Disediakan oleh: Jabatan Bimbingan Dan Kaunseling Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia ULP1013 PEMBANGUNAN SAHSIAH
Disediakan oleh:Jabatan Bimbingan Dan KaunselingFakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia
ULP1013PEMBANGUNAN SAHSIAH
Sahsiah bermakna peribadi atau personaliti.
Peribadi mengambarkan sifat personaliti individu yang akan membezakan individu dengan individu lain.
Pengertian Sahsiah
Personaliti / sahsiah juga merangkumi :
Penampilan mood ( perasaan ), sikap dan pendapat seseorang ketika berinteraksi atau berhubungan dengan orang lain.
Istilah personaliti / Sahsiah dari konsep psikologinya mempunyai dwimakna :
1. Personaliti melibatkan dalaman diri manusia dengan manusia
2. Personaliti menekankan terhadap mutu atau nilai
psikologi manusia yang sangat berbeza dengan kehidupan makhluk
Sahsiah mempunyai tiga ciri :
1. unik dengan maksud tersendiri.
2. kebolehsuaian atau keupayaan untuk berubah hasil pembelajaran.
3. organisasi, dengan perkataan lain ia bukan sekadar himpunan tingkahlaku tetapi melibatkan corak tingkahlaku dan operasi yang bersifat konsisten
Dengan ini sahsiah merangkumi :
- fizikal- kognitif- sosial- rohani
Pengertian Personaliti
Menurut Abdul Majid dan Rahil (1997)
Personaliti ailah perkaitan antara penilaian, perasaan, emosi dengan perlakuan manusia.
Ianya mengambarkan sifat keperibadian seseorang yang turut dikaitkan dengan perwatakan. Di samping itu personaliti seseorang boleh dikaji malalui percakapan, tingkahlaku dan bagaimana cara menyelesaikan masalah
Pengertian Personaliti
Menurut Kagan,J dan Segal,J (1988)
personaliti adalah corak keseluruhan seseorang individu yang merangkumi cara seseorang berfikir, berasa, bertingkahlaku
dan cara berhubungan dengan alam sekitarnya.
Pengertian Personaliti
Menurut Robert Frages & James Fadiman (Dalam buku Personality & Personal Growth)
Personaliti adalah corak pemikiran, perasaan dan tingkahlaku seseorang individu.
Pengertian Personaliti
Menurut Huffman (2004) :Personaliti adalah ciri-ciri tingkahlaku seseorang yang stabil dan berbeza daripada orang lain
Santrock (2001)Personaliti adalah pemikiran, perasaan dan cara bertingkahlaku yang ditunjukkan oleh seseorang sebagai cara untuk individu menyesuaikan diri dengan dunianya
Kesimpulan
Secara umumnya :
Sahsiahataupun personaliti merangkumi gaya hidup, kepercayaan, harapan, nilai, motif, budipekerti, persepsi, tabiat, sikap dan watak seseorang.
Selain itu Sahsiah ataupun Personaliti seseorang individu dibayangi oleh tendensinya untuk bertingkahlaku mengikutsuatu cara tertentu
Dari Persepktif Islam
Pembangunan sahsiah seseorang bukan
sahaja berdasarkan kepada pembangunan
insan dari aspek jasmani tetapi merangkumi
seluruh aspek rohani, naluri dan akal
Menurut Iman Al Ghazali
Pembangunan sahsiah merangkumi keseluruhan
aspek diri individu iaitu melibatkan pengatahuan
agama, akidah, penghayatan Al Quran, adap
kehidupan berkeluarga, mencari rezeki,perhubungan
sesama manusia, akhlak, budi pekerti dan
pembangunan jiwa dan hati.
Menurut Iman Al Nawawi
Pembangunan sahsiah merangkumi 8 aspekiaitu :
1. Aspek pembangunan akhlak kepada tuhan2. Akhlak sesama insan3. Sosial4. Adap kehidupan5. Ibadat6. Jihad7. Ilmu8. Pengetahuan batasan agama
Menurut Abdullah Nashih Ulwan
Pembinaan sahsiah terdiri dari 4 unsur dasar :
1. Pembinaan akidah (kepercayaan)
2. Ibadah (ritual)
3. Akhlak (etika dan moral)
4. Penampilan (mazhar)
Meskipun Sahsiah berkaitan dengan aspek kerohanian (dalaman) manusia, namun aspek dalaman boleh dilihat menerusi mazahir (tingkahlaku luaran )
Mazahir inilah yang dinamakan akhlak iaitu terjemahan dari akidah dan amalan (ibadah) seseorang.
