-
1
“DIHIBURKAN ALLAH”
PANDUAN DOA MINGGUAN
Doa tanpa henti.
“Segala puji bagi Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus, Bapa
Yang Maha Pemurah dan Allah sumber segala penghiburan. Dia
menghibur kami dalam pelbagai kesusahan, supaya kami pula dapat
menghibur orang yang mengalami kesusahan dengan penghiburan yang
kami terima sendiri daripada Allah.” – 2 Korintus 1:3-4 AVB
Terima kasih kerana memakai panduan doa ini yang bermula sewaktu
PKP bermula. Pada hari ini, panduan doa tersebut terus mengalakkan
umat Allah untuk terus berdoa tanpa henti, dalam kesyukuran dan doa
syafaat, agar Kerajaan Allah ditubuhkan dan kehendak-Nya
dilaksanakan pada waktu yang susah. Panduan doa ini boleh dipakai
untuk saat teduh peribadi, di dalam keluarga ataupun kumpulan
kecil. Anda juga boleh menggunakannya semasa mengendalikan
persekutuan doa dalam talian ataupun di gereka, dan juga untuk
menganjurkan bilik doa 24-7 dalam talian. Kami telah mendirikan
panduan asas ini untuk mereka yang baru mula berdoa ataupun ingin
bertumbuh dalam doa. Kandungannya mencukupi supaya anda boleh
berdoa dari beberapa minit sehingga selama sejam, agar anda membina
keyakinan dalam doa. Panduan ini menggunakan nemonik PRAY. Cara ini
terdiri daripada 4 langkah yang mengejakan perkataan PRAY: Pause –
Rejoice – Ask – Yield.
P – Pause (Berhenti secara sengaja apabila menghadapi PERIBADI
Allah, sebagai peringatan bahawa kami bukan melakukannya hanya
sekadar sebagai aktiviti, tetapi memasuki hadirat Allah,
merendahkan diri supaya mendengar, merenungkan diri dan
bertaubat)
R – Rejoice (Menyembah Dia yang layak menerima segala pujian dan
sembah, dan ini sesuatu yang berlaku secara semulajadi oleh kerana
meluangkan masa dengan-Nya sebelum ini)
A – Ask (Doa Syafaat – Setelah 2 langkah tersebut, hati kami
sekarang berada dalam posisi yang lebih baik untuk menyelaraskan
diri mengikut hati dan kehendak-Nya)
Y – Yield (Serahkan semua doa kami kepada Allah dengan penuh
iman, agar Dia memimpin dan berbicara dengan hati kami supaya kami
mengalami sukacita sewaktu bekerjasama dengan Allah dalam
mengalu-alukan kerajaan-Nya)
Sewaktu memantau perkembangan pandemik Covid-19 dan
mempersiapkan diri untuk kemungkinan gelombang kedua berlaku,
kerisauan kian bertambah dengan berita buruk lain seperti kadar
pengangguran yang meningkat dan penutupan perniagaan. Ramai orang
mengalami kemurungan kerana keadaan ekonomi yang semakin mencabar,
di mana terdapat segolongan yang mungkin kehilangan kerja mereka.
Program moratorium pinjaman juga akan berakhir pada bulan September
ini, dan ramai orang masih tidak mampu membuat bayaran bulanan
menjelang September ini.
Penduduk di Kajang dan Sepang mengalami kerosakan harta yang
teruk oleh kerana musim tengkujuh ini, apabila banjir kilat
melandai kawasan tersebut. Kes-kes Covid-19 juga semakin meningkat,
dan sekolah-sekolah di Kuching, Padawan dan Samarahan telah
mengambil keputusan untuk menangguhkan pembukaan. Golongan ibubapa
juga bimbang terhadap tahap keselamatan anak-anak mereka apabila
seorang pelajar yang berumur 15 tahun pitam dan meninggal minggu
lalu. Pelarian dan pendatang juga diusir oleh tuan rumah kerana
mereka takut akan pihak penguasa yang giat mengambil tindakan keras
terhadap pendatang haram. Keadaan ini menyebabkan mereka berada
dalam keadaan terdesak, ketakutan serta tidak mempunyai tempat
berteduh.
Pada masa yang gelap ini, Gereja Kristus harus bangkit. Ia
sangat merangsangkan apabila melihat umat Kristian menunjukkan
pandangan yang lebih luas lagi, tanpa menjaga kepentingan diri
sendiri tetapi mencari cara untuk menghiburkan mereka yang
terjejas. Kami bersukacita apabila umat Kristian mencari pelbagai
cara untuk menolong pelarian dari segi perumahan dan pemakanan.
Kami bersukacita kerana umat Kristian tidak lelah menolong mereka
yang terjejas walaupun keadaan peribadi semakin terdesak.
Memang pada waktu beginilah kami diseru menjadi terang dan
garam; serta membawa terang kepada tempat yang gelap gelita.
Walaupun pandemik ini amat seram, kami berdoa kepada Allah yang
menghiburkan dan berbelas kasihan, Dia yang menghiburkan kami
sepanjang musim PKP dan akan terus menghiburkan kami melalui semua
cabaran, bahawa Dia akan menguatkan kami untuk menghiburkan yang
lain. Tuhan, pakailah kami sebagai tangan dan kaki Engkau. Utuslah
kami untuk membawa penghiburan Engkau kepada golongan yang
memerlukannya.
AHAD, 26 JULAI 2020 NASKAH KE-19
JEMPUTAN UNTUK TERUS TEKUN DALAM DOA DAN KESYUKURAN
For private circulation only among members and associates of
Prayer United Malaysia
-
2
PAUSE BERDIAM, Diamkan diri secara sengaja - Tarik nafas yang
dalam, dan alu-alukan hadirat Roh Kudus. BACA Mazmur 46 AVB dan
renungkan
Mazmur 46:10 “Diamlah, dan ketahuilah Aku Allah; Aku akan
dimuliakan dalam kalangan bangsa-bangsa, Aku akan dimuliakan di
bumi ini.” BERTAUBAT Kami mengakui bahawa umat Kristian juga
mengalami perasaan kemurungan, ketakutan, dan kemudaratan. Ya,
orang Kristian boleh berasa takut juga. Sewaktu kami membaca kitab
Mazmur, kandungannya penuh dengan kemarahan, kesengsaraan, dan
ratapan. Namun begitu, di tengah-tengah ketakutan, gergasi iman
dari dahulu meniarapkan diri di hadapan takhta Allah dan
menyalurkan semua ketakutan mereka sebagai doa dan air mata
kepada-Nya, membawa situasi mereka terhadap-Nya dan tidak berasa
bimbang. Ini kerana kebimbangan menjauhi kami daripada-Nya, dan
juga memberi peluang kepada ketakutan melandai kami. Apabila kami
berhadapan dengan Allah minggu ini, marilah kami jujur berhadapan
dengan-Nya. Semoga kami bertaubat daripada perasaan bimbang agar
tidak berfikir yang bukan-bukan.
DOA: Abba Bapa, kami mengakui bahawa kami senang dilanda
kebimbangan. Kami bertaubat, ya Tuhan, daripada kebimbangan kami
serta kekurangan iman bahawa kekuatan Engkau mencukupi. Engkau
telah berkata bahawa tanpa iman, mustahil kami menerima
keredaan-Mu. Di tengah-tengah badai ini, Tuhan, tukarlah perasaan
bimbang kami kepada penyembahan. Kami menyerahkan segala perasaan
takut kepada-Mu dan berdoa agar ketakutan tersebut akan menyebabkan
kami mendampingi-Mu dengan lebih erat lagi. Kami menyerahkan air
mata dan ratapan kami kepada-Mu, dan percaya bahawa Engkau adalah
menara yang kukuh kami, Penyelamat kami. Kami serahkan semua beban
kami kepada-Mu kerana kami tahu bahawa hanya Engkau yang mampu
menopang kami, dan tidak akan membenarkan sebarang kesulitan
daripada berlaku. Tolonglah kami berdiam. Berdiam serta
“…sandarkanlah harapan kepada Tuhan dari sekarang untuk
selama-lamanya” (Mazmur 131:2). Tenangkan hati kami hari ini juga
untuk mencari hadirat-Mu. Kami mengakui bahawa Engkau Allah kami,
dan Engkau dimuliakan serta ditinggikan dalam penyembahan. Kami
berdoa ini dalam nama Yesus, AMIN.
REJOICE / PENYEMBAHAN
DOAKAN MAZMUR 27 secara kuat
PUJILAH TUHAN Mazmur 27:1 AVB “Tuhan cahayaku dan penyelamatanku
– siapa perlu kutakuti? Tuhan kekuatan hidupku – siapa harus aku
gentar?”
NYANYIKAN Lagu-lagu penyembahan dan kesyukuran. Berikut adalah
beberapa cadangan:
DIA MENGERTI 1.
