BAB 1 :PENGENALAN
Sumber bahan pengajaran dan pembelajaran ialah apa-apa sahaja
alat atau bahan yang berperanan dan bertugas untuk membantu
guru-guru supaya dapat menyampaikan isi pelajaran supaya pelajar
dapat memperolehi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai
berdasarkan objektif kurikulum. Alat-alat atau bahan-bahan ini
dapat membantu guru dengan menyokong penyampaian pelajaran.
Terdapat beberapa jenis sumber atau alat yang boleh membantu dalam
pengajaran guru. Jenis-jenis alat tersebut ialah bahan
bercetak,bahan teknologi maklumat dan bahan maujud.
Semua sumber P&P yang digunakan ini mempunyai beberapa
tujuan selain daripada menyampaikan isi pelajaran sahaja. Antara
tujuan tersebut ialah untuk merangsang deria rangsangan
murid-murid, kefahaman dan interpretasi maklumat kepada
murid-murid, pengekalan minat dan tumpuan melalui pelbagai media,
peningkatan daya ingatan, kemahiran berfikir, peningkatan motivasi,
peningkatan kreativiti, keseronokan dalam pembelajaran, kemahiran
interpersonal dan intrapersonal dan akhir sekali kemahiran
psikomotor.
Guru-guru perlu tahu menggunakan sumber ini mengikut kesesuian
murid-murid dari segi tajuk,objektif, dan isi pelajaran. Selain itu
aspek tahap kebolehan dan perkembangan kognitif pelajar juga harus
diambil perhatian oleh guru. Sumber pengajaran yang digunakan juga
harus menepati keperluan murid iaitu dari segi mutunya iaitu sesuai
dengan mesej, tahan lasak serta tidak mudah rosak. Penghasilan
sumber ini harus dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Ini
adalah bertujuan supaya dapat merangsang dan memotivasikan pelajar
untuk memberi lebih perhatian kepada proses pengajaran tersebut
sekaligus menjadikan proses pembelajaran menjadi lebih efektif
serta berkesan.
JENIS-JENIS SUMBER
1.1 JENIS-JENIS SUMBER
Terdapat beberapa jenis sumber atau alat bantu pengajaran dan
pembelajaran yang boleh digunakan untuk membantu guru dalam proses
pembelajaran. Dalam tugasan ini jenis-jenis sumber pengajaran dan
pembelajaran yang terlibat ialah bahan bercetak, bahan teknologi
maklumat dan bahan maujud. Semua jenis-jenis bahan ini mempunyai
ciri-ciri yang berbeza tetapi akan mencapai hasil yang sama iaitu
untuk memastikan murid-murid memahami isi-isi pelajaran serta
mencapai objektif pembelajaran.Melalui sumber-sumber yang sedia ada
mahupun yang direkacipta mengikut kreativiti sendiri, guru perlu
peka dalam memilih sumber P&P yang hendak digunakan dalam
proses pembelajaran. Terdapat banyak sumber-sumber yang boleh
digunakan oleh guru-guru yang mengajar. Antara bahan-bahan yang
boleh digunakan ialah buku teks, buku rujukan, buku latihan dan
lampiran nota. Kebanyakan sumber ini biasa digunakan oleh guru-guru
di sekolah. Untuk memberi kelainan atau penambahan yang lebih
menarik kepada proses P&P, guru boleh menggunakan alat audio
visual contohnya LCD, peta, komputer, gambar rajah dan televisyen.
Menerusi penggunaan bahan-bahan ini, murid-murid akan lebih
tertarik untuk melihat serta mendengar apa yang hendak disampaikan
oleh guru dan secara tidak langsung murid dapat memberikan tumpuan
dengan sepenuhnya kepada guru. Dengan cara ini juga, objektif yang
hendak dicapai akan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan dan
hasilnya akan lebih memuaskan serta memberi manfaat kepada kedua
belah pihak iaitu murid-murid dan guru itu sendiri.
1.2 BAHAN BERCETAK
Bahan bercetak boleh didefinisikan sebagai bahan yangmempunyai
tulisan dan wujud secara fizikal. Bahan ini boleh disentuh dan
boleh dibaca secara terus. Ciri penting pada bahan bercetak ialah
ianya mestilah dihasilkan melalui cetakan dan bukan hasil daripada
tulisan tangan mana-mana individu. Bahan bercetak meliputi buku,
majalah, jurnal, ensiklopedia, surat khabar, kad katalog, kamus,
buku teks dan sebagainya yang dihasilkan secara bercetak. Bahan
bercetak seperti ini banyak disimpan di pusat sumber atau di
perpustakaan ataupun di arkib. Semuanya dihasilkan oleh
penulis-penulis atau pereka-pereka yang mahir dan terkenal di
bidang masing-masing. Sumber pengajaran dan pembelajaran ini telah
digunakan secara meluas oleh guru-guru di sekolah sejak beberapa
lama kerana kelebihan yang terdapat pada bahan ini. Bahan ini murah
dan senang didapati di mana-mana. Selain itu ia adalah bahan yang
kekal dan mudah dirujuk pada bila-bila masa. Kelebihannya yang lain
ialah ia mudah alih dan mudah diakses yang menyebabkan ia menjadi
sumber pengajaran dan pembelajaran yang terkenal dan selalu
digunakan.Namun begitu terdapat beberapa kelemahan yang ada pada
bahan bercetak ini. Kebiasaaannya bahan bercetak selalu didapati
dalam bentuk buku yang tebal contohnya buku teks. Jadi ia sukar
untuk dibawa kerana berat. Ia juga tidak boleh disunting dan akan
menjadi masalah apabila berlakunya peredaran zaman di mana isi
kandungan buku tersebut menjadi ketinggalan dan tidak terkini. Ini
kerana buku-buku selalunya perlu disunting terlebih dahulu kemudian
dicetak seterusnya diedar di mana ia mengambil masa yang agak lama
untuk mengikut peredaran zaman.
