Top Banner
PELAJARAN 1 GERAKAN LINEAR (a)Kinematik (i) Pendahuluan Kinematik ialah kajian gerakan tanpa mengira apakah punca yang menyebabkan gerakan itu berlaku. Ada beberapa kaedah untuk mengkaji kinematik iaitu (a) analisis pita detik @ carta pita (b) analisis gambar foto stroboskop (c) analisis graf gerakan (d) menggunakan persamaan gerakan linear (ii) Istilah-istilah kinematik Jarak : Jumlah panjang lintasan bagi suatu jasad bergerak. : Unit S.I. nya adalah meter (m) : Ialah kuantiti skalar Sesaran : Jarak suatu jasad bergerak pada arah tertentu. : Unit S.I. nya adalah meter (m) : Ialah kuantiti vektor. Laju : Kadar perubahan jarak atau laju = jarak masa : Unit S.I. nya adalah meter (ms -1 ) : Ialah kuantiti skalar Halaju : Kadar perubahan sesaran atau halaju = sesaran masa : Unit S.I. nya adalah meter (ms -1 ) : Ialah kuantiti vektor Laju Purata = Jumlah jarak Jumlah masa : Unit S.I. nya adalah meter (ms -1 ) : Ialah kuantiti skalar Halaju Purata = Jumlah sesaran Jumlah masa : Unit S.I. nya adalah meter (ms -1 ) : Ialah kuantiti vektor Pecutan : Kadar perubahan halaju atau pecutan = perubahan halaju masa atau pecutan = halaju akhir - halaju awal masa : Unit S.I. nya ialah ms - 2 : Pecutan ialah kuantiti vektor : Jika pecutan negatif ia dinamakan nyah- pecutan atau awa-pecutan.
22

2 1 Gerakan Linear

Jun 06, 2015

Download

Documents

slokkro
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: 2 1 Gerakan Linear

PELAJARAN 1GERAKAN LINEAR

(a)Kinematik(i) Pendahuluan

Kinematik ialah kajian gerakan tanpa mengira apakah punca yang menyebabkan gerakan itu berlaku.Ada beberapa kaedah untuk mengkaji kinematik iaitu

(a) analisis pita detik @ carta pita(b) analisis gambar foto stroboskop(c) analisis graf gerakan(d) menggunakan persamaan gerakan

linear

(ii) Istilah-istilah kinematik

Jarak : Jumlah panjang lintasan bagi suatu jasad bergerak.: Unit S.I. nya adalah meter (m): Ialah kuantiti skalar

Sesaran : Jarak suatu jasad bergerak pada arah tertentu.: Unit S.I. nya adalah meter (m): Ialah kuantiti vektor.

Laju : Kadar perubahan jarak atau laju = jarak masa

: Unit S.I. nya adalah meter (ms -1): Ialah kuantiti skalar

Halaju : Kadar perubahan sesaran atau halaju = sesaran masa

: Unit S.I. nya adalah meter (ms-1): Ialah kuantiti vektor

Laju Purata = Jumlah jarak Jumlah masa

: Unit S.I. nya adalah meter (ms-1): Ialah kuantiti skalar

Halaju Purata = Jumlah sesaran Jumlah masa

: Unit S.I. nya adalah meter (ms-1): Ialah kuantiti vektor

Pecutan : Kadar perubahan halaju

atau pecutan = perubahan halaju masa

atau

pecutan = halaju akhir - halaju awal masa

: Unit S.I. nya ialah ms-2: Pecutan ialah kuantiti vektor: Jika pecutan negatif ia dinamakan nyah-pecutan atau awa-pecutan.

