BENGKEL BAHASA MELAYU (KATA ADJEKTIF) Oleh Prof. Madya Dr. Vijayaletchumy a/p Subramaniam, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.
BENGKEL BAHASA MELAYU (KATA ADJEKTIF)
Oleh
Prof. Madya Dr. Vijayaletchumy a/p Subramaniam,Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,Universiti Putra Malaysia,Serdang, Selangor.
• Adik-adik masih ingat KATA NAMA?
• Setiap kata nama ada sifat dan ciri-ciri tersendiri.
• Contoh:
• Bagaimanakah kita menerangkan sifat tersebut???
Kereta yang kecil dan berwarna kuning itu laju.
Perkataan yang berfungsi untuk menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama.
Contoh: – laju, besar, gembira, penat, cergas
Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat.
Kata adjektif dapat disertai kata penguat seperti:– amat, paling dan sangat.
KATA ADJEKTIF
JENIS
Sifat / keadaan
• Digunakan bagi menerangkan sifat atau keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata nama.
• Cuba adik-adik fikirkan sifat-sifat tersendiri yang terdapat dalam diri anda!
Contoh KA sifat / keadaan:
• Badan yang kuat sistem pertahanannya tidak mudah diserang penyakit.
• Badan: Kata Nama Kuat: Kata Adjektif
Warna
• Unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang menerangkan maksud warna.
• Apakah warna kegemaran anda?
Contoh KA Warna:
• Amir tidak suka memakai baju yang berwarna suram, seperti warna kelabu.
• Baju: Kata Nama Kelabu: Kata Adjektif
Bentuk• Unsur keterangan kepada kata nama iaitu
perkataan yang memberi maksud rupa bentuk.
Contoh: lurus / bulat / bujur/ bengkok / leper Bundar / lonjong
• Apakah bentuk kegemaran anda?
Contoh KA Bentuk:
• Jalan tidak selalunya lurus, begitulah kehidupan.
• Jalan: Kata Nama Lurus: Kata Adjektif
Mari Uji Minda!
Pada musim raya, jalan-jalan di Kuala Lumpur biasanya ______ sahaja kerana ramai yang pulang ke kampung.
nyaman sunyi bising
Mari Uji Minda!
Roti itu sudah ______ kerana telah ditindih dengan buku-buku yang berat.
lonjong bengkok leper
Waktu• Unsur keterangan kepada kata nama iaitu
perkataan yang memberi pengertian konsep masa.
Contoh: kerap / awal /sering / jarang /lewat silam / baharu / dahulu / lampau / suntuk
Contoh KA Waktu:
• Guru itu seharian suntuk berada di sekolah untuk menyiapkan tugasannya.
• Seharian: Kata Nama Suntuk: Kata Adjektif
Ukuran
• Unsur keterangan kepada kata nama iaitu perkataan yang memberi pengertian ukuran.
Contoh:tebal / gemuk / panjang / nipis / kurus pendek / tinggi / rendah / kecil
Apakah bunga terbesar di dunia?
Contoh KA Ukuran:
• Setelah sebulan, barulah Kumutha berjaya menghabiskan membaca buku yang tebal itu.
• Buku: ? Tebal: ?
Jarak
• Unsur keterangan kepada kata nama iaitu perkataan yang memberi makna konsep ruang.
Contoh:nyaris / dekat / hampir / jauh
Contoh KA Jarak:
• Dia berdiri hampir dengan cerun gunung itu.
• Dia: ? Hampir: ?
Mari Uji Minda!
Apabila kelibat gerbang gua itu kelihatan, Rosa berundung ke belakang ______ kerana bimbang jika terdapat binatang buas.
dekat jauh hampir
Mari Uji Minda!
Karpal _______ menasihatkan anak-anaknya agar menolong orang yang susah kerana dia mahu mereka jadi manusia berguna.
sering baharu jarang
Mari Uji Minda!
Pohon yang _____ itu sering menjadi tumpuan kanak-kanak untuk bermain kerana mudah dipanjat.
rendah besar tebal
Perasaan
• Perkataan yang digunakan sebagai unsur keterangan kepada kata nama yang memberi pengertian atau konsep perasaan.
• Apakah perasaan anda sekarang?
• gemuruh / gembira / panik cemas / sedih
Contoh KA Perasaan:• Saya berasa sangat teruja kerana dapat
menguasai Bahasa Malaysia.
• Saya: ? Teruja : ?
Cara• Unsur keterangan kepada kata nama
iaitu perkataan yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam.
Contoh:pantas / deras / ligat / lambat / gopoh perlahan / laju / cermat / cepat
Contoh KA Cara:
• “Kadang-kadang kita tidak boleh amalkan “biar lambat asal selamat”, tapi haruslah cekap supaya cepat dan tidak membuang masa,” kata Encik Samy.
Pancaindera• Unsur keterangan kepada kata nama
iaitu perkataan yang membawa konsep sentuh, dengar, pandang, bau, dan rasa.
• Lembik, licin, halus, kesat, keras, kasar, tegang
Indera Sentuh
• Hanyir, busuk, harum, wangi, tengik, hancing
• Comel, segak, cantik, hodoh, buruk, molek
• Nyaring, lembut, mersik, merdu, garau, serak
Indera Dengar
Indera Pandang
Indera Bau
• Masam, manis, pahit, kelat, payau, lazat, pedas
Indera Rasa
Contoh KA Pancaindera:
• Nasi yang ditanak dengan air yang berlebihan akan menjadi lembik.
• Wajah Paul berkerut apabila memakan buah limau yang masam itu.
• Minyak kelapa di dalam botol itu sudah berbau tengik.
Mari Uji Minda!
“Wang ini saya sumbangkan secara _____,” kata Janice kepada Er Hui Lee.
amanah ikhlas adil
Mari Uji Minda!
Persahabatan Jarjit dan Upin sungguh ______kerana mereka selalu bermain bersama.
akrab karib renggang
Mari Uji Minda!
Suara penyanyi yang _____ itu menggegari Stadium Melawati pada malam sambutan Hari Kemerdekaan itu.
halus mersik garau
Rujukan
• http://qcikgubm.blogspot.com/2011/04/nota-jenis-jenis-kata-adjektif.html