1.3 BAHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Bahan teknologi maklumat merupakan sumber pengajaran dan
pembelajaran yang semestinya mendapat perhatian daripada
murid-murid. Teknologi Maklumat (Information Technology) ataupun IT
adalah teknologi dunia yang terkini dan dapat memberi banyak
manfaat jika digunakan secara betul. Penggunaan sumber ini perlulah
dikendalikan oleh guru yang berkemahiran kerana pengguanaan IT
secara terancang dan bersesuaian dapat meningkatkan kecekapan
proses dan keberkesanan P&P itu.Bagi guru yang menggunakan
sumber P&P ini, mereka boleh menggunakan portal pendidikan,
internet dan intranet, rangkaian LAN dan akhir sekali ialah
multimedia. Komputer adalah alat atau bahan utama yang perlu
digunakan oleh guru untuk menyampaikan isi pelajaran dalam proses
P&P. Pada masa kini guru-guru sudah mempunyai kemudahan kerana
terdapat perisian-perisian yang percuma disediakan oleh kerajaan di
mana isi perisian tersebut bertepatan dengan sukatan pelajaran yang
sedia ada. Banyak kelebihan bahan ini di mana jika ia digunakan
secara betul jadi guru perlu selalu memantau pergerakan murid-murid
semasa proses P&P sedang berlangsung. Kelebihan bahan ini ialah
murid-murid cepat mudah faham kerana mereka akan tertarik dengan
grafik yang ada pada bahan ini di mana secara tidak langsung telah
menarik perhatian mereka. Selain itu murid-murid mudah untuk
mengulangkaji apa yang telah dipelajari dan guru juga mudah untuk
membuat suntingan sekiranya guru mendapati terdapat perubahan yang
perlu dibuat. Secara keseluruhannya penggunaan bahan teknologi
maklumat ini adalah banyak kelebihannya berbanding kelemahan yang
ada dan dengan bimbingan daripada guru. Walaubagaimanapun tidak
dinafikan kelemahan yang mungkin timbul tetapi ia akan dapat
diatasi dengan mudah sekiranya pengisian yang menarik daripada guru
dihasilkan.1.4BAHAN MAUJUD
Sumber pengajaran dan pembelajaran bahan maujud adalah merupakan
bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang.
Bahan maujud ini juga adalah nyata yang ada di lingkungan alam,
baik digunakan dalam keadaan hidup ataupun yang sudah diawetkan.
Contoh bahan maujud bukan sahaja tergolong dalam sumber P&P
sahaja malah kota atau bangunan yang kekal serta alam persekitaran
juga boleh dikatakan sebagai bahan maujud. Manakala dari segi
sumber P&P pula bahan-bahan yang mungkin terlibat ialah alat
komputer, OHP, alat tulis dan perkakas sains.Bahan maujud terbahagi
pula kepada 3 jenis iaitu realia asli, realia awet dan spesimen.
Realia asli terbahagi kepada dua iaitu bahan yang hidup dan bahan
bukan hidup. Bahan yang pertama ialah bahan hidup yang sebenar
dalam dunia realiti dan masih hidup contohnya cacing tanah.
Manakala bahan bukan hidup pula ialah seperti jentera ataupun
bangunan. Realia awet pula mestilah berasal daripada benda hidup
yang kemudiannya diawet dan disimpan di dalam bendalir kimia. Jenis
bahan maujud yang ketiga ialah spesimen. Spesimen ialah sample atau
contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu
yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang lazimnya terdapat
pada kumpulan hidup tersebut. Kebiasaanya spesimen selalu didapati
dalam bentuk bahan awetan. Contoh bahan hidup yang boleh dijadikan
spesimen ialah daun-daun. Aplikasi penggunaan bahan maujud boleh
menggunakan situasi, gambaran atau kenyataan sebenar. Murid akan
didedahkan dengan pengalaman sebenar di mana melibatkan pengalaman
sedia ada mereka dan juga merangsang penggunaan deria penglihatan,
pendengaran, rasa, sentuhan dan bauan murid-murid.
BAB 2 :
TUJUAN PENGGUNAAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
2.1RANGSANGAN
Dalam tubuh manusia terdapat beberapa jenis deria yang bertindak
untuk mengesan rangsangan daripada persekitaran. Antara deria
rangsangan yang terlibat ialah deria penglihatan , pendengaran,
sentuhan, bauan dan rasa. Kelima-lima deria rasa ini perlulah
dipupuk penggunaannya kepada murid-murid melalui aktiviti atau
proses pembelajaran dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
Sumber pengajaran dan pembelajaran yang digunakan bertujuan untuk
melatih murid-murid supaya dapat menggunakan kelima-lima deria yang
sedia ada ini. Dalam menggunakan sumber atau bahan bantu
pengajaran, semua deria ini dapat dilatih contohnya bagi deria
penglihatan dan pendengaran, sumber pengajaran dan pembelajaran
yang boleh digunakan dari aspek Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan ialah dengan menggunakan tayangan video.
Berdasarkan huraian sukatan pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan tahun 4, tema Kenali Budaya Malaysia, guru boleh
menunjukkan tayangan video tentang negeri-negeri di Malaysia untuk
merangsang deria penglihatan dan pendengaran murid-murid.
Murid-murid dengan secara tidak langsung akan tertarik dan berminat
untuk melihat dan mendengar apa yang ditayangkan dalam video yang
disediakan.
Dalam tema yang sama iaitu Kenali Budaya Malaysia, deria
sentuhan dapat dilatih penggunaannya melalui cara guru menggunakan
bahan maujud contohnya baju-baju tradisional. Manakala dari segi
bauan dan rasa pula, guru boleh membawa makanan yang beraneka jenis
mengikut asal kaum-kaum yang ada di Malaysia. Contoh bagi kaum
Melayu, terdapat kuih-muih seperti cucur keria, cekodok dan
lain-lain. Bagi kaum india terdapat kuih maruku dan bagi kaum cina
pula guru boleh membawa kuih bulan. Semua makanan ini akan
merangsang deria bau dan rangsangan deria rasa pula akan menyusul
selepas guru bahagikan semua makanan tersebut antara mereka.
2.2KEFAHAMAN DAN INTERPRETASI MAKLUMAT
Tujuan kedua penggunaan sumber P&P pula ialah untuk
meningkatkan kefahaman murid-murid dalam sesuatu pembelajaran.
Tidak dinafikan walaupun tanpa penggunaan sumber P&P dalam
sesuatu proses pembelajaran, murid-murid masih boleh memahami mesej
yang ingin disampaikan oleh guru. Tetapi dengan pengguanaan sumber
P&P yang sesuai, kefahaman murid-murid akan dapat ditingkatkan
dengan lebih cepat berbanding tanpa menggunakan sebarang sumber
P&P. Ini kerana, murid-murid atau kanak-kanak khususnya lebih
cenderung dan mudah terangsang apabila melihat dan mendengar
sesuatu yang berkaitan dengan alam persekitaran mereka.
Menurut teori kognitif yang disokong oleh Atkinson, McClelland
dan Bruner, kejayaan dan kegagalan seseorang individu adalah
bergantung kepada kefahaman terhadap sesuatu institusi dan
keperibadiannya. Ini bermakna penggunaan sumber P&P juga adalah
penting di mana kefahaman seseorang itu bergantung kepada sesuatu
intstitusi tersebut. Dalam hal ini, sumber P&P akan bertindak
sebagai institusi yang bertanggungjawab untuk mencapai kefahaman
murid-murid.
Di samping kefahaman yang diterima oleh murid-murid, mereka
boleh melakukan interpretasi maklumat di mana mereka akan
bertukar-tukar maklumat yang diperolehi sesama mereka. Dengan kata
lain setelah murid-murid memahami sesuatu pelajaran, mereka boleh
mengadakan perbincangan untuk menjawab sebarang persoalan yang
mungkin timbul dalam diri masing-masing. Jadi dengan cara ini juga
dapat meningkatkan lagi kefahaman mereka di dalam sesuatu subjek
itu. Di samping itu murid-murid akan dapat mengukuhkan lagi
kefahaman di mana mungkin terdapat maklumat yang tidak sampai
kepada mereka semasa proses pembelajaran berlangsung, mereka akan
mendapat penambahan maklumat tersebut daripada rakan-rakan diskusi
mereka.2.3PENGEKALAN MINAT DAN TUMPUAN MELALUI PELBAGAI MEDIA
Menurut Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner, setiap
individu mempunyai 8 jenis kecerdasan dan kesemua jenis kecerdasan
itu boleh digunakan untuk murid-murid belajar menyesuaikan diri
dengan pelbagai jenis sumber P&P yang ada. Tujuan seterusnya
penggunaan sumber P&P ialah untuk mengekalkan minat murid-murid
terhadap sesuatu subjek dan juga untuk menarik tumpuan mereka
melalui pelbagai jenis sumber P&P.
Minat murid-murid terhadap sesuatu subjek itu terutamanya bagi
subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan boleh dipupuk sekiranya
guru mengaplikasikan cara pengunaan sumber P&P dengan betul.
Guru perlu tahu kunci untuk menarik minat semua murid-murid. Dengan
cara mempelbagaikan penggunaan sumber P&P juga dapat membantu
dalam hal ini. Tumpuan murid-murid dalam proses P&P juga adalah
penting dan untuk mencapai objektif ini guru perlu memainkan
peranan dengan mengadakan komunikasi dua hala bagi menjadikan murid
lebih aktif dari segi penglibatan semasa dalam kelas.
