1.3 ENTITI PERNIAGAAN Pengenalan Entiti PerniagaanTiada usahawan dapat menafikan bahawa cabaran perniagaan semakin bertambah di alaf baru ini. Perniagaan merangkumi semua aktiviti dan usaha yang menyediakan barangan dan perkhidmatan yang perlu untuk sesuatu sistem ekonomi (M.B. Muda et. al., m.s 3) Kejayaan sesuatu perniagaan amat dipengaruhi oleh jenis entiti yang dipilih oleh seseorang peniaga. Malangnya, kebanyakan peniaga tidak begitu sedar dan faham tentang kepentingan entiti perniagaan yang tepat atau betul. (a ) Pengertian Entiti PerniagaanEntiti perniagaan merupakan satu badan perniagaan yang mempunyai fungsi tersendiri ( M.B. Muda et.al., m.s 28). Oleh itu, perniagaan boleh dikelaskan berdasarkan bentuk pemilikan perniagaan, aktiviti perniagaan yang dijalankan, sektor industri di mana perniagaan itu beroperasi, jenis keluaran yang diterbit dan dipasarkan dan juga peringkat perniagaan dalam aliran industri. Sebelum bentuk-bentuk perniagaan diterangkan dengan lebih lanjut, lebih baik beberapa konsep asas perniagaan difahami dahulu. Antaranya ialah :- i. Konsep Liabiliti PerniagaanUsahawan-usahawan yang menceburi diri dalam bidang perniagaan sering menghadapi pelbagai risiko terutamanya syarikat perniagaan yang mempunyai liabiliti tidak terhad. Liabiliti perniagaan adalah tanggungan dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh perniagaan mulai sekarang (tempoh semasa) hingga pada masa hadapan sebelum liabiliti tersebut dijelaskan pada jangka masa yang telah ditetapkan (Zumilah Zainalaludin, m.s 31). Pada dasarnya, liabilti perniagaan dibahagikan kepada dua jenis yang utama iaitu liabiliti terhad dan liabiliti tidak terhad. Liabiliti terhad merupakan tanggungan perniagaan yang terhad kepada jumlah pelaburan yang telah dilaburkan dalam perniagaan yang berkenaan. Sekiranya pemilik perniagaan tidak mampu menjelaskan segala tanggungan perniagaan apabila perniagaannya gulung tikar (gagal), maka aset peribadi pemilik perniagaan tidak akan terlibat langsung dalam melunaskan tanggungan perniagaannya. Ini bermaksud pemilik perniagaan yang berliabiliti terhad hanya akan kehilangan jumlah modal yang dilaburkan dalam perniagaan sahaja bagi tujuan melunaskan liabititi perniagaan tadi. Perniagaan sendirian, perniagaan awam ataupun perniagaan perkongsian boleh didaftarkan sebagai perniagaan berliabiliti terhad. Nama perniagaan sendirian dan perniagaan perkongsian yang berliabiliti terhad perlu diakhiri dengan perkataan “Sdn. Bhd.” atau “Bhd.” Contoh: Addison Wesley Longman Bhd. Perniagaan awam pula perlu menunjukkan perkataan “PLC” pada hujung nama perniagaan. Contoh : Olympia Plc., Tanjong Plc. Pemilik perniagaan yang berliabiliti tidak terhad perlu melibatkan ass et peribadi dalam melunask an tanggungan perniagaan sekiranya perniagaannya mengalami sesuatu yang malang. Ini bermakna
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Tiada usahawan dapat menafikan bahawa cabaran perniagaan semakin bertambah di alaf baru ini.
Perniagaan merangkumi semua aktiviti dan usaha yang menyediakan barangan dan perkhidmatan yang
perlu untuk sesuatu sistem ekonomi (M.B. Muda et. al., m.s 3)
Kejayaan sesuatu perniagaan amat dipengaruhi oleh jenis entiti yang dipilih oleh seseorang peniaga.
Malangnya, kebanyakan peniaga tidak begitu sedar dan faham tentang kepentingan entiti perniagaan
yang tepat atau betul.
(a ) Pengertian Entiti Perniagaan
Entiti perniagaan merupakan satu badan perniagaan yang mempunyai fungsi tersendiri (M.B. Muda et.al.,
m.s 28). Oleh itu, perniagaan boleh dikelaskan berdasarkan bentuk pemilikan perniagaan, aktiviti
perniagaan yang dijalankan, sektor industri di mana perniagaan itu beroperasi, jenis keluaran yang diterbitdan dipasarkan dan juga peringkat perniagaan dalam aliran industri.
Sebelum bentuk-bentuk perniagaan diterangkan dengan lebih lanjut, lebih baik beberapa konsep asas
perniagaan difahami dahulu. Antaranya ialah :-
i. Konsep Liabiliti Perniagaan
Usahawan-usahawan yang menceburi diri dalam bidang perniagaan sering menghadapi pelbagai risiko
terutamanya syarikat perniagaan yang mempunyai liabiliti tidak terhad. Liabiliti perniagaan adalah
tanggungan dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh perniagaan mulai sekarang (tempoh semasa)hingga pada masa hadapan sebelum liabiliti tersebut dijelaskan pada jangka masa yang telah ditetapkan
(Zumilah Zainalaludin, m.s 31). Pada dasarnya, liabilti perniagaan dibahagikan kepada dua jenis yang
utama iaitu liabiliti terhad dan liabiliti tidak terhad.
Liabiliti terhad merupakan tanggungan perniagaan yang terhad kepada jumlah pelaburan yang telah
dilaburkan dalam perniagaan yang berkenaan. Sekiranya pemilik perniagaan tidak mampu menjelaskan
segala tanggungan perniagaan apabila perniagaannya gulung tikar (gagal), maka aset peribadi pemilik
perniagaan tidak akan terlibat langsung dalam melunaskan tanggungan perniagaannya. Ini bermaksud
pemilik perniagaan yang berliabiliti terhad hanya akan kehilangan jumlah modal yang dilaburkan dalamperniagaan sahaja bagi tujuan melunaskan liabititi perniagaan tadi. Perniagaan sendirian, perniagaan
awam ataupun perniagaan perkongsian boleh didaftarkan sebagai perniagaan berliabiliti terhad. Nama
perniagaan sendirian dan perniagaan perkongsian yang berliabiliti terhad perlu diakhiri dengan perkataan
“Sdn. Bhd.” atau “Bhd.” Contoh: Addison Wesley Longman Bhd. Perniagaan awam pula perlu
menunjukkan perkataan “PLC” pada hujung nama perniagaan. Contoh : Olympia Plc., Tanjong Plc.
Pemilik perniagaan yang berliabiliti tidak terhad perlu melibatkan asset peribadi dalam melunaskan
tanggungan perniagaan sekiranya perniagaannya mengalami sesuatu yang malang. Ini bermakna
v. Dapat mengembangkan kemampuan perniagaan. Dengan modal yang mencukupi hasil daripada
sumbangan ekuiti rakan kongsi, perniagaan perkongsian dapat merebut peluang perniagaan serta
memajukan perniagaannya dengan mudah.
vi. Perniagaan perkongsian tidak dikenakan cukai perniagaan. Berdasarkan keuntungan yang
diterima, rakan kongsi perniagaan perkongsian masing-masing diwajibkan oleh undang-undang untuk
menjelaskan cukai pendapatan perseorangan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Kelemahan Perniagaan Perkongsian
i. Liabiliti / Tanggungan yang tidak terhad. Semua rakan kongsi perniagaan perkongsian berliabiliti
tidak terhad kecuali pekongsi-pekongsi berhad. Ini bermakna sekiranya perniagaan perkongsian itu
terpaksa menggulung tikar, pihak pemiutang boleh menuntut hutangnya daripada aset peribadi rakan
kongsi perniagaan itu.
ii. Mudah berlaku konflik atau salah faham. Rakan kongsi yang ramai mudah mempengaruhi
pembuatan keputusan. Pendapat dan karenah rakan kongsi yang berbeza-beza sering kali menjadi punca
perselisihan faham atau pertelingkahan. Masalah ini akan menjejaskan keharmonian di kalangan rakan
kongsi perniagaan itu.
iii. Kewujudan perniagaan perkongsian tidak kekal. Sekiranya seorang rakan kongsi menarik diri
daripada perniagaan perkongsian, meninggal dunia, tidak siuman atau diisytiharkan sebagai muflis, maka
perkongsian itu dengan sendirinya terbubar. Jika rakan-rakan kongsi yang lain ingin meneruskan
perniagaan perkongsian itu, mereka perlu mendaftarkan semula perniagaan perkongsian itu dengan
Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB).
iv. Pemilikan perniagaan sukar untuk dipindahkan. Berdasarkan undang-undang perniagaan, hasratseseorang rakan kongsi untuk memindahkan pemilikan perniagaannya perlu, terlebih dahulu,
mendapatkan persetujuan daripada rakan-rakan kongsi perniagaan yang lain. Jika tidak, pemindahan
pemilikan perniagaan itu adalah tidak sah.
