1.0 Pengenalan Di dalam perkembangan dunia pada hari ini, yang mana diperhatikan semakin moju dan serba moden, komunikasi adalah satu alat yang penting terutama di dalam sesebuah organisasi yang sering berhubung terus dengan pelbagai pihak dalamandan juga luaran. Komunikasi juga merupakan asas kepada kemajuan dan kejayaan kepada sesebuah organisasi yang sedang beroperasi, di mana sesebuah organisasi yang berjaya adalah orgamisasi yang mempunyai tahap komunikasi yang baik dengan persekitarannya. Komunikasi melibatkan pemindahan atau penyaluran maklumat daripada individu, kumpulan dan sebagainya. Secara ringkasnya, kemajuan organisasi bergantung kepada kadar kejayaan komunikasi ahli kumpulan. Maka sekiranya sesebuah organisasi tersebut gagal dalam persaingan, ia secara tidak langsung memperlihatkan ahli sesebuah orhganisasi itu tidak mempunyaiu komunikasi yang baik dengan persekitarannya. Oleh itu, setiap yang berada dalam organisasi mestilah memainkan peranan yang penting terutamannya dalam aspek komunikasi .
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1.0 Pengenalan
Di dalam perkembangan dunia pada hari ini, yang mana diperhatikan semakin moju dan
serba moden, komunikasi adalah satu alat yang penting terutama di dalam sesebuah
organisasi yang sering berhubung terus dengan pelbagai pihak dalamandan juga luaran.
Komunikasi juga merupakan asas kepada kemajuan dan kejayaan kepada sesebuah
organisasi yang sedang beroperasi, di mana sesebuah organisasi yang berjaya adalah
orgamisasi yang mempunyai tahap komunikasi yang baik dengan persekitarannya.
Komunikasi melibatkan pemindahan atau penyaluran maklumat daripada individu,
kumpulan dan sebagainya. Secara ringkasnya, kemajuan organisasi bergantung kepada
kadar kejayaan komunikasi ahli kumpulan. Maka sekiranya sesebuah organisasi tersebut
gagal dalam persaingan, ia secara tidak langsung memperlihatkan ahli sesebuah
orhganisasi itu tidak mempunyaiu komunikasi yang baik dengan persekitarannya. Oleh
itu, setiap yang berada dalam organisasi mestilah memainkan peranan yang penting
terutamannya dalam aspek komunikasi .
1.1 Definisi komunikasi
Perkataan komunikasi berasal daripada perkataan Inggeris ‘communication.’ yang
bermakna penyertaan atau pemberitahuan maklumat, ini dinyatakan oleh Jaafar
Mohammad (1996), di dalam bukunya “Kelakuan Organisasi”. Komunikasi juga satu
proses mengubah maksud daripada pengirim kepada penerima. Maksud ini adalah
perpindahan menerusi medium misalnya pennggilan telefon, memorandum, atau
perbincangan.
Komunikasi adalah satu proses yang tiada permulaan dan pengakhiran. Ianya berjalan
terus-menerus tanpa berhenti. Sesuatu komunikasi itu memberikan makna. Oleh itu,
komunikasi ialah satu proses di mana sesuatu idea, nilai, dan sikap dipindahkan serta
dikongsi oleh individu dengan individu yang lain.
Apabila kita berkomunikasi kita ingin mewujudkan kesamaan dengan orang lain. Kita
cuba menimbulkan apa yang ada dalam diri kita dan mencari kesamaan dengan diri orang
yang terlibat dalam proses komunikasi itu. Pemikiran, kepercayaan, nilai-nilai sosial dan
lafazkan kepada orang lain dengan mencari kesamaan ini.
Komunikasi juga boleh didefinasikan sebagai satu proses pertukaran maklumat
dan idea di antara dua atau lebih manusia untuk menghasilkan tindakbalas yang
diharapkan” atau “penghantaran maklumat dan kefahaman dari seseorang kepada
seseorang yang lain melalui cara yang berkesan”
1.2 Bagaimana Manusia Berkomunikasi
Kesemua usaha dalam mewujudkan komunikasi adalah bergantung kepada penggunaan
simbol-simbol.Seseorang yang ingin berkomunikasi dengan orang lain perlulah
menghasilkan simbol-simbol yang difahami oleh kedua-dua pihak.Simbol-simbol boleh
didefinasikan sebagai satu lambang yang mengandungi maklumat yang digunakan
sebagai gantian kepada benda,idea atau proses(Ramli Mohamed,1984).Terdapat tiga
jenis simbol asas yang digunakan,gerakgeri(komunikasi bukan lisan), suara atau tulisan
dan tulisan atau lukisan.
