XPENGENALAN Perkembangan dan perubahan semasa dalam dunia pendidikan menuntut keperluan untuk menyediakan guru-guru yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, spiritualdan intelek. Kandungan topik ini membolehkan anda mengenal pasti ciri-ciri seorang guru yang baik di samping menyedari peranan anda dalam membentuk masa depan negara. Sebagai seorang guru, kita diharapkan dapat membuat persepsi yang menyeluruh dalam memahami diri dengan meningkatkan potensi diri sebagai insan dan guru yang berakhlak mulia. Di dalam melaksanakan peranan sebagai guru, kita terdedah kepada persekitaran yang amat mencabar dan harus kita tempuhi dan lalui. Pengisian topik ini diharapkan dapat menyediakan anda dengan daya tahan yang tinggi dan menerima hakikat bahawa profesion ini adalah satu ibadat. Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.Menghuraikan maksud konsep guru profesional; 2.Menghuraikan ciri-ciri guru profesional; 3.Menyenaraikan faktor-faktor yang menaikkan martabat guru di mata masyarakat; 4.Mengenal pasti peranan guru sebagai pembentuk masa depan negara; 5.Mengkategorikan ciri-ciri guru yang baik dan yang tidak baik; dan 6.Mengamalkan ciri-ciri seorang guru yang baik. HASIL PEMBELAJARAN T T o o p p i i 2 2 XGuru Profesional
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Perkembangan dan perubahan semasa dalam dunia pendidikan menuntutkeperluan untuk menyediakan guru-guru yang seimbang dari segi jasmani,emosi, rohani, spiritual dan intelek. Kandungan topik ini membolehkan andamengenal pasti ciri-ciri seorang guru yang baik di samping menyedari peranan
anda dalam membentuk masa depan negara.
Sebagai seorang guru, kita diharapkan dapat membuat persepsi yangmenyeluruh dalam memahami diri dengan meningkatkan potensi diri sebagaiinsan dan guru yang berakhlak mulia. Di dalam melaksanakan peranan sebagaiguru, kita terdedah kepada persekitaran yang amat mencabar dan harus kitatempuhi dan lalui. Pengisian topik ini diharapkan dapat menyediakan andadengan daya tahan yang tinggi dan menerima hakikat bahawa profesion iniadalah satu ibadat.
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan maksud konsep guru profesional;
2. Menghuraikan ciri-ciri guru profesional;
3. Menyenaraikan faktor-faktor yang menaikkan martabat guru dimata masyarakat;
4. Mengenal pasti peranan guru sebagai pembentuk masa depannegara;
5. Mengkategorikan ciri-ciri guru yang baik dan yang tidak baik; dan
Di dalam topik ini, kita akan membincangkan tentang guru sebagai profesionyang mulia. Ini meliputi bagaimana menjadikan guru dihormati masyarakat,menjadikan tugas guru sebagai satu ibadat dan menjadikan guru sebagai pakar
rujuk. Guru dikatakan sebagai pembentuk masa depan negara. Oleh itu, nilai-nilai murni perlu diamalkan supaya guru boleh menjadi role model kepadapelajar.
KONSEP: GURU PROFESION MULIA
Guru bertanggungjawab dalam usaha memperkembangkan potensi pelajar.Setiap individu pasti pernah melalui sejarah hidup sebagai seorang pelajar.Dalam melayari pengalaman tersebut pastinya terselit kenangan manis tentang
salah seorang daripada guru-gurunya. Mengapakah kita masih mengenangguru-guru itu? Hal ini pastinya kerana pengalaman positif yang pernah kita lalui
bersamanya ketika itu.
Seorang guru yang telah mendorong kita sehingga berjaya di dalam pelajarandan menjadikan siapa diri kita hari ini tentulah merupakan seorang insan yangmulia.
Sila baca contoh ini. Seorang kawan anda hampir putus asa kerana gagal didalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia yang didudukinya.Seorang guru yang begitu prihatin telah membimbingnya dan mendorongnyasecara berterusan. Akhirnya beliau mendapat keputusan cemerlang dalampeperiksaan sebenar.