(c) Perbadanan Korporat
Perbadanan korporat merupakan suatu bentuk perniagaan yang ditubuhkan dibawah kuasa undang-
undang (Akta Syarikat) dan didaftarkan melalui Pendaftar Syarikat. Ini bermakna perbadanan korporat
yang berdaftar boleh menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan, memiliki atau menjual harta, meminjam
wang, mengambil dan diambil tindakan oleh mahkamah dan membuat sebarang perjanjian dengan
sebarang organisasi (Zumilah Zainalaludin, 1999, m.s 40).
Ciri-ciri Bentuk Perbadanan Korporat
Terdapat tiga jenis perniagaan secara perbadanan korporat iaitu syarikat sendirian (swasta), syarikat
awam, dan badan berkanun. Selain itu, perbadanan korporat juga boleh dikelaskan kepada syarikat
berhad atau syarikat tidak berhad. Syarikat berhad, tidak kira syarikat sendirian (swasta) atau syarikat
i. Mengutamakan kebajikan dan kepentingan ahli dan bukan hanya mencari keuntungan.
ii. Menggemblengkan tenaga, modal dan mengumpul orang yang berminat untuk meningkatkan
kedudukan ekonomi masing-masing melalui konsep kerjasama.
Kelemahan Koperasi
i. Aktiviti koperasi dikuasai oleh ahli-ahli lembaga pengarah kerana ahli-ahli koperasi kurang aktif.
ii. Operasi koperasi dikawal rapi oleh Jabatan Pembangunan Koperasi. Jika koperasi tidak mematuhi
peraturan operasi, pihak pendaftar Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) berhak untuk menutup operasi
koperasi berasaskan kuasa yang ada padanya.
iii. Laporan kewangan koperasi perlu diaudit oleh juruaudit dalaman dan juga juruaudit luaran yang
bertauliah.
iv. Mesyuarat agung tahunan yang dihadiri oleh ramai ahli mungkin boleh menggugat sistem
pengurusan koperasi.
(e) Usahasama (Joint Venture)
Usahasama merupakan suatu jenis perniagaan perkongsian yang bersifat sementara untuk tujuan
menyempurnakan sesuatu kerja, projek atau tugas khas dalam jangka masa tertentu seperti musim
perayaan.
Apabila kerja, projek atau tugas khas itu selesai, maka jenis perniagaan perkongsian ini akan dibubarkan.Ini bermakna bahawa jangka hayat perniagaan secara usahasama bergantung kepada pelaksanaan
sesuatu kerja, projek atau tugas khas.
(f) Sindiket
Sindiket adalah pertubuhan dua atau lebih jenis perniagaan yang mengutamakan keuntungan atau
sebarang faedah. Sindiket juga berperanan sebagai persatuan untuk memberi perlindungan ke atas hak
dan kepentingan ahli-ahlinya.
2.3 Industri Kecil dan Sederhana (IKS) (a) Pengenalan
Negara kita, Malaysia, merupakan sebuah Negara yang amat bertuah kerana kaya dengan sumber bahan
mentah. Penerokaan terhadap sumber bahan mentah telah banyak membantu pembangunan Malaysia,
baik dari segi infrastruktur, tahap ekonomi ataupun kualiti hidup rakyat Malaysia.
Proses transformasi sumber bahan mentah ternyata melibatkan peningkatan mendadak sektor ekonomi
Malaysia, khususnya pada bidang pembuatan dan pengeluaran barangan. Pertumbuhan dan
perkembangan ekonomi Malaysia yang pesat telah memberi peluang yang lebih meluas kepada
pembangunan industri kecil dan sederhana (IKS). Penglibatan industri kecil dan sederhana yang meluas
yakin dapat memperkukuhkan struktur asas pembangunan bidang perindustrian negara. Pada masa yang
sama, keseimbangan antara penglibatan syarikat-syarikat asing dengan usahawan tempatan tercapai.
