi kumpulan etnik.
Penduduk Melayu akan terus menjadi penduduk terbesar jajahan ini dengan peratusan dari
jumlah penduduk kekal pada tahap hampir 96%. Penduduk Cina dijangka meningkat pada
kadar purata yang lebih tinggi iaitu 2.55% berbanding Melayu 1.96%. Bagi tahun 2020
peratusan penduduk Cina diunjur meningkat dari 3.4% tahun 2010 kepada 3.6%. Pembukaan
kawasan dan peluang perdagangan baru akan menarik kemasukan peniaga Cina ke
Machang, walaupun dalam tempoh perancangan jumlah kemasukan tidak besar. Peratusan
penduduk India kekal 0.2%. Penduduk lain-lain mencatatkan kadar pertumbuhan purata yang
besar iaitu 5.73%. Ini disebabkan kajian ini menjangka sebahagian penduduk bukan warga
negara yang telah menetap di jajahan ini dalam tempoh yang lama akan mendapat taraf
penduduk pemastautin dan warganegara dalam tempoh perancangan. Ini juga adalah faktor
utama susutan besar penduduk bukan warga negara. Data unjuran penduduk jajahan
mengikut kumpulan etnik dinyatakan dalam Jadual 2.2.14.
Jadual 2.2.14: Unjuran Penduduk Jajahan Machang Mengikut Kumpulan Etnik, 2010 – 2020
2010 Kumpulan Etnik
2015 2020 KPPT (%) % Dari ∑ Bilangan % Dari ∑ Bilangan % Dari ∑ Bilangan
95.8 86,637 Melayu 95.7 94,647 95.6 105,351 1.96
3.4 3,074 Cina 3.5 3,462 3.6 3,967 2.55
0.2 172 India 0.2 198 0.2 220 2.46
0.1 124 Lain-lain 0.2 198 0.2 220 5.73
0.5 413 Bukan Warga 0.4 396 0.4 441 0.66
100.0 90,420 Jumlah 100.0 98,900 100 110,200 1.98 Sumber; 2010 - Laporan Kiraan Permulaan, Banci Penduduk dan Perumahan 2010, DOS disesuaikan dengan kadar pertumbuhan 1.35% dari penduduk diselaras Bancian 2000 Kajian RT Jajahan Machang, 2010
2.2.3 Asas Ekonomi
Penduduk dan Asas Ekonomi 2.2-10
i. Hasil Keluaran Kasar Jajahan
Asas ekonomi Jajahan Machang adalah sektor pertanian dengan guna tanah pertanian seluas
26,313.17 hektar. Tanaman utama adalah getah dan padi. Aktitivi ini menyediakan pekerjaan
kepada lebih 10 ribu orang. Bagaimanapun, penyumbang utama keluaran dalam jajahan
kasar adalah sektor perkhidmatan. Sumbangan sektor pembuatan adalah relatif kecil di mana
kebanyakan aktiviti pembuatan diusahakan oleh pengusaha kecil. Jadual 2.2.15 menunjukkan
anggaran hasil Keluaran Dalam Jajahan Kasar bagi Machang untuk tahun 2010.
Bagaimanapun, adalah dimaklumkan bahawa angka yang disediakan bukan angka mutlak
dan hendaklah digunakan hanya sebagai petunjuk ke atas asas ekonomi Jajahan Machang.
Jadual 2.2.15: Keluaran Dalam Jajahan Kasar Machang, 2010.