2.0 Komunikasi Dalam Pendidikan
Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan komunikasi yang
bermakna.Tujuan komunikasi dalam pendidikan adalah untuk mewujudkan suatu
hubungan(interaksi) yang sempurna supaya terdapat perkongsian idea,nilai,sikap antara
individu.Setiap individu dapat saling memahami idea yang disampaikan.Bagi
mewujudkan perkongsian yang berkesan ini murid perlu diberi ruang yang secukup untuk
berkomunikasi. Murid boleh berkomunikasi melalui percakapan,mendengar,melihat
menulis,membaca,melukis dan gerak badan(body contex).Untuk itu dalam pendidikan
punca-punca yang menjadi saluran komunikasi kepada murid diberi perhatian.Guru perlu
memberi perhatian yang serius kepada saluran komunikasi murid ini.
Sutton,C(1975) menggariskan komunikasi yang berkesan akan menghasilkan
pemahaman yang bermakna dalam setiap subjek yang diajar kepada murid.Beliau
menyatakan ianya berlaku melalui percakapan(Talking for meaning),menulis(Writing for
meaning),mendengar(Active listening) dan pembacaan(reading for meaning).Hubungan
ini ditunjukkan dalam rajah di sebelah.
Petikan Sutton,C
(a). Percakapan
Bagi menghasilkan perbicaraan yang bermakna kaedah perbincangan yang
bersistematik perlu dilaksanakan.Soalan-soalan daripada guru kepada murid perlu
a.Bercakap/Talking
d.Menulis/Writting
Pemahaman/
Comprehension
b.Pembacaan/Reading
c.Mendengar/Listening
diperbanyakkan.Murid juga diberi ruang yang secukupnya untuk mengutarakan
pandangan dan pendapat supaya konsep,idea tentang sesuatu subjek dapat difahami oleh
murid. Ini bermakna komunikasi berlaku dengan maksima.
(b). Pembacaan
Setiap murid akan mendapat makna hasil komunikasi mereka melalui
pembacaan.Pembacaan yang baik adalah apabila murid melakukan siasatan dengan aktif
tentang apa yang dibaca.Mereka akan mendapat maklumat,idea dan konsep hasil dari
proses pembacaan.Melalui pembacaan murid melihat gambar,ayat dan simbol.Ini
digunakan untuk memahami apa yang dipelajari.
(c). Mendengar
Untuk menghasilkan maklumat,murid perlu mendengar dengan baik.Mendengar
adalah proses ‘persoalan mental(mental questioning) di mana apa yang didengar hasil
dari komunikasi ini menyebabkan mereka akan cuba menghubungkan dengan
pengalaman mereka seharian
(d). Penulisan
Penulisan merupakan satu alat bagi murid untuk berkomunikasi.Apa yang
dilahirkan dari pemikiran mereka akan dapat dilihat oleh guru.Guru perlu menyediakan
tugasan yang boleh mendorong dan merangsang pemikiran murid supaya murid dapat
menzahirkan pandangan mereka melalui penulisan.
2.11 Apakah alat yang digunakan untuk komunikasi dalam bilik darjah?
Fokus utama alat komunikasi yang digunakan dalam bilik darjah dibahagikan kepada
empat .
(a). Bahasa
Bahasa merupakan alat yang sangat penting untuk berkomunikasi.Melalui bahasa
murid akan mudah untuk berkomunikasi melalui penyampaian idea secara
berperingkat.Bahasa dibahagikan kepada bahasa formal(rasmi) dan bahasa tak
formal.Komunikasi yang berkesan sepatutnya mengambil kira kedua-dua bentuk bahasa
ini.Guru perlu mengaitkan bahasa tak formal murid dengan bahasa formal(yang
digunakan di sekolah) di samping membetulkan salah guna bahasa yang kadang-kadang
memberikan konotasi yang berlainan bagi sesetengah istilah yang digunakan
(Hanselman,C.A.1997)
(b). Bahan manipulatif
Bahan manipulatif boleh digunakan untuk menjelaskan sesuatu idea yang
abstrak.Hasil komunikasi murid dengan bahan ,mereka akan ada idea tentang sesuatu
konsep.Bila murid menggunakan kotak mereka akan memahami bentuk,ciri dan
seterusnya akan memudahkan guru mengaitkan dengan sesuatu konsep yang akan diajar
didalam kelas seperti sifat kubus.