(b) Definisi Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
Banyak definisi tentang industri kecil dan sederhana telah dikemukakan oleh individu, penyelidik, ahli
akademik, penggubal dasar, agensi dan institusi. Walau bagaimanapun, di Malaysia, tidak ada satu
definisi yang khusus, rasmi, sah dan diterima secara umum. Menurut Moha Asri Abdullah (1997),
kelemahan ini tidak harus dijadikan halangan kepada usaha untuk memperakukan definisi industri kecil
dan sederhana.
Maka, industri kecil dan sederhana dirujuk sebagai industri yang beroperasi dengan saiz pekerja yang
kurang daripada 200 orang secara penuh masa (Moha Asri Abdullah, 1997, m.s. 9)
(c ) Kepentingan Perniagaan Kecil dan Sederhana Kepada Negara
Data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa peratusan daripada jumlah
pertumbuhan kilang dalam sektor perkilangan telah merosot pada pertengahan 90-an. (Misalnya, kadar
pertumbuhan sektor perkilangan pada 1975 ialah 92.4 %, manakala pada 1995, sektor ini hanya
menujukkan pertumbuhan sebanyak 88.9% ).
Namun, penurunan peratusan ini tidak bermaksud bahawa sumbangan dan peranan industri kecil dan
sederhana kepada pembangunan ekonomi Malaysia telah kurang penting. Penurunan peratusan ini,
sebenarnya, disebabkan oleh sebahagian besar daripada industri kecil dan sederhana telah berkembang
besar dan tidak layak lagi dikategorikan sebagai industri kecil dan sederhana. Di samping itu, terdapat juga industri kecil dan sederhana yang terletak di kawasan terpencil dan pedalaman tidak diambil kira
dalam system pembancian.
Sumbangan dan kepentingan industri kecil dan sederhana di Malaysia secara keseluruhannya dapat
dibincangkan dalam beberapa aspek. Antaranya ialah:
i. Membuka Peluang Pekerjaan
Penggunaan tenaga buruh secara intensif dalam teknik pengeluaran industri kecil dan sederhana terus
dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam beberapa fungsi pengeluaran dan operasinya.
Industri kecil dan sederhana lebih cenderung untuk menggunakan tenaga buruh secara intensif untuk
menandingi kos pengeluaran. Masalah modal, teknik dan teknologi yang canggih untuk barangan tertentu
secara kecilan tidak mudah diperolehi serta kuasa beli yang kecil industri kecil dan sederhana tidak
menggalakkannya mengamalkan modal / kapital secara intensif.
Industri kecil dan sederhana amat penting dari segi memenuhi citarasa dan keperluan barangan
sebahagian besar penduduk tempatan yang berpendapatan rendah. Industri kecil dan sederhana dengan
penyesuaian mereka kepada intensif tenaga buruh, banyak mengeluar dan menghasilkan barangan dan
perkhidmatan yang tidak dapat dihasilkan oleh syarikat bersaiz besar termasuk syarikat gergasi
antarabangsa. Contohnya pengeluaran dan pembuatan barangan makanan, pakaian, perabot, logam,
peralatan getah dan plastik.
(d) Galakan Kerajaan Untuk Industri Kecil dan Sederhana
Sejak kebelakangan ini, industri kecil dan sederhana seringkali mendapat perhatian dan galakan yang
meluas daripada banyak pihak terutamanya kerajaan.
Dalam usaha untuk menggalakkan lebih ramai penduduk terutamanya usahawan Bumiputera
berkecimpung dalam industri kecil dan sederhana, kerajaan Malaysia menerusi agensi-agensinya telah
menyediakan pelbagai galakan dan program sokongan kepada mereka yang berpotensi dan berminat
dalam bidang industri kecil dan sederhana. Antara galakan dan sokongan yang disediakan oleh kerajaan
dapat dibahagikan kepada lima kategori yang utama, iaitu
i. bantuan kewangan dan kemudahan kredit
Misalnya, pinjaman daripada Syarikat Jaminan Kredit (CGC), pinjaman dan kemudahan kredit MARA,
pinjaman daripada Tabung Usahawan Baru, pinjaman daripada Tabung Pemulihan Usahawan, pinjaman
dan kemudahan kredit daripada bank, bank perdagangan, bank saudagar, syarikat kewangan berlesen
dan institusi pembangunan, kemudahan kredit Skim Pembayaran Kredit Eksport.
ii. bantuan latihan teknik dan pelajaran vokasional
Perbadanan Daya Produktiviti Negara (NPC) dan Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC)menyediakan program pembangunan usahawan dan pengurusan perniagaan.