Nota tambahan 1 seragam = tetap = malar = sekata = sama2 halaju bertambah = pecutan3 halaju berkurang = nyah-pecutan4 halaju sifar = jasad pegun @ berhenti rehat5 halaju negatif = jasad bergerak pada arah

berlawanan6 pecutan sifar = halaju seragam7 pecutan negatif = nyah-pecutan

Contoh 1

Seorang budak mengayuh basikal sejauh 2 km dari rumahnya menuju ke sebuah kedai basikal untuk membaiki basikalnya. Selepas itu beliau balik dan dalam perjalanan baliknya ke rumah beliau berhenti di sebuah warung yang berada sejauh 1.2 km dari rumahnya.Berapakah(i) jumlah jarak budak itu mengayuh basikal dari rumah

ke warung.(ii) jumlah sesaran budak itu mengayuh basikal dari

rumah ke warung.

Penyelesaian

Contoh 2

Seorang pelari 400 m mengambil masa 1 minit 12 saat untuk menamatkan lariannya. Tentukan laju puratanya.

Penyelesaian

Contoh 3

Page 2: 2 1 Gerakan Linear

Seorang peserta acara jalan kaki bermula dari titik P ke Q ke arah timur sejauh 500 m dan kemudiannya ke utara menuju R sejauh 1200 m lagi. Jumalah masa yang diambil untuk bergerak dari P ke R adalah 3 minit 20 saat. Tentukan(a) Jumlah jarak(b) Sesaran(c) Laju purata(d) Halaju purata

Penyelesaian

Contoh 4

Sebuah kereta bermula dari keadaan pegun danmemecut secara seragam supaya mencapai halaju 40 ms-1 dalam masa 10 saat.Kemudian kereta itu memperlahankan keretanya dan selepas 5 saat ,kereta itu berhenti.Tentukan(a) pecutan kereta pada 10 saat pertama(b) pecutan kereta 5 saat berikutnya.

Penyelesaian

(iii) Analisis dari pita detik @ carta pita

Jangka masa detik adalah alat yang digunakan untuk mengkaji gerakan.

Ia berfungsi seperti jam iaitu alat pengukuran masa. Selain daripada itu ia dapat digunakan untuk menentukan sesaran,halaju dan pecutan objek.Kejituannya adalah 0.02 saat.Ia menggunakan a.u.,menyebabkan jarumnya bergetar dan menghasilkan titik pada pita detik.Di Malaysia oleh kerana frekuensi a.u. ialah 50 Hz,maka ia menghasilkan 50 getaran sesaat.1 detik ialah selang masa di antara dua titik berturutan.

50 detik = 1 saat 1 detik = 1 saat = 0.02 saat 50 x detik = (x) (0.02) saat.

Pengiraan-pengiraan berdasarkan keratan pita detik atau carta pita

Contoh 5

Berdasarkan keratan pita detik di atas tentukan (a) Jumlah masa(b) Halaju purata.

Penyelesaian

Contoh 6

Berdasarkan keratan pita detik di atas tentukan pecutan.

Penyelesaian

Contoh 7

Page 3: 2 1 Gerakan Linear

Setiap selang AB,BC,CD dan DE mengandungi 5 detik. Tentukan pecutan.Penyelesaian

Contoh 8

Berdasarkan carta pita di atas tentukan(a) Pecutan(b) Halaju purata

Penyelesaian

Jenis-jenis gerakan berdasarkan keratan pitadetik atau carta pita. (a)

Jenis gerakan adalah

Halaju Pecutan

(b)

Jenis gerakan adalah

Halaju Pecutan

(c)

Jenis gerakan adalah

Halaju Pecutan

(d)

Page 4: 2 1 Gerakan Linear

Jenis gerakan adalah

Halaju Pecutan

(e)

Jenis gerakan adalahHalaju Pecutan

(iv) Gambar foto stroboskop

Stroboskop merupakan suatu alat yang digunakan untuk memerhatikan suatu jasad yang sedang bergerak supaya kelihatan pegun.Jasad kelihatan pegun apabila frekuensi gerakan jasad sama dengan frekuensi stroboskop.