(c). Gambar
Gambar adalah bentuk separuh konkrit di mana murid hanya melihat apa yang
digambarkan dan mengaitkan dengan sesuatu perkara.Penggunaan gambar amat berkesan
dalam pendidikan.Alat audio-visual boleh digunakan untuk membantu murid dalam
proses pembelajaran.Hasil komunikasi murid dengar gambar ini memudahkan sesuatu
idea disampaikan.
(d). Simbol
Simbol adalah alat komunikasi yang abstrak.Murid akan dapat memahami sesuatu
simbol sekiranya mereka pernah melalui atau pernah diperkenalkan dengan sesuatu
idea.Dalam pembelajaran, simbol merupakan peringkat yang terakhir diperkenalkan
kepada murid.Kebolehan menghasil dan mentafsirkan simbol-simbol adalah penting
dalam mewujudkan komunikasi tetapi perlulah diingat bahawa simbol-simbol yang
digunakan hendaklah menimbulkan makna yang hampir sama di kalangan murid yang
berkomunikasi.Kedua-dua pihak yang berhubungan(guru-murid dan murid-murid)
hendaklah mempunyai tafsiran yang sama ke atas simbol-simbol yang digunakan dalam
proses komunikasi di bilik darjah.
2.2 Peringkat-Peringkat Proses Pemahaman Simbol
Pada dasarnya terdapat lima peringkat dalam proses pemahaman simbol.
2.21 Penerimaan
Simbol-simbol yang dihantar dalam sesuatu komunikasi akan diterima dengan
cara mendengar,melihat dan sebagainya atau penanggapan simbol dengan menggunakan
pancaindera..Sekiranya pancaindera tidak berupaya ,maka komunikasi tidak dapat
bermula.
2.22 Perbandingan
Apabila sesuatu simbol diterima, perbandingan akan dibuat terhadap simbol-
simbol yang diketahui,yang pernah dipelajari atau dialami sebelumnya.Apabila sesuatu
simbol itu asing maka kemungkinan untuk menolaknya akan berlaku kerana ianya tidak
dapat ‘dipecahkan’. Sekiranya simbol yang diterima yang tidak pernah dialami itu dalam
konteks dan struktur yang diketahui,kemungkinan untuk membandingkannya dalam
konteks yang diketahui itu ada dan penganalisaan akan dibuat pada peringkat berikutnya.
2.23 Pengakuan
Apabila ternyata ada kesamaan antara simbol yang baru diterima dengan simbol-
simbol yang pernah dialami,maka proses membuat pengakuan ke atas
penerimaannya.Iaitu proses menerima simbol dan penafsiran simbol ini boleh dilakukan.
2.24 Pentafsiran
Apa yang diterima ,dibandingkan dan diperakui ,seterusnya akan
ditafsirkan.Tafsiran dibuat berdasarkan kaitan simbol dengan pengalaman.Sekiranya
simbol-simbol itu pernah dialami sepertimana yang dilambangkan oleh simbol itu,maka
pentafsiran akan dilakukan dengan mudah dan pantas.Sekiranya simbol itu datang dalam
konteks dan struktur yang boleh ditafsirkan maka proses penafsiran akan berlaku.
2.25 Pemahaman.
Jika sekiranya ada kaitan yang baik antara simbol-simbol dan pengalaman maka
akan timbullah makna dan pemahaman.Apabila timbul makna dalam diri penerima maka
berjayalah proses komunikasi yang dijalankan.Terdapat dua makna,denotatif dan
konotatif(Mansor 1984).Denotatif ialah” makna am” atau” makna kamus” manakala
konotatif merupakan “makna dalaman” atau “makna peribadi”.Boleh dikatakan semua
perkataan mempunyai makna denotatif dan konotatif.Sesetengah perkataan oleh kerana
penggunaannya telah membawa makna konotatif yang jauh bezanya dari makna
konotatifnya.Contohnya, perkataan’ barang’ telah digunakan untuk maksud ‘dadah’.Oleh
itu keperluan memilih simbol dan perkataan dalam sesuatu komunikasi untuk
menimbulkan makna adalah penting.