2.1.1 Konsep Kemahiran Profesional Keguruan
Guru adalah golongan yang mempunyai kemahiran profesional. Tahukah andaapa yang dimaksudkan dengan kemahiran profesional itu?
Kemahiran profesional adalah sekumpulan kemahiran yang diperoleh melalui
pengalaman melaksanakan kajian dan melalui latihan dalam tempoh masa yangditetapkan. Kemahiran tersebut merupakan satu keperluan untuk menjalankantugas dengan cekap dan sempurna.
Ciri-ciri profesional yang terdapat dalam bidang perguruan adalah seperti berikut:
(a) Mempunyai latihan ikhtisas dalam perguruan;
(b) Mempunyai autonomi dalam menentukan kaedah mengajar;
(a) Kemahiran BelajarKemahiran belajar ialah suatu kecekapan atau keupayaan seseorang untukmengumpul, memproses dan merumus maklumat. Kombinasi pelbagai
kaedah digunakan agar pembelajarannya berkesan. Kemahiran belajarmeliputi kemahiran:
(i) Membaca;
(ii) Mencatat nota;
(iii) Mengingat;
(iv) Mendengar;
(v) Menginterpretasi bahan; dan
(vi) Mengurus masa.
(b) Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan KreatifKemahiran berfikir sangat penting kepada setiap profesional. Ia digunakanuntuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan bijaksana.Terdapat beberapa jenis pemikiran. Antaranya adalah:
(i) Konvergen Hanya satu jawapan sahaja yang betul. Jawapan terbaik bagi soalanatau masalah yang diberi telah dikenal pasti.
Contoh:
x Menjawab soalan Matematik; dan
x Mencari jawapan kepada satu uji kaji Sains.
(ii) Divergen Banyak jawapan yang boleh diterima untuk sesuatu penyelesaianmasalah.
Contoh:Berikan kegunaan kertas kepada manusia.
x Menulis, melukis, menutup makanan, membungkus; dan
x Sumber ekonomi (kitar semula: jual surat khabar lama).
Cuba anda lihat Rajah 2.2 di atas. Anda telah melihat beberapa sebab yang diberioleh pelajar mengapa mereka menghormati guru mereka. Golongan guru harusdihormati bukan sahaja oleh pelajar malah seluruh masyarakat. Merekalahpembentuk bakal pemimpin-pemimpin negara kita.
Bincangkan bagaimanakah kemahiran berikut membantu guru menjadiseorang profesional.
(a) Kemahiran merancang dan mengurus;
(b) Kemahiran menilai dan menyoal;
(c) Kemahiran membuat kajian;
(d) Kemahiran berkomunikasi;
(e) Kemahiran mengendalikan aktiviti luar bilik darjah;
(f) Kemahiran menjalin hubungan sesama manusia; dan
Para guru akan lebih dihormati oleh masyarakat sekiranya melakukan perkara-perkara yang disebutkan di bawah:
(a) Melibatkan diri dengan aktiviti setempat (aktiviti masjid/keagamaan,gotong-royong, ziarah yang sakit atau kematian, perkahwinan dan lain-lain).
(b) Menjalinkan hubungan rapat dengan pelajar ă Mengenali ibu bapa merekadan menghubungi keluarga untuk berkenalan secara lebih rapat.
(c) Sensitif dengan budaya setempat dan adat resam.
(d) Mengalakkan ibu bapa pelajar menghubungi guru untuk mendapatkanmaklumat berkenaan anak mereka.
(e) Ikhlas sama ada bila memuji ataupun menegur tingkah laku pelajar.
(f) Empati dengan latar belakang pelajar.
(g) Mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi.
2.1.3 Tugas Guru sebagai Ibadat
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. ‰Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para malaikat-
Nya begitu juga penghuni langit dan bumi, sehingga semut yang berada di lubangnya dan ikan di lautan, semuanya memohon rahmat bagi orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang ramaiÊ.
