1.0 Sejarah Pandu PuteriSejarah Penubuhan Pandu Puteri Olave St
Clair Soames Lord Robert Baden-Powell
Di satu perhimpunan pengakap di Crystal Palace pada tahun 1909,
muncul sekumpulan remaja wanita yang meminta untuk menyertai
perhimpunan ini. Ini dibuktikan sebagai pemangkin untuk pergerakan
Pandu Puteri pada hari ini.
Sejarah tidak mencatat berapa orang "pengakap perempuan" yang
berada dalam kumpulan itu, tetapi mereka telah menarik perhatian
pengasas pergerakan Pengakap, Lord Robert Baden-Powell, dan dalam
masa beberapa bulan, kumpulan perempuan ini telah mempunyai nama
dan programnya sendiri.
Baden-Powell memilih nama "Girl Guides" dengan rujukan kepada
Guides Corps di India. Girl Guides atau Pandu Puteri tidak
mengambil masa yang lama untuk membawa impak. Pada tahun 1910, adik
Baden-Powell iaitu Agnes, mengadaptasikan buku "Scouting for
Boys"untuk kegunaan Pandu Puteri dan seterusnya, pergerakan Pandu
Puteri dilahirkan. Pada tahun yang sama, Sir Robert yang baru
bersara mula bergerak secara sepenuh masa dalam Pengakap dan Pandu
Puteri. Semasa satu lawatan promosi untuk Pengakap dan Pandu
Puteri, beliau berjumpa dengan Olave Soames dan seterusnya
berkahwin dengannya.
Pada tahun 1918, Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri
United Kingdom dan pasangan ini meneruskan usaha mereka dalam
mengembangkan Pandu Puteri di seluruh dunia.Di serata duniaWalaupun
pergerakan Pandu Puteri dilahirkan di Britain, tetapi
perkembangannya ke tempat lain amat pantas. Sebelum persatuan ini
ditubuhkan, telah wujud beberapa kumpulan. Pada tahun 1912, Pandu
Puteri telah bertapak di 10 negara. Kumpulan-kumpulan ini mempunyai
pakaian seragam, lencana, peraturan dan nama yang berbeza tetapi
mereka berkongsi prinsip dan cita-cita yang sama. Perang Dunia
Pertama tidak menghalang perkembangan Pergerakan ini. Banyak
kumpulan yang menawarkan diri sebagai sukarelawan dan menjelang
tahun 1930, 15 lagi negara yang memperkenalkan kumpulan Pandu
Puteri, termasuklah Brazil, China dan Estonia.
Pertumbuhan pesat ini adalah disebabkan oleh usaha ramai wanita
yang bersemangat, mempunyai sumber dan berpandangan jauh. Mereka
semua melihat ini sebagai peluang yang baik untuk pendidikan remaja
wanita. Nama seperti Juliette Low (pengasas Pengakap Puteri di
Amerika Syarikat), Olga Malkowska (pengasas di Poland) dan
Antoinette Butte (pengasas di Perancis) membantu membentuk
pergerakan yang kita kenali hari ini.
Kelahiran Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia /
WAGGGS (World Association of Girl Guides and Girl Scouts) Oleh
sebab Pergerakan ini terus berkembang, satu badan rasmi diperlukan
untuk menyatukan semua ahli dan pada tahun 1919, Olave Baden-Powell
membentuk Majlis Antarabangsa (International Council), perintis
kepada WAGGGS.Majlis ini sangat berjaya, dan setahun kemudian,
Persidangan Antarabangsa yang pertama telah diadakan.
Persidangan ini merupakan satu peristiwa yang bersejarah dan
memberi peluang kepada dunia Pandu Puteri dan Pengakap Puteri untuk
berjumpa dan bertukar fikiran dan pengalaman.. Buat kali
pertamanya, kumpulan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri mula
merancang lawatan ke luar negara. Pada tahun 1924, Perkhemahan
Sedunia yang pertama diadakan dan pada tahun berikutnya, Buletin
Dunia dikeluarkan. Buletin ini kini dikenali sebagai Our World
News.
Sementara itu, pasangan Baden-Powell meneruskan usaha mereka
dalam mempromosikan Pengakap dan Pandu Puteri / Pengakap Puteri di
seluruh dunia. Pada tahun 1919, Robert Baden-Powell dilantik
sebagai Ketua Pengakap Sedunia manakala pada tahun 1930, Olave
Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri Sedunia.
Selepas Persidangan Antarabangsa Keempat yang diadakan di
Amerika Syarikat pada tahun 1926, wakil dari beberapa negara
berjumpa dengan Baden-Powell untuk bertanya tentang pembentukan
satu persatuan. Sebelum Persidangan Antarabangsa Kelima di Hungary
pada tahun 1928, Baden-Powell mendapatkan pendapat semua pertubuhan
Pandu Puteri dan Pengakap Puteri yang terkenal dan meminta mereka
mempertimbangkan perkara ini secara serius. Akhirnya, perwakilan
persidangan dari 26 negara membuat keputusan untuk membentuk
Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Persatuan ini
akan bertempat di London dan berfungsi sebagai urusetia.
Selepas itu, keputusan diambil untuk pemilihan satu Jawatan
kuasa Dunia. Lord dan Lady Baden-Powell serta Pengarah Biro Dunia
akan menjadi ahli ex-officio kepada Jawatan kuasa ini. Satu draf
perlembagaan telah disetujui dan Pandu Puteri menjadi satu
persatuan yang berpusat.
Perkembangan Sementara itu, pergerakan ini terus berkembang
dengan pesat. Pada tahun 1931, keahlian persatuan ini melebihi satu
juta dan pada tahun 1932, Pusat Dunia yang pertama dibuka. Pada
tahun 1939, Perkhemahan Sedunia Pandu Puteri / Pengakap Puteri
diadakan di Hungary. Setelah tergendala sementara disebabkan oleh
peperangan, pergerakan ini dihidupkan semula pada tahun 1945 dan
terus berkembang. Walau bagaimanapun, Lord Baden-Powell telah
meninggal dunia pada masa itu.