2.3 Komunikasi Dalam organisai sekolah
Hoy dan Miskel (1978) telah membuat satu analisis komunikasi dalam organisasi
dan telah mengemukakan beberapa kesimpulan tentang teori komunikasi:
1. Komunikasi mempunyai tujuan.
2. Makna komunikasi adalah di dalam diri individu dan tidak semestinya di
dalam mesej yang ditujukan.
3. Maklum balas adalah penting untuk kefahaman.
4. Saluran komunikasi formal dan tidak formal adalah saling melengkapi.
5. Maklumat yang disalurkan secara lisan dan bukan lisan hendaklah selaras
supaya kefahaman yang berkesan mungkin diperolehi.
3.0 KONSEP
3.1 Menurut Schran & Robert (1971), komunikasi boleh disifatkan sebagai sesuatu
yang dilakukan. Apabila seseorang individu itu mempelajari komunikasi, ini
menunjukkan bahawa seseorang itu mempelajari tentang manusia dan bagaimana
mereka berhubung di antara satu sama lain.
3.2 Emry(1973), pula mendefinisikan komunikasi sebagai satu seni menyalurkan
maklumat, idea-idea dan sikap-sikap seseorang kepada orang lain.
3.3 Menurut Lamberton and Minor(1995), di dalam bukunya “Human Relations
Strategies Sucess”, mentakan komunikasi sebagai satu proses perpindahan
maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada
individu/sekumpulan individu yang lain.
3.4 Mengikut Johnson(1977), komunikasi adalah satu proses untuk menyatupadukan
individu yang berada di dalam kelompok atau kumpulan.
3.5 Menurut Jane Whitney Gibson(1986), mendefisikan komunikasi di dalam
organisasi ialag pemindahan maklumat dan pengetahuan di antara organisasi ahli
bagi mencapai kecekapan dan keberkesanan organisasi.
2.6 Menurut Mohd. Mansur Abdullah, (1998), mengatakan komunikasi organisaai
ialah satu proses mengumpul maklumat tepat oleh ahli –ahli tentang organisasi
dan perubahan yang terjadsi dalam organisasi itu sendiri.
2.7 Menurut Hoy dan Miskel (1991) dalam National Policy Board for Educatinal
Administration’s (NPBEA) Principles for our Changing schools(1993, 16-4):
Kesimpulannya, komunikasi mendasari semua keadaan dalam orhganisasi dan
pentadbiran dan ia penting bagi membuat keputusan dan kepimpinan yang
efektif… Komunikasi menjadi kunci utama bagi peluang menyelesaikan
percanggahan, ,mematahkan khabar angina, memberi penenteraman dan yang
penting adalah memberi makna pada tugas dalam pendidikan uyang kompleks
tetapi menarik (Natinal Leadership Network, 1991).
4.0 Tujuan komunikasi
Setiap hari kita berkomunikasi adalah untuk tujuan tertentu. Antaranya adalah:
Untuk Memberitahu
- Maklumat yang hendak disampaikan mestilah tumpukan kandungan yang bernas
dan logik, soal dasar disiplin.
Contohnya,
“Sila hantar Laporan Prestasi kepada Pejabat Pentadbiran sebelum 20 Januari, 2009”
Untuk Menghibur/Mententeramkan Khalayak/Organisasi
- Biasanya, komunikasi dengan tujuan ini dijalankan sebelum jamuan, keramaian,
ada unsur light & easy
Contohnya,
- “Hadirin dijemput menikmati hidangan yang disediakan”
- “Keadaan banjir masih terkawal, proses pemindahan barangan di sekolah akan
dilaksanakan sekiranya perlu”.
Untuk Mencapai Hasrat (Perundingan)
- Salah satu sebab berkonukasi ialah mendapat persetujuan terhadap sesuatu sama
ada bersetuju/tidak bersetuju/puas hati dan sebagainya.