Terkadang kita merasa, tak ada jalan terbuka Tak ada lagi waktu
terlambat sudah Tuhan tak pernah berdusta, Dia s'lalu pegang
janjiNya Bagi orang percaya, mujizat nyata Dia mengerti, Dia peduli
Persoalan yang sedang terjadi Dia mengerti, Dia peduli Persoalan
yang kita alami Namun satu yang Dia minta Agar kita percaya, sampai
mujizat menjadi nyata
https://www.youtube.com/watch?v=aQXfmKkWPEU
BALANG KERISAUAN-KE-PENYEMBAHAN (Pilihan Meluahkan Kesyukuran
Secara Kreatif) Sediakan “Balang Kerisauan” dan hiaskannya dengan
pelbagai warna dengan memakai ayat Yeremia 29:11, “Aku tahu
rancangan-rancangan yang Kubuat bagi kamu,' demikianlah firman
Tuhan, 'iaitu rancangan kesejahteraan, bukan malapetaka, untuk
mengurniakan kepada kamu masa depan dan harapan.” Setelah anda
melakukan demikian, tulislah perkara yang menyebabkan anda berasa
takut, risau, sedih, dan kemurungan. Setelah siap menulis, doakan
semua hal-hal tersebut. Setelah berdoa, koyakkan kertas tersebut
dan letakkan semua cebisan kertas ke dalam balang itu. Setelah
cebisan-cebisan diletakkan dalam balang, ia tidak akan dikeluarkan
lagi. Tutup balang tersebut dan biarkan semua ketakutan, kerisauan,
kesedihan, dan kemurungan di dalam!
-
3
Nyanyikan lagu penyembahan ataupun kesyukuran setelah menutup
balang itu sambil mengakui bahawa semua ketakutan dan kesedihan
tersebut sekarang sudah diserahkan kepada Allah. Lakukan ini setiap
kali anda berasa takut, risau, atau sedih. Semoga anda mengalami
sukacita dan ketenangan hati apabila menyerahkan semua ketakutan
kepada Tuhan tanpa memikulnya sekali lagi.
ASK /BERMINTA Pakailah perkataan diri sendiri sewaktu berdoa
sambil berhenti sejenak apabila merenungkan cadangan doa berikut
sebagai panduan doa anda yang boleh membantu membina keyakinan diri
dalam kehidupan doa peribadi anda
1. Doa Peribadi Yeremia 29:11 AVB “Aku tahu rancangan-rancangan
yang Kubuat bagi kamu,' demikianlah firman Tuhan, 'iaitu rancangan
kesejahteraan, bukan malapetaka, untuk mengurniakan kepada kamu
masa depan dan harapan.”
DOA: Tuhan Allah, Engkau Bapa yang baik. Engkau tahu apa yang
aku perlukan sebelum aku menyatakannya. Aku tahu bahawa Engkau
mempunyai rancangan untuk hidup aku, dan kerinduan aku adalah
memuliakan-Mu dan setia kepada-Mu sepanjang hidup aku. Jamahlah aku
senantiasa, dan jangan biarkan aku sesat. Pada masa seperti ini,
aku tidak akan berasa takut tetapi akan berlindung dengan-Mu,
kerana Engkau tahu masa depanku. Dalam nama Yesus aku berdoa,
AMIN.
2. Doa untuk Keluarga Yesaya 41:10 AVB “Jangan takut, kerana Aku
berserta denganmu. Jangan cemas, kerana Akulah Allahmu. Aku akan
menguatkan, bahkan akan menolong engkau. Ya, Aku akan menopang
engkau dengan tangan kanan-Ku yang penuh kebenaran.”
DOA: Bapa Syurgawi, saya berterima kasih atas kasih karunia-Mu
ke atas setiap ahli keluarga aku: (doakan setiap peribadi dalam
keluargamu). Aku bersyukur kerana Engkau telah berjanji bahawa
Engkau menyertai kami senantiasa dan Engkau Allah kami. Pada waktu
yang tidak tertentu ini, saya berterima kasih kerana melindungi
keluarga kami. Aku memuji-Mu dengan penuh keyakinan bahawa Engkau
akan menyudahkan pekerjaan yang baik dalam setiap peribadi mereka.
Aku berterima kasih kerana Engkau bekerja dalam kehidupan mereka,
meneliti mereka bertumbuh secara iman dalam-Mu. Semoga aku menjadi
contoh yang baik supaya mereka mencontohi aku sebagaimana aku
mencontohi Tuhan Yesus Kristus. Sila lindungi mereka daripada
pencobaan dan jauhi mereka daripada yang jahat. Aku berdoa agar
keluarga aku akan menjadi satu teladan yang baik sebagai pekerja
Injil, di mana kami bersinar dengan terang di kalangan jiran-jiran,
komuniti, dan gereja. Dalam nama Yesus kami berdoa, AMIN.
3. Doa untuk Komuniti a. Perniagaan dan Penggajian
Matius 6:33 AVB “Utamakanlah kerajaan Allah serta
perbenaran-Nya; dan semuanya itu akan diberikan kepadamu.”
DOA: Tuhan Allah, dalam detik yang susah ini, kami bersandung
kepada belas kasihan dan kasih-Mu. Banyak perniagaan yang terjejas
walaupun perlonggaran PKP berlaku. Engkau ingin kami utamakan
kerajaan-Mu dan perbenaran-Mu, jadi Tuhan, kami minta bahawa Engkau
menunjukkan belas kasihan dan kasih karunia-Mu kepada kami. Semoga
mata kami tertuju kepada-Mu senantiasa. Kuatkanlah kami agar kami
boleh bantu membina semula dan memulihkan keluarga serta perniagaan
yang terjejas. Kami percaya bahawa Engkau akan memberkati kami
dengan karunia baru supaya kami boleh memberkati yang lain. Kami
berdoa agar Engkau curahkan karunia usahawan supaya idea dan
perniagaan baru boleh bermula demi kemuliaan-Mu. Pakailah kami
menjadi saluran berkat kepada pihak majikan, para pekerja, rakan
kerja, pelanggan, dan kerajaan, bahawa melalui kami, bandar-bandar
akan makmur sekali lagi. Semoga kami akan bersikap murah hati untuk
menolong orang ramai, membawa kemakmuran kepada mereka dan menolong
dalam pelbagai cara mereka yang terjejas kerana kehilangan kerja.
Dalam nama Yesus kami berdoa, AMIN.
b. Perlindungan untuk Pekerja Kesihatan dan Pekerja Baris
Hadapan Mazmur 46:1 AVB “Allah Pelindung dan Pemberi kekuatan
kepada kita, sentiasa sedia menolong pada waktu kesusahan.”
DOA: Tuhan Allah, kami berdoa agar engkau melindungi dan memberi
kebijaksanaan kepada pekerja kesihatan dan pekerja baris hadapan
daripada kemungkinan bahawa gelombang kedua menjadi nyata. Semoga
pihak berkuasa akan sentiasa peka terhadap perkembangan jangkitan
baru. Kami berdoa agar struktur penyelidikan yang dibangunkan boleh
menyediakan surveilan sentinel agar pihak berkuasa boleh
mengidentifikasi jangkitan kluster baru dan mengambil langkah
pencegahan yang sewajarnya. Kami juga berdoa, ya Tuhan, agar Engkau
memberi kebijaksanaan kepada mereka yang sedang bertungkus-lumus
menghasilkan vaksin dengan secepat mungkin, di mana vaksin ini
dapat menyerang virus ini serta mutasi yang selanjutnya. Kami
berdoa bahawa cubaan vaksin yang dijalankan ke atas manusia akan
berhasil, di mana Engkau memelihara sukarelawan ini.
-
4
Semoga orang awam akan sentiasa berjaga-jaga dan bersatu dalam
usaha mengelakkan gelombang jangkitan yang kedua. Semua ini kami
berdoa dalam nama Yesus, AMIN.
c. Perlindungan atas Para Guru dan Pelajar Matius 18:10 AVB
“Hati-hatilah, jangan hinakan seorang daripada murid-Ku yang kecil
ini. Ketahuilah, malaikat-malaikat mereka sentiasa berada di
hadirat Bapa-Ku di syurga.”
DOA: Bapa Syurgawi, kami berdoa agar Engkau melindungi para
guru, pensyarah, dan pelajar di tengah-tengah gelombang baru
pandemik coronavirus. Kami berdoa supaya kementerian pendidikan
akan membuka sekolah dengan prihatin dan penuh kebijaksanaan.
Semoga para pendidik sentiasa berjaga-jaga dan peka apabila
budak-budak dan anak muda kembali ke sekolah, kolej dan universiti
masing-masing. Kami doakan hal ini dalam nama Yesus, AMIN.
d. Doa untuk Mereka yang Sakit Yakobus 5:15-16 AVB “Doa yang
dilafazkan dengan iman akan menyembuhkan orang sakit itu. Tuhan
akan memulihkan kesihatannya, dan dosanya akan diampunkan. Oleh
itu, hendaklah kamu saling mengakui dosa serta mendoakan satu sama
lain, supaya kamu disembuhkan. Doa orang yang benar mempunyai kuasa
yang hebat.”
DOA: Tuhan Allah, kami terus mendukung dalam doa mereka yang
sakit dari segi jasmani, emosi ataupun mental, agar Engkau akan
menyembuhkan mereka secara total. Kami mengangkat [nama orang yang
perlu penyembuhan] kepada-Mu. Aku berdoa agar Engkau menyembuhkan
[nama penyakit/keadaan mental]. Sama seperti rakan-rakan orang yang
lumpuh itu membawanya kepada Yesus, dan tidak berputus asa daripada
mempersembahkan dia kepada Penyembuh kami, kami berdoa atas pihak
yang sakit dan meminta Engkau mengampuni dosa mereka, serta
mengakui dosa kami sesama sendiri. Ampuni kami, ya Tuhan, atas
segala dosa kami kepada-Mu. Kami menyeru kepada-Mu, Ya Tuhan Allah,
yang hanya perlu berfirman sahaja untuk menyembuhkan, bahawa dalam
nama Yesus yang berkuasa, [nama pesakit] akan dibebaskan daripada
belenggu [nama penyakit]. Dalam nama Yesus yang berkuasa kami
berdoa, AMIN.
Abba Bapa, aku berterima kasih kerana [nama pesakit] kepunyaan
Engkau dan Engkau berkuasa atas segalanya dari permulaan hingga ke
nafas terakhir. Tolonglah kuatkan [nama pesakit] dan semoga dia
mendampingi Engkau untuk mengalami hadirat-Mu yang luarbiasa
sekarang juga.
4. Doa untuk Mereka yang Sesat (Berdoa untuk 5 Orang Lain) 1
Timotius 2:4 AVB “…yang berkehendakkan semua manusia diselamatkan
dan mengetahui apa yang benar.”
DOA: Tuhan Yesus, terima kasih atas pengorbanan-Mu. Tolong kami
terus tekun bekerja di ladang-Mu untuk menyelamatkan domba yang
sesat. Apabila kami berdoa ‘Datanglah Kerajaan-Mu’– kami serahkan
‘lima’ orang ini kepada-Mu, Ya Tuhan Allah, (sebutkan nama mereka
sewaktu anda berdoa) agar mereka akan mengenali Yesus Kristus
sebagai Penyelamat peribadi mereka. Ya Tuhan, sila tolong _______
tahu bahawa Engkau adalah Jalan, Kebenaran dan Hidup. Kami berdoa
agar Engkau memberkati kami dengan sukacita melihat kawan-kawan,
keluarga kami serta rakan sekerja kami bertemu dengan Yesus Kristus
dan memulakan perjalanan iman mereka yang baru. Terus bekerja
melalui kami, agar kami berani untuk membawa Berita Baik Engkau ke
mana-mana sahaja. Dalam nama Yesus kami berdoa, Amin.
5. Doa untuk Gereja a. Kekudusan dan Kesetiaan
Matius 5:13 AVB “Kamu ialah garam bumi. Jika garam menjadi
tawar, tidak mungkinlah masin semula. Tidaklah berguna lagi, hanya
layak dibuang dan dipijak orang.”
DOA: Abba Bapa, kami berdoa agar gereja-Mu menjadi terang dan
garam dalam masyarakat, supaya kami menjadi duta Engkau untuk
memberitakan Berita Baik serta melakukan perbuatan baik pada masa
ini. Kami berdoa untuk keberanian dan kekuatan dalam menyampaikan
kasih sayang, hiburan, dan galakan kepada dunia yang sedang
menderita di bawah belenggu kebencian dan kesengsaraan. Kami berdoa
agar kami menjadi saksi-Mu yang setia kepada dunia yang memerlukan
utusan harapan dan keamanan Engkau. Dalam nama Yesus kami berdoa,
AMIN.
b. Kesatuan Gereja 1 Yohanes 4:19-21 AVB “Kita mengasihi sesama
manusia kerana Tuhan terlebih dahulu mengasihi kita. Jika sesiapa
berkata, "Aku mengasihi Allah," tetapi dia benci akan saudaranya,
dia seorang pendusta. Jika dia tidak mengasihi saudaranya yang
dapat dilihatnya, betapa dia mengasihi Allah yang tidak dapat
dilihatnya? Kristus telah memberi kita perintah ini: Sesiapa yang
mengasihi Allah mesti mengasihi saudaranya juga.”
DOA: TUHAN ALLAH, kami menghadapi Engkau dengan penuh rendah
hati bahawa gereja Malaysia akan menjadi contoh kesetiaan dan kasih
di antara sesama sendiri. Kami berdoa agar api kebangkitan rohani
Roh Kudus akan menyala dengan kuat di seluruh negara, di mana alam
maut tidak mampu menentangnya.
-
5
Kami doakan agar kasih sayang yang ikhlas dan tidak mementingkan
diri sendiri menjadi tanda kehidupan kami, agar barangsiapa yang
memerhati kami akan tahu bahawa kami adalah murid-Mu. Ya Allah,
Bapa Tuhan kami Yesus Kristus, Engkau sahaja Juruselamat dan Putera
Damai; Berilah anugerah-Mu kepada kami supaya kami memperhatikan
segala bahaya yang datang daripada perbalahan di antara kami.
Jauhkanlah daripada kami semua kebencian dan dengki, dan sebarang
yang menahankan kami daripada mencapai kesatuan dan satu tujuan
dalam hal agama: supaya seperti adanya satu Tubuh sahaja, serta
satu Roh sahaja, dan satu harapan sahaja yang datang daripada
jemputan kami itu, dan Tuhan yang satu sahaja, serta satu iman,
satu baptisan, maka pun satu Allah iaitu Bapa kami sekalian; di
mana dari sekarang juga kami sekalian menjadi satu hati dan satu
jiwa berhubung dengan satu tambatan yang kudus, terdiri daripada
kebenaran dan perdamaian, dalam iman dan kasih; supaya dengan satu
hati dan satu suara kami memuliakan Engkau, melalui Yesus Kristus
Tuhan kami. AMIN. [Sumber: Kitab Sembahyang Dalam Gereja,
Anglikan]
c. Pendoa Syafaat Yeremia 51:12 AVB “Angkatlah panji-panji
terhadap tembok-tembok Babel, perkuatkanlah penjagaan. Tempatkanlah
penjaga, siapkanlah penyerang hendap, kerana Tuhan telah
merancangkan dan melaksanakan apa yang difirmankan-Nya mengenai
penduduk Babel.”
DOA: Bapa Syurgawi, kami berdoa agar Engkau akan membangunkan
lebih ramai pengawal yang setia, di mana mereka bersiap sedia dalam
hal-ehwal peperangan rohani. Kuatkan hati kami, Tuhan. Jamahlah
kami dan penuhi kami dengan kebijaksanaan, hati yang peka, dan
nubuatan. Semoga kami menjadi pengawal yang sentiasa peka dan setia
atas bangsa-bangsa lain terutamanya pada waktu yang susah ini.
Jangan biarkan kami terlena. Berikan kami kekuatan supaya tidak
senang putus asa setiap kali kami berdoa. Kami berdoa agar Engkau
melindungi kami serta keluarga kami setiap kali kami berdoa.
Jauhilah kami dari kompromi, keangkuhan dan nafsu duniawi. Dalam
nama Yesus kami berdoa, AMIN.
d. Gereja yang Dianiayai 2 Korintus 1:9-11 AVB “Kami berasa
bagaikan telah dijatuhi hukum mati. Namun demikian, itu telah
berlaku supaya kami tidak lagi berharap kepada diri sendiri tetapi
kepada Allah yang menghidupkan semula orang mati. Dialah yang telah
melepaskan kami daripada bahaya yang amat dahsyat, dan Dialah yang
akan melepaskan kami. Kami menaruh harapan kepada-Nya, bahawa Dia
akan melepaskan kami. Kamu juga harus menolong kami dengan doa,
sehingga ramai orang bersyukur kepada Allah atas kurnia yang
diberikan kepada kami kerana doa ramai orang.”
DOA: Bapa, kami memperingati jutaan umat-Mu di seluruh dunia
yang sedang dianiayai oleh kerana iman mereka dalam Kristus. Oleh
kerana mereka juga merupakan tubuh Kristus, kami turut menderita
bersama mereka. Kami berdoa agar Engkau menguatkan mereka pada masa
yang susah ini, supaya mereka akan tetap setia sampai ke detik
terakhir. Kami ingin mencontohi mereka dalam hal iman dan
ketabahan, dan berdoa agar kami juga boleh bertabah apabila
menghadapi penganiayaan. Tolonglah kami menolong mereka secara
praktikal dan memberi sokongan pada waktu yang susah ini. Kami
berdoa dalam nama Yesus. AMIN.
6. Doa untuk Negara a. Doa Berterusan untuk Persidangan Parlimen
(13 Julai – 27 Ogos 2020)
Mazmur 46:10 AVB “Diamlah, dan ketahuilah Aku Allah; Aku akan
dimuliakan dalam kalangan bangsa-bangsa, Aku akan dimuliakan di
bumi ini.”
DOA: Tuhan Allah, Engkau berkuasa atas semua bangsa. Engkau
adalah Raja segala Raja, Tuhan segala Tuhan. Kami berterima kasih
kerana Engkau menunjukkan belas kasihan dan kasih karunia atas
Malaysia. Kami menjunjung Engkau, ya Allah, dan menunggu
pemerintahan-Mu yang penuh dengan perbenaran. Dilandai badai dari
pelbagai arah oleh kerana pakatan politik yang tidak stabil serta
ekonomi yang lemah, kami menjunjung Engkau sebagai Allah atas semua
bangsa, bahawa hanya Engkau yang menentukan waktu dan musim, kerana
hanya Engkau yang melucut dan melantik pemerintah.
Kami serahkan persidangan Parlimen yang sedang berlaku
kepada-Mu, agar kebenaran, perbenaran dan keadilan akan membanjiri
setiap pelusuk Parlimen. Kami berdoa agar persidangan kali ini akan
berjalan dengan penuh ketertiban dan kesusilaan. Kami serahkan
kemungkinan berlakunya pilihan raya tergempar kepada-Mu, di mana
ramai antara ahli politik mempunyai udang di sebalik batu
masing-masing. Kalau pilihan raya tergempar berlaku, ia akan
memakan perbelanjaan yang banyak dari simpanan kewangan negara ini
– wang yang boleh dipakaiguna untuk menolong rakyat Malaysia
mengharungi suasana ekonomi sedunia yang tenat. Tuhan, sinarkan
terang-Mu ke dalam kegelapan, dan usirkan kegelapan hati manusia
serta alam maut dengan Nama-Mu. AMIN.
b. Doa untuk Keamanan Negara dan Pemulihan Ekonomi Mazmur 139:12
AVB “…sesungguhnya kegelapan tidak gelap bagi-Mu; dan malam
terang-benderang seperti siang, kegelapan dan cahaya serupa
bagi-Mu.”
-
6
DOA: Kami tujukan kepada-Mu, Allah Maha Perkasa, yang ketahui
isi hati setiap orang, untuk membongkarkan setiap rancangan serta
pakatan yang berniat jahat, golongan yang tidak mengutamakan
kebajikan rakyat serta berkhidmat dengan amanah terhadap tanahair
tercinta ini. Bapa Syurgawi, kami berdoa agar Engkau memimpin dan
memberkati tujuan serta semua kekayaan negara ini. Kami berdoa agar
perbalahan politik dan ketidakstabilan ekonomi akan berakhir dengan
kerohanian yang cemerlang. Kami menghancurkan semua aktiviti ilmu
sihir, rancangan rahsia yang jahat, dan pekerjaan roh jahat dalam
nama Yesus. Kami berdoa agar kuasa jahat yang memecah-belahkan dan
menipu rakyat serta menyebabkan gejala rasuah berleluasa di
kalangan mereka yang berkuasa, akan dipatahkan dalam Nama-Mu.
Semoga Malaysia mengalami transformasi menjadi lambang kebenaran,
keadilan dan perbenaran. Semoga Engkau menerima segala kemuliaan
dan pujian untuk perintah-Mu yang benar dari semua bangsa yang
menetap di negara in, bahawa rakyat akan dibebaskan daripada
sekatan agama dan mencapai kemerdekaan ekonomi dan politik. Dalam
nama Yesus, AMIN.
c. Doa untuk Perdana Menteri dan Kabinet 1 Timotius 2:1-4 AVB
“Pertama-tama aku menyeru supaya permohonan, doa, syafaat dan
kesyukuran dinaikkan untuk semua manusia – untuk raja-raja dan
semua yang memegang kuasa, supaya kita hidup aman tenteram, salih
dan penuh hormat. Inilah yang baik dan diredai oleh Allah
Penyelamat kita yang berkehendakkan semua manusia diselamatkan dan
mengetahui apa yang benar.”
DOA: Kami serahkan kesihatan Perdana Menteri kami, Muhyiddin
Yassin, ke dalam tangan-Mu yang mampu menyembuhkan dia. Kami berdoa
agar kuasa Roh Kudus ke atas mereka yang berada di Kabinet akan
terus bekerja untuk menyucikan hati serta motif, dan memperkasakan
mereka untuk berkhidmat kepada Rakyat dengan penuh amanah dan
kecekapan. Semoga para menteri takut akan Allah sewaktu mereka
menunaikan tanggungjawab masing-masing. Dalam nama Tuhan Yesus
Kristus yang berkuasa kami berdoa, Amin.
7. Doa untuk Keadilan a. Penyembuhan daripada Rasisme dan untuk
Kesamaan
Ayub 11:14 AVB “...jauhkanlah kejahatan di tanganmu jika memang
ada, dan jangan biarkan kezaliman ada di khemahmu.”
DOA: Bapa Syurgawi, jangan biarkan kami berhati keras dan
bertindak secara tidak adil kepada sesiapapun. Bangkitkan dalam
kami semangat belas kasihan terhadap mereka yang tiada tempat
berteduh dan sedang mencari harapan, kesaksamaan, dan kebebasan.
Jauhilah kejahatan, rasisme, perasaan prejudis, dan kebencian dari
hati kami. Sucikan seluruh pelusuk peribadi aku, ya Tuhan, agar
Engkau boleh memulakan kerja yang baik dalam hidup aku. Penuhi aku
dengan Rok Kudus-Mu, agar aku boleh bertekad berjalan demi
kemuliaan-Mu, menjadi alat-Mu dalam membawa kebenaran, keadilan dan
perbenaran kepada golongan yang tertindas dan dianiayai. Tolong aku
memberi pertolongan secara praktikal disertai doa walaupun aku
kurang selesa dengan perbuatan tersebut, tanpa menyekatkan kerja
Roh Kudus. Dalam nama Yesus, AMIN.
b. Kebebasan Beragama Ulangan 32:4 AVB “…Dialah Batu Pejal yang
sempurna pekerjaan-Nya kerana adil segala jalan-Nya. Allah yang
setia, tanpa kecurangan. Dia adil dan benar.”
DOA: Bapa, Engkau adalah Allah keadilan, dan semua berasa ria
kerana perbuatan-Mu. Kami serahkan kepada-Mu keluarga Raymond Koh,
Amri Che Mat, Joshua Hilmy dan Ruth Sitepu. Kami juga serahkan
Indira Gandhi yang tidak keruan kerana rindu akan anak
perempuannya, Prasana Diksa, kerana ketidakadilan berlaku
kepadanya. Dengan penuh rendah hati, kami berdoa agar Engkau
bekerja dalam situasi mereka, dan tidak menangguhkan lagi keadilan
yang ditunggu-tunggukan oleh semua keluarga tersebut atas
kehilangan peribadi yang dinamakan. Kami berdoa agar Engkau
melindungi mereka daripada agen-agen yang berkuasa serta
“penguatkuasa agama”. Kami terus berdoa agar Engkau berlaku adil
dan menyelesaikan kes-kes tersebut. Semua ini kami doakan dalam
nama Yesus yang berkuasa, AMIN.
8. Doa Spontan Biar Roh Kudus memimpin anda untuk mendoakan
hal-hal lain yang muncul dalam hati anda. Ia mungkin melibatkan
keperluan peribadi, rakan-rakan, keluarga, gereja anda, negara
kami, dan doa khusus yang anda ingin membawa ke hadirat Tuhan.
YIELD / MENYERAH DIRI Sepertimana tertera dalam doa of Santo
Agustinus ~
“Sudah terlalu lambat aku menyayangi Engkau, Peribadi Kesayangan
dari dahulu, Peribadi Kesayangan yang terbaru. Terlalu lambat aku
menyayangi Engkau! Engkau berdiam dalamku, tetapi aku tidak
perasan, dan di situlah aku mencari-Mu! Di dalam kelemahanku, aku
mengejar ciptaan-Mu. Engkau menyertaiku, tetapi aku tidak
mendampingi-Mu.
-
7
Ciptaan-Mu menjadi batu sandunganku – perkara yang tidak wujud
jikalau tidak dijadikan oleh-Mu! Engkau telah memanggil, Engkau
telah menangis, dan Engkau telah menusuk kepekakanku. Engkau
bersinar dengan terang sekali, dan membuka mata butaku. Engkau
mengutuskan keharuman-Mu, dan aku telah menarik setiap nafas
sebanyak mana aku merindui-Mu. Aku haus akan Engkau. Engkau telah
menjamah aku, dan aku dengan ikhlas ingin ketenangan-Mu. AMIN.”
NYATAKAN Yudas 24-25 AVB SEBAGAI BERKAT SESAMA SENDIRI Dia
berkuasa memeliharamu supaya kamu tidak tersandung, dan membawamu
ke hadirat-Nya yang mulia tanpa cacat cela dan dengan penuh
sukacita. Dialah Allah yang esa, Penyelamat kita melalui Yesus
Kristus, Tuhan kita. Bagi Dialah kemuliaan, keagungan, kekuasaan
dan kuasa sejak dahulu hingga sekarang dan untuk selama-lamanya.
Amin.
TAMATKAN DENGAN MELAFAZ DOA BAPA KAMI Matius 6:9-13 AVB Bapa
kami yang ada di syurga,dimuliakanlah nama-Mu. Datanglah
kerajaan-Mu. Jadilah kehendak-Mu di atas bumi seperti di dalam
surga. Berilah kami rezeki pada hari ini, dan ampunilah kesalahan
kami, seperti kami pun mengampuni yang bersalah kepada kami. Dan
janganlah masukkan kami ke dalam pencobaan, tetapi bebaskanlah kami
dari yang jahat. Sebab Engkaulah raja yang mulia dan berkuasa untuk
selama-lamanya. AMIN.
BERDIAM DIRI Bernafas secara mendalam, berterima kasih kepada
Allah atas hadirat-Nya, dan serahkan segala suatu yang anda telah
doakan kepada-Nya.
AKTIVITI DOA HARIAN Anda digalakkan mengikuti aktiviti doa
harian ini dengan orang lain yang percaya dalam melakukan yang
berikut:
1. Doakan Doa Bapa Kami pada pukul 12 tengah hari setiap hari;
2. Doa dua kali sehari – pada 7:14am dan pada 7:14pm – berlandaskan
2 Tawarikh 7:14 [UNITE7/14
Call] agar seluruh bumi akan pulih daripada wabak coronavirus
dan kebangkitan rohani bangsa-bangsa. https://www.unite714.com
]
3. Datanglah Kerajaan-Mu – Inisiatif Terangkan Dunia. Nyalakan
Kawasan perumahan, bandar, kota ataupun daerah anda dengan
berdaftar di laman web Thy Kingdom Come mengikuti pautan berikut
(https://www.thykingdomcome.global/lightuptheworld) selama anda
terus berdoa untuk 5 orang lain yang masih belum mengenali Yesus,
serta berdoa untuk kebangkitan rohani dan perubahan kebangsaan.
4. Berdoa untuk 5 – kawan-kawan, keluarga, atau rakan sekerja
setiap hari agar mereka menerima Tuhan Yesus Kristus sebagai
Penyelamat peribadi mereka.