SMIDEC, Institut Piawai dan Penyelidikan Industri Malaysia (SIRIM), Institut Penyelidikan Perhutanan
Malaysia (FRIM), Pusat Instruktor dan Latihan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Institut-institut Latihan
perindustrian (ILP), Institut kemahiran MARA (IKM), GIAT MARA menawarkan kursus-kursus teknikal dan
kemahiran pekerja jangka pendek.
iii. bantuan khidmat nasihat dan konsultasi lanjutan
hala. Perniagaan antarabangsa lazimnya berkembang daripada perniagaan domestik yang menjalankan
aktiviti eksport sama ada di peringkat serantau atau di peringkat global.
(f) Tahap Perniagaan Primer, Sekunder dan Tertiar
Perniagaan juga boleh dikategorikan kepada tahap primer, sekunder atau tertiar.
i. Tahap Primer
Perniagaan yang menjalankan aktiviti mengeluarkan barang-barang yang akan digunakan sebagai input
untuk pengeluaran yang seterusnya atau mengeluarkan barang-barang yang boleh digunakan terus oleh
pengguna dikenali sebagai perniagaan tahap primer. Contoh: Industri yang berasaskan pertanian atau
ekstraktif seperti perlombongan galian dan bahan api.
ii. Tahap Sekunder
Perniagaan tahap sekunder merupakan perniagaan yang menjalankan aktiviti mengeluarkan barang-
barang yang diterbitkan pada tahap primer kepada barangan siap atau separuh siap yang diperlukan olehaktiviti pemprosesan seterusnya. Contoh: Bijih besi ditukarkan kepada kepingan besi, paip besi dan
sebagainya.
iii. Tahap Tertiar
Perniagaan tahap tertiar terdiri daripada perniagaan yang menghasilkan barangan yang tidak ketara.
Perniagaan pada peringkat ini lebih tertumpu kepada pemberian perkhidmatan yang terbaik. Contoh:
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh doktor, akauntan, bank dan sebagainya.
2.4 Perniagaan Francais
Perniagaan francais merupakan suatu pendekatan yang membuka jalan termudah bagi seseorang
individu atau syarikat untuk menceburi dalam bidang perniagaan. Perniagaan francais meliputi semua
jenis perniagaan berangkaian yang memenuhi ciri asas 3S iaitu sistem (system), pengkhususan
(specialization) dan piawaian (standardization). Perniagaan francais, sebenarnya, telah lama wujud di
negara kita, Malaysia. Namun, amalan perniagaan Malaysia yang berasaskan konsep francais masih
tidak menggalakkan. Ini bermakna peluang untuk maju serta berkembang dalam bidang perniagaan
francais di Malaysia adalah cerah; banyak lagi yang boleh diterokai. Kerajaan Malaysia telah memainkan
peranan yang aktif serta memberi sokongan padu kepada pembangunan perniagaan ini.
(a) Definisi Perniagaan Francais
Perniagaan francais boleh ditakrifkan sebagai suatu pendekatan perniagaan di mana syarikat induk
(francaisor) memberi lesen atau hak kepada individu atau syarikat lain (francaisi) untuk menjalankan
aktiviti perniagaan yang berlandaskan suatu kaedah tertentu, di lokasi atau kawasan yang ditetapkan dan
Dengan perkataan lain, perniagaan francais merupakan suatu bentuk perniagaan yang berkontrak di
antara francaisor dan francaisi yang menggariskan tanggungjawab dan tugas kedua-dua pihak, yang
membenarkan fungsi-fungsi pemasaran produk dipiawai dan diselaraskan tanpa penduaan dan peniruan
(duplication).
(b) Francaisor dan Francaisi, Hubungan Antara Kedua Pihak
Syarikat perniagaan / Pemilik francais yang memberi lessen / kebenaran dan hak kepada individu atau
syarikat lain untuk mengeluar dan menjual produknya, menggunakan jenama atau simbolnya,
mengamalkan kaedahnya dan lain-lain yang berkaitan dengan perniagaan dikenali sebagai francaisor.
Francaisi pula merupakan syarikat atau individu yang mendapat lesen / kebenaran dan hak untuk
mengeluar dan menjual produk, menggunakan jenama atau simbol, mengamalkan kaedah dan lain-lain
yang berkaitan dengan perniagaan francaisor.