Walaupun bersedih atas pemergian suaminya, Olave meneruskan
kerja beliau dalam Pandu Puteri. Tahun 1957 menyaksikan pembukaan
Our Cabaa dan ini diikuti dengan pembukaan Sangam pada tahun 1966.
Olave Baden-Powell meninggal dunia pada Jun 1977. Bagi mengingati
beliau, WAGGGS memulakan Projek Pusat Olave (Olave Centre Project)
dan meletakkan semula Biro Dunia (urusetia WAGGGS) bersama Pusat
Dunia London (Pax Lodge).
Pengenalan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia
(WAGGGS) merupakan pertubuhan rasmi yang menggabungkan
persatuan-persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di seluruh
dunia. Terdapat 145 Organisasi Ahli yang bergabung dengan WAGGGS
dan mereka ditadbir mengikut lima rantau - Afrika, Arab, Asia
Pasifik, Eropah dan Hemisfera Barat. WAGGGS mempunyai 10 juta orang
ahli individu.
Melalui Organisasi Ahlinya, WAGGGS menyediakan program
pendidikan bukan formal yang berkualiti untuk remaja dan wanita
muda mengembangkan kepimpinan dan kemahiran hidup melalui
perkembangan kendiri, cabaran dan adventure. Pandu Puteri dan
Pengakap Puteri belajar melalui pengalaman.
Pengasas Pandu Puteri
Olave St.Clair Soames (Lady Baden Powell)
Olave St.Clair Soames atau lebih dikenal sebagai Lady-Baden
Powell iaitu beliau adalah isteri kepada Robert Stephenson Smyth
Baden-Powell telah mengetuai pertubuhan "Girl Guides" dengan
bantuan adiknya, Agnes Baden Powell pada tahun 1910 yang sebelumnya
dikenali sebagai "Girl Scouts". Pada tahun 1916, beliau telah
dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri atau "Girl Guides".
Kemudian pada tahun 1918, beliau telah dilantik menjadi Ketua Pandu
Puteri atau "Chief Guide". Beliau telah diberi gelaran "World Chief
Guide" pada tahun 1930. Beliau hidup sehingga 25hb Jun 1977 pada
umur 88 tahun.
Sejarah Penubuhan Pandu Puteri di Malaysia Pandu Puteri bermula
di Kuala Lumpur pada tahun 1916 manakala gerakan kepanduan di
Malaysia bermula pada tahun 1917. Kepanduan ini diperkenalkan oleh
seorang guru muda iaitu Cik Ballard yang mengajar di Sekolah
Methodist,Kuala Lumpur. Beliau mula memperkenalkan gerakan
kepanduan ini kepada murid-muridnya melalui sehelai risalah.Risalah
ini dibawa beliau dari England. Cik Ballard telah menubuhkan satu
pasukan Pandu Puteri di sekolah tersebut iaitu Cik Marble Marsh
telah memberi dorongan yang kuat kepadanya. Ahli pertama Pandu
Puteri terdiri daripada murid-murid darjah tinggi. Cik Dorothy
Prudy telah dilantik menjadi kapten pasukan tersebut.Beliau dibantu
oleh 3 orang pegawai berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford,Cik King
dan Cik Pykett. Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan
dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Lady Guillemard
dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai
Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya. Pusat pentadbiran Persatuan
Pandu Puteri Malaysia ialah di Singapura sehingga tahun 1956. Mulai
tahun 1957, Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia
bertapak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.
Semenjak tahun 1928 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima
pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan
Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953.
Akta ini telah disemak pada tahun 1991. Persatuan Pandu Puteri
negara ini telah diterima secara rasmi untuk bergabung dengan
Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri sedunia setelah Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.TUJUAN :Tujuan
penubuhan PPPM mempunyai tujuan mendidik, melatih dan mengembangkan
potensi semua ahli persatuan ini supaya menjadi warganegara yang
peka, berwibawa, berketerampilan dan berdisiplin. Harapan PPPM
adalah untuk menghasilkan insan yang taat dan setia, berguna, cekap
dan amanah, bertimbang rasa, mempunyai inisiatif, berdaya kreatif,
dan selalu sedia memberi khidmat untuk membantu orang lain.
Refleksi Melalui sejarah penubuhan pandu puteri dunia dan
penubuhan pandu puteri Malaysia, barulah saya lebih memahami
tentang ketekadan dan usaha yang diperjuangkan oleh Baden Powell
untuk menubuhkan sebuah pengakap perempuan yang dinamakan Girls
Scout. Saya berasa amat gembira dan bersyukur kerana Baden Powell
tidak pernah berputus asa untuk memberikan satu peluang untuk kaum
wanita pada masa itu. Sebaliknya, beliau amat menghormati kaum
wanita dan telah menguruskan Pengakap dan Pandu Puteri dengan
sedaya upayanya walaupun beliau bersara.Selain itu, apa yang lebih
memanfaatkan ialah selepas Lady Baden Powell berkahwin dengan Sir
Robert, pasangan Baden-Powell meneruskan usaha mereka dalam
mempromosikan Pengakap dan Pandu Puteri / Pengakap Puteri di
seluruh dunia. Ini merupakan faktor dan usaha yang berjaya
mengembangkan Pengakap dan Pandu Puteri.Selain itu, saya juga
berasa amat bersyukur kerana berpeluang untuk mengetahui sejarah
PPPM dengan lebih lanjut. PPPM di Malaya pada masa itu diusahakan
oleh Cik Ballard. Tanpa usaha sebegini, mustahirlah kita dapat
menikmati dan bersedia berkidmat untuk orang ramai di bawah nama
PPPM.Sebagai seorang ahli PPPM, saya berasa amat bangga kerana
berpeluang menjadi warganegara yang peka, berwibawa,
berketerampilan dan berdisiplin. Saya juga akan menjalankan
kewajipan sebagai seorang kadet pandu puteri seperti mana yang
digariskan dalam undang-undang pandu puteri.
Struktur dan Organisasi PertubuhanPersatuan Pandu Puteri
Malaysia (PPPM) adalah pertubuhan sukareka yang bertanggungjawab
sepenuhnya ke atas segala aktiviti dan hal-hal yang bersangkutan
dengan kepanduan. Ibu pejabatnya terletak di Wisma Pandu Puteri,
Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Di peringkat negeri, terdapat
pula ibu pejabat PPPM peringkat negeri. Persatuan pandu puteri
negeri menganjurkan aktiviti mengikut perancangan aktiviti yang
disediakan oleh ibu pejabat PPPM yang berkuatkuasa mengikut tahun
tertentu.STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT KEBANGSAANKepimpinan di
MalaysiaPENAUNG DIRAJASeri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Tuanku Haminah Hamidun
YANG DIPERTUA PPPMYABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor
YDP PPPM CAWANGAN IPG KPMYbhg. Dr. Noriati binti A.RashidKETUA
PESURUHJAYA CAWANGAN PPPM CAWANGAN IPG KPM Pn. Kamsiah binti Ab.
RashidKETUA PESURUHJAYA PPPMCik Normala Binti Baharudin
TIMBALAN YANG DIPERTUA PPPMDYAM Raja Puan Muda Perak Darul
RidzuanRaja Dato' Seri Nor Mahani Binti Raja Haji Shahar Shah
LEMBAGA EKSEKUTIF KEBANGSAANBil.JawatanPegawaiTempoh
1.Yang DipertuaYABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor
2.Timbalan Yang DipertuaDYAM Raja Puan Muda Perak Raja Nor
Mahani Binti Raja Haji Shahar Shah2013 - 2018
3.Ketua PesuruhjayaCik Normala bt Baharudin2013 - 2018
4.Pesuruhjaya AntarabangsaCik Jeyadhevi Subramaniam2012 -
2015
5.Pesuruhjaya Pandu Puteri TunasPuan Tee Huey Ghee2011 -
2014
6.Pesuruhjaya Pandu Puteri RemajaPuan Chempaka Emalin bt Pahamin
2013 - 2018
7.Pesuruhjaya Pandu Puteri RenjerCik Ainil Shahnaz bt Muhamad
Sham2012 2015
8.Pesuruhjaya Pandu Puteri KadetPuan W. Hasnah bt Abdullah2011 -
2012
9.Pesuruhjaya Pandu Puteri Siswi dan DewasaPuan Nurulain bt Hj.
Ngah2011 2014
10.Pesuruhjaya GuildPuan Lucy Lee2011 - 2014
11.Pesuruhjaya Program dan LatihanPuan Tek bt Mohamad Noor2011 -
2014
12.Pesuruhjaya KeahlianYBhg Datin Zainon bt Zainuddin2012 -
2015
13.Pesuruhjaya Perhubungan dengan MasyarakatCik Joyce Ong Choon
Kim2011 - 2014
14.Pesuruhjaya Struktur & PengurusanPuan Hjh Salbiah bt
Ma'arof2011 - 2014
Ahli Ex-OfficioBil.JawatanPegawai
1.Setiausaha KehormatCik Nabihah bt Badar
2.Bendahari KehormatPuan Zahridah Hanum bt Mazlan
3.Penasihat Undang-UndangPuan Rusnita bt Noor
Penaung-penaung Diraja1917 - 1957Ratu England
1957 - 1960DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri AgongTuanku
Khurshiah Ibni Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin
1960 - 1965DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri AgongTengku
Badriah Ibni Almarhum Tengku Ismail
1965 - 1970DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri AgongTuanku
Intan Zaharah Ibni Almarhum Tengku Sri Setia Raja
1970 - 1975DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri AgongTuanku
Bahiyah Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman1975 - 1980DYMM Seri
Paduka Baginda Raja Permaisuri AgongTuanku Zainab Binti Tengku
Mohamed Petra 1980 - 1984DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri
AgongTengku Hajjah Afzan Binti Tengku Muhammad
1984 - 1989DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri
AgongSultanah Zanariah
1989 - 1994DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri AgongTuanku
Bainun Binti Mohd. Ali
1994 - 1999DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri AgongTuanku
Najihah Binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin1999 - 2001Seri
Paduka Baginda Raja Permaisuri AgongTuanku Siti Aishah
2001 - 2006Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri AgongTuanku
Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid
2006 - 2011Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri AgongTuanku Nur
Zahirah2011 - 2016Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri AgongTuanku
Hamimah HamidunYANG DIPERTUA PERSATUAN PANDU PUTERI
MALAYSIA1919Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang
1921H.E. Lady Guillimard
1930H.E. Lady Clement
1947H.E. Lady Gent
1948H.E. Lady Gurney
1952Y.B. Toh Puan Lady Templer
1953H.E. Lady Mac Cilivary
1957Y.B. Datin Puteh Mariah binti Ibrahim Rashid
1962Y.B. Toh Puan Norashikin Ismail
1963Y.B. Toh Puan Rahah Razak
1977Y.B. Datin Suhaila Hussein
1981Y.A.B. Dato' Seri Dr Siti Hasmah bt Haji Mohd. Ali
2003Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Endon bt Mahmood
2007Y.A.Bhg Datin Seri Jeanne Abdullah
2009Y.A.Bhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor
KETUA PESURUHJAYA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA1921 - 1933Mrs
A. Cavendish (Malaysia dan Singapura)
1934Mrs P.M. Robinson
1934 - 1941Mrs L.A. Thomas
1942 - 1945-
1946Miss J. Kil Gour
1947Mrs A.W. Pinnick
1953Y.B. Datin H.E. Mac Kenzie
1955Mrs R.G. Health
1958Puan L. Navaratnam
1973Puan Hajjah Hendon bt Haji Din
1983Puan Nik Faizah bt Nik Mustapha
1993Puan Hajjah Halimah bt Mohd Taib
1998Puan Hajjah Fatimah bt Mohamad
2003Puan Salbiah bt Abdul Aziz
2008YBhg Datin Seri Hajah Zalillah Bte Mohd Taib
Struktur Organisasi Pandu Puteri Peringkat IPG
PENAUNG DIRAJAYANG DIPERTUA PPPMTIMBALAN YANG DIPERTUA PPPMKETUA
PESURUHJAYA PPPMYDP PPPM CAWANGAN IPG KPMYbhg. Dr. Noriati binti
A.Rashid
KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN PPPM CAWANGAN IPG KPM Pn. Kamsiah
binti Ab. Rashid
STRUKTUR ORGANISASI PERINGKAT IPG KAMPUS
YANG DIPERTUAPengarah IPG
AHLI-AHLIAHLI-AHLINAIB YANG DIPERTUATimbalan Pengarah
IPGEX-OFFICIOSetiausaha GERKO, Penyelaras UB,
EOSETIAUSAHAPesuruhjaya Pandu Puteri Kadet
IPGPEMIMPIN-PEMIMPINPensyarah PenasihatKETUA PASUKANAhli Pandu
Puteri KadetPENOLONG KETUA PASUKANAhli Pandu Puteri KadetPENOLONG
KETUA PASUKANAhli Pandu Puteri KadetKETUA PATROLAhli Pandu Puteri
KadetPENOLONG KETUA PATROLAhli Kumpulan
STRUKTUR ORGANISASI PERINGKAT NEGERIPENAUNGYANG
DIPERTUAPESURUHJAYA NEGERIPENOLONG PESURUHJAYA NEGERIAHLI-AHLI ATAS
JAWATANPesuruhjaya Bahagian / DaerahSETIAUSAHA KEHORMATBENDAHARI
KEHORMATAHLI JEMPUTANPengarah Pendidikan , Pegawai Belia Dan
SukanAHLI TIDAK BERUNIFORM
STRUKTUR ORGANISASI PERINGKAT DAERAHAHLI-AHLIPP Tunas / PP
Remaja / PP RenjerYANG DIPERTUANAIB YANG DIPERTUAPESURUHJAYA
DAERAHPENOLONG PESURUHJAYA 1 & 2PEMIMPIN-PEMIMPIN
PENOLONG PESURUHJAYA BAHAGIANPP Tunas / PP Remaja / PP Renjer /
Program & Latihan
STRUKTUR ORGANISASI PERINGKAT SEKOLAHPENASIHAT PK HEM/ GPK
KOKUMPENAUNG(PENGETUA/GURU BESAR)BAHAGIAN PP TUNASBAHAGIAN PP
REMAJABAHAGIAN PP RENJERPENGERUSIKAKAK SETIAKAPTENPEMIMPIN
DEWASAKAPTENPEMIMPIN DEWASASETIAUSAHASITI SETIA I & IILEFTENAN(
PEMIMPIN DEWASA)KETUA PASUKANPANDU PUTERI TUNASKETUA
PASUKAN(AHLI)KETUA KUMPULAN & PENOLONG KETUALEFTENAN( PEMIMPIN
DEWASA)KETUA PASUKANPENOLONG KETUASETIAUSAHABENDAHARIAJKAHLI PANDU
PUTERI TUNASAHLI PANDU PUTERI REMAJAAHLI PANDU PUTERI RENJER
KAKAK BERENAMSiantan, Kesidang, TerataiCempaka, Kenanga,
Melor
RefleksiMelalui struktur dan carta organisasi Pandu Puteri dalam
peringkat kebangsaan, IPGM, IPG Kampus, Negeri, Daerah dan Sekolah,
saya lebih memahami dengan organisasi Pandu Puteri di peringkat
yang berbeza.Selain itu, saya juga banyak mempelajari ilmu
pengetahuan menerusi tugasan ini. Sebagai contoh, saya telah
mengetahui lembaga eksekutif dari dahulu hingga terkini malah saya
juga lebih fahami ketua pensuruhjaya PPPM yang lama dan
terbaharu.Tugasan ini sememangnya amat memanfaatkan kami kerana
dengan permahaman yang lebih lanjut, kita tidak akan mudah keliru
dengan struktur dan organisasi PPPM. Ini disebabkan carta aliran
dan carta organisasi yang telah dihasilkan telah memberikan
penjelasan yang begitu jelas dan jitu.PERLEMBAGAAN
PERTUBUHANPrinsip-prinsip Asas Pertubuhan1. PERSETIAAN PANDU
PUTERIBahawa Dengan SesungguhnyaSaya Berjanji Dan BersetiaDengan
Sedaya UpayaMenunaikan Kewajipan SayaKepada TuhanRaja Dan Negara
Saya MalaysiaMenolong Orang Setiap Masa, danMematuhi Undang-Undang
Pandu Puteri2. PIAGAMPersatuan Pandu Puteri Malaysia sentiasa:
Menyediakan latihan Pandu Puteri yang berkualiti Menerapkan
sifat-sifat kepemimpinan yang tulin melalui Program Pandu Puteri
Melahirkan ahli yang berkaliber Menonjolkan ahli yang mempunyai
nilai-nilai murni Menampilkan ahli sebagai warga negara yang sihat
dan berguna Menggalakkan ahli berbakti secara sukarela tanpa
apa-apa ganjaran
3. UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI Seorang Pandu Puteri sentiasa taat
dan setia. Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai. Seorang Pandu
Puteri suka menolong orang lain. Seorang Pandu Puteri sentiasa
bersopan santun. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang
dan bersaudara dengan ahli Pandu Puteri yang lain. Seorang Pandu
Puteri berbuat baik kepada haiwan dan menjaga benda-benda yang
hidup. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah. Seorang
Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan.
Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat Seorang Pandu Puteri
suci dalam fikiran,perkataan dan perbuatan.4. VISI DAN MISI
Misi"Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen
melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber
melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi
kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa."
Visi"Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah
organisasi yang dinamik dan efektif untuk wanita, remaja, dan
dewasa."5. OBJEKTIF AM Objektif am PPPM ialah untuk membantu
mendidik dan melatih wanita remaja dan dewasa supaya bersifat taat
setia, berdikari, berdisiplin, sedia memberi khidmat, berinisiatif
dan berdaya kreatif. Harapan PPPM adalah untuk menghasilkan warga
negara yang peka, berguna, bersih, cekap, amanah dan bertimbangrasa
terhadap orang lain
6. MATLAMAT PPPM1 "Memastikan semua persatuan Pandu Puteri
Cawangan menyediakan program Pandu Puteri yang berkualitiObjektif 1
Menyediakan khidmat sokongan untuk memastikan Pandu Puteri yang
berkualiti di peringkat CawanganObjektif 2 Membantu Majlis Kadet
Pandu Puteri supaya lebih mantap dan kukuhObjektif 3 Mengembangkan
pendidikan tidak formal di kalangan ahliObjektif 4 Meningkatkan
prestasi pemimpinObjektif 5 Meningkatkan jumlah ahliObjektif 6
Membantu Persatuan Pandu Puteri Cawangan mengukuhkan dan
memantapkan struktur dan pengurusanObjektif 7 Meningkatkan
kecekapan pengurusan kewangan7. MATLAMAT PPPM2 "Untuk mencapai
pengiktirafan PPPM sebagai satu persatuan unggul untuk membolehkan
wanita remaja dan dewasa mengenalpasti potensi mereka
sepenuhnyaObjektif 1 Menonjolkan imej modenObjektif 2 Menjadi
penggerak utama dalam rangkaian pertubuhan bukan kerajaan
(Belia)Objektif 3 Memainkan peranan dalam rangkaian pertubuhan
bukan-kerajaan (Wanita)Objektif 4 Menjadikan Pandu Puteri sebagai
pergerakan pendidikanObjektif 5 Memperkukuhkan dan meluaskan
hubungan dengan pemimpin wanita yang unggulObjektif 6 Mempromosikan
kewujudan Pandu Puteri di rantau Asia PasifikObjektif 7
Menghebahkan sumbangan ahli PPPM/WAGGGS dalam pembentukan warga
dunia.8. MATLAMAT PPPM3 "Membina pakatan kerjasama bagi
meningkatkan pengaruh dan peluang mengukuhkan dana
persatuanObjektif 1 Menjadi rakan kerjasama lain-lain organisasi
yang membantu wanita remaja dan dewasaObjektif 2 Agar bakal
penderma dan penyokong persatuan memahami betapa besarnya faedah
program Pandu Puteri kepada wanita remaja dan dewasaObjektif 3
Menyokong penubuhan pakatan antara persatuan pandu puteri,
pertubuhan kerajaan dan pertubuhan bukan-kerajaan di peringkat
kebangsaanObjektif 4 Agar bekas ahli atau tokoh Pandu Puteri
memainkan peranan yang berkesan dalam memupuk semangat Pandu Puteri
dalam pembangunan wanita remaja dan dewasaObjektif 5 Mempelopori
perjuangan wanita remaja dan dewasaObjektif 6 Membantu Persatuan
Pandu Puteri Cawangan mengukuhkan dan memantapkan struktur dan
pengurusanObjektif 7 Meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan
9. NILAI-NILAI TERAS PPPM percaya bahawa semua ahli perlu
menonjolkan nilai-nilai seperti berikut setiap masa: Integriti
Kejujuran Hormat-menghormati Tolerasi Kasih Sayang
Bantu-membantu10. ASAS PROGRAM Perkembangan diri, sahsiah dan
intelek Minat dan hobi Gaya Hidup Sihat Khidmat11. ELEMEN PROGRAM
Perkembangan Jasmani Perkembangan Emosi Perkembangan Kerohanian
Perkembangan Kognitif12. KAEDAH PROGRAM Komitmen melalui Persetiaan
& Undang-Undang (Commitment Through Promise & Law)
Perkembangan Kendiri Berterusan (Progressive Self Development)
Pembelajaran melalui Pengalaman (Learning by Doing) Sistem
Berkumpulan (Through The Patrol System) Khidmat Masyarakat (Service
in The Community) Aktiviti Luar (Outdoor Activities) Kerjasama
Aktif antara ahli dewasa dan remaja (Active Cooperation Between
Young and The adults) Simbolisme (Symbolism)13. CARA HORMAT PANDU
PUTERI Cara Pandu Puteri memberi dan menerima hormat adalah sama
seperti hormat Pengakap. Semasa memberi hormat ini,tangan hendaklah
diangkat separas dengan dahi dan berdiri dalam keadaan sedia. Tiga
jari menunjukkan tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri Ibu jari
yang diletakkan di atas jari kelingking bermaksud yang kuat
membantu yang lemah.14. PENGGUNAAN HORMAT PANDU PUTERI Semasa
berjumpa dengan D.Y.M.M Sultan-sultan
negeri,raja-raja,pembesar-pembesar negara dan negeri,pemimpin Pandu
Puteri negara,negeri,daerahdan kumpulan Semasa menerima hadiah dan
kurniaan Semasa istiadat mengibar bendera Semasa memberi
penghormatan kepada jenazahPERLEMBAGAAN PERTUBUHAN Akta Pandu
Puteri 1953 (Pindaan 1991)An Act for the incorporation of the Chief
Commissioner of the Girl Guides Association of Malaysia; and to
further and protect the activities and interests of the Girl Guides
Association of Malaysia. Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri
Malaysia (Dikemaskini hingga September 2008) Dasar Pertubuhan dan
Undang-Undang Am1 LAMBANG PANDU PUTERI
2. Lencana Pandu Puteri Dunia
Tanda/SimbolMaksud
1. Trefoil( tiga cabang ) *Warna Emas Trefoil Ikrar Pandu Puteri
Matahari yang bersinar-sinar di langit biru
2. Bintang-bintang pada cabang trefoil Bintang penunjuk jalan
iaitu persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri
3. Jalur Jarum kompas sebagai penunjuk jalan yang harus dituju
dalam Pandu Puteri
4. Tapak Perasaan kasih sayang semua manusia yang sentiasa
bernyala dalam jiwa Pandu Puteri
Tanda/SimbolMaksud
1. Trefoil Tiga bahagian ikrar Pandu Puteri
2. Bintang pecah empat belas 13 buah negeri di Malaysia dan 1
pecahan lagi yang menghala ke atas melambangkan jarum kompas yang
bermaksud petunjuk jalan yang benar
3. Cogan Kata Pandu Puteri"Selalu Sedia"merupakan cogan kata
Pandu Puteri. Ini bermaksud setiap ahli Pandu Puteri hendaklah
sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan
sebarang imbuhan dan balasan. PANDU PUTERI TUNAS Tolong Orang
Selalu (TOS) PANDU PUTERI REMAJA Selalu Sedia PANDU PUTERI
RENJERSelalu Sedia Terus Berkhidmat4. Lagu Pandu PuteriVersi Bahasa
MelayuArah kita jelas ke depan,Bendera berkibar;Tidak berlipat di
duniaHarapan abadi;Bersatu untuk kebenaran,Persahabatan
kukuh;Selagi dunia masih adaAkan nyanyi lagu ini.
Yang cintakan kebenaran,Menetapkan janji;Dengan rela
berjasa,setia abadi;Kebebasan kita tepati,Bersedia sama;Untuk semua
miskin kaya,kita beri, yang terdaya.5. Bendera Pandu Puteri
Dunia
Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan
bawah melambangkan 3 bahagian Persetiaan. Bahagian putih di penjuru
melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri
Sedunia terhadap keamanan. Trefoil dunia dalam latar biru
melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia.Bendera Pandu
Puteri Malaysia
Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu
Puteri. Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah
Persekutuan di Malaysia. Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah
latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di
dunia.
RefleksiDalam tugasan ini, saya telah mencari isi-isi tentang
perlembagaan pertubuhan dan telah memahami serba sedikit selepas
saya melaksanakan tugasan ini. Melalui pencarian dari laman web,
saya telah mempelajari tentang objektif, piagam Pandu Puteri serta
visi & misi.Melalui pemahaman sebegini, saya berhasrat untuk
menjadi seorang pandu puteri yang Selalu Sedia. Ini adalah kerana
matlamat PPPM adalah "Memastikan semua persatuan Pandu Puteri
Cawangan menyediakan program Pandu Puteri yang berkualitiPPPM juga
menyediakan khidmat sokongan untuk memastikan Pandu Puteri yang
berkualiti di peringkat Cawangan dan dapat membantu Majlis Kadet
Pandu Puteri supaya lebih mantap dan kukuh. Jadi saya berkeputusan
untuk meningkatkan kebolehan diri sendiri dan sentiasa beramanah,
berdisiplin supaya dapat menjadikan Pandu Puteri sebagai pergerakan
persatuan.Selain itu, saya juga lebih memahami maksud lencana dan
bendera Pandu Puteri. Saya berasa amat bersyukur mendapat peluang
untuk menjalankan tugas ini kerana tanpa tugasan ini, saya tahu
bahawa selama-lamanya saya tidak akan mengambil inisiatif untuk
mencari maklumat. Dalam konteks ini, saya juga dapat meninjau
masalah kemalasan yang ada pada diri saya yang patut dibetulkan.
Oleh itu, saya berasa amat gembira kerana melalui tugasan ini,
pemikiran telah menjadi lebih matang.Di samping itu, saya juga akan
menerapkan pengajaran dan ilmu pengetahuan yang saya dapat pada
masa hadapan supaya dapat mendidik pandu puteri tunas yang lebih
berketerampilan dan dapat berkhidmat untuk masyarakat dari semasa
ke semasa.
PENGURUSAN DAN PENTADBIRANPendaftaran Ahli dan Kumpulan
Pendaftaran ahli baru - Melalui sistem e-Daftar di
Sekolah/Daerah/Cawangan masing- masing Ahli Seumur Hidup i) Isi
Borang Ahli Seumur Hidup di laman sesawang Persatuan Pandu Puteri
Malaysia (PPPM) ii) Yuran: RM 250.00 sekali bayar sahaja. iii)
Kelayakan: a) Ahli PPPM yang berumur 35 tahun. b) Ahli PPPM yang
kurang daripada 35 tahun perlu bayar pendahuluan RM 5.00 bagi
setiap tahun sehingga umur 35 tahun. Contoh: Jika umur 30
tahunBayaran (RM5.00 x 5 tahun) + RM250.00 = RM RM25.00 + RM250.00
= RM275.00 iv) Cetak/scan borang dan hantar ke Ibu Pejabat bersama
bayaran atau bukti pembayaran. Pendaftaran Pasukan Baru / Semula i)
Isi Borang Pendaftaran Pasukan/ Semula secara atas talian di laman
sesawang PPPM. ii) Salinan borang yang telah ditandatangan
hendaklah dicetak dan dihantar ke Ibu Pejabat bersama-sama bayaran
atau bukti pembayaran. Yuran Keahlian Kebangsaan Tahunan i) RM 2.00
seorang setiap tahun (untuk ahli Pandu Puteri Tunas / Remaja /
Renjer). ii) RM 5.00 seorang setiap tahun (untuk ahli Pandu Puteri
Kadet / Siswi / Dewasa / Pemimpin / Guild Trefoil). iii) Dibayar
setiap tahun semasa pendaftaran semula.iv) Dibayar sebelum 31 April
setiap tahun.Kategori KeahlianKATEGORIKEAHLIAN SETIAP
PASUKAN/GUILDUMURBAHAGIANTEMPAT PENUBUHAN/NOTAAHLI AKTIF/TIDAK
AKTIF
MINIMUMMAKSIMUM
Pasukan1236Di bawah 6 tahunPandu Puteri Kelip-KelipPra
SekolahAhli Aktif
12366 12Pandu Puteri TunasSekolah Rendah
163612 15Pandu Puteri RemajaSekolah Menengah Rendah
083615 18Pandu Puteri RenjerSekolah Menengah Atas
085018 ke atasPandu Puteri KadetInstitut Perguruan
085018 ke atasPandu Puteri SiswiInstitut Pengajian Tinggi
(Mengikut Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang
diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri
Malaysia pada 9 Jun 2006)
STRUKTUR UNIT1. Pandu Puteri Tunas2. Pandu Puteri Remaja3. Pandu
Puteri Renjer4. Pandu Puteri Kadet5. Pandu Puteri DewasaPandu
Puteri TunasPengenalanPandu Puteri Tunas merupakan pasukan pertama
yang ditubuhkan di Malaya iaitu pada tahun 1920. Pada mulanya,
Pandu Puteri Tunas dikenali dengan nama Brownie. Nama Brownie kekal
digunakan hingga tahun 1984. Pada 30 November 1984, Jawatankuasa
Kerja Kebangsaan telah mengadakan mesyuarat dan bersetuju untuk
menukar nama Brownie kepada Tunas Puteri.Pada 30 November 1984,
Jawatankuasa Kerja Kebangsaan telah mengadakan mesyuarat dan
bersetuju untuk menukar nama Brownie kepada Tunas Puteri. Tunas
Puteri berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu Tunas dan
Puteri. Tunas bermaksud pucuk yang mula tumbuh, bakal menjadi
sebatang pokok. Kemudian pokok ini akan menghasilkan buah yang baik
jika dipupuk dan dijaga dengan baik sejak tunas lagi. Perkataan
puteri pula bermaksud gadis bangsawan yang lemah lembut, yang
membayangkan sifat-sifat rupawan, kesopanan dan kemuliaan diri.
Gabungan huruf TUNAS PUTERI mengandungi erti yang mendalam dan
mengandungi sifat-sifat warganegara yang sempurna.
T Tolong orang selaluU Untuk menunaikan kewajipan kepada Tuhan,
Raja dan NegaraN Nilai hidup yang murniA Akhlak yang utuhS Selalu
senyum tanda persahabatan P Patuh kepada undang-undang Pandu Puteri
Tunas U Utamakan tanggungjawab sendiri T Tabah menghadapi cabaran E
Erat dalam perpaduan R Rela berkhidmat untuk masyarakat I Indah
budi bahasa
Kini Tunas Puteri dikenali sebagai Pandu Puteri Tunas.
Dianggotai oleh kanak-kanak perempuan yang berusia 7 hingga 12
tahun. Ahli-ahli baru menjalani latihan berdasarkan Program
Pra-Persetiaan sebelum menyertai Pasukan Pandu Puteri Tunas.
Setelah lulus ujian Pra-Persetiaan, mereka dilantik menjadi seorang
Pandu Puteri Tunas dalam istiadat perlantikan.Seterusnya mereka
dilatih dan diuji melalui Program Calit Emas, Tangga Emas dan
Tangan Emas di samping mengambil ujian-ujian Lencana Kecekapan yang
digemari untuk meningkatkan kecemerlangan dalam perkembangan diri.
Pandu Puteri Tunas mestilah sentiasa berpegang teguh kepada
Persetiaan yang dilafaz. Persetiaan ini menunjukkan bahawa
seseorang Pandu Puteri Tunas itu sentiasa bersopan santun dan
mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.Persetiaan Pandu
Puteri TunasDengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia akan
menjalankan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya,
Malaysia,Menolong orang setiap hari terutamanya mereka di rumah dan
mematuhi undang- undang Pandu Puteri Tunas.Undang-Undang Pandu
Puteri Tunas Pandu Puteri Tunas selalu menurut ajaran orang yang
tertua daripadanya. Pandu Puteri Tunas tidak menurut kehendak hati
sahaja. Cogan Kata Pandu Puteri Tunas 'Tolong Orang Selalu' (TOS).
Cogan kata ini diucap setiap kali Pandu Puteri Tunas selesai
membuat Istiadat Lingkungan Pandu Puteri Tunas dan Istiadat Hormat
Besar.Kumpulan Pandu Puteri Tunas mengambil nama bunga seperti
Melur, Siantan, Teratai, Kesidang, Cempaka dan Kenanga.NAMA
KUMPULANMAKSUD
MelurMelur taat dan setiaBerusaha setiap masa
SiantanSiantan datang berkawanBerani macam pahlawan
TerataiTeratai nama kamiBekerja setiap hari
KesidangKami Kesidang datangMenolong pagi petang
CempakaCempaka bersuka riaMenolong orang duka
KenangaKami bernama KenangaBerjasa bertenaga
Pandu Puteri RemajaPengenalanPasukan Pandu Puteri Remaja pertama
ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1917. Menjelang tahun 1919,
Pandu Puteri telah berjaya ditubuhkan di negeri-negeri Pulau
Pinang, di Perak pada tahun 1921, di Negeri Sembilan pada tahun
1924 dan di Melaka pada tahun 1925. Pada tahun 1932, Pandu Puteri
juga telah ditubuhkan di Johor dan Kedah. Kedua-dua negeri ini juga
adalah yang mula-mula sekali mengadakan kegiatan Pandu Puteri dalam
Bahasa Melayu. Pandu Puteri Remaja merupakan sebuah pasukan yang
dianggotai oleh remaja perempuan yang berumur diantara 13 hingga 15
tahun. Setelah lulus ujian Pra-Persetiaan, barulah mereka dilantik
sebagai Pandu Puteri Remaja. Ahli-ahli yang telah berjaya
memperoleh lencana kecekapan memakai selepang di atas baju
kemeja.Cogan Kata/Motto Pandu Puteri Remaja"SELALU SEDIAKeahlian
Pandu Puteri Remaja Pandu Puteri Remaja adalah gadis yang berumur
antara 11 hingga 15 tahun. Mereka dilantik menjadi Pandu Puteri
Remaja setelah lulus ujian Pra-Persetiaan.Pasukan Pandu Puteri
Remaja Jumlah ahli yang maksimum Pasukan Pandu Puteri Remaja adalah
36 orang dan minimum pula ialah 16 orang. Pasukan Pandu Puteri
Remaja hendaklah mempunyai seorang pemimpin yang dikenali sebagai
Kapten dan seorang penolong yang dikenali sebagai Leftenan.
Tiap-tiap pasukan Pandu Puteri Remaja dalam sesebuah daerah
hendaklah disahkan dahulu oleh Pesuruhjaya Daerah serta didaftarkan
dengan secepat mungkin. Borang Pendaftaran hendaklah dipenuhi dan
dihantar melalui Pesuruhjaya Daerah dan Pesuruhjaya Negeri kepada
Ibu Pejabat Kebangsaan bersama-sama dengan yuran pendaftarannya.
Tiap-tiap Pasukan Pandu Puteri Remaja dikehendaki membaharui
pendaftarannya dan mengemaskinikan bilangan ahlinya dengan Ibu
Pejabat Kebangsaan melalui Pesuruhjaya daerah dan Pesuruhjaya
Negerinya. Pembaharuan ini tidak lewat daripada 31 Mac tiap-tiap
tahun. Persetiaan Pandu Puteri Remaja"Bahawa dengan sesungguhnya
saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya saya, Menunaikan
kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan negara saya Malaysia,
Menolong orang setiap masa dan Mematuhi undang-undang Pandu Puteri
Remaja"Undang-Undang Pandu Puteri Remaja Seorang Pandu Puteri
Remaja boleh dipercayai. Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa taat
dan setia. Seorang Pandu Puteri Remaja suka menolong orang lain.
Seorang Pandu Puteri Remaja bersahabat dengan semua orang dan
bersaudara dengan semua Pandu Puteri Remaja yang lain. Seorang
Pandu Puteri Remaja sentiasa bersopan. Seorang Pandu Puteri Remaja
melindungi haiwan dan sentiasa memelihara alam sekitar. Seorang
Pandu Puteri Remaja sentiasa menurut perintah Seorang Pandu Puteri
Remaja bersemangat dan bergembira walaupun di dalam kesulitan.
Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa berjimat cermat. Seorang Pandu
Puteri Remaja suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.
Pandu Puteri RenjerPengenalanPada tahun 1916, pasukan Kadet
untuk Pandu Puteri yang telah melebihi umur ditubuhkan di England.
Kemudian pada tahun 1920, Lady Baden-Powell mencadangkan pasukan
ini diberi nama panggilan Renjer. Ketua Renjer Laut (Sea Ranger)
yang pertama ialah Dame Katherine Furse. Empat tahun kemudiannya
iaitu pada tahun 1924, pasukan Renjer yang pertama telah ditubuhkan
di Pulau Pinang, Malaya. Gadis yang berumur antara 16 hingga 18
tahun. Seorang bakal Pandu Puteri Renjer yang pernah menjadi ahli
Pandu Puteri Tunas atau Pandu Puteri Remaja dikehendaki mengikuti
program Pra Pelantikan Pandu Puteri Renjer.Seorang bakal Pandu
Puteri Renjer yang tidak pernah menjadi ahli Pandu Puteri
dikehendaki mengikuti program Pra Persetiaan Pandu Puteri dan Pra
Pelantikan Pandu Puteri Renjer sebelum dilantik sebagai Pandu
Puteri Renjer.Cogan KataSama seperti Pandu Puteri Remaja, Pandu
Puteri Renjer juga mempunyai cogan kata yang berbunyi 'Selalu Sedia
- Terus Berkhidmat'.Persetiaan Pandu Puteri Renjer"Bahawa dengan
sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, dengan sedaya
upaya,Menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya
Malaysia,Menolong orang setiap masa, dan,Mematuhi Undang-Undang
Pandu Puteri Renjer."Undang-Undang Pandu Puteri Renjer Pandu Puteri
Renjer boleh dipercayai. Pandu Puteri Renjer sentiasa taat dan
setia. Pandu Puteri Renjer suka menolong orang lain. Pandu Puteri
Renjer bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri Renjer yang
lain. Pandu Puteri Renjer sentiasa bersopan santun. Pandu Puteri
Renjer melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar. Pandu Puteri
Renjer sentiasa menurut perintah. Pandu Puteri Renjer sentiasa
bersemangat dan bergembira walaupun dalam masa kesulitan. Pandu
Puteri Renjer sentiasa berjimat cermat. Pandu Puteri Renjer suci
dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.Pandu Puteri KadetPengenalan
Program Pandu Puteri Kadet bertujuan menghasilkan pemimpin muda
yang memahami dan menguasai kemahiran asas Pandu Puteri serta
konsep dan peranan kepemimpinan dalam pergerakan Pandu Puteri
Pasukan Pandu Puteri Kadet bertapak di institusi-institusi
pendidikan guru dan ditadbir oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia,
Cawangan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Terdapat 27 buah Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah cawangan
ini. Bilangan ahli yang minimum dalam satu Pasukan Pandu Puteri
Kadet ialah lapan (8) orang dan maksimum 50 orang. Sesebuah
Institut Pendidikan Guru (IPG) boleh mempunyai lebih daripada satu
Pasukan Pandu Puteri Kadet. Pasukan Pandu Puteri Kadet dipimpin
oleh seorang Pemimpin Berwaran, Pesuruhjaya atau Jurulatih.
Pandu Puteri Dewasa Individu dewasa yang pernah mengikuti
Program Pandu Puteri Kadet atau Program Pandu Puteri Siswi.
Individu ini boleh mengendalikan Pasukan Pandu Puteri Tunas,
Pasukan Pandu Puteri Remaja, Pasukan Pandu Puteri Renjer, Pasukan
Pandu Puteri Kadet atau Pasukan Pandu Puteri Siswi yang ditugaskan
tanpa menghadiri Kursus Pemimpin Baru. Pemakaian lencana Pandu
Puteri Kadet / Pandu Puteri Siswi ditukar dengan lencana pelantikan
pemimpin. Individu dewasa yang tidak pernah mengikuti Program Pandu
Puteri Kadet atau Program Pandu Puteri Siswi tetapi berminat atau
dilantik sebagai penasihat oleh pihak tertentu untuk mengendalikan
Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja, Pasukan
Pandu Puteri Renjer, Pasukan Pandu Puteri Kadet atau Pasukan Pandu
Puteri Siswi. Syarat kelayakan: Perlu hadir Kursus Pemimpin Baru
dan dilantik sebagai Pemimpin Tidak Berwaran oleh Pesuruhjaya
Daerah atau Ketua Pesuruhjaya Cawangan.RefleksiDalam usaha
melaksanakan tugasan ini, saya telah mencari maklumat tentang
pengurusan dan pentadbiran PPPM dan telah memahami lebih lanjut
tentang pentadbirannya.Pertama sekali, pendaftaran ahli haruslah
dijalankan terlebih dahulu menerusi cara-cara yang tertentu.
Setelahnya, individu tersebut hanyalah layak menjadi seorang ahli
pandu puteri dan bakal dikategorikan mengikut umurnya.Setelah itu,
kewujudan struktur unit adalah untuk menyesuaikan ahli pandu puteri
mengikut kategori umur masing-masing. Dalam konteks ini, saya telah
lebih memahami struktur unit dan tidak akan keliru lagi. Pandu
Puteri telah dibahagikan kepada Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri
Remaja, Pandu Puteri Renjer, Pandu Puteri Kadet dan Pandu Puteri
Dewasa.
37