-
USM, PULAU PINANG, 19 November 2016 – Mahasiswa merupakan
pemangkin kepada pembangunannegara dan aset penting sebagai
penggerak generasi yang akan memimpin negara kelak.
Itulah harapan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa,
Profesor Dato’ Dr. Ahmad ShukriMustapa Kamal yang menggesa para
mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) sentiasa merebutpeluang
menerokai ilmu pengetahuan agar menjadi insan yang berintelektual,
berketerampilan dandihormati.
Jelas beliau, di samping menuntut ilmu di universiti, mahasiswa
perlu mengambil peluang denganmenyeimbangkan aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek mahupun sosial keseluruhannya.
(https://news.usm.my)
Berita Mutakhir
search...
MAHASISWA PEMANGKIN PEMBANGUNAN NEGARA19NOV
https://news.usm.my/
-
“Mahasiswa adalah bakal pemimpin, oleh itu penglibatan dalam
aktiviti kokurikulum beruniform bolehmembantu anda menjadi seorang
pemimpin yang berkaliber suatu hari nanti di samping mampumengemudi
kumpulan atau orang yang dipimpin dengan baik.”
Beliau berucap ketika merasmikan Perbarisan Pembukaan Latihan
Badan Beruniform USM SidangAkademik 2016/2017 hari ini di Padang
Kawad, USM.
-
Yang turut hadir ke majlis adalah Timbalan Naib Canselor
Penyelidikan dan Inovasi USM, Prof. Dato’Dr. Muhamad Jantan;
Pengarah Pusat Rancangan Kokurikulum, USM, Prof. Madya Dr. Ahmad
TajuddinOthman; Penyelaras Pusat Rancangan Kokurikulum Kampus
Kejuruteraan USM, Dr. Mohd Salman binAbu Mansor dan pegawai-pegawai
utama universiti.
Tambah Ahmad Shukri, selain melatih menjadi pemimpin yang
berdedikasi, kokurikulum jugamembantu seseorang mahasiswa itu
mengenalpasti dan menyedari jika wujudnya masalah, danmencari jalan
terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut.
-
“Ini secara tidak langsung akan melahirkan generasi yang bukan
sahaja dapat memimpin dengan baiktetapi juga berjasa dalam
masyarakat dan negara,” katanya.
Menurut beliau lagi, kokurikulum juga memupuk dalam diri
mahasiswa erti tulus dan ikhlas dalammemimpin dan menggalas
tanggungjawab yang berat iaitu ‘amanah’.
Perbarisan Latihan Badan Beruniform USM kali ini memperlihatkan
penyertaan seramai 240 pesertamerangkumi 7 badan beruniform USM
yang turut melakukan lintasan hormat serta sajian
beberapapersembahan menarik.
Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar / Foto: Mohd Fairus Md. Isa
Share This
http://del.icio.us/post?v=2&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4460-mahasiswa-pemangkin-pembangunan-negara&title=USM%20News%20Portal%20-%20MAHASISWA%20PEMANGKIN%20PEMBANGUNAN%20NEGARAhttps://digg.com/submit?phase=2&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4460-mahasiswa-pemangkin-pembangunan-negara&title=USM%20News%20Portal%20-%20MAHASISWA%20PEMANGKIN%20PEMBANGUNAN%20NEGARAhttps://www.facebook.com/dialog/share?app_id=925945534114813&display=popup&href=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4460-mahasiswa-pemangkin-pembangunan-negara&redirect_uri=https://news.usm.my/media/coalaweb/modules/generic/html/popup-close.htmlhttps://plus.google.com/share?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4460-mahasiswa-pemangkin-pembangunan-negara&title=USM%20News%20Portal%20-%20MAHASISWA%20PEMANGKIN%20PEMBANGUNAN%20NEGARAhttps://www.stumbleupon.com/submit?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4460-mahasiswa-pemangkin-pembangunan-negara&title=USM%20News%20Portal%20-%20MAHASISWA%20PEMANGKIN%20PEMBANGUNAN%20NEGARAhttps://twitter.com/intent/tweet?text=USM%20News%20Portal%20-%20MAHASISWA%20PEMANGKIN%20PEMBANGUNAN%20NEGARA&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4460-mahasiswa-pemangkin-pembangunan-negarahttps://www.linkedin.com/shareArticle?mini=true&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4460-mahasiswa-pemangkin-pembangunan-negara&title=USM%20News%20Portal%20-%20MAHASISWA%20PEMANGKIN%20PEMBANGUNAN%20NEGARAhttp://reddit.com/submit?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4460-mahasiswa-pemangkin-pembangunan-negara&title=USM%20News%20Portal%20-%20MAHASISWA%20PEMANGKIN%20PEMBANGUNAN%20NEGARAhttps://www.newsvine.com/_tools/seed?popoff=0&u=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4460-mahasiswa-pemangkin-pembangunan-negara&title=USM%20News%20Portal%20-%20MAHASISWA%20PEMANGKIN%20PEMBANGUNAN%20NEGARAmailto:?subject=USM%20News%20Portal%20-%20MAHASISWA%20PEMANGKIN%20PEMBANGUNAN%20NEGARA&body=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4460-mahasiswa-pemangkin-pembangunan-negara
-
Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public
Relations Centre
Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains
Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia
Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected]
(mailto:[email protected])
Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia
(http://www.usm.my)
Client Feedback / Comments
(http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal.
Hakcipta Terpelihara USM 2015
mailto:[email protected]://www.usm.my/http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp