Top Banner

of 99

18655459-kesejahteraan-penempatan-PPRT

Oct 18, 2015

Download

Documents

Selva Raja
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

KAJIAN KESEJAHTERAAN PENEMPATAN SEMULA TAMAN KOTA NELAYAN: KAJIAN DI KUALA KEDAH, KEDAH

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Kediaman merupakan satu elemen yang penting dalam kehidupan manusia ini jelas dari segi definisi dan fungsi kediaman sendiri yang mampu memberi perlindungan, privasi, ketenteraman, rasa hak memiliki, identiti dan keselesaan. Identiti mempunyai perkaitan yang rapat dengan rumah yang dimiliki ,perasaan selamat serta kehidupan bermasyarakat yang menjamin kehidupan yang lebih sihat dan selamat. Selain itu, kediaman juga telah diterima sebagai satu daripada hak asasi manusia. Hak ini telah termaktub dalam Konvensyen Antarabangsa seperti Deklarasi Sejagat Mengenai Hak Asasi Manusia (Artikel 25), Perjanjian Antarabangsa Mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan kebudayaan (Artikel 11(1)) dan lainlain. Justeru itu, kediaman dianggap suatu tempat yang mampu memberi kesejahteraan kepada penghuninya.

Dari tahun 1960 sehingga tahun 2000 penduduk Malaysia mengalami pertumbuhan hampir tiga kali ganda. Manakala, unjuran kadar pertumbuhan ini akan terus meningkat pada tahun 2020 di mana rakyat Malaysia mencapai angka 34 juta orang (Lembaga Penduduk dan Pembangunan Malaysia, 2001). Perkembangan yang pesat di beberapa negeri dalam negara telah menyumbang kepada peningkatan penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar. Akibat penghijrahan penduduk luar bandar untuk memenuhi pasaran buruh telah menyebabkan proses perbandaran meningkat. Selangor merupakan negeri yang mencatatkan kadar bilangan tertinggi penduduk bandar iaitu 3,483,765 orang pada tahun 2000. Peningkatan pendudukan dalam sesuatu bandar telah mewujudkan satu bentuk rangsangan kepada pihak-pihak tertentu dalam meningkatkan taraf hidup penduduk dalam aspek perumahan yang mampu menampung bilangan penduduk yang semakin meningkat.

Bahkan sistem kemudahan lain turut terlibat seperti kemudahan sanitari, pembuangan sampah mahupun penyediaan sistem saliran yang baik. Secara amnya di Malaysia, pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan dalam memberikan kehidupan yang lebih baik kepada rakyatnya dari segi aspek perbandaran terutamanya perlindungan alam sekitar dari pencemaran air, udara, bunyi yang terhasil daripada proses perbandaran dan peningkatan dalam sektor industri. Justeru itu, kajian yang dilakukan oleh Nor Adilah (2005) menyatakan bahawa dalam penyediaan perumahan, kerajaan bersama sektor swasta mempunyai tanggungjawab sosial yang perlu dilaksanakan. Tanggungjawab sosial ini termasuklah penyediaan prasarana dan persekitaran yang sihat kepada penghuni rumah. Pada yang sama, tanggungjawab ini penting bagi memastikan masalah kemiskinan dan perpaduan dalam kalangan rakyat dapat diatasi.Namun, usaha yang digembleng oleh pihak kerajaan dan pihak swasta dalam penyediaan perumahan kos rendah dan sederhana kepada penduduk masih tidak mampu memenuhi permintaan. Bahkan, bagi golongan yang tidak mampu membeli rumah atau menyewa mempunyai kecenderungan untuk membina rumah di penempatan haram. Pelbagai isu dan masalah berkaitan seperti kesesakan penghuni, masalah sosial, kemiskinan, keburukan astetik alam sekitar dengan bangunan berselerak serta kekurangan kemudahan insfrastruktur dan sebagainya telah wujud di kawasan setinggan dan kawasan sekitarnya. Kawasan penempatan secara haram ini juga dikenali sebagai perumahan setinggan.

Secara umumnya, setinggan merupakan penempatan perumahan. Rumah merupakan keperluan asas yang amat penting selain daripada makanan dan juga minuman. Rumah setinggan ialah sejenis rumah yang didiami oleh manusia bagi mendapat perlindungan. Setinggan dikatakan perumahan haram kerana setiap aspek atau perkara yang berkaitan pendirian rumah di sesuatu kawasan tidak mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan Punca utama kepada kewujudan setinggan ialah ketidakupayaan orang awam untuk memiliki rumah yang disediakan oleh kerajaan ataupun pihak swasta (Mohamed, 2005). Dalam kajian beliau lagi, penempatan haram ini dikenali sebagai setinggan di Malaysia, Indonesia dipanggil kampung, di Manila dikenali sebagai barung atau borongs, di Bombay pula penempatan ini dikenali sebagai butees, manakala di Istanbul ia dikenali sebagai qecekandus. Oleh hal demikian, permasalahan setinggan bukan sahaja berlaku di Malaysia malah ia merupakan masalah kepada negara-negara lain di dunia.

Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, pelbagai langkah telah diambil oleh badan pemerintah untuk menyelesaikan permasalahan atau isu kemiskinan. Bermula daripada Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) lagi kerajaan telah mengatur beberapa strategi sehingga Rancangan Malaysia Ke-9 (2006-2010) kini bagi menangani masalah kemiskinan di kalangan rakyat Malaysia. Setinggan sering kali dikaitkan dengan kemiskinan, definisi Kemiskinan secara relatifnya iaitu mengikut keadaan masyarakat yang berada di sesebuah negara. Bagi kebanyakan individu menyatakan kebimbangan mengenai kemiskinan, isu ini amat merisaukan pelbagai pihak. Ia dianggap sebagai penyakit sosial yang paling dahsyat dan menjadi musuh utama kepada rancangan pembangunan negara (Hairi, 1984). Kemiskinan bukan sahaja dilihat sebagai fenomena ekonomi semata-mata, tetapi juga sebagai masalah sosial dan politik. Oleh hal demikian, bagi membendung isu kemiskinan ini pelbagai langkah yang telah diambil oleh kerajaan dan salah satu langkahnya ialah Program Perumahan Rakyat (PPR) Bersepadu. Program (PPR) direncanakan oleh kerajaan ini ditubuhkan pada tahun 1989. Tujuan utama (PPR) ialah memastikan pertumbuhan ekonomi yang berterusan dan seimbang serta bagi menjana pendapatan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah dan membasmi kemiskinan tegar serta meningkatkan kualiti hidup.

Program Penempatan Semula (PPR) ini adalah satu program yang menyediakan kemudahan perumahan untuk disewa pada harga RM124 sebulan bagi penempatan semula setinggan. Matlamat program ini adalah untuk mencapai setinggan sifar menjelang Wawasan 2020. Sehingga tahun 2006 sebanyak 52 projek telah dilaksanakan yang melibatkan 53,348 unit rumah (www.ktkp.gov.my). Program ini adalah keputusan yang dibuat oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi membendung setinggan dan memberi sebuah kediaman kepada rakyat yang layak untuk menerimanya ataupun kawasan setinggan yang dipindahkan ke kawasan penempatan yang lebih terancang. Jadual 1.1: Maklumat Setinggan Mengikut Negeri-Negeri Terpilih.

NegeriBil. setinggan yang belum dipindahkan (n=rumah)

W. P. Kuala Lumpur11,969

W. P. Labuan1,068

Selangor2,811

Johor11,411

Pulau Pinang5,835

Kedah3,443

Perak14,282

Melaka52

Sabah25,525

Sumber:Kajian Penduduk dan Keluarga Setinggan di Semenanjung Malaysia, 2006.1.1 Kenyataan Masalah

Program Penempatan Semula ( PPR) merupakan satu projek penyediaan perumahan untuk golongan berpendapatan rendah dan juga mereka yng terbabit dengan setinggan. Program ini mula dilaksanakan semenjak 10 tahun lalu bagi menangani permasalahan berkaitan penempatan rakyat yang tidak teratur serta bagi membasmi kemiskinan dalam negara. Keadaan ini telah memberi harapan yang baru bagi rakyat untuk menikmati kehidupan yang lebih sempurna dan sihat. Melalui prasarana yang dibina di kawasan penempatan semula rakyat ini akan memberi kemudahan kepada rakyat untuk menikmati kehidupan yang lebih baik di samping dapat meningkatkan kualiti hidup.Namun begitu, terdapat beberapa masalah sampingan di sebalik pembangunan program ini. Sehubungan dengan kewujudan masalah di dalam program ini kajian ini cuba melihat dan mengkaji dengan lebih mendalam tentang permasalahan yang wujud misalnya mengenai ruang fizikal, kewangan, pengukuran persekitaran dan material. Kajian ini penting dalam melihat tahap kesejahteraan penghuni Program Penempatan Semula:1. Adakah ruang fizikal kediaman ini memberi tahap kepuasan kepada penghuninya?2. Adakah prasarana kediaman ini memberi tahap keselamatan yang baik kepada penghuni kawasan PPR?3Bagaimana perbelanjaan dan kos sara hidup penghuni setelah berpindah.

4. Mengenalpasti tahap kepuasan hidup di penempatan semula berbanding setinggan.

1.2 Kepentingan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kesejahteraan isi rumah (PPR) yang berkaitan dengan kewangan, pengukuran aspek persekitaran, ruang fizikal dan material oleh penghuni. Seharusnya (PPR) mampu memberi kesejahteraan bagi setiap penghuni. Pelaksanaan program ini juga mempunyai matlamat untuk meningkatkan kualiti hidup

Sehubungan itu, penekanan seharusnya memberi fokus yang utama dalam ke arah penyediaan rumah yang berkualiti dan tempat tinggal yang selamat. Keadaan ini boleh memberi hubungan langsung kepada penghuni dari segi kesejahteraan. Bagi meningkatkan lagi tahap kesejahteraan rakyat yang menerima PPR ini. Prasarana dan kemudahan awam yang lebih tersusun dan bersistematik seharusnya dilaksanakan. Selain itu, sepangjang tempoh Rancangan Malaysia sebanyak 9556 unit rumah baru telah dibina untuk golongan miskin tegar dan sebanyak 13037 unit rumah telah di baikpulih.

1.3 Objektif Kajian1.3.1Objektif Umum:Mengkaji kesejahteraan isi rumah Program Penempatan Semula di Malaysia.1.3.2Objektif Khusus :1. Mengenalpasti latar belakang isi rumah dan kemampuan kewangan penghuni PPR Bersepadu

2. Mengkaji tahap kepuasan isi rumah terhadap kewangan, material, pengukuran fizikal dan pengukuran persekitaran.3. Mengkaji penggunaan isi rumah dari segi pemilikan material.

4. Mengkaji keperluan perumahan dan persekitaran isi rumah berdasarkan ciri isi rumah, kemampuan kewangan dan perancangan masa hadapan.

1.4 Definasi Istilah

Kesejahteraan

Konseptual: Keselamatan, kesenangan, (hidup dan lainlain), kesentosaan dan ketenteraman. (Kamus Dewan, 2003)

Isi rumahKonseptual: Individu yang tinggal dalam satu kediaman yang memiliki hubungan darah ataupun tidak. (Laily, 2007)

Perumahan

Konseptual: sebagai satu struktur fizikal yang menyediakan kerangka fizikal untuk seseorang dibesarkan, tempat untuk menjalankan aktiviti kehidupan, ruang kehidupan peribadi, ruang untuk mendapat ketenangan, memberi indentiti diri, jaringan sosial serta tempat untuk membentuk hubungan mesra dan kasih sayang (Wan Zahari & Ahmad Hariza, 2005). Kepuasan PerumahanKonseptual: satu bentuk pengukuran kualiti perumahan yang berbentuk subjektif. Pengukuran secara subjektif berkait rapat dengan aspek psikososial seseorang seperti nilai, aspirasi, persepsi, kepuasan dan juga kekecewaan. Ia mencerminkan penilaian subjektif daripada pengalaman yang dilalui oleh seseorang adalah satu kompenan penting dalam pengukuran subektif. Secara definasinya, nilai adalah sesuatu yang penting dan bermakna dalam kehidupan seseorang kerana ia mempengaruhi tindakan dan keputusan seseorang. Nilai adalah kriteria yang boeh digunakan untuk mengenalpasti kepuasan atau ketidakpuasan seseorang. Dalam Kajian perumahan ,ukuran kepuasan dan aspirasi terhadap pelbagai ciri atau aspek rumah adalah penting dan ianya digunakan secara meluas (Ahmad Hariza & Bukryman, 2002)

1.5Kerangka KonseptualKerangka konseptual ini adalah berdasarkan andaian bahawa kesejahteraan hidup penghuni PPR adalah bertimbal balas antara komponen kewangan, pemilikan, kepuasan fizikal dan kepuasan pesekitaran. Oleh hal demikian, kesemua komponen ini dilihat saling kait dalam mencapai tahap kesejahteraan isi rumah. Sekiranya berlaku ketidakseimbangan di antara komponen ini maka kesejahteraan hidup tidak dapat dicapai oleh isi rumah secara menyeluruh (Nurizan, Ahmad Hariza, Laily & Bukryman, 2000).Bahkan kerangka konseptual ini juga menujukkan rumah mampu memberi tahap kepuasan kepada penghuni sekiranya kesemua komponen ini bertimbal balik. Kepuasan perumahan merupakan pengukuran subjektif yang dibuat oleh penghuni rumah tersebut. Aspek persekitaran amat penting dalam memberi tahap kepuasan kepada penghuni. Kawasan perumahan kejiranan adalah satu istilah yang kerap didengari. Ianya merupakan istilah yang merujuka hubungan antara kelompok manusia yang tinggal berhampiran. Dalam kajian Ahmad Hariza dan Bukryman (2002) telah menyatakan kejiaranan sebagai satu unit sosiala spatial untuk satu organisasi sosial diantara kuasa dan institusi masyarakat yang lebih besar dari dengan rutin individu setempat dalam keidupan seharian mereka. Manakala perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di kawasan perumahan juga penting, penyediaan rumah sebagai keperluan asas tidakdapat dipisahkan daripada kemudahan, perkhidmtan serta kejiranan diperlukan bagi menjamin penduduk atau pengguna mencapai tahap kualiti hidup yang berpatutan. Hal ini termasuklah kemudahan asas seperti bekalan air bersih dan elektrik,pendidikan seperti sekolah, pengangkutan, kemudahan keselamatan dan sebagainya. Di samping keperluan berbentuk fizikal, pengguna atau komuniti penduduk juga memerlukan aktiviti sosial dan kejiranan untuk menghasilkan komuniti yang sihat, peka terhadap hal ehwal dalam komuniti dan muhibah. Kajian yang lalu menunjukkan bahawa komuniti yang aktif dalam mengadakan aktiviti kejiranan dapat merapatkan hubungan dan mengurangkan masalah jenayah dan sosial dalam komuniti mereka (Nurizan & Mohd Amin, 2002)1.6Limitasi Kajian

Kajian ini dijalankan di negeri Kedah Darul Aman di kawasan penempatan semula Rakyat di Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah. Responden yang akan terlibat adalah penghunipenghuni perumahan PPR dari kaum melayu untuk mengetahui tahap kesejahteraan isi rumah Program Penempatan Semula ini. Ketepatan hasil kajian bergantung kepada kejujuran responden memberi jawapan kepada soalan. Kefahaman responden terhadap soal selidik yang diberikan juga akan turut mempengaruhi jawapan yang diberikan. Angkubah AntisidenAngkubah BebasAngkubah Bersandar

Rajah 1.1:Kerangka Konseptual Kesejahteraan Isi Rumah Program Penempatan Semula, Taman Kota Nelayan, Kuala KedahBAB 2TINJAUAN LITERATUR

2.0 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan kajian lepas yang berkaitan dengan kesejahteraan isi rumah terhadap perumahan. Secara umumnya kajian kesejahteraan ini boleh dibahagi kepada beberapa bahagian seperti kewangan isi rumah, pemilikan barangan, kepuasan

fizikal, persekitaran dan kepuasan hidup.2.1 Kesejahteraan Kebanyakan pengkaji menyatakan kesejahteraan hidup ialah sesuatu perkara yang menyebabkab seseorang berasa seronok, bahagia dan merasakan hidupnya penuh bermakna. Kesejahteraan hidup boleh dibahagi kepada dua kategori iaitu kualiti hidup objektif dan kualiti hidup subjektif. Kualiti hidup objektif bermaksud keperluan hidup yang dapat dikecapi oleh individu dan boleh dilihat secara luaran seperti pendapatan, kesihatan, dan pendidikan. Manakala, kualiti hidup subjektif membawa erti kepuasan dan nikmat hidup yang dialami oleh individu (Nurizan, 2003).

Selain daripada itu, kesejahteraan hidup merupakan satu usaha manusia untuk meningkatkan dan mengatasi masalah sehingga mencapai satu tahap hidup yang selamat, sihat, baik dari fizikal dan psikologi. Kesejahteraan hidup merupakan suatu pengukuran tentang kualiti hidup yang berkaitan dengan tahap dan taraf yang dicapai oleh individu dalam kehidupan mereka. Makna tahap ialah apa yang sebenarnya dialami, sama ada yang menggembirakan atau yang dideritai oleh individu ataupun kumpulan. Manakala maksud taraf pula ialah tahap yang diingin atau dikejar. Pencapaian seseorang individu atau kumpulan ini akan melambangkan kejayaan namun sekiranya gagal untuk mencapainya akan dianggap sebagai kegagalan yang akan menyebabkan kekecewaan kepada individu atau kumpulan (Laily & Suhaily, 2005).

Konsep tahap dan taraf tidak berhenti setakat ini sahaja malahan terdapat tahap penggunaan. Tahap penggunaan adalah bersangkutan dengan makanan, bahan api, dan lain-lain barangan yang tidak boleh diukur. Selain itu, perkhidmatan yang diberikan oleh rumah, kenderaan, barang tahan lama dan selainnya serta barangan atau perkhidmatan yang diberi oleh manusia dan digunakan oleh individu atau kumpulan dalam satu jangka masa tertentu dinamakan sebagai tahap penggunaan. Seterusnya ialah tahap hidup, keadaan yang merupakan pengalaman sebenar individu. Senario ini terbentuk dari kombinasi kompleks penggunaan, persekitaran kerja, pemilikan, kebebasan, persekitaran serta keharmonian dan keseimbangan dalam memenuhi keperluan dan kehendak manusia.

Menurut Laily dan Suhaily (2005) lagi, kebiasaannya untuk mengukur tahap hidup ini akan menggunakan dua angkubah. Pengukuran angkubah langsung digunakan dalam mengukur tahap hidup yang berkaitan dengan kebendaan iaitu pendapatan dan penggunaan. Bagi pengukuran tidak langsung pula menggunakan angkubah sosioekonomi. Secara amnya kesejahteraan hidup amat berkait rapat dengan kualiti hidup yang memberi definisi interaksi pelbagai faktor ekonomi, sosial, pemilikan, kesihatan, persekitaran dan sebagainya yang merupakan perkaitan satu eleman dengan elemen yang lain. 2.2 Kewangan Bagi melihat kesejahteraan hidup isi rumah penempatan semula indikator ekonomi boleh digunakan. Perkataan ekonomi berasal daripada perkataan yunani iaitu Oikau yang bermaksud isi rumah Nomos pula membawa erti peraturan. Kajian bersangkutan dengan ekonomi turut diperkembangkan sehingga mencakupi perlakuan manusia dalam masyarakat dan seterusnya isi rumah. Bidang ekonomi ini merupakan satu cabang ilmu dari sains sosial. Dalam kehidupan seharian manusia, perkara yang sering dikaitkan ialah kehendak individu yang tidak mempunyai batasan atau terhad. Hal ini membawa maksud manusia tidak pernah berasa puas dengan apa yang diperolehi. Ketidakseimbangan kehendak individu yang tidak terhad ini menyebabkan individu terpaksa membuat pilihan iaitu kos melepas (Normaz Wana, 2002). Penentuan yang dibuat oleh isi rumah terhadap pemilihan barang dan perkhidmatan adalah untuk digunakan dalam kehidupan (Cochrane & Bell, 1956).Manakala dalam kajian Sadano (1992), pendapatan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu gaji dan upah, sewa, bunga dan keuntungan perusahaan. Pendapatan adalah jumlah pendapatan yang diterima oleh semua individu dalam ekonomi tanpa mengambil kira sama ada pendapatan itu adalah bayaran untuk faktor-faktor pengeluaran yang digunakan dalam proses pengeluaran. Ataupun pendapatan itu diperolehi bukan dari penyediaan faktor-faktor pengeluaran yang digunakan dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan. Walau bagaimanapun, tidak semua pendapatan boleh digunakan oleh individu. Pendapatan boleh guna membawa maksud pendapatan individu yang diperolehi setelah ditolak dengan cukai pendapatan.

Antara lain pandangan mengenai pendapatan ialah kajian yang telah dijalankan oleh Aldeoff (1985). Beliau telah menyatakan pendapatan dan perbelanjaan isi rumah Duth di Netherland bergantung kepada beberapa faktor iaitu komposisi isi rumah, pekerjaan, bilangan isi rumah berkerja, pendapatan dan kadar upah yang di perolehi serta angkubah-angkubah sosioekonomi. Oleh hal demikian, melalui kenyataan yang telah dinyatakan oleh Aldeoff (1985), mendapati bahawa pendapatan isi rumah mempunyai hubungkait yang rapat dengan saiz keluarga, perbelanjaan, taraf pendidikan, status sosioekonomi serta faktor geografi isi rumah.

Pendapatan adalah penting bagi seseorang untuk menggunakannya bagi memenuhi keperluan asas serta kehendakkehendak yang tidak terbatas. Sadono (1992) menyatakan pendapatan mempunyai perkaitan yang signifikan dengan perbelanjaan isi rumah. Pada tingkat pendapatan boleh guna yang sangat rendah, perbelanjaan adalah lebih besar daripada pendapatan. Keadaan ini menunjukkan perbelanjaan isi rumah melebihi pendapatan pada masa itu tetapi telah di tampung oleh sumber lain seperti simpanan, penjualan harta, dan juga melalui pinjaman. Peningkatan pendapatan yang diterima oleh isi rumah semakin tinggi tahap perbelanjaan isi rumah tersebut.

Pola perbelanjaan pendapatan oleh isi rumah adalah bergantung kepada sebanyak mana pendapatan yang diperolehi. Pendapatan yang diperolehi akan dibelanjakan untuk memenuhi keperluan hidup mengikut keutamaan iaitu keperluan asas akan dipenuhi terlebih dahulu barulah diikuti oleh keperluankeperluan lain. Manakala dalam kajian Abdel Ghaney dan Schwouk (1993) mendapati penggunaan pendapatan boleh dikelaskan kepada beberapa bahagian iaitu makanan, tempat tinggal, pakaian, reakrasi dan pembacaan. Perbelanjaan makanan termasuk makanan dan minuman bukan alkohol. Perbelanjaan ini mempunyai kesamaan dengan indikator yang digunakan oleh Malaysia bagi mengukur kualiti hidup.

Tingkah laku berbelanja ini dikaitkan dengan latar belakang individu seperti tahap pendidikan, umur, jantina, pekerjaan, pendapatan, kitaran hidup keluaraga dan lain-lain. Menurut Laily dan Nurizan (2004), jumlah perbelanjaan isi rumah bandar adalah lebih tinggi berbanding dengan perbelanjaan isi rumah luar bandar bagi hampir semua kategori perbelanjaan. Namun begitu, jika dilihat peratusan yang dibelanjakan mendapati isi rumah luar bandar membelanjakan peratusan yang tinggi untuk keperluan asas seperti makanan, minuman dan tembakau, pakaian dan kasut berbanding dengan isi rumah bandar. Makanan ialah salah satu komponen yang paling asas dalam perbelanjaan isi rumah Malaysia (Buku Tahunan Perangkaan Malaysia, 2002). Kajian yang dijalankan oleh Laily dan Nurizan (2004) menunjukkan perbelanjaan makanan luar rumah juga didapati meningkatkan dengan peningkatan pendapatan.

Mengikut Laporan Penyiasatan Isi Rumah Malaysia (1999). Peratusan perbelanjaan bagi makanan mempunyai hubungan songsang dengan tingkat perbelanjaan, iaitu semakin tinggi tingkat perbelanjaan semakin rendah pula kadar yang dibelanjakan untuk makanan. Menurut laporan penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah Malaysia (1999) lagi perbelanjaan ke atas rawatan perubatan dan kesihatan adalah kurang penting dalam perbelanjaan isi rumah Malaysia. Selain itu, isi rumah di bandar adalah lebih membelanjakan pendapatannya untuk rawatan perubatan dan kesihatan berbanding dengan isi rumah di luar bandar. Justeru itu, indikator ekonomi kewangan boleh digunakan bagi mengukur tahap kesejahteraan penduduk Program Penempatan Semula ini. Walau bagaimanapun, penggunaan indikator ekonomi kewangan merupakan pengukuran yang diskriptif. Terdapat beberapa pandangan yang telah diutarakan oleh pengkaji-pengkaji yang terbabit dalam menguji atau menilai kesejahteraan seseorang. Penggunaan pendekatan ekonomi dalam menentukan tahap kesejahteraan adalah diskriptif tanpa membuat analisis terhadap persekitaran sosial seseorang (Mohd Razali, 1992). Oleh itu, bagi mengenalpasti kesejahteraan perlu menggunakan indikator yang luas supaya kesejahteraan seseorang dapat diperolehi dengan terperinci.

2.3 Pemilikan Barangan Pemilikan barangan boleh dikelaskan kepada barangan asas dan juga barangan mewah. Pemilikan barangan juga akan memberi gambaran yang jelas berkaitan kualiti hidup masyarakat. Rakyat Malaysia telah menunjukkan perubahan yang meningkat dalam pemilikan barangan seperti kenderaan dan juga alat telekomunikasi dalam kalangan rakyat Malaysia (Laporan Kualiti Hidup, 2004). Pemilikan harta atau barangan dapat menjadi satu pengukuran kepada kesejahteraan hidup individu. Kajian yang dilakukan untuk kualiti hidup rakyat Malaysia pada tahun 2004 mendapati isi rumah memiliki barangan semakin meningkat. Hal ini menunjukan bahawa kualiti hidup rakyat Malaysia semakin baik. Pemilikan juga boleh dilihat melalui pemilikan rumah oleh seseorang individu. 2.4 Kepuasan FizikalPengukuran terhadap fizikal perumahan adalah penting untuk memastikan isi rumah yang menghuni sesebuah rumah dapat mencapai satu tahap kualiti yang setimpal mahupun maksimum. Keadaan perumahan yang tidak mampu untuk memenuhi keperluan dan cita rasa penghuni boleh memberi kesan dalam kesejahteraan isi rumah di samping kesihatan mental, pencemaran persekitaran, kesesakan dan pelbagai masalah lain (Nurizan & Ahmad Hariza, 2000). Bahkan, faktor yang berkait rapat dengan kepuasan penghuni ialah rumah yang memiliki struktur berkualiti, ruang yang mencukupi untuk setiap individu terutamanya dari segi bilik bagi setiap individu. Selain itu, tempoh tinggal di kawasan perumahan tersebut dan kos penjagaan rumah yang rendah (Nurizan, 2004). Keadaan rumah yang tidak memenuhi keperluan dan cita rasa penghuni akan mewujudkan suasana yang tidak selesa dan tidak berpuas hati dalam kalangan isi rumah. Secara amnya, kepuasan fizikal boleh dinilai daripada aspek fizikal rumah yang akan menunjukkan kualiti sesebuah rumah. Dalam kajian Nurizan dan Ahmad Hariza (2003) juga telah menjelaskan terdapat dua jenis pengukuran kualiti perumahan. Jenis pengukuran tersebut ialah pengukuran objektif dan pengukuran subjektif. Pengukuran objektif menggunakan aspek fizikal manakala pengukuran subjektif pula melibatkan psikososial seseorang. Rumah yang mempunyai ciri-ciri fizikal yang selamat dan berkualiti amat penting bagi menjamin keselamatan penghuni. Rumah sebagai struktur fizikal yang utama kepada isi rumah seharusnya dapat menyokong dan meggalakkan fungsi keluarga dipraktikkan dengan sempurna. 2.5 Kejiranan

Kejiranan ialah hubungan antara kelompok manusia yang tinggal berhampiran atau berdekatan. Walau bagaimanapun, daripada hasil kajian terdahulu tidak mempunyai definisi yang khusus berkenaan kejiranan. (Nurizan & Ahmad Hariza, 2003). Secara umumnya hidup dalam masyarakat pasti mempunyai jiran. Kejiranan ataupun komuniti mestilah berada dalam satu kawasan yang sama dan mempunyai ciri-ciri karekteristik yang sama antara satu sama lain. Ianya juga boleh didefinisikan satu kelompok manusia yang mempunyai hubungan atau jaringan serta berkongsi sesuatu yang dianggap umum (Habsah, 2005).Hubungan yang baik sesama jiran amat penting bagi menjaga keharmonian, kesejahteraan dan keselamatan masyarakat setempat dalam menjamin perpaduan. Oleh hal demikian, kejiranan mempunyai fungsi yang penting dalam menjamin perpaduan dan keharmonian. Bagi membentuk hubungan kejiranan yang baik setiap individu perlu mengamalkan sikap yang mulia seperti jujur, amanah dan saling hormat menghormati. Hal ini selaras dengan ajaran islam yang menyeru umatnya mewujudkan suasana yang harmoni dalam kalangan jiran. "Hendaklah kamu bantu-membantu untuk membuat kebajikan dan bertakwa, janganlah pula kamu bantu-membantu pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan (melampaui batas-batas ajaran Allah) dan bertakwa kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat azabnya".

(Surah Al-Maidah ayat 2)Kejiranan di lihat sebagai salah satu persekitaran sosial perumahan. Kejiranan dari segi saiz adalah lebih besar daripada isi rumah tetapi lebih kecil daripada bandar. Oleh itu, kejiranan juga boleh didefinisikan sebagai satu unit atau kelompok manusia yang rapat perhubungannya dan mempunyai kewilayahan yang tertentu. Perasaan berkomuniti adalah aspek yang sangat penting. Perasaan komuniti ini merujuk kepada perasaan bahawa ahlinya merasai dipunyai dan merasa penting untuk bersama dengan masyarakat setempat disamping merasakan diri masing-masing saling memerlukan (Nurizan & Ahmad Hariza,2003).Selain itu, kejiranan boleh dilihat melalui fungsinya. Terdapat kajian yang dilalukan telah mengkelaskan kejiranan. Model pertama iaitu kejiranan linear. Kejiranan linear ialah kejiranan yang mempunyai tanggungjawab yang terhad. Faktor pertambahan populasi komuniti akan memberi kesan kepada perubahan tingkah laku komuniti. Hubungan yang sedia terjalin akan menjadi renggang, peranan yang dahulunya dimainkan oleh masyarakat telah diganti dengan institusi sosial yang dilantik oleh kerajaan ataupun badan bukan kerajaan untuk menguruskan kebajikan sosial komuniti. Model ini menunjukkan bahawa arus penghasilan dan penggunaan teknologi akan mewujudkan masyarakat tidak hanya menumpu kelompok kejiranan pada kewilayahan yang sama sahaja tetapi boleh kepada wilayah yang lain dengan teknologi seperti telekomunikasi dan pengangkutan.Seterusnya model kedua dikenali sebagai komuniti semulajadi kejiranan. Model ini menyatakan bahawa terdapatnya jaringan yang kukuh dalam komuniti. Hubungan persaudaraan yang dibina sangat rapat sama ada secara rasmi atau tidak dalam sesuatu kawasan. Melalui model kedua penghuni akan berkongsi segala maklumat dan hubungan yang akrab ini akan berterusan sampai bila-bila. Kepuasan kejiranan sangat penting bagi individu mengalami kehidupan di sesuatu kawasan. Kajian yang dilakukan oleh Nurizan dan Ahmad Hariza, (2003) dalam buku mereka yang bertajuk Perumahan dan Kediaman menyatakan perasaan atau kepuasan terhadap kejiranan boleh diukur melalui berapa ramai kenalan yang dikenali oleh penghuni sebagai ukuran objektif.2.6 Pendidikan Pendidikan adalah pelaburan pada masa hadapan. Mempunyai tahap pendidikan yang baik bererti mempunyai masa depan yang cerah. Falsafah Pendidikan Negara menyatakan bahawa matlamat pendidikan negara ialah untuk mengembangkan potensi setiap individu secara seimbang. Bagi menjayakan misi ini, usaha menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada generasi muda negara ini telah dimulakan dan telah banyak kejayaan yang dicapai. Tahap pendidikan seseorang penting sebagai kayu pengukur kelayakan dan kesejahteraan hidup seseorang. Individu yang berpelajaran dan tidak berpelajaran mempunyai corak pemikiranan yang berbeza. Individu yang mendapat pendidikan sempurna akan lebih mengerti keperluan-keperluan hidup yang lebih baik Dengan pendidikan, masyarakat akan diajar pelbagai kemahiran asas yang akan meningkatkan kesejahteraan dalam hidup (Zahir, 2006). Pendidikan amat penting kepada pembangunan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat. Melalui pendidikan juga, secara tidak langsung akan dapat mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat di samping meningktakan kualiti hidup. Tokoh ilmuan negara Zaba di dalam penulisannya pada tahun 1923 ada menyatakan melalui pendidikan boleh mengeluarkan sesebuah masyarakat dari belenggu kemiskinan. Bahkan penentu utama kadar kemiskinan ialah pendidikan. Kadar kemiskinan didapati berkurangan apabila taraf pendidikan meningkat (Nurizan, 1998). Oleh hal demikian pendidikan yang bersepadu perlu dalam sesebuah negara. Lantaran kesedaran bahawa pentingnya pendidikan dalam kalangan masyarakat untuk mencapai segala agenda yang direncanakan. Pihak kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk memperkasakan sektor pendidikan negara. Sejak negara merdeka lagi, kesedaran bahawa pendidikan penting telah dapat dilihat melalui Penyata Razak (1956), di mana beberapa penekanan telah di kemukakan bagi meningkatkan mutu serta kebajikan masyarakat dalam mendapat pendidikan yang sempurna. Memandangkan peruntukan untuk pendidikan dalam bajet 2007 adalah tinggi, maka adalah penting agar setiap yang direncanakan oleh badan pemerintah akan tercapai. Kesungguhan negara dalam memperkemaskan kualiti pendidikan negara dapat dilihat melalui penyertaan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam isu pendidikan. Pada September 2000, PBB telah meluluskan Millenium Deveploment Goals (MDG) bagi meningkatkan ekonomi, penjagaan alam sekitar, dan persekitaran sosial negara peserta pada tahun 2015. Resolusi ini sebagai komitmen negara anggota dan PBB dalam melahirkan komuniti sejagat yang lebih baik. Terdapat lapan matlamat yang ingin dicapai oleh MDG ini dan matlamat pendidikan adalah merupakan matlamat yang kedua ingin dicapai selepas membasmi kemiskinan dan kelaparan (Zahir, 2007). Bahkan, pendidikan di peringkat awal iaitu rendah dan menengah merupakan elemen yang penting untuk menyediakan warga negara yang baik, setia dan bertanggungjawab terhadap negara. Justeru itu, pendidikan merupakan peluang sangat berharga bagi setiap lapisan masyarakat. Pengabaian dalam memenuhi peluang ini akan menyebabkan sesebuah negara ketinggalan dalam pelbagai bidang. Masyarakat yang mempunyai pendidikan dapat menyumbang kepada proses pembangunan ekonomi negara dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar kemiskinan. Hal ini berbeza dengan masyarakat yang tidak mendapat pendidikan yang sempurna. Individu atau masyarakat yang berpendidikan akan lebih memahami keperluan, mempunyai kesihatan yang baik dan pemakanan yang lebih baik daripada individu atau masyarakat yang kurang berpendidikan. Melalui pendidikan mereka akan diajar dengan pelbagai kemahiran asas kehidupan yang akan meningkatkan pemahaman terhadap elemen penting yang memberi kesejahteraan dalam hidup.2.7 Kepuasan Pekerjaan

Selain itu, kepuasan kerja merujuk kepada satu sikap umum seseorang terhadap pekerjaan ialah seperti gaji dan rakan sekerja, ciri responden, ciri pekerjaan dan sikap terhadap kerja mempunyai perkaitan dengan tahap kepuasan kerja. Kajian yang dibuat oleh Okpara (2004) turut menyatakan bahawa faktor seperti gaji akan mempengaruhi tahap kepuasan kerja seseorang. Menurut beliau, pekerja yang mempunyai gaji yang lebih tinggi akan mempunyai tahap kepuasan kerja yang lebih tinggi. Hasil kajian tersebut turut disokong kajian yang dibuat oleh Eker (2004) yang menyatakan terdapat perkaitan antara gaji dan kepuasan kerja.

Selain itu, kajian yang dibuat Siti Zawiyah dan Zahari (2006) di sebuah kilang automotif pula menyatakan bahawa kepuasan kerja turut dipengaruhi oleh persekitaran kerja. Menurut kajian tersebut, persekitaran yang bising dan keadaan suhu yang panas ditempat kerja menyebabkan pekerja kurang selesa dan mempunyai tahap kepuasan kerja yang rendah. Faktor tahap pendidikan seseorang turut mempengaruhi tahap kepuasan kerja seseorang (Ian, 2005). Menurut Ian (2005) lagi, terdapat hubungan positif antara tahap pendidikan dan kepuasan kerja. Kajian Okpara (2004) turut menyatakan bahawa pendidikan mempengaruhi tahap kepuasan kerja seseorang. Menurut beliau, mereka yang mempunyai pendidikan yang tinggi akan mengambil berat terhadap prestasi kerja mereka seterusnya akan mengurangkan perasaan negatif mereka terhadap pekerjaan. Bagaimanapun hasil kajian tersebut bercanggah dengan kajian Scott (2005) yang menyatakan bahawa pendidikan tidak mempengaruhi tahap kepuasan kerja seseorang. Kajian tersebut turut disokong oleh kajian yang dibuat Wan dan Leightley (2006) yang menyatakan tidak terdapat bukti yang menyatakan bahawa pendidikan mempengaruhi tahap kepuasan kerja seseorang. Knights dan Kennedy (2005) turut menyatakan bahawa tidak wujud perkaitan antara pendidikan dan kepuasan kerjaSelain itu, dalam kajian yang dilakukan oleh Irissappane (2006), faktor pendapatan dan jumlah tahun pengalaman kerja turut mempengaruhi tahap kepuasan kerja seseorang. Estim diri juga turut memberi pengaruh ke atas kepuasan kerja seseorang. Semakin tinggi estim diri, semakin tinggi kepuasan kerja seseorang (Alavi & Askaripur, 2003). Dalam kajian yang dibuat oleh Cote dan Morgan (2002) pula menyatakan bahawa faktor emosi turut memberi kesan ke atas tahap kepuasan kerja seseorang. Menurut kajian, pekerja yang mempunyai emosi yang ceria akan mempunyai tahap kepuasan kerja yang tinggi dan mempunyai kadar kehadiran ke tempat kerja yang tinggi.2.8 Kepuasan Hidup

Kepuasan hidup adalah sesuatu yang subjektif bagi setiap individu. Kepuasan ialah satu aspek yang berkaitan dengan psikososial seseorang seperti nilai, aspirasi dan juga kekecewaan. Elemen-eleman ini memberi gambaran yang jelas tentang penilaian subjektif individu daripada pengalaman yang telah dilalui oleh individu tersebut. Nilai merupakan komponen penting dalam kehidupan seseorang individu kerana melalui nilai akan mempengaruhi keputusan seseorang. Nilai boleh digunakan untuk mengukur dan mengenalpasti tahap kepuasan seseorang.(Nurizan & Ahmad Hariza, 2003)Kepuasan hidup juga boleh diukur melalui kecukupan dan kepentingan aspek perumahan yang dikaji (Nurizan et al., 2000) dalam kajian ini juga banyak soalan terbuka dan tertutup yang telah dikemukan oleh pengkaji bagi mengenalpasti kepuasan hidup penghuni. Kajian ini juga meneliti aspek perumahan di kalangan penghuni rumah kos rendah di Johor dengan menggunakkan skala likert. Aspek yang terlibat dalam kajian ini ialah unit rumah, kemudahan, perbelanjaan keluarga, kejiranan, hubungan kekeluargaan dan pendidikan. Kepuasan hidup penghuni atau individu yang mendiami sesebuah rumah dapat dilihat melalui unit rumah. Dengan istilah lain penghuni mendapat kepuasan daripada reka bentuk, keselesaan ruang dan kualiti bahan yang baik (Azian, 2006).2.9 Kemudahan Selain itu, aspek kemudahan juga merupakan aspek yang penting kepada perumahan. Kemudahan perlu disediakan oleh pihak berwajib mahupun pihak pemaju. Kemudahan perlu disediakan bagi memudahkan penduduk di sesuatu kawasan seperti kemudahan pengangkutan, bekalan air, elektrik, telefon dan sebagainya. Kemudahan asas penting dalam meningkatkan kualiti hidup. Sekiranya kemudahan asas tidak disediakan dalam kawasan perumahan, hal ini akan meningkatkan penggunaan tenaga dan pembaziran masa untuk penghuni mencari alternatif lain menggantikan kemudahan yang sepatutnya disediakan oleh pihak pemaju. (Nurizan & Ahmad Hariza, 2003). Kemudahan asas yang perlu disediakan ialah bekalan air, elektrik, pengangkutan, sekolah, tempat beribadat, kedai dan sebagainya.Selain itu, kemudahan perkhidmatan seperti pengangkutan sampah amat penting bagi menjaga persekitaran perumahan. Kajian yang telah dilakukan oleh Nurizan dan Ahmad Hariza (2003) mendapati isi rumah lebih berpuas hati sekirannya kemudahan perkhidmatan disediakan di kawasan perumahan namun sebaliknya sekirannya kemudahan perkhidmatan tidak disediakan. Di samping itu, kemudahan juga perlu menitikberatkan juga kepada golongan-golongan tertentu seperti kanak-kanak, remaja dan dewasa. Golongan kanak-kanak yang memerlukan kemudahan taman dan padang permainan, remaja memerlukan padang bola manakala golongan dewasa pula memerlukan ruang untuk berkumpul dan berbincang. Aspek kemudahan juga tidak dapat lari dari menyediakan kemudahan kepada golongan kurang upaya dan warga tua. Kawasan perumahan perlu mempunyai akses kepada kemudahan yang bebas halangan atau barrier free (Syarifah Norazizan & Nurizan,______).BAB 3

METODOLOGI

3.0 PengenalanBab ini membincangkan tentang metodologi yang digunakan dalam penyelidikan ini. Perbincangan dalam bab ini meliputi lokasi kajian, pemilihan sampel, pengumpulan data dan penganalisisan data. Bahagian ini menerangkan dengan jelas berkenaan lokasi penyelidikan dijalankan dan bagaimana sampel dipilih. Langkah-langkah yang digunakan dalam mengumpul dan menganalisis data turut dijelaskan.3.1 Lokasi KajianKajian ini telah dijalankan di kawasan penempatan semula PPR Bersepadu di Taman Kota Nelayan Kuala Kedah, Alor Star Kedah. Lokasi kajian merupakan antara kawasan penempatan semula masyarakat yang terdapat di Kedah.

3.2 Pemilihan SampelSampel yang dipilih terdiri daripada penduduk di kawasan PPR Bersepadu Kuala Kedah yang terdiri daripada kaum melayu. Sebanyak 100 orang responden dipilih untuk kajian ini. Pemilihan sampel adalah menggunakan kaedah persampelan rawak mudah.3.3 Pengumpulan data

Maklumat telah dikumpulkan dengan menemubual responden. Borang soal selidik yang telah siap pula dikumpul semula oleh pengkaji sendiri. Maklumat mengenai latar belakang responden telah dikumpulkan melalui borang soal selidik. Pengendalian sesi temu bual diadakan selama 20 hingga 30 minit. 3.4 Pengukuran angkubahDi dalam kajian ini, terdapat instrumen yang digunakan untuk mengukur angkubah kesejahteraan isi rumah penempatan semula. Manakala angkubah bersandar atau ciri-ciri individu diukur dengan menyatakan umur, jantina, dan tahap pendidikan. Borang soal selidik yang telah digunakan terdiri daripada tujuh bahagian utama iaitu Bahagian A meliputi latar belakang responden, Bahagian B latar belakang kewangan responden, Bahagian C latar belakang pemilikan, Bahagian D meliputi pengukuran persekitaran, Bahagian E meliputi ruang fizikal, Bahagian F ialah mengenai tahap kepuasan responden dan Bahagian G ialah aspirasi dan perancangan responden di masa hadapan.i. Bahagian A: Latar Belakang Responden

Pada bahagian ini, terdapat beberapa soalan terbuka dan tertutup yang perlu dijawab oleh responden. Soalan tertutup yang dikemukakan adalah dari segi jantina. Soalan terbuka yang dikemukakan ialah umur, tahun dan tahap pendidikan.

ii.Bahagian B: Latar Belakang KewanganDalam bahagian ini, terdapat beberapa soalan yang berkaitan dengan status kewangan responden akan disoal. Soalan merupakan soalan terbuka dan terdapat juga soalan yang menggunakan skala likert.iii.Bahagian C: Latar belakang Pemilikan

Bahagian ini pula telah mengemukakan soalan-soalan berkenaan dengan pemilikn barangan tahan lama oleh responden. Bahagian ini juga mempunyai soalan terbuka iaitu tentang kepuasan responden terhadap persekitaran.

iv Bahagian D: Pengukuran Persekitaran.

Bahagian ini mengemukakan soalan yang berkaitan persekitaran kepada responden seperti kemudahan yang terdapat atau yang telah disediakan oleh pihk kerajaan di kawasan perumahan responden. Bahagian ini telah menggunakan Skala Likert dengan 5 pilihan jawapan iaitu Sangat Puas hati, Puas hati, Tidak Pasti, Tidak puas hati dan Sangat Tidak puas hati. Setiap pilihan jawapan akan diberi markah sebanyak 5= Sangat puas hati, 4= Puas hati, 3= Tidak Pasti, 2= Tidak Puas hati dan 1= Sangat Tidak puas hati.v.Bahagian E: Persekitaran Ruang FizikalSoalan yang terdapat dalam bahagian ini ialah berkaitan dengan ruang fizikal rumah yang didiami oleh responden. Bahagian ini juga akan menggunakan Skala Likert dengan 5 pilihan jawapan iaitu Sangat Puas hati, Puas hati, Tidak Pasti, Tidak puas hati dan Sangat Tidak puas hati. Setiap pilihan jawapan akan diberi markah sebanyak 5= Sangat puas hati, 4= Puas hati, 3= Tidak Pasti, 2= Tidak Puas hati dan 1= Sangat Tidak puas hati.vi Bahagian F: Tahap Kepuasan HidupBab ini berkaitan dengan tahap kepuasan hidup responden sekarang berbanding mula menetap dahulu. Kesemua soalan menggunakan skala likert.

viiBahagian G: Aspirasi dan Perancangan Masa DepanBahagian ini mengenai perancangan masa depan oleh responden. Kebanyakan soalan menggunakan soalan tertutup dan terbuka.

3.5 Analisis Data

Proses menganalisis data dijalankan dengan menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows. Statistik deskriptif dalam bentuk peratusan piawai telah digunakan untuk menghuraikan maklumat latar belakang responden serta untuk memberi gambaran tentang pembolehubah yang diukur.

BAB 4

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

4.0 Pengenalan

Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk mengkaji tahap kepuasan dan kesejahteraan penduduk Program Penempatan Semula (PPR) Bersepadu. Dalam bab ini perbincangan akan bermula dengan latar belakang responden yang merangkumi latar belakang personal, keluarga dan sosioekonomi responden yang terlibat. Seterusnya, kajian akan membincangkan tentang kewangan responden, tahap pemilikan, kepuasan responden mengenai fizikal perumahan, kepuasan persekitaran dan akhir sekali kajian akan membincangkan mengenai aspirasi dan perancangan responden di masa hadapan. Seramai 100 orang penduduk perumahan PPR Bersepadu telah terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Kesemua responden yang terlibat adalah berbangsa Melayu. Lokasi kajian ini adalah di Taman Kota Nelayan Kuala Kedah.

Bab ini akan membentangkan hasil kajian yang diperolehi daripada analisis yang dijalankan berdasarkan objektif dalam kajian ini yang telah dibentuk. Hasil kajian dibincangkan menggunakan statistik diskriptif (frekuensi dan peratusan) dan analisis skor tahap kepuasan responden.

Melalui bab ini juga, persoalan dan objektif kajian akan dibincangkan dengan lebih terperinci mengikut subtopik berikut:

i. Profil personal responden.

ii. Pemilikan harta atau status kewangan responden.

iii. Tahap pemilikan material.iv. Kepuasan fizikal perumahan.

v. Kepuasan persekitaran.

vi. Kepuasan hidup.

vii. Aspirasi dan perancangan masa depan.

viii. Rumusan hasil.

4.1 Latar Belakang Responden

Maklumat latar belakang responden yang terlibat dalam kajian ini mengandungi elemen-elemen seperti jantina, umur, status perkahwinan, tahap pendidikan, etnik, agama dan bilangan isi rumah. Jumlah keseluruhan responden yang terlibat sama dalam kajian ini ialah 100 orang.

Jadual 4.1 menunjukkan jumlah responden yang terdiri daripada 91 peratus responden lelaki dan sembilan (9) peratus orang responden perempuan yang mencapai jumlah keseluruhan 100 orang. Bagi struktur umur, umur responden yang tinggi ialah dalam lingkungan 51 tahun ke atas. Umur kedua tertinggi ialah 41 hingga 50 tahun dengan nilai 41 peratus. Seterusnya responden yang terlibat ialah berada dalam lingkungan umur 31 hingga 40 tahun (14%) serta 30 tahun dan ke bawah (2%). Secara keseluruhannya purata umur ketua isi rumah ialah 3.32 yang merupakan ketua isi rumah. Majoriti responden berumur dalam 51 tahun ke atas daripada jumlah keseluruhan responden. Kesemua responden yang terlibat adalah berbangsa melayu.

Tahap pendidikan responden yang paling tinggi ialah tamat sekolah rendah yang mewakili 38 orang responden. Manakala, tahap kedua tertingi ialah SRP/LCE/PMR iaitu sebanyak 28 peratus. Diikuti oleh SPM/SPMV (22%), tidak pernah bersekolah (9%), STPM/sijil (2%) dan diploma (1%). Kebanyakan responden yang menetap di penempatan semula ini rata-rata memiliki tahap pendidikan yang rendah. Melalui hasil kajian yang telah diperolehi mendapati kebanyakan responden berkerja sebagai nelayan iaitu sebanyak 41 peratus daripada jumlah responden.

Jadual juga menunjukkan ramai responden berkahwin yang mempunyai nilai peratus yang paling tinggi iaitu sebanyak 91 peratus. Diikuti oleh status perkahwinan bercerai sebanyak 5 peratus dan balu (4%). Hasil kajian juga mendapati responden mempunyai sebuah keluarga yang mempunyai tanggungan isi rumah 3 hingga 4 orang ialah 44 peratus. Diikuti oleh 5 hingga 6 orang isi rumah dengan nilai 35 peratus Seterusnya, jumlah pendapatan ketua isi rumah tidak merangkumi perolehan semua isi rumah. Hasil yang telah diperolehi mendapati bahawa pendapatan ketua isi rumah yang paling tinggi berada dalam lingkungan RM301.00 hingga RM600.00 (42%) diikuti oleh responden yang mempunyai tahap pendapatan di antara RM601.00 hingga RM900.00 yang mewakili sebanyak 30 peratus. Jadual 4.1: Profil Personal Responden ( n=100 )ProfilAngkubahn(%)

Jantina

Lelaki9191

Perempuan99

Umur

< 3022

31-401414

41-504141

> 514343

Status Perkahwinana

Berkahwin9191

Bercerai44

Janda55

Tahap pendidikan

Tak pernah bersekolah99

Tamat sekolah rendah3838

SRP/LCE/PMR2828

SPM/SPMV2222

STPM/Sijil22

Diploma11

Sambungan...ProfilAngkubahn(%)

Etnik

Melayu 100(100)

Bilangan Tanggungan

1-21818

3-44444

4-63535

6-766

Pekerjaan

Nelayan4141

Pekerja kilang1010

Bekerja sendiri3434

Persara55

Buruh99

Lain-lain11

Status Perkahwinan

Berkahwinan9191

Balu44

Bercerai55

Pendapatan

< 30077

301-6004242

601-9003030

9001-12001717

> 120144

4.2 Status Kewangan Responden

Pada bahagian ini aspek perbincangan ialah mengenai kedudukan kewangan responden. Melalui pemerhatian setiap sesuatu pekerjaan mempunyai hubungan yang rapat dengan jumlah pendapatan yang diterima oleh responden.

Dalam bahagian ini kajian telah mengenalpasti latar belakang kewangan responden. Terdapat empat soalan yang mempunyai subtopik yang memerlukan responden menjawab bagi kesemuanya. Soalan berkaitan pemilikan aset mahupun harta merupakan soalan yang pertama di tanya. Seramai 25 peratus responden menyatakan ya dan seramai 75 peratus lagi menyatakan tidak bagi kategori pemilikan tanah sendiri. Nilai peratus kedua yang tertinggi ialah pada kategori pemilikan rumah atau bangunan sendiri melibatkan 25 peratus responden daripada 100 responden memiliki rumah sendiri dan selebihnya tidak. Jadual 4.2 juga menunjukkan (68%) responden mempunyai wang simpanan manakala 32 peratus lagi tidak memiliki wang simpanan. Sekiranya diteliti hubungkait antara soalan-soalan pemilikan aset ini, ia mempunyai kaitan rapat dengan jumlah pendapatan yang diterima oleh setiap responden yang telah ditemubual.

Jadual 4.2: Latar Belakang Pemilikan Harta (n=100)MaklumatAdaTiada

n(%)n(%)

Wang simpanan6832

Tanah sendiri2575

Bangunan/rumah sendiri4555

Barang kemas964

Pinjaman kepada orang lain3664

Seterusnya responden ditanya mengenai keadaan kewangan lepas, semasa dan harapan pada keadaan kewangan akan datang. Pada bahagian ini responden perlu menjawab mengikut skala yang telah diberikan. Bagi soalan berkaitan keadaan kewangan lima tahun akan datang hampir kesemua responden memberi jawapan positif iaitu 29 peratus mengandaikan keadaan kewangan mereka akan menjadi jauh lebih baik dan 61 peratus menyatakan lebih baik namun begitu selebihnya (5%) masing-masing menyatakan teruk dan sama. Kajian mendapati keadaan kewangan lima tahun lalu menunjukkan sebanyak 15 peratus responden menjawab teruk, (24 %) sama, (59 %) lebih baik dan (2 %) menyatakan keadaan lebih baik. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh keadaan kos sara hidup yang rendah untuk dibandingkan dengan lima tahun dahulu. Mengenai keadaan kewangan semasa responden berbanding keluarga lain seramai 86 peratus menjawab sama, (4%) teruk dan (2%) lebih teruk hanya (8%) sahaja menjawab lebih baik. Keadaan kos sara hidup yang tinggi dalam situasi sekarang meyebabkan keadaan kewangan responden berada pada tahap yang membimbangkan kerana kos sara hidup meningkat tetapi pendapatan yang diterima masih ditahap yang sama.

Jadual 4.3: Keadaan Kewangan Responden(n=100)MaklumatJLTn(%)T

n(%)S

n(%)LT

n(%)JLB

n(%)

Bagaimana keadaan kewangan tuan/puan berbanding keluarga lain (dalam kategori yang sama)

24868-

Dibandingkan dengan lima tahun yang lalu, adakah kewangan tuan/puan sekarang

-1524592

Memikirkan masa hadapan, lima tahun dari sekarang, jangkaan keadaan kewangan keluarga tuan/puan akan...

-556121

Nota:JLT=Jauh lebih teruk, T= Teruk, S=Sama, LT=Lebih teruk, JBL=Jauh lebih baikApabila ditanya mengenai kebimbangan responden terhadap kewangan mereka seramai 65 peratus respoden menyatakan kerap merasa bimbang dengan situasi kewangan mereka. 27 peratus pula menjawab kadang-kadang, lima (5) peratus bagi sangat kerap dan hanya tiga (3) peratus sahaja yang menyatakan bahawa jarang merasa bimbang tentang kewangan mereka. Seramai 56 orang responden telah menjawab kerap dan 30 peratus menyatakan kadang-kadang dan selebihnya tidak pernah serta jarang. Ditanya sama ada keadaan kewang mengganggu hubungan kekeluargaan seramai 28 responden (28 %) menyatakan kadang-kadang, jarang (41%) dan (28%) pula tidak pernah. Namun begitu hanya 3 peratus sahaja menyatakan kerap terganggu dengan keadaan kewangan yang berkaitan pendapatan yang diterima.

Jadual 4.4: Kekerapan Memikirkan Kewangan Responden(n=100)MaklumatTP

n(%)J

n(%)KDG

n(%)K

n(%)SK

n(%)

Anda bimbang dengan kewangan?

-327655

Keadaan kewangan menganggu aktiviti anda?

4730563

Keadaan kewangan menganggu hubungan kekeluargaan?

2841283-

Nota:TP=Tidak pernah, J=Jarang, KDG=Kadang-kadang, K=Kerap, SK=Sangat kerap.

Selain itu, apabila ditanya pandangan responden mengenai pendapatan mereka nilai purata yang dicatatkan 2.95 iaitu soalan berkaitan pendapatan yang diterima tidak mencukupi. Sebanyak 69 peratus menyatakan bahawa mereka mampu memenuhi setengah kehendak tetapi bukan semua yang diingini. Dalam masa yang sama 19 peratus daripada responden memberi maklum balas bahawa pendapatan mereka hanya mampu untuk memenuhi keperluan sahaja dan dua (2) peratus menyatakan tidak cukup. Selebihnya lima (5) peratus masing-masing menyatakan mampu untuk mendapatkan semua yang diingini serta mampu mendapatkan apa yang diingini dan masih mempunyai baki untuk disimpan.Jadual 4.5: Sejauhmana Pendapatan Yang Diterima Mengcukupi.Maklumat

n(%)

Tidak mencukupi

22.0

Memenuhi keperluan sahaja

1919.0

Memenuhi sesetengah kehendak sahaja

6969

Mampu mendapatkan semua yang diingini

55

Mampu mendapatkan semua yang diingini dan masih mempunyai baki untuk simpanan

55

Berdasarkan jadual 4.6, 79 peratus respondan mempunyai pendapatan yang tidak tetap, tiga peratus memperolehi pendapatan yang sangat tidak tetap manakala hanya 18 peratus responden sahaja yang mempunyai pendapatan tetap. Pada kebiasaannya, pendapatan yang tetap diterima oleh respoden yang mempunyai pekerjaan dengan pihak kerajaan mahupun swasta. Manakala bagi responden yang bekerja sebagai nelayan ataupun perkerjaan sendiri memperolehi pendapatan yang tidak tetap dalam 12 bulan.Jadual 4.6: Status Pendapatan Yang Diterima Oleh Responden.MaklumatTetapTidak tetapSangat tidak tetap

n(%)n(%)n(%)

Adakah tuan/puan menerima pandapatan tetap dalam masa 12 bulan?

18793

Melalui data yang telah dianalisis, peningkatan peningkatan harga barang adalah tidak selaras dengan pendapatan yang diterima. Sebanyak 68 peratus menyatakan bahawa pendapatan meningkat lebih rendah daripada peningkatan harga barang dan 20 peratus pula memberi maklum balas dengan menjawab pendapatan meningkat jauh lebih rendah dari peningkatan harga barang. Manakala 12 peratus lagi menyatakan pendapatan lebih tinggi dari peningkatan harga barang. Memandang situasi global sekarang yang mengalami peningkatan harga barangan terutamanya dalam aspek barangan asas seperti tepung, beras, minyak dan sebagainya telah memberi tekanan dan bebanan kepada responden yang berpendapatan rendah.

Selain itu, hasil kajian mendapati seramai 52 peratus menyatakan tidak berpuas hati terhadap sumber kewangan mereka apabila berlaku kes kecemasan. Terdapat 32 peratus menyatakan tidak pasti dengan sumber kewangan mereka. Seterusnya hanya dua (2) peratus sahaja yang sangat berpuas hati dengan sumber kewangan mereka sekirannya berlaku kecemasan. Hal ini mempunyai saling kait dengan pendapatan yang diterima adalah rendah dikalangan responden yang rata-rata adalah nelayan dan juga pekerja kilang. Oleh itu, pendapatan merupakan pengukuran kepada status sosial ekonomi responden namun begitu ia bukanlah pengukur tahap kesejahteraan yang tepat.4.3 Pemilikan BaranganSeterusnya dalam bab ini membincangkan hasil dapatan mengenai pemilikan barangan asas, mewah dan kenderaan oleh responden. Pemilikan barangan akan melambangkan status ekonomi mahupun sosial seseorang di dalam masyarakat. 4.3.1 Barangan AsasBerdasarkan jadual 4.7, data yang dikumpul didapati kebanyakan responden mempunyai barangan asas seperti telefon bimbit (100%), televisyen (96%), peti sejuk (96%) dan mesin pengisar (98%). Keadaan ini membuktikan bahawa kebanyakan responden mempunyai hampir kesemua barangan asas yang bukan lagi dianggap sebagai kehendak tetapi sebagai barangan keperluan untuk aktiviti harian isi rumah.

Jadual 4.7: Pemilikan Barangan Asas Responden(n=100)Jenis BaranganAda

n (%)Tiada n (%)Bilangan

n (%)Cara Pembelian n (%)

Barang Asas12345TunaiKredit

Televisyen

964942---8115

Radio

9010855---882

Peti sejuk

96496----2769

Seterika

100-982---1000

Kipas angin

100-22383622991

Mesin basuh

100-955---5446

Periuk elektrik

95594-1--950

Cerek elektrik

8317803---830

Mesin pengisar

9829712--980

Telefon/

Telefon bimbit100-233335631000

4.3.2Barangan Mewah

Bagi pemilikan barangan mewah pula, peratusan yang paling tinggi dicatatkan pada barangan vcd iaitu (81%) daripada responden memilikinya dan (57%) lagi menyatakan memiliki ketuhar elektrik. Barangan vcd merupakan salah satu bentuk hiburan yang dapat diperolehi di rumah dan ketuhar elektrik adalah alat pemudah kepada kerja-kerja domestik harian penghuni. Melalui analisis yang dibuat mendapati barangan mewah seperti pendingin udara dan ketuhar gelombang mikro mempunyai peratusan pemilikan yang sangat rendah. Hal ini mungkin disebabkan oleh tidak penting bagi penggunaan isi rumahJadual 4.8: Pemilikan Barangan Mewah(n=100)Jenis

BaranganAda

n(%)Tiada

n(%)Bilangan

n(%)Cara Pembelian n(%)

Barangan Mewah12345TunaiKredit

Pendingin udara

3963----21

Pendingin beku (freezer)

-100-------

Pembancuh (mixer)

1684142---14-

Astro

168416----16-

Set stereo/karaoke

326832----248

Vcd/dvd

8119792---774

Sambungan...

Ketuhar elektrik574357----498

Ketuhar gelombang mikro9919----9-

Mesin jahit4060391---319

Komp/laptop2971263---209

4.3.3Pemilikan kenderaan

Manakala bagi pemilikan kenderaan pula, hampir kesemua responden yang terlibat dalam kajian memiliki motorsikal (92%), basikal (75%), kereta ( 51%) dan pemilikan yang paling rendah ialah pada kenderaan van(1%). Pemilikan kenderaan amat penting kepada responden mahupun isi rumah untuk kemudahan bergerak di samping memberi keselesaan kepada pemilik tanpa menggunakan perkhidmatan pengangkutan lain.Jadual 4.9: Pemilikan Kenderaan(n=100)Jenis BaranganAda

n(%)Tiada

n(%)Bilangan

n(%)Cara Pembelian n(%)

Kenderaan12345TunaiKredit

Kereta

5149492----51

Motorsikal

9286725---1565

Basikal

752519493--75-

Lori-kecil

7937-----7

Va

1991-----1

4.4 Kepuasan PerumahanSecara keseluruhan kebanyakan responden menyatakan terdapat kesemua ruang asas fizikal rumah dikawasan kajian. Ruang asas fizikal ialah seperti dapur, bilik tidur, tandas dan sebagainya. Penyusunan unit rumah di antara unit rumah yang lain adalah sistematik menyebabkan responden dapat menikmati kehidupan yang lebih baik berbanding ketika tinggal di kawasan setinggan yang sangat sesak. Kawasan penempatan ini mula didiami oleh responden pada empat tahun lepas iaitu bermula tahun 2004.

Perpindahan responden dari kampung asal mereka iaitu Kampung Seberang Kota, Kampung Baru dan Kampung Padang Garam telah dipindahkan di Taman Kota Nelayan Kuala Kedah yang lebih terancangan kedudukannya serta dikawal selia oleh Majlis Bandaraya Alor Star dengan kadar sewa bulanan yang dikenakan sebanyak RM 124 bagi sebulan. Rumah PPR Bersepadu di Kuala Kedah ini mempunyai keluasan lantai 20 x 40 kaki dan fizikal yang sama dengan semua unit rumah yang terdapat di kawasan kajian ini sebanyak kira-kira 750 buah unit. Rumah ini merupakan rumah dua tingkat yang mempunyai tiga bilik tidur, tandas dan bilik air secara berasingan, dapur dan ruang makan serta ruang tamu. Kualiti perumahan dipengaruhi oleh fizikal sebuah rumah yang penentu kepada kepuasan menduduki sesebuah rumah.

Berdasarkan jadual 4.10, hampir kesemua ruang fizikal rumah disediakan dan kegunaan ruang tersebut adalah (100%). Namun begitu terdapat kelengkapan rumah yang tidak disediakan oleh pihak pemaju seperti tong sampah, peti surat dan pagar. Manakala, terdapat juga unit rumah yang tidak mempunyai penutup manhold (11%) dan balkoni (4%).Jadual 4.10: Kedapatan Dan Kegunaan Ruang Fizikal (n=100)Ruang Fizikal RumahKedapatanPenggunaan

Ya

n (%)Tidak

(%)Ya(%)Tidak(%)

Pelan rumah100-100

-

Bilik tidur utama100-100-

Bilik mandi/tandas100-100-

Bilik tidur100-100-

Ruang tamu100-100-

Ruang makan100-100-

Ruang dapur100-100-

Balkoni/kaki lima964.0894

Halaman rumah100-100-

Penutup manhold8911.08911

Tong sampah-100.0-100

Peti surat-100.0-100

Atap genting/kekuda100-100-

Longkang luar100-100-

Pagar-100.0-100

Meter air/meter elektrik100-100-

Plaster luaran-100-100

Tangki air100-100-

Cat luaran100-964

Seterusnya Jadual 4.11 menunjukkan tahap kepuasan responden terhadap fizikal unit rumah. Bagi meter air dan elektrik, hampir kesemua responden berpuas hati (92%). Keadaan adalah disebabkan perbandingan yang dibuat oleh responden semasa tinggal di kawasan setinggan dahulu, rata-rata mereka mengalami kesukaran untuk meletakkan meter air berdekatan rumah mereka. Kedudukan rumah antara rumah yang sangat rapat dan sesak telah menyukarkan penduduk untuk memasang meter berhampiran rumah. Justeru, keadaan sekarang adalah berbeza apabila meter air dan elektrik dipasang di setiap unit kediaman. Majoriti responden (91%) berpuas hati dengan bilik tidur yanng terdapat pada unit kediaman mereka. Terdapat tiga bilik tidur di tingkat satu rumah berkenaan disamping keluasan bilik yang dapat memberi keselesaan kepada penghuni. Walaupun hanya tiga bilik tidur responden merasa selesa. Hal ini kerana, bilangan responden paling ramai yang terlibat dalam kajian ini adalah mereka yang berumur lebih 51 tahun ke atas. Keluarga pada peringkat ini mengalami proses pengucupan disebabkan anak-anak sudah berkahwin atau berkerja dan menetap di tempat lain.

Tahap kepuasan yang mendapat respon sangat tidak berpuas hati ialah bilik tidur utama (17%), tong sampah (13%) dan peti surat (10%). Responden menyatakan bahawa mereka tidak berpuas hati kerana kedudukan bilik tidur utama yang berada di tingkat atas manakala tong sampah dan peti surat pula tidak disediakan di unit kediaman responden. Keadaan ini memberi kesukaran kepada penghuni untuk membuang sampah dan pihak pengantar surat.Jadual 4.11:Tahap Kepuasan Terhadap Fizikal Rumah(n=100)Ruang Fizikal RumahSangat Tidak PuashatiTidak PuashatiTidak

PastiPuashatiSangat

Puashati

n(%)n(%)n(%)n(%)n(%)

Pelan rumah3581920-

Bilik tidur utama17-1172-

Bilik mandi/tandas-23968-

Bilik tidur18-91-

Ruang tamu-121177-

Ruang makan-161074-

Ruang dapur5413717-

Balkoni/kaki lima-31285-

Halaman rumah -7489-

Penutup manhold8-587-

Tong sampah138223-

Peti surat1076131-

Atap genting/kekuda-219772

Longkang luar-5891-

Pagar8501527-

Meter air/meter elektrik-1792-

Plaster luaran1070191-

Tangki air-7489-

Cat luaran952318-

Melalui kajian yang dilakukan, didapati tahap kepuasan penghuni PPR di Kuala Kedah ialah pada tahap sederhana dengan nilai skor 45 hingga 70 yang mewakili 97 peratus. Manakala diikuti oleh (2%) untuk tahap rendah dan (1%) untuk tahap tertingggi. Kebanyakan responden memberi maklum balas bahawa kualiti dan juga saiz rumah asal adalah lebih baik berbanding sekarang.Jadual 4.12: Skor Tahap Kepuasan Penghuni Terhadap Fizikal Perumahan

Maklumatn(%)

Tahap kepuasan rendah

(< 44)2972.0

Tahap kepuasan sederhanan

(45-70)9797.0

Tahap kepuasan tinggi

(> 77)11.0

Kesimpulan yang dapat dibuat dalam bab ini ialah rata-rata penghuni kurang berpuashati dengan keadaan fizikal dan kualiti perumahan PPR. Namun begitu, rumah PPR ini tidak pula memberi tahap tidak puas hati yang tinggi. Melalui beberapa aspek pembinaan atau struktur rumah yang dianggap oleh penghuni tidak berkualiti. Situasi ini membawa maksud keadaan ini tidak menyebabkan penghuni merasa tidak selesa atau sesak ketika berada di dalam rumah.

4.5 Kepuasan Persekitaran

Di samping mengkaji aspek kepuasan fizikal, kepuasan persekitaran juga penting dalam menilai kesejahteraan penghuni PPR Bersepadu. Istilah persekitaran mempunyai skop yang sangat meluas. Namun di dalam kajian ini hanya tertumpu kepada aspek hubungan kejiranan, kekeluargaan, pendidikan, perkerjaan dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di kawasan kajian.4.5.1 KejirananAmalan hidup yang baik merupakan tonggak utama kepada kekuatan perpaduan sesebuah masyarakat. Kebiasaanya amalan seperti kenal mengenali, bertolenrasi dan hormat menghormati terdapat dalam budaya setiap kejiranan. Amalan seperti ini perlu dipupuk dan disemai dengan lebih meluas supaya masyarakat yang harmoni dalam segenap aspek dapat diwujudkanJadual 4.13 menunjukan kepuasan kejiranan di kawasan kajian. Didapati sebanyak 95 peratus masyarakat di kawasan ini terlibat dalam aktiviti gotong-royong dan melakukan aktiviti riadah bersama. Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk negara pergi lebih jauh dalam lapangan dunia moden. Lebih rumit, masyarakat di Malaysia masyarakat berbilang kaum. Maka, harus ada satu aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman antara kaum itu, dan tidak dapat dinafikan bahawa gotong-royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif. Melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama membersihkan taman permainan, longkang, mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan yang tulen. Gotong-royong merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci, yang tidak ditemui di rumah malahan di tempat kerja. Rasa kekitaan, rasa prihatin, dan penyayang sesama individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan untuk negara mara lebih ke depan dalam era globalisasi ini. Ini berdasarkan kesan positif gotong-royong yang sebenarnya membantu menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti penagihan dadah dan kecurian, lebih-lebih lagi gotong-royong melibatkan penglibatan menyeluruh setiap lapisan ahli masyarakat dalam sesuatu kawasan. (http://ms.wikipedia.org)Jadual 4.13: Taburan Tahap Kepuasan Kejiranan(n=100).Kejiranan Sangat Tidak puashatiTidak puashatiTidak

PastiPuashatiSangat

Puashati

n(%)n(%)n(%)n(%)n(%)

Hubungan kejiranan--5941

Bantu membantu--5905

Memberi makanan/bertukar juadah--1090-

Meminjamkan barang-barang--19801

Menjaga anak jiran (bermain diluar rumah)--5905

Menjaga rumah apabila mereka tiada di rumah---9010

Melakukan aktiviti riadah bersama--1954

Gotong royong---955

Masalah jenayah seperti dadah, kecurian dan lain-lain--7154

Merujuk kepada jadual 4.14 hasil daripada kajian mendapati majoriti perhubungan responden dengan jiran berada pada tahap tinggi iaitu 54 peratus. Kebanyakan penghuni di kawasan ini saling mengenali antara satu sama lain. Walaupun, kesemua penghuni di pindahkan ke kawasan penempatan semula melalui undian nombor rumah, perhubungan yang akrab semasa di penempatan asal tidak memustahilkan tahap kepuasan yang tinggi diperolehi. Kemudian diikuti oleh skor tahap kepuasan rendah sebanyak 24 peratus dan skor sederhana sebanyak 22 peratus. Perhubungan baik yang terjalin diantara penduduk akan mewujudkan budaya kerjasama dalam menjalankan pelbagai aktiviti. Namun begitu terdapat juga responden yang tidak mempunyai perhubungan yang baik di antara jiran. Keadaan ini mungkin disebabakan oleh penempatan asal tidak sama di antara responden.

Jadual 4.14: Taburan Skor Kepuasan Terhadap Persekitaran Kejiranan(n=100).Maklumatn(%)

Tahap kepuasan rendah

(35)5454.0

4.5.1 Pendidikan, pekerjaan dan hubungan kekeluargaanPerbincangan dalam bahagian ini juga menjurus kepada faktor kepuasan persekitaran pendidikan, pekerjaan dan hubungan kekeluargaan. Hubungan kekeluargaan dan interaksi diantara ahli keluarga sangat penting dalam pembentukan sebuah keluarga. Interaksi dalam keluarga yang tinggi dapat membentuk perasaan saling hormat menghormati dan juga memupuk kasih sayang. Sebanyak 76 peratus menyatakan bahawa berpuas hati sekiranya sanak saudara datang bermalam di rumah mereka. Seterusnya 70 peratus menyatakan puas hati untuk mengadakan majlis seperti kenduri dan hanya 64 peratus berpuas hati sekirannya saudara tinggal bersama. Tinggal bersama melibatkan satu tempoh yang panjang. Oleh itu, responden merasakan dengan keadaaan rumah yang kecil akan menimbulkan suasana yang sesak dan tidak selesa.Selain itu, aspek pendidikan pula menyaksikan bahawa terdapat 76 peratus menyatakan puas hati terhadap minat anak-anak untuk belajar, jarak ke sekolah (75%), prestasi anak di sekolah(70%), dan ruang untuk belajar (64%). Minat anak-anak responden terhadap pendidikan meningkat mungkin mempunyai kaitan dengan jarak ke sekolah. Sekolah kebangsaan Kuala Kedah adalah bersebelahan dengan kawasan kajian.Manakala, dari aspek pekerjaan pula mendapati responden berpuas hati dengan pendapatan yang diperolehi. Pekerajaan (75%), kewangan (70%) dan hutang (64%). Keadaan kewangan yang tidak stabil akan memberi kecenderungan untuk berhutang. Tambahan pula, dengan peningkatan harga barang semasa akan menyebabkan kadar hutang dalam kalangan responden semakin meningkat. Jadual 4.15: Taburan Tahap Kepuasan Terhadap Hubungan Kekeluargaan, Pendidikan Dan Pekerjaan(n=100).MaklumatSTPTPHTPPHSPH

Hubungan kekeluargaann(%)n(%)n(%)n(%)n(%)

Kunjungan sanak saudara-155755

Sanak saudara bermalam--117613

Jamuan/kenduri--67024

Saudara tinggal bersama9156646

Pendidikan

Jarak dari sekolah-155755

Minat anak untuk belajar--117613

Prestasi anak di sekolah--67024

Ruang untuk belajar9156646

Pekerjaan

Pekerjaan-155755

Keadaan kewangan---7024

Hutang9156646

Pendapatan--117613

Skor dalam hubungan kekeluargaan yang tertinggi ialah pada tahap sederhana iaitu dengan nilai skor sepuluh (10) hingga 15. Manakala, bagi skor tahap kepuasan yang tinggi pula melibatkan lapan (8) peratus dengan nilai skor melebihi 16. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh perhubungan responden dengan saudara bukan sesama ahli keluarga. Seterusnya perolehan skor berkaitan pendidikan menunjukkan bahawa 80 peratus pada tahap sederhana dan 14 peratus pada tahap tinggi. Kajian mendapati dari segi pendidikan anak-anak responden terdapat perubahan yang ketara namun ada juga keadaan yang sama dengan sebelum ini. Rata-rata responden memberi respon pada tahap sederhana terhadap pekerjaan iaitu sebanyak 77 peratus. Keadaan ini disebabkan pekerjaan responden tidak memberi kesan yang tinggi disebabkan perpindahan daripada setinggan ke kawasan penempatan semula adalah dalam kawasan yang sama dan persekitaran kerja yang sama.Jadual 4.16 :Taburan Skor Kepuasan Persekitaran Pendidikan, Pekerjaan Dan Kekeluargaan(n=100).MaklumatPendidikanPekerjaanKekeluargaan

n(%)n(%)n(%)

Tahap kepuasan rendah

(16)10148

4.5.2Kemudahan

Kualiti perumahan juga mengambil kira tentang jenis kelengkapan dan kemudahan yang disediakan. Kemudahan-kemudahan awam diperlukan bagi meningkatkan kesejahteraan hidup setiap manusia. Kemudahan awam yang terdapat di kawasan kajian ialah seperti sekolah iaitu sekolah Kebangsaan Kuala Kedah, sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid sebarang Kota dan lain-lain. Tahap kepuasan responden terhadap kemudahan yang disediakan di penempatan baru berada pada tahap sederhana iaitu 69 peratus iaitu skor antara 63 hingga 98. Tahap kedua tertinggi ialah skor yang melebihi daripada 99 (18%). Diikuti oleh skor yang terendah iaitu kurang dari 62 sebanyak 13 peratus. Secara keseluruhannya tahap kepuasan hati responden ialah pada kadar sederhana untuk kemudahan yang disediakan di penempatan semula Taman Kota Nelayan Kuala Kedah. Kesejahteraan penghuni di sesuatu kawasan perumahan juga mengambil kira faktor-faktor kemudahan yang disediakan. Kemudahan awam penting dalam meningkatkan kualiti dan tahap kesejahteraan penduduk. Daripada kajian yang dijalankan mengenai kemudahan awam telah melibatkan 27 item yang disoal kepada responden. Kemudahan awam yang mendapat maklum balas tertinggi ialah kedai runcit sebanyak 62 peratus berpuas hati dan 20 peratus daripada responden pula menyatakan sangat berpuas hati. Seterusnya diikuti oleh stesen pam minyak sebanyak 55 peratus dan 15 peratus bagi sangat berpuas hati. Hampir di setiap baris unit perumahan akan terdapat sekurang-kurangnya satu kedai runcit. Keadaan ini akan memberi kemudahan untuk isi rumah membeli keperluan harian di kawasan yang berhampiran dengan kediamannya. Hasil kajian ini sama dengan hasil kajian yang dilakukan Nurizan , (1998).

Namun begitu, daripada 27 item yang di soal kepada responden terdapat beberapa kemudahan awam yang mendapat respon yang rendah. Antaranya ialah sistem pengurusan sampah yang membawa nilai 52 peratus tidak berpuas hati dan 15 peratus memberi respon sangat tidak berpuas hati. Hampir kesemua responden menyatakan tidak berpuas hati dengan sistem pengurusan sampah di kawasan kajian. Hal ini disebabkan oleh pengurusan yang tidak sistematik iaitu jadual pungutan sampah yang tidak teratur sebanyak dua kali seminggu. Dalam masa yang sama, di setiap unit rumah tidak dibekalkan dengan tong sampah. Keadaan ini bertambah rumit apabila terdapat hanya empat tempat pengumpulan sampah. Bahkan terdapat juga tempat pembuangan sampah yang sangat berhampiran dengan unit perumahan yang akan menyebabkan masalah pencemaran bau serta fizikal yang kotor. Pernyataan ini disokong oleh dapatan kajian yang dilakukan oleh Nurizan (1998). Secara tidak langsung keadaan ini akan menyebabkan kawasan persekitaran perumahan akan terjejas.

Selain itu, pengangkutan awam juga menunjukkan rating yang rendah iaitu 57 peratus bagi sangat tidak berpuas hati dan 44 peratus tidak berpuas hati. Kajian juga mendapati bahawa majoriti responden menyatakan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan pengangkutan dan ketiadaan tempat menunggu bas di kawasan kajian. Pusat pengangkutan berada tidak jauh dari penempatan semula ini namun penghuni perlu merentasi laut melalui jambatan Tok Pasai untuk sampai ke pusat pengangkutan bas tersebut.

Dalam masa yang sama, kemudahan untuk kanak-kanak bermain tidak disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab seperti pihak pemaju mahupun pengurusan program ini. Perkara ini akan menjadi lebih komplek sekiranya kanak-kanak tidak mempunyai tempat yang khusus untuk bermain. Rata-rata responden yang ditemubual menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan anak atau cucu mereka. Tambahan pula, dewasa kini sering terjadinya kes-kes jenayah yang melibatkan kanak-kanak.

Jadual 4.17: Taburan Tahap Kepuasan Terhadap Kemudahan Awam(n=100).KemudahanSangat Tidak puashatiTidak puashatiTidak

PastiPuashatiSangat

Puashati

n(%)n(%)n(%)n(%)n(%)

Tadika61595515

Tempat ibadat142114717

Sekolah rendah/ menengah 1914123619

Khidmat kejiranan (jiran wanita. Jiran muda)316174915

Sistem keselamatan (rukun tetangga/ RELA/ JKKK)4410132310

Gelanggang badminton/ sepak takraw31953223

Bekalan elektrik---6436

Lampu jalan192720259

Balai raya105264811

Dewan serbaguna3916378

Perkhidmatan polis63829234

Kedai makan161354719

Pejabat pos321363415

Bank202263913

Stesyen minyak141445315

Pengurusan sampah sarap52444--

Pengangkutan awam57421--

Kawasan riadah/ reakrasi34408162

Padang permainan kanak-kanak414811--

Pusat membeli belah/pasaraya271210447

Klinik kesihatan412124032

Padang bola2116104013

Perpustakaan31269268

Bekalan air bersih-155454

Pasar/ kedai runcit13146220

Telefon awam101126503

Tempat menunggu bas55387--

Jadual 4.18 menunjukkan skor yang diperolehi oleh responden berkaitan dengan tahap kepuasan kemudahan yang terdapat di kawasan kajian. Skor responden berada pada tahap sederhana untuk kepuasan kemudahan iaitu 69 peratus. Skor tahap kepuasan tinggi pula mencatatkan 18 peratus dan skor tahap kepuasan rendah pula sebanyak 13 peratus. Hasil keseluruhan berkaitan kemudahan mendapati kebanyakan kemudahan awam telah disediakan oleh pihak berwajib. Namun begitu, kemudahan yang ada telah di rosakkan atau tidak dapat memberi fungsi yang terbaik. Terdapat juga kemudahan yang tidak disediakan seperti pengangkutan awam yang sangat penting kepada penghuni PPR. Keadaan ini telah meningkatkan kos perbelanjaan penghuni apabila ingin ke sesuatu tempat.Jadual 4.18: Skor Tahap Kepuasan Kemudahan Awam(n=100).Maklumat n(%)

Tahap kepuasan rendah(99)1818

4.5.3Masalah unit rumah

Bagi meneliti tahap kepuasan persekitaran dengan lebih mendalam. Kajian ini telah mengumpul seberapa banyak data berkaitan kepuasan persekitaran. Oleh hal demikian, responden diminta menjawab soalan yang berkaitan masalah yang timbul setelah proses penyerahan kunci dilakukan di antara pihak pengurusan dan responden. Seringkali kedengaran bahawa perumahan kos rendah berlaku masalah yang berkaitan dengan kualiti.Senario yang sama turut berlaku dalam perumahan PPR ini. Sebanyak 24 kes tandas tersumbat telah dilaporkan oleh responden. Manakala, jumlah kedua tertinggi ialah 14 kes untuk paip bocor, 11 kes bagi siling bocor dan sebanyak 18 kes lain-lain yang membawa jumlah keseluruhan responden yang mengalami masalah setelah penyerahan kunci ialah sebanyak 67 kes. Apabila terdapat masalah yang timbul, penghuni akan membuat aduan kepada pihak pengurusan iaitu pihak Majlis Bandaraya Alor Star. Namun, difahamkan pihak terbabit mengambil masa yang lama untuk membuat penyelenggaraan. Antara mahu atau tidak penghuni terpaksa mengeluarkan kos sendiri bagi membaik pulih setiap masalah yang timbul. Justeru itu, kos perbelanjaan penghuni akan meningkat sekaligus akan memberi tekanan kepada penghuni dari segi kewangan dan keselamatan.Jadual 4.19: Jenis Masalah Rumah Setelah Penyerahan Kunci(n=100).Maklumatn(%)

Tiada masalah3333.0

Tandas tersumbat2424.0

Paip bocor1414.0

Siling bocor1111.0

Lain-lain1818.0

Hasil kajian yang diperolehi mendapati bahawa terdapat 67 peratus responden menyatakan telah membuat pengubahsuaian terhadap rumah mereka. Manakala selebihnya daripada jumlah responden menyatakan tidak membuat sebarang pengubahsuaian rumah. Rumah akan diubahsuai setelah penghuni merasa rumah tersebut tidak selesa untuk didiami.Jadual 4.20: Pengubahsuaian Terhadap Rumah (n=100).Maklumatn(%)

Ya6767.0

Tidak3333.0

Berdasarkan jadual 4.21, pengubahsuaian dilakukan menggunakan sumber-sumber kewangan seperti membuat pinjaman. Sebanyak 20 peratus responden mengubahsuai rumah dengan membuat pinjaman daripada ahli keluarga terdekat, rakan dan sebagainya. Daripada 100 orang responden, 36 orang menyatakan pengubahsuaian rumah dibuat dengan menggunakan wang simpanan sendiri. sepuluh (10) peratus pula memberi maklum balas bahawa segala pengubahsuaian ditanggung oleh anak-anak yang sudah bekerja dan hanya satu peratus sahaja yang sumber pengubahsuaiannya adalah daripada lain-lain. Melalui pemerhatian yang dibuat, terdapat segelintir responden melakukan pengubahsuian secara sendiri dan berperingkat.

Jadual 4.21: Sumber Kewangan Untuk Pengubahsuaian(n=100).Malumatn(%)

Pinjaman2020.0

Simpanan3636.0

Pemberian anak1010.0

Lain-lain11.0

Kebanyakan pengubahsuaian rumah di lakukan oleh responden pada tahun kedua mendiami rumah PPR ini. Pada tahun 2005 seramai 30 orang telah melakukan pengubahsuaian rumah diikuti oleh 28 peratus pada tahun 2004 dan (8%) pada 2006 dan (1%) pada 2007.pengubahsuaian rumah dilakukan oleh responden untuk mendapatkan keselesaan terhadap isi rumah. Hal ini juga berkait rapat dengan penyesuaian diri responden dan keluarga di tempat yang baru. Oleh itu, pengubahsuaian dianggap perlu untuk penyesuaian diri disamping faktor kemampuan kewangan responden sendiri bagi melakukan pengubahsuaian rumah.Jadual 4.22: Tahun Dilakukan Pengubahsuaian(n=100).Maklumatn(%)

20042828.0

20053030.0

200688.0

200711.0

4.6Aspirasi dan Harapan

Bab ini menganalisis aspirasi atau harapan responden pada masa akan datang. Dalam bahagian ini data berkaitan dengan cadangan responden untuk menetap di kawasan kajian selama-lamanya telah disoal. Aspirasi ataupun harapan responden untuk masa hadapan penting bagi mengenalpasti tahap kemampuan responden untuk mencapai impian serta kesejahteraan hidup di masa akan datang. Melalui aspirasi responden juga, penilaian dapat dibuat ke atas kehendak dan kemampuan responden di masa akan datang.

Jadual 4.23 menunjukkan terdapat perbezaan yang ketara diantara jawapan yang diberikan oleh responden. Daripada 100 orang responden yang terlibat memberi respon bahawa mahu tinggal di sini selama-lamanya (89%). Manakala, selebihnya (11%) sahaja yang mempunyai perancangan untuk berpindah keluar dari kawasan kajian. Terdapat banyak sebab yang telah diutarakan oleh responden mengapa mereka ingin terus tinggal di kawasan penempatan semula ini. Penyebab kepada keadaan ini yang berada pada tahap paling tinggi ialah keselesa dengan kadar 53 peratus. Diikuti oleh mudah untuk responden ke tempat kerja sebanyak 29 peratus dan sebab lain-lain (9%). Hal ini berlaku kerana, kebanyakan responden ternyata sudah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru.

Tambahan pula, kebanyakan responden adalah terlibat secara langsung dengan aktiviti laut maka akan memudahkan responden untuk ke tempat kerja. Namun begitu, bagi responden yang tidak bercadang untuk tinggal di kawasan kajian untuk selamanya mempunyai alasan yang sebaliknya. Sebanyak (8%) menyatakan bahawa ingin memiliki rumah sendiri yang lebih selesa manakala bakinya sebanyak tiga peratus pula memberi alasan keadaan persekitarn kajian tidak selesa.Jadual 4.23: Cadangan Untuk Menetap Di Penempatan Semula selamanya(n=100).Maklumatn(%)

Ya8989.0

Tidak1111.0

Selain itu, responden juga ditanya mengenai rancangan untuk membeli rumah sendiri. Berdasarkan jadual 4.24, 13 peratus ingin membeli rumah sendiri dan 87 peratus menyatakan tidak. Daripada 13 peratus yang mempunyai perancangan untuk membeli rumah kerana untuk mecapai tahap keselesaan (4%) dan bagi dijadikan aset atau harta (9%). Masalah kewangan merupakan 57 peratus penyebab utama mengapa responden tidak mempunyai perancangan untuk membeli rumah lain dan sebanyak 20 peratus menyatakan bahawa selesa dengan keadaan kehidupan sekarang. Melalui pemerhatian, kadar peratus yang tinggi bagi responden yang tiada perancangan untuk membeli rumah lain kerana responden telah banyak mengeluarkan kos untuk pengyelenggaran dan penjagaan rumah sekarang. Oleh hal demikian adalah tidak setimpal untuk mereka berpindah keluar atau membeli rumah lain.

Jadual 4.24: Cadangan Untuk Membeli Rumah Lain(n=100).Maklumatn(%)

Ya1313.0

Tidak8787.0

Di samping itu juga, 78 peratus responden memberi respon bahawa rumah yang disediakan untuk mereka tidak sesuai untuk dihuni oleh golongan tua. Sebanyak 40 peratus data yang dikutip menyatakan ruang fizikal rumah tidak sesuai untuk warga tua. Rumah dua tingkat menyebabkan ketidakselesaan kepada golongan ini untuk bergerak sebagai contoh, bilik tidur berada tingkat atas manakala bilik air dan tandas berada ditingkat bawah. Dengan erti kata lain ruang yang terdapat pada rumah tidak mesra kepada warga tua. Walaupun begitu, terdapat juga responden yang menyatakan rumah tersebut sesuai untuk kehidupan hari tua dengan alasan ruang yang sempit akan memberi kemudahan kepada pergerakan warga tua ( 22%).

Jadual 4.25: Rumah PPR Sesuai Untuk Kediaman Warga Tua(n=100).Maklumatn(%)

Ya2222.0

Tidak7878.0

Dalam kajian ini juga harapan responden terhadap pihak pemaju di masa akan datang ialah dengan memberi rumah yang lebih berkualiti. Antara lainnya harapan responden terhadap pihak pemaju supaya tidak membina rumah dengan menggunakan bata blok. Rumah yang menggunakan bata blok akan memberi suhu yang panas kepada penghuni kerana kepanasan akan diserap di bahagian ruang kosong bata blok tersebut. Dengan ini akan meningkatkan suhu di dalam rumah. Selain itu, pihak pemaju juga diharap menggunakan bahan yang lebih berkualiti dalam perumahan supaya tidak akan memberi bebanan kepada penghuni untuk membaiki rumah setelah penyerahan kunci. Pembinaan pagar (15%) juga penting untuk keselamatan kanak-kanak dari kenderaan yang lalu lalang terutamanya bagi rumah yang berada di jalan utama. Hasil kajian menunjukkan bahawa hampir kesemua responden mempunyai aspirasi dan harapan yang ingin dicapai di masa hadapan. Walau apa pun, perancangan responden kesejahteraan hidup merupakan elemen yang ingin dicapai. BAB 5

KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN5.0 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan tentang kesimpulan dan implikasi bagi kajian yang telah dijalankan. Cadangan untuk kajian pada masa akan datang turut dibincangkan di bahagian akhir bab ini.

5.1 Kesimpulan Berdasarkan daripada analisis diskriptif, menunjukkan sebahagian besar responden berumur lebih dari 51 tahun dan kebanyakan responden adalah lelaki. Ini kerana kajian ini melibatkan ketua isi rumah yang terdiri daripada 91 responden lelaki dan 9 ketua isi rumah perempuan. Majoriti responden terlibat secara langsung dengan aktiviti laut iaitu sebagai nelayan. Hal ini kerana, kedudukan kawasan kajian yang merupakan pesisir laut. Hasil kajian juga mendapati majoriti responden sudah berkahwin dan mempunyai bilangan tanggungan 3 ke 4 orang. Selain itu juga, majoriti responden memperolehi pendapatan antara RM301 hingga RM600. Kebanyakan responden menerima pendapatan yang hampir sama kerana bekerja sebagai nelayan. Di samping itu, melalui data yang diperolehi tahap pendidikan kebanyakan responden ialah tamat sekolah rendah. 5.1.0 Status kewanganHasil kajian mendapati responden tidak berpuas hati dengan kewangan semasa responden. Status pemilikan responden menunjukkan bahawa ia mempunyai hubungkait dengan pendapatan responden sendiri. Keadaan ini betambah rumit apabila kos sara hidup semakin meningkat manakala, pendapatan yang diterima masih pada tahap yang lama. Tambahan pula, melalui data yang telah dianalisa menunjukkan kebimbangan serta kekerapan responden memikirkan kewangan adalah tinggi di samping aspek ini akan menggangu aktiviti mereka. Selain itu, rata-rata responden menyatakan bahawa pendapatan yang diterima oleh mereka tidak mencukupi. Hal ini kerana peningkatan kos hidup serta kenaikan harga barang telah membebankan responden yang kebanyakan mempunyai pendapatan yang rendah. Dalam masa yang sama, kajian mendapati responden yang terlibat dalam kajian ini kebanyakannya tidak mempunyai pendapatan tetap yang diterima setiap bulan. Bahkan, responden juga tidak berpuas hati dengan kewangan semasa mereka sekirannya perkara yang tidak diingini atau kes kecemasan berlaku. Oleh itu, pendapatan merupakan asas pengukuran kepada status sosial ekonomi seseorang tetapi bukan sebagai pengukur tahap kesejahteraan hidup yang tepat.5.1.1 PemilikanTahap pemilikan responden menunjukkan hampir kesemua responden memiliki barangan asas seperti televisyen, peti sejuk, periuk elektrik dan sebagainya. Pemilikan barangan asas adalah penting dalam memberi kemudahan yang optima kepada kerja-kerja domestik isi rumah. Bagi barangan mewah pula terdapat pada item-item tertentu yang menunjukkan bahawa keupayaan responden memilikinya seperti vcd, ketuhar dan elektrik. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat item barangan mewah yang dimiliki oleh kebanyakan responden dan ini memberi gambaran, terdapat sesetengah barangan mewah yang telah dianggap satu kemestian untuk memilikinya oleh responden. Manakala untuk aspek pemilikan kenderaan pula mendapati hampir keseluruhan responden memiliki motorsikal. Pemilikan kenderaan sekurang-kurangnya motorsikal adalah penting untuk pergerakkan responden ke satu tempat ke tempat yang lain. Pemilikan barangan yang semakin meningkat menunjukkan tahap kualiti hidup masyarakat adalah lebih baik dari keadaan sebelum ini.5.1.2Kepuasan Fizikal Selain itu, aspek kepuasan fizikal perumahan pula menunjukkan tahap kepuasan responden berada pada tahap sederhana terhadap ruang fizikal rumah PPR ini. Kebanyakan ruang asas telah disediakan oleh pihak pemaju seperti bilik tidur, ruang tamu, dapur, tandas dan sebagainya. Keadaan ini membolehkan penghuni di kawasan kajian dapat menikmati kehidupan yang baik. Namun begitu, terdapat beberapa keperluan fizikal lain yang tidak disediakan oleh pihak pemaju. Keperluan fizikal tersebut ialah tong sampah di setiap rumah, peti surat dan pagar. Ketiga-tiga item ini penting kepada individu dalam mencapai tahap kepuasan fizikal perumahan. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir individu yang lebih suka keadaan perumahan sekarang tanpa pagar. Hal ini disebabkan oleh rasa selesa dan juga mudah bagi mereka untuk menggunakan ruang yang ada sekiranya terdapat keraian seperti kenduri kahwin dan sebagainya. Penggunaan ruang jiran perlu bagi acara yang besar. Justeru itu, golongan ini lebih senang dengan konsep rumah tanpa pagar ianya lebih kepada kehidupan mereka di tempat asal. Oleh hal demikian, walaupun tahap kepuasan responden adalah sederhana pada fizikal perumahan yang disediakan ianya tidak pula memberi tahap tidak berpuas hati yang tinggi dalam kalangan responden. 5.1.3 Kepuasan PersekitaranKepuasan persekitaran merupakan skop yang sangat luas. Kajian mengenai persekitaran yang dilakukan di kawasan kajian ialah dari segi aspek perhubungan kejiranan, hubungan kekeluargaan, pendidikan, pekerjaan dan kemudahan yang disediakan di kawasan kajian. Hubungan kejiranan di antara penghuni adalah sangat baik, pelbagai aktiviti yang dilakukan mendapat sokongan dan penglibatan penghuni sepenuhnya. Bagi hubungan kekeluargaan, pendidikan dan pekerjaan berada pada tahap sederhana. Situasi ini mungkin disebabkan oleh keadaan dahulu sebelum berpindah dangan kedaan sekarang adalah lebih kurang sama seperti tempat kerja dan jarak ke sekolah. Seterusnya ialah kemudahan, melalui data menunjukkan tahap kepuasan kemudahan juga turut berada pada tahap yang sederhana. Banyak kemudahan yang telah disediakan di kawasan kajian namun terdapat juga kemudahan yang penting tidak disediakan seperti pengangkutan awam. Kedaan ini telah menyusahkan penduduk di kawasan kajian sekiranya mereka tidak mempunyai kenderaan sendiri. Kehidupan di kawasan setinggan lebih mudah untuk mereka mendapatkan sebarang pengangkutan sama ada bas atau teksi. Justeru itu, keadaan ini telah menyebabkan penghuni tidak berpuas hati dari aspek kemudahan perkhidmatan.5.2Implika