Apakah perasaan anda apabila membaca ayat di atas? Kita harus ingat akanmulianya kerja sebagai seorang guru. Tugas utama guru adalah menyampaikanilmu. Guru bertanggungjawab mengubah seseorang individu daripada tidaktahu kepada tahu dari segi ilmu, kemahiran dan sikap. Bukankah ini suatuibadat?
Latihan sumbang saran:
Bincangkan langkah-langkah yang boleh menaikkan martabat guru dimata masyarakat.
Guru mendidik kita dengan sabar, tanpa menghiraukan rupa, bangsa danagama. Di mana pun mereka berada, tugas mendidik ini tidak pernahditinggalkan. Matlamat utamanya menjadikan kita manusia yang berilmu, boleh
berdikari dan mempunyai masa depan yang cemerlang.
Di samping menyampaikan ilmu, guru juga membentuk sikap dan sahsiahpelajar. Kita diminta mempamerkan tingkah laku yang diterima oleh masyarakatdan positif, bukan tingkah laku yang anti sosial.
Pelbagai teknik pengurusan tingkah laku digunakan untuk memastikan tingkahlaku yang diingini diikuti oleh pelajar. Kita diajar memberi salam apabila
berjumpa, mengucapkan terima kasih apabila menerima sesuatu, mengetukpintu sebelum masuk dan meminta izin apabila ingin keluar dari kelas. Semuatindakan guru ini adalah untuk menjadikan kita insan yang baik. Bukankah ini
satu ibadat?
2.1.4 Masa Depan Negara
(a) Agen Perubahan Agen perubahan dalam konteks ini adalah sumber ilmu kemahiran danpendirian. Sekolah (Rendah, Menengah, Teknik dan Vokasional), universitidan kolej berperanan sebagai agen perubahan yang menawarkan asas-asasilmu (UPSR, PMR, SPM, STPM) dan juga pelbagai kursus (perguruan,teknologi maklumat, perniagaan, kejuruteraan dan sebagainya).
Guru dianggap sebagai agen perubahan. Pusat Perkembangan Kurikulum bertanggungjawab dalam menggubal kurikulum baru tetapi siapakah yangmelaksanakannya kalau bukan guru?
(b) Mobiliti Sosial Anjakan sosial boleh berlaku disebabkan tahap ilmu yang dimilikiseseorang individu (Rajah 2.3). Pernahkah anda mendengar seorang anaknelayan menjadi doktor? Seorang anak buruh kasar menjadi peguam?Seorang anak penoreh getah menjadi jutawan? Itulah yang dimaksudkansebagai mobiliti sosial.
Mobiliti sosial meningkatkan gaya hidup.
Guru adalah pencorak masa depan negara. Adakah anda bersetujudengan kenyataan ini?
Rajah 2.3: Anjakan sosial disebabkan oleh tahap ilmu akan meningkatkan gaya hidup
Kedua-dua faktor ini iaitu ilmu dan mobiliti sosial menyumbang kepadapeningkatan gaya hidup. Peranan guru sebagai agen perubahan membantupelajar untuk mencapai tahap sosio-ekonomi yang baik melalui mobiliti sosial.Adakah anda bersetuju dengan kenyataan ini?
2.1.5 Guru sebagai Pakar Rujuk
Mari kita renung sejenak pengalaman kita sebagai pelajar dahulu. Kepadasiapakah kita pergi untuk mendapatkan bantuan jika menghadapi masalahdalam bidang akademik, terutamanya jika ibu bapa tidak mampu membantumenyelesaikannya? Pelajar sering kali merujuk guru untuk menyelesaikannya(Rajah 2.4).
(a) Disiplin Ilmu Pelajar merujuk kepada guru untuk mendapatkan bantuan di dalamperkara-perkara berikut:
(i) Cara belajar yang berkesan;
(ii) Masalah akademik;
(iii) Masalah pembelajaran;
(iv) Masalah dalam komunikasi/bahasa; dan
(v) Memilih mata pelajaran yang sesuai untuk diambil.