Sektor RM Juta % Sektor dari
Jumlah
Pertanian 115.1 17.5
Perlombongan 0.6 0.1
Pembinaan 24.4 3.7
Pembuatan 64.4 9.8
Perkhidmatan 452.6 68.7
Lain-lain 1.7 0.3
Jumlah 658.8 100.0 Sumber: Kajian Rancangan Tempatan Jajahan Machang (2010 – 2020)
Review of the National Water Resource Study (2000-2050) and the formulation of National Water Resource Policy, January 2011
Angka di atas diasaskan kepada anggaran KDNK Negeri Kelantan untuk tahun 2010
berdasarkan data KDNK tahun 2005 hingga 2008 yang disediakan oleh Jabatan Perangkaan
Malaysia pada pertengahan tahun 2010. Sumbangan Jajahan Machang adalah berdasarkan
bilangan pekerjaan secara perbandingan dengan guna tanah dan anggaran daya pengeluaran
mengikut sektor bagi negeri Kelantan.
Jadual 2.2.15 mencatatkan bahawa sumbangan utama kepada hasil jajahan adalah sektor
perkhidmatan dengan nilai tambah sebanyak RM 452.6 juta atau bersamaan 68.7% jumlah
hasil keluaran jajahan. Sektor pertanian adalah penyumbang kedua terbesar dengan
sumbangan sebanyak RM 115.1 juta atau 17.5% jumlah hasil keluaran jajahan. Sumbangan
sektor pembuatan hanya 9.8% dengan nilai tambah RM 64.4 juta. Taburan ini ditunjukkan
dalam Rajah 2.2.5.
Rajah 2.2.5: KDNK Jajahan Machang Mengikut Sektor 2010
Penduduk dan Asas Ekonomi 2.2-11
ii. Tenaga Buruh dan Pekerjaan
Perkiraan saiz tenaga buruh dan pekerjaan adalah berdasarkan data yang diperolehi dari
Buletin Perangkaan Sosial 2009 dengan mengambilpakai perangkaan tahun 2009 sebagai
tahun asas dan nisbah pekerjaan Negeri kelantan sebagai data asas. Kajian ini
mengandaikan tiada perubahan nisbah pekerjaan babi tahun 2009 dengan 2010. Kajian ini
juga mengandaikan nisbah pekerjaan dengan penduduk adalah 36%. Hasil analisis itu
diterjemahkan dalam Jadual 2.2.16 dan Jadual 2.2.17.
Jadual 2.2.16: Tenaga Buruh dan Pekerjaan Machang, 2010
Perkara Bilangan
Penduduk Jajahan (PJ) 90,420
Penduduk Umur Bekerja (PUB) 48,828
Peratusan PUB/PJ 54.0
Kadar Penyertaan Tenaga Buruh (%) 69.0
Saiz Tenaga Buruh 33,691
Nisbah Pekerjaan/Penduduk (%) 36.0
Pekerjaan 32,594
Pengangguran 1,097
Kadar Pengangguran 3.4 Sumber: Kajian RT Jajahan Machang. 2010
Jajahan Machang mempunyai saiz penduduk umur bekerja sebanyak 54% jumlah penduduk.
Oleh yang demikian, jajahan ini mencatatkan kadar penyertaan tenaga buruh yang relatif
tinggi iaitu 69% berbanding purata nasional 62.6%. Jumlah pekerjaan jajahan adalah 32,594
dengan kadar pengangguran sebanyak 3.4%.
Penduduk dan Asas Ekonomi 2.2-12
Taburan pekerjaan mengikut sektor utama dinyatakan dalam Jadual 2.2.17. Sektor pertanian,
perburuan dan perhutanan merupakan sektor penting dengan menyumbangkan sebanyak
23% dari jumlah pekerjaan. Sumbangan sektor ini ditandingi oleh sektor borong, runcit dan
barangan isi rumah dengan 23.8%. Sektor pembuatan hanya menyumbang sebanyak 9.6%
berbanding 10.1% oleh sektor pentadbiran awam, pertahanan dan keselamatan. Dua sektor
lain yang mempunyai sumbangan signifikan adalah hotel dan restoran dan pendidikan,
masing-masing menyumbangkan sebanyak 9.2% dan 8.9% pekerjaan jajahan.
Jadual 2.2.17: Pekerjaan Jajahan Machang Mengikut Aktiviti, 2010
Sektor Utama Kelantan Machang % Machang/
Kelantan % Sektor Pada
Jumlah Machang
Pertanian, Pemburuan & Perhutanan 62,082
7,512 12.1 23.0
Perikanan 3,888 - 0.0 -
Perlombongan & Kuari 1,066
45 4.2 0.1
Pembuatan 45,178
3,117 6.9 9.6
Pembinaan 49,779
2,041 4.1 6.3
Bekalan letrik, gas dan air 1,278
60 4.7 0.2
Borong, runcit dan barangan isi rumah 93,422
7,754 8.3 23.8
Hotel & restoran 40,025
3,002 7.5 9.2
Pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi
16,576 845 5.1
2.6
Pengantaraan Kewangan 5,702 245 4.3 0.8
Hartanah, Sewaan & perniagaan 12,640 544 4.3 1.7
Pentadbiran awam, pertahanan & keselamatan
43,945
3,296 7.5 10.1
Pendidikan 44,615
2,900 6.5 8.9
Kesihatan & Khidmat Sosial 14,400 605 4.2 1.9
Khidmat komuniti dan persendirian 9,402 414 4.4 1.3
Lain-lain 7,406 214 2.9 0.7
Jumlah 451,404 32,594 7.2 100.0 Sumber: Kajian RT Jajahan Machang, 2010 Buletin Perangkaan Sosial Malaysia, 2009, Jabatan Perangkaan Malaysia
Penduduk dan Asas Ekonomi 2.2-13
2.2.4. Unjuran Asas Ekonomi
i. Hasil Keluaran Jajahan
Rancangan Malaysia Ke-10 mengunjurkan pertumbuhan purata 6.3% setahun untuk negeri
Kelantan bagi tempoh lima tahun (2011 – 2015). Ini adalah unjuran yang optimis
memandangkan prestasi yang lebih rendah untuk tempoh lima tahun sebelumnya. Kajian
Rancangan Tempatan Jajahan Machang juga mempunyai pandangan yang optimis berkaitan
kemampuan jajahan ini untuk mengembangkan ekonominya untuk tempoh perancangan dan
tahun-tahun selepasnya. Rancangan Tempatan ini bagaimanapun menyediakan 3 senario
kemungkinan pertumbuhan ekonomi melalui unjuran hasil keluaran jajahan.
a. Unjuran Berdasarkan Trend
Analisis keupayaan pertumbuhan berdasarkan trend untuk hasil keluaran dalam jajahan (atau
KDNK Jajahan) dinyatakan dalam Jadual 2.2.17. Jadual ini mencatatkan unjuran nilai hasil
keluaran jajahan kasar (atau KDNK) bagi Machang untuk tahun 2015 dan 2020. Oleh kerana
trend untuk Jajahan Machang tidak ada, kajian ini mengguna aliran perubahan dan prestasi
KDNK negeri sebagai rujukan. Sebagaimana kita memperolehi KDNK jajahan bagi tempoh
tahun 2010, kaedah yang sama digunakan untuk membuat unjuran.
Unjuran ini berdasarkan hasil analisis yang memberikan kadar pertumbuhan yang sederhana
dengan mengambilkira pembangunan-pembangunan yang telah dirancang dan komited dan
mengandaikan projek dan cadangan pembangunan dilaksanakan dalam tempoh perancangan
(2011 – 2020). Kaedah yang diguna adalah analisis trend pertumbuhan KDNK negeri
Kelantan berbanding Malaysia untuk tempoh 2005 – 2010 diselarskan dengan projek komited
dan cadangan projek Rancangan Tempatan.
Kadara purata asas adalah 4.3% untuk tempoh 5 tahun (iaitu purata tahun 2005 – 2010) dan
3.9% untuk tempoh 5 tahun sebelumnya (2000 – 2005). Analisis kebarangkalian menunjukkan
untuk tempoh tahun 2011 hingga 2020, trendnya ditunjukkan oleh Rajah 2.2.6. Garis biru