Gambar foto stroboskop boleh diambil dengan meletakkan stroboskop di hadapan kamera.Stroboskop terbahagi kepada dua jenis

(i) Stroboskop mekanik

Terdiri daripada ceper bulat yang legap mengandungi beberapa celahan yang sama jarak antara satu sama lain.

frekuensi gambarfoto stroboskop mekanik = bilangan celahan x frekuensi putaran

atau f = np

(ii) Stroboskop elektronik Mengandungi sebuah lampu xenon yang mengeluarkan

kelipan cahaya pada frekuensi yang boleh dilaraskan.

frekuensi gambarfoto stroboskop = kadar pancaran cahaya sesaat Contoh 9

Gambar foto stroboskop di atas merupakan gerakan sebiji alas bebola di sepanjang satah mengufuk.Gambar foto ini diambil dengan menggunakan sebuah kamera dan sebuah stroboskop mekanik yang mempunyai lapan celahan dan berputar pada frekuensi 5 Hz.

(a) Nyatakan jenis gerakan alas bebola itu.(b) Berapakah frekuensi gambar foto stroboskop itu.(c) Berapakah selang masa di antara dua imej

berturutan(d) Berapakah bilangan imej dalam masa 30 saat(e) Tentukan halaju purata.

Penyelesaian

Contoh 10

Page 5: 2 1 Gerakan Linear

Rajah menunjukkan sebuah gambar foto stroboskop bagi sebuah troli menuruni satu landasan curam dan licin.Gambar foto ini diambil dengan menggunakan sebuah kamera dan sebuah stroboskop elektronik yang mengeluarkan 20 sinaran cahaya sesaat.

(a) Nyatakan jenis gerakan troli.(b) Berapakah selang masa antara dua gambar berturutan.(c) Tentukan

(i) halaju awal (ii) halaju akhir

(d) Tentukan pecutan.

Penyelesaian

(v) Graf Gerakan

Graf Sesaran –Masa

Kecerunan graf = halaju

Contoh 11

Berdasarkan graf sesaran-masa di atasTentukan halaju pada(a) (i) AB (ii) BC (iii) CD

(b) Nyatakan keadan gerakan jasad pada(i) AB (ii) BC (iii) CD

Penyelesaian

Graf Halaju - Masa

Kecerunan = pecutanLuas di bawah graf = sesaran

Contoh12

Page 6: 2 1 Gerakan Linear

Berdasarkan graf-halaju masa di atas,

(a) Tentukan pecutan pada (i) JK (ii) KL

(iii) LM (iv) MN

(b) Nyatakan jenis gerakan pada (i) JK (ii) KL

(iii) LM (iv) MN

(c) Tentukan jumlah sesaran(i) 10 saat pertama(ii) ketika halaju seragam(iii) 10 saat terakhir

(d) Tentukan(i) Jumlah sesaran keseluruhan(ii) Jumlah jarak keseluruhan

(e) Tentukan (i) halaju purata(ii) laju purata

Penyelesaian

Rumusan Graf gerakan

(vi) Persamaan Gerakan Linear

Katakan suatu jasad bergerak dengan halaju awal,u dan selepas masa,t halaju akhirnya adalah v.

Maka pecutan ,a adalah Pecutan = kecerunan graf

(1)Sesaran s bagi suatu adalah

Sesaran = luas di bawah graf

(2)Gantikan persamaan (1) dalam persamaan (2)

(3)

Page 7: 2 1 Gerakan Linear

Daripada persamaan (1) tukarkan t sebagai perkara rumus dan seterusnya gantikan dalam persamaan (2)

(4)Rumusan:

u = v =t = s =a =

nota:

…bermula dari keadaan pegun ,maka ........................ …akhirnya berhenti ,maka...............................................jatuh ,maka...............................................................…dilontar ke atas ,maka...................................................pada tinggi maksimum,maka....................................Contoh 13

Seorang pelajar mengayuh basikal dari keadaan rehat dan mencapai halaju 8 ms-1 setelah mengayuh selama 5 s. Berapakah pecutan yang akan dihasilkan.

Penyelesaian

Contoh 14

Sebuah kereta bergerak dengan halaju 20 ms-1 dan mencapai halaju 30 ms-1 setelah bergerak selama 10 saat. Berapakah jumlah sesaran kereta itu.

Penyelesaian

Contoh 15

Seketul batu dijatuhkan dari sebuah puncak bangunan mengambil masa 4 saat untuk terkena tanah.Berapakah(a) Halaju batu sejurus sebelum terkena tanah(b) Tinggi bangunan itu

Penyelesaian

TUTORIAL 1

1 Sebuah kereta yang bergerak dengan halaju seragam mempunyai pecutan

A bertambah B seragamC sifar D berkurang

2 Nyah-pecutan bermaksud suatu jasad bergerak dengan halaju

A negatif B positifC bertambah D berkurang

3

Page 8: 2 1 Gerakan Linear

Suatu jasad bergerak dengan kelajuan seragam 5 ms-1. Jasad tersebut dikatakan mengalami

A pecutanB pecutan sifarC halaju seragam

4

Jarak AB = 5m , BC = 5m dan CD = 7m. Berapakah jumlah sesaran bagi jasad yang bergerak dari A hingga D.

A 3m B 7mC 13 m D 17 mE 20 m

5 Ali menunggang motosikal dengan kelajuan malar 30 km j-1 . Bakar berlari 100 m dalam masa 15 s. Chan berbasikal sejauh 240 km dalam masa 10 jam.Antara pernyataan berikut yang manakah perbandingan kelajuan yang betul?

A Kelajuan Ali sama dengan kelajuan BakarB Kelajuan Ali ,Bakar dan Chan adalah samaC Kelajuan Chan lebih daripada kelajuan BakarD Kelajuan Ali dan kelajuan Chan lebih daripada

kelajuan BakarE Kelajuan Bakar sama dengan kelajuan Chan tetapi

kurang daripada kelajuan Ali

6 Sebuah kereta bermula dari keadaan pegun dan mencapai halaju 20 ms-1 setelah bergerak selama 5 saat. Halajunya kekal 20 ms-1 setelah bergerak selama 20 saat lagi.Kereta itu mula memperlahankan halajunya dan berhenti selepas bergerak 10 saat lagi. Pernyataan yang manakah berikut adalah benar?

PermulaanGerakan

PertengahanGerakan

AkhirGerakan

A Pecutanbertambah

Pecutan seragam

Pecutanberkurang

B Pecutan seragam

Pecutan sifar

Nyah-pecutan

seragamC Pecutan

betambahPecutan sifar

Pecutan berkurang

7 Detik sebuah jangka masa detik ialah

A masa untuk membuat dua titik berturutan pada pita detik

B jarak antara dua titik berturutan pada pita detik

C frekuensi getaran jangka masa detikD laju getaran jangka masa detik

8 Sebuah jangka masa detik menggunakan bekalan a.u. berfrekuensi 50 Hz.Masa bagi 16 titik berturutan adalah

A 0.60 saat B 0.44 saatC 0.32 saat D 0.30 saatE 0.20 saat

9

Pernyataan yang manakah benar mengenai pita detik di atas?

A Halaju di antara C dan D adalah rendahB Halaju di antara DE dan halaju di antara AB adalah

sama C Frekuensi di antara BC adalah lebih tinggi daripada

frekuensi di antara DED Masa antara AB adalah sama di antara masa DE

10

Rajah menunjukkan satu keratan pita detik yang diperolehi oleh sebuah troli menerusi sebuah jangka masa detik yang berfrekuensi 50 Hz.Laju purata gerakan troli itu adalah

A 0.2 ms-1 B 0.3 ms-1 C 0.4 ms-1 D 0.5 ms-1 E 0.5 ms-1

11

Halaju purata di antara P dan Q dalam pita detik di atas adalah

Page 9: 2 1 Gerakan Linear

A 85 cms-1 B 170 cms-1 B 200 cms-1 C 240 cms-1 E 500 cms-1

12 Berdasarkan pita detik di atas halaju akhir adalah

A 40 cms-1 B 120 cms-1 C 150 cms-1 D 267 cms-1 E 420 cms-1

13 Berdasarkan keratan pita detik di atas ,tentukan pecutan.

A 2 ms-2 B 4 ms-2 C 5 ms-2 D 8 ms-2 E 10 ms-2

14 Berdasarkan keratan pita detik di atas ,tentukan pecutan.

A -5 ms-2 B - 50 ms-2 C - 500 ms-2 D 50 ms-2 E 500 ms-2

15 Rajah menunjukkan carta pita yang dihasilkan daripada gerakan sebuah troli.Pernyataan manakah benar?

A Troli bergerak dengan laju tetap dan pecutan bertambah

B Troli bergerak dengan laju bertambah dan pecutan bertambah

C Troli bergerak dengan laju bertambah dan pecutan tetap

D Troli bergerak dengan laju berkurang dan pecutan tetap

16 Pernyataan yang manakah adalah benar?

A Pada permulaan halaju sifar dan pada akhir halaju seragam

B Pada permulaan pecutan sifar dan pada akhir halaju seragam

C Pada permulaan halaju sifar dan pada akhir pecutan seragam

D Pada permulan pecutan sifar dan pada akhir pecutan seragam

17 Carta pita yang manakah menunjukkan gerakan dengan pecutan berkurang?

18 Rajah menunjukkan gambarfoto stroboskop suatu pepejal karban dioksida pada permukaan ufuk licin.Jenis gerakannya adalah

A Pecutan seragam B Halaju bertambahC Pecutan sifar D Halaju sifar

Page 10: 2 1 Gerakan Linear

19 Sebuah stroboskop mempunyai 4 celah dengan frekuensi putarannya 5 Hz.Masa bagi dua imej berturutan pada gambar foto stroboskop adalah

A 40.0 s B 2.0 sC 1.0 s D 0.4 sE 0.05 s

20 Rajah menunjukkan gambarfoto stroboskop gerakan seketul ais dengan menggunakan sebuah stroboskop mekanik mempunyai dua celah dan frekuensi putarannya ialah 25 Hz. Berapakah halaju guli itu?

A 5 cms-1 B 25 cms-1

C 100 cms-1 D 250 cms-1

E 500 cms-1

21 Rajah menunjukkan gambar foto stroboskop bola bergerak yang dirakamkan oleh sebuah stroboskop elektronik yang mengeluarkan 50 sinaran cahaya sesaat. Halaju purata bola itu adalah

A 0. 5 ms-1 B 1.0 ms-1

C 1.5 ms-1 D 2.0 ms-1

E 3.0 ms-1

22 Rajah menunjukkan gerakan bebola yang dilihat melalui stroboskop empat liang yang diputar dengan 10 pusingan sesaat. Pecutan bebola adalah

A 4 ms-2 B 12 ms-2

C 24 ms-2 D 36 ms-2

E 38 ms-2

23 Sebuah stroboskop elektronik mengeluarkan 4 kilauan cahaya sesaat digunakan untuk mengambil gambar foto stroboskop seorang budak yang meluncur landasan curam. Pecutan budak itu adalah

A 6ms-2 B 12 ms-2

C 24 ms-2 D 32 ms-2

E 48 ms-2

24 Graf sesaran,s lawan masa,t berikut yang manakah menunjukkan jasad bergerak dengan pecutan seragam?

25 Di antara graf halaju,v lawan masa,t yang berikut yang manakah menunjukkan jasad bergerak dengan pecutan bertambah?

26 Sebiji bola dilepaskan dari keadaan rehat dari P ke Q

pada permukaan melengkung yang licin.Graf halaju-

Page 11: 2 1 Gerakan Linear

masa yang manakah berikut menunjukkan gerakan jasad tersebut?

27 Berdasarkan graf halaju,v lawan masa,t di atas pada bahagian manakah graf yang mengalami pecutan semakin berkurangan?

A PQ B QRC RS D ST

28 Berdasarkan graf halaju-masa di atas jumlah sesaran adalah,

A 0 m B 5mC 10 m D 20 mE 50 m

29 Berdasarkan graf halaju-masa di atas berapakah jumlah jarak yang dijalani oleh jasad dalam 80 saat pertama?

A 550 m B 640 mC 700 m D 900 mE 1800 m

30 Berdasarkan graf halaju-masa nyah pecutan jasad adalah

A 60 ms-2 B 30 ms-2

C 2.5 ms-2 D 1.25 ms-2

E 0.5 ms-2

31 Berdasarkan graf di atas,halaju purata adalah,

A 10 ms-1 B 9 ms-1

C 6 ms-1 D 4 ms-1

E 2 ms-1

32 Berdasarkan graf di atas,halaju purata adalah

A 3.0 ms-1 B 4.6 ms-1

C 5.8 ms-1 D 6.2 ms-1

E 8.4 ms-1

Page 12: 2 1 Gerakan Linear

33 Jika halaju purata pada graf di atas adalah15 ms-1 ,tentukan nilai v?

A 10 B 15C 20 D 30E 45

34 Berdasarkan graf halaju,v lawan masa,t bahagian manakah yang mempunyai halaju purata yang maksimum?

35 Rajah di atas menunjukkan graf sesaran,s lawan masa,t. gerakan bagi sebuah objek.Jika gerakan objek tersebut digambarkan dalam graf halaju,v dengan masa,t graf yang manakah adalah benar?

36 Rajah di atas menunjukkan graf halaju,v lawan masa,t bagi gerakan suatu objek.Apabila gerakan objek itu digambarkisahkan pada graf sesaran,s lawan masa,t ,graf yang manakah berikut adalah benar?

37 Seorang pengayuh basikal mengayuh basikal dengan halaju 8 ms-1 pada pecutan 4 ms-2 . Berapakah halaju pengayuh basikal itu selepas 5 saat.

A 16 ms-1 B 20ms-1 C 24 ms-1 D 28 ms-1 E 32 ms-1

38 Sebuah roket bermula dengan halaju 2500 ms-1 dengan enjinya mengalami pecutan 20 ms-2 . Berapakah halaju roket setelah enjinnya dihidupkan selama 4 minit.

A 4800 ms-1 B 5000 ms-1 C 6800 ms-1 D 7300 ms-1 E 7500 ms-1

39 Sebuah troli bermula dari keadaan pegun mencapai halaju 12 cms-1 setelah bergerak selama 5 saat.Jarak yang telah ditempuhi oleh troli itu adalah

A 16 cm B 24 cmC 28 cm D 30 cmE 42 cm

40 Sebuah kereta bermula dari keadaan pegun mencapai halaju 20 ms-1 setelah bergerak sejauh 45 m.Jumlah masa yang diambil adalah

A 4.5 saat B 9.0 saatC 13.5 saat D 18.0 saatE 22.4 saat

41 Sebuah kapal terbang memecut dengan 40 ms-2 selama 10 saat dari keadaan rehat sebelum berangkat dari landasan. Panjang minimum yang diperlukan bagi landasan itu adalah,

A 1000 m B 2000 mC 3000 m D 4000 mE 5000 m

Page 13: 2 1 Gerakan Linear

42 Sebuah kereta bermula dari keadaan pegun mengalami pecutan seragam mencapai jarak sejauh 900 m setelah bergerak selama 30 saat.Pecutan yang dihasilkan adalah

A 5 ms -2 B 4 ms-2 C 3 ms-2 D 2 ms-2 E 1 ms-2

43 Sebuah lori bermula dari keadaan rehat mengalami pecutan 10 ms-2 setelah bergerak sejauh 20 m.Halaju lori pada jarak 20 m adalah

A 10 ms-1 B 20ms-1 C 40 ms-1 D 80 ms-1 E 100 ms-1

44 Sebuah kereta bergerak dengan halaju 15 ms-1 mencapai halaju 10 ms-1 setelah sejauh 12.5 m. Pecutan kereta itu adalah

A –5.0 ms-2 B –2.5 ms-2 C 2.5 ms-2 D 5.0 ms-2 E 7.5 ms-2

45 Sebuah kereta bergerak dengan halaju 40 ms-1 diberhentikan beberapa saat selepas breknya ditekan . Jarak yang dilalui sebelum berhenti adalah 100 m. Nyah-pecutan kereta ketika itu adalah

A 4 ms-2 B 8 ms-2 C 12 ms-2 D 16 ms-2 E 20 ms-2

46 Sebuah lori yang sedang bergerak dengan halaju 20 ms-1

dengan tiba-tiba dikenakan brek dan akhirnya berhenti setelah bergerak sejahuh 40 m.Masa yang diambil untuk berhenti adalah

A 10 saat B 8 saatC 6 saat D 4 saatE 2 saat

47 Seketul batu diangkat setinggi 5 m dan kemudian dilepaskan.Halaju batu ketika terkena tanah adalah

A 5 ms-1 B 10 ms-1 C 15 ms-1 D 20ms-1 E 30 ms-1

48 Sebiji buah durian jatuh bebas ke tanah dalam masa2 saat. Tinggi pokok durian itu adalah

A 40 m B 30 m

C 20 m D 10 mE 5m

49 Sebuah sfera logam berjisim 5 kg dijatuhkan dari ketinggian 125 m.Masa yang diambil untuk mencecah tanah adalah,

A 2 s B 4sC 5 s D 8sE 10 s

50 Dua sfera logam berjisim 2 kg dan 5 kg masing-masing dijatuhkan pada ketinggian 3.2 m dan 7.2 m.Perbezaan masa yang diambil untuk kedua-dua sfera logam terkena tanah adalah

A 0.2 saat B 0.4 saatC 0.6 saat D 0.8 saatE 1.2 saat

51 Sebiji bola dilontar tegak ke atas dengan halaju 20 ms-1 . Tinggi maksimum yang boleh dicapai oleh batu itu adalah,

A 60 m B 40 mC 30 m D 20 mE 10 m

Pelajar Jarak/ m Masa/ sP 100 20Q 120 20

Jadual (a)Pelajar Jarak/ m Masa/ sR 100 20S 100 15

Jadual (b)

52 Jadual (a) dan jadual (b) merupakan data yang diperolehi hasil larian empat orang pelajar P,Q,R dan S.(a) Bandingkan laju

(i) pelajar P dan pelajar Q

…………………………………………………..............

……………………………….......................................

Page 14: 2 1 Gerakan Linear

(ii) pelajar R dan pelajar S

…………………………………………………..............

……………………………….......................................(b) Nyatakan hubungan antara

(i) laju dengan jarak pada jadual (a)

…………………………………………………..............

………………………………........................................(ii) laju dengan masa pada jadual (b)

…………………………………………………..............

……………………………….......................................(c) Berdasarkan hubungan pada (b),berikan takrif laju

serta nyatakan unit S.I.nya

…………………………………………………

53 Rajah (a) menunjukkan keratan pita detik hasil tarikan sebuah kereta mainan dengan menggunakan sebuah jangka masa detik yang dibekalkan dengan a.u. yang berfrekuensi 50 Hz. Rajah(b) pula merupakan sekeping gambarfoto stroboskop sebuah troli yang menuruni landasan condong dan diambil dengan menggunakan sebuah kamera dan sebuah stroboskop elektronik yang mengeluarkan 40 sinaran cahaya sesaat.

(a) Nyatakan ciri sepunya mengenai halaju yang ditunjukkan pada rajah(a) dan rajah(b)

…………………………………………………..............

……………………………….......................................

…………………………………………………..............

……………………………….......................................

(b) Berdasarkan jawapan pada(a) ,nyatakan jenis gerakan yang berlaku pada kereta mainan dan troli itu.

…………………………………………………..............(c) Apakah yang berlaku kepada jangkamasa detik jika

a.t. digunakan.?

…………………………………………………..............

……………………………….......................................

(d) Lakarkan graf halaju-masa bagi gerakan kereta mainan dan troli itu.

54 Rajah di atas menunjukkan satu carta pita yang diperolehi dalam satu eksperimen untuk mengkaji gerakan suatu jasad dengan menggunakan jangka masa detik yang menggunakan a.u berfrekuensi 50 Hz.

(a) Huraikan jenis gerakan yang ditunjukkan pada pita tersebut.

...........................................................................................

Page 15: 2 1 Gerakan Linear

...........................................................................................

...........................................................................................

(b) Berapakah selang masa antara dua titik berturutan?

.............................................................................(c) Hitungkan halaju

(i) minimum

(ii) maksimum

(d) Hitungkan halaju purata

(e) Hitungkan pecutan.

55 Rajah (a) menunjukkan laluan sebuah kereta mainan yang bermula dititik P ke Q dalam masa 3 s, kemudian dari Q ke R dalam masa 5 saat, dan akhirnya dari R ke S dalam masa 11 saat. Oleh sebab jarak dilalui dari P ke S tidak sama dengan sesaran dari P ke S, maka laju purata

kereta mainan itu juga tidak sama dengan halaju puratanya

(a) Jadualkan semua kuantiti fizik dalam maklumat di atas dalam dua kumpulan.

(b) Rajah (b) menunjukkan graf jarak melawan

masa bagi pergerakan kereta mainan itu dari P ke S(i) Pada peringkat gerakan yang manakah

kereta itu bergerak dengan laju yang paling tinggi?Terangkan

........................................................................................

...................................................................................

(ii) Berapakah sesaran kereta mainan itu dari P ke S

(iii) Hitungkan laju purata kereta mainan itu dari P ke S

(c) Lakarkan graf laju melawan masa bagi keseluruhan perjalanan kereta itu

56 Berikut adalah persamaan gerakan dengan pecutan seragam

v = u + at

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan simbol a , dan seterusnya berikan takrif a.

………………………………………………………......

.................................................................................. (b) Apakah maklumat yang diperolehi dari ‘ at ‘ dan

nyatakan unit S.I.nya

……………………………………………………….......

…………………………………....................................(c) Persamaan di atas boleh juga digunakan untuk

gerakan jasad ‘jatuh bebas’. Seketul batu

Page 16: 2 1 Gerakan Linear

mengalami ‘jatuh bebas’ mengambil masa 4 saat untuk jatuh ke tanah.

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan ‘jatuh bebas’?

……………………………………………………….......

…………………………………....................................(ii) Tentukan halaju batu sejurus sebelum terkena

tanah

(iii) Lakarkan graf halaju-masa dan sesaran-masa bagi gerakan batu itu.

57 (a) Sebuah troli yang dilepaskan menuruni satu landasan condong akan mengalami halaju yang maksimum semasa tiba di titik terbawah landasan condong itu. Nyatakan satu faktor yang mempengaruhi halaju semasa tiba di titik terbawah landasan condong itu.

(b) Huraikan satu rangka eksperimen untuk menentukan hubungan antara halaju maksimum dengan faktor yang mempengaruhinya.