(b) Kemahiran
Di dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran amali,guru menjadi pakar rujuk yang utama. Contohnya, di dalam mata pelajaranSains, Kemahiran Hidup, Teknologi Maklumat dan Komunikasi,Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Seni Visual, PendidikanVokasional dan Teknikal dan lain-lain lagi. Guru juga dirujuk untukmeningkatkan kemahiran belajar yang merangkumi kemahiran berikut:
(i) Kemahiran mencatat nota ă membuat peta minda;
(ii) Kemahiran membaca; dan
(iii) Kemahiran mengingat.
(c) Kaunseling dan Kerjaya Kita sering kali berjumpa dengan guru untuk mendapatkan khidmatkaunseling terutamanya bila menghadapi masalah peribadi sepertipertelingkahan dalam keluarga, masalah kecelaruan personaliti, masalahdalam hubungan dengan rakan sebaya dan seumpamanya. Apakah yangkita harapkan daripada guru-guru ini? Guru-guru kaunseling membantukita membuat keputusan yang tepat supaya dapat mengurangkan stres danmeminimumkan dilema.
Apabila hampir meninggalkan alam persekolahan, sekali lagi kitamenghadapi dilema untuk memilih bidang yang sesuai dengan cita-citadan kelayakan yang kita perolehi. Kali ini guru pakar di dalam bidang inisangat diperlukan sebagai pakar rujuk.
(i) Memberi panduan yang jelas untuk setiap tugasan yang diberi.
(ii) Membimbing secara lembut untuk membantu pelajar mencapaitingkah laku yang dikehendaki.
(iii) Konsisten apabila menguruskan tingkah laku pelajar.
(e) Pujian yang Diberi Menampakkan Keikhlasan
(i) Tekal dalam menilai tugasan pelajar.
(ii) Menegur kesilapan pelajar dengan cara memberi motivasi.
(f) Hormat dan Bertolak Ansur dengan Pelajar(i) Elakkan daripada menengking atau memalukan pelajar.
(ii) Unsur paralinguistik digunakan untuk mendapatkan perhatianpelajar.
(iii) Menyelidik/menerima alasan yang diberi.
(g) Kesedaran terhadap Objektif Pengajaran
(i) Bertanggungjawab terhadap pencapaian objektif.
(ii) Tahu apa yang hendak dicapai di akhir pengajaran.
(h) Rancangan Pengajaran yang Berstruktur
(i) Pengajaran dari senang kepada susah.
(ii) Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.
(i) Mempunyai Objektif Jangka Panjang
(i) Membimbing pelajar yang memerlukan bantuan.
(ii) Merangka program yang membantu mengembangkan kemahiranpelajar.
(iii) Menjelaskan apa yang seterusnya akan dipelajari.
Effective teachers know their goals and try to achieve these goals (Hedges and Papritan, 1987; OÊBrien and Pulliam, 1984; and Tobin and Fraser, 1984 ).
(i) Strategi pengajaran dan pembelajaran dipelbagaikan.
(ii) Unsur-unsur kecindan dan hiburan diselitkan semasa mengajar.
(iii) Libatkan pelajar-pelajar yang berbakat untuk sesi tunjuk cara ataumengajar rakan sebaya.
(iv) Ambil kira mood semasa pelajar untuk memilih strategi pengajarandan pembelajaran yang akan dilaksanakan.
(k) Bersemangat Teachers show enthusiasm through movement, gesture and voice inflections (Rosenshine and Furst, 1971).
(i) Betul-betul bersemangat ă bukan dibuat-buat.
(ii) Bertujuan untuk pelajar seronok dan turut bersemangat untuk belajar.
(iii) Memberi galakan atau motivasi kepada pelajar untuk berjaya.
(iv) Tunjukkan guru berminat dengan pencapaian pelajar.
(l) Kesedaran terhadap Perkembangan Individu
(i) Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkembangan individu
seperti:
x Pengaruh genetik;
x Perbezaan fizikal;
x Perbezaan kognitif;
x Perbezaan emosi;
x Pengaruh keluarga;
x Pengaruh rakan sebaya;
x Kebudayaan dan kepercayaan;
x Sumber dan teknologi; dan
x Guru dan sekolah.
(ii) Guru perlu mempunyai kesedaran terhadap kualiti pelajar.Sebahagian besar pelajar amat memerlukan bimbingan yang lebihdaripada guru berbanding dengan yang lain.
(iii) Perancangan aktiviti perlu mengambil kira keupayaan pelajar.
(iv) Cuba mempengaruhi pelajar secara positif dengan menggalakkansetiap individu ke arah mencapai kejayaan.
(m) Strategi Melayan Pelajar Berdasarkan Perbezaan Individu „Effective teachers have been found to tailor teaching to studentsÊ needs by using techniques which suit the learner‰
(Demmon-Berger, 1986)
„These techniques include using different instructional modes, providing extra works for the more able pupils and doing remediation out of class time thus allowing students to work at their own rate‰
(Tobin and Fraser, 1984)
(i) Pastikan keperluan asas pelajar telah dipenuhi.
(ii) Setiap pelajar berbeza dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi,pengalaman, minat dan bakat.
(iii) Kadar kebolehan menerima pendidikan berbeza antara individu.
(iv) Pelbagai strategi dan pendidikan digunakan dalam melaksanakanproses pemulihan dan pengayaan.
(v) Pengajaran secara individu, kumpulan kecil, berpasangan atau kelas.
(n) Pengurusan Berkesan
(i) Guru mengamalkan pengurusan diri yang baik.
(ii) Pelajar sentiasa diingatkan semasa pengajaran pembelajaran berkenaan tugasan mereka.
(iii) Pastikan semua pelajar dilibatkan dalam aktiviti pengajaran danpembelajaran untuk mengelakkan masalah disiplin.
(iv) Menggunakan pemantauan secara berkesan ke atas pencapaianpelajar.
(vi) Menggunakan teknik pengurusan tingkah laku yang berkesan:
x Memuji tingkah laku baik yang dipamerkan.
x Pelajar bertanggungjawab ke atas tingkah laku sendiri.
x Tindakan guru sentiasa konsisten dan demokratik.
x Uruskan tingkah laku bukan pelajar.
Apa yang dibincangkan di atas dirumuskan di dalam Jadual 2.1 berikut.
Jadual 2.1: Rumusan Berkaitan Ciri-ciri Guru yang Baik
Kategori Elemen
Atribut Personal x Mahir dengan apa yang diajarx Sikap positif terhadap pelajar
x Adil bila berurusan dengan pelajar
x Menghormati pelajar
x Bersemangat
Persekitaran Pengajaran danPembelajaran
x Galakan positif atas kerja-kerja pelajar
x Strukturkan rancangan pengajaran
x Pelbagaikan strategi pengajaran
x Pengurusan berkesan
Jangkaan Guru x Jangkaan tinggi terhadap pelajar
x Berhati-hati dengan objektif pengajaran
x Objektif jangka panjang
Mengambil Kira PerbezaanIndividu
x Mengambil kira perkembangan individu
x Melayan keperluan individu
2.2.1 Guru Seorang yang Penyayang
Menurut Ibn Khaldun, kanak-kanak harus dididik dengan penuh kasih sayang,lemah lembut dan bertimbang rasa. Mereka tidak harus dilayan dengan carakekerasan. Kekerasan akan membentuk kanak-kanak mereka menjadi pemalas,pembohong, tidak berperikemanusiaan dan berlagak. Kesannya mereka akanmula menyembunyikan perkara sebenar sebagai langkah menyelamatkan diridan amalan mencipta tipu helah akan menjadi kebiasaan.
Hubungan baik antara guru dan murid adalah perkara yang sangat pentingdiberikan keutamaan. Hubungan yang wujud perlu berasaskan rasa hormatmenghormati, sayang menyayangi dan mengambil berat antara satu dan lain.
Guru perlu menunjukkan kasih sayang dan hormat terhadap pelajar untukmemastikan mereka berupaya:
(a) Membina perhubungan yang sihat berasaskan kepercayaan bersama sertamenghormati orang dewasa, rakan sebaya, seterusnya boleh mematuhiperaturan dalam kumpulan;
(b) Memahami dan menghormati perbezaan budaya bangsa; dan
(c) Mengetahui peranan dan tanggungjawab sosial dalam pergaulan.
2.2.2 Guru Seorang yang Penyabar
Bidang perguruan adalah bidang tugas yang amat mencabar. Semasamenjalankan tugas kita bukan sahaja akan berhadapan dengan pelajar malahan
juga banyak pihak lain yang turut terlibat. Penglibatan banyak pihak dalampengurusan melaksanakan tugas hakiki seorang guru sangat menuntut nilaikesabaran.
Arahan: Tambahkan ruangkan debit dan kredit ke dalam Akaun BankEmosi Guru Penyayang.
Kerjaya perguruan ini melibatkan interaksi dengan:
(a) Pelajar;
(b) Ibu bapa atau penjaga;
(c) Rakan sejawat;
(d) Pentadbir sekolah;
(e) Pentadbir di peringkat daerah dan negeri;
(f) Pentadbir di peringkat pusat; dan
(g) Kementerian Pelajaran Malaysia.
Di dalam bilik darjah kita berhadapan dengan pelbagai kerenah pelajar. Pelajarkita ini datangnya dari pelbagai latar belakang, berbeza dari segi fizikal, emosi,pengalaman dan sebagainya. Keperluan mereka juga berbeza.
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, sebagai guru kitaperlu menggunakan pelbagai strategi dan kaedah pengajaran untuk memenuhikeperluan mereka yang berbeza itu. Pelbagai aktiviti hendaklah dirancangterlebih dahulu supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat menarikminat pelajar dan proses tersebut menjadi lebih berkesan.
Seandainya strategi ataupun kaedah pertama gagal menarik perhatian pelajar,kita tidak harus cepat berputus asa. Guru boleh mengaplikasi pelbagai lagistrategi pengajaran yang lain.
Melayani perbezaan individu pelajar:
(a) Menyelaraskan kurikulum sesuai dengan keperluan dan minat;
(b) Menyediakan alat bantu mengajar yang dapat membantu pembelajaran;dan
(c) Menyediakan persekitaran yang dapat membantu perkembangan potensi.
Kesabaran kita adakalanya diuji dengan masalah disiplin atau masalah tingkahlaku pelajar di dalam bilik darjah yang mungkin timbul secara tidak diduga.(rujuk Rajah 2.5).
Guru adalah agen keberkesanan pendidikan. Sebaik manapun sistem pendidikandibina dan dicipta namun sekiranya agen tidak dapat melaksanakannya denganefektif atau tidak komited, maka matlamat asal sistem pendidikan tersebut tidakakan dapat dicapai. Kejayaan dan keberkesanan setiap dasar pendidikan yangdigubal sangat bergantung kepada bagaimana sistem tersebut dilaksanakan. IaKejayaan ini pula berkait rapat dengan rasa tanggungjawab, komitmen,kemahiran dan keikhlasan pelaksana itu iaitu guru.
Sebelum memulakan pengajaran, kita tentunya akan membuat perancangan darisegi kandungan, objektif pengajaran, strategi dan kaedah, aktiviti dan alat bantumengajar yang sesuai.
Kita juga akan membantu pelajar yang bermasalah bukan sahaja dari segiakademik malah emosi hinggalah kadang-kadang dari segi ekonomi juga.
Renungkan sejenak bagaimana guru anda dahulu menangani masalahtingkah laku di dalam bilik darjah anda.
(a) Apakah kesan tindakan itu terhadap pelajarnya?
(b) Adakah anda rasa tindakan guru anda itu betul?
Seorang guru yang komited akan merancang dan mengurus pengajarannyadengan berkesan.
Ciri-ciri guru yang komited adalah seperti berikut:
(a) Merancang Pengajaran Anda merancang untuk menentukan hasil pembelajaran, pemeringkatan isipelajaran, penentuan strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaranserta pemilihan dan pengurusan bahan pengajaran dan pembelajaran.
(b) Melaksanakan Pengajaran di dalam Bilik Darjah dengan Berkesan Anda akan menyusun langkah-langkah yang bermula dari set induksi yangmenarik dan pelbagai. Langkah-langkah pengajaran mesti sesuai dengan
objektif pembelajaran. Langkah tersebut perlu dimasukkan elemen nilaitambah seperti berikut:
(i) Pelbagai kecerdasan;
(ii) Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif;
(iii) Kemahiran meramal masa depan;
(iv) Pembelajaran koperatif dan kolaboratif; dan
(v) Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi.
(c) Menggunakan Pelbagai Strategi untuk Menarik Minat PelajarDalam menangani perbezaan individu yang pelbagai, guru perlu memilihstrategi yang bersesuaian dengan kehendak pelajar seperti:
(i) Berpusatkan pelajar ă Contoh: aktiviti kumpulan, individu,penerokaan
(ii) Berpusatkan bahan ă Contoh: penggunaan bahan multimedia,penggunaan komputer, persekitaran, makmal dan sebagainya.
(iii) Berpusatkan guru ă Contoh: kuliah, tunjuk cara.
(d) Menilai Semula PengajaranPada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, penilaian formatif perludilaksanakan untuk membolehkan guru menilai sama ada objektif yangdirancang tercapai atau tidak. Ini juga membantu guru membuat penilaiankendiri.
(e) Memberikan Bimbingan Akademik dan Sahsiah kepada PelajarSelepas membuat penilaian, sekiranya didapati masih terdapat pelajar yangtidak dapat menguasai kemahiran yang diajar atau pelajar lembam maka
bimbingan secara berterusan perlu dilaksanakan. Aktiviti pemulihan perludisediakan, sesuai dengan aras pencapaian mereka. Begitu juga denganpelajar-pelajar yang pintar cerdas, mereka memerlukan pengayaan supayatidak bosan dengan aktiviti pengajaran guru.
(f) Menjalin Hubungan Baik dengan Ibu Bapa Pelajar Selain daripada hubungan yang terjalin menerusi Persatuan Ibu Bapa Guru(PIBG), setiap guru patut cuba menjalin hubungan secara profesionaldengan ibu bapa setiap pelajar. Dengan ini kita dapat mengenali latar
belakang pelajar kita secara lebih tepat. Perbincangan yang menjurus ke
arah peningkatan prestasi dan sahsiah pelajar dapat dilaksanakan darisemasa ke semasa.
(g) Mengenali Setiap Pelajar dari Segi Latar Belakang dan Tahap PencapaianSebagai guru kita perlu mengenali setiap orang pelajar di bawah jagaankita. Seorang guru yang tidak mengambil berat berkenaan kebajikan pelajarmungkin akan menjadi guru yang kurang didekati oleh pelajarnya.Mengingati nama pelajar dalam kelas merupakan satu prasyarat untukguru mendekatkan diri dengan pelajarnya.
(h) Mematuhi dan Melaksanakan Arahan-arahan Pihak Sekolah Setiap sekolah mempunyai peraturannya sendiri yang wajib dipatuhi olehsetiap warganya daripada guru hinggalah kepada pelajarnya. Di sini gurumemainkan peranan penting memastikan peraturan sekolah dipatuhi olehsetiap pelajar. Guru akan dijadikan contoh oleh pelajar di dalam mematuhiperaturan ini.
1. Secara berpasangan bincangkan apakah yang dimaksudkan denganperibahasa „jika guru kencing berdiri murid kencing berlari‰.
(i) Mengurus dan Melaksanakan Aktiviti Kokurikulum Seperti yang DiarahkanPelajar kita bukan sahaja didedahkan dengan mata pelajaran akademik disekolah, mereka juga diwajibkan mengikuti aktiviti kokurikulum seperti
permainan, persatuan dan unit beruniform. Jadual 2.2 menunjukkancontoh-contoh aktiviti kokurikulum di sekolah.
Jadual 2.2: Contoh Aktiviti Kokurikulum di Sekolah
Permainan Bola Sepak Badminton Karum (Carrom )
Persatuan atauKelab
Persatuan BahasaPersatuan Seni
BudayaKelab Koir
Unit Beruniform Pergerakan Puteri
Islam MalaysiaTunas Kadet
RemajaPengakap Muda
Siapakah yang akan membimbing mereka di dalam aktiviti kokurikulumini kalau bukan guru?
Jadi adalah menjadi sebahagian daripada tugas kita untuk mengurus danmelaksanakan aktiviti kokurikulum ini.
(j) Berkolaborasi dengan Rakan Sejawat Setiap orang guru akan berkolaborasi dengan rakan sejawat dalam panitiamasing-masing. Pelbagai cara kolaborasi dijalankan seperti menyediakan
rancangan tahunan, agihan tugasan dari segi penggubalan soalan begitu juga dengan penyediaan bahan-bahan bantu mengajar.
Kolaborasi juga dapat dilaksanakan dengan rakan sejawat jika seorangguru merancang untuk membuat kajian berkenaan masalah yangdihadapinya yang berkaitan dengan pencapaian pelajar dan lain-lain lagi.
(k) Kesediaan Membuat Refleksi Guru yang komited akan membuat refleksi setiap kali berakhirnyapengajaran di bilik darjah. Guru perlu memikirkan apakah kelemahan yang
perlu diperbaiki dan kelebihan yang perlukan penambahbaikan.
(l) Kesediaan Mengikuti Kursus-kursus Peningkatan Ilmu Ilmu adalah sesuatu yang dinamik. Seorang guru yang komited terhadaptugasnya sentiasa bersedia untuk meningkatkan lagi pengetahuan dankemahiran sesuai dengan perkembangan semasa.
Terdapat banyak kursus-kursus peningkatan profesionalisme anjuransekolah yang dilaksanakan secara dalaman, kursus anjuran JabatanPelajaran Negeri atau pun bahagian-bahagian lain dalam Kementerian
Pelajaran. Guru-guru yang menghadiri kursus ini patut melaksanakannyadi dalam tugas mereka.
Bagi kursus peningkatan dalam perkhidmatan yang dianjurkan olehkementerian, guru-guru yang terpilih akan mengikutinya dalam tempohyang tertentu sama ada selama beberapa minggu ataupun setahun.
Contohnya:
(i) Kursus dalam Perkhidmatan 14 Minggu (KDP 14 Minggu) kerjasamaantara Kementerian Pelajaran dengan OUM; dan
(ii) Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) ă satu tahun.
x Ciri-ciri yang dimiliki oleh seorang guru profesional adalah:
Mempunyai latihan ikhtisas dalam perguruan;
Mempunyai autonomi dalam menentukan kaedah mengajar;
Menjadi ahli kesatuan dan mempunyai kod etika;
Menyedari perkhidmatannya adalah penting kepada negara; dan
Merupakan guru pakar dalam pendidikan.
x Seorang guru harus menunjukkan sikap-sikap profesional seperti berilmu, berdedikasi, kreatif, beretika, berketerampilan, integriti, kejujuran.
x Guru-guru haruslah melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan(gotong-royong); kerap berkomunikasi dengan ibu bapa, menjaga kebajikanmurid-murid supaya mereka dihormati oleh masyarakat.
x Guru berperanan sebagai agen perubahan dalam proses membentuk masadepan negara kerana gurulah yang bertanggungjawab mencurahkan ilmukepada pelajar yang akan membantu mereka meningkatkan gaya hidupmereka.
x Antara ciri-ciri guru yang baik adalah merancang pengajaran, melaksanakanpengajaran di dalam bilik darjah dengan berkesan, melaksanakan pengajarandi dalam bilik darjah dengan berkesan, menjalin hubungan baik dengan ibu
Profesion perguruan hari ini banyak cabarannya, guru bukan sahaja dimintamemenuhi ekpektasi masyarakat iaitu ibu bapa malah juga memenuhi kehendaksekolah di samping menguruskan disiplin pelajar.
1. Bincangkan LIMA cabaran yang dihadapi oleh guru hari ini.(5 markah)
2. Berikan contoh yang sesuai.(5 markah)
3. Berikan cadangan anda bagaimana cabaran-cabaran itu harus ditangani.