Tingkahlaku Luaran atau amalan luaran seseorang berasaskan kepercayaan atau akidah dinamakan sebagai akhlak.
Menerusi pembinaan akhlak inilah hakikat manusia itu hendak dibina.
Pengertian Akhlak / Sahsiah :
Akhlak adalah perkataan Arab Jamak dari
“Al Khulq” bermakna tabiat, maruah atau
watak Ad’din atau fitrah.
Menurut Iman Al Ghazali
AL-Khulq ialah suasana kejiwaan yang mantap yang
menerbitkan perbuatan, perbuatan itu terbit secara mudah tanpa perlu berfikir dan merenung panjang.
Sekiranya suasana kejiwaan yang menjadi sumber perbuatan itu memerlukan tindak-tanduk yang baik tetapi jika muncul yang sebaliknya maka suasana kejiwaan itu dinamakan akhlak yang buruk
Menurut Ibn Miskawaih Ahli Falsafah Islam
Mentakrifkan Akhlak / Sahsiah adalah :
Suatu keadaan (sikap) diri yang mendorong
Seseorang bertindak melakukan perbuatan
Serasi
Dengannya tanpa merenung atau berfikir
panjang
Menurut Istilah :
Antara definisi akhlak /sahsiah menurut istilah ialah :
Sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat
mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang
dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan.
Dari Persepktif Islam
Walau apapun takrifan diberikan :
Pembinaan Sahsiah boleh diertikan membina akhlak,
peribadi, dan tingkahlaku dengan matlamat menjadi-
kan seseorang itu bertamaddun, intelek, murni dan
berdaya maju.
Bagaimana Pembentukan
Sahsiah terbentuk
Bagaimana Pembentukan
Sahsiah terbentuk
Didikan dariOrang tua(keluarga)
Pengaruhpersekitaran
Pembentukan SahsiahDaripada orang tua
( keluarga) bermula dari Didikan awal kanak-kanak
MenanamNilai-Nilai
Agama
Menanam Nilai
kehidupan
Menanam NilaiIlmu dan
pengetahuan
Menam NilaiHidup
bermasyarakat
Faktor PengaruhPersekitaran
Mempengaruhi Pembentukan
Sahsiah
Rakan Sebaya
Media Cetak
Media Elektronik
Status ekonomi keluarga
Pengaruh pemakanan
Sosiobudaya
Hubungan Sahsiah Yang Unggul Dalam Bidang Pendidikan
Walau secanggih manapun alat teknologi moden ianya
tidak akan dapat mengambil peranan sebagai guru.
Guru yang memiliki sahsiah diri atau keperibadian yang
baik akan kesan positif pada anak didik mereka. Faktor
manusia tetap diperlukan dalam proses pematangan
sahsiah murid (pelajar)
Menurut Prof. Omar Al Toumi Al Syibani
Ciri-ciri guru yang memiliki sahsiah yang
Unggul adalah :
(a) Sifat Rohaniah
i. Keimanan yang kental kepada Allah (swt)
ii. Keimanan pada hari akhirat, pembalasan dan para Rasul
iii. Sifat-sifat keimanan asas yang lain
(b) Sifat-sifat Akhlak1. Benar dan jujurii. Menepati janjiiii. Amanahiv. Ikhlas dalam perkataan dan perbuatanv. Merendah dirivi. Sabar, tabah dan cekalvii. Pemaaf dan toleransiviii. Menyayangi murid, mementingkan orang lain, pemurah, zuhud dan qanaah
(c) Sifat Mental
i. Cerdas ( Kepintaran teori, amali dan sosial )ii. Menguasai mata pelajaraniii. Luas pengetahuan amiv. Cenderung kepada pelbagai bidang akliah dan ilmiah yang sehatv. Mengenal ciri, watak, kecenderungan dan keperluan muridvi. Fasih, bijak dan petah dalam penyampaian
(d) Sifat Fizikal
i. Sihat tubuh badan ii. Berperawakan tampan, kemas dan bersih
KESIMPULAN
Pembinaan sahsiah akan tercapai apabila
manusia dibina menurut acuan kejadiannya
Manusia perlu mengetahui siapa mereka,
fungsi dan peranan, asal usul dan matlamat
utama kehidupan mereka di dunia ini serta
ke mana akhirnya nanti.