Pihak francaisor dan pihak francaisi diikat oleh kontrak / perjanjian francais yang telah dipersetujui
bersama. Dengan itu, francaisor mengizinkan francaisi menjalankan perniagaan yang serupa dengannya
dari semua aspek. Sebagai balasan, francaisi perlu membayar royalti setiap tahun kepada francaisor.
(c ) Kelebihan dan Kelemahan Perniagaan Francais
Seperti bentuk-bentuk perniagaan yang telah dibincangkan terlebih dahulu, perniagaan francais tentu
sekali memberi kelebihan dan juga kelemahan kepada kedua-dua pihak yang terlibat iaitu francaisor dan
francaisi. Antaranya:
i. Kelebihan Perniagaan Francais Kepada Francaisor
Perniagaan francaisor dapat berkembang serta bertumbuh dengan pesat kerana sistem pengurusan danmodal perniagaan cawangan diurus di atas tanggungjawab francaisi. Ini secara tidak langsung
memudahkan pihak francaisor memperluaskan pasaran untuk produknya. Tambahan bayaran royalti
yang tetap, bayaran asas, caj perkhidmatan pengurusan dan sebagainya akan menambahkan
keuntungan perniagaan francaisor.
ii. Kelebihan Perniagaan Francais Kepada Francaisi
Francaisi dapat memulakan perniagaan dengan risiko perniagaan yang rendah. Francaisi berpeluang
memperdagangkan produknya berdasarkan suatu sistem yang lengkap dan terbukti berdaya maju /
keberkesanannya. Contoh: Pihak francaisi akan menggunakan jenama produk, bahan mentah untuk
mengeluarkan produk serta prosedur pengurusan perniagaan sebagaimana yang telah ditetap dan
diamalkan oleh francaisor.
Selain itu, francaisi juga mendapat bantuan kewangan, khidmat sokongan dan latihan daripada francaisor
untuk tujuan membangunkan struktur pengurusan dan premis perniagaan francaisi.
Disebalik kebaikan tentunya juga kedapatan kelemahan perniagaan francais yang terpaksa dihadapi oleh
i. Kelemahan Perniagaan Francais Kepada Francaisor
Francaisor adalah bertanggungjawab ke atas kewujudan, perkembangan dan daya saing perniagaan
francaisi. Francaisor perlu memberikan bantuan kewangan dan khidmat sokongan kepada pihak francaisi
bukan sekadar di peringkat awal tempoh francaisi memulakan perniagaan, bahkan untuk seumur hidup
perniagaan francais itu dikendalikan oleh francaisi.
Apabila francaisi gagal untuk mematuhi segala prosedur perniagaan sebagaimana yang telah ditetapkan
oleh francaisor seperti garis panduan mengenai mutu produk, tentu sekali nilai nama atau reputasi
francaisor akan terjejas.
Pihak francaisor pula mungkin akan menghadapi kesukaran untuk menangani masalah penipuan seperti
bayaran royalti, bayaran caj perkhidmatan, peniruan dan kebocoran formula produk dan sebagainya
apabila cawangan francais pihak francaisor bertambah dan berkembang pesat. Kegagalan francaisor
menangani masalah sedemikian boleh mengakibatkan kemusnahan ikatan pemfrancaisan.
ii. Kelemahan Perniagaan Francais Kepada Francaisi
Penglibatan serta penerusan pihak francaisi dalam perniagaan francais adalah tertakluk kepada
peraturan dan sistem pengoperasian perniagaan yang telah ditetapkan oleh pihak francaisor. Ini secara
tidak langsung akan menyekat tahap daya kreativiti dan innovasi francaisi terutamanya dalam aspek
pengendalian perniagaannya.
Tambahan, pelaburan modal permulaan perniagaan francais yang besar menjadikan bentuk perniagaan
ini lebih eksklusif dan sukar untuk bakal usahawan menceburi dan memasuki pasaran seperti ini.
Francaisi juga mudah dikhianati oleh pihak francaisor yang tidak jujur dan tamak. Misalnya, padaperingkat permulaan, pihak francaisor memberi kebenaran dan hak pengoperasian perniagaan francais
kepada francaisi terutamanya pengoperasian perniagaan itu berjalan di kawasan yang kurang
membangun. Apabila perniagaan francais berkenaan di kawasan itu meningkat maju dan terkenal, pihak
francaisor mengambil balik hak berniaga dan beroperasi sendiri. Tindakan pihak francaisor sedemikian
tentu sekali merugikan francaisi yang telah bertungkus lumus untuk membangunkan perniagaannya.