Contohnya bagi tema Hidup Bersama Di Sekolah dan Masyarakat,
dalam subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 5, guru
boleh menyediakan sumber P&P yang menarik di kelas untuk tujuan
pembelajaran. Selain itu untuk menambahkan lagi minat murid-murid
guru juga boleh membawa murid-murid untuk menyertai aktiviti
kejiranan atau khidmat masyarakat seperti rumah terbuka,
gotong-royong, sukaneka, riadah di kawasan setempat. Dari situ akan
timbul suasana yang berlainan dalam proses P&P di samping
murid-murid akan didedahkan dengan cara hidup bermasyarakat yang
positif. Setelah minat mereka disemai dalam semua aktiviti yang
diadakan, guru bertanggungjawab untuk mengekalkan minat mereka itu
dengan sentiasa memaklumkan mereka dengan perkembangan aktiviti
khidmat mereka kepada masyarakat di mana akan timbul perasaan
mereka dihargai atas usaha yang telah dilakukan.2.4PENINGKATAN DAYA
INGATAN
Melalui pengetahuan sedia ada pada murid-murid, penggunaan
sumber P&P dapat meningkatkan lagi daya ingatan mereka terhadap
sesuatu perkara yang terdapat dalam subjek ini. Daya ingatan
murid-murid boleh ditingkatkan dengan guru memberikan maklumat baru
melalui penggunaan sumber P&P yang sesuai. Penambahan sebarang
maklumat yang baru akan menyebabkan peningkatan daya ingatan mereka
kepada sesuatu perkara. Perkara ini boleh dibuktikan melalui teori
konstruktivisme yang disokong oleh Von Glassefel, Piaget dan
Vygotsky di mana mereka menyatakan Ilmu pengetahuan terbina hasil
penglibatan aktif individu yang menghubungkait maklumat baru dengan
pengalaman sedia ada.
Oleh itu guru yang mengajar seharusnya peka kepada keperluan
murid-murid dengan mengetahui tentang latar belakang atau maklumat
yang perlu. Guru perlu menggunakan sumber P&P dengan sebaik
mungkin di mana selari dengan pengetahuan dan minat
murid-murid.
Dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, contoh penggunaan
sumber P&P yang sesuai yang boleh diambil bagi tema Sayangi
Keluarga ialah guru menggunakan surat khabar iaitu bahan bercetak
dan menceritakan tentang organisasi kekeluargaan di mana sudah
sedia ada dalam pengetahuan murid-murid. Kemudian guru mendedahkan
isu kepincangan dalam sesebuah keluarga di mana ia merupakan
maklumat baru kepada murid-murid. Kemudian perbincangan dilakukan
dan di sini main peranan boleh diaplikasikan di mana murid-murid
diminta untuk main peranan sebagai anggota keluarga yang bermasalah
dan seterusnya mengatasi konflik tersebut. Murid-murid akan
mengaitkan pengetahuan sedia ada mereka untuk menyelesaikan masalah
itu dan secara tidak langsung peningkatan daya ingatan murid-murid
tentang tanggungjawab mereka dalam hubungan kekeluargaan akan
berlaku. 2.5KEMAHIRAN BERFIKIR
Kemahiran berfikir adalah sesuatu yang amat penting bagi
murid-murid. Ini kerana kemahiran ini sangat diperlukan untuk
murid-murid melakukan analisis, mencari maklumat, banding beza,
pengkelasan, menjana idea, membuat inferens serta mengumpul
maklumat dan banyak lagi perkara yang lain semasa penglibatan
mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Semasa proses
P&P dijalankan, penggunaan sumber P&P dapat membantu
murid-murid untuk menajamkan lagi kemahiran berfikir mereka. Ini
kerana terdapat sumber P&P yang memerlukan murid-murid untuk
membuat analisis dan seterusnya melakukan pengkelasan di mana semua
ini memerlukan kemahiran berfikir yang baik.
Contoh penggunaan sumber P&P yang memerlukan kemahiran
berfikir daripada murid-murid ialah dengan penggunaan bahan
teknologi maklumat di mana bagi tema Malaysia Negaraku, guru
menggunakan paparan tentang organisasi menteri-menteri dalam
kabinet kerajaan Malaysia. Kemudian murid-murid akan diminta untuk
mengenal pasti semua peranan dan tanggungjawab menteri-menteri yang
dipaparkan. Kemahiran berfikir ini memerlukan murid-murid
menjalankan proses pengkelasan di mana mereka perlu mengetahui
tentang peranan setiap menteri-menteri dan menyusunnya semula
mengikut pangkat yang tertinggi sehingga ke bawah sehingga
membentuk sebuah carta organisasi.
Guru yang cemerlang tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber
P&P. Jadi untuk memberikan murid-murid kesan pembelajaran yang
maksima, guru boleh membuat penilaian dengan mengadakan soal jawab
untuk menguji sejauh mana kefahaman dan daya ingatan murid-murid
tentang apa yang telah dipelajari. Secara tidak langsung guru dapat
mengetahui sama ada objektif kelas pada hari itu telah tercapai
ataupun tidak.2.6PENINGKATAN MOTIVASI
Di dalam setiap kelas yang diadakan murid-murid perlu untuk
memusatkan perhatian mereka kepada apa yang diajar oleh guru.
Tetapi untuk mengekalkan perhatian sepenuhnya adalah susah untuk
dilakukan oleh murid-murid. Ini adalah disebabkan oleh keinginan
murid-murid untuk menghadiri suatu proses pembelajaran itu yang
semakin pudar. Jadi motivasi adalah perkara yang diperlukan untuk
mengekalkan perhatian murid-murid terhadap pelajaran. Terdapat
beberapa sebab yang mungkin menyebabkan murid-murid kurang
keinginan untuk belajar. Mungkin kerana kaedah pembelajaran yang
digunakan adalah sama dan murid-murid menjadi bosan atau mungkin
juga kaedah pembelajaran yang digunakan adalah tidak kreatif dan
tidak dapat menarik perhatian mereka.
Jadi langkah penyelesaiannya ialah dengan menggunakan sumber
P&P yang sesuai dengan tahap IQ murid-murid dan disertakan
dengan pengelolaan oleh guru secara kreatif supaya murid-murid
mempunyai motivasi sama ada melalui cara ekstrinsik mahupun
instrinsik. Pengelolaan yang baik oleh guru terbukti dapat
memberikan motivasi kepada murid-murid. Melalui tema terakhir dalam
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tahun 6 iaitu Sedia Hadapi
Cabaran, guru boleh menaikkan motivasi melalui aktiviti P&P
dengan cara memberi kata-kata semangat kepada mereka. Penggunaan
sumber P&P yang boleh digunakan ialah bahan bercetak di mana
murid-murid sendiri yang menghasilkan bahan tersebut. Contoh bahan
bercetak yang boleh dihasilkan ialah buku panduan bertemakan Gaya
Hidup Sihat. Dengan cara ini murid-murid bukan sahaja mendapat
pengetahuan serta maklumat yang perlu tentang isu-isu gejala sosial
di negara kita, malah mereka akan lebih sedar dan akan berusaha
untuk menjauhi gejala tersebut. Mereka akan mendapat motivasi untuk
terus meneladani contoh yang baik di mana ia akan sedikit sebanyak
dapat mempengaruhi rakan-rakan mereka yang lain.2.7PENINGKATAN
KREATIVITI
Meningkatkan daya kreativiti murid-murid adalah merupakan salah
satu tujuan penggunaan sumber P&P di sekolah. Ini kerana
kreativiti merupakan salah satu kemahiran halus yang boleh digilap
untuk menjadikan murid-murid lebih berfikir ke arah mencipta
perkara baru yang lebih bernas serta menarik. Proses pembelajaran
yang memerlukan daya kreativiti daripada murid-murid perlulah
diadakan bagi melatih daya kreativiti mereka yang sedia ada.
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dianjurkan oleh guru di
mana aktiviti tersebut boleh menguji sejauh mana daya kreativiti
yang ada pada murid-murid. Selain itu guru juga boleh meningkatkan
lagi daya kreativiti murid-murid dengan menggunakan sumber P&P
yang sesuai. Contoh yang boleh diberikan ialah dalam tema Malaysia
Negaraku di mana bahan yang boleh digunakan ialah bahan maujud.
Konsep penggabungjalinan juga boleh diaplikasikan oleh guru di mana
dengan masih menggunakan tema yang sama, guru boleh menggunakan
bahan teknologi maklumat, contohnya tayangan video untuk memberi
pendedahan kepada murid-murid tentang kelebihan dan keunikan tanah
tumpah darah mereka sendiri.
Di sini dengan secara tidak langsung murid-murid akan menerima
input yang baru dan idea-idea baru akan mula timbul dalam kotak
fikiran mereka hasil daripada pendedahan yang diterima. Kemudian
melalui penggunaan bahan maujud guru boleh menguji daya kreativi
murid-murid dengan mengadakan aktiviti melukis poster. Daya
kreativiti murid-murid boleh dikesan melalui idea-idea yang
dicurahkan ke atas kertas lukisan mereka. Guru juga dari masa ke
semasa perlu juga memantau aktiviti murid-murid bagi melihat
perkembangan mereka dan memberi sedikit tunjuk ajar untuk
perkara-perkara yang perlu.
2.8KESERONOKAN DALAM PEMBELAJARAN
Setiap murid-murid merupakan kanak-kanak yang tidak akan lengkap
tanpa melakukan perkara yang boleh mendatangkan keseronokan kepada
diri mereka. Ini adalah merupakan keperluan asas bagi setiap
kanak-kanak yang normal. Jadi guru perlu mengambil berat tentang
hal ini dan untuk proses pembelajaran yang berkesan guru perlu
mendapat perhatian daripada murid-murid terlebih dahulu.
Keseronokan dalam pembelajaran boleh dicipta oleh guru untuk
mengekalkan perhatian murid-murid supaya mereka mendapat isi
pelajaran yang hendak disampaikan. Menurut sukatan pelajaran dalam
Pendididikan Sivik dan Kewarganegaraaan, berdasarkan tema Kenali
Budaya Malaysia, guru boleh mengubahsuai cara penyampaian
pembelajaran dengan menggunakan bahan maujud. Permainan perlulah
direkacipta bagi menimbulkan suasana yang seronok di dalam kelas
kerana murid-murid mudah terangsang dengan aktiviti permainan.
Contoh yang boleh diberi ialah permainan dart. Akan terdapat satu
papan dart berbentuk bulatan di mana terdapat skor bagi pemain yang
membaling panah dart tersebut. Setiap bulatan mempunyai skor yang
tertentu dan jika murid-murid memanah mengenai mana-mana skor,
murid tersebut perlu menjawab soalan yang terdapat di sebalik skor
yang diperolehinya. Markah akan dikira berdasarkan skor yang
diperolehi hanya jika jawapan yang diberi adalah betul.
Permainan ini adalah pengubahsuaian yang dilakukan untuk
disesuaikan dengan proses pembelajaran di mana dapat menyampaikan
isi pelajaran yang berkaitan tema yang dipilih. Soalan-soalan yang
dipilih untuk diletakkan di sebalik skor perlulah menepati aras
yang telah dipilih dan bersesuaian dengan tahap murid-murid.
Permainan ini boleh dikatakan sebagai kuiz tetapi dalam cara yang
berbeza yang lebih menarik perhatian murid-murid.2.9KEMAHIRAN
INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL
Kemahiran interpersonal menurut pencetus Teori Kecerdasan
Pelbagai iaitu Howard Gardner ialah kebolehan memahami perasaan,
motivasi, tabiat serta hasrat orang lain dan kebolehan bertindak
secara berkesan kepada orang lain. Kemahiran ini memerlukan
seseorang individu itu mampu berkomunikasi dengan baik di kalangan
masyarakat yang berada di persekitaran. Dalam konteks ini
murid-murid mampu berkomunikasi dengan baik sesama murid dan murid
mampu juga berkomunikasi dengan baik kepada guru.Kemahiran
intrapersonal pula didefinisikan oleh Howard Gardner sebagai
kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan ,
hasrat dan kehendak. Kebolehan menangani perasaan, mengawal
kemarahan dan kesedihan diri serta kebolehan membantu diri lebih
berdisplin , beradab dan bersopan. Kemahiran ini lebih memberikan
tumpuan dari segi dalaman diri individu tersebut. Dalam konteks
pembelajaran, murid-murid mempunyai kebolehan untuk menangani
sebarang masalah peribadi mereka serta dapat menumpukan perhatian
sepenuhnya terhadap pembelajaran.Sumber P&P mempunyai pelbagai
jenis di mana tidak dinafikan mampu menerapkan nilai-nilai murni
serta dapat melatih kemahiran interpersonal dan intrapersonal
murid-murid. Gerak kerja kumpulan adalah contoh aktiviti yang dapat
mengasah kedua-dua kemahiran interpersonal dan kemahiran
intrapersonal murid-murid. Contoh yang boleh diberikan ialah
aktiviti melukis poster di mana ia melibatkan bahan maujud.
Aktiviti seperti ini memerlukan kerjasama daripada murid-murid dan
secara umumnya guru boleh melatih kemahiran interpersonal manakala
kemahiran intrapersonal pula dapat dilatih dengan melihat sejauh
mana penglibatan seseorang murid itu dalam aktiviti yang
diadakan.
2.10KEMAHIRAN PSIKOMOTORKemahiran psikomotor merupakan kemahiran
pergerakan di mana memerlukan murid-murid menggunakan semua anggota
badan mereka untuk melakukan kerja. Terdapat banyak jenis
pergerakan psikomotor tetapi adalah bergantung kepada guru untuk
melatih mana-mana kemahiran psikomotor kepada murid-murid dengan
menggunakan sumber P&P.Contoh yang boleh diambil dalam
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, ialah daripada tema Hidup
Bersama Di Sekolah Dan Masyarakat di mana aktiviti yang boleh
dijalankan ialah aktiviti gotong-royong samada di sekolah ataupun
di kawasan setempat. Di samping murid-murid menaburkan khidmat
mereka, mereka dapat juga menjaga kesihatan mereka dengan melakukan
aktiviti yang melibatkan otot badan dan otot karvadiaskular.
Aktiviti-aktiviti lain yang boleh menjadi pilihan untuk
dilaksanakan ialah sukaneka, riadah dan rumah terbuka.Aktiviti di
dalam kelas juga boleh diadakan untuk melatih kemahiran psikomotor
murid-murid. Melalui tema Kenali Budaya Malaysia, guru boelh
mengadakan aktiviti seni tari mengikut budaya kaum di Malaysia.
Seni tari melibatkan banyak pergerakan yang unik dan secara tidak
langsung kemahiran psikomotor dapat dilatih. Di sini
penggabungjalinan juga dapat dilakukan dengan menggabungkan seni
muzik semasa aktiviti seni tari dijalankan. Guru perlu memantau
aktiviti murid-murid dan banyak memberi tunjuk ajar kepada mereka
tentang perkara-perkara baru yang masih lagi asing bagi
murid-murid. Aktiviti ini memerlukan latihan yang kerap untuk
memastikan murid-murid dapat mencapai objektif pembelajaran serta
menepati tujuan penggunaan sumber P&P yag telah digunakan.
3.5 DAPATAN KAJIAN
Dari kajian yang telah dijalankan disekolah selama seminggu pada
17 hingga 21 Ogos 2009. Kumpulan kami terdiri daripada 6 orang
iaitu Rafidah binti Shapei, Muhd. Mursyid bin Zulkefli, Mohd. Amir
bin Udin, Devishree a/p Velayutham, Suhail bin Shaharudin dan Akmal
Hafeez bin Ayob telah menjalankan kajian di beberapa buah sekolah
yang berasingan. Setakat ini terdapat 5 buah sekolah yang berlainan
yang menjadi tempat kajian kumpulan kami di tiga buah negeri yang
berlainan. Antaranya ialah negeri Pulau Pinang, negeri Kelantan dan
negeri Selangor. Berikut adalah hasil dapatan kajian yang telah
dapat kumpulan kami kumpul dapat kumpul tentang kajian kepenggunaan
sumber atau bahan pengajaran di antara sekolah-sekolah yang telah
kami jalankan kajian.3.5.1Sekolah Kebangsaan Bukit GambirDi sekolah
ini, terdapat tiga orang guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
yang telah ditemu bual mengenai penggunaan sumber pengajaran di
sekolah untuk mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
Di sekolah berkenaan, guru-guru digalakkan untuk menggunakan bahan
bantu mengajar semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Disamping itu, daripada temu bual yang telah dijalankan ke
atas guru-guru di sekolah itu guru-guru tidak berminat menggunakan
sumber pengajaran jenis teknologi maklumat. Hal ini kerana,
terdapat beberapa kekangan yang guru-guru hadapi apabila ingin
menggunakannya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Antara yang
dinyatakan adalah kekangan masa yang amat ketara kerana untuk
menggunakan sumber bahan teknologi maklumat melibatkan penggunaan
computer riba dan LCD. Yang menjadi masalah kepada guru-guru ialah
untuk memasang dan menggunakan LCD tersebut yang akan mengambil
masa yang lama terutama bagi guru-guru yang tidak cekap menggunakan
peralatan teknologi seperti itu.3.5.2. Sekolah Kebangsaan Bukit
GelugorSekolah kedua yang telah kami jalankan kajian ialah di
Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor, Gelugor, Pulau Pinang. Sekolah
ini merupakan antara sekolah yang lama ditubuhkan sejak zaman
pemerintahan British lagi. Kemudian, sekolah ini ditukarkan
daripada sekolah Inggeris kepada sekolah kebangsaan. Di sekolah
ini, terdapat 3 orang guru yang dipertanggungjawabkan untuk
mengajar mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
Sebagaimana yang telah kita sedia maklum, sumber pengajaran amat
penting dalam proses pembelajaran murid-murid. Dan di sekolah ini
sumber pengajaran yang kerap kali digunakan adalah jenis yang
bercetak.Oleh itu, guru-guru di sekolah ini amat mementingkan
tentang penggunaan sumber pengajaran kerana ianya memudahkan
penerangan guru-guru dan ianya juga senang untuk difahami oleh
murid-murid semasa guru mengajar. Mengikut temu ramah yang telah
kami lakukan berikutan kajian kepenggunaan sumber pengajaran di
sekolah tersebut, guru-guru terbabit memberikan respon yang baik
dan memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada kami. Dan perkara yang
penting yang kami dapat hasil temu ramah dengan guru-guru daripada
temu ramah kami sepanjang kajian ialah penggunaan sumber pengajaran
penting dalam apa juga mata pelajaran seperti yang telah dinyatakan
seperti di atas. Akan tetapi, penggunaan sumber pengajaran tersebut
perlulah mengikut kesesuaian topik dan tahap murid-murid dalam
proses penghasilan bahan bantu mengajar yang juga dikira sebagai
nasihat oleh guru-guru tersebut kepada kami bakal-bakal guru masa
hadapan.
3.5.3 Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor
Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor merupakan sekolah rendah
kebangsaan yang tertua di Malaysia. Sekolah ini terletak berhadapan
dengan padang besar Universiti Sains Malaysia. Oleh itu, sekolah
ini menjadi sekolah contoh di negeri Pulau Pinang dan mendapat
kelebihan dari pelbagai aspek oleh Jabatan Pendidikan Negeri. Kami
amat berbesar hati kerana berpeluang membuat kajian lapangan di
salah sebuah sekolah yang elit di negeri ini. Sekolah ini sangat
mementingkan akademik murid-muridnya selain kokurikulum. Di sekolah
ini terdapat banyak pencapaian akademik yang cemerlang yang dapat
kami lihat.Oleh itu, sangat mudah apabila kajian yang kami
laksanakan ini berkenaan sumber pengajaran yang digunakan di
sekolah tersebut kerana sekolah tersebut sangat lengkap dengan
berbagai-bagai kemudahan pengajaran. Dan dari temu bual yang kami
jalankan kepada guru-guru, penggunaan sumber pengajaran amat
dititik beratkan di sekolah tersebut. Selain itu, guru-guru
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sekolah tersebut lebih
menekankan sumber pengajaran teknologi maklumat kerana ianya lebih
menarik dan murid-murid menyukainya. Oleh itu, guru Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan akan mengadakan kelasnya di makmal
komputer di mana guru tersebut sama ada menggunakan perisian untuk
pengajaran atau menyediakan sendiri bahan bantu mengajarnya.
3.6 RUMUSAN
Setelah menjalankan kajian selama 5 hari sewaktu program
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), rumusan atau kesimpulan yang
boleh dinyatakan di sini ialah sumber pengajaran dan pembelajaran
(P&P) yang digunakan oleh semua guru Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan di sekolah-sekolah yang terlibat adalah
berbeza-beza mengikut kemampuan belanjawan sekolah tersebut dan
juga kemudahan infrastruktur seperti makmal komputer dan bilik atau
pusat sumber yang di lengkapi dengan bahan dan sumber pengajaran.
Terdapat sekolah yang sedia membeli sumber pengajaran dan
pembelajaran yang dijual di pasaran dan ada juga sekolah yang tidak
mampu membeli dan sekadar menggunakan sumber pengajaran dan
pembelajaran yang sedia ada serta yang dihasilkan oleh guru
berkenaan. Namun begitu guru-guru yang terlibat dalam kajian yang
kumpulan kami adakan, mengambil sikap positif dengan mencari
inisiatif sendiri untuk memastikan objektif pembelajaran tercapai
dengan menggunakan sumber bahan pengajaran. Perkara ini secara
tidak langsung telah mengajar kami untuk tidak terlalu bergantung
kepada sumber pengajaran dan pembelajaran untuk menjalankan sesuatu
kelas. Sumber pengajaran yang digunakan adalah bertujuan untuk
menolong guru-guru supaya mencapai objektif pembelajaran dengan
lebih cepat dan memudahkan pemahaman murid-murid dengan isi
penyampaian semasa proses pembelajaran berlangsung di dalam bilik
darjah juga untuk menolong guru mengawal kelas dengan mudah apabila
perhatian mereka ditarik dengan keunikan sumber bahan pengajaran
apabila guru menggunakannya. Selain itu kami juga sedar bahawa
untuk menjadi seorang guru yang cemerlang dan berdedikasi, kita
perlu menjadi lebih kreatif kerana murid-murid mudah menjadi bosan
dengan kaedah pengajaran yang sama dan mereka akan mula hilang
tumpuan dan mengakibatkan objektif pembelajaran yang telah
ditetapkan tidak akan tercapai.Akhir sekali, kami bersepakat
merumuskan bahawa penggunaan sumber dan bahan pengajaran adalah
penting dan amat dititik beratkan oleh mana-mana sekolah berikutan
dengan respon yang diterima semasa dan sepanjang kajian kes
dijalankan. Cuma penggunaan bahan dan sumber pengajaran tersebut
berbeza mengikut kemampuan sekolah dan guru yang mengajar.
Kemampuan sekolah yang dimaksudkan di sini adalah kemudahan yang
telah disediakan oleh sekolah tersebut sama ada dalam bentuk
infrastruktur ataupun jumlah belanjawan PCG mengikut subjek, dan
guru yang mengajar pula dirujuk kepada guru yang mengajar sama ada
mahu menggunakan atau tidak sumber bahan pengajaran semasa mengajar
dan jenis apa yang dirasakan sesuai dengan tajuk pengajaran yang
ingin diajar oleh guru tersebut kepada murid-muridnya setelah
dirasakan ianya sesuai kepada tahap murid-muridnya.
3.7 REFLEKSIHasil daripada pemerhatian saya bersama rakan-rakan
yang terlibat semasa program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)
selama lima hari bermula dari 17 Ogos hingga 21 Ogos 2009 bertempat
di Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir, saya mendapati penggunaan
sumber Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas adalah
kebanyakannya hanya berpandukan buku teks sahaja di mana setiap
kelas yang saya hadiri dan membuat pemerhatian, guru berperanan
sebagai sumber rujukan untuk menghurai dan memastikan murid-murid
memahami apa yang ingin disampaikan.Saya tidak menafikan bahawa
penggunaan sumber P&P bahan bercetak buku teks juga dapat
memastikan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar namun
kemudahan sumber-sumber P&P yang lain di mana berperanan untuk
membantu guru memastikan murid-murid lebih seronok untuk belajar,
lebih menumpukan perhatian, lebih cepat untuk memahami isi
kandungan pelajaran dan lain-lain lagi adalah jarang digunakan dan
itu adalah satu kerugian.Walaupun begitu saya tertarik dengan cara
guru-guru di kelas Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
mengendalikan kelas supaya murid-murid memberi sepenuh perhatian
kepada apa yang disampaikan oleh guru. Apa yang saya [elajari ialah
ketegasan merupakan suatu kemahiran yang perlu dipelajari kerana ia
dapat menjamin pengawalan kelas yang maksimum. Murid-murid akan
sentiasa mematuhi peraturan serta arahan yang dikeluarkan oleh
guru. Objektif pembelajaran kelas yang ditetapkan oleh guru
tersebut sewaktu hari pemerhatian kami dapat dicapai dengan mudah
kerana kerjasama yang diberikan oleh murid-,murid. Walaupun
terdapat kelemahan dari segi penggunaan sumber P&P, guru
tersebut harus dipuji kerana kebolehannya mengendalikan kelas tanpa
sebarang masalah dan pada masa yang sama dapat mencapai objektif
pembelajaran yang sepatutnya.
BIBLIOGRAFI
Teori Pembelajaran:
http://www.teachers.ash.org.au/teachereduc/indexTE.html Teori
Behaviourisme: http://129.7.160.115/inst5931/Behaviorism.html Unsur
Konstruktivisme:
http://www.usask.ca/education/coursework/802papers/Skaalid/index.html
http://www.sedl.org/scimath/compass/v01n03/welcome.html
http://www.cudenver.edu/~mryder/itc/constructivism.html Reka bentuk
Model Pengajaran: http://www.cudenver.edu/~mryder/itc/idmodels.html
http://www.usask.ca/education/coursework/802papers/mergel/brenda.htm
http://www.cudenver.edu/~lsherry/courses/IDdoclab.html Faktor yang
mempengaruhi penggunaan komputer dalam P&P di sekolah:
http://www.usask.ca/education/coursework/802papers/krysa/ron.htm
http://www.newhorizons.org/tech_irlkahn.html
http://mohdruzzi.blogspot.com/2008/08/strategi-pengajaran-dan-pembelajaran.html
LAMPIRAN
BAHAN BERCETAK
HANDOUTBUKU TEKS
SURAT KHABARMAJALAH
BAHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
KOMPUTERTAYANGAN VIDEO
ALAT KOMUNIKASIINTERNET
BAHAN MAUJUD
MAKANANPERMAINANKERTAS MAHJONGLUKISAN14