- Semasa akhir mesyaurat, pengetua berkata kepada semua yang haadir “Kita
memang berpuas hati dengan kata sepakat yang dipersetujui oleh semua
kakitangan sekolah.”
Untuk Mempengaruhi
- Mempengaruhi juga merupakan salah satu tujuan berkomunikasi iaitu dengan
tujuan untuk mengubah sikap, ambil tindakan seperti menyakinkan kelebihan,
akibat, untuk merangsang, kempen, dan lain-lain.
- Contoh,
“Menurut kajian, secara puratanya rakyat Malaysia membaca tidak sampai satu
muka surat setiap tahun”. ”Mulakan tabiat membaca”
5.0 Kepentingan Komunikasi
Sekiranya komunikasi anda berkesan, maka kita dapatlah memperoleh status dalam
kerjaya, diberi pengiktirafan/respect, senang mengurus orang lain, menyebar
ilmu.
5.1 Memperoleh status dalam kerjaya,
Contohnya, jikalau seseorang itu boleh berkomunikasi dengan berkesan
maka adalah sangat membantu dalam pengurusannya dengan guru lain.
Secara tidak langsung , dia akan mendapat status dalam kerjayanya. Ini
Adalah penting bagi seseorang pengetua.
5.2 Diberi pengiktirafan/respect
Contohnya, seseorang kaunselor mestilah mempunyai teknik
berkomunikasi yang baik agar boleh dihormati oleh yang lain terutamanya
murid-murid yang bermasalah agar mereka berani untuk berjumpa dengan
guru tersebut dan bersama-sama menyelasaikan masalah.
Contohnya,
Guru disiplin yang berkomunikasi dengan berkesan adalah mereka yang
memberikan arahan dengan tepat dengan bahasa yangg tepat dan betul.
Guru displin jenis inilah akan dihormati dan disanjungi.
Contoh,
Pengetua sekolah yang berkomunikasi berkesan dapat dihormat oleh
semua warga sekolah mahupun komuniti. Dia mesti seorang yan peramah,
pendengar yang baik dan menyampaikan maklumat dengan baik serta
cuba membantu menyelesaikan masalah.
5.3 Senang mengurus orang lain,
Jika seseorang pengetua dapat berkomunikasi dengan baik maka dia akan
senang berurusan dengan warga sekolah yang lain terutamanya kerani –
kerani dan giru-guru serta ibubapa. Ini amat penting untuk kelancaran
program atau aktiviti sekolah.
5.4 Menyebar ilmu.
Seseoarng yang ingin menyebar maklumat mestilah mempunyai teknik
komunikasi yang berkesan suapaya mesej yang disampaikan mesti diterima oleh
penerima dengan tepat. Kementerian ingin menyebar maklumat berkaitan sukatan
baru matapelajaran Sivik maka kursus-kursus diadakan supaya ilmu baru itu dapat
disampaikan kepada guru-guru yang akan mengajar subjek tersebut.
6.0 Actor dan perlakuan komunikasi
Dlam proses komunikasi ini, terdapat lima elemen yang penting iatu, pengirim, mesej
yang dipindah, penngunaan mesium yang menghantar mesej, penerima mesej dan
pentafsiran yang dibuat ke ats mesej yang diberikan oleh pengirim.
Dalam permindahan maksud daripada pengirim kepada penerima, terdapat terdapat tiga
fungsi yang perlu ada iaitu pertama sekalii mesej yang ada mestilah dienkod dan
diubahkan ke satu bentuk yang l;ebih mudahdifahami oleh penerima. Kedua ianya
mestilah dipindahkan melalui medium dan saluran yang sesuai. Ketiga pula adalah ianya
mestilah didekohkan atau ditafsirkan dengan baik dan betul secara terus kepada individu.
PENGIRIM
Seseorang yang mempunyai maklumat, keinginan dan tujuan bagi
menyampaikannya kepada orang lain
PENGKODAN (ENCODES)
Pengirim menukar maklumat menjadi satu siri simbol (perkataan, tulisan,
isyarat, gerak badan)
MESEJ
Kandungan maklumat (tersurat/tersirat) yang ingin disampaikan dan yang
diterima
SALURAN
Kaedah penghantaran yang digunakan seperti memo, surat, telefon,
bersemuka, mesyuarat
PENERIMA
Orang yang ditujukan simbol oleh pengirim dan menerima simbol
berkenaan
PENTERJEMAH KOD (DECODES)
Mentafsir simbol, menterjemahkannya menjadi maklumat dan kemudian
memahami mesej
MAKLUMBALAS
Reaksi penerima terhadap mesej yang diperolehi
GANGGUAN
Penerima tidak dapat menerima maklumat dengan jelas atau tepat
sebagaimana yang disampaikan oleh penyampai.
7.0 Proses komunikasi
PENGIRIM
MESEJ
DIHASRAT
MESEJ
DI
ENCODES
SIMBOL
DIHANTAR
MAKLUMBALAS
DIPERIKSA
PENERIMA
MESEJ
DITAFSIR
SIMBOL
DI
DECODES
SIMBOL
DITERIMA
MAKLUMBALAS
DIHANTAR
GANGGUAN
SALURAN
KOMUNIKASI
a. Sumber komunikasi
idea, keperluan, niat, maklumat,tujuan, nota
b. Pengekodan sumber
Mesej yang nyata dan jelas(bahasa /kod yang diprogramkan)
Contoh: power point
c. Mesej
Simbol yang boleh diubah kepada bentuk makna atau maksud
d. Saluran
Alat menghantar mesej.lisan atau tanpa lisan(memo, surat, telegram)
Sumber komunikasi
Pengekodan sumber
mesej
Saluran komunikasi
Penghuraian kod
Peneriamaan komunikasi
e. Penghuraian kod
Tranformasi isyarat yang diterima kepada bentuk mesej yang menjadi
output.
8.0 Bentuk KOMUNIKASI
Komunikasi mengambil bahagian dalam pelbagai cara. Cara-cara ini menyediakan
potensi yang takterhingga untuk sesebuah organisasi.
Komunikasi juga berbentuk sehala atau dua hala, dan adalah penting kita memahami
kedua dua bentuk ini.
SEHALA
Pengirim berkomunikasi tanpa memerlukan maklumbalas penerima
Memerlukan tindakan dilakukan terus oleh penerima
Merupakan arahan atau maklumat yang berhubung dengan dasar dan
peraturan organisasi yang telah ditetapkan.
contoh: pengucapan awam, menonton dan ceramah
DUA HALA
Penerima memberikan maklumbalas pada pengirim
Membolehkan pengirim memperbaiki komunikasinya jika mesej yang
diterima kurang tepat
Membolehkan penerima lebih yakin untuk mengambil tindakan yang betul
Dikatakan aktif, kerana kedua-dua pihak , pengirim dan penerima saling
bertindak antara satu sama lain.
contoh : majlis dialog, pidato dan debat
Menurut beberapa kajian yang telah dilakukan berhubung dengan komunikasi
sehala dan dua hala, beberapa penemuan telah diperolehi. Antaranya adalah
seperti:
i. Komunikasi sehala mengambil massa yang lebih singkat atau masa yang
sedikit diambil daripada komunikasi dua hala yang memerlukan masa
yang agak lama.
ii. Namun terdapat kelemahan pada komunikasi sehala iaitu kurang tepat
walaupun kurang tepat komunikasi sehala kelihatan lebih teratur daripada
dua hala kerana diganggu oleh berbagai masalah danpendapat.
Hakikatnya pemilihan penggunaan terhadap bentuk komunikasi yang hendak
digunakan bergantung kepeda sesuatu situasi atau keadaan. Tiap-tiap bentuk
tersebut mempunyai kelebihan tertentu:
i. Komunikasi dua hala lebih tepat daripada komunikasi sehala sebabnya
bagi kedua-dua pihak cuba memperjelaskan seberapa tepat yang boleh
mengenai arahan dan gerak laku masing-masing.
ii. Para penerima adlah lebih yakin terhadap diri sendiri kerana mereka
dibenarkan mengemukakan soalan yang membantu bagi meningkatkan
keyakinan diri dan juga menjelaskan sebarang bentuk keraguan yang
mengkinakan dihadapi.
iii. Para pengirim atau pengurus akan mudah menglami tekanan apabila
menggunakan komunikasi dua hala, sebabnya penerima atau subordsinat
akanmmembangkitkan kakaburan dan kesilapan yang mungkin terdapat
pada maklumat yang diberikan atau disampaikan.
Pemilihan dalam bentuk komunikasi adalah bergantung kepada sesuatu tempat
atau keadaan. Komunikasi sehala misalnya mempunyai kelebihan pada sudut
politik seperti dapat mengurangkan kemungkinan kesilapan pengirim akan
didedahkan secara terbuka.
Sesuatu arahan yang rumit diterima adalah sesuai bentuk komunikasi dua hala
bagi mendapat kepuasasn kedua-dua pihak. Ketidakadaan maklum balas daripada
penerima juga akan menjejaskan kelancaran pergerakan organisasi. Oleh yang
demikian, pihak pengurus perlulah mewujudkan gabungan bagi kedua-dua bentuk
komunikasi ini kerana mereka dapat mengatasi kelemahan antara satu dengan
yang lain.
9.0 Jenis-jenis komunikasi
Terdapat dua jenis komunikasi iatu secara lisan (verbal) dan bukan lisan)non-verbal).
Komunikasi secara lisan dan bukan lisan memerlukan sentuhan sama ada formal ataupun
tidak formal. Pengurusa perlu menerima dan menghantar maklumat. Akibatnya, peranan
dan status pengurus di sekolah memerlukan kiu secara lisan bagi pasukan dan rakan
sekerja.
i. Komunikasi lisan ialah satu proses Komunikasi yang melibatkan Suara.
Contoh:
Mesyuarat, perhimpunan, syarahan.
Kominikasi jenis ini menitikberatkan kepada nada Suara, bahasa yang digunakan,
kefasihan sebutan, kelancaran perkataan yang digunakan. Setiap perkataan yang
diucapkan hendaklah selari/sejajar dengan pererakan anggota badan, memek muka
dan gerak mata.
Contoh,
Pengetua dengan ikhlasnya meminta guru-guru menghadiri kursus yang dianjurkan
oleh sekolah pada hari Sabtu. Walaupun, terdapat ketidakinginan dalam hati setaip
guru untuk menghadiri tetapi apabila melihat keikhlasan pengetua maka semua guru
menghadiri kursus terseut kerana mereka percaya bahawa pengetua sendiri un mesti
hadir.
ii. Kiu jenis bukan lisan termasuk:
• BERTULIS
Contoh 1,
Pengetua menulis pesanan bahawa petang hari Selasa ada mesyuarat. kepada
semua guru di papan kenyataan yang terletak di bilik guru.
Contoh 2:
Pengetua menulis satu memo dan meletakkannya di atas meja kerani. Pergetua
terpaksa buat begitu tanpa bersemuka dengan kerani kerana dia hendak ke
jabatan dan tiaa masa menungu kerani.
• BERCETAK
Contohnya,
Peraturan sekolah disediakan dalam satu buku kecil yang dimiliki oleh setiap guru
dan pelajar. Maka setiap warga sekolah sepatutnya, memahami peruturan –
peraturan sekolah selepas memiliki buku peraturan tersebut.
• PENGGUNAAN ISYARAT/SYMBOL
Contoh,
Sekolah X mengadakan satu kursus kepmpinan yang melibatkan semua pengetua
seluruh daerah. Ahli kadet polis diaturkan berdiri di pintu sekolah sehinnga ke tempat
parking kereta untuk memberi isyarat kepada pengetua lain ke arah tempat letak kereta.
Simbol-simbol anak panah ke tempat kursus juga disediakan agar pengetua-pengetua
dapat ke tempat kursus dengan tepat dan tidak membazirkan masa. Isyarat –isyarat tanpa
lisan ini juga merupakan salah satu komunikasi berkesan yang menyampaikan maklumat.
• PERGERAKAN ANGGOTA BADAN
Contoh,
Dalam masyaurat agung PIBG, disebabkan terlalu ramai ibu bapa datang. Keadaan
menjadi bising. Untuk mengawal keadaan begini, biasanya guru disiplin dan pengetua
akan mengangkap jari petunjuk di atas mulut. Wlaupun tiada mengunakan komunikasi
lisan tatapi maksud yang hendak disampaikan dapat disampaikan kepada penerima
(ibubapa).
Terdapat beberapa cara kominikasi bukan lisan yang perlu dititiberatkan iaitu: